Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum.

I sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua readers blog ni (if any kah kah kah). Semoga hari raya tahun ini member seribu kebahagian dan keinsafan kepada kiter semua. Mintak maaf kalau I ada terkasar bahasa sepanjang I menulis dekat blog ni eh? Mungkin I tak sedar atau tak sengaja ke. OK? Kosong-kosong. Lekas salam.

Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya dan kurangkan drama sebabak suami isteri dan banyakkan bersabar sebab hari raya adalah hari untuk bergembira bukan berduka nestapa. Gitu. Tapi dalam pada bergembira jangan lupa pada yang telah pergi dan yang kurang bernasib baik. Jaga diri baik-baik. Jaga pemakanan jangan sampai memudaratkan. Kalau suka makan kambeng pon, makseure jangan makan sampai pengsan. 

InsyaAllah kalau ada umur, kita jumpa lagi lepas cuti raya ok? Akhir kata, kalau makan sedap-sedap especially rendang kerang my favorite jangan lupakan adinda disini. Chewah. Shein. Kau beratur duduk depan lekas, collect duit raya. Ingat Mama ajar, duit yang size besar je tau? Kalau tengok kecik je, pulang balik. Hahahah.


-EnD-


Last Minute Shopping Raya With My Minion Eliss!

Assalamualaikum..

Semenjak dah tuwe-tuwe ni dah tak larat dah rupanya nak masuk 2 shopping mall at one time. I pon tahun ni buat kerja giler beli baju raya Shein last minute nak mampos. Semalam baru nak carik ok? Hebat giler I. Dengan sehelai pon takde apa untuk Shein. Kecuali Baju Melayu sebab Baju Melayu Shein I tempah makanya dari rumah straight pergi Pavilion. Padahal Dyba sebelum puasa dah belikan baju Sophie. Sikit-sikit dia beli. Dia ajak I beli, tapi I kata, ‘Taknak. Kaksu nak beli masa dekat raya sebab nak feel’

Feel palotak I la. Semalam pergi dengan Si Eliss. Dia tu badan kecik giler tapi nauzubillah energetic giler. Dia pon nak beli baju Raif and Umar anak-anak dia. Kitorang pergi Pavilion je. Senang. Kat sana semua ada. Memula masuk Mother Care. I beli la skek baju sebab tengok design kat sini makin lama makin boring. Lepas tu masuk Trudy and Teddy. Dari luar tengok baju semua comel-comel. Nak pulak baju baby girl. Si Ellis dah meroyan nak beli baju baby girl. Tak sedar dia anak semua ada telur. Kata dia, dia nak simpan untuk anak pempuan dia. Giler. Haha. Dia asyik carik baju baby girl je tapi serious baju-baju kat sini semua omel tahap meh la kau sini, aku nak pijak. Nanti kalau I ada baby girl, I nak beli baju kat sini lapan juta.

Pilih punya pilih tak sedar sampai kena guna 3 paperbag. Sebab design dia cool giler, so memang kena beli. And harga setarap Pumpkin Patch, Poney, GAP je. Takde beza. Memula I ingat harga dia macam Polo Ralph je sebab design dia cool giler nak mampos. Tak sangka Malaysia ada keluarkan design baju yang lawa macam ni. Trudy and Teddy ni made in Malaysia kalau korang nak tau. Purchase more RM350 dapat free teapot comel gemok. Bessssst! Walaupon teapot je, wanita memang suka beli and dapat gift. Jangan deny.

BTW kalau nak tengok design-design baju Trudy and Teddy clik sini. I copy dari Filla punya blog. Dia pergi masa grand opening dekat Pavilion tahun 2012 dulu. Cis! Semua orang dah tau, I je ketinggalan. Kbye.







Filla, aku kidnap gambar dari blog nko. Bak duit.


Lepas tu kitorang pergi Pumpkin Patch and GAP. Ada rasa menyesal tak pergi shopping awal sebab kasut yang I tengok hensem untuk Shein, macam abang-abang giler tu dah tadek size. Ada dekat Bangsar Village dengan OU je. Jauh kot nak pergi. Ada selipar dekat GAP tu pon dah tadek size Shein. Kata dorang, selling fast. So I tak beli la dulu. I cakap pada Eliss, takpe kiter pergi KLCC kot kat sana ada lagi kasut lawa. Tu yang pergi KLCC pulak. Tapi sebesar-besar KLCC tadek yang berkenan. So tengah hari ni kena buat kerja lagi sekali. Pergi je amek kasut Shein yang semalam tak ambik tu sebab konon kat KLCC lagi lawa. Bodoh kan? Nyampah.

Si Eliss kenit tu pulak lepas habes beli barang anak-anak dia pon taknak kalah. Nak carik kasut pulak. So kitorang pergi ALDO. Sebab dia tulis besar-besar less up to 50% tapi rupanya design 50% macam nak pakai pergi sawah je. Lepas tu pergi Nine West. Sebab dia cacat kaki size 4, so tak banyak design yang left untuk size 5 cutting kecik. Melambak dia try, satu pon tak berkenan sebab besar cutting. Bila I dah jeling dia, dia beli jugak sepasang sebab takot kena marah dengan sales girl. Haha. Tu ada hati nak ajak I pergi Lot10. Sebab nak pergi H&M. Jangan harap la. Aku dah sakit kaki kepenatan ni. Nak ajak boleh, tapi U kena la dukong I. Dia taknak. So sebab taknak terus gerak ke KLCC yang sia-sia tu.

Kat KLCC pergi pulak ke Ginger Snaps. Nak tengok kasut Shein tapi si Eliss pulak beli sandal dia. E! Lepas tu pergi Mothercare pon tak berkenan. Pergi Poney pon tak berkenan. Pergi Marc & Spencer pon tak berkenan lepas tu give up. Kaki dah nak patah. Balik je la. Nyampah. So harini kalau kasut Shein yang semalam kat Pumpkin Patch tu orang dah ambik, Shein raya pakai kasut bola abah dia je la. Comel apa? Takpon kasut Mama. Sebab dia memamg hobi suka pakai kasut besar-besar.


Si Eliss ni kaki shopping. Jalan dah laju. Pastu tiap kali pick baju nanti dia geleng-geleng kepala cakap ni kalau Umar pakai ni mesti hensem. Tinggi imaginasi Eliss ni. Haha. 

Harapan I semoga harini mission berjaya nak dapatkan kasut Shein. Sandal dia Dyba kata dekat Stride Rite lawa-lawa tapi kena check dulu location dekat mana. Kalau dekat Pavilion tadek, I pergi Crocs je la. Siotttttttttttt. Kat KLCC ada sebenarnya! Nape la semalam tak nampak. Sebelah toy R Us jer pon. Ni semua salah ELiss! Dia la sebok nak beli kasut dia ni semalam. Susah la nak carik kasut Shein ni. Macam tak banyak choice. Nyampah. Tengok orang lain punya anak, kasut lawa-lawa je. Korang beli kat mana eh? Share lekas! Kalau tak I merajuk.

Kbye.

