Wednesday, December 28, 2011

Kunci Ketenangan Hati. Ewah!

Assalamualaikum..

Kom apa? Kombet. Bet apa? Betmen. Men apa? Men tol. Ok. Tak kelakar.

Tadi kan, I came across dekat FB kawan I yang baru berhijrah dari seorang yang sexy dan stylo mylo menjadi seorang wanita muslimah sejati. Alhamdulillah. I sangat impress. Sebab tak sangka kan, manusia boleh berubah dengan begitu drastik sekali. Kata Kila (bukan nama sebenar) la sangat dia pun tak sangka dengan perubahan dia.

Bermula dengan rasa tak sedap hati, gelisah, nak menangis dan serba tak kena. Dia solat pon sampai nanges-nanges macam tak cukup masa nak hidup dah. Hati dia tetap tak tenang (masa tu dia tak pakai tudung lagi). Pastu dia google dalam internet and dari pembacaan dia, rupanya Allah nak bagi dia hidayah. Kellasss kan? Zaman sekarang semua boleh google jer. Informasi di hujung jari. Amboi amboi amboi...

Actually, rasa ni akan hadir sekali jer. Masa tu sangat sesuai untuk 'penghijrahan'. So, dia terus tutup aurat and sejak dari tu, hati dia rasa tenang sangat-sangat. Syukur sangat kata Kila sebab kebetulan 'rasa' tu hadir masa Maal Hijrah.

I'm happy for her and terus ambik pen and catat something untuk azam tahun baru dalam diary. Kepada Ira, diary jugak adalah tempat menulis azam dan cita-cita selain wasiat kalau terasa nak mati dan jugak senarai hutang-piutang. Haha. Ko ada?

Salah satu dari azam I untuk tahun depan ialah untuk menjadi manusia yang lebih sabar dan pemaaf. Tak mao dendam-dendam dan nak buang sikap yang selalu berprasangka, busuk hati, dengki, cemburu dan segala sifat-sifat mazmumah. Mampu ke I? Time will tell but we have to work hard. Hmmp hmmp!
Sikap nak balas dendam ni hadir sejak dari zaman sekolah-sekolah lagi. Dulu-dulu zaman sekolah rendah, bila kasut kiter dah putih bersih, ada kawan pijak. Aku memang ligan balik sampai dapat. Takda der nak redha jer. Musti nak balas balik pijak kasut dia kalau tak hati tak tenang. Haha.

Bila dah besar, lain la pulak situasi dia. Selalu jer berlaku dalam kehidupan seharian. Contoh paling mudah, kalau ada orang sakitkan hati kiter by words, sebolehnya kiter nak balas balik untuk bagi dia sakit hati jugak. Kan? Lekas mengaku. **Biasa la, kalau dah busuk nak suruh orang lain pun busuk jugak T_____T

Sebenarnya, pucuk pangkal kepada semua sifat-sifat yang baik ialah sabar. Kalau kiter sabar, setan pon malas nak hasut suruh marah balik atau maki-maki. Sebab serius, hati tak tenang woh kalau ada dendam kesumat musibat dalam hati.

Jom kiter mulakan dengan memaafkan semua orang yang kiter pernah rasa sakit hati dan dendam sebelum tidur ni. InsyaAllah hati tenang.... *Effect daun-daun berguguran seperti pasir ditepi pantai.

Tapi kalau harini mandi sekali jer, lepas shopping tengok wayang dengan Nayang, lepas tu lipat kain setinggi gunung everest dengan muka berminyak boleh goreng ayam rendam pon tak ok jugak kot untuk mendapat tidur yang tenang.

Okbye.

-EnD-

Monday, December 26, 2011

Megi Goreng Pemalas & Aliah, Khatiq House Warming

Hello Sayang-Sayang semua!

Harini seharian I duduk rumah jer... Nothing much I do. Mandi pon lewat giler. Bila dah rasa tak boleh blah dengan tahik gigi sendiri, baru la mandi. Sungguh tak hygiene. Jangan ditiru sifat tak senonoh I ni. Ishk Ishk.

Siapa biasa buat macam I ni? Hari cuti selagi tak pening kepala, tak mandi-mandi.(Sebok nak carik geng busuk padahal diri sendiri yang tak senonoh) Rasanya tak pernah pulak I mandi awal pagi kalau tidak kerana bekerja dan ada hal. . *Jujur jer kan I bagitau. Tapi yang peliknya, ketiak tak pulak busuk. Wangi jer sepanjang masa. Bau epal. Tak caya tanya Saz. Itulah keistimewaan I. Haha.

Saz melawat kematian dekat Damansara dengan Bapak. Takziah untuk keluarga Arwah Pakcik Sharif. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...

