Assalamualaikum.....
Masih lagi bersiaran langsung dari KL. Eh tak. Jengka. Tengok Mak Lampir dah tak dapat beza KL ke Jengka sebabnya kurang tido woh! Actually dari kampung ni ha. Sejukkkkkkkkk jer dekat sini... Sejuk macam lain macam la sejuk kampung ni, susah nak explen macam mana. Itu mungkin salah satu sebab kenapa Shein Iskandar kena kembung kelmarin dengan semalam.
Kelmarin, start pukul 3 petang Shein dah menggelisah. Lepas mandi petang, dia menyusu macam biasa and tidur. And start pukul 10 malam sampai la pukul 3 pagi, dia dok merengek jer. Hadoi la.. Susah hati I. Bila Mak cek perut, rupaya dia kembong.
Cepat-cepat tuam perut dia dengan kain panas, pastu urut perut, belakang, betis dengan keting dengan minyak telon terus dia kentut... Alhamdulillah keluar angin. Cuma dia nak berdukung jer la... Maybe suka kot dok rasa body heat. And pukul 3.30 pagi dia tidur jugak. Lega hati I.
Tapi tak habes kat situ eh? Esoknya dari tengahari sampai pukul 3.00 petang dia merengek lagi. Mula la Atok dia dok menyanyi.... 'Kenapa la Shein ni jadik macam ni. Kesian dia... Bla bla bla.. Balik la KL jumpa Doktor dia... Bla bla bla bla Atok sedih bla bla bla bla'. Haih.
Membantu sangat la Mak time ni kan? I dok google and kata memang biasa la kembung bagi budak-budak kecik. To be frank, menjadik Ibu muda (Muda ker?) yang baru ada anak pertama and takde pengalaman macam I ni, nak handle baby kembong pon rasa macam a big task for me. I juz need support jer... Kasik I kata-kata semangat. Yang Mak I ni ha dok risau lebih-lebih. Time dukung tu, dok bercakap jer.... Kesian lalalala. Kenapa lalalala. Sampai I sendiri rasa nak terbang balik KL and nak jumpa Doktor jam-jam tu jugak.
Well, I tau Mak risau. But macam mana eh nak cakap? Risau dia yang belebih tu buat I down down down down and tetiba rasa helpless sangat. Dengan Saz jauh. Pastu pulak kata Mak doktor klinik Jengka ni check kadang-kadang sambil lewa and kalau masuk Hospital Gomen nanti baby tak sakit dikatanya sakit sampai cucuk wayar sana sini. Habes acaneh?
So, demi membuatkan risau Mak berkurangan, petang semalam I bawak jugak Shein pergi Klinik Fadzillah. Kata Doktor tu, baby memang kembong sikit... Dia merengek semua tu pasal rasa tak selesa. As long as dia kentut, berak, kencing, dah ok dah..... So, elok la sikit Mak I petang semalam. Dia kata, bila dia dia dengar sendiri Doktor cakap macam tu so dia rasa lega.
And tup-tup malam tadi, lepas bangun menyusu pukul 1 pagi, Shein meragam sikit. Kata Mak perut dia keras and start la menyanyi lagi. @_@ Nak nanges dah rasa mendengar Mak becakap kesian kesian kesian. Why why why. Ya Allah jangan la Engkau uji cucu aku macam ni dia baby lagi and so on T____T. 'Balik la KL dik, bawak Shein jumpa Doktor. Mak tak sanggup tengok Shein macam ni'.
Pastu terus la whatsapp suami. 'U, datang ambik I sekarang. Shein kembong la, I risau. Jom la bawak dia jumpa doktor dia cepat'. Well begitulah I. Asal Shein meragam sikit, call Saz suruh ambik. Gaya macam KL-Jengka tu Shah Alam-Ampang. But Alhamdulillah, Shein lepas dapat tido, dia ok jer. Bangun menyusu macam biasa and tidur balik. Atok dia pon berdengkor angin macam biasa.
TAK PUAS hati lagi. Demi membuat Atok dia lebih bergembira, I call nurse Klinik Kesihatan Jengka ni and ask them to come over and check condition Shein. Sama jugak. Kata Nurse tu, jangan la risau lebih-lebih macam ni. Shein ok. Dia cuma kembong sikitttttttttttt jer. Urut perut kaki belakang dia and dia akan ok la sendiri nanti.
So begitulah setakat ni. Kot jap lagi pukul 3 petang dia meragam, Atok dia suruh balik KL lagi, I tabah jer la. Mak tu risau kemain kalau pasal cucu dia. Nak pulak ni cucu pertama belah mertua. Cucu tunggal dari anak tunggal. So dia rasa bertanggungjawab lebih la. Kata De dulu, Mak memang macam tu. Time anak De kecik-kecik pon, Mak macam tu jugak. Dia bukan nak merisaukan kiter tapi kerisauan dia pada cucu ini membuatkan kiter risau sama and down to earth. Eh bukan. Down. Paham tak ayat ni?
Baby Mama yang behave. Jarang lagi Shein nangis sampai keluar suara cirit. Biasa dia merengek jer... Ala manja manja Mama. Ge a good boy ok Sayang?