Friday, January 29, 2016

B,Bap Korean Bistro. SEDAP HOI.

Assalamualaikum..

Sambung la pasal makan Korea semalam. Mana tau nanti weekend esok korang boleh try makan dekat sini untuk cari kelainan. Takkan hari-hari nak makan sambal air mata. Eh. Tu aku! Hahahaha. Nama restoran ni ialah B.Bap. Lokasi dekat Avenue K, atas setingkat dari Sushi Zanmai. Sini sedap la. Seriously sedap and harga tidak la mahal mana. Semalam kitorang amek 3 set nasik + lauk, (heeeeeeeeeeeeeee), appetizer and dessert baru la RM110.00 macam tu jer. Puas makan. Lebih kurang sini harga satu set makanan dalam RM20-RM30 macam tu jer. Portion nasik sikit giler la, mana tak I bedal 2 mangkok. Lepas tu gemok nanti komplen komplen komplen. Hahahaha. Tapi semalam, seriously I makan sekali je. Lepas tu kenyang sampai malam. Rasa puas hati dia taktau nak cakap macam mana. Bagi yang tak biasa makan Korean Foods, kena take time la untuk minat. Nanti lama-lama korang mesti suka.

Macam I dulu pon memula tak boleh terima sebab pedas dia lain macam. Pedas pedar sebab dia guna cili serbuk tu. Lepas tu bila I tengok Sarah makan slowly, nikmati sikit-sikit rasa dalam setiap makanan ni and makan Kimchi dengan penuh nikmat lama-lama baaaru lah I boleh terima. Now Kimchi pon I boleh makan macam tu je. Takyah letak dalam nasik and mee dah. OMG poyo giler I. Haha. Nak pulak ada chance makan dekat Seoul last time, lagi la rasa suka. Teringat kesedapan mackerel bakar. Perrrrrghhh. Makanan Korea ni dia tak sama dengan masakan Jepun. Tapi dia sedap jugak. Jepun sedap lain, Korea sedap yang macam lain. Yang penting, healthy sebab tadek santan-santan semua ni and most of the foods, dia bakar bukan goreng. Korang kena cuba ok? Kalau sayang I kena cuba if not me no fwen you. Bak uwet!


Spicy Seafood Soup (Soon Dubu Jjigae - Beef) RM20.00/set. Yang ni korang kena try. Sebab ni la nadi kepada makanan Korea. Seeedapnyaaaa. Wajib order ok?

Room at Suria Apartment To Let Go

Assalamualaikum…

Ini la kerjanya aku, book bilik jual bilik. Bongek giler! Hahaha. Dah dah. Malas nak cakap banyak, I nak tanya kekalau ada sapa orang nak ambik bilik yang I dah book ni. Suppose kitorang tido sana untuk wedding Fiezul tapi memandangkan Shein demam, so plan kena ubah la. Tak boleh nak stay sana sebab taknak ambik risiko. Shein pulak kalau demam takde der nak 38-39, dia ambik 40-43 terus. Sebab dia kan sedara mara dengan Goku. Jenis berdarah panas. Demam, tapi kuasa dia macam Ultraman. Kuat menendang macam apa je time makan ubat. Hati kuat ke nak main. Acane? So jom check out indo bilik yang I nak letgo ni.

Tempat : Suria Service Apartment (Bukit Merah, Taiping)
Jenis : Apartment 2 bilik
Check In : 30 Jan 2016 (Sabtu ni)
Check Out : 31 Jan 2016 (Ahad)
Include breakfast for 4

Harga beli : RM275.00
Harga nak let go : RM200.00 (negotiable)


Thursday, January 28, 2016

Terubat Rindu

Assalamualaikum..

Selepas 3 bulan balik dari Korea and entry Korea sampai sekarang pun masih pending, AKHIRNYAAAAAAAAAAA!!!

Akhirnya harini I dengan Kaklong dapat makan makanan Korea yang lebih kurang sama macam dekat Seoul haritu. Ni bukan yang macam dekat Pavilion yang Shinramyun dengan Tteokbokki ok? Yang ni nasik dengan lauk pauk. Walaupon tak sama 100% macam dekat sana tapi ni kira bagus and sedap sangat-sangat dah ni. Masa dapat makan tu, Kaklong cakap ‘Dik, rindunya nak makan semua ni dik….. Teringat masa dekat Nami Island dulu. Best kan Dik? Bila lagi la dapat pergi lagi’. I pon air mata berjuraian sambil makan nasik habes 2 mangkok. Hahahahaha. Sedih memang sedih, makan tidak dilupakan sama sekali.