Bila dah lapar and takder apa sangat dekat rumah. I made this. Meggi goreng... Sedap woooo.. U guys shud try this at home. Rebus megi, toskan. Pastu tumis bawang putih, bawang merah and cili padi. Bila dah layu, masukkan perencah megi tu.

I suka guna perisa ayam kalau masak megi macam ni. Perencah tadi masukkan separuh jek. Nanti masin. Kang kena darah tinggi mula la nak salahkan I. Aku tampar kang! And lepas tu masukkan megi yang direbus awal tadi dan jugak scramble egg yang I buat awal. Siap! Kata Saz sedap. Dia tu I kasik makan apa pun, sedap jer semua... Memang pandai tau beli jiwa I. Itu buat sayang lebih tu! (Nak uwet U).


Taraaa..!! Megi goreng ala pemalas. Ko ada?

Friday, December 23, 2011

Delicious - Truffle Torte Yang Lazat

Hi Sayang's!


Ni ha. Gambar bakar line. Kot-kot taktau nak makan apa sebagai pencuci mulut kejap lagi, pergi Delicious. Pastu suruh staff nama AZWAN yang ambik order. Omel nak mampos. Muka macam Que Haidar. Haha. **Oooo ni kerja selalu mengulang Delicious Marc Residence eh? Tengok. Dah kantoi sekarang. Kahkahkah.


Truffle Torte. Menangeh wa cakap lu!

Selamat menjamu selera! I ada date ngan GF jap lagi. Dengar cerita dia nak belanja shopping. Bagussssss. Long life Mak!

Yang Benar - Pisau cukur


-EnD-

Thursday, December 22, 2011

Fakta Atau Auta

Tadi kan kan kan? Masa I lunch dengan Sara The makcik Woks, Ira & Mas dekat Delicious Marc Residense, I nampak Anuar Ibrahim dengan geng-geng dia. Ada orang India, Mat/Minah Saleh and Melayu jugak. Tengok ada jugak sorang mamat ni jambu jer. Eh.

Pastu kan kan kan? Meja dia kan, right in front of our table. Kacak jugak Anuar in person. Terus I declare I dalam party PKR sekarang. Boleh? Haha. Ok. Tak lawak pon. Kah kah kah.

Kata Mas dia pernah ambik gambar dengan Anuar Ibrahim dekat hotel di Penang. Pastu asyik-asyik lalu nak pergi toilet bajet Anuar cam dia la. Haha.

Pastu Sarah jadik extra rajin. kejap-kejap nak tolong ambikkan salt dekat meja sebelah sana, kejap-kejap nak ambikkan pepper. Kejap-kejap ajak lalu depan meja dorang sebab nak tengok dessert. Pastu kan masa I tengah nak tengok all the cake's tu, Anuar pon datang dekat I. Dup dap dup dap. Pastu dia tanya I, 'biasa ka makan kat sini?' I senyum and terus cakap, 'Biasa Pakcik!' Dengan penuh semangat! **Slap forehead.

Bahaha.

Tah hape-hape kan? Cerita I harini macam tak best.

Yang I nak cerita next ni lagi best. Korang dengar kan pasal bantuan kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 kebawah, dorang layak untuk mendapat bantuan RM500.00 tu kan? So, today I dapat satu email kiriman dari rakan sepejabat berbumyi seperti berikut.



So, apa pendapat korang? Betul ke ni atau sekadar propaganda semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan.

Mati la. Semenjak jumpa Anuar Ibrahim blog makan-makan ni dah jadik blog politik. Kah Kah Kah.

P/s: Yang pasal I tepanggil Anuar Ibrahim Pakcik tu, I gurau jer. Tak wujud pun babak tu. I tak pandang pon dia. Ego I tak membenarkan I berbuat demikian. Sekian Terima Kasih. I rasa sekarang I macam bagus jer. Kah Kah Kah. Yang dari tadi ber Kah Kah Kah ni kenapa? Nak kena tampar?

-EnD-

Wednesday, December 21, 2011

Mak Yang Omel, Ayang Yang Gemok Dan KakLong Yang Sakit

Since Sabtu, tak sempat dah nak tengok Masterchef Malaysia. GF is here since Ahad. Dia jaga Kaklong dekat Pusrawi. Kak Long tak sihat. Sian dia. Tangan dia sakit. Ada problem dengan saraf. I tanya Kaklong, ok tak tangan dia. Kata dia ok jer, pasal dia menggunakan teori selagi boleh genggam duit, selagi tu tangan dia ok. Boleh? Haha.


So now, routine I a bit different lepas office hour. Instead of berlepak bermalas-malasan depan tv, now balik kerja, I mandi and lepas maghrib baru gerak visit Kaklong dekat hospistal or balik kerja, terus pergi sana and berkepam la dengan tudung sampai pukul 11.00 malam baru sampai rumah. Ko pilih yang mana satu nak.


