Monday, January 30, 2012

Sila Ambil Perhatian


Salam Satu Malaysia. Cita-cita saya untuk tahun ini masih lagi sama, nak jadik pembaca berita seperti dulu-dulu jugep. Kepada sesiapa yang boleh merealisasikan cita-cita saya ini, sila la tampil kehadapan. Haha.


Tabah jer la dengan diri sendiri. Tak habes-habes lagi dengan angan-angan ni. Suami pon redha jer la tiap kali I dah duduk bersila depan dia sambil baca berita. Dia pon dah malas nak layan. Takper. I ok jer. I rasa lain kali I akan cuba dengan lebih bersungguh lagi.


Ni nak bagitau, laptop dekat rumah dah rosak. Rosak ke, mengong ke I tak sure. Semalam I bagitau Saz I nak hantar service dekat kedai. Kata Saz dia nak baiki sendiri. Ye. Baiklah suami. Selamat berjaya diucapkan.


Banyak perkara yang berlaku pada I akhir-akhir ini seperti berat badan sudah lagi tidak di angka 6 dekat depan. Pencapaian terbaik untuk program diet setakat ni. Tahniah kepada diri sendiri. Sebagai reward, I ingat nak makan buffet sushi dekat Saisaki. Nak makan sampai muntah. Bagus jugak la idea I ni. Yes! I bangga.


Aktiviti makan masih berjalan seperti biasa nampaknya. Tiada berkurangan dan masih lagi otai dalam bab-bab makan kerana, tengok sahaja di FB. Asal ada yang craving apa-apa post kat FB (Ye Ira, Kaksu ngumpat Ira ni)


Pastu mana yang makan sedap-sedap poyo dekat kampung, post kat FB. Pastu Imah jugak baik hati pergi post gambar soto dekat FB I semalam. Semua aku tak layan sebagai tanda protes. Haha.


Tak cukup dekat blog cerita pasal makan, Yash dah bising-bising bila I update gambar profile picture BBM dengan gambar makanan serta jugak Album Yummy Pummy dekat FB dan vol 3. Hamekau.


Eh. Ni tadi ni nak cerita pasal lain, tetiba cerita pasal makan jugak. Adoi la. Mati macam ni.


I nak bagitau, sesiapa yang link I dekat blog dia and tengok macam tak berupdate tu, jangan panic. Sebab I dah bertukar dari blogspot ke wordpress. So, copy url ni letak dekat sidebar kalau anda anda anda masih lagi berminat nak tau any updates pasal I. Jangan nak carik pasal kata tak heran ke apa. Aku tampa kang.


surayasulatin.my/feed


Tau tau?


Sebagai hadiah kerana masih lagi menyokong I, maka terimalah.. Jeng jeng jeng!!



Gambar I sendiri. Yay!! Suka tak suka tak?


Semalam I pergi wedding Dyba dengan Josham dekat TTDI. Gambar pengantin tak ada sebab sebok nak tangkap gambar vain sendiri sampai lupa nak ambik gambar pengantin. Boleh jer kan?


Okla. Boring dengar cerita sendiri. Takder pengisian langsung. Dah. Bai.


-eNd-



Thursday, January 26, 2012

Nanges La Macam Ini

Saper yang perasan url blog ni bukan lagi dot blogspot hangkat tangan!


Yer.. Sekarang blog bajet famos ni dah diconvert ke dot my oleh Apis & Ajan yang kacak. TQ Kesayangan Maksu. I owe U one more meatball session. Jyeah!


Now, aku pulak tetiba stress2 ayam pasal tak berapa expert dengan menatang wordpress ni. Nak approve komen pon terkial-kial apatah lagi nak tukar menu dekat sidebar bagai. Memang kemsalam la kan?


Bak kata Sazli masa cuti CNY aritu, 'U, kalau U tenung laptop tu sampai tembus pon takkan pandainya nak edit apapa dekat blog U ni'.


Giler ah. Langsung tak memberi kata-kata semangat.


Oh well, sebagai setiausaha yang selalu buat kertas kerja, I sangat la concern pasal alignment text mesti sama, dah mekalau dalam wordpress ni macam mana nak samakan dia eh?


Dah. Memang boleh nanges macam ni...


Ajan, Apis. Tolong selamatkan Maksu ko ni? Uwaaaa. Stress stress! Bila stress suka makan, bila makan jadik gemok. Ah, bensi bensi!



Gambar Tiada Kena Mengena Dengat Isi Kandungan

-eNd-

 

Saturday, January 21, 2012

Entry Mencarik Jodoh *Mati La.

Memperkenalkan... Jeng jeng jeng!

**Sab, sorry. Su tak reti la nak buat iklan carik jodoh. But well, since u ask for it maka terimalah entry ini! Hahaha. Gigih je Sab send dekat I gambar carik makan sampai 4 5 file, tapi 1 ni jer Su gamak nak letak. Siap tanya I, tergoda ke tak. Erk :/

Geli pulak aku ber Su-Sab dengan budak kecik ni. Hewhewhew.

Sab ni, my long lost friend. Kenal dari zaman getis friendster myspace bagai. Zaman pakai liptik kaler pink ang-ang, kening tebal, seluar yenki dan jugak zaman pakai baju ropol pergi Hard Rock serta zaman kereta Wira ialah kereta yang paling cool kalau pakai rim aloi 16 inch jenama Enkei, sticker kereta 1.3s, padahal kereta wira 1.3 jer. 1.3s tu ialah Saga. Kantoi disitu yer? Nampak sangat main tampal jer. Haha.

