Tuesday, February 28, 2017

Happy Birthday Mr David

Assalamualaikum..

Happy Birthday Mr David! Dia cakap yang ke 40, tapi I pon pelik dah 2 tahun birthday asyik 40 je. Bilanya nak lagi tua? Mr David is husband to Ms Shariffah and father to Rayyan. Kena bagitau ni sebab ramai dah confuse. Haritu ada readers tanya and Mak I pon pelik kenapa Sharifah tu nama macam Melayu? Dia ingat Shariffah tu Chinese. Tak pernah pulak I dengar ada Chinese nama Shariffah. Ko dah kenapa Mak? Hahaha. Ms Shariffah is Melayu la but with lots of mix, macam KingCoco. Mr David je Chinese tapi converted to Muslim. Mr David is the heart of Building Blocks International yang indirectly banyak educate I pasal good foods, bahaya sugar pada kanak-kanak, eat clean, healthy lifestyle and many more. He is my very own encyclopedia and my English Teacher. Very very very smart person (Suraya, very smart person, not very very very smart person). Lulz. Let say kalau I tanya dia pasal Shein’s condition masa dia kena Erythema Metaforme nanti dia akan bagitau I apa tu Erythema, kenapa boleh jadik, apa diagnosis and prognosis. Semua dia tau dah macam doctor dah. Dia sukaaaaaaaa baca buku and proud owner of 2G handphone. Hahaha.  Dia ni Chinese tapi tak pernah pulak I dengar dia cakap bahasa Cina. Kekadang ada la I menyakat dia suruh cakap Bahasa. So dia cakap la Indonesian. ‘Bisa saya order sekarang?’ HAHAHAHAH. Merangkak-rangkak nak cakap Bahasa. Dulu Mr David kerja dekat Indonesia sebab tu dia cakap Melayu pon macam Indonesian la. Sazli tu kalau I menyakat Mr David dia mesti tak kasik, eh biarlaaaaaaa. Hehe. Thank you Mr David for your kindness to Shein, Sazli and me. I hope you will change your mind and get one smartphone for you soon. Please update with technology :D


Mr David and Bryton, Shein and Rayyan

Monday, February 27, 2017

Sembang Petang Pasal Makan (Lagi)

Assalamualaikum..

I kan, kalau pergi carnival makan-makan, I agak I ialah diantara yang  banyak spend duit. Sebab I jenis tak boleh nak tengok makanan. Asal nampak sedap beli je. Padahal nampak sedap bukan tentu sedap. Macam tadi dekat carnival usahawan offce I ni, I tengok gambar Banana Shake dalam botol nampak sedap, sekali order rasa kelat esen vanilla. Sendawa pon dah bau vanilla. Kaklong lagi bongok, ‘Kenapa air nenas ni tadi aku rasa macam pisang?’ Dah kata Banana Shake, celah mana nak rasa nenas entah? Bila orang cakap, ‘La memang la rasa pisang sebab BANANA SHAKE’. Lepas tu dia cakap, ‘Lain kali cakap la pisang. Eeeee kenapa ko bagi aku air pisang? Uweeeek!’  Hahahaha. Ko kenapa Kak? Mabok ke? Shein pon tau BANANA = PISANG. Hahahaha. Dulu masa bujang I duduk dekat Setiawangsa. Bazaar Ramadhan jalan kaki pon dah sampai. Hari-hari penuh tangan kiri kanan dengan makanan yang end up masuk tong sampah tapi tak pernah serik sebab esok akan beli lagi. Bukan apa, nak cari yang berkenan dek tekak bukan senang. Tu yang terpaksa beli hari-hari (alasan). Kata la kalau I dah jumpa yang jual sedap atau memenuhi kriteria, memang yang tu je la I ngadap sampai ke sudah. I akan beli yang sama je. Macam kalau bulan puasa kan? I akan berbuka dengan air cincau sahaja. Kedai yang sama. Pernah la tukar minum air lain macam katira kan? Tapi lepas tu menyesal tak minum cincau. 


Sebesar-besar Food Court Pavilion, 8/10 visit, I akan makan Char Kway Teow ni. Selebihnya Yong Tau Foo atau Ayam Penyet. That’s all. Padahal Food Court Pavilion ni punyer la luas.

Shein and Barber Ampang Jaya

Assalamualaikum..
Hari Sabtu haritu kitorang potong rambut Shein. Potong tu sebenarnya trim depan supaya kalau Shein nak melihat tak payah la dia selak rambut dia. Kalau dia selak depan tu I tengok macam Dr Rozmey pon ada dah. Macam langsir kena selak tu. Haha. Macam tu la ghupernyaaaa Shein, iyan iyer. Yang trim depan tu potong straight macam Abu Bakar Ellah tu ha. Lepas tu belakang takyah nak beria layered ke apa. Sikat letak air kasik basah lepas tu potong sebaris je dalam 1 inch. Setel. Kang kalau layered nanti hilang la kenteng dia maka hilanglah identity kenteng Shein Iskandar. Dulu ada la sorang ni nama Latipah (Bukan nama sebenar) tanya I, kenapa potong rambut Shein macam tu? Kesian dia.. Potong la elok-elok. Serius benar soalan dia masa tu. Memula I ingatkan dia memain, tapi muka macam serious je ni. Hahaha. I jawab dengan senyuman je. Alaaaaaaaaaaa comel apa? Biarlah…. Nanti Shein dah besar nanti, I potong la macam David Beckham. Ni kasik la chance dia nak rambut tempurung. Lagipon Shein happy je sebab dia kalau lari suka la libas-libas rambut fe-feeling macam iklan shampoo. Nanti ada chance I ambik video okey? Ni kalau ikut Abah nye Si Shein, memang dia nak biar panjang macam rambut si Merah anak Awie tu. Comel la kenteng panjang macam tu. Rock star woooooo!!


Ni kalau la anak pempuan rambut kenteng ikat macam ni, omelnya la kan? Tu anak rambut dekat bawah tu sebijik macam Abah dia.

Friday, February 24, 2017

Mak, FB dan Smartphone

Assalamualaikum..

Masa balik Jengka dua minggu lepas, I bawak balik smartphone Vivo Y21 untuk GF. Kengkonon hadiah sempena birthday dia la. Murah je handphone tu… :) Tapi boleh la Mak ambik gambar and guna application dalam tu. Nak kasik dia update sikit dengan apa yang jadik dalam dunia ni + Kaklong cakap boleh la forward-forward dekat Mak apapa info yang bagus and informative untuk Mak baca. Nanti boleh la dia boleh guna whatsApp, bukak Youtube, baca Blog I and ada FB. Hehe. Mission accomplish! Now dia tengah explore macam mana nak guna. Kata Mak, pantang ada masa dia mula la godek handphone dah jadik satu kerja pulak hehe. Bunyik macam seronok je dia tu. I pon sama excited pagi tadi bila dia cakap dia baca blog I dari link yang ada dekat FB tu. FB Mak pon I buat jugak. Saje je sebab I nak Mak ikut anak cucu dia dalam FB. Nothing to hide dengan Mak sebab Mak I sporting… Best! Tu tadi tengok dalam FB dia tetiba dia share entry makan-makan dengan Kaklong and Kakyang dekat FB dia. I syak dia tershare tu. Tak sengaja pon. Hehe. Comel la Mak! Tapi kira pandai la tu Mak. Bukan senang nak biasakan dari handphone tekan-tekan button ke smartphone jenis touch screen. Haritu I punya risau sebab takot dia tak pandai guna at all. Ni dengar dia cerita dia call Mak Teh dekat Segamat maksudnya dia pandai la tu carik nama dalam phone book. I am proud of you Mak!