Kak Long is ok, tapi dia need some more test untuk makesure yang tangan dia ok. Condition also ok cuma bila malam, kata Mak, Kaklong macam tak dapat nak tidur sangat. Lepas tu, selalu rindu Arwah Ayah. Dah Kak. Jangan nak drama sangat. Tak kelakar kot kalau mimpi Arwah Ayah datang tak bercakap sambil pimpin tangan Mak bawak pergi ke cahaya cerah. T___________T


I tanya Mak, dia bosan tak makan tidur dekat Hospistal. Kata Mak, dia ok. Sejak dia duduk hospistal, dia perasan kulit muka dia makin cerah. Pasal katanya tak kena matahari. Takyah berjemur kena panas sapu sampah keliling rumah macam kat kampung. Yer la tu Mak. Kalau Mak cakap berdasarkan pada gambar, Mak silap. Yang nampak cerah tu sebab flash. Bukan sebab tak kena matahari. Omel tau U ni. Gewam!






Gf and my niece yang demok, Ayang. Sampai hati GF membenarkan insan lain memeluk beliau. I sedih la macam ni. Padahal dah janji taknak mesra-mesra dengan orang lain. Pasal kiter dua dah declare Gf-BF. Haha.




So sweet of Abang Long belikan Mak handphone Nokia yang ada keypad tu. So, Mak senang sikit nak taip sms. Walaupun reply lambat giler tapi I suka jer bila terima text reply dari Mak. Kadang-kadang I bagi 'I Love U Mak', dia reply kosong.


Kata dia bukan sebab dia tak sayang I tapi tak sempat dia nak taip dah tersend. OMG Mak. Omel giler la awak ni kan? Sms Mak pulak yang tak menahan, mesti takder titik, tanda soal. Kadang-kadang space pon takder. Pandai-pandai la ko nak baca macam mana. I gelak jer bila dapat. Pastu tears.


Bukan la sebab I drama or apa. U know, I think its special when someone like Mak yang memang tak berapa tau teknologi ni boleh reply sms and yang terpaling omel, dia send sms bukan guna nama dalam Phone Book tapi dia hafal number tu. Mak Mak.. Too many joy U bring to my life. I Love U Too Much U Know?




GF dan orang sakit. Kak Long.




Mak paling risau kalau anak-anak dia tak sihat. 2 kali I kena denggi, 2 kali jugak la Mak datang teman sepanjang masa I dekat hospital. Now I berasa sangat menjeles pada Kaklong sebab dia boleh tengok mak 24 hours! Dapat borak dengan Mak dapat ketawa-ketawa dengan Mak sepanjang masa.


Now, I'm counting my time, tasabar nak balik kerja! Nak jumpa Mak dekat hospistal! Yay!


-EnD-

Tuesday, December 20, 2011

Program Diet Tahi Kucing - Part II

Cecece.. Tetiba ada entry ulangan pasal diet tahik kucing yang I buat last time. Still I rasa macam good-good jer I nak cerita pasal diet ni, macam la kaudahkurang20kg khen??? Tapi takper. Info-info yang berguna kena la kongsi bersama. Mana tau dapat memberi inspirasi pada yang lain kan kan kan?

I tatau la nak kategorikan diri I sebagai golongan yang berjaya dengan lose 8kg ni (sengaja nak bagitau lapan ratos kali) tapi bila ramai yang respon, tetiba rasa macam blog I yang banyak merapu ni macam ada pengisian lantas berasa bangga-bangga ayam sekejap.

Baiklah.

Disini. I share satu komen yang I rasa bagus untuk dikongsi. Baca dekat bawah ni. Pasal atkins diet jugak. Mari la kita beramai-ramai membincangkan pasal issue atkins ni. Kot-kot ada yang nak share info ker, boleh jugak tambah ilmu kan?

Komennya berbunyi begini. Dengarkan. Wah! Dah macam intro berbalas pantun pulak. Awak jual saya beli. Diam ah!!

Salam Kak,

Just nak share my experience. Seronok bercerita pasal diet ni :) Kalo silap harap betulkan ye kak esp to atkiners yg expert2 yg baca post akak ni. I buat Atkins. Dah lost 8kg in 50 days. So far I rasa ok je. Tak pernah pulak rasa lemah and tak sihat. Rasa bertambah bertenaga lagi. Cuma 3 hari pertama tu rasa pening sikit.

Sebenarnya buat atkins ni kena makan dengan mencukupi, sampai rasa kenyang. Let your body tells u bila u rasa cukup. Tak la makan sikit sangat nanti badan rasa lemah and lembik. Kena makan 3 kali sehari + snack. Cumanya kena pandai pilih makanan.