-EnD- 

Thursday, July 24, 2014

Tolong Jangan Nanges

ASSALAMUALAIKUM...

WELL, SAJE NAK CARIK PASAL DENGAN KETAM NI. NAMPAK MENGGODA KAN? PERRRRRGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!! TU AILIO TU COVER SKEK. JANGAN SAMPAI MENITIS DEKAT KEYBOARD PULAK. HAHA.

-eNd-


NANGES


Ice Cream Goreng Las Carretas and New Collection From @getcovered

Assalamualaikum.

Lia, nanti lepas raya kiter pergi makan kat Las Carretas ok? Atiq kata kat situ Chicken Chop dia sedap. Kata Atiq kekadang pukul 10.00 malam pon korang lepak sana sebab nak minum air dia yang sedap-sedap. Kaya boleh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Minum air pon ada specific restaurant kan? Haha.

Aritu Maksu pergi makan kat sana, Fajitas dia tak sedap. Buffalo wings pon tak sedap. Tapi eskrem goreng dia mabelessssssssssssssss sangat-sangat. So nanti kiter lepak makan kat sana ok? Kalau nak buat baby shower untuk Rish and Farah dekat situ pon ok. Sebab nanti dorang dapat pakai topi Mexico. WAGS Wakdan memang Diva sangat. Baby Shower pon nak kat Changkat je. Kemain.


Ice-Cream goreng dekat LasCarretas Ampang. Sedaaaapppp!


Anyway, pada sesiapa yang nak shopping baju nak pergi open house boleh check out  @Getcovered ok? Nak pakai untuk raya Lia dah close order. Tapi untuk pakai open house tadek hal. I rasa pakai dress jubah more practical sebab tak la rimas sangat nak berkebaya kurung bagai plus collection dari @getcovered is nursing friendly. Untuk Mommies yang nak breastfeed pon senang dan semua pon lawa-lawa.

Ni I letak sikit je gambar. Nak gambar banyak-banyak check out dorang punya IG ok? Liaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak uweeeeeet!!

-EnD-




KATE NURSING DRESS
RM65 FREE postage to WM

Bukak puasa dengan tauke @getcovered dekat Dewan Perdana Felda Isnin lepas. Semoga murah rezi sahabatku. Aminnn.... Jom semua support Lia and follow @getcovered IG. (Nak uweeeet)



Wednesday, July 23, 2014

Nak Masuk Van Mayat Ke?

Assalamualaikum.

Harini ialah hari mengantuk tahap mentibang laut. Perrrghhh. Tersengguk-sengguk tadi masa otw balik dari Ampang Park. Sampai parking kat office I punya jaw lengoh. I saspek masa I tido, mulut I terbukak. Kesian sangat I. Dapat tido sekejap, lega sangat rasa. Naseb baik Intan yang drive. Dia tu kan umur je dah nak masuk 30 tapi perangai mengalahkan budak tadika. Kata dia pergi Ampang Park bahaya. Semua orang kena tahan napas masa nak masuk parking sebab nanti ada bau KFC. Pastu cakap macam nak nanges, ‘Ya Allah KFC Kaksu, KFC sedapnya Ya Allah T___T

Boleh? Ira, Dyba tabah je dengan perangai dia. Pastu dia kan, jenis alert je kalau bau makanan. Kan kat tengah-tengah tu ada jual laksa sedap tu kan? Berzikir Intan masa lalu. Kadang-kadang dia kata ‘P’ word. Hahaha. Pastu kalau ada tester biskut raya, sanggup tu dia nak ambik. Makan masa berbuka nanti kata dia. Haha. Tester biskut pon nak terliur ker? Tapaham aku.

Ok. Nak bebel lagi pasal orang tak puasa boleh tak? Well orang mengantuk memang suka carik pasal dengan orang. Haha. U know? Around I, ada la 2 3 orang yang I tau tak boleh puasa sebab masalah kesihatan. Doktor kata tak boleh puasa sebab maybe gastric yang teruk, kencing manis, gout etc. I takde masalah dengan orang yang sakit and tak boleh puasa. Infect I sendiri jenis manusia yang susah hati kalau tengok orang sakit sampai tak daya sangat, dehydrate and diarrhea teruk yang struggle untuk puasa jugak-jugak. Bagi I, kalau dah tak larat and memudaratkan bukak je la puasa. Nanti ganti. Bukan sengaja taknak puasa kan?

Tapi yang menjadik pemasaalahannya sekarang ialah, jenis manusia yang tak boleh puasa tapi dia rasa bangga. Macam tak sensitive dengan society. Maksudnya disini ialah, mereka secara terang-terangan jalan berkepak tapau makanan and air siap ikat tepi bawak masuk office. And lelaki. And jenis muka tadah je tunggu orang tanya, kenapa tapau and jenis bangga jawab dia tak puasa and kalau pun tak tapau dia boleh makan dekat public restaurant dengan Chinese colleague. Tak kisah pon kalau kena tangkap and masuk van jenazah sebab dia ada bawak surat doktor sekali. Tak malu and tak sensitive sampai macam tu sekali?


Sebab seram, gambar letak size kecik je

I yang sensitip ke apa ni eh? I tak boleh blah la. Seriously wei… Malu la skek will ya? Kot ye pon tak boleh puasa makan la sembunyik-sembunyik. Letak la makanan dalam bag ke apa. Hadoi. Bebudak ni memang tau dah I have an issue dengan this type of person. I rasa ni ialah attitude yang tak bagus dan tak patut dicontohi (cecece ayat buku teks terus). Susah la nak explen. Nak cakap pon tak guna. So lebih baik ignore je (tapi dalam blog bebel-bebel pulak padahal). 

Usually dengan orang macam ni, I akan avoid conversation. Dia dalam lift, I tak masuk. Dia lalu depan I, I pandang lain. Sebab I know, dia tunggu chance je kiter pandang dia and lepas tu peramah la bercerita. Mesti dia ingat I sombong. Well. I'm not arrogant, I'm just ignorant *flip hair

-EnD-

Rib Eye Steak VS

Assalamualaikum.

Dah penghujung puasa ni, I rasa dah taktau dah nak makan apa. Semua menda macam tak teringin. (Tebiat kah?) Hari semalam berbuka dengan air cincau, dimsum 4 ketul and murtabak sekeping kecik. That’s all. Pastu panaskan balik Nasik Ayam Hainan yang tapau Ahad haritu and menung jer tengok. Tak makan pon.

Hari Ahad haritu pulak bukak dengan air cincau secawan and kepak ayam pizza hut kurus 3 ketul. Tu aje. Pastu sahur pulak tak sedar. Siangnya survive pulak tu. I rasa I hebat giler. Tapi melepek la skek. Jalan pon seret kaki. Muka pon moyok jer. Bila orang tengok akan cakap dalam hati, ‘Macam dia sorang yang puasa dalam donia ni’. Haha.

Pastu kan? Padahal baru je lately yang tak berapa selera nak makan, so gigih la timbang. Bila tengok turun sikit jer, terus tuduh penimbang dengki kat kiter. Hahahaha. Biasa macam tu la. Kalau kiter timbang turun, penimbang tu betul. Tapi kalau timbang naik, penimbang tu penipu.

