Thursday, July 28, 2016

Rindu Ayah :)

Assalamualaikum..

Ok la. Nak citer quick one pasal Arwah Ayah. Tetiba pulak teringat dekat dia bila tengok gambar-gambar lama ni ha. Rindu Ayah! Tapi I sure, sooner or later, InsyaAllah I akan dapat jumpa Ayah jugak sebab dunia ni kan sementara je? Nanti kita semua akan mati. Dekat akhirat sana, dapat la jumpa dengan family yang meninggal. Ye dak? So taknak sedih-sedih. Korang pon mana-mana yang ada kehilangan orang yang tersayang, kena banyak bersabar ok? I pon sebenarnya masa Arwah Ayah meninggal, I lebih prefer orang yang pegang bahu I and biar I menanges semahunya dari yang lecture cakap, ‘Sabar la, jangan sedih. Aku faham perasaan Kau macam mana sebab asgdhkjtucnsgeoxsnfofofo’. Not helping ok? Nak je cakap ‘shadapyu!’ Ni I nak bagi tips, yang sebaiknya if korang face a family member and friend yang kehilangan orang tersayang macam Mak/Ayah/Anak/Suami, apa yang paling bagus untuk korang buat is just hug him/her sambil gosok lembut belakang badan. Pegang tangan dia and cakap, ‘Aku ada ok?’ Dah. Short and sweet. Yang tu lebih membantu. Tak sesuai nak bagi motivasi ke apa time orang sedih ni. Like S E R I O S L Y. Guna tips I ni. Ok?

Brownies Sedap Lagi Murah by Miera (RM50.00 - 48 pcs bite size)

Assalamualaikum..

Korang kena cakap terima kasih pada I kerana I berjaya forced Miera start business jual Brownies sebab ever since I makan Brownies yang dia buat terus jatuh cinta. OMG SEDAP GILER OK? Nak suruh Miera buatkan lagi I segan so I cakap kat Miera, why not dia start jual Brownies ni since I have a very mengada punya tekak and very hard to please so bila I cakap Brownies Miera ni sedap, maksudnya dia sedap. Sebab I baik and nak share kesedapan Brownies Miera ni, so korang kena sayang I lebih ok? Nothing fancy Miera punya Brownies. Takde pon any drizzle or inti or nuts tapi trust me, korang akan fall in love at a first bite. Seeedaaaaaap hoi! Urrrghhhh stressed I fikir macam mana Miera boleh buat Brownies sesedap macam ni. Miera cakap dia pon taktau. Baru 2 3 kali buat. Ni pon still ada rasa nervous setiap kali nak bake sebab takot result lain but setiap kali I rasa, sama jugak pooooon sedap. Lagipon Miera masak memang sedap. I selalu datang rumah Miera makan-makan dekat sana. Each time datang different dish, tapi tak pernah yang tak sedap. Untung la Eddie dapat wife pandai masak :)


Miera namakan Brownies dia 'Premium Chocolate Brownies'. Harga dia sangat la murah! RM50.00 untuk 48pcs bite size. Sangat-sangat murah!

Wednesday, July 27, 2016

Evendough Bakery Cafe - Greenhouse by Muir

Assalamualaikum.

Buat apa tuuuuuuu? Dah makan ke? Kalau rasa nak tahan makan supaya tak banyak sangat, pakailah House of Corset by Zenia. RM150.00 jer pooooon (sesambil promote hahahaha). Pepetang redup macam ni, teringat pulak dekat Greenhouse. Tak habes-habes dengan Greenhouse ko dah kenapa Suraya? Haha. I suka la wei konsep makan kat situ. Kan I cakap Dark Chocolate Souffle dia sedap kan? Harini I belanja korang dengan cakes yang ada dekat sana selain dari Dark Chocolate Souffle yang sedap nak baposh tu. Korang masuk je Greenhouse, depan dia tu terus ada Evendough Bakery Café ni. If korang datang malam dekat-dekat nak tutup, roti-roti dia akan ada less kekadang sampai 50-70% macam tu. Dorang only jual fresh bread every day. White bread, whole meal bread semua sedap-sedap and lembut. Kat sini pon ada fresh brewed coffee and tea. So kepada hipstewwwwwww clan yang suka fresh coffee also boleh la lepak sini. Cakes toksah cakap la dia punya sedap. Cenggini *thumbs up dekat peha kiri, kaki bend skek, mata kenyit sebelah.