Kena tgk content carbohydrates. Kalo makan ayam xperlu buang kulit kecuali kalo goreng ayam ngan tepung and cara masak pun takde restriction. So kalau nak join lunch ngan geng masa keje pun boleh cuma jangan ambik nasi. Lebihkan lauk and sayur. Pastu kalo rajin kat internet ada banyak sangat resepi makanan low-carb yamg lazat-lazat.

Nak buat coffee-blended pun boleh.. Sedap!! Atkins bukan NO-carbs diet tapi LOW-carbs diet. Even tak amik makan high carbs macam kanji and sugar tapi still dapat carbs from fruits and nuts. Restriction pun yg ketat masa induction je (14 days) coz nak didik selera besar kita pastu dah kena tambah carbs sedikit demi sedikit.

Bila dah capai berat ideal dah boleh tambah makanan berkabohidrat cam nasi and roti tapi portion kena berpada2 and lagi best kalo amik brown rice and wholemeal bread. Saya konsep guna atkins tapi dah lepas 14 hari takde la saya ikut melampau sangat. Tambah jugak sos and kicap kat makanan tapi sikit. Makan gak aiskrim tapi sket. Amik je nasi tapi sikit.

So far ok. Turun 1kg per week secara consistent. Atkins ni sebenarnya lebih kepada nak mendidik kita supaya makan secara bersederhana. Kira nak didik nasfu kita supaya tak makan keterlaluan and tak ambik makanan yg terlalu manis and jaga kesihatan. Before start buat diet ni kena banyakkan membaca testimonial orang-orang yg dah lama amalkan hidup cara atkins.

Tapi jgn lupa amik multivitamin daily and buat senaman cardio sket untuk tone-up our muscle balik. Diet akak menarik sgt. Nanti bila dah capai berat ideal nak try buat diet akak lak. Jom sama2 diet kak. Chayok!!!!
Love,


**Yang love tu, I memandai jer. Hiks.


Jawapan I, dengarkan yer? Ewah!

Kaksu nak publish komen dari awak ni kejap lagi lepas lunch. Boleh? (Padahal selepas 5 hari. Dasar!)

Kaksu pon buat research jugak pasal atkins ni. Kaksu ambik yang betul2 strict kot? Tu pasal la boleh lose 3kg/seminggu. Gula memang tak ambik lansung. Hatta gula dari sayur dan buah jugak. Ni kiranya atkins yang hard-core punya.

Kaksu tengok dekat blog akutaknakgemok ker apa entah. Try la google. Anyway tq for sharing! Tapi atkins ni Kaksu buat masa nak kawen dulu, now kaksu prefer diet calories jer. Tak mampu la nak atkins dah. :)

Sekian, terima kasih.

So, ada sapa-sapa nak tambah nasik, silakan. Ilmu yang bermanfaat harus dikongsi bersama supaya hidup lebih ceria. Wah gitu.

-EnD-



Sekadar gambar hiasan (Takot tak, takot tak?)

Thursday, December 15, 2011

Program Diet Tahik Kucing


Uik korang, buat aper? Jom malam ni kiter borak-borak kosong. Sebab kalau hari-hari pon nak citer pasal makan jer bosan dan menyampah pulak kan? *Letak tangan dekat dahi. Ni dah kalau sampai menyampah nak citer pasal makan ni memang buang tebiat nak mamfus ni.

Jom kiter mulakan dengan borak pasal program diet taik kuceng I ni. Sebenarnya segan jugak nak kongsi (macam good-good jer kan?), tapi memandangkan ada permintaan dari pembaca, I kasik la tips sikit-sikit. Ni yang I amalkan la yer?

Dulu-dulu I pernah la cuba Atkins diet. Memang berjaya la lose weight dalam tempoh yg singkat. Seminggu kalau betul-betul disiplin, boleh lose dalam 3kg la pendek kata. Tapi kalau lepas dah turun 3kg, bantai makan macam orang giler pon tak ok jugak kot? Sekejap turun, sekejap jer naik. Mana tak turun cepat kalau tak ambik gula, carbs semua kan? Ambik protein jer.

Correct me if I'm wrong. Sebab setahu I, Atkins diet ni sebenarnya dia menipu badan kiter sebab kiter cuma ambik protein jer semata-mata dan tak ambik carbs/sugar dalam satu tempoh yang agak lama. So, badan kiter ingatkan kiter tengah struggle nak mati kebuluran sebab tak cukup makanan so dia burn fat banyak-banyak sebagai ganti menjadik tenaga. Macam menipu punya cara la. Pui!