I pon tengok balik folder makanan. Belek punya belek, tetiba teringin pulak nak makan Rib Eye Steak. To be specific I nak yang Victoria Station jer. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tapi tu la. Kalau nak bukak puasa dekat situ, sebab Sazli prefer tempat yang dia senang nak solat and baby friendly. Maknanya ada tempat untuk Shein guling-guling melepaskan perasaan bosan. Kan Victoria Station tu tempat makan je. Mana ada tempat nak lari-lari?


KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN SILA AMBIK PERHATIAN. MAMA TERINGIN STEAK VS. 

So acane ni? Biasa kitorang kalau malam raya, Bapak mesti ajak makan kat luar. So this time I nak paksa dia bawak I makan kat VS la. Yes! Tenkiu Bapak. Harap duit raya tahun ni dapat double. Kbye.

-EnD-

Tuesday, July 22, 2014

Sheindong!

Assalamualaikum.

Shein kan, sangat energetic sekarang. Kekadang dia bangun awal. 6.30am dah bangun and sambil tumbas orang nak bersiap pergi kerja, dia pon sebok sama. Kan kalau pagi sebok kehulu-kehilir ambik sependa la, tudung la apa la kan? Nanti dia pon sama sebok kekadang sampai terlanggar-langgar dia. Pastu dia bajet orang jalan laju-laju sebab nak kejar dia. Hek eleh. Perasan. Haha.

Kekadang dia bangun lambat. Macam abang-abang. Biasanya hari cuti la. Lagi-lagi bulan puasa. Pukul 10.00am I bangun, dia pon sama bangun pukul 10.00am. (Kantoi bangun lambat). Lepas tuuuuuuuuuuuuuu dah tak tido sampai petang. Kadang-kadang pukul 2.00pm baru tido. Tu pon sekejap je. Now tido siang sekali sehari je. Dulu masa baby, dia tido dua kali. 10-12 and 4-6 lebih kurang. Sekarang tadek. Sehari sekali je tido. Kalau dia buat hal tido dua kali sehari nanti malam jadik super energetic and tido pukul 2.00am.

Macam kat kampong haritu. Kitorang tak tido dalam bilik so suka la Shein. Kehulu-kehilir dalam gelap. Mana dia tau takot pon. Sebab Shein kalau tido mesti mau gelap sungguh and kena tutup pintu bilik so that dia tak dapat nak keluar. Kalau tak, kirim salam. Dah tak tido tu takper la. Ni dia korek hidung I, korek mulut, himpap, gomol, kuda segala mala la dia buat. Lumat I dikerjakan dia.

Semalam dekat nursery kata Ika, dia sorang tak tido time pukul 11.00am tu. Dia main sorang-sorang. Lepas tu pukul 3.00pm baru dia tido. Setengah jam jer. So semalam ingat dah tido sekejap tu, kurang la tenaga dia and awal la tido dia. Takde maknanyaaaaa. Pukul 12 jugak yang dia tido pon… Shein paham arahan sekarang ni. Kalau I cakap, ‘Jom Shein kiter tido’. And I tinggal je dia depan tv. Nanti I tutup lampu bilik, ambik selimut I and letak kat hujung kaki. Tak lama kedek-kedek Shein datang panjat katil baring sebelah I. I suap dia susu. And masa dia tengah minum susu I cakap, ‘Shein, tutup pintu lekas’. Dia bangun. Tapi mulut membebel-bebel macam tak puas hati sebab dah baring lepas tu kena bangun pulak. Haha.

Lepas dia tutup pintu, dia akan ambikkan I selimut and hand it over to me. And dia gelak-gelak and baring sebelah I. Kaki landing kat muka, perut I. Mana-mana yang dia sempat la. Asalkan dia baring tu, badan dia kena sentuh jugak-jugak badan I. And I rasa sangat melting. Rasa bangga to have him. Rasa sayang sangat-sangat. Walaupon Shein Cuma hulur selimut jer pooooon. Lepas tu dia akan golek-golek and I tepuk bontot dia sampai la dia tido. Shein suka giler meleset-leset. Ada masa I suka. Ada masa I rimas. Time rimas tu I tarik tangan ke, tarik kaki ke, beralih ken anti lagi dia bangun and himpap I. Dia tau tak dia 13 kg?

Oklah. Tu je nak citer pasal Shein. Harap tidak boring. Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas,
Mama yang cantik

-EnD-


Mekayang Metayang Mama! 


Monday, July 21, 2014

Songkok Amy Search

Assalamualaikum.

Tak lama dah kan nak raya? Baju raya I, Sazli and Shein tahun ni kami beli kain and tempah jer. Unlike last year. Tema kaler grey. Shein dengan Sazli sama je jenis kain and warna baju, I je lain. Baju I kaler merah tapi ada la sikit-sikit kelabu. Kena ada sikit kelabu supaya masih ikut tema. I kena la lain, sebab I kan ketua? Haha. Eh well, Mama satu-satunya wanita jelita dalam family so U both (Abah dengan Shein) kena layan Mama macam pwincess. OK?

Baju rumi satu apa pon I tak beli lagi untuk Shein. Kasut ke, capal ke semua tadek lagi. I memang suka carik baju Shein last minute, baru thrill. Lagipon I jenis tak fussy. Asal lawo, mampu milik udah. Yang penting mesti baru. Itu konsep dia. Kat KLCC and Pavilion ada banyak kedai baju. Poney, Pumpkin Patch, Mothercare, GAP segala semua ada. Duit je kena sediakan kapok-kepok penuh satu beg kalau boleh.

I plan nak pergi next week. Eeeee tak sabarnya nak tengok Shein pakai Baju Melayu Johor sepasang dengan Sazli. Mesti hensem! Kata bebudak office, dekat SOGO ada sale. Tapi hazab melambak orang. I pernah dulu buat kerja giler ikut Kaklong Shopping baju raya dekat SOGO. Takyah bergerak sebab orang dah tolak-tolak so kiter gerak sendiri. Acane nak pilih baju macam tu? Tengok harga tadek la murah mana. Masa tu I tak kawen lagi.

Kuih raya? Hapah tadek ok? Memang tahun ni rock and roll habes. I dah ada usha satu booth jual biskut raya dekat JJ AU. Semua sedap. Tapi mahal la. 50 bijik RM38.00. Tapi sebab dia lawa and sedap, beli je la dekat situ nanti. Lagipon I jenis tak boleh pergi 2 3 kedai nanti rambang mata and balik dengan tangan kosong. Haha. Tu nanti biskut ke apa, kiter beli next week je. Kalau biskut dah habes pon takpe, orang datang raya kiter jamu kaki je la. Sebab menda lain dah tadek.

Tak sabarnya nak rayaaaaaaaaaaaaaa! Tak sabar nak makan kari ayam kaklong dengan ayam masak kicap dia yang terpaling sedap dalam dunia and kuah kacang tok che amah yang menjadik all time favorite I. Tu pasal la turun berat badan time puasa ni tak member erti sebab nanti bulan raya, balun makan macam apa je.