Mak kemain peace kan? Baju pon cantik dah macam Neelofa. Credit to Ain for this photo. Ni la Mak dan kakak-kakak I. Sayang dunia akhirat.

Thursday, February 23, 2017

Pre-Order HOC. Promo Price Until 28 Feb Only RM120/Piece

Assalamualaikum..

Since ramai yang order House of Corset tapi banyak warna yang tak available and takde size sebab I punya stock dah yillek kerana kehebatan HOC telah tersebar dari mulut ke mulut rakan-rakan dan sanak saudara mereka yang pernah pakai HOC dan berpuas hati, lepas tu nak repeat order maka I dengan ini nak offer kepada SEMUAAAAA readers Chooyaya Secret Garden yang nak order HOC tapi size/warna takde dalam stock I and next week baru sampai SO I nak bagi harga RM120.00 sehelai (exclude postage) bermula dari harini sampai 28 Februari 2017 dengan menggunakan code : Hi, Saya Siti Nohaliza. Tu je. Kalau tak bagi code tu, harga biasa eh? Sebab itu je yang buat I tau readers I atau bukan. Hehe. Selepas 28 Feb 2017 ni korang takkan dapat dah harga offer ni ok? Mana pembaca baru yang nak tau kebaikan HOC and nak tengok testimonial dan info-info lain boleh follow Instagram @_houseofcorset. Sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp I dekat 012-9184042. Kalau I lambat reply maksudnya I busy menyelamatkan dunia la tu. Kena faham I ni kekadang abes office buat part time jadik Power Rangers Kuning so bila setel tugasan baru la I sempat tengok whatsApp. Jadiknya kalau lambat reply tu jangan la mare. Eh? Kata la kalau blue tick tapi I tak reply maksudnya I hilang ingatan or terlepas pandang. Meses je balik.. Ok?



Pre-order RM120 sehelai. Promo until 28 Feb 2017 Only

VS with Kayang and Zuzalina

Assalamualaikum…

Setelah sekian lama plan nak keluar makan bertiga dengan Kakyang and Zuzalina Zulatin akhirnya Jumaat beberapa minggu lepas berjaya jugak misi dilaksanakan. Dari nak makan Dolly Dimsum, ke Chilis akhirnya berakhir di Victoria Station sebab ada orang tu dia dalam fasa nak makan daging setiap hari. Orang tu dia jenis bermusim, kalau dia tingin apapa dia akan nak makan tuuuuuuuuuuuuu je. Tak jemu-jemu. Sampai bila? Sampai Abang Jamil mampos. Hahaha. Masa yang minggu  orang tu tingin nak makan daging tu boleh tahan la miskin. Tapi konsep dia pepenat kerja macam nak pecah otak fikir macam-macam, if ada teringin apapa makan ajer la. Takyah fikir dah. Macam Arwah Ayah selalu pesan pada Mak, ‘Mah, kalau engkau teringin nak makan apa makan aje. Jangan berat nak keluarkan duit. Duit banyak pon sampai satu masa macam aku ni tak guna dah Mah. Apa pon aku tak teringin nak makan. Sementara sihat, kalau teringin nak makan apa. Makan ajer’. Tu pesan Arwah Ayah pada Mak masa dia tengah sakit sebelum dia meninggal dulu. Mak pun semenjak tu asal nak makan apa time dekat KL ni, dia makan ajer. Mahal murah semua letak tepi. I pon sama la, ambik konsep yang Arwah Ayah ajar tu. Sementara sihat ni, apa nak makan, makan aje. I tingat dulu masa kena denggi, hulur apa pon semua I taknak. Takde tingin apa. Sama la macam masa mabok. Apaaaa pon tak lalu. Gigil-gigil la menyuap biskut lemak cicah milo. Kan masa pretnen level lapar dia sampai nanges? Dia takde der belas kasihan. Pukul 2-3am pon kalau dia rasa lapar, dia lapar jugak. Memang tak boleh nak pujuk. Eh. Stressed pulak fikir pasal mabok. Ni Shein dah nak masuk 5 tahun, so cane nak kira ni? Hahaha.


Konon kali ni tingin nak makan selain dari Long Fed Sirloin so I tanya waiter, dia cakap Rib Eye Sedap. So macam biasa medium rare sato!

Wednesday, February 22, 2017

Cowieee Mama

Assalamualaikum..

Rindu pulak dekat Shein. Minggu ni Baba dah balik KL so bila Baba ambik Shein dekat school pukul 3.00pm, dia ada la time untuk beautiful nap dalam sejam lebih petang tu. Jadiknya malam tadi sempat la spend time berdrama dengan dia. Macam last week, 5 days sekolah petang 5.30pm baru Sazli ambik so memang tak sempat la I nak kawan dengan dia. Lepas mandi, dia mintak ‘Mama, eaaaaaatttttttttttttttttttttt’. Kekadang sambil kunyah makan dia dah tido. Sian sangat penat dekat sekolah.  Penat main ke, belajar ke tu kurang pasti. Hahaha. Kekadang tak sempat nak makan and mandi pon dia dah tido. Tido nak peluk leher I kuat-kuat, kaki memang atas badan I dah macam ulat gonggok dah kite dua orang tido berpelukan bercinta. Kepala dia kena betul dekat muka I ni ha. Dah la bau masam kambeng kalau tak mandi tu. Tapi dalam pada dia dah tido tu, bila sebut ‘Good nite Shein, I love U’ masih lagi melawan. ‘Gunnai Shayy, gunnai Mama. I love you Shayyy’. Hahaha. I love U diri sendiri pon ok.  Sayaaaaang sangat-sangat dekat Shein ni la. Dah la kenteng, bontot tonggek. E  geram la! Dah la jenis kalau panggil I, ‘Mama mama mama mama mama mama mama’. Nonstop ok? Memang macam tu. Kekadang tersasul macam ‘Abah Mama Mama Mama’. Hahaha. Nak panggil Mama ke, Abah ke sure sebut je dua-dua. Tapi yang dia maksudkan tu lebih la. Selagi tak jawab dia akan panggil berterusan. Takde menda pon nak cakap. Nak tunjuk Otonen, Daidecor, Fish, Plane je pon dalam TV tapi gaya dia panggil tu macamkan ada menda terpaling penting dalam dunia. Tak boleh tidak, kena tunjuk Mama jugak ni. Haaaaa.