Itu fasal la cepat bebenar turun sebab fat-fat telah dibakar dengan pantas oleh badan kiter. Some people berjaya sebab disiplin. Some people (aku ler tu) memang tak berapa nak berjaya la. Ko giler? Semua jenis gula termasuk dalam buah, sayur, juice SEMUA tak boleh ambik, no carbs (nasik, roti, mee) at all, no kekacang also. Yang boleh makan cuma protein which ayam. Sekor ayam pon boleh nak makan. Tapi ayam semata-mata yang dibakar, dipanggang. Perisa sangat-sangat kurang. Kulit semua buang.

Sedih sangat tau? Kicap, sos semua pon tak boleh. Masuk hari ketiga badan I dah lembik, masuk hari keempat I dah berhalusinasi time bawak kereta. Tetiba rasa macam bawak kapalterbang. Caneh? So, Atkins diet boleh masuk kategori bahaya jugak la. Kepala fening, mabok, loya, lemah satu badan la pendek kata. Ko giler? Gula tadek dalam badan oi. Buah sayur semua tak boleh makan.

Tapi kalau dah berjaya survive sampai hari ke-5 actually kiter dah boleh ajar badan kiter supaya bertahan and boleh la teruskan sampai la hari ke-14. Lepas tu, baru la kiter mulakan program diet yang seterusnya. Atkins ni I rekemen kepada sesiapa yang betul-betul desperate nak kurus. Memang bagus. Lepas tu kulit menggeleber tak hingat la. Badan tak firm sebab tadek tenaga nak exercise kan? So lembik je rasa daging.

Diet yang I amalkan sekarang diajar oleh anak buah yang bekerja sebagai doktor yang tidak kurang kacaknya malahan single pulak itu. Izzi nama dia. Dia tau I tengah nak diet. I makan sikit, tapi bedal milo tin, fruite juice banyak-banyak bajet kalau tak makan cuma minum cepat la kurus kan? Sebenarnya salah cara tu. Sebab setin milo tu jer dah beratus-ratus calories dia.

Simple je dia ajar. Kira BMI kiter and kena tahu berapa banyak calori yang body kiter consume dalam sehari. Let say dengan ketinggian I dan berat badan I yang dirahsiakan ini, I memerlukan 1200 calori/day. So, I cut into half. I cuba ambik 500 calori jer sehari. I kira calori each foods yang I makan. Google la. Kiter boleh tau dari situ and process food pulak, tengok jer dekat label berapa jumlah calori dia.

Fast food I makan. McD I makan, tapi I kira la berapa calories dia. Let say, I ambik ayam McD tapi seketul jer. Minum dengan air mineral. Buah pon sama, I kira jugak calori dan jugak I kurangkan minum air manis serta tak makan malam. Cut portion makanan into half at the same time. And mesti ambik half dari calories yang badan kiter perlu. Setiap orang berbeza tau? So, check korang punya BMI sendiri. Google la macam mana cara nak kira. Jangan pemalas sangat kalau nak kurus. Aku tampar kang.

Try kunyah makanan yang kiter nak makan tu slow-slow. Yang ni I kurang berjaya, sebab I bangsa makan cepat/laju and suka sumbat-sumbat makanan dalam mulut selagi muat. Ni tiru Yatie la ni. Dia makan macam tu, terus I terikut-ikut. Haha. Suka jer nak salahkan orang kalau ada sikap buruk padahal sendirik punya salah. Apoda.

At the same time, kalau ada masa lebih, cuba la exercise sikit. Lagi la cepat fat burn process. Macam I, balik kerja, I park kereta dekat rumah and jogging ke rumah mertua. Lari non stop selama 10 minutes pon dah cukup. Buat hari-hari kalau boleh. Tu yang I cerita I jogging dari rumah ke rumah mertua tu takyah la nak impress sangat. Sehari jer aku buat pon. Har Har Harun.

I rasa, sebab last month setiap kali lunch kan I buat latihan menari, tu yang banyak fat burn tu and jugak, I suka lari guna treadmill. Kat situ kan kiter boleh tengok berapa banyak calories yang kiter dah bakar. So, I cuba untuk berlari non stop atas treadmill selama 15 minutes at least. 5 hari seminggu and hasilnya amat memberangsangkan.

So, I can say, within 3 months ni, I dah manage to lose around 8kg. Sikit-sikit jer lose weight tapi masuk bulan ketiga dah nampak hasilnya. Cuba guna pendekatan ni, setahun ada 12 bulan kan? So sebulan turun sekilo pon dah ok sangat-sangat. Jangan jadik tamak. Tamak kan amalan syaiton? Cecece. Macam good-good jer berkata-kata.

