Friday, May 29, 2015

Netball Training

Assalamualaikum..

Semalam petang kitorang dapat main netball dengan kakak-kakak Felda yang main wakil Team HQ (yang dulu I dalam team, hanya dapat main bila terlalu menang atau terlalu kalah tu) Haha. Dorang ada training untuk Piala Datin Bibi Sharliza dekat Kuantan lagi 2 minggu so kitorang tumpang-tumpang la training. Ada 3 orang state player sekarang dalam Team Senior. Dorang punya ketinggian ialah 6 kaki. Sorang main untuk Sea Game wakil Malaysia (Gulp). Harap maklum dia punya ketinggian. Sikit jer lagi dah sama tinggi dengan tiang gol. Kalau yang size comel macam Dyba, dia kena tunduk bersungguh baru la boleh pandang mata. Haha.


Intan nak posing cantik jer

Semalam semua I bagi main. Kaklong pon I ajak, saja kasik enjoy bergelak-ketawa. Memula Kaklong main GK, dia jaga intan. Intan main GS. Bila I bagi bola dekat Intan, mesti dapat dekat Kaklong, apa lagi keluar la suara jantan Intan. ‘Intan punya bola laaaaaaaaaaaa’. Lepas tu bila Intan nak gol kan, Kaklong dah kepit-kepit tahan kencing sebab ketawa bawah tiang gol. Si Intan dah saiko so memang tak masuk la kan gol? Kaklong memang dia punya pundi kencing lose. Bukan apa, sebab kaki melawak, so buat apa mana boleh nak serius. Kerja dia nak gelakkan orang jer. Haha.

Dyba semalam main WD. Main defend (yang dia tanya, main defend ni nak defend dari apa Kaksu?) T___T and Sarah I bagi main WA. I pesan pada Dyba, ‘Dyba jaga Sarah jer, jangan bagi dia dapat bola ok? Jangan tinggal dia.’ Tapi Si Dyba ni dia pergi ikut Kakak Senior ajar, ‘Tengok bola dekat mana, ikut bola’. So jadikla Dyba main netball, serupa macam main monyet tu. Kejar sana, kejar sini bola macam onggiler tetengah padang. Orang suruh jaga Sarah jer, ni dia pergi ikut semua mana bola pergi. Hahaha. Comel sangat Dyba, tapi dia main ada improvement la sekarang. Selalu dah dapat bola. Tapi tu la, bola dah dapat tapi dia pergi hantar kebelakang balik. Cane?

Intan main GS sekejap and main C sekejap. Baru dia tau macam mana hazab tercirit segala mala buasir bunga sebab nak kejar bola. Yang paling kelakar masa I main GA, and Kak Syikin (Kawan office I) main GD. Dia kan, bila I dapat bola, dia lari dari jauh and tangan terus naik and macam nak tampar muka orang. Dari jauh lariiiiiiiiiiiii lepas tu dush! Terus tolak bola I. HAHAHAHAHHA. Mana boleh main macam tu! Si Intan pulak, macam-macam la aksi keluar, sampai meniarap peluk bola pon ada. And padang pulak licin, sekejap kang sorang jatuh, sorang kat sana jatuh kaki split macam gymnast. Hahahaha. Naseb seluar tak koyak. Kalau tak terkeluar la kedai kopi.


 Ni sikit video masa game. Intan main C, I main GA, Dyba main GD. Kaklong tukang gelak. Izah tukang rakam.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on




Intan tu tengok la, sempat lagi dia posing tengah padang. And Sarah jadik suara latar nyanyi lagu 'Lompat Si Katak Lompat'. Haha.

Anyway, seronok giler woh! Dah lama tak gelak-gelak main netball macam ni. Nak pulak I ada GA mantap sekarang ni. Izah nama dia. Izah pandai main netball. So tadek la nanti I dalam padang stress sorang-sorang. I dapat imagine dah nanti bila bola Dyba kena ambik dengan opponent (orang Kilang), dia cangkung peluk lutut taknak main dah, lepas tu nanges. Dah satu hal nak kena pujuk pulak. Hahahaha. Kitorang ada 3 minggu ni. Tengok susunan pemain, macam boleh menang. Cecece. Tapi I dah promise bebudak ni, sapa terpilih atau tak, I nak semua ada dekat padang and support. Nanti semua I akan usahakan bagi Jersey yang sama dengan pemain sorang satu. Sebab I sangat appreciate dorang susah payah and sama-sama turun training. I love them J


-eNd-

Blog and Instagram Review Package di Blog I. Murah Wooooo

Assalamualaikum…

Bulan puasa ni la masa yang sesuai untuk carik duit lebih especially pada yang suka meniaga. Mana tau raya boleh beli diapers bag LV. Khennn?? Memandang ramai yang email I, lepas tu macam kurang budget nak buat full review, and Promotion Review yang I buat a few months back dah tak valid, so I bukak slot untuk Blog review untuk Ramadhan/Syawal 2015 bermula harini dengan very minimal charge, only RM50.00/entry. Konsep dia, first come first serve. Jom tengok term and condition.



  • Email I di surayasulatin@gmail.com dengan tajuk Review Raya Chooyaya
  • Bagi I 1 gambar (sahaja) barang yang korang nak jual tak kisah apapa product/perkhidmatan macam catering etc, I terima dengan hati yang terbuka (gittew)
  • Information kena ringkas dan padat. Ayat korang buat sendiri. Lawak hambar pon takper janji maksud sampai. Haha.
  • Sertakan IG/FB or any sosial media network link
  • I akan letak dalam IG I as well dengan hashtag #reviewbychooyaya and I akan delete gambar ni sampai lepas raya
  • Entry dekat blog I akan letak di sidebar forever and ever dan takkan didelete
  • Later I akan bagi account number. Lepas dapat payment, I put dalam queue list


Kali ni I tak bukak dah package A & B macam last time sebab taknak susahkan korang nak pos barang semua. Yang tu I buat supply by brand kan package kan? Kalini dah tadek. Tapi kalau nak bagi, aku ambik. Kah kah kah. Syarat ni semua sama jer untuk semua orang. Sebarang surat menyurat or nak mintak free I akan memandang dengan sebelah mata sahaja.

View blog I 8,000 – 12,000 click/sehari on weekdays. Sabtu/Ahad sampai la 3,500-4,000 click. Sapa la baca blog time cuti, I bukan update pon. Haha. So InsyaAllah entry korang akan ada viewer everyday. Klik sini untuk IG I. I akan respon within 24 hours. I janji 8 kali. Janji janji janji janji janji janji janji janji. Okbye!


