Saturday, September 29, 2018

Makan Sedap Di Sabah

Assalamualaikum....

Hi semua... Ada yang rindu I tak? Nak bagitau yang Netball Team I (KL1) dapat NO 3, masa separuh akhir kalah dengan Kuantan 1 point je. Frust giler. Kalau tak, dapat masuk final lawan dengan KL2. Setengah jam jugak la I taknak bercakap dengan sapa-sapa sebab sedih. Fight sangat game tu. Memang net to net. Kita gol, Kuantan gol. Cukup 15 minutes wisel tiup seri 10-10 lepas tu dapat masa tambahan 3 goal. So kita kalah dekat situ and memang takde luck lah sebab semua macam tak berapa nak menjadi main. Wawa, Nik main attack, lepas tu Kak Sakdiah and Ain main shooter pon sama-sama macam tak berapa nak menjadik jugak. Apa lagi, abes je game maka semua bertukar menjadik Neng Yatimah. Yang paling teruk nanges sapa lagi kalau bukan aku wahahahhahaha. Lagi Si Nora pujuk, lagi la meleleh air mata. Punya teruk sampai kesiku air mata I meleleh OMG padahal kalau dapat Johan sorang RM25 je pooooon. Hahhahaha. Bukan RM10k pon tapi korang tak athlete mana tau perasaan seorang wanita jelita yang kalah netball 1 point. 1 point kot??? Kalau kalah 25 juta - 0 yer la I tak sedih macam ni... Huwaaaaaa but takperlah, I dapat kenangan manis sepanjang berada di sini. Dapat makan sedap-sedap dekat Todak Waterfront, dapat kenal kawan-kawan baru yang semuanya kelakar serta selenga macam-macam jenis perangai and dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah berzaman tak contact. It was a good memory here in Sabah (selain dari naik kapalterbang lah, yang tu memang I tak berapa nak suka). Malam tadi persembahan pun bungkussssss. Hahaha. Masa sampai dalam dewan, Nik cakap 'Kaksu, team tu pon pakai bunga la dekat kepala'. I cakap, 'Takpe Nik, bunga dia kecik. Kita punya bunga lagi besar, kita yang menang ni'. Semua sekali ada 13 team tau? Nak tau I dapat nombor berapa? 13! HAHAHAHAHAHAHAH. Pundek betul. Ni semua pasal Bunga Kak Nira bagi la ni besar sangat, kalau dia bagi I bunga kecik sure kitorang dapat no 12 hahahaha. Kelakar kan dapat number last? Hahahahah. Punya confident target nak dapat No 1 jer sekali number last wei. Hahahaha. Adoi, kelakar sungguh... Anyway, sebelum I share gambar-gambar lain, I nak share dulu gambar makanan paling best and paaaaling I teringin nak makan masa dekat sini. 


Kepak Ayam! Orang Sabah panggil Sayap Ayam. Ni paling sedap I pernah makan. Dekat Kundasang. Gerai located dekat kaki bukit nak ke Kundasang War Memorial. Kedai tu sederet dengan kedai runcit. Lupa pulak nak tanya apa nama kedai tu tapi jangan risau, kalau dekat Kundasang semua Kepak Ayam sedap. I ada jugak makan Kepak Ayam yang bebudak ni beli dekat KK tak sedap macam yang kat Kundasang. Ya Allah bila la dapat lagi makan dekat sini. Kata Siti kena tunggu lagi 10 tahun. Nak simpan duit dulu. HAHAHAHHA. Punya lama nak simpan duit macam nak pergi Europe. Hehe.

Thursday, September 27, 2018

Live From SABAH

Assalamualaikum...

Good Morning. I bersiaran langsung dari Yayasan Sabah untuk Netball game pagi ni. Kalau masuk final, kitorang akan main sampai pukul 5.00pm lepas tu malam saringan joget pulak dekat One Borneo. Maaaaatilah. I harap kalah la sebab kalau menang nanti malam esok nak kena perform untuk Dinner pulak bertemakan Baju Corporate hahahhaha. Semalam pon masa Malam Perasmian kitorang pakai Baju Corporate dah sama macam perhimpunan UMNO dah. I pulak salah konsep, pergi bawak heels macam mana nak perbarisan, kata Siti dah macam Stewardess dengan seluar kembang lagi  lepas tu dia siap cakap 'Hi, can I have a coffee please?' kahkahkah. I mana tau... Ingat kalau pakai baju corporate kena pakai heels. Nanti I share gambar OK? Kaklong pulak dia dah kena diarrhea malam tadi sebab makan Seafood semalam dekat Todak Waterfront. Housemate I dekat sini dua orang kena cirit-birit sebab first night tu Udang yang kitorang makan tu macam tak fresh. I setakat ni alhamdulillah OK. Jaaarang nak kena sakit perut sebab salah makan kecuali saiko dengan Ikan Talapia and Betik. Yang lain semua OK tolak batu dengan kayu je. Harini dah 2 malam makan dekat Todak Waterfront tu bapak lah murah! Tak dapat la harga macam ni dekat Semenanjung. Puas hati I sangat makan ketam. Imagine makan ketam, udang, scallop, ikan segala mala haiwan untuk 8 orang baru RM180.00 jer... Syarat dia jangan order air sedap sebab air sedap mahal. 2 restaurant I try dah. Tak sabar nak share dengan nkorang. Kalau la murah makan macam ni dekat Semenanjung I agak, I la nombol 1 kena gout. Tapi sebelum tu layan dulu gambar yang I share harini OK?



Sebelum berlepas. Flight was smooth la jugak. Ada sikit langgar-langgar awan. Kata Kaklong, dia kalau naik kapalterbang tak dengan I dia OK je. Tapi naik dengan I jadi takot pulak. Masa nak landing tu kata Kaklong, 'Pilot ni boleh tak bawak elok-elok?' Lepas tu Abang Syed cakap 'Ni Pilot practical ni'. Hahahahaha Sesuka hati je Pilot Practical.

Tuesday, September 25, 2018

Live From KLIA 2

Assalamualaikum...

