Wednesday, April 30, 2014

Elektrik Kena Potong. Kah Kah Kah.

Assalamualaikum.

Semalam petang lawak giler. I dalam kereta dah cakap dalam hati, ‘Sampai rumah nak kemas rumah lawa-lawa, nak basuh kain, lipat kain’. Memang bekobar-kobar infects masa dekat office pon macam cacing kepanasan sebab tak sabar nak kemas umah. Saiko kan? Ada orang sama macam I tak?

Sekali bila masuk rumah I tekan suis lampu tengok tak menyala. Ni mesti tendang ni. Ok takpe. Jadik McGyver sekejap. Amek kerusi panjat, pastu tengok dekat box suis tu. Apa orang panggil menatang tu? Tengok semua ok. Aik? Takkan la elektrik tadek? Tengok kat koridor elok je ada lampu menyala, tengok rumah depan pon menyala. Aje kacau, dengan henpon bateri kong. I pon naik lift, turun ke kedai bawah pastu pinjam tukang kedai Pakistan tu henpon untuk call Sazli.

Lelaju kunci rumah sebab dah gelap. I kan penakot pahet?

Sazli datang menyelamatkan I. Dalam masa 5 minutes dah sampai sebab time tu dia kat rumah Mak nak ambik Shein. I cek bil elektrik dekat mailbox and found out rupanya since Feb lagi bil elektrik dah kena RM200++. I pulak consistently confident bayar RM100 je every month and surat warning pon TNB hantar dekat mailbox yang dah setengah tahun tak cek tu. Memang hazab la.

Pastu kitorang kemas-kemas barang and check in rumah Bapak. Kah kah kah. Time mengemas barang-barang tu I ketawa je dengan Sazli sebab rasa macam kelakar pulak elektrik kena potong. Pasang lilin sorang satu. Sazli lagi la ngek sebab masa henpon dia habes bateri, dia pergi charge. Pastu pelik kenapa bateri tak naik. Haha. Kata dah kena potong elektrik? Tunjal nak?

Elektrik naik sebab aircond dah lama tak service. Sebab tu la bila aircond nak bagi sejuk dia akan work dua kali ganda. Tu yang elektrik melambung tu. Sebab banyak habuk. Sapa suruh tak service kan? So harini sebelum pukul empat kena pergi mana-mana kedai TNB untuk bayar bill and pukul 5-7pm dorang akan datang sambung balik elektrik.

Haha. Lawak je rasa. Tapi takpe la. Pengalaman. Orang zaman dedulu hidup tadek elektrik, pasang lampu gasoline pon anak 8. Apa ada hal? Kan? Ko plak ngada tak boleh tidur tadek aircond segala. Pang nak?

-EnD-

Shein pon extra happy la malam tadi sebab biasa kalau time malam lari-lari pusing meja setempat je. Malam tadi luassss je. Punya la happy sampai masuk dalam kain Maktok dia. Haha.



Tuesday, April 29, 2014

GEMOK

Assalamualaikum.

Frustrated bila timbang and tengok jarum makin naik naik naik giler and dah start saiko and Google. How to lose weight on 14 days. Haha. I am really fat. Lagi 2 more kg’s I dah dapat capai target yang pernah I capai 3 years back when I am really fat. Like a hippopotamus. Yes! Bangga giler!

I memang macam ni. Diet diet diet. Achieve target and lepas tu start makan balik tak sedar diri. Kata je nak diet tapi tengahari makan Nasik Arab. Malam makan burger. Usually memang macam tu. Susah nak maintain sebab I punya metabolism memang low. Jenis kalau tak makan beria and follow meal like breakfast, lunch, little snacks and dinner bagi la 2 weeks complete meal macam tu I easily can gain like 4 kg’s seriously.

Now pon since ada Shein I ambik dinner like 3 times je a week but as U can see now? A BIG FAT COW!

Kesian sangat dekat I. Bila tengok Dyba and Sarah makan macam onggiler but still kurus keding I rasa macam bengang tapi nak buat macam mana kan? Memang dah ditakdirkan tak boleh makan suka-suki kot? Nak nak dah tua bangka macam ni, metabolism dah low, nak bersukan pon macam tadek kesempatan so terima lah.

First yang I check untuk start diet is check BMI. Online. I dah check mine and you guys can check your dekat sini. Ok? Boleh check BMi, calories intake and etc.

Yang paling susah sekarang I nak tinggal is sugar. I am a big fan of dessert. Ni semua kawan rapat I tau I susah nak tinggal dessert. Tapi kalau rela nak badak forever boleh la makan ikut suka hati. U know now I dah capai tahap apa? Tahap dah frust dengan diri sendiri.

Dah la. Nak taip pon bosan. Tunggu la lagi sebulan. Kalau ada turun berat I share, kalau tadek ya udah. Malas nak pung pang segala. Dah la gemok, kereta pulak kena langgar. Apa la naseb. Naseb la ada Shein. Shein. Nak uweeeeet!


-EnD-


Kesian pokok tu kena tampung badak ni. Ni gambar 3 years back. Zaman terpaling gemok. Sekarang I sikit lagi nak sama berat macam waktu ni. I bangga sangat. Yeah!

Dress RM40 free postage and many more by Getcovered

Assalamualaikum.

Korang, kalau nak carik baju jenis dress, jubah or bf friendly punya dress boleh check out IG ni. Nama dia @getcovered own by the one and only ongkaye gorjes pakai beg LV hari-hari tukar macam LV tu harga RM400 satu, suami kerja engineer offshore, rumah setengah suku juta (paham tak ni?), bercuti oversea tiap-tiap tahun, bagi anak pakai OshKosh buat basahan je, siapa lagi tak lain tak bukan kalau bukan Aliah Ali. Untuk new updates and promotion boleh follow je IG tu. Ok? (Kaya boleh la). Haha.

Yang tengah promotion sekarang dress ni. Nama dia Safiyya. Class kau Jah, baju pon siap ada nama. Nama nak urban muslimah je. Harga dia RM40. Free postage. Sabah and Sarawak postage RM3.00 je pooonnnnn. Murah kan? Ongkaya kalau meniaga memang kalau boleh semua nak bagi murah-murah je. Macam a part of charity gitu.


Safiyya Dress only RM40.00 with free postage Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak postage RM3.00 only

Sini I letak dia punya ukuran sekali. Kalau size macam I, is L. Tinggi 162cm, berat adalah rahsia. So kalau size baju L boleh agak sendiri la eh besar mana? Macam Aliah, dia size XL. So dalam kes ni, dia menang. Haha. (Gurau kasar nampak Maksu?)