Gambar cedok dekat Evendough Bakery Cafe Facebook.

Tuesday, July 26, 2016

Kuroshio Market (Greenhouse by Muir) with Ellis

Assalamualaikum..

Dah lama giler tak update pasal makan-makan dalam blog ni kan? Ke sebenarnya ada je hahaha? I pon tak perasan, tapi yang I tau I dah tak larat nak mengadap rendang/ketupat and makanan Hari Raya. Seriously. Dengan Satay, Ketupat semua gua dah tak boleh blah wei. Cengginilah. Masa tak musim raya meroyan nak makan, bila dah dapat makan musim sekarang ni udah taknak pulak. Mula dah rindu balik nak makan Japanese Foods semula. So belek punya belek gambar dalam album, I found this! Ni major throwback ni. Masa I makan dengan Ellis dekat Greenhouse by Muir. Kat Greenhouse ni so far dia ada 3 section (Soon akan ada 4) Paling bawah is Kuroshio Market, 2nd Floor ada BRYCG and soon, depan dia akan bukak 1 more Japanese Restaurant and tingkat paling atas I tak ingat la apa nama dia. Haha. kitorang ada bukak puasa dekat sana masa Bulan Ramadhan lepas. The food was awesome! I rasa macam nak share dengan korang dalam blog tapi masa tu dah nak habes Ramadhan so macam no point nak share. Rasanya lagi 6 hari nak raya kot time tu? Anyway, jom tengok apa yang I makan kali ni dengan Si Ellis. This is Ellis punya first visit, terus dia suka and ajak datang sini lagi. Ok baby! Nanti kita makan dekat sini lagi, you belanja ok? Thank you Baby.


Ni Shariffah yang recommend. It’s a Hot Pots Sets For 2. Sedapnyaaaa!!

Monday, July 25, 2016

Ehem ehem

Assalamualaikum..

Musim-musim raya ni, korang sure banyak kan dapat jemputan Open House? Lepas tu kalau dah dapat makan, macam apa je nak-nak kalau semua pon sedap dengan segala Pavlova, Coctail, Brownies belaka perrrrrghhhh. Kalau ada 4 buah rumah, 4 menu yang berbeza aja mampos semua nak rasa. Sanggup tu in between rumah, relax sekejap lepas tu lompat-lompat kasik makanan turun hahahah. Pudat-pudat sampai end up dah settle semua, singgah beli ENO sebab rasa tak boleh bernafas sebab makan banyak sangat. Jumaat – Ahad makan macam onggiler, Isnin try timbang. Walaupon baru lepas membuang confirm berat selamba naik 1-2kg. Kan? Jangan nak menipu kata tak naik. Bak kata AC Mizal, ‘Ekau jangan nak membongak  dengan den haaaaaa’. Confirm! Kata la nak discipline dari dalam diri, I bet takkan dapat punya sebab tak tahan tengok makanan sedap-sedap. Takpe, jangan risau. I may have a solution untuk korang. Macam I share last time, ‘ House of Corset’. Pakai la corset wei, bila pakai corset automatically nanti tak boleh nak makan banyak. Sebab rasa tak selesa and mengah. Takpela tak selesa, asal kurus. Ye dak? Sebab korang makan banyak mana pon nanti at the end of the day akan rasa menyesal. Selalu sangat dah kejadian menyesal lepas makan ni. Nak pulak perempuan kuat makan macam nko. Eh. Haha.



Ehem-ehem. Pakai consistent tau? Kena istiqamah. Seksa sekejap takper, sebab bila dapat tengok hasil selepas 3-4 bulan, time tu rasa sangat la puas hati dan berbaloi.