I bersiaran langsung dari KLIA 2 ni. Flight 1.50pm tapi Urusetia Sukan kata kena ada dekat Airport pukul 9.00am hahahaha. Adoi. Sazli ketawa je bila I cakap I dah check in luggage pukul 10.00am tadi. So now I lepak dekat OldTown sementara nak tunggu pukul 12.30pm untuk check in masuk kapalterbang matilaaaaa. Tu poooooon awal jugak hadoooi. Sini takde aircond la wei, panasssss. Lepas tu harini kita pakai jersey semua sama sebab athlete kan? Hahahaha. Ni panas-panas ni, jap lagi ketiak I bau Bangla la ni confirm. Anyway, harini I rasa hebat. Nak tau tak kenapa? Ke taknak tau? Taknak tau pon I tak kira, I nak bagitau jugak. Tadi I park dekat Putrajaya Sentral. Parking kereta dekat sana lepas tu terus ambik KLIA Ekspress sampai KLIA 2. Parking dekat Putrajaya Sentral tak sampai RM10.00 pon sehari. Bapak la murah! Kalau parking dekat KLIA/KLIA dalam RM46++ macam tu. Kalau 5 hari dah berapa? Haaaaaa kira la sendiri. So I rasa macam I hebat harini sebab boleh jimat. Tadi dari Ampang I lalu Mex terus ke Putrajaya lepas tu exit dalam 5 minutes dah sampai Putrajaya Sentral. Imagine kalau naik Uber one way dah RM70 x 2 dah berapa, kan? So korang nanti bebila kalau nak pergi mana-mana dalam 5-6 hari boleh la parking dekat Putrajaya Sentral. OK? Actually cara ni semua orang dah tau ke, ke I baru tau? Hahahaha. Nanti kalau kitorang sekeluarga nak pergi holiday mana-mana nak buat macam ni la. Rasa macam best pulak macam ni. Shein mesti suka dapat naik ERL. Hope tahun depan bila rumah dah siap, Sazli bawak I pergi Spain. I nak bagitau Shein, dulu masa dia ada dalam perut, dia pernah datang Barcelona. Tapi nak pergi Europe flight berapa jam pulak. Haih. Kalah betul la I dengan kapalterbang ni. Taaaaakot. Taktau la sampai bila I dapat recover dari takot naik kapalterbang ni. Kata Nik, I excited sebab tu malam tadi tak dapat tido. Sebenarnya kalau nak naik flight I memang cuba not to sleep malam dengan harapan nanti naik kapalterbang tido. Setakat ni, cara menahan mata ni tak berjaya pon. Atas kapalterbang mata I memang luaaaaaas terbukak. Pundek betul.


Tengok, Kaklong pon ada. Dia main badminton. Sebelah dia yang manja lentok-lentok tu Nik. Dia Polis tau? Sebab tu dia garang. Dulu dia eksyen dengan I. Depan Nik tu nama dia Sima. Comel and kelakar orangnya. Orang ebab-ebab ni biasa memang comel. Sebelah Sima tu Tomato. Taktau apa entah nama dia, orang panggil dia Tomato and yang depan Tomato tu Siti Babe. Ganas, tapi handbag dengan sweater kaler pink. Tak simetri dengan Imej

Monday, September 24, 2018

Bye KL, Hello Sabah!


Assalamualaikum..

Ya Allah rasa macam hectic sangat lately hidup I. 24 hours rasa macam tak cukup sebab I ada Netball game untuk SUFMA start esok dekat KK Sabah. Every day ada training. Kalau takde hujan buat fitness dekat Gym pulak. Kurusnya tak jugak. Kekadang sakit kangkang makan 4-5 hari baru nak OK. Lari atas treadmill I OK lagi. Yang kena buat squat, jumping jack, planking semua tu memang hazab la. Tak sukaaaaaaaa. Rasa muscle sakit giler. Dah tu, tak cukup dengan Netball kena masuk Kebudayaan pulak. Kena menari Sumazau. I ni menari Traditional jadik Dangdut, buat Sumazau dah jadik Hindustan kah kah kah. Macam biasa, Kak Nira la yang ajar. Bajet professional, practice baru 3 hari wei. Adoi, macam mana la nanti ni nak masuk pertandingan. I doa kalah je la sebab kang kalau menang daaaaaaaaaaaaah Dinner nanti kena buat persembahan lagi.  Katanya ada Menteri Besar Sabah ada sekali. Adoiyaaaaaai. Bab Netball dengan Kebudayaan tu takpe lagi tapi daaaaaah nak kena naik Kapalterbang aje mamposssss. Naseb la Kaklong ada. Macam la kalau naik dengan Kaklong selamat sangat hahahahahahaha. Kali ni focus untuk bersukan je and memang taknak beli apapa kecuali macam nak beli T-Shirt je dekat Hard Rock KK. Ikan Bilis semuaaaa I taknak. Biarlah mata biru ke, mata purple ke I taknaaaaak. Yang ada dekat rumah ni pon still ada sepeket lagi tak guna. Kitorang nanti stay kat mana pon I tak ambik tau sangat sebab bebudak Netball ni cakap je stay kat mana, terus Google cerita hantu, terutamanya Nik. Anyway, despite my hectic schedule, I enjoy jugak sebenarnya. Kenal kawan-kawan baru dalam Netball team. Adik-adik semua. Maklumlah I dah 5 tahun tak join SUFMA. I decide, ada je Shein, I nak focus pada dia. Acewaaaah. Now dia dah besar, dah masuk sekolah biar Abah yang setelkan dia pergi Sekolah. Good Luck Papa!