Untuk mommies yang breast feed boleh la beli dress collection getvovered ni. Harga dalam RM55-RM65 jer pon. Kekadang kalau tengah promotion dia jadik RM40.00 so kena la selalu tengok update dorang dekat IG. Baju lain macam Sameera jubah. Safiyya Pearl dengan Safiyya Paisley pon selling fast. Check out gambar-gambar ni.





Most of baju-baju ni semua ada size sampai XL. XL tu agak besar. Boleh refer ukuran yang I put earlier maknanya @getcovered ni tidak meminggirkan orang-orang berbadan sedap untuk bergaya cecantik pakai dress labuh macam set-set kurus.









So untuk semua, macam Aliah selalu cakap. Happy shopping dolls! For any inquiry dan pertanya lain boleh WhatsApp Aliah direct. Number ada kat IG Getcovered tu. Jangan ajak berkenalan or request nak jadik anak ikan dah. Aku tampar kang.






















Ada lagi lapan ratus juta design dekat @getcovered. For more photo's and design boleh check out IG dorang eh?

-EnD-

P/s: Aliah. Nak uweeeettttttttttt

Monday, April 28, 2014

Spaghetti Sedap Dekat Alexis!

Assalamualaikum.

Biasa kalau makan kat Alexis tak habes-habes nak order Hainanese Chicken Rice la, Nasik Ulam la, Nasik Dagang la, skali semalam bila try this Spaghetti Seafood, terus makan sambil nanges. Nanges sebab tak cukup la of coz. Sebab ni Mak punya. I order Pizza Mushroom menda entah. Pooon sedap. I tengok Mak makan macam selera je. Tu udang harimau gemok tiga ekor fresh and manis je rasa. Mak makan satu, dia bagi I satu yang paling gemok and 1 lagi dia tinggalkan Sazli. 

Itulah MIL. Kalau makan mesti ingat anak-anak. I kalo makanan tu I punya, if ada orang ambik sampah sarap dalam piggan I, nanti I jeling dengan ekor mata. Kedekut skek. Haha. 

Goodbye Pizza La Risata. Now I dah jumpa pizza lain yang laaagi sedap dekat Alexis. Untuk Alexis, sorry sebab selama ni I cuma datang cari U untuk Pavlova je sebab never thought that your spaghetti is awesome too! Lepas ni nak try another spaghetti la. Dengan Pizza lain jugak. Dengan cake lain jugak. Kbye!


Spaghetti Seafood Alexis. Mak kata tak pedas, tak masam. Just nice. Memang sedap. Sila menangis semua orang please.



Mushroom pizza. Pooon sedap! I boleh je nak habeskan 1 pizza ni. Tapi sebab berhemah, I makan 3 slice je. Lagi 3 tapaukan Sazli. Hehe. (Padahal segan nak melahap depan MIL)

Kitorang semalam lepak kat Ge Mall sebab nak melayan Shein main dekat Kidz Sports and Gym. Macam dah lama tak bawak dia main dekat sini. Punya la seronok si Abu Bakar Ellah tu main dekat sana, masuk je kereta pukul 7.30pm terus gol. Bangun bila? Esok paginya. Penat sangat la tu.

-EnD-

My Abu Bakar Ellah

Friday, April 25, 2014

Intan : Edisi Tergelincir Lidah

Assalamualaikum.

So, pagi tadi I sampai awal skek so boleh la tapau makanan dekat bawah for breakfast. Kuih 3 ketul dengan air limau ais. Konon kalau lepas makan kuih tu, minum la air limau untuk potong lemak. Kekdahnya.Masa nak masuk lift, I borak dengan Intan.

I           :       Intan, tu apa dekat kain tu? Air apa?
Intan     :       Air kentumban Kaksu
I           :       Air ketubatan la giler!

Berangan konon dia tumpah air ketuban. Sebut pon salah. Bongok. Haha.

Pastu tengah hari tadi, kitorang pergi Wangsa Walk. Pergi tengok-tengok baju dekat Rosette. Pastu Intan ada suka satu cardigan ni.

Intan    :        Kaksu, Intan suka ni jenis kain ni. Dia memberi
I          :        ????
Intan    :        Kain dia stretchable Kaksu. Bila kiter tarik. Dia memberi.
I          :        Memeri la. Memeri. Memberi mendanya? Kalau dia member, Intan kena la menerima. Hahaha

Intan ni kalau nak cakap main cakap je. Buah pelaga kata buah telaga, Dragon fruit kata Buah Rasaksa. Sesuka hati je. Pastu tadi Dyba cakap, ‘Apa teruk sangat Bahasa Melayu Kak Intan ni? Terus dia berangan. Kata dia, ‘Oh sorry, dulu masa I duduk Amareka tak biasa cakap Melayu’. Sebut America pon Amareka ada hati. Podah! Dah tatabahasa failed lagi mengaku duduk America konon.

-EnD-



Khasiat Salmon

Assalamualaikum…

Macam dah lama giler tak makan sushi. When is the last time eh kiter makan Sushi Intan?  (Sesambil promote Intan. Haha) Harini Jumaat jom makan salmonnnnnnnnnnnnnn!! I nak makan 10 slice. Makan salmon je. Tak makan nasi ke apa ke. Sebab kata diet? (Porah!)

Tak gemok kan Ted? Hahahaha. 


Salmon Sashimi. Mintak tolong jangan jilat screen henpon/pc ke apa eh?


Oh btw, ni salmon sashimi dekat Octopus Wangsa Walk. Pergi la kat mana-mana octopus nanti korang akan dapat salmon yang akan memberahikan skek la dari Sushi King.

Sebab I baik, I share apa kebaikan dan khasiat salmon.

Ikan salmon sememangnya terkenal sebagai salah satu makanan yang kebiasaan di ambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang amat berguna untuk kita semua. Bukan sahaja mempunyai kadar nutrisi yang tinggi, bahkan rasanya juga enak untuk di makan. 

Mari kita lihat khasiat, kebaikan dan kelebihan ikan salmon.

1. Tisu dan otot
Protein memang di kenali bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Protein di dalam ikan salmon sangat mudah untuk di hadam dan diserap masuk ke dalam badan. Protein dan amino asid membantu proses pembinaan otot dan juga tisu. Ikan salmon juga tidak mempunyai bahan yang menyebabkan kanser seperti sumber protein yang lain.

2. Penglihatan
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Molekul yang terdapat dalam omega-3 di percayai membantu mengurangkan keradangan mata. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.

3. Fungsi otak
Ikan salmon dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan.

4. Kulit dan rambut
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.



-EnD-

Thursday, April 24, 2014

Stroller Pondok-Pondok Shein

Assalamualaikum.