Friday, July 22, 2016

Al-fatihah to Allahyarhamah Norain Omar

Assalamualaikum..

Di hari Jumaat yang Indah ni, I nak mintak korang semua ambik masa sekejap untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk kenalan I, Norain Omar pemilik Junkie Studio yang I kenal melalui Elinor yang telah kembali kerahmatullah secara tiba-tiba kerana sesak nafas. Baru je nampak Norain update FB status tup-tup now that she’s gone. Macam sekelip mata je. I terkejut sangat. Arwah masih muda, masih belum berkahwin and takda sakit apapa pon. But ajal dia dah sampai, dia meninggal dunia. Arwah sempat call beberapa orang sahabat dia mintak tolong call Ambulance and masa Ambulance sampai, mereka terpaksa break in masuk rumah dia sebab bila dipanggil takde jawapan. Dari cerita yang I dengar, masa tu arwah dah takda pulse. Dia meninggal sendiri dan alone. Arwah dah selamat dikebumikan di kampungnya di Felda Gugusan Adela, Johor… Al-fatihah.


DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. ALfatihah to Norain Omar

Thursday, July 21, 2016

Secretary yang LLB

Assalamualaikum..

Sekarang ni kalau dekat office ada apapa majlis, I dengan Intan dan tak jadik Mak Pengantin dah. Kuasa telah beralih kepada Kak Jue and Izzah. Sukaaaaaa!! Imagine dulu I dengan Intan memang busy dia kalau ada Birthday Office or Majlis Hari Raya mengalahkan apa je. Teringat kes ada siapa entah letak kertas dekat pintu bilik Meeting, ‘Setiausaha berkenaan sila pastikan bilik meeting bersih selepas digunakan’. Time tu masa dekat Balai Felda, kan Si Imah tak ngam dengan Intan? Padahal kerja kemas bilik meeting tu dia. Tapi nak mintak tolong dia punya kecut tetek masing-masing. Haha. Dah la dia sukaaaa tido dalam surau lepas tu kalau nak mintak tolong apapa OMG muka masam je. I dalam office, selain dari Dato’, I memang takot Imah. Memang jaga hati dia sungguh. Kalau nak mintak tolong vacuum bilik ke apa, Nanti I cakap macam ni dekat dia lembut-lembut, ‘Kak, mintak tolong vacuum bilik boss boleh? Mintak maaf ye Kak kalau susahkan. Kalau akak taknak, bagitau je vacuum kat mana, saya buat sendiri’. Itu pon cakap dengan dia, kekadang macam cakap dengan dinding. No response. Ko tak tengok masa dia buat kerja lagi menghempas macam mana. Kekadang tong sampah jatuh-jatuh time dia kutip sampah. Haram nak diangkatnya. Haha. Tapi tu duuulu. Now cleaner office ni semua baik-baik. Asal selisih tunduk kepala kat kita siap panggil ‘Miss’. Haaaa kan ke bagus macam tu?


Padahal tak terlibat tapi mesti la LLB
‘Look look busy’. Haha

Tuesday, July 19, 2016

Jamuan Hari Raya Office 2016

Assalamualaikum…

Hari Jumaat lepas ada Jamuan Hari Raya ‘Pot Luck’ untuk office I. Geram je boss I degil taknak pakai Baju Melayu tau? Padahal ni Jamuan Raya kena la semangat Raya sikit. Kan? Walaupon I dah cakap dia nampak hensem pakai Baju Melayu TETAP tak jalan. Taknak sudah. Kalau I pandai pulak dia komplen. ‘Su tak pernah eh pakai baju kurung pergi office?’ Lepas tu I cakap, ‘Baju kurung mahal la… Sepasang dah berapa ratus. Sebab tu I tak pakai’. (Alasan). ‘Kalau macam tu, pakai la Kebaya. Kebaya kan kain dia sikit. Probably lebih murah’. T___T Comel sangat ni Boss I, sapa la yang ajar dia Kebaya lagi murah. Hahahaha. Tapi fikir balik, memang boleh kira berapa kali je I pakai Baju Kurung pergi office. Kalau pakai Baju Kurung rasa macam nak pergi kenduri je. Sebab tu tak pakai. Hehe. Lagipon now kan trend Jubah yang ala-ala dress tu. Hari Raya now pon ramai dah tak pakai Baju Kurung. Apa nak jadik la Orang Malaysia sekarang ni. *Petir sabung menyabung. Dah jom tengok gambar-gambar yang I ambik masa Jamuan Hari Raya kitorang tu. Tengok balik makanan, boleh tahan merana jiwa raga.