-eNd-

Mee Celup, Ayam Goreng Kunyit and Tart Nenas Terpaling Sedap!

Assalamualaikum...

Pagi tadi Dyba whatsApp tanya. 'Kaksu ok ke?' I cakap 'Ok jer, naper Dyba?' Dia cakap, 'Dyba ingat Kaksu MC sebab semalam beria main netball'. Berani dia tanya I macam tu? Hei, helloooo athlete kot? Takkan la main netball sentut gelak-gelak guling macam tu pon nak MC? Jatuh la kredibiliti I sebagai athlete opis I ni. Hesh! Hahaha. Tapi sebenarnya semalam masa sampai-sampai rumah, Shein tengah mandi dengan Abah dia. Lepas tu bila dia siap mandi, I nak pakaikan baju, Shein ajak ber Ultraman barang seround dua, I buat bodoh jer. Memang tak larat sangat rasa. Penat sebab stamina tak berapa nak ada and sebab dah 2 tahun tak main netball. Lepas tu kalau main ada Kaklong paham-paham jer la, dia suka ketawakan orang dan nanti penat nak ketawa lagi, penat nak mengejar bola lagi. Tu yang bila galak sangat ketawa, sssshhhhhh kencing dalam seluar. Hahahaha. Siap main nanti, jangan la duduk dekat Kaklong sebab bau hancing! Hahaha. 

Pasal netball nanti petang I share ok? Sekarang ni sebab pagi lagi and kebarangkalian untuk lapar sangat tinggi so I nak share dengan korang beberapa gambar makanan. Bukan apa. saje nak bakar korang. Biasala Chooyaya. Tak carik pasal sebab makanan tak la Chooyaya nama dia kan? Hahahaha.

So, kiter mulakan dengan Maggi Celup! Ni first time I makan dengan Kaklong dekat restaurant area blakang JJ AU/Setiawangsa tu. Kedai Thailand. Kat situ ada banyak gerai, kalau korang biasa pergi, carik 'Kerisik', dekat situ memang pure Thailand punya masakan. Kway Teow Goreng dia sedap. Dia masak dengan nampla. Songtam pon sedap. I biasa mintak lebih masam, lebih pedas. Lepas tu Kaklong ajar pulak makan Maggi Celup. First time I makan terus jatuh cinta. Tu yang meroyan dekat dalam IG tanya mana nak dapat, so ramai yang bagi suggestion. I prefer area Hulu Kelang/Ampang jer la of coz. Kalau suggest sampai dekat Nilai memang harapan tipis la kalau nak pergi.

Korang pernah makan tak? Kalau tak pernah tengok dekat sini. I bagi link blog dari DuniaCikguWan. Dia share resepi buat Mee Celup ikut Thai style. Kot korang rajin masak ker, boleh la try. Kalau korang duduk area Ampang, email I. Nanti I kasik alamat rumah I boleh la hulur barang semangkok dua. Hehe.


Ni la rupa Maggi Celup. Gambar dari Google jer. Yang ni paling nampak similar dengan I makan last time dekat Kerisik. Ni kalau I makan, memang 2 bowl. Tak cukup kalau 1 jer. Makan dua baru balance. Hahaha bongok. Lagipon I hantu sup. Makan dengan sambal kicap, perrrghhh. Tau kan macam mana nak buat sambal kicap? Tapi Maggie Celup ni dia makan dengan chili flakes. Rasa sedap masam manis rempah dia semua. Sedap sangat! Susah nak describe. And I suka daun ketumbar. Perrghh layan giler babi la! Sebelum makan, perah dengan limau nipis. I taip ni pon telan air liur 2 3 kali. I tengok kalau resepi original Thailand, dorang guna sos ikan/nampla ganti garam and guna gula kabung ganti gula. Itu yang buat bertambah sedap. Blardihel. Aku yang taip, aku yang terliur. Kau aperhal????

Thursday, May 28, 2015

Birthday Party Ayeisha and Suffiah at Fikcles

Assalamualaikum..

Ahad lepas Huda invite kitorang anak beranak pergi Birthday party anak dara dia yang dua orang tu, Ayeisha and Suffiah dekat Fikcles. Senang ada restoran, buat kat kedai sendiri jer. Kata Huda party start at 3.00pm. Pukul 2.00pm kitorang dah gerak dari Ampang. I kata pada Saz, ‘Sampai je sana nanti sedang elok tinggal makan jer’. Hahaha. Busuk sangat perangai, I know. Pagi tu kan kitorang makan kat Kubur Ampang tu, I cakap pada Saz nak makan Ciken Cop, tetiba tauke tu lambat bukak. By 9.30am kot baru dorang nak set up. Kitorang dah lama dekat situ dengan unlimited meja kalau lama-lama sangat macam tak fair dekat orang lain. So makan je la Mee Bandung. Sedap jugak. Letak sambal kicap. Perrgh perghh perrghhhh. Menyirap je Sazli tengok I makan Mee Bandung siap Milo Dinasor. Member now tengah diet, air pon teh o jer. Kah kah kah.

Sampai Fikcles sekali orang baru nak start pasang candy booth. I dah ketar kepala lutut kelaparan. Ada dalam 30-40 minutes kot I berdiri paling dekat dekat meja makanan dengan semangat berkobar-kobar. Lepas birthday girl sampai, Pengerusi Si Dino bagi ucapan lepas tu kata dia jemput Ustaz baca doa. I dengar Dino kata, ‘Ustaz ni kalau doa lama’, I sikit lagi nak menitis air mata sebab dah lapar sangat. Haha. Shein dengan Sazli masa ni, sikit I tak peduli. I berdiri tak gerak-gerak dekat tepi counter bebetul sebelah bubur jagung dengan fruit salad.


Cake for Ayeisha


Cake for Suffiah. Dedua tak sempat nak makan, sebab by the time Abang Taufik bagi kek, Shein dah tukar uniform. Takot nanti belemuih balik. 


Banner ni Candy Buffet team yang buat


Bila boleh makan? Haha.


Princess!


Candy Buffet.


The crowd.