Selepas 2 tahun lost contact sebab drama sebabak pasal-apa-aku-pon-dah-lupa (kesan penuaan barangkali) tetiba I terjumpa dia balik dekat Rasta masa I lepak dengan Saz & Friends. And dia suruh add dia dekat FB TAPI JANGAN KOMEN PASAL GF DIA SANGAT PENJELES WOH! Giler ah siap warning macam kawan masa zaman skolah jer dulu. I pon tabah jer la mengikut arahan Sab.

Sehinggalah!

Tadi Sab bagitau dia dah break dengan his monster ex-gf and tengah kesunyian. Siap bagi lirik Mr. Lonely-Akon and come out with this motto, 'I got everything now.. So ladies, make a line and come to daddy!' Ya Allah, muntah limau mandarin kot aku! Pastu sebagai kawan yang memahami, I pon kata la nak iklankan dia dekat blog I and being a crazy Sab, dia siap cabar I. Ewah! Dia taktau ini perempuan Jawa kacuk Scottish pantang dicabar! **Sambil tepuk dada.

Wanita idaman taknak kalah. Berikut adalah ciri-cirinya. Haha. Aku tak taip pon malu woh! Tapi demi Sab, I kentalkan hati.

Nak yang lawa jer (tak sedar diri macam la dia hensem macam Aron Aziz) + sexy + putih + body mantop + soft spoken + suka budak-budak + reti masak + setia + caring + understanding + matang + tak materialstik + dengar cakap Sab.

Mati la ko bujang sampai tua Sab. Tabah jer la I taip jugak semua ciri-ciri wanita idaman dia. Haha.


Hello Su, amacam dah jumpa tak gadis idaman Sab? Apa? Takder??? Dah. Lepas ni takkan dapat dah makan nasik goreng lembik Sab. Pastu, T-Shirt Nike original kaler biru aku pulangkan balik!

Sab ni baik tau? Pandai masak. Walaupun yang dia pandai masak tu, nasik goreng jer, tapi kira ok la kan dari tak pandai masak langsung. Pastu jenis lelaki yang ada curfew. Sebelum pukul 12.00am kena balik rumah, nanti ayah dia call lapan ratus kali. Pastu yang paling omel, 'Su, Sab bukak puasa dekat rumah jer harini. Lepas trawikh dah tak boleh jalan sebab Sab nak tolong Mak buat tart nenas untuk bisnes ni'.

Unik kan? So, kalau anda rasa dia unik, send ON SAB ke 33388. Haha. Tak la. Adoi, caneh ni? Nak kena letak link FB Sab ker apa ni? Mati la blog aku dah jadik tempat mencarik jodoh. Ok ok. Klik sini untuk add Sab and PM la dia kalau anda mempunyai ciri-ciri wanita idaman dia. Ingat. Yang cantik sahaja tau? Haha.

-eNd-

Friday, January 20, 2012

Bilik Mesyuarat Bau Ketiak / Tungkik

Phewwww!!! *Lap peluh dekat dahi. Finally BOD paper siap jugak. Kalau dalam bahasa Melayu, kertas mesyuarat untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah. Kalau dalam bahasa Indonesia, kertas minute, Rapat Umum Lembaga Komisaris. Wah, semejak menyediakan minit mesyuarat anak Syarikat Indonesia udah bisa ngomong Indo sikit-sikit. Clap-clap.

Bapak/Ibu : Encik/Cik
Rapat : Mesyuarat
Notaris : Setiausaha Syarikat
Komisaris : Ahli Lembaga

Tu kalau bahasa-bahasa yang kita biasa nampak dalam Minit-Minit Mesyuarat dalam bahasa Indonesia. Nanti kalau Ahli Lembaga Pengarah di Indonesia nak test tanya apa makna Komisaris, ko jangan pulak memandai kata Ahli Komisaris tu Ahli Komunis. Kang ada yang makan kaki. Orang makan nasik, nko makan kaki. Tak ok jugak tu.

Kalau bahasa Jawa/Indonesia yang lain I tau jugak. Macam Iwak : Ikan, Mangan : Makan, Singkong : Pucuk Ubi : Mentong : Mengulang Makan. Ya. Begitulah nampaknya. Yang terpaling tahu kelihatan seperti semua termasuk dalam kategori makanan jer. Nampak sangat dah I tak dapat dipisahkan dengan makanan.

Sungguh benar la hasil google yang Yashie buat (pasal kurang kerja) Suraya S dekat Google, memang top 2 keluar Suraya Sulatin dan Suraya Seafood. Nampak tak keserasian nama itu sendiri dengan makanan?

Pastu Yash dah salahkan I sebab bagi dia gelak sorang-sorang bila layan I dalam BBM. Dia kata dia gelak sorang-sorang dekat lobby pastu semua student tempat dia kerja pandang dia macam la dia ni orang giler. Dah la dia selekeh hari ni (walaupun dia hari2 pon selekeh sebenarnya) And lagi sekali I buat hidup dia huru-hara pasal panggil PA Dato' (boss dia) as a 'Maksu' <- I lettew.

So language and lecturer pandang dia dengan panahan aneh macam 'Budak ni dah giler agaknya, harap jer kurus. Baik la gemok macam Suraya tu tapi siuman orangnya'. Haha. Yang tu aku memandai cakap sendiri.