Kat Korea memang kelakar la. Kaklong, Ellis and Kaklong Ellis memang a good team la. Kaklong dengan masalah nak berak merata tempat la apa la. Macam-macam hal. Sazli pulak sporting. Kekadang dia offer I suruh jalan dengan Ellis, and dia jaga Shein. Masa dekat Palace tu, puas I ambik gambar dengan Ellis. Ada satu malam, kiter jalan 4 orang je pergi tengok air pancut and celebrate birthday I. Sazli dekat apartment dengan Shein. Bila ingat balik, rasa rindu Korea sangat. Hopefully one day dapat jejak kaki ke sana lagi. Ikutkan nak travel ni kalau pandai budget, pandai cari hotel murah tadek la mahal sangat. Lagi-lagi kalau korang jenis adventure and try backpacking, lagi la murah. Dulu masa muda takde komitmen, duit pulak tak berapa nak ada tapi time melambak. Ikutkan kalau nak pergi Lombok, Bali semua tu boleh sangat dah.

Now ada rezeki lebih, commitment pada keluarga pulak. Shein ni ha sekali yang buat renyah. Sian dekat dia nak usung kesana kesini. Macam Sazli, dia tau bini dia pantang nampak pekan, suka berjalan. So dia cakap nanti kalau anak-anak dah besar, dah pandai jaga diri, and time tu I pon dah banyak free time, boleh la travel jalan dengan kawan-kawan. Sambil usap kepala. I tau dia pujuk I. Hehe. Takpon tunggu ‘anak-anak’ besar sikit so that dorang boleh enjoy sama-sama dengan Mama and Abah. I pon harap yang sama. Biar kami sekeluarga sihat so that nanti boleh happy sama-sama bejalan dekat tempat orang. Mana-mana emak yang boleh bawak anak berjalan selamba macam Cik Epal tu, you have my respect la. Seriously. Susah tak susah bejalan dengan budak kecik ni, kitorang je tau. Melainkan ada maid 3 orang tu lain cerita.


Suka kau eh Kaklong?

Jubah Lelaki Exclusive - Craft by Qalb

Assalamualaikum..

Sebenarnya I yang terpaling excited bila founder Craft by Qalb ni bagitau yang jubah lelaki by them dah berada di pasaran dan sudah mula dijual. Sebab apa? Sebab I tau citarasa founder ni yang amat la cerewet tentang semua menda sampai I rasa ‘ko ni dah kenapa yang cerewet sangat? Melebihkan pempuan’. Semua menda nak cerewet, lebih-lebih dengan baju yang dorang nak beli. Semua dia akan belek dari fabric, design dan kekemasan jahitan. So I tau if dorang keluarkan sendiri product mereka, I 100% percaya ni mesti ada class and mantap nanti ni. Memang tak disangkal lagi sebab bila dorang tunjuk final product (jubah) ni dekat I, I clap my hand, I give standing ovation and I admit, memang cantik, memang kemas and exclusive yet harga tersangat la mampu milik dan berpatutan. 2 manusia ni kalau buat kerja, memang bersungguh-sungguh dan bukan kaki cincai punya. Sapa yang pernah deal dengan dorang sebelum ni untuk beli Tart Nenas Terpaling Sedap mesti tau macam mana hasil kerja dorang. Kemas dan puas hati.

Tercetusnya idea untuk menghasilkan Craft by Qalb ni sebab dorang selalu tak puas hati dengan quality jubah lelaki yang ada dipasaran sekarang ni. Dorang komplen, kenapa la susah sangat orang nak keluarkan jubah lelaki yang berkualiti, cantik tapi tak pelik. Dah cantik, mahal sangat pulak. So acane orang yang berpendapatan sederhana nak pakai jubah yang cantik-cantik kan? So baik dorang buat sendiri. Masa memula dorang cakap nak buat Jubah ni, I macam layan tak layan je. Sebab rasa macam ‘Ada yang nak beli ke?’ Tapi bila semua dah siap, terus I rasa macam dua manusia ni dah letakkan jubah lelaki sekarang ni berada dalam level mereka yang sendiri. Sebab seriously nampak class macam beli dekat Butik-butik mahal. So lepas ni, kalau nak pakai jubah masa raya, masa kenduri dan majlis keramaian serta majlis-majlis agama takde la nampak kusam and aci boleh je, sebab Jubah Lelaki Craf by Qalb ni memang lawa giler! 