Last week buat friendly dengan team Farah Faiz dari Maybank. Semua sama size je kemain lincah. Result : Rahsiaaaaaaa hahahaha

Friday, September 21, 2018

KyoChon With OCD

Assalamualaikum…

Masa kitorang duduk Hotel House 2 minggu lepas, lepas check out dari Concorde tu Aliah ajak makan dekat Kyochon. Dia confident je cakap dekat Pavilion ada Ayam Korea yang cheese yang viral tu. Apa eh nama tempat tu? K Fry Urban eh? Kata anak buah I, situ always long queue. Tak pernah yang takde orang. Orang queue dari restaurant tak bukak lagi sampai la ke malam and always full house. Tapi tu duluuuu la masa memula bukak. Now taktau macam mana. I sampai sekarang tak try lagi. Takde pulak beria nak rasa sebab I lagi suka makan dekat Koryowon. Situ Sedap! Lagipon makan tu tak gemok (kalau tak makan dengan nasi la hehe). Aliah and Atig first time la makan dekat Kyochon Pavilion ni. So I pon poyo-poyo la sebab I kan dah banyak kali makan kat sini. Tapi poyo pon buat I confuse sikit. Kalau pergi dengan Kaklong order Honey lebih, sudahnya Honey tak habes and yang Spicy tak cukup so this time dengan bebudak ni I pon order la Spicy lebih, sekali yang tak cukup Honey punya. Saz dengan Aliah cakap dorang nak makan lagi tapi yang Honey dah takde so sudahnya yang Spicy 9 ketul tu bagi dekat kanak-kanak rumah I je. Berebut dorang makan. OK la sedekah dapat pahala kan? Janji takde pembaziran. Kata Aliah order each type 8 ketul. I cakap so total 24 ketul je la eh? Shein sorang makan 16 ketul acane? Hahahahaha. Shein memang suka giler la Kyochon ni. Sapa yang nampak dia makan otomatik akan jadik selera makan terus. Haritu pon dia makan non stop. Cumanya bila dah abes yang Honey and yang jenis Soy Garlic tu aku pandang engkau, engkau pandang aku tekebil-kebil tak cukup. Yang banyak lebih is Spicy punya. Lepas tu semua bising bebel—bebel dekat I kenapa ambik Spicy banyak. Eeee susah la kawan orang Bandar ni. Pedas sikit tak makan, tempat panas sikit taknak pergi, asal masuk kereta 5 minutes dah tido. Eh, tu aku. Hahahahahaha.



Tengok la Si OCD ni makan macam mana. Elok dia susun cantik-cantik tulang tu dalam pinggan. Licin bersih dia makan. Hahahahaha. Tu baru makan ayam. Ko tak tengok dia basuh pinggan macam mana. Menyampah!

Thursday, September 20, 2018

Bento Shein - Please Jangan Boring

Assalamualaikum..

Hi, boring ke kalau I selalu update pasal Bento Shein? Ke tak boring? Kalau boring pon I tak kira, I nak update jugak sebab I suka. Korang takde pilihan so kena baca jugak hahahahaha. Dah la bekas Bento Shein 1 je. Takde variety la. Ingat weekend ni nak beli lagi 4 baru meriah Bento Shein tapi mana nak sumbat? I suka la yang Shein punya Bento set ni sebab dia ada 3 compartment, ada sudu garpu and ada bekas sup as well. Shein pon suka tau? Excited dia kalau nampak I letak dalam Lunch Bag dia + every day I pack dia foods memang habes semua! Sayur semua pon dia makan. Alhamdulillah. No wonder now Shein D E B A B. Sedap peluk dia time tido. I malam tadi terfikir, berapa lama je lagi dapat tido sama dengan dia. Don’t grow up too fast baby boy. Pejam celik dia dah masuk sekolah, nanti tetiba dah masuk Kolej pulak lepas tu eh dah nak kawen. Huwaaaaaaaaaa. Anyway, korang ada jumpa tak any Online Shop yang jual Bento Set? Kalau ada leave dekat comment or tag je I dekat IG OK? I nak yang size dia muat-muat masuk dalam Lunch Bag Shein lebih kurang dalam 7x7 inch macam tu. Basic design pon takpe sebab nak comel-comel kesian pulak dekat Shein sebab nanti terhapus la imej dia sebagai Abang Kawasan Ampang. Dah la Sazli suka pakaikan bedak capok-capok. Tak macho dah anak I tau? Dekat IG selalu la I dapat DM cakap I rajin prepare for Shein makanan. Actually semua ni selain dari rajin ialah it’s compulsory for Year 1 and Year 2 student. Breakfast and Lunch memang kena bawak dari rumah sebab dorang tak makan dekat Café lagi. Too small maybe. Makan dengan kawan-kawan and Cikgu dekat their own area. So I buat untuk 2 tahun la InsyaAllah. I cita-cita anak nak 4 tapi macam tak sempat je ni. So baby No 2 and No 3 kena back to back la nampaknya (cita-cita kena tinggi) hahahaha.


Selasa I bekalkan Shein sup kosong (dalam bekas bulat tu). Lepas tu goreng ayam, telur dadar, salad dengan cherry tomatoes with Chinese Pear.

Wednesday, September 19, 2018

Apa Washer Dryer Inverter Yang Best?

Assalamualaikum..

Haritu I nampak dalam feed FB ada orang share pasal Washer Dryer Inverter jenis LG muatan 10kg harga asal RM4,699.00 now ada SALE jadik M2,950.00 jeeeeeeee. Ketar-ketar tangan I scroll. Load depan. I suka function tapi warna dia I tak suka. I suka kalau dia kaler putih. Dah cakap dekat Sazli, nanti dekat Rumah Shein I nak pakai Inverter Washer Dryer. Yang jenis Inverter ni dia energy efficient (so tak banyak la naik bill electric) less noise lepas tu waktu basuhan lebih pendek. Jangan lupa ambik yang ada Washer Dryer Function sebab jimat space. Takyah la beli 1 Mesin Basuh, 1 Dryer. Macam yang jenis Washer Dryer ni let say nak basuh sahaja boleh, nak dryer sahaja boleh or nak basuh terus keringkan pon boleh. Bagusssss. Lepas ni takde la susah kalau nak basuh blanket Shein sebab dia marah woooo kalau basuh blanket dia. Nanges macam apa je. Sayu semacam. I tak sampai hati dah nak terus terang dengan dia yang blanket dia dah basah ada dalam Washing Machine. Now kalau nak basuhkan Blanket dia, I kena stay up la. Basuh lepas tu kipaskan je. By the time before dia bangun, I pulangkan balik dekat dia. Lepas tu dia akan bagi Blanket dia dekat I and cakap ‘Wash Mama, it’s dirty’. Lepas tu mintak change dengan yang lagi 1 (Dia ada dua. Brown and Blue memang pakai dari baby). Yang bau kepam tu dia suka la. Yang baru basuh tu memang Shein tak suka. Hahahaha. Ko ni Shein, dah masuk sekolah pon pakai Blanket lagi. Tak Macho la! Dulu masa zaman I bujang-bujang ada a few time baju jadik hitam and kecut sebab cuci dekat Dobi. I taktau la kenapa yang sampai jadik macam tu. Tudung pon susah nak jadik. Sependa semua kecut. Kalau industrial punya Dryer memang dia pakai gas api ke ha? Memang rosak baju. Tu one of the reason why kenapa I takot nak pakai Dryer tapi masa kitorang pergi Korea dulu dekat Apartment kitorang ada Washer Dryer ni tau? Takde pulak sependa I kecut. I agak kalau cuci dekat Dobi, dia guna Industrial Dryer tu yang buat baju shrink. Kan? Ke acane?