Mr Shein

SaufiVille CNY Holiday - Part II (REVIEW)

Assalamualaikum..

Ok harini nak share pasal experience I and the rest bercuti dekat Saufiville Boutique Resort dekat Janda Baik last month. Seronok sangat dapat spend time sama-sama dengan kawan-kawan. I suka la suasana dia sebenarnya tapi tu la cold treatment pulak, jadik potong mood sikit. Bila pagi dekat sini berkabus je and rasa macam dekat Tanah Tinggi pon ada. Sini sejuk-sejuk ayam la. Takde la sejuk macam dekat Genting Highland/Cameron Highland sana tu tapi tetap la ada rasa sejuk dia.  Villa ni pon terletak di atas bukit so imagine bangun tido, bukak je tingkap nampak kebun Passion Fruits saujana mata memandang. Hijauuuu and fresh sangat! Sesekali bila tido bertemankan unggas ni best jugak. Unggas ye? Bukan Pontianak. Haha. I rasa bila duduk tempat yang macam ni, nak bernafas macam lapang je sebab maybe banyak oxygen. Kan? Ker tak sebenarnya? Memandai je. Eh, tapi betul la nak bernafas best. Seronok la kalau bercuti tempat banyak pokok-pokok, ada sungai macam ni. Sesekali nak jugak lari dari kesibukan kota yang dilimpahi dengan lampu neon dan hutan kongkrit. Kan? Tapi fikir balik seram pon ada. Sebab SaufiVille ni dia sorang-sorang je dekat atas bukit. Yang lain ada tapi jauh sikit la. Hahaha. Dah gitu pulak. Eh, tapi jangan takot sebab sini ada caretaker, bibik-bibik dekat kitchen, ada guard, ada anjing penjaga semua tu. So selamat InsyaAllah. Pekerja-pekerja pon I tengok ada ramai dekat sini. Sebab sini concept dia is makan provided. Breakfast, Lunch, Snack and Dinner. Korang dah tak payah susah-susah nak masak. Goyang je tetek , relax. Sebab semua disediakan. 


Gambar Saufiville ni I ambik dari belakang. Belakang tu ada swimming pool. Tapi nampak tak air dia hijau? Masuk-masuk je dah frust sebab ingat nak mandi kolam tapi air macam tu macam mana nak guna? Yang ni I tak sure air dia yang kotor atau tiles bawah tu yang dah tukar warna. Kata Mr David, air ni guna sumber dari sungai sebab tu warna dia hijau. If letak chlorine dia akan jadik jernih tapi bagi I senang je. Doesn’t matter la air sungai or air paip. Yang penting, air kena la jernih. If tiles bawah tu yang kotor, the owner kena la do something kalau tak, air hijau macam ni sapa yang nak mandi? Baik takyah ada kolam. Click read more for full entry

Tuesday, February 21, 2017

Harga Lebih Murah Untuk Makeup Workshop 2.0

Assalamualaikum…

Ladiesssss and Gentleman, tukang kayuuuu dan tukang simen sekalian. Ni I nak kasik tau yang Makeup Workshop 2.0 anjuran ANS and Kaay Cosmetic akan diadakan lagi pada bulan depan. Untuk yang nak belajar mekap cantik pergi office, kenduri dan bersosial bersama rakan-rakan tapi muka cantik macam Rozita Che Wan sebab dah pandai makeup, korang boleh la join kelas ni. Kita ajar dari mula pakai moisturizer sampai la siap cantik semua. MUA Iman memang ajar detail step by step. Takde satu pon yang tertinggal. I agak, tinggal pakai fake eyelashes and glamourkan sikit warna eye shadow pon dah boleh pakai untuk makeup tunang and dinner. Korang boleh baca our previous workshop dekat sini. Ramai yang puas hati and cakap naseb baik join, kalau tak memang menyesal la sebab berbaloi-baloi. Yuran murah je banding last time. RM160.00 untuk seorang sebab kitorang manage untuk dapat tempat yang lebih murah tapi selesa sebab parking free, makan sedap and bonus (crew dari 9Kedondong handsome-handsome). Hehe. Kita plan nak ambik dalam 30-35 orang je. Taknak ramai-ramai sangat sebab kita prefer quality dari quality. As for now dah ada lebih kurang 18 seat so ada balance dalam 17 kekosongan je lagi. Sapa yang nak boleh WhatsApp I terus dekat 012-9184042 untuk book tempat. Kalau tak dapat gaji lagi takpeeeeeeeeeeeeee. Book je dulu nanti gaji baru bayo. Ok?


Basic Makeup Workshop 2.0
Date : 12 Mac 2017 (Ahad)
Time : 2.00pm – 6.00pm
Venue : 9Kedondong Ampang Hilir
Fee : RM160.00

SaufiVille CNY Holiday - Part I (Nero Bianco Deli)

Assalamualaikum

Masa cuti CNY haritu, kitorang pegi ke SaufiVille Resort dekat Janda Baik. This time pergi 2 hari 1 malam je. Memang purposely cari tempat yang dekat-dekat sebab malas nak drive jauh-jauh. Korang pon yang mana duduk KL ni and rasa macam ada limited time untuk holiday jauh-jauh boleh la carik memana resort jenis Villa macam ni. Ada melambak ok? Yang dekat KL area pon ada. Rawang pon ada. Semua dekat-dekat je and affordable pulak tu. Ada yang mahal, ada yang murah. Pepandai la carik. Dekat Airbnb pon ada banyak. Best jugak sebenarnya sesekali keluar dari KL and paling best rupanya kurang dari sejam drive dah sampai tempat yang back to nature macam kawasan Janda Baik ni. Ada hutan, air terjun and resort. Ni kalau naik Electric Scooter Si Sazli pon layan jugak ni. Pakkal la tak muat sumat dalam bonet, kalau tak memang dah angkut. Seronok time cuti  ni dapat kumpul macam ni dengan familiar faces. Cuma yang tak best is SaufiVille itself la. Ada a few menda yang tak best dengan tempat ni. But nanti later I share ok? Later tu taktau la bila hahaha. Maklumlah Siti Nohaliza kan bizi menyelamatkan dunia sebab dia Power Rangers Kuning? Kitorang pergi 4 family. Family I, Aina, Shariffah and Reham family plus in-law Reham. Sebelum cerita and share pasal SaufiVille ni, macam biasa kita layan cerita makan dulu la. Ok? Maklumlah blog ni cerita makan je yang tak controversy. Kah kah kah. 


Nama restaurant ni is Nero Bianco Deli. Dekat tepi jalan menuju ke SaufiVille. Cool la tempat ni. Nampak lain dari lain.  Ni dorang berborak dengan brother yang bukak Archery dekat belakang restaurant ni.

Monday, February 20, 2017

Hubbly Bubbly Night at La Risata and Franco

Assalamualaikum..