Dalam entry yang adhoc short vacation ke Melaka tu kan I ada bagitau pasal I beli umbrella stroller dekat Toy R Us? And ada readers yang mintak share jenis apa. Ada yang teka Mc Laren. Jawapannya tettttttttttttttttt salah! Stroller cap ayam je ponnnn. I pon tak tengok jenama apa. Tapi murah gilers U'Olls. Harga dia RM170.00 je. Haha. Macam main pondok-pondok. Kahkahkah.

Boleh tampung berat up to 18kg (dia kata la). Shein masuk macam muat-muat je. Dia tak boleh nak recline ke apa since dia umbrella stroller yang really down to earth dan sangat pemalu. Ada belt (for safety), tayar boleh lock and easy to fold and store. Tak makan space also ringan. Shein pon selamba boleh tolak. Punya la ringan. Tak la ada span and really selesa untuk baby but untuk travel yang bodo-bodo I rasa ok sangat-sangat la ok. Murah lagipon! Lalalalala **Goyang tetep




Umbrella Stroller at Toy R Us lebih kurang macam ni la design dia. Yang penting ada bumbung. Eh atap. Eh. Apa tu nama dia? Canopy eh? Ah lantak la.

I rasa practical to use kalau bukan dalam shopping complex. Macam dekat Melaka tu contohnya bukan all the time dalam mall. Kalau la boleh recline lagi la superbly best. I tengok Shein bukan main suka. Dia memang suka giler. Tak payah letak atas tu, dia dah duduk sendiri. Bila stop tolak nanti meroyan. Macam tengah tolak anak patung je I rasa. 

The time bila Shein tido tu, Baba and Saz bawak Shein naik bilik sebab tak sampai hati nak tengok dia tido duduk. Kalau tanya I apa stroller yang bagus untuk travel I suggest nkorang beli la Yoyo Zen. Sekaraang pon Yoyo Zen dah ada travelling set tu. Memang bagus. And harga dia pon macam mampu milik. Tapi harga mampu milik tak bermakna boleh beli stroller sampai 3 4 (Kata Sazli). Baiklah.



Yang ni Farel punya. Lebih kurang macam ni la Shein punya. I agak sama je kot? Cuma kain dia je lain.  Ini la titik tolak kepada jatuh cinta I dengan stroller pondok-pondok ni. Menda ni orang tak panggil stroller, tapi Buggy. Ok Aliah. Buggy. (^_^)


Menguap je la kerja ko Shein. Tak lama lepas ni la yang dia tido tu.

So far I still guna Quinny Moodd. Tak rasa nak letgo and beli Yoyo pulak sebab ada sentimental value. Kata anak first kan? Memang Moodd little bit bulky and makan space dalam bonet kereta tapi I suka. I tak kira. I suka jugak-jugak. I suka dengan dia punya Maxicosi Pebble as well sebab memang comfortable and kukuh kuat gagah badang sangat. Lagipon jarang nak nampak orang guna Moodd so macam ada unsur-unsur riak kat situ ye? Haha. Astaghfirullah.

Masa kat Toy R Us tu I tengok ada la 2 3 jenis umbrella stroller. Harga lebih kurang je. Tapi memang sengaja I pilih yang paling kecik je sebab comel. Nak ambik yang pink sebab lagi comel macam nak kunyah tapi sebab anak lelaki kena amek kaler hijau. Redha.

Ni pon I still tengok and survey jugak kot-kot ada umbrella stroller yang bagus and boleh sandang macam Yoyo Zen. Tapi taktau kenapa macam in-denial mood yang yoyo zen tu best. Haha. Nak jugak something different. Mc Larent ok tak?

Ni apa masalah nak stroller banyak-banyak ni? Meroyan? Tadi kata taknak la apa la. Lempang kang!

-EnD-

Shein dan Sependa Mama

Assalamualaikum.

Shein dah 17 months! Macam sekejap je masa berlalu kan? Tau-tau I dah gemok balik. Aritu macam tak cukup udara nak sedut bila orang puji kata dah lose weight/kurus skek. Bawak kereta pon dengan lobang idung je sebab riak tak tentu hala. Warrghh hahahah. Actually I dah berkobar nak start my diet calories dalam minggu ni tapi Intan hasut kata tunggu minggu depan je la. Semalam dah makan Nasi Mandhi segala diet amenda kan? Podah!


Awwww Menantu Pilihan sangat muka tu Shein. Nak Uweeet!

Kata Ted (kawan I), dia kurangkan ambik sugar, and tak amek nasik dalam masa 3 months dia lose weight. Cara dia, U diet on Monday-Friday but weekend is a cheat day. Eat whatever U want. Macam tu. So padahal tadi nak cerita pasal Shein kan? Lepas tu terus jump cerita pasal diet pulak. Mudah sangat nak distracted by other‘s thing. Ongtue macam ni la T___T

Shein kan? Sekarang dia dah pandai sambung if I cakap, One? Dia sambung tuuuu teeeeeeeeeeee. Pon boleh Shein. Tu pon I dah cebik-cebik nak nanges. Perempuan emos macam ni la. Haha. Kelam-kabut I nak kemas umah balik dari kerja dia pon sama naik. I biasa balik, letak handbag terus tukar T-shirt. Seluar tak pakai. Pakai sependa je. Lepas tu start sembur ubat nyamuk dalam bilik, kemas katil semula (padahal Saz dah kemas earlier) Kata OCD? Sebab dia tarik cadar tak tegang sapa suruh LOL.

Kehulu-kehilir I ke dapur nanti dia datang, sembam muka kat bontot I. Celah-celah tu. Yang masam seharian tu dia sanggup letak muka dia kat situ. Dah kenapa Shein? Now I dah tau kenapa batuk Shein tak habes-habes. Ni mesti sebab sependa masam Mama dia. Haha. Pastu time tu la dia nak ajak main hide and seek. Dia cak-cak I balik pintu and try to bite my leg. Memang pengacau tapi I enjoy every moment of it J

Dulu I akan tidurkan Shein awal. Pukul 8.00pm dah letak dia dalam bilik, lepas tu baca la cerita apapa dekat dia or bergomol sampai dia letih and later dia akan tidur sendiri. Tu dulu. Now no more. Kata dah bujang? Apa barang tido awal kan? Tak Abang Kawasan la nanti.

I akan biarkan dia tengok tv or main apapa dekat hall sampai dia sendiri surrender nak tidur and dia akan tidur sendiri. Haha. Sebab I love to be around him. Walaupon dia baring atas kain yang I nak lipat. TAKPE. Asalkan dia ada depan mata. Malam semalam Sazli pergi bola and pergi kawan, lepas tu I tinggal dengan Shein dekat rumah je. I paksa dia tunggu I tengok Bukan kerana Aku Tak Cinta sampai habes. By 10.30pm dia dah tertido sendiri. Takyah tepuk takyah apa. Haha. Sian baby Mama.