Yang ni LG Washer Dryer InverterModel LG FC1450H2E 10.5kg/ 7kg. Np 4,699.00 now RM2,950.00

KEEP CALM and Play Netball (Edisi Kelakar)

Publish : 22 April 2015
Re-Publish : 19 September 2018

Throwback sikit pasal Netball. One of the funniest memory masa Company kita ada sukan duluuuuu. Tengok kat komen Dyba tulis apa. Tak paham-paham position. Dia cakap dia nak kena bagi bola dekat GK ke? So GK masukkan gol. GK tu kan defender, mana boleh masukkan bola dalam gol hahaha. Last-last taktau nak jawab macam mana dah, I cakap je, 'Dyba bagi je la kat sapa2 dyba nak, asalkan dyba happy. hahahaha'


Assalamualaikum…

Ingat tak dalam entry ni I cerita pasal sukan tak lama lagi tu kan? So bebudak ni semua la semangat waja. Semua macam excited nak main. Excited nak main tu memang bagus. Siap tanya bila nak training la apa la. Kasut nak beli kasut apa, jersey nak kaler green lime yang striking giler biar semua orang nampak segala, padahal ada yang seumur hidup TAK PERNAH main netball pon. Takat tak berapa tau undang-undang tu takper, ni position apa, macam mana nak main pon taktau acane?

Dyba : Kaksu! Nanti Dyba nak main position apa?
Kaksu : Dyba badan kecik mesti lincah. Dyba main WA la.
Dyba : WA tu apa?

Ira kebetulan masa tu lalu. So dia pon jawab

Ira : WA tu Wing Attack Dyba. Pernah main netball tak sebelum ni?
Dyba : Tak pernah. Tapi Dyba pernah tengok. Dyba rasa dyba tau.
Ira : Masa sekolah ker, kolej ker, memang tak pernah main?
Dyba : Tak pernah. Tapi boleh cuba. So Dyba main WA la?
Ira : Yer, Dyba tolong Ira la. (Ira I bagi dia main Center), Ira bagi bola pada Dyba, Dyba pas pada Gol Shooter
Dyba : Dah tu Dyba tak boleh jaringkan Gol la?
Ira : Tak boleh laaaaaaaaaaaa. Kan Dyba main WA? WA tu Wing Attack
Dyba : Wing Attack? Nak attack sapa? (Muka ikhlas nak mampos tanya soalan. Geram jer nak tunjal)
Ira : ………………………………………….. T_____T


MATILA

Tuesday, September 18, 2018

Projek Pilih Suzuka Stone Untuk Rumah Shein

Assalamualaikum.

Actually dah lama jugak I tak tengok rumah punya progress. Biasa I lalu depan je. Tengok dinding dah siap plaster. Atap pon dah ada tu. Dah 70% over look like rumah. Kata Sazli, dalam pon dah plaster jugak. Macam Saz, dia memang hari-hari pergi lepas balik kerja. Weekend half day akan spend time dekat rumah tengok pekerja buat kerja. Kekadang dia siap makan lagi dengan pekerja-pekerja tu hahahaha. Ada masa, dia borak jugak dengan I pasal rumah but most of it I tak paham. I pon malas nak faham beria sebab I ada banyak lagi menda lain nak fikir. Lagilah sekarang kena masak untuk Shein pergi Sekolah kan, so tambah satu lagi task hahaha. Actually I suka bahagian deco je. Dengan Kitchen Cabinet and bahagian beli mesin basuh and peti ais. I tau dah nak mesin basuh macam mana. I nak yang ada multi-function washing and dryer so I takyah la stressed nak sidai kain sebab nanti dia siap kering terus. Masalah kain dengan I ni memang takkan habes sampai bila-bila. Haritu Saz ada tunjuk ceiling dalam bilik dah siap pasang. Nanti la kalau berkesempatan I nak tengok jugak. Now busy sikit. Petang I ada training Netball. Nanti next week nak pergi Sabah ada Sukan National untuk company I. Kaklong pon pergi jugak main Badminton. I tak sabar nak 'do' the kitchen. Nanti ada Island, I nak ada laci bawah dia letak sudu-sudu. Bestnya. Sazli cakap rumah ni takde Dry and Wet Kitchen. I OK je janji tungku ada 4. Dua tak boleh ye sebab I belajar dari pengalaman. Kat rumah Bapak kekadang kami guna 4-4 sekaligus. So I nak 4. Electric punya I nak sebab nanti senang I nak lap atas dia. Lepas tu kena ada Island sebab senang I nak berangan buat rancangan masak-masak. Kata Saz, solid surface guna untuk Toilet je yang kitorang tengok tu. Untuk Table Top dengan Island lain jenis. Yang haritu I ikut Saz, dia bawak I tengok Batu Suzuka. Batu Suzuka ni untuk Wall Finishing. I dok ingat batu Suzuka ni untuk tempat parking kereta je tapi sebenarnya ada baaaaaaaaaaaaaanyak jenis. Ada Brick, Stone, Cement, Texture Paint, Ceramic and macam-macam lagi. Masa Saz cakap nak letak Wall Finishing dekat hall I macam tak berapa berkenan sebab dia suka yang jenis batu-bata nampak tak siap tu, until I tengok sendiri depan mata baru la I rasa happy and dah balik I pulak yang nak macam-macam. Kalau boleh dalam rumah, setiap sudut nak letak Wall Finishing. Cantik giler! Terus I taknak wall paper.