Satay Ayam and Satay Daging

Monday, July 18, 2016

Pakai Corset Boleh Kurus, Ye Ke?

Assalamualaikum..

Korang musim raya ni beria betul makan kan? Nanti gemok baru tawwwwwwu. Time bulan puasa memula bangga la turun sampai 3-4kg, lepas tu baru 2 minggu raya tetiba naik pulak selamba 5kg maksudnya naik 1-2kg dari berat asal masa sebelum puasa. Acane? Sebab usually bila bulan puasa, yang turun tu sebenarnya ialah berat air so tak payah nak bergembira sangat ok? Time Syawal ni memang bulan syurga makanan la. Mana boleh nak elak makan kalau open house. Dah semua pon sedap takkan nak jeling je kan? Duluuuuu masa zaman I muda remaja, Kaklong cakap, nak tahan nafsu makan selain dari mental kena kuat is petua dia senang je. Pakai corset. Sebab bila pakai corset, kita punya perut ni masuk je makanan memang cepat rasa semput. Bukan kenyang, tapi tak selesa so dah rasa mengah tu automatic kita akan stop dan beringat. Dulu zaman jahil, I selalu la pakai corset, lepas tu bila nampak makanan banyak yang hensem-hensem, sanggup bukak corset sebab nak makan kenyang. Kah kah kah. Tapi tu duluuuu la. Waktu zaman 20-an, takde fikir perut flabby lepas bedah ke apa. Now, semenjak bersalin, I memang amalkan pakai corset sekerap yang mungkin dan since 3 bulan ni lebih berdisiplin. So now, I dah ready nak reveal salah satu method macam mana I boleh turun sebanyak 12KG dalam masa 4 bulan. Jeng jeng jeng!




I pakai House of Corset by Zenia Beauty

Resepi Coleslaw Simple Confirm Sedap

Assalamualaikum…

One of salad and it family yang I terpaling suka is coleslaw. Yang paaaaaling favorite semestilah yang rich with mayonnaise (Of coz la kan? Selagi boleh gemok). Kekadang makan dekat restaurant, rasa macam ala apa kedeks dia punya Coleslaw ni. Kering tandus macam menopause je. Macam nak taknak je bagi kobes tu berair. Hahahaha. So masa BBQ Raya dekat kampung haritu, I buat sendiri. Resepi Kaklong yang bagi. Result : Sedap giler! Kata Abang Long, nak senang guna je Lady's Choice punya Coleslaw Dressing tu. Memang rasa dia dah cukup sempurna tapi costly la sikit. Nak guna mayonnaise biasa pon boleh. Last time I tengok Nigella buat, dia letak honey/maple syrup dalam sesudu. Tapi haritu kat kampung takde honey, so I tak letak la. I agak kalau letak honey, probably rasa akan lebih double triple sedap kot? Coleslaw ni kitorang makan dengan Kepak Ayam yang Abang Long marinate sendiri. Bapak la seeeeedap! Yang pasal BBQ Raya tu nanti I letak dalam entry lain ok? (Kalau Rajin)


Coleslaw Homemade by Yours Truly

Friday, July 15, 2016

Spaghetti Carbonara Wet at Aseana. Aawwwwww

Assalamualaikum..