Shein dah ada geraham kat atas. Gigi depan ada 4. Bawah ada 3. Tak naik-naik lagi pon. Banyak tu je. Makan pon dah macam-macam. Tahik pon dah bau tungkik. Rambut belakang dah makin ropol. Shein cepat panjang. Berat dia dah over 12 kgs. Latest tadek timbang. Aritu masa dekat Eq, I letak Shein atas penimbang 23kg, I plak jadik dekat 80kg, I saspek penimbang tu rosak.

Ok la. Tu je nak cerita.

Pasal entry spa semalam, ramai jugak eh yang dah ternoda dekat Spa? Haha. Aku ada geng! Yang ternoda ni selain dari yang kena urut lepas bersalin. Tu lain cerita. Kepada yang sama ternoda, hi-five! Ada geng!!!! Yay!!!

-EnD-


Wednesday, April 23, 2014

Spa Punya Cerita (18 SX)

Assalamualaikum.


Last three weeks tak silap I masa GF datang KL, Kaklong ajak I pergi satu spa ni dekat JJ Au Keramat tu. It’s a Thai spa tak silap I. Memula rasa macam malas nak pergi sebab ada sekali I pergi satu spa cap ayam dekat atas Lavina’s Ampang, I rasa macam kena noda. Bangang giler. Later I cerita. Kalau ingat rasa bodoh and menyesal. Bladihel.

Ok sambung balik. Spa dekat JJ Au ni nama dia I tak ingat. Tapi dia kat tingkat atas. Sejam RM50 je or lebih kurang macam tu la harga dia. Tapi kalau urut nak guna minyak kena tambah RM10.00 so ok la. Tambah je la. Takkan la urut tadek minyak nanti rasa sakit perit nak mampos. Ko giler? Dah la badan banyak babat segala.

Memula sampai dia basuhkan kaki. Ala kadar je basuh. Tadek la basuh beria macam Reflexology yang I pergi sederet dengan Old Town Ampang tu. Pastu macam biasa kena bukak semua sependa  bra and pakai kain macam kemban. Selamat tak kena noda. I awal-awal dah tanya Kaklong, 'Kak sini urut dia urut tetep tak? Kalau dia nak urut tetep aku taknak'. Kata Kaklong tadek. Naseb baik.

Ko tau urut Thai macam mana? Pesen dia duduk atas bontot /blakang badan kiter. Naseb baik tukang urut kurus je. Kalau size macam I? Cirit. Hahah. I gelak all the time. Bayangkan ada orang duduk atas bontot macam nak kena rogol ke apa entah. Pastu time baring tu, dia tarik tangan kiter kebelakang pastu prakkkk!!! Perrrghhh tatau nak cakap macam mana. Memang lumat kena uli la. Urut satu badan dari kaki ke kepala. I memang saspen takot kena uli tetep like last time I pergi spa yang kat atas Lavinas tu. Tapi tadek. NASEB BAIK.

Yang I pergi Spa atas Lavinas Ampang tu time Shein punya Cukur Jambul around Mei last year. Yer la kan? Konon dah penat-penat ingat nak la urut sedap bagi sedap badan sekali lepas urut badan sakit, pastu rasa macam nak demam. Tak mahal sangat tapi macam bodoh big time. Tukang urut perempuan Indon. I dah pesan nak urut sedap. Tapi dia ni jenis kalau kiter cakap sakit, lagi kuat dia urut. Sampai la dah paham perangai tukang urut ni, sakit macam mana pon I diam je. Tapi meleleh jugak la air mata jantan. Air mata keluar, pastu ketap gigi. Bayangkan. Athlete nanges kena urut. Tak ke memalukan?

Paling bangang sebab dia urut tetep sekali. Uwaaaaaaaaaa. Rasa macam ternoda. Dia cakap, ‘Adik, nak urut dada ni’. I was like errr taknak la. Takper. Kata dia apa apa nak malu? Kita sama-sama perempuan. Ko bayangkan eh? Dah la kena urut kat situ sambil menelentang free je. Call me kolot but I rasa macam berada dekat Pusat Pelacuran ke apa entah. Bayangkan orang urut tetep macam mana? Apa relevannya kena urut tetep aku pon tak paham.

Teringat Sarah pernah cakap dia pergi Spa dekat Wangsa Maju and kena urut tetep and I was like, betul ke BB? U bagi ke orang pegang? So dia nampak la tetep U? Kata Sarah ha a. Dia dah kena noda. Time tu I gelakkan dia but this time I yang kena. Eeee free je dapat pegang!

Bangang kan?

Haaaa I dah ingat dah namak Spa tu. Qalisya Spa! Each time kakak owner tu text I tanya bila nak datang I rasa macam takot. Sebab nanti kalau datang kalau dia noda lagi macam mana? Kah kah kah. And  I pulak jenis payah  nak cakap no. Dah kena noda macam tu pon diam jugak. Tapi cukuplah tu kali pertama dan terkahir. Lepas ni kalau nak pergi spa macam mana pon jangan harap ko dapat uli tetep I lagi. Apapa pon its your right. Kalau kiter taknak, patut tukang urut tak boleh la paksa kan? No maknanya No. Yang dah kena tu takpe but next time kena la tegas.

Unless jenis tak kisah kalau kena pegang tetep. I kisah. 

-EnD-

Nasi Mandhi Saba. Jaga Kau!

Assalamualaikum.

Semalam Intan update pasal Nasi Mandhi Saba. Please semua orang tolong baca entry dia dekat sini sebab entry Endometriosis habes dia komen promote Blog and IG dia. Haha. Tak menahan siap ‘Intan tak approve orang jual barang dekat IG”. Ya Allah. Dia ingat dia artis ke? Haha. Bongok Intan! Dah la blog dia tu online user biasa 2 orang je. Yang online tu I dengan dia je. Kesian sangat.

Pastu yang komen pon kitorang jugak. Hahah. Kekadang dia komen jadik anon, dia reply jadik dia. Pon boleh jugak. Hahah.

So berbalik pada cerita pasal Nasi Mandhi Saba. Since semalam petang kami dah decide tengahari ni nak makan kat Saba so pagi ni memasing sarap kuih je. Nak simpan portion untuk makan nasik tenghari kang. Sebenarnya I dalam proses diet. Patut mula dari hari ni. Tapi Intan kata alang-alang start minggu depan je la Kaksu.


Nasi Mandi Saba. Ayam lembut. Tu yang macam sambal tomato tu apa entah. Kwahaja punya sedap. How la to say no to u baby?