Sabtu bebaru ni I ada Girls Day Out dengan Shariffah, Reham and Aina. Patut Hazel join sekali tapi dia tak free so takpe, next time plan lain. Nama group ni is ‘Hubbly Bubbly’ inspired by Reham la. Taktau la apa maksud dia tapi kekonon macam malam berjimba. Berjimba style makcik-makcik. Hahaha. Ni semua plan dah lama. Kekonon nak girl’s day out. Anak dengan suami tak yah ikut. Plan citer nak gempak je. Nak makan, lepas tu nak dessert, lepas tu nak tengok live band, nak lepak macam zaman dahulu-kala zaman muda remaja tapi sudahnya pukul 10.00pm Aina dah menguap. Acane? Masa nak balik pon I tanya Reham, ‘So, this is it?’ Lepas tu semua gelak-gelak je. Ongtue cenggini la, pukul 10.00pm dah tingat bantal. Hahaha. Takper la, ni baru vol 1, nanti vol 2 kita plan lain la. Movie ke, karaoke ke, gittew. Shariffah tu masa cakap maybe next time kita try Karaoke pulak terus dia cakap, ‘Redbox buffet is nice’. Tetap subject dia ialah makan. Hahaha. Memula Shariffah cakap nak dinner dekat Greenhouse je sebab ada makan, boleh coffee and dessert semua at one place. Tapi I taknak. Noooooo Greenhouse. Nooooo. Meroyan la kalau makan dekat situ sebab dah terlalu kerap makan dekat sana. Sampai Supervisor dia yang nama Henry tu tetiba dah jadik kawan Mr David. Bincang punya bincang sudahnya makan kat La Risata. Ampang jugak tapinya T___T Baru ingat nak makan kat area Bukit Bintang ke or yang jauh dari Ampang tapi tu la kan, Ampang People macam dah stuck here probably forever la kot. Redha je la Mak Jemah. Haha. 


Dari kiri : Aina, Shariffah, Reham and Maya Karin (harini up sikit, biasa Siti Nohaliza)
Theme : Black with accessories. Gitew. Keluar outing dinner pon ada kaler tema. Punya besungguh. Click read more for full entry.

Friday, February 17, 2017

Anny, King Coco and Absolute Thai.

Assalamualaikum..

Selamat Hari Jumaat semua! Harini nak makan apa for lunch? Kalau takde idea nak makan apa today I share tempat makan sedap yang nkorang patut cuba sebab kedai makan ni memang best giler. Coca memang tak tipu. Coco sendiri dah cuba and Coco puas hati sangat. Tempat makan tu nama dia Absolute Thai. I love Absolute Thai. Mmmuuuaaah! - Baca style King Coco. Hahahah. Dah tetiba King Coco pulak. Si Anny la ni hari-hari remind I pasal Si Coco ni, sayang betul dia dekat Coco ni. Marah betul dia kalau baca ada yang beria nak troll or mengutuk Coco. I tanya Anny, kenapa ko macam sayang sangat dengan Coco ni, kata dia 'Suraya, aku rasa dia ni baik la wei. Aku kesian dia. Asyik kena troll and orang macam  nak bodoh-bodohkan dia aje. Sian wei!' Yeeeee memang kesian. I pon ada tengok video yang dia dengan Mat Dan dijemput sebagai artis jemputan untuk program Sepahtu ke apa entah. Kan ada yang dia rasa sambal belacan, tempoyak, cencalok semua tu lepas tu dia tak boleh teka and end up mcm nak muntah and I was like T______T. Dah tu pulak Mat Dan pandang slack je kot? Sian pulak I tengok Coco macam di perbodohkan like that and dia pon redha pulak diperbodohkan sampai up to that level. Kesian and I terfikir jugak, budak ni memang hati kental sungguh. Dia watlek watpis je kalau orang nak cakap apa. Peduli apa dia. Lagi banyak orang troll lagi la tinggi populariti dia and free je dapat publicity. Memang hati kental budak ni. Memang la dia popular by cara macam ni sebab dia pon bawak character bimbo tapi at the bright side apa yang dia dapat? Fame. Lepas tu dapat pulak generate income by that. Dah tu bila dia cari duit dengan buat review keluar pulak fakta dari Ustaz mana entah cakap siapa yang buat review dengan Coco ni haram. Wow. Senang je nak jatuhkan hukuman macam tu. 


Sebelum mengulas lanjut pasal Si Coco ni kita share dulu I gambar. Yang ni  I punya favorite. Nama dia ialah Meang Kam. Daun kaduk makan dengan isi sampah sarap macam kacang, kelapa goreng, lime, cili padi, halia muda, bawang dengan shrimp lepas tu kuah special. Sedap! Kata Anny ni Sirih. Hek dia sirih?

Thursday, February 16, 2017

Dinner With Auntie Munie at Pegaga Restaurant

Assalamualaikum..

Last week kitorang dinner dengan Auntie Muni, Syazana and Firaz dekat Pegaga Restaurant. Memula tanya Auntie Muni nak makan dekat mana, western ke local lepas tu dia cakap nak makan local. Baru ingat nak bawak Auntie Muni makan dekat Jibby East tu. Tak sampai-sampai lagi kitorang kat sana until now padahal dekat je dengan Ampang. Kata Auntie Muni dia dah tak larat nak makan Western. Sesekali balik Malaysia nak makan la masakan orang Melayu. Si Firaz ni last jumpa dia kecik je lagi. Tak silap dalam tahun 2012 kot? Now dah bujang hensem dah. Badan dah tough tapi bila nak makan dia request nak makan dekat kedai yang takde lipas. Hahaha. Pegaga ni InsyaAllah lah takde lipas sebab restaurant ni pon lawa je. Sebenarnya yang beria nak makan dekat sini I la. Bedebar-debar jugak masa tanya Auntie Muni dia nak makan kat mana sebab dekat rumah dah plan nak makan 2 pinggan nasik, lepas tu lauk nak 6 jenis, siap dessert. Hahahahha. Yang duduk Malaysia nampaknya lebih bersungguh nak makan beria aku pon tak paham kenapa. Masa kitorang sampai sana tu, tengok dari jauh kedai macam kurang pengcahayaan. Ingatkan tutup. Rupanya bukak. Lama jugak I tak makan dekat sini. Dulu masa Si Anny mengandungkan Ayden, seminggu wajib dua kali makan kat sini. Sudahnya yang mengandung rilex je tak gemok ni aperhal yang meneman pulak badan naik. Hahahaha.


Ok, belanja 1 gambar la. Sambal Sotong Putih. Sedap! Tak pedas sangat pon. Besungguh Suraya makan. Siannnnn dia dah lama tak makan dekat Pegaga.