Ni la office Suzuka ni. Ada 3 tingkat. Siap showroom sekali. Haritu I letak dalam Instastory ramai yang tanya dekat mana. Suzuka ni dekat Meru, Klang. 

Friday, September 14, 2018

Pasal Shein and Bento Shein

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu dah Shein sekolah. So far so good. Al-hamdulillah. Nampak dia happy dekat school. Bangun pagi pon ceria je. Masa hari kedua and ketiga ada la dia sebut ‘No School, No New Friend, No Cikgu’ tapi lepas tu dah takde dah. Dia pulak yang remind I jangan lupa Lunch Bag dia. Lepas tu mandi semua happy. Bila dah sampai parking, suruh I lari cepat-cepat sebab dia cakap Zombie is coming. Kena pergi School. Ada this one day, I pusing la 2 kali sebab susah nak cari parking lepas tu Shein tanya nak pergi mana, dia nak go to school. Budak kelas dia ada macam-macam bangsa. Sama macam dekat BBI dulu. Ada Korean, Nepalese, Middle East, Caucasian etc. Cikgu kelas nama Miss Dave. Setiap kali balik, excited la cerita dekat I pasal sekolah dia. Tadi main ball dengan kawan-kawan lepas tu bagitau makanan yang I masak nice. Kekadang complain pedas, kekadang cakap grapes sour and ask for more Mango. Joyah sangat Shein sekarang. Dah la debab. Every day I buatkan bekal breakfast and lunch memang habes. Shein OK je. Tak memilih makan kot? Tak pon dia kuat makan. Tak pon dia akan habeskan semua makanan sebab Miss Dave suruh ke, I tak sure. But kalau nampak habes tu I bersyukur sangat. Sayur pon dia makan. Tengok dia debab, I know dia cukup makan but he’s so huggable tau? Sedap peluk. I hari-hari tido berpelukan dengan dia. Kita dua memang becinta hehe. Now siang memang dia dah Free Diapers. Last week masa dia nak tido, I nak pakaikan diapers dia taknak. Huwaaa sedih jugak rasa anak I dah Free Diapers. Shein cita-cita tinggi sangat tau? Nak Free Diapers at night tapi padahal kalau pakai diapers, bangun pagi lencun kot? Hahahaha. Ada haritu I pakaikan jugak, bangun pagi dia rasa ada diapers, marah la dia suruh bukak. Ya Allah bujang dah anak I. Kalau dia poopoo dalam toilet dah pandai nak lock the door eh? Kemain. Ni Maktok, Baba, Abah beratur luar toilet takot dia terkunci. Padahal member dekat dalam elok je happy do big business. 


Last week Friday I bekalkan dia Breakfast Sandwich, lepas tu Lunch soup ayam with cherry tomatoes, ikan bilis, telur dadar dengan orange (Dia request nak orange).


Thursday, September 13, 2018

Picnic at Sungai Congkak

Assalamualaikum..

Weekend haritu kan long holiday? Ada 4 days cuti and kitorang takde plan apapa pon. Sazli pulak demam malam. So plannya mereput je la dekat rumah. Hahahaha. Shein ajak pergi ‘hotel house’ pon tak boleh nak janji. Kena tengok Abah dia punya condition macam mana. Shein ni sesuka-suki je manjang nak hotel house. Dah la masalah kalau nak check out. Sampai je hotel, terus cakap ‘no car’. Maksudnya dia taknak pergi kereta la. Nanti kalau pergi kereta kan maknanya balik. Bila dah tau check out nak balik, maka berdrama lah beliau nanges cakap ‘one two three four five hotel house Aaaaabah’. Maksud dia nak duduk sini 4 5 malam. Kalau check in Concorde makannya nak dekat Hard Rock. Lepas tu Sazli complain, ‘Mama tengok la anak Mama ni’. EH, anak kita sorang je ke? Hahaha. Bertuah tau Shein ni? Dia ni alahai…. Kekadang dia ingat duit tu boleh dapat kat mana-mana je ke? Nak apa main mintak je. Tau pulak dia mana Toys R Us located kalau dekat Pavilion or KLCC. I memang takde dah nak benarkan dia pilih sendiri barang dia sekarang. Bahaya. Haritu ajak beli barang sekolah dia dekat Popular, main ambik je masuk dalam bakul. Color Pencil nak yang mahal je, pencil case pon yang mahal. TAU PULAK DIA YANG MANA MAHAL. Naseb Mama boleh claim dekat Abah. Bebudak zaman sekarang bertuah kan? Mama dulu masa sekolah, baju kekadang selai je. Lepas pakai, basuh balik and macam tu la sampai hujung tahun. Rasanya memang takde kot yang baju sekolah I dua helai. Jap nak ingat. Hurm… Memang takde. I selalu give in dengan Shein. Kalah. Selalu kalah. Ni iPad dia dah hilang, malas dah nak beli. Tapi dari semalam dia dah cakap nak iPad. I tanya dia ada duit ke tak, dia angguk T___T Anyway, I nak share experience bawak Shein pergi Sungai Congkak last week. Nak msuk sini kena bayar dalam RM17.00 macam tu. Lebih kurang la. Taktau kenapa Atig dengan Zairie kena RM15.00, kitorang kena RM17.00. Tak adil!


Pagi Sabtu tu Geng Serai ajak pergi Hulu Langat. Kat sana ada satu restoran lauk kampung sedap. Lepas makan boleh bawak bebudak mandi sungai. Dorang pergi dari 10.30am, kitorang anak beranak sampai dalam 1.00pm macam tu. Dekat Ampang hujan, naseb dekat Sungai Congkak ni tak hujan. Kitorang lepak sini sampai 4.00pm macam tu.