Sama naik dengan Apai (suami Yashie) kata dia, blog I ni blog diet tak jadik la, blog makan la. Dengki jer dengan I ni. So, I nekad lepas ni no more entry makan-makan from me. I taknak la dikategorikan blog ni dalam blog makan. I nak dimasukkan dalam kategori blog yang berilmiah. Baru la boleh jalan kepak sikit. Wah. Cita-cita dah la taknak kalah, pastu nak riak lagi pulak itu.

Unless kalau korang semua insist nak I citer pasal makan lagi... Kan? Maybe I boleh pertimbangkan. Wah! Bongkak betul bunyiknya. Haha.

Bulan ni banyak dapat limau dengan hamper pasal CNY is just around the corner. So, sebagai perempuan vain, apa salahnya mengambil gambar makan cekelat Ferrero Rocher sambil buat mulut sepsi konon dapat menggoda Remy Ishak **Tetiba Remy Ishak. Intan tonggek lebih. Tak menahan.


And time-time ni jugak la, I percaya kebanyakan Syarikat tengah bizi dengan Audit kan? Intan tu, jenis suka jer nak perhatikan pergerakan/tingkah laku orang. Dia memang adore jer tengok auditor's lalu depan kitorang and bawak laptop sebelah tangan, dengan langkah laju nampak macam cool kentang giler.

SO! Itu perempuan giler, sudah ajak I berlakon sebagai auditor's jugak. Maka, terimalah video ni sebagai pengubat rindu. Hewhewhew.


Sedikit info mengenai video tersebut.
  • Audio kurang memuaskan sebab guna camera henpon jer. Apa entah yang I membebel awal tu pon I dah tak ingat. I saspek I cakap, '2 orang secretary giler yang kurang kerja berlakon sebagai audtor's time boss takder' ke menda entah.
  • Ada yang tetiba I kata 'aduh' tu, pasal I terjatuh langgar kerusi. Vavi. Sakit kot kaki I.
  • And ada yang tetiba ada part, 'Sambung' tu pasal Intan gelak and dia suruh ambik take lain. Haha.
  • Blik berhantu yang bau ketiak pasal **Rolling eyes, bilik meeting yang auditor's guna tu bau ketiak like seriously da?????? Bak kata Syikin, 'Bau Tungkik'. Haha.
Sekian. Enjoy the video dan harap jangan menyampah. Kalau menyampah pon, I tabah jer. Haha.

-eNd-

Wednesday, January 18, 2012

OM NOM NOM. Burp! Alhamdulillah :)

Hi Kawan-Kawan Semua! **Awwww manja jer bunyik kata hai macam ni kan? Haha.

Setelah sekian lama menanti entry makan-makan dari Cik Salmah Gendut, maka malam ni terimalah.. Jeng Jeng Jeng! Gambar makanan bertubi-tubi tanpa belas kasihan... Jyeah!!! Sapa kata I dah tak makan? Sapa Sapa? Meh habaq mai kat cheq!

I masih makan dengan bergembira jer. Lalalalala. Tak caya tengok ni! Hiyaaarkkkk!!!! Sila semak and mungkin boleh tiru kalau tersinggah dekat restoran-restoran ni. Ulasan makanan? Takder. Lazat jer semua. Habes lincheeennnn jer semua. NO MERCY la pendek kata.

Dome : Fisherman Platter. Udang, sotong, isi ikan macam goreng tepung jer aku nengok. Dengan sedikit salad yang salad dressing dia I saspek lemon dan lada hitam, makan dengan tar-tar sos... **Eh, kata tadi taknak ulas?

Dome : Creamy Seafood Spaghetti. Dah 3 kali datang sini, dari rumah nak order Oglio Spaghetti and bila sampai sini, tetap order yang ni jugak. Bodoh ni! Terpengaruh dengan gambar dalam menu barangkali.

Dome : Death By Chocolate. Being me yang creative konon-kononnya, I order vanilla ice cream. Put a side. Makan sama-sama dengan cake ni. Baru stim mata pejam-pejam sikit.


Secret Recipe : Thai Style Spaghetti. Masa melangkah masuk, dalam kepala nak order Seafood Curry Mee. Bila dah sampai, order dah jadik lain. Giler bapak jenis tak tetap pendirian. Jangan dicontohi.

Malas nak kata apa. Sapa yang tak kenal memang carik pasal.

Chilis : Air mahal carik pasal. Orang kaya mesti minum air segelas namblas ringgit. Mati la. Dari kanan, Strawberry Lemonade, Virgin Margarita & Peach Hill. Kata jer Peach, tapi bubuh orange. Sajer la tu. Ingat macam kiter tak kenal buah peach macam mana. Sedap nak mampos kot Margarita tu. Tapi ini virgin. Maknanya tidak ada liquor. Tidak memabokkan dan tidak jugak haram disisi agama. Jangan merisau.

Chilis : Triple play. Order ni jer kalau datang sini, perut dah kenyang. Buffalo wing rasa masam. Tidak seperti ketiak hanget, tapi ketiak masam. Paham tak?

TGI Friday's : Tennessee Chicken. Ni memang paling favorite among favorite la pendek kata. Special dia terletak pada sos dia. Memang sedap wa cakap lu. Tengok sekarang I dah lapar. Sapa nak bertanggungjwab ni? **Kunyah tangan sendiri.

TGI Friday's : Garlic & Shrimp Spaghetti. Memang terpaling sedap di merata alam (Ko kan, semua yang terpaling sedap tak tahan tu)

TGI Friday's : BBQ Chicken Salad. I prefer BBQ Chicken Salad yang dekat CPK Kitchen. Sumpah paling sedap dekat sini. But well. Dah ada depan mata macam ni, tak pernah pulak yang tak habes kan? Lagi nak komplen banyak-banyak. Aku tampar kang.