So, bila yang boleh nak kurus ni? Eh lupa. Tujuan I update entry ni pasal nak tanya, korang tau tak mana-mana kedai yang ada jual songkok bulu yang macam Amy Search pakai tu? Sazli nak songkok macam tu dah 6 tahun tak dapat-dapat. Dia tu kan pelik. Orang seni. Nak songkok bulu segala. Tak paham I. Tapi layankan la ajer, sebab knowing Sazli, bila dia dapat apa yang dia nak nanti air muka dia, priceless. I suka tengok riak muka dia yang macam tu J

So please, sapa yang tau kasik tau I eh?


-EnD-


Songkok bulu yang macam ni



Pengalaman Pertama Sheindong On Board (Entry Jakun)

Assalamualaikum.

Hopefully semua yang terkorban dalam nahas MH17 akan dapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak jahat yang bertanggungjawab menembak jatuh dan menyebabkan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban akan dibawa kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal. I’m out of words seriously. Tak tau nak cakap macam mana. Kekejaman merata-rata. Orang awam yang tak bersalah menjadik korban. MH17 dan jugak Rakyat Palestine. Bila yer manusia nak stop killing each other? Kejam. Yang terkorban tu it could be a father, mother, son, daughter, sibling, relatives and friend to someone. Sedih dan takot sangat bila fikir balik macam mana la eh dorang jatuh dari atas langit macam tu? Ada baby pulak tu. Terus peluk Shein sampai dia rimas.

This is really a big task to our Prime Minister and team. Baru je MH370 hilang macam tu jer, now MH17 pulak. I harap, Our PM and team akan buat yang terbaik untuk memastikan nasib semua rakyat Malaysia (khususnya) yang terkorban terbela. Kuasa dunia Rusia sangat sangat sangat kuat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia tapi biarlah ada keadilan dalam kes ni. And kepada keyboard warrior stop la buat speculation bodoh. Sebelum taip and post dekat FB, Twitter and Blog kaji dulu apa yang nak ditulis dan jangan la buat propaganda yang boleh merosakkan fikiran ramai orang-orang yang kurang ilmu (termasuk I). Malaysiakini.com salah satu website sampah yang suka keluarkan statement jahat pasal Malaysia sendiri. Meluat nak baca.

Kebetulan I, Sazli and Shein balik kedah naik flight kan? Khamis haritu and Jumaat dapat berita pasal MH17 and Ahad nak kena fly balik ke KL. Goyang habes. Seriously. Tak pernah rasa sekecut ni nak naik katebang. I call Mak dekat Jengka. Kata GF baca selawat, ayat kursi. Jangan la kaji teruk-teruk and cuba elak sampai taknak naik flight semua. Kalau nak mati, kat mana-mana boleh mati. Tawakkal dan pecaya pada qada’ dan qadar yang Allah dah tentukan. Terus rasa calm sekejap. Sekejap je la tapi. Haha.

Bila katebang nak take off and I rasa tayar dah tak jejak jalan terus perrrrghhhhhhhhhhhhh. Selamat ke aku kat atas ni? And kata kepten dia akan bawak katebang naik up to 30,000 kaki dari paras laut. I cakap pada Sazli, ‘U, kiter selamat. Peluru berpandu tak sampai ni kalau nak tembak’. Kata Sazli, ‘Tak jugak Bubu. Yang kena tembak tu 33,000 ft kan?’ Siot lu. Pastu kitorang dok rebut-rebut Shein. Sazli nak pangku Shein, I nak pangku Shein jugak. Kerusi dia yang kitorang bayar full charge tu buat perhiasan je la masa tu. Kata Sazli, ‘If anything happen, I ada Shein. Bubu sorang-sorang’. Boleh tak mulut dia? E!

Padahal tak lama pon nak sampai. Tak sampai sejam tapi I rasa macam lama giler. Tak boleh nak imagine masa I pergi Europe Trip dulu, naik flight sampai 14 jam. Turun naik turun naik flight ke Geneva la, Barcelona la, Switzerland la. I rasa macam ada phobia sekarang dengan katebang. And macam taknak borak pasal any oversea trip sementara waktu. Ko offer la Cape Town ke, London ke, Istanbul ke memang tak la kan? Sebab issue ni macam tengah hangat lagi. Kot-kot esok lusa dah diam and calm balik, kiter boleh re-consider la kan? (cecece) Lagipon Bapak kata, ‘Syok la tengok Shein kejaq burung ni. Kalau bawak Shein pergi Trafalgar Square lagi syok’. Cecece. Tu menantu dia yang cakap and hint-hint padahal. Sazli pon cakap, dia taknak pergi jauh-jauh naik flight dah. Senak perut. So do I. Lantak la oran gnak cakap kampong ke apa. I don’t care. Tapi esok lusa lain cerita la. Kahkahkah.

Pengalaman Shein atas flight? Ok. Tadek huru-hara. Alhamdulillah. I bawak bekal Ipad and makanan dalam beg dia. So it really helps and stroller as well. Memang kena bawak sebab nak mendukong dia dari luggage check in sampai ke boarding area kalau dekat KLIA 2 tu memang jauh giler la. Tadek stroller mau patah pinggang nak mendukong dia yang dah 13kg tu. Masa flight pergi, Shein tido all the way dari KL – Penang. So do I. Masa flight balik Shein tak tido tapi I umpan dia dengan Ipad cerita Upin-Ipin and biskut tiger. Setel. Kaki silang tengok Upin Ipin. Yang ketaq juboq is Emak dan  Abah dia la. Pantang bertentang mata nanti memaing angkat kening. Bodoh. Yang nak menakutkan diri memasing pehal? Haha.

Turun-turun dari flight, naik atas stroller terus dia tidur tak sedar-sedar sampai la rumah dekat Ampang. Alhamdulillah. Baby mesti ada cranky a bit. Tapi kalau kena cara, InsyaAllah ok. Shein ok sebab ada Ipad and foods and I rasa baby lain pon macam tu jugak. Nanti bulan September, Apit (sepupu Sazli) kawen pulak and kitorang akan naik flight lagi sekali. Senang untuk Shein. Sebab nak naik kereta lama-lama dengan dia yang tengah lasak sekarang ni rasanya semua orang pon penat. And kos nak naik flight pon lebih kurang je dengan bawak kereta sebab Air-Asia kan murah tambangnya? Kata now anyone can fly? Tak gitu?

And journey by flight, I rasa kurang la rasa restless sebab pungkok tak dan nak panas duduk lama-lama dah sampai ke destinasi. Kalau ikutkan dari rumah ke KLIA2 pastu nak tunggu check in luggage segala sama je time dia dengan naik kereta (KL-Kedah) tapi kurang rasa penat. Sebab nak handle baby macam Shein yang tengah melasak and suka figure out new things, lari merata ni, amat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Every baby is different, yang macam I selalu cakap. Ada baby yang behave and easy to handle and ada yang aktif macam Sheindong Kedondong ni. Bahagian masing-masing. For me, as long as dia sihat tubuh badan, membesar dengan sempurna is a good enough. Menda lain should be no complain at all. Paham? Tapi dalam pada takde komplen tu kononnya, tarzan jugak sekali sekala.