Wednesday, September 12, 2018

Tragedi #izzahcelebration

Assalamualaikum..

Sebelum entry #izzahcelebration yang bebetul keluar, I nak share dulu menda yang tak best yang jadi pada hari kejadian… Menyirap je OK? Memang spoilt sangat mood I rasa. Rasa macam error yang bodoh giler la. Elok nak buat surprise dekat Izzah, kita pulak yang kena surprise. Hangen satu badan I. Kata Izzy, muka I merah time tu punyalah I bengang and nak marah. I punya tangan pon menggigil-gigil dah. Ni kalau gaduh ni, memang I lantakkan aje. I dah imagine dah terbalikkan pinggan dengan meja. Hahahaha. Muka memang tak boleh senyum dah. Deal dengan manusia yang tak berapa nak ada commonsense ni kekadang mencabar jugak keimanan I yang tak berapa nak tebal ni. The girl’s yang lain duduk je dekat belakang sebab taktau cerita. I dengan Intan yang arrange semua ni. But naseb baik la lepas tu I OK balik…  Kisahnya macam ni. Hari Jumaat tu, lepas siap dah belon and bunga untuk Izzah, kitorang pon gerak la ke Dotty KLCC (Depan Melur and Thyme). Ingat nak buat dekat sana tapi Dotty tak boleh reserve, hanya walk in. Ben’s pon sama. Fikir punya fikir I teringat Franco. OK la. Lagipon bebudak ni cakap nak makan dessert je (kononnya). So bila call Franco, dorang cakap boleh setting meja letak balloons. Dari KLCC kitorang pon menuju la ke Franco. Happy la ni kan sebab plan menjadik. Nanti Izzah sampai ni sure dia suka ada nampak belon kaler biru. Sure dia happy. Izzah pulak jarang amek gambar duduk tengah (biasa yang 2 orang paling pendek tu suka duduk tengah) hahahahaha. Kali ni kasik Izzah chance rasa macam Princess. Harini pon kita semua lawa je pakai denim punya theme. So sampai Franco, pilih meja and I pon start la pasang belon dekat kerusi. Sini semua waiter Bangla ye? Original Body Odor yang piaaaaaaaaaaaang punya. But Izzah punya pasal, sis redha. Masa nak naik tangga Intan dah bulatkan mata and telah air liur. Itu kitorang punya sign language bau kepak ayam pizza hut. HAHAHAHAHA.


Belon and bunga tu beli dekat Lynna Florist KLCC. Bunga tu dia boleh buat ikut kita punya budget. Belon RM6.00 satu belon kira OK la kan?

Friday, September 7, 2018

Happy Birthday Aqli

Assalamualaikum..

TQ Farah and Apis Harris invite kitorang sekeluarga datang Aqli punya birthday dekat Clubhouse Tropicana Heights Kajang. Tema Dinosaur and mandi kolam. Shein suka la sebab memang dari Friday tu dia tak puas mandi kolam bawah rumah kitorang and Sazli dah promise nak mandi kolam lagi the next day. Beria la Emak beliau iron baju hensem-hensem dengan harapan Shein menjadi perhatian chic dekat Aqli punya birthday sekali Si Shein taknak pakai wei, dia dah tak sabar nak berenang so pakai baju berenang terus T___T Suka la dia bila cakap boleh pergi swimming. OTW nak ke Kajang Shein dah goal. Tapi yang kelakarnya, masa sampai-sampai je dekat sana, bila Sazli dukung, dia terus dia terjaga and cakap 'We go swimming Abah?' Hahahahaha. Sian anak Mama. Nak sangat tu swimming. Tu je focus dia nak datang sini. Aqli punya birthday ke, Anyaa ke... Kisah pulak dia? Yang Si Anyaa tu selalu la tanya mana Abang Shein. Shein mana nak kisahkan pon. Si Farah cakap, masa buat family tree Anyaa tanya kenapa takde Abang Shein dekat cousin, so terpaksa la create satu 'dahan' untuk Shein as a cousin Anyaa. Hahahaha. Comel sangat ni Anyaa. Anyaa maafkan lah Abang Shein OK? Dia Abang Kawasan Ampang memang eksyen sikit kadang-kadang. Haritu masa Shein siap mandi kolam, Sazli nak bawak Shein bilas la sebab kalau tak nanti rambut Shein dah sama dengan periuk basuh pinggan so I pesan suruh Sazli pakai conditioner lepas tu kata Farah, Si Anyaa haritu rambut pon kusut bersimpul dah. Pergi salon nak potong lepas tu Orang Cina Salon tu sikat-sikat tak lut lepas tu dia cakap 'kita sikat sampai yang boleh je, yang tak boleh terus potong'. HAHAHAHAHA. Farah pon cakap OK OK OK. Potong je. Sebab dia cakap dia tau rambut Anyaa tu macam mana. Anyaa selalu tau perasan dia Cina. Kata Farah, 'Ko tu hitam, jangan nak perasan Cina'. Bangang la Farah ni. Hahahaha.


Happy Birthday Aqli. Suka la dia dikelilingi perempuan cantik. Kata Farah Aqli memang suka yang cantik-cantik je. Haritu ada la kawan-kawan sekolah dia datang, dia intro kat Farah yang putih-putih je. Yang India dia cakap 'I don't know her'. HAHAHAHA. Sazli cakap tau dah tu perangai sapa. Ikut perangai Bapak dia la tu. 