So, apa lagi eh yang I tertinggal? Oooo.. I perasan one thing. Masuk bulan ketiga, penurunan berat badan nampaknya lembap nak mamfus, so ada seminggu tu, I ambik dinner. But very light. Macam roti bakar and scramble egg. Ingatkan naik la balik berat tapi lagi cepat turun. Rupa-rupanya, kalau kiter makan malam sikit, dalam kuantiti yang tak banyak, kiter akan meningkatkan tahap metabolisme badan kiter, SO lagi la cepat turun and tak la statik jer. Kalau statik lama-lama bukan apa, takot putus asa jer.

Jadik, jangan lupa ambik dinner. Tapi beragak la. Jangan mengada nak makan nasik ker apa. Buah pon ok. Milo panas tadek susu dengan biskut mayat pon ok. Tapi jangan la makan sampai setinggi kondominium pulak biskut tu. Sama jugak dengan makan nasik jer. Haih!

Dah la tips. Ngantuk pulak rasa. So kalau ada sesiapa yang nak ikut program diet tahik kucing ni dipersilakan. Nanti boleh share pengalaman. Sebagai pempuan berangka besar, susah sikit la nak nampak badan I ni kurus sikit, tafi bila sarung baju dah boleh tuck in dalam skirt tanpa terkeluar lemak-lemak dekat pinggang I dah bersyukur sangat.

Harap dapat turun la dalam 5kg lagi ker, baru la I puas hati. And jugak, I perasan... Bila I dah cut food portion I ni, lama-lama I sendirik dah taknak makan banyak-banyak. Itu yang I respek dekat I. Boleh jer kan respek dekat diri sendiri? Rasa macam nak tampar jer. Haha.

So korang, diucapkan selamat berjaya. Ni aku tulis panjang-panjang ni syok sendirik ker atau ada orang nak baca ni? Dah la. Mencik! Lengoh tangan ai taw?

Oh. Last but not least, korang ambik gambar korang yang terpaling gemok, letak dekat tempat yang korang biasa tengok, tepi PC sebagai contohnya untuk memberi semangat pada diri sendiri. Sebagai motivasi. I guna cara tu and bila tengok jer, mula la rasa, 'Apa perasaan aku eh masa gemok macam vavi dulu. Ko giler, tinggi 162 cm, berat 69kg. Tak kelakar kot?'

-EnD-

Tidak Berapa Nak Gemuk Sangat

Salam Satu Malaysia. Ewah!

Since gigih diet tahik kucing ni, album Yummy Pummy Vol 2 dekat FB I nampaknya sepi sunyi jer. Sian sungguh sangat kan? Mati la peminat makan-makan I dah larik.. Tapi takpe. I Redha. Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah. Wah tetiba Ombak Rindu. Haha.

Tapi dalam-dalam diet tu, yang I peliknya sehingga hari Khamis ni jer dah 2 kali makan dekat Sushi King. Acaneh? Diet sangat la kan? Takper. Makanan Jepun nampaknya sihat sikit dari nasik lemak, roti canai, masak lemak cili padi. Konon. Padahal ambik hati jer. Tak sihat jugak kot kalau makan lauk dengan nasik pulut 2 mangkok kan? Pang!

Saba Teriyaki ni I suka giler. Mesti tuang extra soyu dengan nitsume pastu a dash of chili powder baru la rasa power rangers. Kerana diet, I just makan ikan ni semata-mata dengan hamaguri soup dekat bawah ni. Yerla yerla. Tifu. Dengan 1 plate crab stick sushi. Hikhik.

Hamaguri Soup ini terpaling favorite. Mesti awak-awak semua hendaklah mencuba try ni on your next visit ke Sushi King. Janji?

Ira, Ira lekas buat muka omel. Pastu letak chopstick dekat pipi bajet konon pose omel la. Tak menahan.

Sarah, Ira, Sue Kecik & Ros makan bento. Bento ni sekali imbas macam makanan asrama kan? Ada nasik, lauk-lauk ala-ala makan dalam tray alumunium. Tapi bento ni up sikit sebab makan dalam bekas hitam nampak la hebak sikit.

Ni Sik Ros dengan Sik Sarah The Makcik Wok.

Sik Ros dan Sik Su Kecik. Semua kecik-kecik je budak opis I. Ada sorang jer yang besar macam resaksa gorgon. I ler tu.

Bercakap tentang program diet tahik kucing I tu. Dalam tahik kucing, tak sangka since raya sampai sekarang I dah lose 8kg. Serunuk! Tapi badan I jenis rangka besar, turun 8kg pon macam takder apa-apa kesan pon. Menyampah la. Ni nak suruh turun sampai 45kg baru nak nampak kurus ker apa ni?

-EnD-

Tuesday, December 13, 2011

Doa Untuk Ayah

Assalamualaikum...