Kelmarin Kaklong kata nak makan Spaghetti Carbonara yang I bawak masa dia kena dukung Shein sampai sakit tangan sebab Shein taknak duduk dalam stroller. Hahaha. Yang tu pulak dia ingat. I bawak dia makan dekat Aseana sebenarnya. Spaghetti Carbonara dekat situ sedap tapi kalau nak sedap, kena mintak dia buat kuah ‘banjir’. Kalau tak nanti  dia buat  pekat and dry kuah dia. Usually kalau yang ambik order tu waiter Melayu, I mintak je, ‘Abang, bagi Spaghetti Carbonara Kuah Banjir Ok?’ Memang dapat yang macam gambar bawah ni. Ada last time, I mintak dekat Waiter bukan melayu, ‘Spaghetti Carbonara extra gravy’. Dia datang balik dekat I cakap tak boleh extra gravy. So semalam yang ambik order bukan Malay so I cakap, ‘Give me Spaghetti Carbonara. Gravy make it wet’. OMG kenapa bunyi macam 18sx ni wei? Waiter tu kata Intan, asyik pandang I lepas tu senyum-senyum je. Ngek! Hahaha.


Ni la Spaghetti Carbonara Wet. Hahahaha

Thursday, July 14, 2016

Vietnamese Cuisine Du Viet YANG SEDAP

Assalamualaikum..

Malam tadi I teringin nak makan Vietnamese Summer Roll/Rice Roll. Saiko pergi Google gambar memalam buta sambil air mata bercucuran di pipi dah macam sessi bermaaf-maafan di aidilfitri. Specifically I suka yang Nigella punya version. Resepi Summer Roll Nigella korang check ot dekat sini. I pernah tengok dalam Forever Summer – Nigella. Macam sedap je I tengok dia makan pudat-pudat dalam mulut macam Yatie makan. Sampai kembong-kembong pipi macam katak kembong. Hi Nigella, sorry you need to fat alone sebab now I dah 57.5kg. Hahahaha (Sesambil poyo). I pon tak sure kat mana ada Vietnamese restaurant di KL. I fikir kalau susah sangat, I buat je la sendiri. Bukan susah pon nak buat. Rice paper lepas tu sampah sarap dalam dia macam chives, suhun, carrots, mint leaf, coriander and shrimp. Nak letak menda lain pon boleh. Any veggies or protein can do. Takde hal. Yang penting dia punya bahan perapan and dia punya dip. Ada banyak version so pilih la yang mana korang suka. Tadi I Google sekali dah namanya rezeki, dekat KLCC ada Vietnamese Restaurant nama Du Viet. Seraaaaaaanggggg!!


Yang ni la Summer Roll. If korang nak order, tengok dekat bahagian Wrap and Roll Appetizers. Nama dia Spring and Summer Rolls (4 rolls) Ada 4 jenis. RM23.90. Boleh share 3 orang.

Wednesday, July 13, 2016

Make up MURAH dan CANTIK by Ujen Damia

Assalamualaikum..

Masa Kleenex Event last time, Ujen mekapkan I. I mintak make up simple tapi sweet. Taknak la nampak beria make up tapi still nak nampak laaawwwwoo (Biasa la haha). Macam Orang Korea, kalau korang perasan mereka memang mekap, tapi nampak natural. So, I request pada Ujen, make-up macam biasa detail semua, tapi soft and tak nampak tebal. Hasilnya memang memuaskan hati. I happy sangat. Kalau korang tengok dalam gambar pon, takde la nampak macam mekap tebal kan? Tapi nampak kemas pada muka. Lipstick Ujen guna untuk I that day pon I terpaling suka! Dia guna Mac, tapi I lupa nak tanya dia apa code. Kejap lagi kena WhatsApp Ujen la tanya dia kaler apa. I ni lipstick biasa pakai kaler merah ang-ang je. Sebab malas nak mekap mata semua, so bajet if pakai liptic merah orang tak perasan dah mata I tak mekap. I selalu ada masalah ni. If makeup untuk mana-mana event, bila I suka satu lipsctick tu, and next session I request kaler yang sama pada MUA tapi result dah different. I agak bukan salah lipstick, tapi maybe sebab tak sesuai dengan outfit, make up style and rambut kot? Ye ke? Ke tak? Memandai je aku. Hahaha. 