Noah Exclusive ni cuma RM170.00 sahaja. Free postage untuk Semenanjung Malaysia and tambah RM5.00 untuk Sabah dan Sarawak.

Wednesday, January 27, 2016

Shein Demam, Gym and Souled Out

 Assalamualaikum..

Masa Isnin bebaru ni, I bawak Shein pergi Kidz Sports & Gym dekat Ge Mall. Kemain Public Holiday charge dah kena RM40.00 sekepala untuk 2 tahun ke atas ok? Maaaahal. Pakkal la takde dah indoor gym lain dekat area Ampang ni kalau tak memang goodbye forever la Ge Mall. Sementara Sazli carik Lego set untuk Shein dekat Toy’s R Us dekat tingkat 4, I melayan la Shein. Main kejar-kejar dengan dia. I tengok Shein macam dah panjang giler. Membesar dekat dalam gym ni jer la since umur dia setahun lagi. Happy la dia main dekat sini. I agak, ada la setahun kot tak datang? Ke baru je datang? Entah, dah lost track. Shein kalau bawak sekali sekala datang sini dia happy la, tapi kalau selaluuuu bawak nanti dia boring jugak. Nak datang kena bagi main puas-puas. Takat masuk 30 minutes lepas tu dah taknak baik takyah. Ini semua cost!

Masa dari Ahad I dah cakap dekat Sazli, please bawak I and Shein jalan-jalan esok. Bawak Shein main dekat KLCC Park ke… Kata Sazli, dari pergi KLCC  Park baik mandi kolam dekat rumah kita je, lagi Syok kan Mama? T____T Terus rasa sebak di dalam dada. Sebetulnya orang pempuan ni kekadang menggunakan alasan nak bawak anak jalan, tapi dia yang lebih. Haha. Ala, bukan apa pon kan? Once a month pon dah cukup bawak family keluar pergi mall. Not necessary shopping, tapi makan and window shopping pon dah ok. I cakap pada Sazli, kita bawak la Shein pergi Pavilion, KLCC, The Curve tu. Biar dia kenal mall sikit. Kata Sazli, ‘Time I bola, Bubu bawak la Shein jalan-jalan main dekat Gym’. I cakap, ‘Tapi I nak dengan Uuuuuu’.  Sekian terima kasih.

Sebetulnya I paling suka Ge Mall. Kalau Sazli bawak datang sini let say for breakfast pooonnn I dah happy giler dah. Excited bukan main. Sini kedai makan dia tak la banyak mana, tempat shopping pon tak banyak tapi I sukaaa. Sini ada Cold Storage, boleh tengok sayur hijau. Lepas tu ada Pavlova dekat Alexis and parking pon murah. Toilet bersih and baby’s room comfortable. Lagipon orang tak ramai. Actually community dekat sini sama je. Korang akan jumpa orang yang sama je each time. Kira macam sedara dah semua *tetiba.


Kemain focus

Kurus dan Putih dengan Jus SW Slimmewhite

#reviewbychooyaya

Assalamualaikum. 

Harini I nak share pasal satu product yang bakal meletop dipasaran. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kurus dan putih dalam masa yang sama. Sapa cakap lelaki tak payah putih? Lelaki pon nak putih jugak especially yang kerja site and masuk ladang. Kan? Paling senang nak consume and sesuai untuk orang pemalas tapi masih nak kurus dan putih. Sebab apa I cakap macam ni? Sebab product ni tak payah nak bancuh, so takde alasan malas nak shake shake ke apa. Direct consume je. Lepas tu product ni menyekat selera makan. Sesuai la untuk yang malas nak exercise. Kajian mendapati bahawa nak kurus ni ialah 70% makan, 30% bersenam. Actually kalau bersenam lebih bagus and lagi cepat kurus tapi dah kata kalau malas, tak boleh nak buat apa la. Tapi korang jangan risau sebab JUS SW SLIMMEWHITE boleh membantu ada. Jom baca apa kelebihan product ni. 

============================
❤KELEBIHAN JUS SW SLIMMEWHITE❤
============================


SW Slimmewhite Dual Effect. KURUS + PUTIH
Sesuai untuk Lelaki dan Wanita

Tuesday, January 26, 2016

Makan Simple Tapi Sedap (Part 3)

Assalamualaikum..