Eeee dia tau tak I dah gemok? Sampai ada yang komen tanya mengandung ke, bila due? Bila I cakap tak lama dah terus ramai komen cakap tahniah segala T___T So memang kena diet sangat dah ni. Sazli tu bila I tanya I gemok ke tak diam cakap ‘Mana ada. Bubu comel je. Mana ada gemok’. Maknanya apa?

Walaupon suami tak kisah kiter gemok ke kurus ke tapi ni semua pasal kepuasan dan keyakinan diri paham tak? Kalau pakai skinny jeans kaki macam balak pon tak ok jugak. Pastu I sakit hati kat Dyba, dia makan macam ada hantu ok? Pagi nasik lemak, tengah hari WAJIB nasik (Kalau tak muncung je. Geram nak tunjal), petang kang kuih. Malam kang nasik lagi. Badan macam tu jugak. Cer I makan macam tu alamatnya hello Shanie. Jom la kiter buat group please?

I agak semua ni sebab I suka makan manis. Tak makan nasik pon takpe, tak makan ayam pon takpe. Janji ada dessert. I memang suka dessert/chocolate semua. Haih.

So sebagai permulaan pagi ni no more juice/milo ice whatever. I minum air limau ais. Konon kasik potong lemak la. Tapi ais tak boleh tinggal yang aku tak paham tu. Tahu tak lelemak susah nak pecah kalau minum ais? (Tau. Tapi buat tak tau)

Seingat I dulu Bettyboob every time after meal dia akan makan satu pills ni untuk pecahkan lemak. Tapi I segan la nak tanya apa nama ubat tu. Sebab tu badan dia menten kurus. Dulu dia berat almost 90kg kot and now 50kg je. Sampai sekarang! Walaupon I tengok dia jenis pemakan tapi body maintain.

Mana la keadilan dalam dunia ni. Sedih I.

Ok la. Tak jadik makan nasik arab. Nak makan kaki je. Sebab kalau makan kaki tak kenyang. So boleh kurus.

Kbye

-EnD-

Tuesday, April 22, 2014

Endometriosis (Perempuan Kena Baca)

Assalamualaikum.

Kesian Kaklong, dia admitted sebab kena Endometriosis. Dia period tapi heavy flow and more to macam bleeding and tak boleh stop. Sebab sepatutnya Rahim dia akan kecut bila habes period but pengidap penyakit endometriosis ni Rahim dia tak kecut sebab tu la dia bleeding je. Sampai pucat-pucat muka and nak pitam. But for more explanation pasal penyakit ni boleh klik kat sini.



Perbezaan Uterus pesakit Endometriosis dengan yang tidak mengidap penyakit ini

Punca penyakit tidak dikenal pasti. Tapi dekat link tadi ada explen macam mana dia boleh terjadik, simptom etc. Nisbah akan menghidap sebab keturunan agak tinggi. Bahaya? Tidak terlalu merbahaya macam sakit jantung/buah pinggang tapi memerlukan rawatan yang lama serta segera. Tapi kalau kata tak terlalu merbahaya jangan la takes for granted biar je kalau dah tau period sebulan pon tak berenti samppai melecet peha sebab pakai pad lama sangat. Dapatkan nasihat dari doktor pakar ok?

Penyakit endometriosis akan terdedah kepada gejala seperti kemandulan dan keguguran la diantaranya. Itu yang seram. Mandul. Sebab? U know some guy if dia tau isteri dia mandul, so dia akan amek kesempatan la nak kawen lain segala kan? Mintak simpang. Kang terus jadik macam Asyraf Muslim. Yang paling kesian, baby dia baru lahir (dari isteri kedua) kena maki tak pepasal. Sian baby tu. Apa la salah dia kan?

Ok back to penyakit endometriosis ni, apa-apa penyakit, kalau dapat kesan awal InsyaAllah boleh ubat but ajal tu je tak boleh nak lari. Kalau kata tak meninggal sebab sakit, sebab lain pulak. Tapi kalau sengaja lari tengah jalan suruh bas langgar tu bongok namanya.

Sesapa reader dekat sini yang ada mengidap penyakit yang sama and nak share pengalaman or apapa boleh leave komen or email I dekat surayasulatin[at]gmail[dot]com ok? Sebab Kaklong suka la nak dengar cerita orang yang face problem sama dengan dia.  She’s strong woman and very calm. Sama macam arwah ayah. Yang gelabah biasalah GF I. Call I tak sempat nak sebut hello dah cakap nonstop. Hebat giler. Patut dulu dia jadik wartawan penyiaran. Skrip takde pon cakap lancar je. Haha.

Ooo now I tau dari mana datangnya cita-cita nak jadik Pembaca Berita ni. Mak la!


Kaseh, Sasha, De and Kaklong. Get well soon nyonya! Banyak sabar ok? Allah tengah uji tu. I know U r strong. (Nak uweeet)


-EnD- 

Monday, April 21, 2014

Short Trip to Melaka

Assalamualaikum.

Yang pergi Melaka tu, kitorang tak pergi pon carik Ikan Bakar dekat Umbai, air kelapa kat Klebang and segala mala jenis makanan yang disuggestkan  ke apa. Semua makan kat area hotel or yang boleh reach by walking distance je or naik beca. Masa first day sampai, sebelum check in kitorang makan dekat Restoran Selera Kampung dekat dengan Menara Tamping Sari tu. Dia dekat corner lot and dekat area Seri Costa Hotel. Tengok dari jauh macam ramai je kat sana, so kitorang pon pergi la makan.

First day lunch kat sana and Sunday pon makan kat sana sebab birthday boy tak puas makan udang galah. Kata Bapak, kitorang tak adventure. Life tadek variety and boring. Tadah je la telinga. Tapi dalam life tadek variety I tengok dua pinggan jugak dia setel. Kah kah kah.

Dekat sini semua masakan kampong. Ada a lot of lauk-pauk yang sedaps gilers. Ada udang galah masak lemak cili api, ketam goreng, ketam lemak, asam pedas variety of ikan, ada masak daging salai and many more of masakan kampong. Ikan bakar and ulam-ulaman also cencalok and sambal belacan. Seriously semua pon sedap and sebab tu la I look like pregnant dalam gambar entry lepas T___T




Udang galah ni sedap sangat! I dah cop makan ketam tapi Bapak is so generous sebab nanti dia ambikan isi yang tengah-tengah letak dalam pinggan I. TQ Bapak!

Cerita Melaka

Assalamualaikum.

Yang pergi Melaka tu, kitorang tak pergi pon carik Ikan Bakar dekat Umbai, air kelapa kat Klebang and segala mala jenis makanan yang disuggestkan  ke apa. Semua makan kat area hotel or yang boleh reach by walking distance je or naik beca. Masa first day sampai, sebelum check in kitorang makan dekat Restoran Selera Kampung dekat dengan Menara Tamping Sari tu. Dia dekat corner lot and dekat area Seri Costa Hotel. Tengok dari jauh macam ramai je kat sana, so kitorang pon pergi la makan.