Wednesday, February 15, 2017

Makeup Workshop 1.0 by ANS Beauty

Assalamualaikum

Lama dah terperam entry Basic Makeup Workshop by ANS Beauty ni. Tauke kedai sebok share pasal makan makan makan tak habes-habes. Hahaha. Maafkanlah dia. Basic Makeup Workshop ni kitorang buat pada 21 January lepas bertempat di Kinrara Golf Club, Puchong. Al-hamdulillah berjaya walaupon baru first time organize. Memang takde experience apa tapi takde any hick-up, syukur sangat. Program buat semua on time and cukup-cukup je masa. Makan cukup, tempat selesa, dapat sambutan and dapat share ilmu yang pentingnya. Semua yang datang happy sebab dah tau cara macam mana nak make up dengan betul. Padahal basic make up tapi sengsorang balik muka dah Siti Nohaliza je semua. Semua cantik-cantik. Balik tinggal main pondok-pondok je. Hahahahahaha. Kitorang buat pukul 2.00pm and al-hamdulillah by 6.30pm semua dah selesai. Terima kasih pada ANS Team especially Lin, dibantu oleh Kerol for setting tempat semua. Thank you pada Iman and Linda as MUA yang berkongsi ilmu. Sorang duduk atas buat demo, sorang jadik Guru Besar check make up peserta. ELMA yang sponsor bb cushion, Make up Murah by Numi sponsor hadiah, Huda and Haizan sponsor kuih-kuih dan brownies dan paling banyak terima kasih dari ANS Team ialah kepada semua peserta yang memberi kepercayaan kepada kitorang untuk organize event ni and bagi kerjasama 10 bintang. Semua mendengar cakap. Redha je kena sergah dengan Iman. Iman ni garang sikit la time mengajar. I pon takot. Gaya dah macam Guru Besar. Pakkal takde rotan je. Memula elok la pakai heels, towards the end dia kaki ayam je. Lengoh dia cakap. Yerla, berdiri lama atas stage dengan mengandung mana la dia tak penat. 


Thank you Linda for make up. Linda paham apa yang I nak dekat muka I. Takyah la nak experiment memacam. Biarlah monotonous je makeup takde variety yang penting I puas hati. Kang kasik pakai lipstick maroon nanti mula la muka I ketat tak boleh nak senyum.

Kisah pasal Basta Bag - Sometime

Assalamualaikum

Kitorang ada group WhatsApp nama Gila Tudung Bawal. Rasanya macam pernah cerita kot? Nama je Tudung Bawal padahal semua menda bebudak ni tapau habes asalkan namanya shopping. Ni combination ahli dari Wakdan WAGS + Cookies + Anak Cucu Sulatin + I will Survive (Group Office) and plus Hamira Noh yang non ahli semua yang di sebut diatas. Dia by invitation je hahahahaha. Dari dulu masuk group semua by-invitation je sedih sangat hidup kau ni Hamira. Setelah digabungkan semua maka terhasillah Gila Tudung Bawal ekekeke. Sini best la weh sebab semua jenis kaki shopping yang up-to-date dengan segala mala Sales baju-baju and tudung and make up. Kitorang siap ada pro punya PS yang boleh dapatkan limited item punya barang macam Duck Scarf, Sometime handbag, Sugar Scarf, Ariani semua tu. Takyah beratur, takyah sebok nak register online. Order je nak apa, zaaaapppp dah ada depan mata. Sediakan ajer ongkos. Ketua dia ialah Marsha la. Dia ni la penghasut yang buat semua orang terpengaruh. Semua orang tu sebenarnya Rish, Shikin dengan Shanom la ketua dia. Aku tak paham spesis beli tudung sebulan sampai 40 helai ni macam mana. Kekadang masuk office tup-tup dah OOTD dalam Zara KLCC acane ni nak citer? Kekadang pukul 11.30am dah sampai Pavillion I just don’t get it. Hahaha.

Haritu tengok Manja Khaty and Yana pakai Sometime Basta handbag macam lawa je. Terus I buat aduan pada Marsha. Kata Marsha yang Basta dah takde dah dalam website. Sold Out. Yang ada Baby Basta je. Kalau nak kena la carik Reseller tapi harga kena la markup kekadang sampai RM50-RM60.00 sebijik bag. Dorang buat bizniz weh. Bengang jeeee. Time ni la dorang carik duit. Tetiba last week Sometime announce Maxi Basta akan restock lepas tu I pon hasut la semua orang. Kali ni Kakyang, Dyba and Kaklong terpengaruh maka semua pon beli. Si Mira tetiba jadik PS Kakyang hahaha. Marsha pulak belikan I, Dyba and Kaklong. Ada Baby Basta, Basta and Maxi Basta. I ambik Baby Basta dengan Basta. Kaklong ambik Maxi Basta. Rish tak terpengaruh sebab Makcik Office dia pon pakai Sometime.   Anyway, Kaklong nak letgo dia punya Maxi Basta ni for RM200.00 sahaja FREE POSTAGE (Np RM229.00) color Apricot. So sesapa kat sini yang failed untuk beli and nak boleh WhatsApp I dekat 012-9184042 untuk book eh? Ni I tolong Kaklong je ni. Menyam.




So this is Sometime Maxi Basta. Warna Apricot. Lawa kan? Size Maxi ni macam Large la. Paling besar dalam family Basta. Boleh isi macam-macam sebab dia besar. If ada program apapa dari Pagi – Petang boleh sumbat segala mala pampers and botol susu. Muat.
**Click Read More For Full Entry

Tuesday, February 14, 2017

Lauk Pauk Punya Banyak Sampai Entry Cecah Ke Lantai. Haha.

Assalamualaikum..

Tabah ajer la dari semalam sampai harini, Siti Nohaliza korang ni tak abes-abes dengan cerita makan. Hahaha. Naseb baik la badan menten je dengan hasil memakai Corset dari HOUSE OF CORSET. Sabtu Ahad dekat kampung kita bedal makan sesuka-suki lepas tu Isnin-Jumaat pakai corset pergi kerja. Setel badan tak naik. Isnin – Jumaat elak la makan manis, elak nasik semua. Control portion. Sabtu Ahad bedal la makan banyak mana as a reward. Ok? Sapa nak harga kasih sayang, WhatsApp I dekat 012-9184042 ok? Tengok la level bodek korang tahap mana. Manaaaaaaaaaa la tau I kasik sampai RM100.00 sehelai kan? Hehe. Ok, back to cerita makan.

Weekend bebaru ni I balik kampung. I bawak Encik Ahmad pergi pasar malam dengan Mak. Mak pulak beli ketam (kan dia excited nak bagi anak makan sedap bila kat kampung?) and I pulak lupa ketam and udang ni air dia kalau menitis dalam bonet memang bau bangkai. Haritu masa I potluck dekat rumah Reham nak masak Sambal Udang Petai so beli la kat kedai Usop lepas tu air menitis dekat alas bonet. Sudahnya kereta 3 4 hari bau busuk giler. Habes segala arang, roti I letak dalam bonet hatta lepas cuci pon kereta semua still bau busuk. Lama jugak nak hilang. Masa dalam kereta dah start berbau. Hadoi. Tak cukup dengan bau busuk kena pulak kencing dengan kucing. Kisahnya Si Sazli pon anginkan kereta. Dia bukak la semua bonet, pintu semua. Seeeeekali masuk pulak kucing pelarian kencing dekat carpet seat depan package dia cakaunya leather seat OMG ni macam double trouble punya problem ni. I rasa bersalah giler. Tapi Sazli cool je handle. Dia cakap takde rezeki… Seat tu dia dapat tempat yang boleh tukar bahagian yang calar je. Kena buat la jugak sebab sakit mata memandang kan?