Korang baca ni stressed tak? I baca ni pon stressed. Macam big issue beno. Padahal pasal pengalaman Shein on board je. Over kan? Apapa pon, sebelum menutup entry ni, Jom kiter sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban yang beragama Islam dalam flight MH17. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

-EnD- 


Masa dekat airport Penang. Macam sedap je air coklat ko tu Shein?

Friday, July 18, 2014

Harness, Intan & Garfield

Assalamualaikum

So, nama safety bag yang I cerita kelmarin tu ialah Harness! Hahaha. TQ pada yang komen. Most of yang komen kata dorang pon face the same problem. Orang cakap macam bawak haiwan peliharaan or something like that tapi dari anak hilang or berlaku kemalangan tak diduga, better pakaikan Harness ni. I akan dapatkan untuk Shein asap.


Mana nak carik Baby Harness yang macam ni?

I tanya Ira, tak mengamok ke Shein nanti kalau pakai menda alah ni? Kata Ira tak sebab Mel adik dia tu pon pakai jugak Harness ni, tapi dia ok. Dyba pon cakap baby akan behave kalau pakaikan Harness ni. Siap ko Shein, lepas ni no more lari-lari marathon macam selalu. Mama ikat Shein! Waaaarghhh hahahahahahha **Gelak setan.

Kata Sazli, nanti kalau ada rezeki dia nak bawak kitorang pergi Perth. Tempat dia belajar dulu. Kat sana ada padang yang beeeeeeeeeeeeeeeeesar and lepas tu kiter boleh biar Shein lari sepuas hati dia. Pergi time spring so tak la basah ketiak nak kejar kan? Itu je motip dia. Kalau nak kejar anak, ketiak tak basah I ok je. Atau berlari dalam sejuk I ok je. Ni dah la panas segala memang mengundang la.

Kata Intan, boleh beli Harness yang jenis automatic. Dia ada button. Kalau baby lari jauh nanti kiter picit button tu and dia akan berenti sendiri. I pon si bodoh ni percaya jer la. Beria cakap ‘Ha Intannnnnnnnnnn! Kaksu nak beli la yang tu. Senang kan?’ Pastu Dyba and Ira dah gelak-gelak. Ternyata I diperbodohkan Intan.

Intan? Intan yang selenga tu dah cong I. Blardihell. Haritu masa dalam kereta I dengan Dyba cerita pasal perangai Sophie and Shein masa orang tengah berbuka. Pastu Intan pon sebok nak cerita pasal Garfield kucing dia tu. Sambil tumbas nak bercerita. Lagi kuat suara I, lagi kuat suara dia. Pastu I diam, bukak lock kereta (sebab masa tu dalam kereta, I drive)

Intan kata, ‘Apa maksud Kaksu?’ Ira pon jawab, ‘Tadek maksud-maksud la. Kaksu suruh Akak keluar’. Hahahhahahahaha. Terus Intan diam tak cerita dah pasal Garfield. Menyampah je Garfield tu. Dia ingat dia orang ke sebok nak bukak puasa sama? Dah la dia sumbang mahram dengan anak dia. Dia rogol anak dia sendiri sampai dapat anak. Pastu lagi Intan nak sayang-sayang segala. Dulu Intan tido dengan Garfield. Pastu I kata, berani la Intan, kena rogol dengan Garfield tak pasal. Terus Intan dah macam takot-takot dengan Garfield.

So sudahnya kiter ni cerita pasal Intan dengan Garfield pulak kan? Padahal tadi pasal Harness.


-EnD-

Thursday, July 17, 2014

Wednesday, July 16, 2014

Safety Bag. Ya or Nay?

Assalamualaikum..

Ok. Harini nak membincangkan tentang some zeriuz topic. Pasal apa lagi kalau bukan pasal Shein? Yerla kan? Anak first katakau memang la kepochi je Emak dia ni. Lantak ah. Haha. So! Shein dah 1 tahun 7 months or 19 months. Anak jantan, lasak sudah tentu. Kadang-kadang I umpan dia dengan makanan, dengan Ipad bila nak dapat peace of mind tengah makan. Sometime membantu, but most of the time tak membantu especially bila dalam mall or kawasan lapang sebab Shein ada sikap suka lari menonong tak tentu hala bila tengok kawasan lapang and expect us untuk kejar dia. Macam kerja Emak dia ialah untuk kejar dia setiap masa. Tapayah buat kerja lain.

Kelmarin, kami bukak puasa dekat GE Mall. Shein lari laju ok? I almost tak dapat nak kejar dia. Dengan handbag I, handbag Mak (sebab dia solat), beg susu Shein dengan blanket busuk Shein I pegang. Sazli pon solat jugak. Naseb tak pakai heels so I lari laju jugak la. Mesti Shein bangga Emak dia lari laju sama dengan dia. Kah kah kah.

Masa ni baru lepas jatuh kena tolak dengan budak perempuan umur lebih kurang 5 tahun. Injured sikit kat hidung but Shein behave la sikit. Naseb baik jatuh. Kalau tak, tawaf la Shein 1 GE Mall.


Imagine ok? Shein lari and naik escalator yang turun. Bukan yang naik. Yang turun. So dia almost nak terjatuh (which I can’t imagine what will happen if dia jatuh) and I manage to catch him. Kusssss semangat. Naseb tak pakai heel nyot! Kalau tak kompem terguling. Malu satu hal. Bahaya satu hal. Nauzubillah.

Geram je I tengok Shein. Dia memang kalau lari, tak terkawal. Suka benar berlari-lari. Ni memang nanti boleh masuk Olimpik pelari terpantas macam Carl Lewis. Pastu kaya. Pastu, Sheinnnnn nak Prada 8 please. Ok. Back to the topic. Kata Sazli, masa kelmarin dia saja nak try Shein. Lepas je dia lari dekat foyer rumah kitorang. Bila Shein lari menghala ke gate, Sazli jerit panggil nama dia. Dia buat bodo je. Menonong lari. Apa lagi, tarzan la Sazli panggil Shein. Patut masa I sampai kat foyer, Bapak dengan anak sama stress muka. Baru lepas gaduh rupanya. Haha.

Shein boleh hilang dengan sekelip mata. Dengan sekelip mata bila terlepas pandang dia dah jauh. Menyelinap kesana sini, and lari macamkan orang nak kejar dia untuk main kejar-kejar (Ini berlaku bila dekat mall sahaja). So I teringat banyak kes budak kena langgar dengan kereta, jatuh tangga and worst jatuh dari escalator. Accident yang macam tu. Semua tu maybe sebab Mak/Bapak dia terlepas pandang sekejap. Sekejap like 5 saat pon boleh bahayakan keselamatan anak-anak.

Kan? Padahal we never know sebenarnya Mak/Bapak anak-anak malang yang accident tu sebenarnya cuma terlepas pandang masa tu je. Padahal sebelum ni dorang sangat alert and we, society selain dari simpati, kiter jugak blame Mak Bapak tak pandai jaga anak. Kan? I kalau fikir accident anak-anak ni, I loya. Nak muntah. Sebab takot sangat.