First day lunch kat sana and Sunday pon makan kat sana sebab birthday boy tak puas makan udang galah. Kata Bapak, kitorang tak adventure. Life tadek variety and boring. Tadah je la telinga. Tapi dalam life tadek variety I tengok dua pinggan jugak dia setel. Kah kah kah.

Dekat sini semua masakan kampong. Ada a lot of lauk-pauk yang sedaps gilers. Ada udang galah masak lemak cili api, ketam goreng, ketam lemak, asam pedas variety of ikan, ada masak daging salai and many more of masakan kampong. Ikan bakar and ulam-ulaman also cencalok and sambal belacan. Seriously semua pon sedap and sebab tu la I look like pregnant dalam gambar entry lepas T___T

Displaying 20140420_135523.jpg

Sambal air mata petai ikan bilis. Sedap! Sama macam masak dekat rumah. 

Happy 32nd Birthday Papa Bubu!

Assalamualaikum.

Happy 32nd birthday Papa Bubu! Sorry tahun ni tadek acara potong kek sebab tetiba ada adhoc plan nak pergi Melaka ni kan? Hadiah dah bagi in-advance sebab macam biasa, I jenis kalau dah belikan hadiah awal nanti bontot panas. Selagi tak bagi rasa macam terkencing dalam seluar so yeah. Hadiah dah bagi 2 hari awal.

Sazli dah pesan banyak kali. Jangan belikan apapa ye Bubu? Simpan duit. Papa taknak apapa pon ok? Pesan banyak-banyak kali. Dia memang macam tu. Dari I kenal dia sampai la dah kawen beranak pinak ni (padahal anak 1 je pon nak guna term beranak-pinak jugak) Memang dia jenis taknak apapa. Yang kalau jenis cakap taknak tu, sesungguh punya taknak. Bukan main-main.

Tak macam I, I request nak apa. Makan apa, dekat mana etc. Memang beza. Haha.

Macam nak pergi Melaka ni. Insist taknak duduk Equatorial sebab dah tadek standard room. Yang ada cuma Executive Suites which memang mahal skek. Dia cakap pergi je la hotel 3 star lain. Tak mahal sangat. Segan la dengan Bapak (Sebab Bapak belanja). Gigih suruh I survey sampai Bapak cakap, ‘Ok la kalau U guys nak dok kat Ramada etc, pergi la. Bapak nak dok kat Eq’. Baaaru la dia ok. I pon cakap kat Bapak, ‘Bapak, Lie kata dia segan nak dok Eq, tapi Su ok je’. Bapak gelak je. Paham sangat dah, menantu belagak lebih.

Sazli yang I kenal memang macam tu. Really down to earth and simple. Simple sampai tahap I sendiri kena tegur sebab umur baru 30an dah taknak dah pergi Pavilion, KLCC. Dia kata tak selesa. Nak pergi Ampang Point je. Macam Pakcik-Pakcik sangat dah. Pastu lepak minum dekat Mamak/Gerai. I cakap, tak boleh macam tu. Sian Shein. Anak orang lain pergi makan/outing/jalan-jalan kat shopping mall, takkan dia nak duduk rumah je?

Jadik anak tunggal, I tau bukan senang. Tak kena gaya boleh spoil. Tapi Bapak/Mak ajar dia berdikari and tak spoil. Tak manja. Which I crystal clear can see. Saz actually banyak ajar I hidup. Jangan riak especially. Buy and blog, letak gambar harta benda dekat Sosial Network semua ni. Dia tak suka. And I pon memang tak berapa berkenan. Ada menda yang boleh share, ada yang tak kata Saz. Ok.

Kekadang explen cenggini pon dah nampak poyo gitu lah. That’s my Sazli. Indirectly banyak ubah I. Dari keras kepala tahap kalau hantuk kepala dekat batu, batu yang pecah. Haha. Nak detail tulis kang, nampak sangat aku degil but InsyaAllah, semakin tua dan hasil bimbingan suami, perangai buruk yang lama sikit-sikit terhakis.

I hope, one day Shein akan jadik sama macam Sazli. InsyaAllah.Yang takde apapa macam I ni yang belagak lebih. Haha. Konsep tu selalu I sendiri tak paham tapi takpe la. Orang kata dalam hidup ni kena balance. Kalau dedua pon sama je nanti life jadik boring. Kan?

Untuk Sazli, Happy Bithday To You. Semoga tercapai segala impian dan tak pernah berubah. Jadiklah seperti padi, makin berisi makin menunduk. Gitu. Kelas kau, ucapan hari jadi ada peribahasa bagai. Ko ada?

-EnD-



Mementang I gemok, terus banyak komen tanya I bila due dekat FB and Instagram. Grrrrr. Ni gambar masa kat Melaka. kalau rajin buat la entry Melaka. Kalau malas goodbye. Haha.

Friday, April 18, 2014

Magnum Gold

Assalamualaikum.

Setelah almost 2 weeks kecewa bila bukak peti ice-cream Walls dimerata-rata tempat seperti JJ Au, News dot com, Petronas, Kedai Kain Cik Salmah dan sebagainya finally tadi I dapat jugak makan this ice-cream ni. Dekat Cold Storage GE Mall. Dia jual 1 box ada 3 ice-cream so cukup untuk I, Dyba and Intan. Ira tak ikut, suami dia tak sihat dekat rumah.

 Magnum Gold

Ira kalau suami tak sihat, tengahari dia hantar makanan kat suami dia. I kalau suami tak sihat, I suruh dia jaga diri sendiri. Intan pulak kata kalau suami dia tak sihat, dia sanggup berenti kerja. Tak habes-habes nak berenti kerja Intan ni. Berangan je. ‘Intan nanti kalau boleh nak kawen dengan orang kaya. Duduk rumah jaga anak je. Intan impian nak berenti kerja.’ Pastu nanti I cakap, ‘Ok, kaksu doakan Intan kawen dengan tak kaya sebab Kaksu tak suka Intan berenti kerja’. Haha.

Pastu tadi dia berangan nak kawen dengan Fahrin Ahmad. I kata, ‘So kalau Intan kawen dengan Fahrin Ahmad, Intan berenti tak?’ Pastu laju dia jawab, ‘Eh mestilah Kaksu. Intan nak berenti. Jaga anak dekat rumah. Intan sanggup!’. Sesungguh cakap. Sian sangat Intan. Nak kawen sangat dah rupa dia. Haha. Semoga Intan dapat kawen tahun ni. Aminnnnnn.