Thursday, September 6, 2018

Shein Dah Masuk Sekolah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 4 hari Shein start Term 1(Year 1) dekat Sayfol International School, Jalan Ampang (I LOVE AMPANG) hahahaha. So far dia survive and progress dia makin lama makin bagus la. Nak cerita more and review lebih sangat pasal Sayfol ni I pon tak boleh nak komen lebih lagi sebab baru 4 hari kan? Kalau 4 tahun lain citer la. Hehe. Raaaaamai yang ternanti-nantikan entry ni sebab nak tau info pasal sekolah baru Shein, kenapa Shein masuk Sayfol, apa yang best pasal Sayfol, pasal Fee's, pasal Bag Shein pon ada hahahahaha. Lepas tu suruh I upload hari-hari Bento Shein sebab nak ambik idea masak untuk anak-anak lepas tu tanya kenapa kena bawak bekal pergi sekolah, kenapa Shein pakai bedak, kenapa seluar sekejap pendek sekejap panjang eh macam-macam la. Mana yang I teringat, I akan jawab OK. If not, korang can always DM I dekat IG, email etc. InsyaAllah I akan balas selepas I selesai misi menyelamatkan dunia everyday (part time Power Rangers). OK? Now semua orang kena sayang I lebih sebab rajin layan blog readers. Yang tanya pasal rumah, ID Rumah, pasal batu Suzuka and semua-semua tu, nanti la kalau ada roh rajin, I akan jawab. Tapi rasanya memang all the time malas nampaknya hahahaha. Rumah is not my forte. Lagi-lagi dalam tempoh construction ni bukan I paham sangat. Yang pakar is Sazli. I minat nanti bahagian nak beli Peti Ais dengan Kitchen Cabinet lepas tu bab makan je. Now tengah giler makan BBQ Korea. Selang sehari pergi Koryo Won ni. Parah dah. Hujung bulan pergi kerja pakai sependa ni jawabnya. Hehe.


First day Shein at School. Isnin 3 September haritu. Baru 4 hari jeeee pon. So far so good. Both Shein and Mama survive. I lebih berdisiplin and everyday looking forward nak buatkan Bento Shein. Happy sangat sangat sangat sangat!

Wednesday, September 5, 2018

Promo RM20.00 Sehelai untuk Dull Satin Bawal From Be_Anggunscarves

Assalamualaikum..

Tauke @be_anggunscarves buat promo sekarang. Untuk Dull Satin Bawal 1Meter now jadik RM20.00 selai, and untuk yang besar sikit 1.2Meter jadik RM24.00 sahaja. Murah RM5.00 from NP. Apa laaaaaaaaaaaaaaaaaaagi kasik borong la. Untuk yang nak tau exactly ukuran 1 Meter tu dia sama besar sebijik sejiban dengan Ariani punya ukuran. Tak besar, tak kecik. Just nice. Nak selempang belakang boleh, nak simpul bawah jadik macam ikan bawal pon OK. Mana yang biasa pakai size besar boleh amek yang 1.2Meter OR kalau ada yang nak 1.5Meter pon OK. Memang Atin boleh buat semua ukuran. Kata nak buat sebesar selimut pon takde hal, zaaaaaaaaaapppp siap. Tudung ni Atin potong sendiri dengan penuh kasih sayang so bab quality jangan risau, semua OK. Quality Control dia memang power. I memang semenjak pakai bawal ni, memang I pakai jenis ni je kalau plain. I suka jenis Dull Satin sebab dia tak overpower and nampak berkedipan dari jauh, pakainya tak panas and tak pekak and most important senang nak bentuk. Tudung ni konsep dia kalau mahal macam mana pon, corak cantik macam mana pon tapi kalau susah nak bentuk and menjadi memang bad day sampai ke petang la. Mengadap la cermin 45 minutes, sudahnya moody. Kan? So biar murah tapi senang nak bentuk. Kenapa? Sebab kain dia tak lembik, tak kejung and jatuh cantik je macam Siti Nohaliza terus. Kekadang ada yang jenis senang bentuk tu, kain keras kan? Yang ni tak keras. Boleh tengok model tidak berbayar @be_anggunscarves menggayakan koleksi peribadi beliau. Dengar cerita tudung dia yang plain je dekat 100 helai OMG. Si CT pon berkenan dengan dull satin Atin ni. Nak pulak dia pakai. Biasa pakai Designer punya je. Pergi hantar anak sekolah pakai Hermes, Gucci. Perrrrghhhh....


Yang ni I pakai code : Dull

Sedapnya Korean BBQ!

Assalamualaikum..

Last week Kaklong, Intan and I makan dekat Koryo Won KLCC sebab I dah tingin sangat nak makan BBQ yang balut-balut salad tu. Tingin giler babi nak mampos. Sampai siang terbayang malam merindu gittew. Kitorang pergi hari Khamis waktu lunch. Sanggup la dari pagi tak makan apa sebab takot kenyang sangat. Hahaha. Nak tunggu sampai lunch hour sampai berbuih rasa kepala I ni. Plan asal nak makan Special Jumulung (BBQ Beef) je, tapi biasalah janji tinggal janji. Tetiba eh meja sebelah makan apeteeeeew? Ooooo Bibimbap. Macam sedap. OK orderlah. Lepas tu eh, takkan tak order Pajeon (Korean Pancake) so kena la order jugak ni. Khamis tu, Intan dengan Kaklong dah kekenyangan sampai tak boleh nak berkata-kata. Communication guna ekor mata je. Dah la Waiter kat situ kenal muka I so satu dish dia kasik 1 set kecik-kecik appetizer tu. Makanya 3 dish, tak semeja pulak kitorang punya appetizer kecik tu? Ha makan melingkup dekat situ. Puas hati aku dapat makan Kimchii 5 pinggan sorang muahahahaha. Dah tu pulak dia bagi Bibimbap double portion Ya Allah. Masa nak bangun tu, makanan dah sampai tengkok dah. Ni kalau terbelahak ni confirm muntah Kimchii memasing. Hahahahaha. Tu kejadian hari Khamis eh? Tetiba weekend dah I tingin balik nak makan. Hari Isnin ajak Kaklong makan, beliau taknak sebab Special Jumulung tu RM80.00 1 set dia kata nanti dia kerja pakai sependa je duit habes. Semalam I call dia, buat-buat nanges and cakap I tingin nak makan hari ni jugak jugak. Intan cakap OK tapi dengan syarat, dia nak bayar RM20.00 je, Kaklong pon. I cakap OK tapi kita order Jumulung je la. Air bawak dari office (Si lurus Intan pon siap bawak bekal air dari office HAHAHAHAHAHA). Macam biasa, sampai je dekat sana 'Eh, meja sebelah makan apeteeeeeeeeew, Oohhh Spicy Beef. OK la. Order'. I cakap OK tapi untuk tu share bayar 3 orang. Intan and Kaklong cakap SET. So apa lagi? Maaaaaaaaaaaaaakaaaaan!