Goody Bags

Lepas tu Dino kata, ‘Ok children can queue up for foods’. Huwaaaaaaaaaaa dah yang tua kalau lapar kena tunggu ke acane ni? I bengkak je tengok. Dah la barisan panjang. Takper la, makan buah dulu. Sunnah Nabi kan? Dan dan la time ni nak sunnah Nabi segala. Padahal hati dah bengkak tengok ada budak tu amek chicken drummet sampai 4. I peratikan jer. Dah la bebudak ni jenis tak boleh decide nak ayam ke nak fish fillet. Geram jer.  Kalau sampai turn I habes, memang I nanges dekat situ jugak. Haha.

Tak tahan nak tunggu bebudak kecik tu amek makanan, dah la semua terkemut-kemut, I masuk queue jugak. Tetiba I sorang jer orang besar. Haha. Lepas tu I amek pinggan and cakap, ‘I take for my baby. See over there with his dad’. Beria explen dekat Abang yang tukang ambikkan makanan tu sebab I sorang je orang besar time tu. HAHAHAHAHAH. Lepas amek 1 pinggan Aglio olio and 1 pinggan Bolognese, I letak pada Sazli and Shein. Bangun lagi ambik chicken drummet (sebab takot habes) dengan pita bread + salted egg squid. Lepas tu duduk tak pandang kiri kanan dah. Kata Sazli, ‘Takper, Bubu makan dulu, Papa kawan dengan Shein’, terus zaaaapppp makan habes 3 pinggan semua sekali. Puas hati aku. Tak pandang kiri kanan dah. Rish datang pon I ‘hi’ sekejap lepas tu sambung makan. Sungguh tak kisahkan orang dah. I sangat lapar. Hahahah.

Dah siap makan, baruuuuuuuuuuuu la lega. Tengok I senyum balik, Sazli urut dada. Haha. Dia tau I kalau lapar memang boleh mood kelaut, then baru la I melayan Shein main masak-masak campur kek dengan spaghetti la apa la macam rumah dia. Tu yang dia susun pinggan dalam makanan RIsh tu. Dalam pukul 5.00pm kitorang gerak balik. Tak boleh tunggu lama sebab Shein dah rimas serba tak kena. Sana nak lari, sini nak lari. Dia buat macam Playground. Baik balik sebelum memasing tarzan. Hahaha. Nak borak dengan Kakyus pon tak sempat sangat. Huda pon bizi layan tetamu.


Kata Kak Yus, 'Jom Su, ambik gambar sebelum Kak Yus makan', ketar-ketar I suap makanan time ni. Haha.


Lovely Huda and Kak Yus


Shein, can you stay for a second?


Raisa pon pelik tengok Abang Shein dia huru-hara sangat. Haha.


'Raisa, awak taknak masuk dalam blog Chooyaya ke?' Kata Rish pada Raisa.


Macam janji je kitorang pakai kuning harini. Terus team Maskot Digi. Rish pakai kuning lawa la, I pakai terus lebam.


Budak Raisa ni baik giler... Diam jer. Suap apa pon makan. Bagi kordial sikit nak mintak banyak-banyak lagi. Dia ingat dia 2 tahun? baru 7 bulan kot? Haha.

Anyway, thank Huda for having us. Sedap semua makanan. Dah nama pon Fikcles, kalau tak sedap memang carik pasal la kan? Nanti birthday Shein nanti, nak mintak Fikcles buatkan macam ni jugak la. Simple jer. Ajak kawan-kawan party tepi kolam. Lepas makan boleh terus terjun sejukkan badan. Gitu. Tapi berangan jer la. Bila time birthday celebrate anak-beranak jer. Semua ni cost! Kalau nak buat birthday Shein, tunggu dia pandai appreciate duit, appreciate things baru boleh buat. Kang party dah grand segala, time nak potong cake pon dia guling atas lantai tak ok jugak. Kan?


-eNd-

Zenia Collagen - Collagen Mampu Milik

Assalamualaikum….

Isnin haritu I cerita pasal Zenia Collagen dalam entry ni kan? Best la sebab dapat banyak response. Ramai yang nak cuba sebab murah woh collagen ni! Biasa kan product macam ni harga mana boleh dapat macam ni. So sapa-sapa yang sebelum ni meleleh jer ailio bila keluar iklan collagen, check harga dekat kedai lepas tu jalan seret kaki sebab mahal. Kesian sangat. Haha. So now korang boleh la consider ambik Zenia Collagen ni. I pon consume tau? Memang best! Hari-hari saiko tak sabar nak tunggu pagi sebab nak minum collagen ni. Haha.


So, pagi-pagi sebelum makan and mulakan kerja, start with #zeniacollagen. Senang jer nak consume. Macam yang I cakap, jenis pemalas nak makan supplement macam I ni pon jadik syok nak minum collagen ni sebab sehari sekali jer pon. Bancuh 3 scoop of Zenia Collagen dengan 100ml air sejuk. Shake shake shake and minum. Rasa dia sedap! Tak masam macam collagen lain so sapa-sapa ada gastrik also boleh consume collagen ni. Sesuai untuk busy woman sebab senang je untuk cantik. Sehari sekali sahaja ambik sebab Zenia Collagen menggunakan collagen gred A iaitu mengandungi 70% ekstrak collagen sebenar. Cantik luar, cantik dalam. InsyaAllah sebab Zenia Collagen mengandungi habbatusauda dan manjakani.


Sedapnyaaaaa!!

Wednesday, May 27, 2015

Nasik Ayam Goreng Kunyit + Netball + Motor Shein

Assalamualaikum…

Harini Intan kata dia taknak makan dekat luar, sebab nak buat projek paper menda entah, so dia nak duduk dekat office jer.  Tak habes-habes pasal study dia tu. I cakap pada Intan, berenti jer la belajar. Kawen jer la. Lepas tu jadik Lady of Leisure. Kata Intan dia ok jer, tapi masalahnya sapa nak kawen dengan dia. Hahahaha. Sebab Intan taknak makan dekat luar so kitorang tapau la Nasik Ayam Goreng Kunyit dekat depan Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Sedap gilerrrssss!! RM5.00 jer korang. Kalau nak telur kena tambah RM1.00 also boleh delivery if beli more than 10 packs. Sapa yang duduk area sini mesti familiar dengan nasik ni.


Nasi Putih + Ayam Goreng Kunyit dengan kicap. Purrrfect! RM5.00 jer. Depan Public Bank Jalan yap Kwan Seng yer adik-adik. Dia bukak lori.

Chooyaya Secret Garlic

Assalamualaikum...