Ok. Back to ice-cream.I rasa ice-cream ni manis dia tahap potong kaki. Habes satu ice-cream I minum sebotol air mineral. Baru potong rasa manis. Now tekak rasa kuda (rasa payau). Tadek la sedap mana. Manis gilerssssss. Itu untuk tekak I la. I tengok Intan macam biasa je. Enjoy jer. Tak pon deria rasa lidah dia dah bengong sebab tu dia selamba makan. Cacat.

Amboi

K. Tu je nak cerita.

Selamat berhujung minggu semua.

-EnD-

Melaka. Aku datang!

Assalamualaikum.

Adhoc plan, esok kiter sekeluarga nak visit Melaka. Semua hotel dekat town dah fully book. Teringin nak try stay dekat Casa Del Rio tapi semua bilik pon fully book. I dah book two different hotel. Sebab tak boleh nak buat decision. But at the end of the day nanti kena cancel salah satu. Now ada rasa nak muntah sebab excited. Haha. Darjah 1 sangat perangai. 

So malam Sabtu nanti nak bawak Shein naik cruise and maybe dinner je dekat area situ. Ada any suggestion tak kat mana tempat bagus untuk fine dining dinner area town? Takmao kat hotel. Kiter kena dinner ala tourist kata Bapak. Pastu nak jalan dekat Jonker Street. Bestnya! Tapi kalau time tu Shein dah meroyan, balik hotel tido je la jawabnya. Haha.

Lusa lepas check out nak bawak Shein naik beca. Kata Bapak, kalau I, Sazli dengan Shein naik beca yang sama kena bayar lebih sebab semua jenis gemok. Kesian tukang bawak beca. Hahaha. Hope esok/lusa cuaca molek je. Jangan la hujan and janganlah panas sangat. Nanti kalau panas sangat I megren. Sian I.

So guys orang Melaka, if ada any suggestion mana yang I patut pergi makan or visit dengan limited time ni (Sabtu-Ahad) boleh bagitau I eh? Lalalalalala **Lompat bintang (Melaka je pon. Tapi lantak ah)

-EnD-


Esok kalau bawak kami tiga beranak, mangkali Pakcik ni dah tak boleh nak buat sign 'peace' lagi. Lidah dah sampai lantai. Haha. Tak kena gaya tayar pakcik pancit. Haha. Pastu I nak request la nak bawak beca ni. Tingin. Kbye!

Thursday, April 17, 2014

Abu Bakar Ellah

Assalamualaikum.

Rambut Shein dah panjang kat depan tu. Bila mandi, rambut masuk mata nanti dia gonyoh-gonyoh. Kesian pulak. Rambut belakang kenteng gulong macam rambut hakim tu. Haha. kelakar la si kenteng boroi tu. So hari Ahad, I bawak dia pergi Barber India yang up dekat Ampang Jaya (dia barber up sebab ada aircond) and zup zap potong depan atas kening. Terus macam Abu Bakar Ellah. Or Pekan adik si Melur. Batu belaaaahhhhhhhhhhhhh (tetiba) RM3.00 je U’Olls kena bayar. Murah.

Shein pon masa atas kerusi diam je dia. Menunduk. Baik sangat sampai I tunjal dia. Geram. Lepas mandikan dia, I sikat rambut  kedepan. Pastu Sazli snap gambar. Hahahah. Kesian sangat rupa. Pastu kata Intan, ‘Kaksuuuu naper buat Shein macam ni? Dah tak hensem dah’. Pastu I cakap lantak la.  Rambut akan tumbuh and panjang balik. Nanti ok la balik. (Ambik hati. Padahal ada rasa menyesal sikit).


Apa salah Shein Mama?

Ikutkan nak je I biarkan je panjang depan belakang. Comel! Tapi Shein jenis rimas. Nanti dia garuk-garuk sampai habes merah leher and muka dia. Lagipon your country is so hot! Tak sesuai nak rambut panjang. (Poyo kan?)

Kalau sejuk macam kat oversea time spring/winter lain cerita la. Takkan nak letak Shein dalam peti ais pulak kan? Gigih. ‘Eh Kaksu, Shein mana?’ Pastu I jawab, ‘Ada dalam peti ais, sebab Shein nak bela rambut panjang. Kalo panas dia garuk, so Kaksu letak dalam peti ais bagi sejuk. Boleh keep the hair long. Haha’. Ok. Tak kelakar.

Shein kan? Dia dah pandai la kalau kiter bagi arahan. Suruh ambik remote dia dah tau. Bagus. Suruh buang pampers pon dah tau. Simple-simple order dia dah paham and boleh buat. Tak lama lagi, ‘Shein, pergi turun bawah beli ubat nyamok’. Uwaaaaa bestnya! Takpon, Shein, pergi lipat kain. Sekarang tolong jugak bab kain. Tolong berenang atas kain dah lipat. Mama suka sangat Shein. **Rolling eyes

As U guys can see dekat Instagram I, Shein punya perut semakin maju kehadapan sebab dia jenis tak tolak makan. Bagi la apa je, onnnnn. Yang konflik nanti I dengan Sazli la. Sebab dia jenis particular skek bab makan while I ada la bertolak answer. For me, makan jer la. But U needs to know where to stop. Kalau Sazli, No maknanya No. Guling la drama hantuk kepala kat dinding tetap jawapan dia No. Kalau Mama still boleh negotiate. Give me five Shein! Kiter geng makan. Orang lain takkan faham.

Shein kan? Dia naik atas kereta putih dia tu pastu berdiri, balance badan and tepuk tangan. Boleh? I tukang sambut kat bawah. Dulu pukul 8.30pm I dah bagi Shein tido, now no more. Banyak cantik ko asyik nak tido je? Kawan ngan Mama dulu. Dah puas bergasak, puas bergaduh semua sampai dia gonyoh mata baaru la I bawak dia tido. Saje seronok nak kawan dengan Shein. Sebab dia makin bijak. Macam-macam akal. I pon boleh tahan suka je nak carik gaduh dengan dia.

Seronok la ada anak ni. Serius. Kalau tau seronok macam ni, habes SPM I terus kawen. Cecece.

-EnD-


Lemang Periuk Kera

Assalamualaikum.

Sapa pernah makan lemang periuk kera? Tetiba I tingin. Ni semua Upin Ipin punya pasal la ni. Betapa Upin Ipin memberi penangan yang hebat dalam hidup I. Si Shein la kemain kalau tengok Upin Ipin, gelak kuat macamkan dia paham. Tapi Upin Ipin memang favorite cartoon Si Shein. Anak onglain tengok citer Mat Salih dia Upin Ipin je. Ongkampong. Haha.