So. Sekian laporan makan-makan bagi membuktikan I masih lagi normal, bukan giler. Bye. Lapar ni. **Masuk dapur masak megi. Selamat tinggal makanan hebat!

-eNd-

Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock di Istana Budaya - Part III (Finale)

Tak habes-habes lagi pasal Konsert Awie & Ella? **Rolling eyes.

Well. Kalau orang nak kata lawak saya bodoh ker? Saya peduli apa???? Tetiba keluar skrip Hamid Gurka. Tapi siyes Hamid Gurkha memang legend. Muka tak bersalah, mata sepet, pastu dalam Roda Impian mintak hurup F. F untuk maaf. Haha. Tak sampai hati pulak nak kata dia bodoh. Well tahniah Suraya, awal-awal dah keluar tajuk. Aper hal Konsert Awie & Ella dah bertukar jadik cerita Hamid Gurkha?

Dah takder apapa nak citer dah. Layan jer la gambar-gambar yang ada ni ha. Semua dari koleksi Shanom jer. Tetiba lapar bila tengok gambar ni, sebab teringat Nasik Kandar Kambing + Telur Ikan yang I makan masa balik dari Istana Budaya dekat Kayu Nasik Kandar Ampang. Hebat sungguh I. Orang lain tengok gambar makanan baru craving, I pesen lain. Tengok gambar konsert pon ingat makan jugak. Istimewa kan I? Bangga tak?

Tak bangga sudah. I bangga jer. Lalalala. **Lompat bintang.

Mempersembahkan Konsert Suraya & Ella! Nama Awie dah kena block dengan perempuan demok. Tq pada Bettyboops sebab transform I jadik rock star yang skema. Bak kata Apai, 'Mana ada rockers pakai baju tuck in, kalau nak pakai macam ni pergi tengok konsert Tomok la' Eleh. Dengki la tu.

Kiter semua kan, memang kalau ambik gambar, taknak berdiri sebelah Shanom. Sebab dia omel sangat. MAKA. Kalau duduk sebelah dia, muka otomatik berubah jadik orang gaji. Taknak kan? Ko jangan nak carik pasal.

Syikin. Seluar bell bottom ni orang pakai untuk tengok Konsert Pop Yeah Yeah jer. Sila ambik perhatian. Jangan salah konsep lagi dilain masa. Haha.

Ok. Gambar dah tak mengikut turutan. Ni nama dia Edry Hashim. Tapi Syikin dah pandai-pandai ubah nama dia jadi Eddie Hamid. Ala. Eddie Hamid yang cipta lagu-lagu meleleh rinduwww serinduwww rinduwwwwnya tuwwww... Naseb baik dia tak jerit kuat-kuat, 'Abang Eddie Hamid, nak ambik gambar'. Haha.

Lepas habes show, kiter semua lepak dekat tangga. Feeling rempit sekali-sekala ngorat aweks hot. Fewwit feewwit sambil sapkok. Ah. Dah jadik maid dah. Sebab Shanom berdiri disebelah. Tenkiu Shanom. Tapi I maid dari Bandung. Up sikit la. Sebab pakai rantai dengan T-Shirt pinjam suami punya. Tuck In. Walaupon boroi, takper. Nak tuck in jugak.

Ini semua kerja Syikin la. Habes semua artis dia nak tangkap gambar sama. Mati la. Semalam dulu I dah pung-pang pung-pang dalam blog cakap taknak ambik gambar dengan artis sebab ego tidak membenarkan. SEKARANG APA DAH JADIK??? Syikin sila bertanggungjawab. And OMG Hans Isaac sangat kacak. Kthankbye.

Para suami yang tabah jer menunggu isteri-isteri nak ambik gambar dengan Awie sampai kena tunggu sejam lebih dekat belakang. Crew-crew pon semua dah balik. Awie punya pasal, Shanom dengan Syikin rela jer. Tak tebal pulak muka kitorang masa ni. Macam remaja belasan tahun tunggu nak mintak sain otograp kumpulan Newboyz. Mati la.

Shanom paling semangat. Number 2 Syikin. I nombor 6. Haha.

PERHATIAN : Kalau sesiapa kenal dengan budak perempuan yang berdiri paling kiri ni, sila bagitau dia, dia boleh sep gamar dia dengan Afdlin & Hans dekat sini pasal kan kan kan? Masa dia ambik gambar dengan kitorang ni sekali, yang I perasan, non of her friend yang snap pon. Caneh tu?

Masa yang dinanti-nanti telah tiba. Selepas bernyamuk bagai, Awie pon keluar dengan muka ngantuk dan lapar pasal penat. Dia recognize I la. Vangga! Seb baik dah tak pakai jaket macam haritu, nanti dia kata, 'Eh budak ni tadek baju lain ker?'

Syikin siap letak tangan atas bahu Awie. I hasut Syikin, I kata 'Kin, kalau lepas konsert, mesti dorang bau busuk kan? Ko nak jugak ker ambik gambar dengan Awie?' Kata Syikin, kalaupun Awie bau bawang sekalipun, dia sanggup. Wah!