So, kata Sazli. Dia nak beli beg yang ada tali tu. So that Shein dah tak boleh lari sesuka-suki dah. Sebab Shein bukan jenis suka duduk dalam stroller all the time. Dia nak jalan. So I pon ada rasa tak sampai hati nak letak dia dalam stroller jer. Kesian. Tapi tu la, bila lepaskan dia macam huru-hara pulak jadiknya. Ada masa Ipad and foods dapat buat dia leka. Tapi for how long kan?



Beg ada tali macam ni.

Ada orang cakap, parents yang ikat-ikat anak tu buat anak macam pet. Macam haiwan peliharaan. But some case and scenario lantak ah apa orang nak kata. Kalau itu buat anak kiter selamat I tak kisah nak buat pon. Dari anak hilang lepas tu lari laju-laju and accident lepas tu, lebih baik ikat je. So far I tadek la beli lagi. But nak jugak tanya pandangan mommies pasal menda ni. Korang rasa macam mana?

-EnD-

Monday, July 14, 2014

Pavlova Vs Superbike Shein

Assalamualaikum.

Hari Semalam I, Sazli, Mak dengan Shein bukak puasa dekat Alexis. I makan spaghetti seafood. Mak order pizza and Saz order Briyani kambeng. Shein buat huru-hara tumpahkan air segala and gelak kuat-kuat masa tengok Upin Ipin yang episode Pim Pim Poom! Yang Upin Ipin jadik Ahli Silap Mata tu. Gelak sampai satu restoran dok pandang dia. Malu kat oghang haih! Perangai original people sangat.

I dapat makan Pavlova. Dah lama craving Pavlova Alexis. Walaupon dah makan banyak Pavlova, tapi Pavlova Alexis yang dua tingkat, cream kurang manis, meringue kurang manis, rapuh and cantik mata memandang jugak yang menjadik idaman kalbu. Dah dapat makan, puas hati I. Lepas tu nothing else matter. Shein ngamok, tumpahkan air, makan garpu pon I senyum je. Haha. 


Peerrghhhhh terbaik la Pavlova Alexis ni. Lap ailio memasing please.


Masa I beli groceries dekat Cold Storarge, Sazli and Mak bawak Shein naik trolley. Suka la si debab tu. Lepas tu, masa dekat Speedy sebelah Watson, Shein melompat dalam trolley sebut ‘nan nan nan‘ maksuknya ‘nak nak nak’. Dia nampak motor mainan. Mak dukung letak kat bawah, terus dia menerpa peluk motor tu. I mintak kakak kedai bukak rantai motor tu and suruh Shein try. Tetiba dia malu lari pegang kaki Mak. Haha.

Bila I dukong dia letak atas motor tu, suka la dia, Habes dibawaknya satu floor tu. Kesian pulak tengok Shein nak sangat. So Mak Tok pon belikan. Bila kiter nak tukarkan dia naik motor yang Mak Tok belikan, dia nanges sebab dia ingat kiter nak ambik motor dia terus. Lepas tu bila dia naik motor tu, dia taknak dah lalu depan Speedy takot kena pulang balik motor. Haha.

Sampai dekat rumah, kemaruk la naik motor. Tengok Upin Ipin kat tv sampai lentok-lentok atas motor. Taknak jugak turun. Omel sangat awak ni Shein. Perangai tu. Kata Sazli, kalau tak belikan Shein motor tu, mesti kiter menyesal sebab tak pernah tengok dia excited sampai macam tu sekali. Mama rasa Shein nanti dah besar mesti hensem naik motor macam ni. Harap perut tak boroi la Shein, sebab kalau perut boroi kena naik easy rider je la. Nak naik superbike macam sekarang ni dah tak boleh sebab nanti perut cecah tank motor tak cool jugak. Haha.

-EnD-

Tonggek lebih nampak bang?

Shein, Kelabu Dan Kacang Panjang

Assalamualaikum.

Sabtu Ahad kitorang balik Jengka. Dapat bukak puasa dengan seisi keluarga on Saturday tu. HAPPY sangat! Walaupon rumah dah macam tongkang pecah and bising giler gegak gempita dengan kanak-kanak (Sasha, Kaseh, Amsyar, Shein and Aiman – Ketua) tapi redha. Haha. Bola ada dua bijik. Satu kecik, satu besar. Kaseh, Aiman and Sasha main sepak-sepak bola ganas giler guna bola kecik sebab Shein taknak mengalah dengan bola besar. Shein sebok nak join, tak sedar yang dia terlalu kecik. Dok menyebok jugak la lari kehulu kehilir. Dah la debab. Bila dia lari, pipi dia goyang-goyang sama naik dengan tetek dia jugak. Haha.

I serahkan tugas monitor Shein pada Sasha je. Just makesure Shein tak terjun tangga or membahayakan diri. Bagi upah RM5.00 setel. Dalam pada setel tu, sempat jugak Shein curah air katira dalam mee goreng. Dah la mee goreng tu sedap dan sikit. Haha. Tabah jer la. Sazli tanya, ‘Mee goreng ni memang ada kuah hijau macam ni ke?’ Pastu Sasha kata, Shein curah air katira dalam mee tu. Dia peluk bekas air tu. Sebab bekas tu besar. Haha. Nasib tak tumpah semua. Kalau tak kempunan air katira dengan mee goreng jugak.

Shein dia kalau nampak apa depan mata, dia rasa nak lari dia lari jer. Takde der dia nak elak ke apa. So konsep nak makan berhidang dekat kampung bila ada kanak-kanak memang tak digalakkan la. Dah la dorang sama sebok. Orang makan, sebok nak makan sama time berbuka tu. Macamkan lapar sangat. Tapi tu sebenarnya yang buat meriah. Anyway Shein. I love U so much! Walaupon Shein suka main kasar gigit badan merata tapi takper, I still love U. Thank you sudi jadi anak Mama.


Kaseh dengan Sasha tengah tengok Upin Ipin kat Ipad. Shein tumpang sekaki. Memasing tak pakai baju sebab kampung panas. Semua ni sepupu. Kaseh anak Kaklong. Sasha anak De. Shein anak I. (Tu pon nak bagitau)

Kata Kaklong, macam mana kacang panjang ni boleh jadik sikit? Tadi aku nampak banyak. I suruh dia tanya Shein. Sebab dia main pusing-pusing pastu dia patahkan and makan. Kacang panjang pon Shein boleh makan begitu sahaja. Haha. Tu tengok la perut. Sama macam Abah kan?

Update pasal Kelabu. Dia dah meninggal. Sedih sebab tak sempat nak jumpa dia for the last time. Kata Mak, start dari Khamis tu dia dah tak selera nak makan. Air liur dia meleleh je. Memang dia nazak. Kata Mak, memang Kelabu nak jumpa Mak sebelum dia mati kot? Sabtu tu masa balik kampong Mak bagitau dia dah tadek. And dia dah remind semua orang, lepas ni jangan bawak any kucing dalam rumah dah. Mak taknak. Nanti bila hilang atau mati, dia sedih.