Sebelum sambung cerita, nah I belanja Ketam Masak Lemak Cili Padi yang GF I masakkan ni. Bapak la sedap ok? Kuah dia kalau tak habes jangan dibuang. Boleh panaskan lepas tu pecah telur pulak. Nak sedap, carik telur Itik. Samadengan PENGSAN.
**Click Read More For Full Entry

Monday, February 13, 2017

Resepi Sayur-Sayuran SEDAP!!

Assalamualaikum..

Stressed pulak rasa bila Sazli tengah diet tak makan nasik ni. Dia punya willpower memang level power rangers merah la. Memang tahan godaan. Dia cakap February ni is NO RICE MONTH. So far dia dah 13 hari tak makan nasik and survive. Malam pon dia tak makan and dah start jogging balik. If dia lapar pon dia akan makan light je. Tahan godaan pulak tu. Weekend ni segala lauk pauk hebat terhidang depan mata sikit pon dia tak heran. Dengan ketam masak lemak cili api, sambal belacan semua haaaaram dia nak sentuh nasik ok? Makan la ulam cicah sambal belacan and cili kicap tu ha. Kalau I orang tanya confirm ke taknak makan nasik ni? Tanya sekali I tolak, tanya dua kali I diam, tanya 3 kali dah, meh la nasik. Gua tak tahan. Hahahahah. Sazli takde. Kalau dia cakap No Rice maksudnya memang no rice. Ko buat la tiger show depan dia takde der dia tergoda. Ni ada lagi 15 days to go. Selamat berjaya diucapkan. Kalau Sazli berjaya one month without rice, I memang salute la. Untuk orang yang nak diet and tak makan nasik ni mental kena kuat. Akan ada yang cakap, ‘Ala, tak makan nasik tapi you makan carbs lain, ambik air manis, makan mee goreng semua sama jugak calories intake u. Salah ni diet u. Makan je la nasik’. No. Jangan pedulikan. Bab salah diet, calories intake sama dengan nasi ke tak, itu jatuh nombol dua. Yang penting sekarang is keeeeeeeeeeeeeeeeena elak nasik. So bersempena dengan suami taknak makan nasik maka beliau request untuk I buat sayur. Salad ke apa terpulang. I offer nak gorengkan sayur sedap-sedap bila Sazli mintak nak makan kangkung rebus je. Alahai kesian. So dipersembahkan 3 jenis resepi sayur goreng yang not so healthy but InsyaAllah sedap!


Kailan Sotong ni improvise dari resepi Ain. Ain buat simple je tapi biasalah aku taknak kalah. Mesti nak lagi sedap. Hahahaha. Tengok gambar dah tau sedap. (Memang pon)
**Click Read More for Full Entry

Soho Sandwich Review by Siti Nohaliza

Assalamualaikum..

Last week akhirnya I order jugak SOHO Sandwich dari Wan Luqman sebab tak tahan godaan. Berbulan jugak tengok dia update dalam FB tapi gua buat bodoh je. Gigih takde order sampai kesudah tapi akhirnya tertewas hahahaha. Tu pon lepas rasa yang Kaklong order. Yang I makan tu nama beliau ialah Heritage Clubsanwich. Wei People! Bapak la sedai wei sandwich dia. Daging dia tu ada rasa rangup ala-ala masak hitam ke apa entah lepas tu ada rasa daun limau purut, sos dia seenak rasa takde meleleh-leleh macam typical orang Malaysia suka makan jenis kalau order dekat Subway, ‘All sauce please’ dah tu sos meleleh sampai dekat siku, I don’t like. Sandwich soggy memang I pangkah. Dia punya salad crunchy and roti dia tak liat. Sedap la. Terpaling sedap I pernah rasa. Now, I nak ucapkan selamat tinggal kepada O’Briens and Subway. Forever. Sebab SOHO Sandwich ni memang sedap sebab dia gabung rasa melayu dalam sandwich dia. I suka la. Yang tak suka sebab tak boleh order harini, esok dapat. Hahahah. Biasa mesti mau gap 2 3 hari baru dapat sebab Owner dia ni tak buat Sandwich ni full time. Dia buat bila ada order sahaja lepas tu dia memang limitkan sehari dalam 10-15 order macam tu je. Tak buat banyak. Itu yang I rasa SOHO Sandwich ni a bit exclusive and ‘mahal’. Mahal bukan sebab price tapi sebab susah nak dapat. 


Untuk first time order, I mintak Heritage Clubsandwich. Bapak la sedap. I suka la rasa daging dia tu. Sayur pon rangup, tak kedekut bahan.

Friday, February 10, 2017

Makan-makan with Kathy Jem and Yana di Serimooka

Assalamualaikum..

Sampai harini tak sempat jugak lagi nak share pasal Basic Makeup Workshop yang ANS Beauty organize on 21 January lepas. Punyalah bizi I sekarang. Maklumlah, part time Power Rangers Kuning kan? Takkan la tak tau. Bizi bizi bizi all the time. Anyway tu kitorang punya first experience la organize kelas mekap macam ni.  Plan semua dalam masa 2 minggu and al-hamdulillah mendapat sambutan and berjaya walaupon kekadang rasa macam hoih tak sempaaaaat dah ni. Tapi sebab team kita semua power so event pon jadik la berjaya. (Kasik chance please).  Semua yang datang muka tempe je tapi bila  balik tetiba muka dah Siti Nohaliza je. Semua cecantik dah. Tinggal balik tu main pondok-pondok je. Kah kah kah. Huda cakap, berbaloi sangat dia datang kelas yang Fee’s RM200.00 tapi dapat goodies bag yang best, dapat makan, tempat selesa, ilmu yang diturunkan pon best. Baru la tau macam mana nak lukis kening, nak pakai faun-die-tion semua. Sebelum ni main belasah je, termasuklah aku. Bahaha. Ramai yang mintak repeat and tak kisah untuk join lagi sekali. Our MUA Si Iman memang kasik gegar la dewan. Dia ajar detail semua step by step. Walaupon garang sikit takper la, kita kasik chance. Lagi pon dia tengah mengandung so imbalance hormones sikit. Memandangkan Vol 1 dapat sambutan and ada yang request untuk repeat sebab time 21 tu ada kenduri la la apa la so bincang punya bincang dengan team, kitorang decide untuk buat yang 2.0 tapi kali ni kita collaborate dengan Beauty Blogger yang sekarang dah jadik founder cosmetics, sapa tak kenal Kathy Jem! (Dah macam announcement nak perkenal peserta Realiti Show hahaha)



Cantik sangat si Kathy ni. Pakai tudung kepek-kepek pon ok je muka dia. Kathy baru je bersalin tau? Anak dia tak masuk 4 bulan lagi tapi badan dah kurus. I dulu masa Shein, lepas setahun baru la muka tak sembab jadi sila bagitau sekarang, mana keadilan di dalam dunia ini?