Pagi tadi ada sorang reader email I,  nak tanya berapa I charge kalau dia nak mintak I review Telekung Cotton. Yang tak menahan, bagi salam lepas tu confident je cakap, 'Assalamualaikum Choyaya Secret Garlic', time baca tu bersembur air milo I. Hahaha. Sesuka-suki je nak tukar nama blog I tau? Dah la I issue giler dengan bau ketiak yang macam bawang, dia bagi terus garlic setepek dekat muka. Hahaha. Chooyaya Secret Garden la awak! Kalau Secret Garlic tu macam nama IG nak jual barang dapur jer. Hahahahahha.


Choyaya Secret Garlic pon boleh

Tuesday, May 26, 2015

M I A M O R

Assalamualaikum...

I promise to myself that I only want to keep a friend with me who I can trust, who will never back-stab me in whatever condition. Who always support me through thick and thin. Who always support me for better or worst. Who never take me for granted. Who always have a time to hear my story eventhough it's really stupid. Who I can kentut bersepah dalam kereta lepas tu lock tingkap so that everyone have to smell the smell of the kentut and I don't need to control cantik all the time whenever I'm with her. I just be myself. Like that.

I want to keep that kinda friend who always happy to see any of my achievement and bukan dengki dalam diam. Who always understand me and accept me for who I am and who will never ever judge me eventhough I made a wrong decision and who remind me to choose only the best in my life. I want to keep that kinda friend. I don't have many kinda friend like that but Syira is one of a kind. Love you Miamor. Promise that we will spend time as much as we can. Thank you for being a really good friend. xoxo.

-eNd-


M I A M O R

Tart Nenas Terpaling Sedap

Assalamualaikum..

Memandangkan raya pon dah tak lama lagi, (walaupon) puasa tak lagi, tapi takper. Semangat raya tu penting. Kan? Bukan kata budak-budak, Mak budak pon sekarang terpaling sexsaited cakap pasal raya. Takyah nak deny. Tu entah-entah segala baju raya semua dah siap apaaa korang tu Hahaha. Kan? Takyah nak tipu. Korang kemain kan semua menda prepare 2 bulan awal. Sabar jer la. Anyway. kalau cakap pasal raya, semua rumah kena ada apa? Pandaii... Kuih raya... Kuih raya apa yang WAJIB ada disetiap rumah? Kuih tart.... Tart apa? Tart apa????? Tart neeeee.... naaasssss. Pandai semua. (Aku pon pandai sebab sendiri tanya sendiri jawab). Haha.

Memandangkan I sendiri dah rasa tart nenas ni, and I willing to promote this tart yang sincere dari hati (cecece) sebaaaabbb Chooyaya dan makanan berpisah tiada so I nak share experience I sendiri makan tart nenas ni and untuk penggemar tart nenas home-made this is it this is it! Tart nenas yang paling sedap I ever tasted! 100% home-made, freshly made every day, everything dibuat from scratch dan dibuat menggunakan tulang empat kerat. Tadek guna machine ke apa.

Tart ni dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Mak kawan I, That's make this tart special and sedap. Bila makan je, terasa macam makan kuih buatan Ibu :) Yang penting, jem dia buat sendiri and bukan guna yang ready made yer? Halal dan bersih, boleh makan tanpa was-was. Untuk orang yang biasa buat tart nenas tau la macam mana susahnya nak buat jem ni dari nak sagat, ke masak atas periuk and kena tunggu sampai air dia kering, yang kalau air dia merecik kena tangan mengundang berekor-ekor babi keluar dari mulut tu. Astaghfirullah.

So, terimalaaahhhhhh. Jeng jeng jeng! #tartnenasterpalingsedap dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Emak The Blabber from Marimerepek. Kata The Blabber (the most eligible engineer - bachelor), ni original recipe Mak dia. Mak dia memang menerima tempahan yang banyak saban tahun and biasanya repeated customer DAN terpaling penting, The Blabber sendiri turun padang tolong Mak dia bakar tart nenas ni each time. Sangat rare ok? Haha. Walaupon process bakar sapa pon boleh buat tapi takper, kiter kasik dia chance.


Tart nenas terpaling sedap! Tart nenas ni ialah spesis tart gulung. Sekali ngap, mesti nak ambik lagi sampai clear balang. Baru puas hati. Engkau.

Monday, May 25, 2015

Shein, Mesin Rumput dan Burung

Assalamualaikum..

Syok la spend time sama-sama dengan Shein over weekend. Sabtu haritu kitorang pergi Birthday Ayeisha anak Huda dekat Fikcles. Jumpa Rish, Fruz dengan Raisa. Lepas tu jumpa Kak Yus, Husband dia and Muna anak dia. Gambar and cerita pasal Birthday Ayeisha tu nanti I share next entry eh? Rish la amek Raisa, suruh I pegang and terus amek gambar. Kata dia, ‘Awak taknak masuk blog Auntie Su ke Raisa?’ Hahaha. Bongok giler Rish. Dah la masa makan Shein dajalkan Rish. Dia tak habes makan lagi, Shein dah susun pinggan kotor atas pinggan dia. Maksudnya apa? Suruh berenti makan kan? Hahahahaha.

Ahad tu pulak, kami tiga beranak keluar awal pergi breakfast. Eh. Best pulak keluar rumah pukul 7.30 pagi. Sejuk jer! Shein pulak memang jenis kalau hari cuti dia transform jadik morning person. 6.30 pagi dia dah garuk-garuk blakang I, siap seluk tangan masuk baju ajak berkawan. Cuba hari sekolah, tak 8.30am taknak bangun. Tektik tu semua Shein. Jangan nak macam-macam. Shein, bila nampak I bangun terus melompat mintak dukong.. Best la bila Shein selalu nak peluk I. Macam dia sayang I more. Yer la, now Shein banyak spend time dengan Abah. Pergi school, Abah yang siapkan. Balik dari school Abah jugak yang jemput. But hope Shein tak ukur kasih sayang Mama by tak hantar pergi/balik sekolah. (Tetiba emos).

Korang tau tak area Ampang yang dekat Kubur Taman Kosas tu ada Pasar tau? Dia jual macam makanan, baju, cd, durian and many more. Konsep dia ala-ala pekan sehari. Best la. Situ ada chicken chop sedap. RM8.00 jer. Complete dengan coleslaw, fries and boleh chose gravy nak black pepper or mushroom. I suka jugak dia punya mihun sup utara. Tapi situ kalau datang tak kena masa jadik crowded menggila. Kekadang ada bau longkang. Hahaha. Sian giler. Nak makan pon kena beratur tunggu tempat. Tapi I suka sebab macam new experience la. Takkan asyik nak makan O’Briens jer? Hidup ni kena la mencuba sesuatu yang baru. Ye dak? If korang nak datang, datang awal or datang lewat terus. Baru tak sesak. Tapi kalau datang lewat nanti makanan dah habes, padan muke ko. Orang makan cikencop, ko makan kaki. Hahahaha.