Paling tak tahan masa nak ambik gambar ni, I siap cakap dekat Bodigad Awie, 'Bang, tepi sikit boleh? Nak ambik gambar dengan Awie' Boleh tahan biadap jugak I. Haha. Tapi Abang Bodigad tu rilex jer. Senyum jer dia. Tak marah pon. Haha. Kepada Syikin, Nko memang sengaja kan letak tangan atas bahu Awie lama-lama bajet konon rapat sangat la dengan dia. Kan? Tektik tu. Nanti bagitau sedara yang ko kawan baik dengan Awie, kan? Ngaku jer la.

Syikin paling kelakar, sampai harini tak habes-habes kompang dalam FB pasal Konsert Awie & Ella. Pastu kan kan kan, yang paling dia ingat ialah Awie berbau wangi. Instead of Awie performance. Boleh?

-eNd-

Monday, January 16, 2012

Shanom & Awie (Bertabah jer la semalam kan?)

Kesinambungan dan rentetan dari peristiwa saya dan suami mengulang aktiviti menyaksikan Konsert Awie & Ella semalam di Istana Budaya selepas mendapat hasutan yang bertubi-tubi dari Shanom Nur Ain, (wah, bahasa melayu engkau kan?) maka saksikanlah peminat Awie number satu yang datang dari JB woo hoo! Naik bas wo semata-mata nak tengok Awie wa cakap lu!

Tabah jer la I semalam menunggu si Shanom nak tangkap gambar dengan Awie. Konsert habes semalam around 11.00pm, pastu gigih la kami beramai-ramai menunggu Awie dekat pintu belakang Istana Budaya sampai pukul 12.30am. Ko mampu?

-EnD-

Sunday, January 15, 2012

Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock di Istana Budaya - Part II

Hello brother! Wa caya sama lu!

Wah. Tetiba jer kan? Mementang la masih dalam mood rock sebab baru lepas tengok Konsert Awie & Ella terus nak brother-brother bagai. Tak reti nak bagi salam? Baiklah. Assalamualaikum. Tak jawab dosa.

Ok, berbalik pada cerita yang I pergi Konsert ni hari Khamis haritu, bila I tingat mesti I gelak dalam hati. I dengar lagu-lagi Awie dalam kereta, volume 28 since a week ago. Hari-hari buat Konsert dalam kereta. Dah semua orang sekeliling tengok I pelik jer. Apa kena pempuan giler ni. Pakai tudung dah sofan, tapi menganggung-angguk siap head banging yang tak menahan tu.

I buat macam tu pasal nak ambik mood and nak hafal lirik sebab nak sing along or mana tau kalau Awie tarik I naik stage nyanyi sama-sama ker, skali tak hafal lagu, tak ker malu? Haha. Tinggi betul imaginasi I.

Hari Kames tu, I pergi kerja dengan jiwa kosong jer. Memang dah tak sabar-sabar dah tunggu Konsert malam tu. I balik 5.15 sharp dari office. Dah sound boss awal-awal, 'boss, harini nak balik awal, ada nak selesaikan masalah sikit'. Selesaikan masalah sikit?? Pui!

Saz dah pesan dekat I, jangan l pakai dress time Konsert kali ni. Haha. Sebab last time masa I pergi Istana Budaya untuk Konsert Fenomena Wings, I pakai dress kaler biru. Hamek ko! Aku sorang jer omel-omel. Yang lain semua memang rock habes dah. Giler lari tema.

Otw nak pergi Konsert ni. Tengok muka tu. Rock habes kan? Tapi ada yang kata, muka menggoda. Aik? Aku tengah gigih buat muka kerek pasal rock kot??

Yang tak menahan, lepas dah pakai baju semua, masa nak turun dekat lift, ada la kawan Saz tegur Saz, I diam jer. Tak cakap apapa. Muka ketat tak ingat. I diam jer, tak cakap apapa dengan Saz since dari lepas siap sampai dalam kereta. Tetiba dalam kereta, Saz tegur, 'Amboih, muka yang kerek dari tadi ni kenapa? Hahahaha'. Pastu terus I gelak. Yerla!! Mood rock muka mesti la kerek! Bongok kan??? Agak-agak la kot kalo nak ambik mood pon.

Muka ketat berterusan sehingga ke Istana Budaya. Mood rock punya pasal. Ko ada? Masa dalam kereta I kompiden jer. Skali bila dah sampai dekat Lobby Istana Budaya, tengok orang lain pakai relex-relex jer, terus I malu sorang-sorang. Haha. Aku dah siap jaket kulit bagai ni. Mati la!

Kawan baik, kawan rumah dan my partner in crime.


Kronologi disebalik gambar, 'Eh, Abang Awie, macam mana nak buat sign rock?' Sambil buat lambang peace tak berapa nak jadik. Pastu Awie kata, 'Sayang, U buat tangan macam ni. Simbol Sayap-sayap Wings'. Lantas Awie buat, pastu jari I kembang. Patut kuncupkan jer. Hesh! Bodoh ni!

I enjoy the Konsert so very much. Lepas habes Konsert, I menung jer sampai la kesudah sebab jeles dengan orang-orang lain yang tengah enjoy the Konsert. Pastu semalam, Shanom dah bakar-bakar I ajak tengok lagi sekali dan zupppp!! Sepantas kilat, I drive along to Istana Budaya beli tiket. Maka. Malam ni I tengok la lagi sekali Konsert ni. PUAS HATI AKU! HAHAHAHAHAHHAHA

-eNd-

P/s: Yang Awie kata Sayang tu I buat cerita jer :p

Friday, January 13, 2012

Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock di Istana Budaya - Part I

Just a quick update. Mata dah ngantuk tahap mentibang laut kaler oren ni tetapi gigih jugak tu nak share peristiwa malam ni. Haha. Dasar!

