Assalamualaikum..
Tetiba
sekarang ni macam tak boleh nak get over and tak puas-puas makan seafood
ala-ala Shell Out. Last makan yang paling sedap dekat Brolly la. Yang tu korang
boleh baca dekat sini. Masih tak boleh lupa macam mana sedapnya dia punya
Garlic Rice. Makan dengan Shell Out dia yang richhhhhhhhhhh with seafood’s
cukup rasa semua masam pedas and kari dia terasa la kari. Bapak la sedap. Dah la murah je. Selonggok baru RM108.00 lepas tu udang pon gemok, oyster besar-besar tak macam Shell Out KL ni. Cis! Haritu
masa dekat Langkawi dengan Kaklong, Mak, De and Ain kitorang makan dekat Shell
Out dekat area Pantai Cenang. Tak la berapa amazing sangat tapi murah la. Set
dia start dari RM48.00 selonggok macam yang dekat Shell Out KL.
Sebab
tak puas hati makan Shell Out so malam tadi dengan Ellis, walaupon dah sampai
depan Jibby East sanggup tu patah balik pergi Shell Out G Village. Haha. Tapi lepas makan rasa la hampa. Maybe pada
yang tak pernah rasa Shell Out yang lebih sedap kata la Shell Out ni sedap tapi
I punya tekak memang very hard to please. Fikir-fikir balik sebenarnya Shell
Out yang paling sedap is yang I buat sendiri masa dengan Kaklong dengan De
dekat rumah De dulu. Kari berasa, butter berasa, ada daun kari and pedas memang
sedap la. Korang kalau nak cuba boleh tengok resepi dekat sini. Memang paling
sedap! Ikut la resepi sebijik macam tu InsyaAllah korang akan puas hati. Makan
banyak tu sebaris cukup untuk 15 orang modal dalam RM300.00 je. Puas hati.
Malam tadi makan selonggok macam tu dah RM189.90 lepas tu kena pulak paksa
upgrade ambik ketam size XL sebab ketam biasa dah habes so tambah pulak RM18.90
pundek la. Total Shell Out tu sahaja RM208.80 tu tak campur GST lagi tu. Ni la
last I makan dekat Shell Out branch. Memang lepas ni takde dah. Takde
laaaaaaaaaaa sedap mana pon tapi biasa la menda viral ni mudah je terpengaruh
nak cuba.
Shell Out G
Village. Nampak macam sedap kan? Wait until korang rasa sendiri. Tapi macam I
cakap tadi, kalau korang tak pernah makan yang sedap rasa la yg ni sedap. Kalau
tekak I. No. I memang tak puas hati + mahal nak mampos. Ni sahaja RM208.80 ok?