I tak pepasal terjebak sama. Sampai kenal la karakter dalam Upin Ipin. Ada Ismail bin Mail. Dia ni poyo. Cakap nak up je. Suara mendatar pastu annoying giler. Semua menda nak jual. Dua singgit! Kalau orang buat apapa mesti nak kondem. I geram kat Mail ni, ada satu episode yang si Jarjit jadik kapten kapal tak silap I, Si Mail nganjing cakap macam ni ‘Aku dah kata, ni semua tak berhasil’. Mata kuyu and suara tadek perasaan. Geram nak tunjal.

Pastu ada Mei-mei. Dia ni ongcine. Paling pandai among them. Semua pon tau. Sikit-sikit ‘Saya suka-saya suka!’ Hahah. Comel! Pastu ada Jarjit. Mamat Singh. Suka pantun dua kerat and bermula dengan ‘dua tiga’ and sikit-sikit maveles maveles! Pastu ada Si Ehsan, atau Intan Payung. Manja. Anak ongkaye. Lagi? Ada Fizi, Ijat, Susanti, Devi.

Kak Ros pulak selalu garang and poyo. Jahat la dia tu. Geram je. Nasib Opah baik. Check out watak-watak dalam Upin Ipin dekat sini. I layan giler tengok Upin Ipin. Kekadang sama naik dengan Shein. Haha. Banyak pengajaran dalam cerita ni. Seronok! Sama macam suasana kat kampong betul-betul. Main basikal, upih pinang, baling selipar, kutip durian dekat dusun. Memang best!

Ni yang I teringin lemang periuk kera ni sebab Episode Hari Raya. Sesungguh Si Upin Ipin makan lemang periuk kera ni. Kak Ros yang masak. I telan je ailio. Mana nak carik entah kat KL ni. Tadi I call Mak, kata dia mana nak carik periuk kera kat Jengka. Kena beli dengan Orang Asli Sungai Bangkong sana. Dah satu hal pulak nak kena pegi Sungai Bangkong. Malas.

Sapa pernah makan? Alaaaaaaaaaaaaaa tinginnyaaaaaaaaaaa.

P/s: Bukan mengandung

-EnD-


Alaaa sedapnya Lemang Periuk Kera ni T___T 
Yang I baca, lemang ni sedap sebab dia lembut. Kukus kan? Paling sedap among lemang jenis yang lain.




Wednesday, April 16, 2014

Steam Mushroom Chicken Rice

Assalamualaikum?

Dah makan? So kalau I letak gambar makanan sekarang ni tadek yang marah eh? Haha. Tadi I makan kat Old Town White Coffee. Dah lapan belas tahun tak makan kat sini. Tetiba harini kitorang makan kat sini sebab dah taktau nak makan apa kat JJ AU tu so kitorang pergi la Old Town. 

I makan ni. Steam Mushroom Chicken Rice. Harga RM11.50. Surprisingly it’s delicious! Cuma kalau order, dia cakap 20 minutes la baru sampai sebab nak steam the chicken and all. Makan panas-panas macam nak terbakar tekak. Kunyah 3 kali gulp telan. Pastu bila bernafas keluar asap macam naga. Sapkok lu!


Steam Mushroom Chicken Rice at Old Town White Coffee


Ok. Tu je nak cerita. Sedap sangat nasik ayam ni. Don’t forget to try eh bebila makan kat Old Town eh?

Sekian, terima kasih.

Btw, tadi kata Kaklong macam ni, 'Kochip (I ler tu), ko bagitau Mak. Kalau taknak bawak jumpa Bomoh India pon takpe. Bawak je dia jumpa Bomoh Melayu tapi kena ada translator la yang boleh cakap Hindi. Baru hantu tadi paham. Tapi yang tukang translate tu kena sama-sama menurun la. Macam tu boleh. Jangan lupa bagitau Mak'.

Ira ketawa sampai berair air mata. Korang tengok la anak beranak I. Semua pon macam ni. Tu naseb ayah dah takde. Kalau tak kitorang boleh je join Maharaja Lawak Mega version Family. Kbye.

-EnD-

Off Mak and Hantu India

Assalamualaikum.

Pagi tadi macam biasa, otw pergi kerja I akan call Mak. Harini call dia suara nak sedih je. Bila tanya kenapa, kata dia tak sihat. 'Tapi makan lalu lagi dik. Maknanya lambat lagi mati'. Wah. Gurau kasar la GF I ni. Kata dia, Mak sapu sampah guna penyapu jerami je. Sebab tak larat nak guna penyapu lidi.

I dengan Mak memang jenis pure ongkampong. Kalau mengemas, sapu sampah dalam rumah mesti penyapu lidi lembut tu. Kalau pakai penyapu jerami or vacuum, ada rasa macam tak puas hati. Macam tak bersih. So penyapu lidi paling best la. Guna sampai dia tumpul and later bila dah tumpul penyapu tu guna untuk sental bilik air pulak. Puas hati giler sebab boleh cover banyak rempat and ruang.

Ok. Back to cerita GF I.

Kata dia, dekat kampong I ni semalam ada dua orang meninggal. Kelmarin pon ada. Sedih la Mak. Semua kawan-kawan dah tua. Tu dulu kubur Arwah Ayah dia sorang-sorang je atas bukit. Sekarang dah ramai kawan. I pon kata, ‘Oh, tak la takot sangat Ayah eh Mak? Dah ramai orang’. Gitu. Tapi kalau dah meninggal, bukan tau apa pon. Jasad je la dalam kubur. Dah kata mati kan? Kiter la kekadang seram la lalu kubur sebab takot hantu segala, tapi esok lusa pon kiter akan mati jugak. Cuma taktau je la perasaan time tu macam mana sebab dah tak boleh nak cerita macam mana.

Kata Mak, kat sini ada sorang budak bujang sakit. Dia kena kacau dengan hantu India masa memancing dekat Batu Caves. Taknak berkawan, tak keluar rumah langsung. Dah setahun lebih dah. Memang hidup dia dalam rumah je. Makan, tengok tv, tido. Hari-hari macam tu. Pastu I tanya, ‘keluarga dia tak bawak pergi berubat ke?’

Kata GF I, ‘Bawak, tapi macam tadek perubahan la Dik. Macam tu jugak. Mak rasa Mak tau kenapa’.

Kenapa?

‘Sebab kan dia kena kacau dengan hantu India, kalau bawak jumpa Ustaz atau Bomoh Melayu, hantu tu tak paham bahasa Arab/Melayu. Patut kena bawak jumpa bomoh India la kot? Baru hantu tu paham and dengar arahan’.

I taktau nak gelak ke apa lepas dia cakap macam tu

Jangan ngek sangat boleh tak Mak? Haha.


-EnD- 


Ini hantu Hindustan la gong!