Bukan apa taw saudara-mara sekalian. Kalau I tak share malam ni and delay update post ni nanti semuanya dah terlambat seperti nasi sudah menjadik bubur. WALAUPUN bubur enak di makan bersama ikan bilis dan daun sup tapi aku peduli apa???

Back to the topic, I just got back from Istana Budaya menyaksikan Konsert Raja & Ratu Rock - Awie dan Ella yang sudah mula berlangsung malam ni sehingga hari Ahad. Esok (Jumaat) ada lagi show at 8.30pm, Sabtu dan Ahad both ada show siang dan malam. Untuk makluman anda sekalian, 4 hari jer tau show ni.

Harga tiket dan lain-lain informasi, sila klik sini. Eh tak. Sila google sendirik. Jangan jadik pemalas sangat. Aku dah berbuih kepala ni ngantuk lagi nak cerita panjang-panjang. But, make it short, seriously this is the best show ever yang I pernah tengok so far. Yer la kan? Konsert dekat Istana Budaya ada aircond, air freshener sentiasa berbau wangi sapa yang tak suka memang giler la. **Bila ngantuk biasa memang garang.

Awie dah la suara sedap, comel nak mampus menari ballerina and Ella super cuteness, petite jer. Pinggang secekak, manja mengada nak mamfus tapi boleh jer redha I terima kegedikkan dia, rasa macam nak lambung-lambung pasal omel sangat sangat sangat! Suara 2 2 toksah cakap la, memang best giler, and sound sistem memang superb and jugak tak sangka Edry Hashim handsome jugak oh!

So, punya la banyak item yang best ni, kalau tak datang tengok jugak aku taktau la. But trust me, U wont regret. Beli tiket mahal pon tak regret. Sebab memang best. Lagi la tak regret kalau tiket suami yang belanja. Siap demand, esok kalau nak tengok lagi, nak seat yang sama macam tadi. Haha. Kalau cadangan diterima, cukup bulan makan megi hari-hari. Sedang elok la tu, rambut dia pon dah macam megi aku tengok. Kalau nak makan megi hari-hari kira relevan la. Awie punya pasal, megi pon megi lah U! Haha.


Memang rezeki kitorang, each time tengok Awie dekat Istana Budaya, tak kira la time Cuci, Cuci 2, Konsert Opera Hidup, Lat The Musical mesti dapat jumpa Awie dekat-dekat. And tadi, I tak lepas chance ambik gambar dengan dia. Ko giler? Aku ni ego boleh tahan wei, mana jenis nak ambik gambar dengan artis. Kalau Poja tu terkecuali la... Sedangkan Datok Seri Anuar pon I tak ambik gambar, ego punya pasal tapi keranamu Awie suara seperti buluh perindu, walau nampak gemok setaman, dinda rela. Wah!

Last but not least, tenkiu untuk Sazli for this lovely night. Selalu belanja I tengok Theater & Konsert dekat Istana Budaya setiap kali ada Awie (without failed). Tiket mahal sikit takper, janji puas hati Awie depan mata. I tumpang tui ajer sebab Saz memang minat Awie tapi tak pepasal tetiba I pulak yang dah minat Awie lebih-lebih sekarang. Mati la malam ni mimpi Awie.

Ok la U. Tapayah potong rambut. I suka tengok tetiba. Nampak cool. **motip?

-EnD-

Wednesday, January 11, 2012

Asal Usul Rambutan Menopause


Semak jugak dah 2 malam perut macam kembung jer. Tak habes-habes dengan masalah susah nak berak. Tak ok jugak kan kalau tiap kali nak berak kena paksa makan ubat sembelit tu. Hesh! Perut ni pulak jenis tak bertamadun. Time dalam jem tu la dia nak melepas. Mula la mulut I kumat-kamit baca jampi, 'kepala buntot kepala buntot'.

Siyes, I susah nak berak/berak tak puas ni semenjak sekian lama. Bila lama tak poo-poo mula la perut memulas pasal banyak angin. Sendawa rasa durian lepas tu kentot bau longkang tersumbat. Hesh!

Mati la. First impression orang yang baca blog ni, 'Eh, Suraya yang sopan-sopan ayam dekat office cerita pasal taik dalam blog'. Ok. Tak kelakar.

Dah la cerita pasal berak tak habes-habes. Sebenarnya I nak citer pasal buah rambutan sedap yang I makan dekat office tadi ni. Sedap giler siot sumpah tak tifu. Memang I tak pernah makan rambutan yang sedap macam ni. Biasa la dengar orang kata rambutan yang sedap ni macam rambutan budak sekolah, rambutan gading, rambutan lekang and rambutan gula batu. But yang ni different. Lain nama dia.

Su : Kak Ina, sedapnya rambutan ni. Dapat mana?
Kak Ina : Entah mana si Adam ambik **Adam tu driver office. I panggil dia Abang Adam walaupon sebaya bajet muda. Harhar.
Su : Sedap kan Kak Ina? Apa nama rambutan ni? Rambutan gula batu eh?
Kak Ina : Tak tak **Pastu gelak sampai nak nanges. Apa yang kelakar entah
Su : Dah tu, apa nama dia?
Kak Ina : Kata Abang Zaidi nko, rambutan ni nama dia Rambutan Menopause. Hahahaha
Su : Kenapa Menopause? **Bongok jugak pergi tanya kan???
Kak Ina : Pasal dah takder air. Hahahahha

Siot lu Kak Ina! Ni lawak lucah macam ni yang aku malu ni. Dah la keliling penuh dengan Pakcik's Makcik's. Terus I marathon menuju ke meja sambil gelak takder der nak kontrol2 dah. Haha.