Make up for Kleenex Event by Ujen. Thank you Ujen, I suka sangat! Nampak sweet sangat kan? Yang penting takde dah lipstick merah ang-ang.

Tuesday, July 12, 2016

Aildilfitri 2016

Assalamualaikum..

Hari Raya Aidilfitri 2016 punya warna tema is kuning air. Kitorang tahun ni bagitau kaler tema je, lepas tu pepandai la beli sendiri. Macam tahun lepas beli sekayu terus. Makanya sebab sendiri beli ada yang beli kuning air, ada yang sipi2 kaler gold bajet gold tu kuning (pon boleh), ada yang baju raya lupa nak bawak balik lepas tu pinjam baju anak (Abang Long I). Sabar ajer la. Hahaha. Masa pagi tu Family dekat Jengka dah ambik gambar awal pakai kuning. Bila I sampai petang tu, Mak and De tukar baju kaler biru. Geram je, dah semua tak kuning. This year I tak tempah baju but beli yang siap je. Senang. Sazli punya baju dari CraftbyQalb. Shein pulak dari Omar Ali TTDi and I punya beli dekat Jovian Bangsar. Kuning air kosong takde. Ada yang bunga-bunga kuning je so bedallah. Sama jugak pon janji kuning. Kain and baju jual asing. Motif? Jual je la sepasang. Mak and Bapak pulak pakai warna lebih kurang so nampak la harmoni dalam gambar for both #teamrayakl and #teamjengka.


Selamat Hari Raya!

Monday, July 11, 2016

Happy 49th Birthday Kaklong. Assemoga!

Assalamualaikum..

Pagi tadi OTW nak pergi kerja, I tengok jalan clear je. Lepas tu dekat office ni macam 50% je yang kerja. Melampau kan korang ni cuti raya lama-lama? Si Intan pon takde. Dia cakap ada appointment dengan Doktor dekat Ampang Puteri. Si Dyba masih cuti Maternity, Si Sarah dah resign, Izzah tak masuk kerja lagi so I kawan dengan Kaklong je la. Naseb ada Kaklong dekat Menara ni. Kalau tak I kawan je la dengan dinding. Hahaha. Tadi I bawak Kaklong makan dekat Victoria Station sempena birthday dia yang ke 49 pada 9 July lepas. Birthday dia, I belanja dia and birthday I, I belanja dia jugak. Paham tak konsep meraikan birthday dengan Kaklong ni macam mana? Haha. Anyway, Happy Birthday Kaklong! (Assemoga). Semoga panjang umur, murah rezeki and kaya. Kata Kaklong, kalau doa dengan Allah jangan segan-segan, mintak je apa nak. Tak payah kias-kias cakap di permudahkan urusan ke apa. Nak kaya, mintak je kaya. Boleh? Entah mana teori dia pakai I pon taktau. Hahaha.

Assemoga Kaklong!

Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya !



Assalamualaikum…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua readers daripada I Chooyaya selaku Tuan Tanah blog ni untuk semuaaaaa yang baca blog ni tak kira dekat mana korang berada sekarang di seluruh dunia (ajet sangat tau? Hahahah). Google Analytic kata ada readers dari US, Indonesia, Singapore, Brunei, UK, Japan, Germany, Australia, Belgium and Russia. So Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir Batin sekiranya ada terdapat tulisan I dalam Blog ni yang mengguris hati dan perasaan nkorang tanpa I sedari atau tak. I ni kadang-kadang rasa bila menulis tu dah tapis dah tapi still ada jugak yang mengguris perasaan yang membaca tanpa I sedar. Sebab tu la ada komen dari haters yang boleh tahan mengundang penumbuk ku dimukamu. Hahaha. Padahal baru tadi kata mintak maaf, acane?


My nephew and I. Zaman dolu kala. Time raya ni ok?

Tuesday, July 5, 2016

Apa Yang Sedap Di Secret Recipe?

Assalamualaikum..