Wednesday, February 8, 2017

Pernah rasa failed as a Mom?

Assalamualaikum..

Pernah tak kekadang korang rasa failed as a mom? Mustahil la kalau tak pernah kan? Rasa failed tu biasanya kita rasa bila kita failed untuk dapat apa yang kita expect as a mom and bila anak kita failed untuk jadik macam mana yang kita expect ESPECIALLY BILA ADA ORANG LAIN TIME TU. Bila I kaji balik, most of the time yang I jadik frust and failed as a mom waktu dengan Shein ni bukan la sebab dia 100%. No. If sebab dia mengada, cranky tak tentu hala pon sebenarnya masih under control. I chill watlex watpis je. Langsung takde stressed.  If tengah makan, I makan je. Mandi pon lama-lama macam takde apapa yang jadik. Lantak la ko nak meroyan dekat situ. Haha. Nanti bila dia dah calm down bila I tak layan, dia sendiri akan datang pada I and I akan cakap dengan dia elok-elok. Ok je macam tu. Lepas tu kita akan berpelukan and selesai masalah. Senang kan macam tu? Sebab apa jadik senang? Sebab I know, nobody see, nobody listen so no one will judge me or Shein bila dia buat perangai. I can be as cool as ever. Takde raise voice and spank dia ke tapi bila I terlalu cuba untuk ‘menjaga’ dia especially dekat public masa tu I rasa failed as a mom. Major failed. Sebab apa? Sebab sebok nak please orang and sebok nak fikir apa yang orang akan judge I and Shein.


GERAM SANGAT NI

Tuesday, February 7, 2017

Cerita Pasal Mak Mak

Assalamualaikum..


Sempena today adalah birthday GF kaksu, so kita cerita pasal mak mak la eh? Happy birthday Mak! Semoga Mak panjang umur dan sihat selalu. Macam biasa sebab kaksu busy sikit today, so dia mintak Ain tolong update blog. Last week masa entry pasal shein admitted ada yang comment tanya siapa yang tulis. Maybe dia nampak ayat macam ayat kaksu but update by Ain. Kalau macamtu biasanya kaksu email/whatsapp text and photo, then Ain akan masuk updatekan. Sebab tu by Ain. Dont worry, so far belum pernah kaksu suruh update as dia. Haha. So readers dia tak perlu risau. Normally bila dia busy or tak masuk office then baaaaru dia mintak tolong update. Kadang dia bagitau nak update pasal apa, kadang dia bagitau pukul berapa je kena update. Ikut mood dia. Tadi padahal nak update pasal  mak mak, tetiba clarify pasal chooyaya's author pulak. Haha.

Sebelum tu kita up la gambar birthday girl dengan Siti Norhaliza (ofcoz gambar dia kena ada). Semoga Mak sihat selalu. Mak ni kuat, kalau berjalan yang muda belia cepat penat. Mak steady je. Ain takde pulak amek gambar dengan Mak masa kat Langkawi. Segan sebenarnya. Tapi Mak best sebab kelakar. Mak sokong Najib. Ain sokong Siti norhaliza. Kah kah kah.

Monday, February 6, 2017

Perempuan Memang Suka Kena Puji, Kan?

Assalamualaikum..

Umur 36 tahun macam mana nak jaga muka dan kesihatan badan? Haaaaaaa. Ada jugak yang tanya tips randomly dekat FB/IG and Blog sebab katanya Chooyaya tak gaya 36 tahun pon. Cecece. Aku pon kembang la semangkok kena puji. Kah kah kah. Perempuan kan? Sure la suka kalau kena puji. Sapa yang tak suka kena puji tu memang rare la. Susah nak jumpa. Shein pon now I ajar dia macam ni. If dia nak susu dia kena cakap 1)Please 2)Mama Cantik. Lepas tu mengikut pulak tu. Hahahah omel Shein. Kalau pagi dia mintak Susu, ‘Mama, shoshoooooo’. I pandang dia angkat kening. Lepas tu dia cakap, ‘Please Mama’. Lepas tu I angguk and angkat kening dua kali. Lepas tu Shein cakap, ‘Mama? Catey!’ Hahahaha boleh laaaaaaaaa. Dah cakap macam tu baru la I bagi dia susu. So kalau nak tanya I apa tips I yang I amalkan I kasik 3 simple things I cuba buat. Pertama, minum air banyak and jaga makan walaupon tak la beria tapi I know where to stop. Kedua by keep active tak kisah la dengan cara exercise ke atau mengemas rumah pon kira part of exercise jugak. I akan buat outside activities as much as I can. Berjalan pon ok je. Keep active la. Pepandai la ko nak buat macam mana and last sekali I banyakkan senyum. Bergurau, mengembirakan hati and jangan sedih lama-lama. InsyaAllah by doing this, korang akan nampak presentable la. Nak cakap cantik kang macam puji diri sendiri but cuba buat 3 menda ni. InsyaAllah hidup lebih ada kualiti. Senyum kena selalu. Kena happy and jangan mourn over something yang buat kita tak happy terlalu lama.  Tua tetap tua tapi biar tua yang berkualiti ok? Keep positive and apapa pon kena lekas move on and most important jangan ada dendam.  Tu nanti I elaborate detail. Ok? Dah gaya macam Pakar Motivasi tak? Haaaaa. Kasik chance please.


Dengan ANNESURAYA SKINCARE lagilah senang nak jaga muka. Seronok tengok bila bangun pagi, muka flawless je. Memang rasa beza dulu dengan sekarang. Cakap masjid ni (Bak kata Ain kalau dia nak cakap dia tak tipu).

Weekend With Shein - Part I

 Assalamualaikum..