Rambutan Menopause yang dimaksudkan.

-EnD-


Monday, January 9, 2012

Meatball Punya Cerita

Nah. Ambek ni. Pegi main jauh-jauh.


Sweedish Meatball buatan sendiri yang dipantau kuahnya oleh Mira. Sikit-sikit, 'Maksu, kiter kena pantau kuah ni. Kang nanti habes'.

Sunday, January 8, 2012

Ice Skating Yang Yay!!

Adoi. Sakit badan sekarang ni. Tak sangka main ice-skating ni boleh sakit-sakit badan macam bersukan dan jugak lari marathon atau lari berganti-ganti pas baton 400 meter. Siyes. Satu badan sakit. Takper la. I positip jerk. I anggap badan sakit ni pasal lemak-lemak nak pecah sekaligus boleh menjadik kurus. Yes! Esok musti kurus ni. Komprem!

Sebenarnya plan nak main ice skating ni dah 4 tahun. Tapi sebagai orang kedua paling bizi dekat Malaysia selepas Perdana Menteri, selalu la plan I ni tertunda. Maklumla. Takkan lupa. I kan part time Ultraman. Bizi nak menyelamatkan dunia lagi, pendek kata takder masa la nak bersosial beriadah semua ni. Sian kan?

Tapi selepas 4 tahun akhirnya semalam we did it! Yay! Sunway Pyramid - Here we come. Ahli jemaah yang join ialah Sara The Makcik Wok, Ross, Ti & Izzi The Handsome Doctor. (Pui). Kiter ajak Izzi sebab taknak la nampak sakai sangat. Dia dah biasa main ice skating. Kiter semua pon first time nak cuba. Apa pun taktau.

Tak ke kampung dot com bila lepas bayar ticket, kerana tak sabar-sabar, dekat situ jugak pakai glove? **Tutup muka skarang.

Ticket price kalau takder glove, takde stokin datang melenggang kangkung bawak bakul pegi pasar ialah RM33.00. Kalau tak, murah sikit. Stokin RM3, Glove RM6 tak silap I. So, kalau nak murah, datang sini bawak stokin sendiri dengan glove sendiri. Jangan ngengada nak pakai sarung tangan scrub badan Body Shop tu pulak. Aku tampar kang.

Dekat sini tak boleh ambik gambar tau? Nanti Ice Police dia marah. Rampas Camera. Haha. Tak ah. Tifu jer. Apa ingat ni sekolah ke nak rampas-rampas camera orang? Ni gambar ni I ambik package dengan Cameraman yang ada dekat situ. Nanti kalau nak print, harga dia RM30 sekeping. Giler bapak mahal nak mampos. Cekik darah, hantu polong!

Kitorang tak print pon gambar tu. Kiter ambik semua gambar, burn dalam CD. Harga RM80.00. Hamekaw! Seb baik 5 orang, so share-share la. Kiter nak guna teori sapa gaji paling mahal dia yang bayar, tapi Izzi tak setuju pulak. Kata dia doktor kerajaan gaji murah. Ye ar ye ar. So dapat la 29 keping gambar semuanya. Boleh simpan buat kenangan. Tengok sampai muntah.

Choo choo! Tepi. Train nak lalu! Izzi paling teror among us. Tak guna betul. Ditinggalnya kitorang semua terkedek-kedek berpaut di palang tepi-tepi tu, dia boleh buat show sorang-sorang untuk impress gadis-gadis cantik disana.

Cameraman : Do funny face! Ini result dia. Mana yang funny pon aku tapaham.

I offer untuk diangkat. Semua buat muka. Ye ar ye ar. Tau la!

Izzi kata, dia segan nak ambik gambar dekat tengah-tengah orang macam ni. Kata dia, semua gadis cantik sedang memerhatikan dia dari atas. **Patah gigi dengar statement dia.

Pose mesti mau outstanding dari orang lain. Skali nampak macam mengandun 4 bulan. Hamekau! Ko ada?

Obvious seluar I paling banyak basah habaq ang. Asyik jatuh je. I ada masalah untuk membelenkan badan. I saspek sebab I gumuk. So ada susah sikit la. Jatuh manja-manja jer. Sebab skate tak la selaju mana. Sependa semua habes basah ooo. Lencun! Naseb baik ada tergerak nak bawak spare. Kalo tak, kurap la.

Si gemuk yang excited dan begembira cuba membuat aksi seperti mau terbang sahaja.

Sara is born to be ice-skater. Siyes. First time main dah pandai giler. Jeles I. Rasa macam nak tunjal je kepala dia. E!

Dah la baik, bijak, doktor yang hebat, hensem, pandai main ice skating lagi. - Ni caption dia yang suruh letak. Haha. And this pixture atas permintaan BettyBoobs. Hehe.

Ross sebenarnya yang paling nak sangat main ice-skating ni. Finally dapat jugak eh Ross? Kaksu kan seperti pari-pari yang memenuhi impian kanak-kanak yang nak makan sushi (Mira) nak makan Molten Choc Cake (Ira Raffali) dan jugak kanak-kanak yang nak makan Macaroons & Sticky (Cik Puan Bunga)

Oh btw, hai Ti! Ni hosmet Ross. First time jumpa semalam. Baik orangnya. Baik sebab dia kata I comel. Tu yang I kata dia baik. Haha. Kira aci ker macam ni?