I kan, kalau teringin nak makan Curry Seafood Laksa memang akan pergi Secret Recipe je. Memang la harga dia RM24.50 dah sekarang tapi bila makan tu puas hati dia memang beyond any words can describe la. Nampak macam mahal kan RM24.50? Tapi sebenarnya murah tu kalau nak dibandingkan kita nak beli bahan and buat sendiri dekat rumah. Dah la penat nak masak semua lepas tu makan pon sorang jer memang menyirap je rasa. If I do the marketing for Seafood Curry Laksa mana cukup RM100.00 untuk beli shrimp, calamari and bahan-bahan lain. Nak pulak jenis I kalau Mee Curry kena perfect complete bahan dia baru puas hati. So lebih baik la makan je dekat Secret Recipe. Unless kalau nak makan satu keluarga baru la berbaloi kalau masak sendiri dekat rumah. Ye dak? Masa bukak puasa dengan Sazli Sabtu lepas, dia order pulak Golden Crispy Chicken. Pooonnn sedap woi! Lepas ni kalau datang Secret Recipe, I dah tau dah nak makan apa selain dr Curry Seafood Laksa. Yesss!!


Golden Crispy Chicken – Secret Recipe. RM20.00 sahaja. Padan la dengan harga dia punya kesedapan.

Monday, July 4, 2016

Masak For Berbuka Semalam

Assalamualaikum…

Harini ada yang bekerja lagi ke? Ke ramai yang dah balik kampung? I pon dah balik kampung semalam. Balik kampung Bapak and Mak Sazli dekat Sri Tanjung Ampang. Saspen jugak semalam takot ada jem teruk ke apa sebab musim perayaan ni mana boleh kira sangat, kan? But Alhamdulillah jalan smooth je. 5 minutes dah sampai. HAHAHAHAHA. Rumah kitorang dengan rumah Bapak jalan kaki pon 10 minutes dah sampai, ni kan pulak naik kereta. Kitorang duduk rumah Bapak sampai la Raya Pertama, lepas tu dalam 12.30pm macam tu gerak la balik beraya kat Jengka sampai la cuti habes. Dulu masa mula-mula beraya di KL ada la rasa sedih sebab Kaklong suka bakar I, kata dia kat Jengka masa malam raya memang meriah dengan Bunga Api semua. I pon ada la rasa nak nanges sebab tak dapat sama-sama dengan dorang kat kampung tapi Mak cakap, ‘Dari ko penat-penat masak dekat rumah ni, baik ko balik Raya Pertama. Semua dah setel’. Ada betulnya jugak tu. I boleh imagine macam mana bersepahnya dapur. Peeeerrrghhhh, nasib baik masa I sampai Raya Pertama tinggal bersila je makan. Ni Kaklong baca ni, I agak dia akan menyirap. Hahahaha.


Ikan Tenggiri Masak kicap ni walaupon simple tapi kalau makan dengan Iceberg Lettuce and Sambal Belacan, memang layan bro

Friday, July 1, 2016

Kacaknyaaaaaa !!

Assalamualaikum..

Ada lagi ke yang last minute tak menyempat nak beli Baju Melayu for raya? IF ada yang tak sempat, jangan risau sebab Craft by Qalb ada koleksi Baju Melayu yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan siap dapat Kain Sampin FREE lagi. Sazli pon ada sehelai untuk raya tahun ni kaler Kuning Cair. Ngam-ngam je dia pakai. Yang penting jahitan dia kemas, bahu pon molek terletak macam ukur baju di badan sendiri. Eh. Tu dah macam perumpamaan orang yang takde duit tapi belagak kaya. Hahahaha. Korang boleh check out dalam gambar I attach ni. Kemain segak bergaya masing-masing pakai Baju Melayu siap dengan Samping belaka. Tinggal pakai tanjak je dah boleh bersanding. Ohohoiiiiiii kalau mata bertentang mataaaaaaaa, hati didalam bagai nak giler. Eeeeeh! *Ko dah kenapa yang macam tak terkawal ni? Haha.



Yang tengah tu, yang tengah.