Balik dari breakfast singgah umah Baba and Maktok. Shein sampai je sini terus la manja. Masuk je rumah merengek nak macam-macam. Baba dia dah faham la Shein nak apa. Rupanya dia amek penyapu, pergi ligan ikan dalam kolam. Ikan tu berenang-renang dia seronok la tengok. Dia tak tibai pon ikan, dia cuma syok tengok ikan tu berenang-renang jer. Shein kalau dekat Baba and Maktok, mana ada law. Ikut kepala dia jer. Kalau Bapak tak bagi, nanti dia merajuk. Merajuk dia jenis baring isap jari. Bila Bapak mai pujuk pon nanti dia marah guling-guling.

Kesian jugak tengok Bapak, tapi kata Bapak takper. Dia dah biasa. Lagipon Shein sehari merajuk 10 kali dengan Baba. Sekejap je, lepas tu nanti dia kawan balik. Hahaha. Kata Bapak, since hantar Shein dekat Building Blocks International ni, dia rasa macam ada peace of mind. Sebab dia tau Shein dijaga oleh cikgu yang baik-baik and dekat situ pon Shein show lots of improvement, Jadik la ‘orang’ sikit. Kata Bapak, takper la dia pergi sekolah, tapi kalau dia nak manja pon takpa. Dia kecik lagi. Sian kat dia…. Ha, suka la ko kan Shein? Always ada exception. Nyampah.



Shein dia sukaaa giler kalau orang mesin rumput. Haritu masa dekat rumah Bapak, bila orang dah siap mesin rumput dia nanges. Hahaha. So now nampak apapa batang panjang nanti dia imitate la macam orang mesin rumput.


A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

Sebelah sekolah Shein ni ada banyak burung merpati. So if nak masuk sekolah, dia suka la kejar burung-burung ni.

I sekarang nak ajar Shein punya tantrum, I guna saikologi. Ni cara ni I sorang je yang practice. I je yang sanggup hati kental. Yang lain kalah dengan Shein. If dia nak merajuk, nak guling ke apa go on. I don’t care. Sebab I tau, at the end nanti dia akan datang dekat I balik. So that, dia kena tau yang dia takkan dapat semua yang dia nak. Dia merajuk ke, guling ke, dia TAKKAN dapat. Cuma Shein ni kalau naik hantu dia, mula la dia suka hantuk kepala dia dekat lantai. Kekadang dia buat main-main, tapi bila dia buat sungguh-sungguh tu I pujuk la. Cuma ada masa bila geram sangat, I biar kan ajer. Geram. Tapi tak la bermakna I tak sayang Shein and biar dia harm himself. Ibu kan? Keras mana pon hati kiter dalam mendidik anak.

I hope by bulan December ni, Shein dah boleh betul-betul behave dekat meja makan/rumah/mall/park, kurang tantrum and tau do’s and don’ts. I tak harap pon dia jadik genius belajar A level masa umur 9 tahun but cukup la dia berdisiplin (behave), hormat orang tua and InsyaAllah, dengan bantuan Sazli (sebab dorang kan boy rules), Shein akan dididik menjadik manusia yang balance dunia akhirat. Dekat sekolah bijak, cakap omputey cong ceng elaxander. Balik rumah, lepas mandi ikut Abah semayang Maghrib Jemaah dekat surau. Jadik anak yang baik, dan menyenangkan hati Mama and Abah. Tu jer.

Amin…..

-eNd-

GREAT DEAL : 50% Offer Untuk Superior Room and Family Villa Room Di Avani Sepang, Goldcost !!

GREAT DEAL : 50% Offer Untuk Superior Room and Family Villa Room Di Avani Sepang, Goldcost !!

Assalamualaikum.

Haizan ada 2 rooms to let go dekat Avani Sepang Gold Coast. Dia bagi half price jer dari harga asal. Rugi la kalau korang tak amek. And tarikh pergi korang boleh choose minggu ni or minggu depan, kecuali Jumaat - Ahad. Minggu depan dah nak cuti sekolah, sedang elok la kalau korang grab deal ni kan? Jom tengok gambar Avani ni pada sesiapa yang tak berapa nak tau apa ke rupanya tempat ni. Wokey?


Ni ler rupa Avani Gold Coast Sepang. Rumah dalam air.

Sunday, May 24, 2015

Air Milo Dinasor

Assalamualaikum...

This is my current obsession. Air milo ais tabur or ada jugak orang panggil air milo dinasor. Kata Intan nama dia dinasor sebab kalau letak serbuk milo atas tu kan dia mengembung macam dinasor? So sebab itu nama dia milo dinasor. Haaaaaaa. Ada betulnya jugak Intan ni. Dulu sebelum Intan bagitau I , I langsung tak terfikir kenapa nama dia jadik Milo Dinasor. Intan bagus la. IQ dia makin bagus pulak semenjak sambung belajar amek degree ni. Bagus Intan! #kipidap.

-eNd-

Air Milo Tabur aka Milo Dinasor. RM6.00 dekat Food Court Pavilion. Melampau kan? Naseb baik sedap.

Friday, May 22, 2015

Buttercup, Chocolate Bar and Sheindong - The Return

Assalamualaikum...

Korang ingat tak I pernah cerita dekat korang pasal Shein and Buttercup? If tak ingat, boleh klik sini untuk baca. Dalam pada Sazli and I sorokkan Buttercup tu, dia boleh jumpa jugak. Padahal dah letak dekat tempat sayur ok? Hahaha. Bila dah jumpa tu ada sekali dia diam jer. Ingatkan berak ke apa sebab tak dengar suara. Rupanya menyorok bawah meja. Dia ingat kalau dia duduk bawah meja macamkan I tak nampak agaknya? Hahaha. Kitorang sorokkan buttercup tu pon bukan apa, cuma taknak Shein frust jer. Sebab all this while dia sangka yang Buttercup tu ialah Chocolate Bar. Boleh? Nama nak Shein jer, Buttercup dengan Chocolate Bar pon tak boleh nak beza. Hahahahahaha.