Weekend ni well spend dengan Shein. Kitorang 2 hari ni dekat KL and ada dekat rumah je. Shein pon tak boleh nak renyah-renyah sangat sebab baru je sihat and baru discharge dari hospital. Doctor Patric pesan no pool, no mall semua no. Duduk rumah je diam-diam and banyakkan rehat. Plan nak balik kampung pon postpone minggu depan. So Sabtu Ahad kitorang rehat-rehat je dekat rumah. Pergi rumah Baba and Maktok both day sekejap-sekejap and Sabtu petang Sazli bawak kitorang naik Harley Electric Scooter ronda sampai Taman TAR and bagi Ikan and Turtle makan dekat Kelab Darul Ehsan. Memory la tempat ni sebab dulu I kawen dekat sini la. Hehe. Dah lama giler tak datang sini walaupon sekentut je jarak dari rumah. Dekat KDE ni banyak jugak facilities macam Swimming Pool, tempat main Badminton, Tennis, Golf semua. Restaurant, Salon and Barber pon ada jugak and harga pon tak mahal. Semua open for public accept for facilities tu kalau non-member akan jadik mahal la sikit yuran dia. 2 hari tu kitorang layan naik Electric Scooter. Singgah jugak tapak rumah tengok apa dah jadik. So far masih takjadi apapa lagi. Hahaha. InsyaAllah kata Sazli, tahun ni dah boleh start naik la. Tak sabarnyaaa nak tengok rumah naik and nak hias rumah sendiri soon. Happy beyond everything. Sazli tu lagilah, if I and Shein happy dia dia double triple happy. Nampak sangat apapa dia buat priority is Shein and I and lepas tu baru dia :) Yang dekat KDE tu nanti I share dalam next entry. Yang entry harini ni kita lompat ke hari Ahad sebab ada activity makan. I sukaaaa and dah lama tak makan dekat Menate. I’m craving for daging. I pon lepas Shein discharge haritu, ada jugak kena diarrhea and food poisoning. Makan apa pon muntah sampai takot nak makan. Now dah ok la. Al-hamdulillah. Kurus la 2 hari lepas tu debab balik. Hahah.


Thank you Menate sebab masak exactly macam yang I nak. Yang ni Medium rare Sirloin Steak. Lembut je! Kata Chef dia, Rib Eye lagi lembut. Next time nak makan Rib Eye pulak. Dia punya Sirloin pon dah lembut and sedap macam ni, Rib Eye macam mana lah pulak kan? Yang ni I pick sendiri. RM70.00++ harga Steak and any meal akan complimentary drinks. Unlimited. Tu yang best Menate ni.

Friday, February 3, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Shell Out Potluck

Assalamualaikum..

Bebudak dalam group #TheJourneyPerthian2017 nampaknya tak move on lagi maka Sabtu lepas berlangsunglah acara makan-makan Shell Out, hosted by Kidd and Hani dekat Villa Wangsamas Wangsa Maju. Kali ni tambah ahli seperti Khatiq, Aliah and family also Arie. Arie datang sorang pulak, patut bawak Fattah Amin sebab dia BFF Fattah Amin. Damn! I dah berdebar-debar masa nampak Arie, tercarik-carik jugak kot ada Fattah Amin ke apa. Beria pakai perfume sebaldi sekali takde Fattah Amin. Hahaha. Esoknya I masukkan gambar Shell Out dalam IG link ke FB caption poyo ‘Semoga Friendship kekal ke anak cucu’ lepas tu si Zack Galak komen ‘Nama kita tak mention pun.. Pui!’ and masuklah si Apai, ‘Aku dari haritu nak tanya, UiTM tak boleh join ke?’ and Khatiq reply, ‘Ko jangan sibuk la Apai, ni untuk budak belajar Obersi je’.  Si Apai tak puas hati Khatiq tetiba ada sekali masa makan-makan ni lepas tu dia komen, ‘Hahaha ko apahal Tiq, adui… Ko UTM. Takde bunyi Ostolia pon nama uni ko?’ Khatiq reply, ‘UTM (University Technology Melbourne’). HAHAHAHAH BANGANG memasing.

Korang kalau baca blog ni mesti perasan I ada sebut either WakDan FC or DanDan FC. DanDan ni is geng belajar dekat Australia. Memacam Uni la, I pon tak sure, ada Curtin ada Adelaide ke menda entah. WakLu pulak is bebudak Kajang = Cookies. So WakLu + DanDan = WakDan FC. Bila gabung ni jadik la besar family. Ada bebudak WakDan ni dedua family dia join. DanDan pon ye, WakLu pon ye. Eh memandai je cakap ada ramai, padahal Gofur dengan Syikin je. Macam Cookies (WakLu FC), I by invitation. Maksudnya kalau dorang buat makan-makan Cookies, dorang ajak I and Sazli by invitation. By Invitation sebab kitorang je yang bukan orang Kajang and satu sekolah. Konsep I ni macam Hamirah la. Dulu dia Cookies by invitation Sekarang takde dah. Dah kena kick. Hahaha. Apai tu tak payah nak bising la. Dia time Cookies punya takde pon ajak Rish. (Tetiba Rish kena highlight) HAHAHAHA. WakLu ke, DanDan ke yang penting kiter semua close je. Macam satu family. Tingat pulak dekat Ami. Ami ni budak Cookies. I selalu berlakon Tan Sri Secretary dengan dia. Sikit-sikit asal tanya asal mana Ami mesti cakap Ostolia lepas tu si Apai kutuk, kata dia ‘Ami, ko sebut Ostolia pon salah nak ngaku asal Ostolia’ Hahaha. Macam Wakdan ni yang satukan is bola sebenarnya. Sama-sama minat bola, dulu selalu la join league. Now macam slow down. Bebudak Cookies yang tak main bola macam Cipel, Aiman, No, Aspa pon I kenal baik jugak. Dorang semuaaaa baik-baik. Rindu pulak. Ada 3 tahun dah kot tak jumpa.


Sayup kelihatan Shell Out yang disediakan oleh Host, Kidd and Hani. Thank you. Sedap sangat Shell Out Kidd buat. Dah nama pon Chef kan? Kata Hani, neighbor dia mesti pelik kenapa malam ni rumah dorang riuh macam hari raya. Dah macam open house hari raya dah.

Thursday, February 2, 2017

Walaupun Harga Minyak Naik, Tapi Harga #houseofcorsetbychooyaya Masih Murah.

Assalamualaikum..

Ceh tajuk kemain, hahaha. Sebelum tu Ain nak ucapkan selamat bekerja for those yang dah habis cuti. Nak pulak masuk after lunch break ni semua mesti lemau je. Jangan duduk depan PC tau-tau berdengkur sudah. Yang masih cuti and tidur kat rumah macam siti nurhaliza tu untunglaaaaa. So this is short update pasal corset. Macam tajuk atas tu, walaupun dah masuk tahun 2017, harga untuk #houseofcorsetbychooyaya still maintain murah. dahlah murah, selesa, kualiti pon ok, So kalau korang tak beli memang rugi lah. harga pulak still berkonsepkan lagi banyak beli, laaaagi murah. 



Murah kan? nak dapat paling murah (RM110 sehelai), korang ajak lah officemate, kakak, mak, makcik, adik, nenek semua beli sekali, so lagi jimat. Untuk size M - 5XL ada 3 warna iaitu Premium Blue, Premium Black and Premium Beige. Tapi certain warna selling fast. Kalau nak any specific color boleh whatsapp 012-9184042 atau DM kat IG @_houseofcorset
1 Helai = RM130
2 Helai = RM240
3 Helai = RM330
(exclude postage RM8 each order)

Wednesday, February 1, 2017

Sheindong And Food Poisoning