Kitorang start main around 3.30pm macam tu and finish at 7.00pm. Sebenarnya 3 jam dah cukup puas kot? Lagi lama main, lagi basah. Elok mandi baring je kat tengah-tengah tu alang-alang nak basah. Mana yang first time nak cuba, dengar pesan I. Bawak spare baju, seluar sependa semua tau? Sebab kompem basah lencun.

Mana yang tak basah tu, kompem main tifu. Takat pegang rail dekat tepi-tepi tu baik tapayah la. **Kes dengki dekat Ti sebab dia tak basah sangat.

I kan, penjahat. Sapa-sapa yang blok laluan I nak bercengkerama dengan BF, aku peluk jer. Pastu jatuh sama-sama. Each time I menjatuhkan orang, Izzi and Sara lari jauh-jauh. Malu nak mengaku kawan. Setan!

-EnD-

Friday, January 6, 2012

Bila adik adik semua pon craving, carik I. Ingat makan, Ingat muka I.

Ira Raffali is craving for this sexy Molten Choc Cake at Chili's. Bebudak ni memang semua macam ni. Asal tingin nak makan apapa, kalo tak buat status sedih dekat BBM terus post jer gambar dekat wall FB aku.

Yang status dekat BBM tu ialah Mira sebenarnya. Pastu dah la craving mahal-mahal JER. pastu jugak duit ada RM20.00, tapi kalau tengok menu, nak yang Bento set besar, taknak kalah. Nak dessert bagai. Seb baik order ocha jer. Kalau dekat Sushi King ocha free. Ingat tu. Strategi kalau nak jimat. Konon cool la order air teh Jepun dekat Sushi King. PADAHAL.

Pastu bila time nak bayar selalu bukak cerita sedih jer. 'Mira kan Maksu, kursus ni kena beli baju istiadat RM1500.00, sedih la Maksu'. Aik? Ko jangan nak macam-macam Mira. Itu alasan last month masa ko nak makan mahal dekat Souled Out lantas Maksu jugak yang belanja. Sekali malam tadi alasan yang sama. Tak relevan. Pui!

Bila dapat bill, Mira hulur RM10.00 jer. 20% dari jumlah keseluruhan T_______T. Takper la. Redha. Biasa dia tak bagi langsung. Haha.

Demi adik-adik kesayangan, I rela bekorban. Cecece. So, tengah hari ni kejap lagi. We going to Chili's KLCC. Kalau ada sesape dekat sana, jangan lupa ambik gambar dengan I. I pakai baju kuning ang-ang harini. Ajak ambik gambar sama? Bajet artis la kan? Har har har.



Molten Choc Cake, tunggu akak datang. **Tetiba adik beradik dengan cake, pehal???


Mira yang busuk.

Malam tadi. Mira pick me up at 9.30 pm, makanya Sushi King tutup at 10.00pm. Makan tadek der nak kunyah-kunyah. Telan terus. Pastu balik rumah muntah sushi. Terbaik. Rugi rugi!

P/s: Kenapa dekat Sushi King selalu pasang lagu Korea. Tu kan restoran Jepun. Jangan nak tipu la! Tapi kata Mira, dia ok jer. Lagu Jepun ke, Korea ke, apa dia peduli? Janji makan free T____T

-EnD-

Thursday, January 5, 2012

Jangan Curi Makanan Saya!

Kalau ada sesiapa yang takot kehilangan makanan dalam pantry, boleh guna cara ni. Nak lagi bagus, label tu kalau boleh tulisan dia biar besar. Lagi besar lagi bagus. Pastu guna kertas merah and tulis marah-marah sikit pon takper. Kasik orang paham sikit.



Ni kalau dah besar macam ni punya sticker pon kena curik jugak aku tatau la. Si pencurik makanan memang jenis berhati tegar. Pui!


-EnD-

Jangan Curi Makanan Saya!

Kalau ada sesiapa yang takot kehilangan makanan dalam pantry, boleh guna cara ni. Nak lagi bagus, label tu kalau boleh tulisan dia biar besar. Lagi besar lagi bagus. Pastu guna kertas merah and tulis marah-marah sikit pon takper. Kasik orang paham sikit.



Ni kalau dah besar macam ni punya sticker pon kena curik jugak aku tatau la. Si pencurik makanan memang jenis berhati tegar. Pui!


-EnD-

Tuesday, January 3, 2012

Perut Yang Senyum

Kiter mulakan entry tahun baru dengan gambar ni. I memang redha je letak gambar ni walaupun perut I senyum. Boroi tak ingat sampai nampak pusat. Haha. Mati la gemok tapi kompiden tahap lapan.


Intan punya pasal, I letak jugak la. Pasal pose dia cantik ala-ala iklan modes ker apa entah.


Intan model iklan modes, Ira macam perempuan keliru mencarik identiti sendiri. Mas mencangkung macam kalah jekpot and I feeling-feeling pelakon Hindustan dolu-dolu yang bangga dengan pusat dan perut senyum. Ko ada?

Dah. Sekian dulu. Banyak kerja ni. Kerja apa pon taktau la. Tapi macam biasa, datang office selerakkan file atas meja bajet bizi sangat, tapi bila pukul 5.00pm I cakap dekat Intan, 'Apa jer kerja yang Kaksu buat harini entah. Macam takder apa-apa pon.' Haha.


-EnD-