Mama ingat I taktau tektik dia simpan 'coklat' dalam tempat sayur? Sorry Mama. Not this time. Definitely I'm clever than you this time. (Yerla Shein)

 So are you guys ready for this? Rugi woo korang tak dapat rasa coklat gemok macam ni. I'm soooo happy!! Ni mesti sedap ni. Coklat gemok, tunggu eh engkau.


Jom give it a try! 


Urrrghhhh this 'chocolate' taste terrible! Dah basi ker apa ni? (Padan muka kau Shein, degil lagi kan? Ha rasakan) Hahahaha.

Nak dihalang nanti dia meroyan golek atas lantai. I dah cakap banyak kali, 'Itu bukan chocolate Shein. Itu butter. Paham tak?' Tapi dia degil. Dia rasa semua yang balut macam tu ialah coklat. Ha, nak sangat kan? Malas I nak halang. Lepas dia gigit, dia baling je Buttercup tu dekat I ok? Tadek warning ke apa. Naseb la Mak engkau ni pemain netball terhebat (pui), so tadek masalah to catch. I gelak je lepas Shein baling butter tu dekat I. 

Shein ni, I memang masak perangai dia. Mana boleh 'No'. Semua kena ikut kepala dia jer. Macam pagi tadi masa nak siapkan dia pergi sekolah untuk Teacher's Day, tadek hal apa pon. Tapi dia sengaja nak carik pasal dengan I, dia taburkan semua bedak, krim, segala mala perfume atas meja mekap I. I buat taktau jer. Memang tadek cakap apa langsung. Sebab knowing Shein, dia memang SUKA carik pasal walaupon tadek menda yang dia tak puas hati. Saje nak test Mak dia ni penyabar ke tak. Lepas dia dah puas, elok je tarik blanket pergi ke sofa tengok Lilo and Stitch. Geraaaaam je I dengan perangai dia.

Dah la malam tadi kena 'tanduk' dengan dia. Berdarah la bibir. I terus blah masuk bilik. Tadek cakap apa pon kat Shein. Sebab kalau cakap dengan dia, serupa cakap dengan kayu golf. Tadek respon. Buat sakit hati lagi ada. Shein ni kekadang dia bukan tak paham, tapi nak tunjuk keras hati, dia boleh buat dek jer. Sama macam kes dia gaduh ngan Sazli pasal ice-cream. Padahal dia hantu ice-cream kot? Sebab dia tak puas hati dengan Sazli, masa Sazli suap dia ice-cream dia boleh biar je dalam mulut, takmau nyer dia telan. Dia amek tangan I, and luahkan. Lepas tu bila I suap elok jer dia makan. Saja nak protes. Hahahaha. Ko ni umur 8 tahun ke 2 tahun Shein?

-eNd-

Salted Egg Spaghetti and Magnum Cafe. Terbaik!

Assalamualaikum…

Hi korang, cuti ni kalau taktau nak buat apa korang boleh la pergi IOI City Mall dekat Putrajaya. Sini best sebab ada DipnDip, Magnum Café, Wondermilk, Johny Rocket, Fat Burger, Texas Chicken and many more kedai makan sedap-sedap (Sebab dia best yang utama because of the foodsssssss). Uniqlo, H&M pon ada…. And Ice Skating Ring ada, Bowling pon ada. Yang takde, cuma Mak bapak jer. Hahaha. Orang pon tak berapa ramai kalau weekdays, tapi weekend a bit pack jugak la tapi still tak la ramai macam dekat KLCC. This is one of my favorite shopping mall so far, cumanya yang buat tak best sebab dia bukan dekat Ampang. Tu je. Yang lain Nora bagi 4 bintang!

Semalam I dah share Trifle dekat Magnum Café kan? Harini I nak share dia punya Salted Egg Spaghetti. Korang seriously kena try this. Memang sedap gilerrr!! Dalam dia ada ayam sgoreng luar rangup dalam lembut, gravy dia tak muak. Ada rasa masin telur masin and lemak-lemak manja cheese. Ada kulit ayam goreng rangup rasa macam keropok (ini paling win la) lepas tu ada cili padi ketuk so pedas dia ngam-ngam ho. Kalau nak Fear Factor, boleh kunyah cili padi ketuk tu (tapi lepas tu kalau buasir bunga tanggung sendiri)  and nak balance semua rasa dia, dia bagi  lemon slice. So sebelum makan kasik perah dulu. Sedap. Tu je I nak cakap. Memang brilliant la Fusion Food yang macam ni. I suka sangat!


Salted Egg Spaghetti dekat Magnum Cafe. Nyummmmsss!!

Thursday, May 21, 2015

Trifle Magnum - Magnum Cafe

Assalamualaikum...

Kemain semalam ramai yang bongokkan I dalam entry pasal deodorant yang I jadik Penasihat Ketiak Sedunia tu. Kan? Hahahah. Siap taip balik 'selet ketiak and syiummmm'. Hahahah. I baca balik pon rasa bangang jugak. Tapi tak sangka ramai jugak yang sama geng hidung sensitif sama macam I. 

I nak bagi tips. Kata la kalau korang dah tak boleh lari dari masalah bau ketiak dekat mana-mana. Contohnya cubicle sebelah korang memang orang yang ada masalah bau ketiak, pasang la air purifier barang dua jenis. Lepas tu selang 5 minit sembur air freshner, I bet member sebelah yang badan berbau tu dia mesti tak banyak, sikit akan jadik saiko jugak. Nanti bila dia angkat ketiak and cium sambil pandang korang, korang senyum and angguk berterusan sampai 5 6 kali angguk. For me, it's work! Hahahha.

Udah-udah la cakap pasal ketiak. Harini I nak belanja korang dengan gambar eskrem Trifle Magnum. If korang nak makan dengan ketenangan please avoid pergi Magnum Cafe dekat Midvalley sebab dekat situ weekend or weekdays sama je kena beratur. Semua orang tak kerja ke apa? Korang pergi yang dekat IOI Putrajaya. Bukan jauh pon dari KL. 15 minutes je. Jalan lengang, orang pon tak ramai. Order sekejap dah sampai.


Trifle ni harga dia RM29. Cukup untuk dua orang. Dalam dia ada  cashew meringue, mascarpone cream, honey balsamic cream serve with chocolate dipped vanilla magnum topped with freeze dried raspberries and fresh strawberries.. Absolutely insane!!

Estrella Onlineshop

*reviewbychooyaya

Assalamualaikum semua...