Berehat la Kelabu. Tadek jodoh kiter nak raya sama-sama. Al-Fatihah.

-EnD-


Friday, July 11, 2014

Happy Birthday Kaklong!

Assalamualaikum.

Happy belated birthday Kaklong! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Birthday Kaklong 9th July bebaru ni. Biasa birthday dia I belanja makan time lunch. Tapi sebab jatuh bulan puasa, so tadek makan-makan. Postpone sampai lepas raya ok kan Nyonya?

Kata Kaklong, dulu masa kecik-kecik dia yang jaga kami adik beradik. Arwah Kak Ngah, De dengan I. I paling kecik. Beza umur I dengan Kaklong 14 tahun. Maknanya time dia remaja dalam 15-17 tahun tu, dia kena jaga I yang baby lagi. Kata Kaklong, dia tadek life sebab nak jaga adik-adik. Mak dengan Arwah Ayah pergi menoreh so dia la kena kemas umah, masak and bagi adik-adik makan.

Untuk adik-adik yang besar, kata Kaklong senang nak bagi makan. Goreng telur pastu buat sambal tumis. Hari-hari makan sambal tumis sebab kan dulu susah? Pastu blender mana ada. Kalau buat sambal kena la giling. Naik pijar tangan. Mesih basuh pon takde so kain baju semua dia basuh tangan. Umur 14 tahun dah pandai buat semua menda. Sebab adik-adik beratur 3 orang dekat belakang untuk disuap.

Kata Kaklong, kekadang dapat la dia jalan sekejap main dengan kawan-kawan. Baru 10 menet nanti Mak tarzan panggil dari rumah. ‘Linaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa balikkkkkkkkkkkkkkkkkk!’. Asal lambat sampai rumah tali pinggang higgap dekat badan. GF I dulu garang woooo.

Kata Kaklong, dulu selalu masa I baby, dia bagi makan biskut mayat tu. Sebab I tadek gigi, so kena kunyah-kunyah dulu biskut tu and later suap I. Dia cakap I macam burung. Tak habes kunyah I dah nganga. So kejap kang Kaklong kunyah biskut, kejap kang Arwah Kak Ngah. Geleman I bila ingat balik. Haha. Dengan De dorang tak kawan sangat sebab beza Kaklong dengan De pon jauh. 8 tahun. Dia kamceng dengan Arwah Kak Ngah. Lagipon De kuat mengadu. Sikit-sikit, 'Makkkkkkkkkkkkkkkkk tadi kannnnn, Kaklongggg kannnnn, dia kannnnnnnn'. Macam tu.

Dulu kan tadek permainan? Kiter orang susah untuk beli permainan. So Kaklong nak main-main dengan I dia bawak la I naik kereta sorong yang Arwah Ayah guna untuk angkat kelapa sawit. Bila langgar akar pokok kuini yang Mak tanam tepi rumah, nanti I ketawa sebab terhentak. Entah macam mana, tolak punya laju sampai terhentak kuat langgar batu. Berdarah la mulut I, so Kaklong pon berbirat la dapat tali pinggang kena libas kat belakang.

Kaklong sebagai Kakak Sulong banyak sacrifice untuk kami adik beradik. Mostly sebab jaga kitorang la. Bila malam, I nanges nak susu. Kata Kaklong punya la ngantuk. Mak suruh buat susu. “Lina, buat susu adik”. Lepas tu kata Kaklong dia mengantuk so pejam mata je buat susu. Kekadang air ada semut pon hentam je. Masukkan susu pon terkeluar-keluar. Lepas bancuh susu, dia baling je dekat dinding. Kedegangggggggggg bunyik. Nanti I merangkak la carik susu. Lepas tu minum crooot croott crooot. Lepas angin. Hahaha. Sian I kan?

Kata I, ‘Sampai hati ko kak baling je susu dekat aku’. Kaklong cakap, 'Naseblah. Aku pon ngantuk. Kira ok la aku bangun jugak buat susu.' Hahahha. I pon dah pandai dah. Asal Kaklong baling susu, kena dekat dinding and bila I dengar, I pon akan merangkak carik susu.

Mak bangun awal, sebab nak menoreh denagn Arwah Ayah kan? I jenis tido suka pegang rambut Mak. Rambut mak smooth and silky. Rambut Kaklong dawai besi. Nanti Mak mintak Kaklong tukar tempat dengan dia. So bila I pegang rambut rasa lain, nanti I nanges la. Mak ingat teori dia berjaya. Tapi dia taktau dia gagal. Haha.

Kaklong jenis suka buat experiment. Menjahit baju la. Habes baju-baju lama Mak Kaklong gunting nak buat baju kurung. Mak kata, tau-tau baju dia hilang je. Tengok-tengok ada bawah katil. Kekadang Kaklong bakar biskut. Bila Mak balik, kelam kabut mengemas. Sebab menoreh kan kiter tak tau timing dia. Kekadang cepat siap, kekadang lambat.

Kalau ingat balik, kelakar pon ada. Sedih pon ada. Apa-apa pon Kaklong, untuk semua pengorbanan yang ko dah buat untuk kami adik-adik ni, terima kasih banyak-banyak. Kaklong mewarisi sikap Arwah Ayah. Kelakar dan sabar. Mana nak dengar dia marah? Memang tadek. Pastu dia kalau kiter tanya, jawapan dia ada-ada je. I dulu masa duduk serumah dengan Kaklong (Masa memula datang KL), Abang Long sampai merajuk la. Sebab kami memang jenis bergurau setiap masa. Tak peduli orang lain dah. Memang kamceng.

Now pon, I kerja sama dengan Kaklong. Dia kekadang keluar jugak la makan dengan kitorang. Berebut dengan Intan nak duduk dekat depan. Kalau pergi Kaklong dah duduk depan, nanti balik dia kena duduk belakang. Pastu Intan dengan Kaklong kalau jumpa memang bangang la. Sebab dorang suka main dialog-dialog filem P.Ramlee. Semua filem dorang hafal.

Haritu kata Kaklong, ada officemate dia tanya,

‘Kak, kalau bulan puasa ni kiter kumur-kumur batal tak puasa?’

‘Tak’

‘Kalau kumur-kumur dengan air coke?”

‘Tak batal. Kumur-kumur takpe. Jangan telan dah’.

Hahahahahahah bangang kan? Yang tanya bangang, yang jawab pon bangang.

Untuk Kaklong. Happy 47th birthday. Nanti tahun depan kalau ko masuk geng kitorang untuk birthday charity baru ko boleh dapat hadiah. Kata Kaklong dia nak join. Nanti boleh dapat charm Pandora. Tapi dia pesan, sapa yang dah dapat tu, kalau nak resign, tunggu la lepas birthday Kaklong eh? Kalau tak susah la nak collect duit. Hahahhaha.


-EnD-


Kaklong, Abang Long, Sasha and Kaseh.