Semalam, 12.12.2011 genap 4 tahun arwah ayah meninggalkan kami. Rindu sangat dekat ayah. Rindu sampai tak terucap dengan kata-kata. Pernah tak rasa rindu sampai nak pecah dada? Macam tu la yang I rasa... :( Cuma, rasa rindu tu I selalu akan simpan dalam hati sorang-sorang untuk jadik strong for kakak-kakak dan mak.

Deep deep down in my heart, I missed him and I will always do.

Kilik sini dan sini untuk baca pasal Ayah. Tiap-tiap tahun I akan keep on repeating tulis entry ni, sampai I sendiri dah takder.
Alfatihah untuk arwah Ayah.

-EnD-

Saturday, December 10, 2011

Molten Choc Cake Yang Menggoda Sanubari

Biasa la kan? Sesambil tunggu kain siap dimesin, jejari demokku mula la memainkan peranan dia by click gambar-gambar dalam Album Yummy Pummy FB. Memang pathetic sangat la kan? Sekali ternampak gambar ni. Terus sebak, pastu nanges. Boleh?


A very warm Molten Choc Cake with Vanilla Ice Cream and Chocolate Sauce together with Caramel at Chili's. It killing me. Seriously.


I tak pernah lagi makan choc cake yang sesedap ni. Dekat mana-mana pon takder. Sebab choc cake ni very light so kalau makan tak muak. And fyi, dalam dia ada choc cair yang pergh, susah nak describe macam mana. Bila potong tengah-tengah dia, meleleh siot!

As for me, kalau makan ni, I just wanted to eat this. Alone. Not with other dishes sebab nanti too full. Dah. Jangan banyak cakap, sapa yang harus dipertanggungjawabkan ni?

NAK MOLTEN CHOC CAKE CHILI'S SEKARANG JUGAK! *Lari keliling rumah sambil tarik rambut. Okbye.

-EnD-

Thursday, December 8, 2011

Sepet The Return

Assalamualaikum.


Ni yang tetiba nak masukkan gambar zaman dolu-dolu ni dah kenapa? Tak dapat menerima hakikat yang usia semakin meningkat dan kesan-kesan penuaan telah terlihat dengan nyata bila senyum dah ada kedut di hujung mata? Wah, tetiba bunyik macam pantun 6 kerat. Hikhik.


Sepet sangat kan? Kesian sungguh.

Tahun depan umur dah 31 woh! Sekarang tengah buat notes untuk plan aktiviti tahun 2012. Memiliki cahaya mata berada dalam carta paling atas. Doakan yer? Nampaknya usaha kena lipat gandakan ni. Rrrrrr... **cakar screen 3 kali.


-EnD-


P/S : Cuba teka berapa umur I time ni. Sapa yang menjawab tepat dan paling awal komen, ada hadiah menanti anda. Jeng jeng jeng!

Wednesday, December 7, 2011

Tepi tepi. Durian nak lalu !

Tekak biadap ni ha tetiba pulak nak makan durian.. Susah betul la nak carik durian yang menepati citrasa I dekat KL ni. Kadang-kadang sebijik jatuh harga sampai RM40.00 tapi tak selazat yang I pernah makan time Bapak belikan masa dahulu kala zaman Parameswara dulu dulu dulu.


Jenis apa I tak sure, tapi isi dia kuning oren. Durian kunyit eh? Kaler kuning oren ang-ang taknak kalah. Tapi sepangsa tu tidak la dia seulas je. Ada 2 3 ulas jugak. I suka yang isi manis (ada orang suka yang jenis pahit kaler putih) and ada bijik. Sebab kalau I makan yang tadek bijik, I macam nak muntah pasal saiko durian tadek bijik boleh mengakibatkan gemok.


Kalau tidak dimuntahkan bertambah gemok. Boleh gitu? Macam orang kurang akal kan?




Durian yang dimaksudkan.

Apa entah jenis beliau, kurang diselidiki.




Sesiapa dekat sini yang tau mana nak dapat durian oren di area Lembah Kelang peliss bagitau I. Lepas tu kenapa eh kalau kiter beli durian kena beli dengan kulit-kulit? Bukan kulit tu ke yang membuatkan durian tu berat? Beli isi jer tak boleh? Eh. Sapa kata tak boleh? Beli la dekat pasaraya. Kan ker jual isi jerk tadek kulit.

Sian. Sendiri tanya, sendiri jawab.

-EnD-

Tuesday, December 6, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Kacak jugak eh rumet I ni? DULU la tapi... I rasa :D


Sekarang dia rock star... *Muka lurus. Well, kacak ni subjektif. I rasa dia kacak berambut pendek dan kemas. Berbaju Polo, berjeans Levis, berkasut Lacoste. Dia rasa dia 'cool' berambut panjang ala rockstar, berbaju tiada lengan dan berseluar banyak kocek dengan sandal croc. Kacak itu subjektif. Anda bagaimana?