Arini nak share satu produk yang tengah meletuppsss sekarang...SEQY BEAUTY IN DA HOUSE...

Buat masa ni ade tiga produk untuk jenama ni iaitu Cleanser, BB Cream and Sakura Mask... Tiga-tiga produk ni best sangat and dah banyak testimoni dari customer... Kalau uollsss nak tahu produk ni adalah keluaran anak tempatan Malaysia and Bumiputera serta telah mendapat kelulusan KKM... Fuh legaa kan... InsyaAllah dijamin selamat dan halal...

Lagi satu yang bestnye dah ramai blogger-blogger femes dah gune BB Cream ni contohnyaNamee Roslan yang cun tu, Yuyu Zulaikha yang comel and artis Malaysia pun pakai tau such as Yatt Hamzah dan Marsha... Ha ape nak diragukan lagi mmg terbaik Seqy Beauty ni...
Kalau anda ade masalah kulit kering, kulit berminyak, tona kulit tak sekata, kulit berjerawat and jeragat maybe this is ur solution... InsyaAllah kalau serasi pasti berkesan...lagi-lagi kalau anda kulit normal just boleh gunakan as a basic skincare untuk penjagaan kulit...

BB Cream kita sangat light... berfungsi as a light foundation but yet ianya sangat ringan tapi nampak flawless gitu... and BB Cream ni boleh tahan sehingga dua bulan atau lebih ikut kekerapan penggunaan kita... Jimatkan... Berbaloi dengan duit yang kita bayar...Memang jimatlah...


So ni detail harga produk :

Cleanser RM45
BB Cream RM55 (Ade tiga code kaler - Fair, Natural and Brown)
Sakura Mask RM110

Tapi sekarang ade promotion kalau ambik Combo Set A (Cleanser + BB Cream - RM100 free pos + Freegift) and Combo Set B (Cleanser + BB Cream + Sakura Mask - RM190 - free pos + freegift) - Combo ni dah diskaun RM20



So kalau berminat boleh usha:

Blog : shopperslandz.blogspot
Butik Vendor : The Populous, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Seremban2, Senawang, Nilai dan Port Dickson

Jom cantik sama-sama...

-eNd-

Wednesday, May 20, 2015

Pasal Deodorant (Pon Boleh)

Assalamualaikum…

Pagi tadi I dapat komen dekat FB dari blog reader. Dia tanya pasal Deodorant Lady Speed Stick yang I biasa pakai tu. Kan I memang selalu kompang-kompang dalam blog pasal ketiak bau apple banyak-banyak kali kan? Rupa-rupanya dia pon tukar deodorant and pakai yang sama lepas baca blog I tapi kata dia, yang jenis Apple macam dah discontinue dia punya production. So I pakai jenis apa sekarang? Haha. Korang ni jangan comel sangat boleh tak? Mampos. Haha.

Actually I pon dah perasan lama yang perisa (perisa?) Apple macam dah lama takde. So I pon ambik je apa yang ada. Kekadang Wild Freesia, kekadang Orchard Blossom. Mana dan jer. No specific dah. Bau dia lebih kurang jer. Yang penting bau pon wongi jugak. And Lady Speed Stick ni actually memang jenis bau buah-buah manis sesuai la dengan wanita manis macam I (pui). Memang tak pernah mengecewakan. Balik kerja pon, celet ketiak bau buah jugak lagi. Tapi buah masam skek la but still tak busuk. Haha. Walaupon seharian punya activity. Woooongiiii… Tapi I tengok dalam Google ni, Wild Freesia pon dah discontinued jugak la. Maybe lepas habis dekat kedai, dorang tak produce lagi dah kot bau ni. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Lady Speed Stick - Orchard Blossom. Bau wangi-manis-bunga. Fresh!

Kisah Durian and Durian Crepe Huda

Assalamualaikum…

Bengkak jer hati I bila sekarang ni ramai pulak yang share gambar durian. I pandang dengan pandangan sayu jer. Sian sangat I. My favorite durian is Musang King or D24. I suka yang kaler oren-oren tu. Ada orang suka durian yang pahit kaler putih. Yang tu I tak suka. Biasa la ongkampong belagak, durian nak yang mahal jer. Kahkahkah. Tapi now  Musang King mahal giler kot? Ada yang sampai RM60.00 sebijik kecik. I ada 2 kali bad experience beli durian. Sekali masa beli durian dekat simpang rumah I yang dia bagi durian buruk and sekali lagi kena tipu penjual claim durian tu Durian Musang King tapi balik  rumah dapat durian mangkau (bukan durian mak engkau yer Upin)

Kes pertama. I jenis pemalas nak turun kereta untuk pilih durian and harap semua orang jual durian dalam dunia ni jujur (Walaupon at that time I nampak penjual tu siap ada tattoo bapak besar dekat lengan, muka memang menakotkan tapi takpe. Kiter bagi dia chance. Kena ada trust). Dia yang pilihkan. Kata dia D24, 1 bijik besar, 2 bijik kecik. RM80.00 kesemuanya. Semangat kemain berkobar nak makan sampai kembang-kembang idong bernapas. Skali bila sampai dekat rumah Bapak, masa nak kopek, 3 3 tu busuk/buruk ok? Masa yang tukang jual durian tu tunjuk pada I yang duduk dalam kereta, dia tunjuk part yang elok je. Tak puas hati, I pulang balik. I cakap pada Abang Tattoo tu, ‘Bang, tak baik buat customer macam ni, naseb rumah saya dekat boleh datang balik. Mana yang duduk jauh Abang rasa macam mana? Berkobar nak makan durian sekali SEMUA buruk. Bukan murah bang saya beli’.

Abang bertattoo masih jugak nak menegakkan benang yang basah, dia ambik durian pusing-pusing tunjuk pada I cakap mana ada buruk? I turun kereta and show to him direct tepat dekat muka dia mana yang buruk. Dia pon dah malu-malu alang kot? Dia cakap ‘Ok la. Takyah cakap banyak. Tukar yang lain’. Ewah kau eksyen. Dia ingat I takot kat dia? Dia taktau Sazli rambut panjang Abang Kawasan Ampang. Haha. Tapi kata Sazli, I berani sangat. Naseb tak kena takok dengan Abang Durian tu. Hahaha. Takper la, janji dapat tukar. I ambik 4 bijik kot? Kecik-kecik tapi semua ok. Nak dijadikan cerita, dalam lift yang I masuk sekali tu ada 2 beradik kecik-kecik cakap dekat Mak dia, ‘Mak, nak makan durian. Nak durian nak duriannnnnnn’. I tak sampai hati, hulur je semua durian tadi dekat budak tu. SEMUA.