Kaklong and GF I. Kompem eh bukan anak angkat? Haha. Kaklong ikut Arwah Ayah. Putih and muka macam Cina.


Shein and Kaklong dengan hospital. Time ni Shein admitted. Shein menonggeng, Kaklong pergi Intai. Haha.



Time kitorang main volleyball. Kaklong macam cina kan? Sebab tu I panggil dia Nyonya.


OTW Nak pergi Pasar Malam.


Tonggek lebih nampak? Sebelah kiri I tu De.


Wani, anak kazen I. Intan and Ira. Dyba tadek balik kampung. Time ni wedding Along.

[Up to 61% Off] Meal + Drink at Fikcles Cafe from RM15. Hurry Up!!

Assalamualaikum....

Pada sesiapa yang tak pernah makan lagi dekat Fikcles, well baby this is the time sebab kalau kiter beli coupon dekat Groupon untuk Fikcles offer ni, kiter cuma bayar RM15.00 sahaja untuk meal + drinks. Klik dekat sini untuk dapatkan coupon tu and untuk baca information lain.



Antara pilihan makanan dan minuman tersebut ialah:-

  • Salted egg squid (RM15.90 value)
    • Deep-fried squid with salted eggs, wrapped in tortilla
  • Hearty breakfast (RM14.90 value)
    • Choice of omelette, scrambled eggs, or sunny side up with toast, sauteed mushrooms, chicken sausage, and garlic tomatoes
  • Penne persillade (RM13.50 value)
    • Penne pasta with oven-baked tomatoes, garlic, and herbs
  • Lontong goreng (RM10.90 value)
    • Johorean special fried rice cakes with onions, garlic, ginger, chilli, and eggs


Minuman

  • Green tea extravagant (RM14.90 value)
  • Fresh lemonade (RM10.90 value)
  • Iced black coffee (RM8.90 value)
  • Flat white (RM8.90 value)
  • Latte (RM8.90 value)
  • Cappuccino (RM8.90 value)
  • Black coffee (RM7.90 value)


Salted egg squid


Hearty breakfast


Penne persillade


Lontong goreng


Cappuccino

Ada 3 package yang boleh dipilih. Untuk makan seorang hingga makan untuk 4 orang and offer start dari 50% and up to 61%. But offer ni valid untuk yang beli coupon dekat Groupon jer tau? Kalau datang walk in tak boleh dapat offer ni. Kalau datang sambil nanges guling-guling also tak dapat jugak. Take note. Haha.

Alamat Fikcles No. 11 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur 60000 .  Phone: 012-953 2692 (Call 12pm – 6pm daily) 

So apa tunggu lagi? Pergi beli coupon sekaranggggggggggggggggggggggggg. Tilam tilam tilam! Eh. Tetiba. 

-EnD-

Thursday, July 10, 2014

Ikan Pekasam

Assalamualaikum..

Kata Sazli, harini bukak puasa dia nak makan ikan pekasam. Buat yang macam I buat last time. Ikan pekasam goreng. Pastu cili padi potong dengan bawang besar. Goreng sekejap bagi layu. Mix well dengan ikan pekasam yang digoreng awal tadi lepas tu perah asam limau. Dah. Itu je yang dia nak makan.

Last time, masa makan kat umah Kaklong, Along bawak dari Taiping. Ikan gelama. Memang sedap. Ni kat KL mana nak carik? Kata Sazli dengan confident, dia nak cari dekat Kedai Kelantan. Kedai Kelantan mana I taktau. Dia yakin tu dia akan dapat Ikan Pekasam. Haha. I tengokkan aje. Ada yang petang karang bukak puasa dengan kaki je ni. Macam Shein la. Sekarang hobi dia suka makan kaki sendiri.

Masuk hari ke 12 puasa ni, seriously dah taktau nak makan apa. Now kalau pergi Bazaar, semua juadah I pandang je. Dah tadekmacam zaman remaja dulu. Setiap kali pergi, mesti kiri kanan tangan penuh dengan plastic macam lapar sangat. Now dah tadek. Faktor usia mangkali.

Sampai dekat pukul 4.00pm ni, I still taktau nak makan apa untuk berbuka. Kot susah sangat nanti, buat aje sambal air mata. Makan dengan telur goyang. Setel.


-EnD-


Perrrghhhhh

Common Sense

Assalamualaikum.

I kan, rasa macam wanita-wanita yang tak boleh puasa lepas tu check in dekat Mc D and letak dalam FB and bagitau dekat FB yang dia period and tak boleh puasa termasuk dalam golongan yang lantoi. Lantoi tahu tak apa dia? Macam selenga yang tak perlu. Tak comel kot? Kenapa yang dah sampai macam tu? Bangga ke tak puasa? Konon kalau buat macam tu, rasa dapat la membakar kawan-kawan lain yang puasa kan? Konon nanti kawan terliur  ke. Tapi sebenarnya by doing that, dapat menyerlahkan lagi kebodohan masing-masing. Pijak nak?

Kot yer pon nak sangat bakar kawan-kawan rapat, there’s always another way. Group whatsApp contohnya? Bergurau dengan kawan-kawan rapat dah la. Ni yang sampai nak bagitau dekat satu dunia  tu dah kenapa? Bila I jumpa something yang macam ni dekat FB, I just click hide. Tak payah baca. Amenda la hal period pon nak cerita kat FB. No best friend kah?

Sedang Siti Nurhaliza pon tak sebok nak bagitau pasal period cycle dia, Ko siapa yang sampai menda-menda persenel macam tu pon nak share satu dunia. Malu la sikit. Orang yang baca pon naik segan. Each time period, update status. ‘Today period first day. Dah lari 5 hari ni. Adoi.  Pastu update frequently pasal period termasuklah last day period.**Rolling eyes. Kalau nak share sakit lain macam cancer ker, kaki patah ke, ok la kan? Tapi period, seriously woman?? Malu la sikit.

One more pasal bangga-bangga tak puasa dengan semua orang termasuk stranger. Siap cakap kuat-kuat dalam lift, ‘Wei, aku nak balik makan la. Period ni’. Ya Allah. I rasa macam nak letak kepala dalam kain. Segan. Orang yang bercakap tak segan, tapi yang mendengar ni pulak berbulu. Dalam lift tu pulak lelaki tua muda semua ada.

Sebab tu kiter, dalam hidup ni kena ada common sense. But sometimes, I understand cara pemikiran kiter berbeza-beza. Apa yang kiter fikir, tak sama macam yang orang lain fikir. Sama jugak dengan I. Kekadang rasa macam bergurau, tapi ada pihak yang terasa. Bab tu, kalau ada kesedaran kena baiki cepat-cepat. And azam jangan ulang lagi. Menda yang tak perlu dicakap, tak payah cakap. Avoid argument. Cakap pasal common sense ni kekadang susah. Sebab tu ada orang yang tak kisah ketiak dia bau tungkik. Apa dia heran kalau orang lain tak selesa or nak muntah. Janji bahagia.



Susah kan?

Bab ketiak busuk jugak ending entry. Kah kah kah. I memang ada issue dengan orang ketiak busuk. Benci laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

-EnD-