Ni la wei, pujaan hati I. Sedap sangat sangat sangat. Korang memang kena cuba tau? Cara nak makan dia. Memula ambik daun salad belah dua. Kalau tak belah nanti besar sangat. Letak daging,  sambal dia sikit, bawang putih, sesame oil and letak la appetizer yang kecik-kecik tu, balut and ngap. SEDAPNYAAAAA!!

Tuesday, September 4, 2018

Doughnut Peach Sedap Giler

Assalamualaikum..

Kerana tergila-gilakan Doughnut Peach ni la I hilangkan iPad Shein masa dekat Isetan KLCC Sabtu malam lepas. Time tu I nak beli buah ni 2 pack. Dok sebok nak transfer barang dalam plastik, I letak iPad yang I kepit dekat ketiak atas counter lepas tu tertinggal sekejaaaaaaaaaaaaaaap je sebab time tu I nak beli Chicken Floss Bread dekat Bakery depan Counter tu, datang balik dah gone. I dah buat Police Report sebab nak tengok CCTV and bebetul nak pencuri tu get busted. Now takde time lagi nak check, but will check soon. CCTV tu bebetul atas Counter. Ya Allah bestnyalah kalau dapat tangkap pencuri. Nilai iPad tu dah jatuh number dua tapi pencuri tu yang I geramkan sangat. Nowadays, pencuri ni kekadang kita tak sangka-sangka tau? Macam kawan I last week handphone hilang dekat Pos Laju time nak postage barang. Check CCTV yang curiknya Makcik Tua kerja Cleaner. Dapat alamat semua, tuntut balik handphone tu. Dia pon boleh explain cakap 'Kalau Makcik tak ambik, orang lain akan ambik jugak'. T_____T You see? Dah tetua pon nak mencurik. Tu yang mencuri handphone. Yang makan rasuah, makan tepi, makan duit negara semua apa kes? Aniaya ramai orang. Ko jawab la dekat akhirat. Eh, emos pulak aku fikir pasal kekayaan tak munasabah sesetangah individu dalam Malaysia ni. Asal ada kuasa je, keputusan buat ikut suka hati. Tak suka kick, sapa melawan kick, sapa yang ada potential kick. Tapi contoh dah ada depan mata. Menda-menda macam ni tak lama. Sampai masa, ko pulak akan jatuh kebawah. Tapi takpe, rezeki tu di tangan Allah.. Bak kata P Ramlee dalam Ahmad Albab 'Kekayaan, kebahagian terletak di tangan Allah, bukan ditangan Bapak'. Maksud tersiratnya pulak, Orang-orang yang suka buat keputusan macam dia sorang je berkuasa ni, percayalah.. one day dia akan jatuh sebab Allah lebih berkuasa. Ni padahal tadi citer pasal Doughnut Peach tapi dia punya kona sampai citer P Ramlee pon masuk. Hahaha.


My current obsession. Doughnut Peach. Ya Allah punya sedap. I memang suka giler. Rasa dia memang lain dengan Peach bulat tu but almost same dengan Japan White Peach. Tapi yang tu mahal and susah dapat. Macam Doughnut Peach ni murah sikit la. I suka beli dekat Isetan, RM13.90 untuk 5 bijik. Kalau dekat Cold Storage size dia besar and mahal sikit dalam RM20.00 macam tu

Monday, September 3, 2018

Izzy's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Izzy! Padahal dah belated dah pon. Kitorang celebrate birthday Izzy ni before Raya Haji lepas pada 10 Ogos 2018 dekat Melur and Thyme KLCC. Ko tengok dekat sebulan baru nak up entry. Sorry sebab now I memang busy menyelamatkan dunia. Part time Power Ranger Merah (Dah naik pangkat dari Power Rangers Kuning) Hehe. Birthday Izzy sebenar 9 Ogos 2018 (yang ke 30 tahun) tapi sebab nak #izzycelebration so kita buat the next day lah Friday rehat lama sikit. Birthday Girl dah bagi notice awal yang dia nak theme 'Everyone have to look like me'. Baju kemeja kotak-kotak, tudung bawal RM5.00 tak boleh selempang belakang (kena pin depan or bubuh ring), tak boleh pakai accessories, seluar jeans dengan sport shoes. Lepas tu ada pulak yang menambah cakap tak boleh mekap la. Abes seluar jeans kena pakai seluar jeans besar la? Pastu berat badan pon nak kena sama dengan Izzy ke acane? Aje mampos. Hahahaha. Dyba takde masalah la nak pakai baju kotak-kotak sebab dia memang suka. Yang lain kena la mencari, tapi dalam banyak-banyak Kaklong la paling kesian. Rabu tu kitorang pergi cari baju kotak-kotak dekat H&M lepas tu dia nampak dah macam orang nak pergi menoreh dah. Tinggal pakai topi sawah dengan ikat ubat nyamuk dekat pinggang je hahahaha. Si Intan dah terkepit-kepit dah ketawa tahan kencing dalam H&M. Dalam banyak-banyak design, yang putih tu je sesuai dengan Kaklong. I pulak taknak mengalah nak jugak yang tu (sebab tak sampai hati nak pakai kotak-kotak macam Intan) so kitorang pon pakai la sama.  Pakai je la sama dari I nampak macam Bangla. Eeeeee cost la bebudak ni punya Celebration. Ni nanti Intan, dia request nak pakai Sari. Si Izzah taknak kalah, request nak pakai Denim Jacket YA ALLAH SEMUA TAKNAK KALAH. Hahahaha. Dyba kalau dengar je theme terus jerit. COST LAAAAAAA!! Hahahaha.


Happy 30th Birthday Izzy. Kitorang panggil Izzy CEO, last week dah naik pangkat jadik GP, lepas tu semalam Izzah cakap nak suruh Izzy jadik Chairman company terus. Hahahahaha.