Okbye.

-eNd-

Monday, December 5, 2011

Lembu Omel

Ok. Kesinambungan dari entry sebelum ni, I nak kasik up lagi 3 gambar vain untuk tatapan anda semua dipetang hari. Semoga gembira! Ewah! **Harap tak berdarah idong menatapinya semua ini pun...



Ok Girls! Kiter semua buat macam lembu...!! Err... Gee, Intan. Naper tak buat lembu? U 2 orang lembu cantik eh? Haha. Pastu tetiba tanduk sarah terbalik kebelakang. Kata Sarah, Dia kerbau. Bukan lembu. Sebab dia je keluar tanduk betul-betul. Belasah la korang.



Sarah, harap dapat behave dilain masa bila makan didepan orang ramai. Tak molek makan terus dari dulang. Tak senonoh kelihatannya.


Ok. Cukup setakat disini.. I namakan kumpulan ini sebagai Hitam Putih Di Kuala Lumpur. Boleh?



Sekian, terima kasih.


-EnD-

Sunday, December 4, 2011

Hamek Kaw!

Jumaat malam baru-baru ni, I had a very lovely dinner and outing with the dancer's plus dua orang bodigad. Mati la. Baru menari untuk company sikit-sikit dah pasang bodigad kan? Dasar!

Kiter semua makan dekat Castle Kampung Baru. The food was good except for ada communication problem dengan waiter. Cakap melayu tak pandai, cakap omputih tak paham pulak. Kang ngomong jowo baru tau. Heh! Mintak tomato gravy dikasiknya tomato buah belah empat. Tak kelakar kot?

The foods I update later eh? Susah la. Semenjak dua menjak konon diet ni, Album Yummy Pummy dekat FB pon dah macam sendu jer. Lari la semua peminat-peminat makanan I. Haih. Ini pengorbanan nama dia. Kata nak kurus? Kata jer nak kurus, tapi breakfast Pavlova Huda baru kejap tadi ni pon tak ok jugak kot?


Orang kasik satu flying kiss, I kasik dua sekaligus. Hamek kau!

Bodigad sorang muka ganas, sorang muka jambu. Ambik la nak mana satu.

So, sekian la sajer cerita ala kadar dari I ni supaya blog tak nampak sepi dan sendu sangat. I ni skarang apa pon tak buat. Kemas katil tak, mandi tak hatta gosok gigi sekalipun. Acaneh? Semua pon malas nak buat. Kata Ahad kan? Hari Ahad kan hari untuk mandi pukul 4?

-EnD-

Thursday, December 1, 2011

Traffic Light

Helloi !

Nothing much to share except for, terimalah gambar bajet hot dari I hari ni.

Kata Yatie, kalau black out tak payah pasang lilin. Kata Head Of Finance opis I, 'Sulaya, U sit sit. Your dress is so striking, U cause me blind'. Yes Mr. Leow. Jujur sangat U kan? I suka U.

Kata Sarah, 'BB, U nampak meriah ceria', kata Gee, 'Sis, U look different. I suka I suka', kata Mas, 'Wow! Silau tuuuuu'! Kata Ira, 'Kaksu cantik-cantik ni nak pergi mana?' Kata Abang Nuar, 'Su, Abang suka. Baju Su transparent'. **Kesitu pulak kan?

Kata Intan...? Intan tak kata apapa except for, 'Ni kalau Intan pakai baju macam ni mesti labuh giler'. Yer. Tiada penekanan tentang I disitu.

Last but not least, kata Bapak, 'Dei kici, yenna kari sapedek?' Dan continuously cakap bahasa Tamil dengan I. Maksud dia? Paham-paham la sendiri. Tengkiu Bapak for the compliment. Kajol pon hot apa? **Ambik hati.

Sapa-sapa yang follow blog I, mesti tau how hate I pada kaler kuning. Sangat bensi. Taktau la naper. I rasa buruk giler muka bila pakai kaler kuning and believe it or not, this is my only baju kaler kuning ang-ang macam ni.

Bak kata Shaari, 'Esok Kaksu pakai kain kuning, coat merah, tudung hijau.' Tu sajer nak suruh aku jadik traffic light la tu. Sipet!

Ah. Silau!

Last but not least, terima la video berangan dari I ni. This is spontan tau? Ira yang record ni one day after kemenangan Malaysia dalam pertandingan Bola Sepak menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta sempena Sukan Sea baru-baru ini. Ewah! Terus ayat bajet pembaca berita. Wiuwiuwiu.

Tengok jer. Jangan cakap apapa. Sian I. Dah kronik sangat ni. Hahahaha.



-EnD-