Keluar lift I senyum. 1) Sebab puas hati dapat tukar balik durian buruk and sekolahkan Abang Penjual Durian Bertattoo. 2) Sebab dapat bagi budaK-budak happy by give them my durian. ALL. 3) Sebab sepatutnya I ambik la sebijik durian tu buat rasa. Tapi I bagi semua. Sudahnya aku makan kaki je haritu. Hahahahaha. Typical sangat perangai.

Kali kedua pulak, I pergi beli durian dekat area Ampang Waterfront. Masa tu Shein baby lagi. Beli la sebijik kononnya Durian Musang King. Almost RM80.00 kot harga untuk sebijik. Sebijik besar. Walaupon nak makan sorang tapi tamak kata kau. Yang display memang isi lawa. Balik rumah masa nak makan, durian mangkau. Mangkau eh nama dia? Yang keras macam tak masak tu. Sedih. Nak pulang balik, rajin sangat Sazli nak layan. So berjujuran la air mata jatuh meratapi naseb tak dapat makan durian. Semenjak 2 kes tu, I memang serik dah nak beli durian. If tingin sangat nak makan pon, I rather beli yang dah siap kopek macam kat Jusco tu. Puas hati. At least kiter tau yang isi dia memang elok.

Susah giler kan nak dapat durian yang betul-betul sedap. Dalam 20 bijik pon belum tentu ada yang ok. I tak suka yang masak sangat sampai lembik. I suka yang fresh and manis, and oren, and wangi. Pernah la sekali je dapat makan time dekat Jengka. Beli 3 bijik, but sebijik je yang ok. I dengan durian definitely tak boleh jadik kawan baik. Always bad luck. Sedih giler. Tapi, only ada 1 jer durian yang tak pernah kecewakan I sepanjang hayat. Durian Crepe Huda. Hahahahaha. Aci tak? Hadoi. Dalam banyak-banyak durian crepe yang I pernah makan, nothing can beat Huda punya Durian Crepe.


Durian Crepe Huda. Tengok la sendiri macam mana. Menitis la ailio ko kat keyboard.


Semua dah jadik kenangan. Haha.

Kulit dia nipis, warna pon cantik berkilat sebijik macam kulit durian sebenar. Whipped cream dia tak manis sangat and just nice also tak muak. Isi durian yang Huda guna sangatlah berkualiti and tak berair. It just perfect! Cumanya yang menjadik masalah, Huda dah tadek buat dah durian crepe dah sekarang. Kata Huda, Durian yang elok susah nak carik, lagipon mahal. Susah nak untung kata dia. Takkan nak jual 4 ketul RM15.00 pulak. Huda memang macam tu. Produk dia memang berkualiti. It’s either buat yang berkualiti and puas hati, or never. So I agak, Huda memang taknak buat dah la kot Durian Crepe.

Nyampah.

-eNd- 

Tuesday, May 19, 2015

Kad Dari Shein For Mother's Day

Assalamualaikum…

Happy Belated Mother’s Day! Eh. Boleh ke macam tu? Hahaha.

Anyway, thank you so much Mohamad Shein Iskandar sebab sudi jadi anak Mama. Because of you, now I am a mother. Boleh celebrate Mother’s Day jugak. Yay! I love you soooo much Shein! Mintak maaf kalau selama ni Mama pernah ada kekurangan waktu besarkan Shein. Mama hari-hari berazam untuk jadik Ibu yang terbaik buat Shein, each time. (Walaupon ada masa, Mama terkeluar suara jantan, emos menghempas badan sama naik dengan Shein, but itu bukan pengukur 'sayang' Mama pada Shein Ok? Biasa la perempuan kekadang emos)

Doakan Mama ok? Mama sayang Shein since Shein dalam perut Mama lagi, since Mama tengok Shein pertama kali. Since that. Kalau Allah izinkan, Mama nak hidup dengan Shein, as long as I can. Thank you sebab sudi jadik anak Mama and bagi Mama chance to be your Mom. I love you Son. Only Allah knows how much I love you. Sooooo much!

Lagi Shein besar, lagi Shein pandai melawak, pandai merajuk, pandai show dia punya feelings lagi la I rasa hidup I complete. Happy sangat. Kiter dua gurau-gurau main geletek atas katil, peek-a-boo, main kejar-kejar, main Ultraman, tengok tv sama-sama. Seronok sangat-sangat. Now kalau Sazli keluar main bola or pergi kawan, I dah tak kisah. Coz I know I have a friend with me at home! Kadang-kadang kiter dua duduk tengok tv, hold each other hand. Quiet moment and like me and him in our own world. I kiss his hand, and he kisses mine back. It’s a beautiful feeling. I can’t imagine, how on earth I can love a person as much as I love you Shein. And I really do. I love you J

Thank you. Thank you so much for this beautiful 29 months. Mama is beyond happy. Thank you Allah sebab bagi Shein dalam hidup kami. Mama 100% sure that Abah love you too.

Anyway, I nak share Shein punya card for Mother’s Day. I yakin sumbangan Shein pada card ni cuma 0.01% tapi bila Shein hulur kad ni pada I dalam dukungan Abah dia. Lepas I sambut, dia menyorok balik muka Abah macam dia faham sangat-sangat apa yang berlaku waktu tu. Dia malu amagad! Macamkan dia yang buat kad tu. Tapi kesah pulak Mama kan? The thought that counts bebeh! Thank you Shein for that beautiful card. Mama really appreciate that. Thank you!
Alololo omel sangat kad ni.
I love you to Shein...

Sorry la harini ada rasa emos sikit. Teringat pasal video baby tadi. Poor that baby to have such mother. Sedangkan Shein melimpah dengan kasih sayang and that baby jadi macam tu. Apa la salah dia kan? Sometimes I rasa semua ni macam tak fair. Kenapa ada baby yang kena buang, kena kerat, kena dera. Why? They are just a baby. Suci. Bersih. Dorang sepatutnya dilindungi dan dikasihi. Bukan dizalimi. But Allah tentu ada ‘rancangan’ dia. I percaya, disebalik kesukaran, ada kesempatan. Kun fay a kun. I Cuma harap, jauhkan Shein dari segala musibah. Tu je… Amin...

-eNd-