Cuti 3 hari ni I semangat masak. Sabtu buat Sambal Telur Pecah, Ahad pulak masak Sup Ikan Merah siap sambal kicap bagai. Bawang goreng tu I siap buat bawang putih dengan bawang merah ok? Semangat giler I. Bangga I dengan diri I. Hahaha.  I buat 1 lauk je sebab malas. Takyah beria la nak sayur apa bagai, makan satu lauk je pon dah cukup. Sambal Telur Pecah tu makan dengan nasik and kicap manis, ada orang tu sampai lupa la diet dia. Tengahari tambah 2 kali, malam makan nasik lagi. Tu sebab la I malas nak masak kat rumah selalu. Sebab nanti takot Sazli gemok. Hahahaha. Aci tak guna alasan tu? Kata Sazli, takper dia makan nasik Sabtu malam sebab Ahad tu ada run 5km dengan John, so nanti burn la balik calories yang dia ambik. Yeeeeee keeeeee? Takpe. Kita kasik chance sekali sekala. Start harini, malam makan sayur balik ok Papa? Love you. Bak duit.

Shein pulak I buat lauk simple dekat dia. Dia sekarang fasa memilih makan. Dia nak makan yang dia suka makan je. Kekadang roti canai makan sorang sekali 2 keping. I pon pelik amenda yang sedap sangat so nak try la secubit. Baru masuk mulut, Shein dah buat rampasan kuasa. Dia ambik yang dekat mulut I tu lepas tu dia makan. Boleh? Kedekutttttttttt giler! Hahahaha. Shein now makan ikut mood. Kalau dengan Mak Tok and Baba tadek masalah. Apa pon jalaaaan. Dengan I mengada lebih. Nak suap dia makan, kena lari sekeliling rumah. Tapi bila sampai hantu makan dia, portion nasik sama macam protion Sazli.


Untuk Shein, I gorengkan ikan bilis and bawang besar asing. Renjiskan dengan kicap manis. Gaul dengan nasik. Gone sepinggan. Semalam makan kat umah Maktok, I gaul Ikan Tenggiri Bakar dengan Kicap manis. Pon dia selera. Antara dua darjat betul makan dekat rumah I dengan rumah Maktok. Sana makan Ikan Tenggiri, sini makan Ikan Bilis Goreng. Hahaha. Tapi Ikan bilis siap kopek mahal ok? Sekali goreng RM4.00 kbye



I suka makan macam ni. Ambik nasik, letak sup banjir. Lepas tu letak segala sampah sarap dengan sambal kicap. Seeeedap! Takyah lauk lain dah. Ikan Merah ni I suka either masak sup or goreng garing je. Sekelar RM12.90 dekat Max Value. Ni mahal ke murah ni?

Friday, January 22, 2016

Ruffles + La Costena Salsa

Assalamualaikum..

Hari kelmarin I teman Sarah pergi Isetan nak beli barang untuk buat hamper CNY. Boss dia taknak jenis yang dah siap sebab dalam tu ada menda merepek-repek and banyak jenis yang ada liquor. So boss dia request Sarah beli barang and buat hamper sendiri. Let say RM500 boleh dapat apa, sekali dengan upah wrap. Customize sendiri hamper tu macam mana.  Lebih puas hati. I teringat I pernah buat kerja macam ni dengan Boss I untuk hamper hari raya so I suggest Sarah buat dekat iSetan KLCC la. Sini korang boleh beli barang (tapi syarat 100% mesti semua dari iSetan), bagi bill pada dorang and dorang akan wrap cecantik. Boleh collect the same day tapi dorang tak buat delivery la. Ke ada buat eh? Yang tu I dah lupa. Korang kena tanya sendiri. Haha. Kata la korang nak 20 unit, korang just bagi dorang sample 1 unit je, lagi 20 unit dorang akan buat sendiri.

Sarah mintak I suggest apa nak bagi. Kata Sarah biar nampak ada class skek. 100% ialah makanan. So I pon pilih la Nescafe Gold, balsamic vinegar, olive oil, garam bukit, black pepper with grinder, sos nandos, Chocolate Ferrero Rocher and Lindor, mini pretzel, Corn Chips Ruffles siap dengan Mexican salsa, olive, mini pretzel, tabasco sos, Nestle fitness cereal, Nutella and nak nampak element Chinese skek kitorang amek dried mushroom dengan white coffee Aik Cheong. Ada lagi kot a few yang lain tapi I dah lupa. Total barang is RM399.00, upah wrap and bakul semua dalam RM37.00 tak silap I. Ni kalau dapat hamper macam ni more than puas hati and harga barang dalam hamper ni is harga sebenar hamper ni. I tau kekadang ada some company yang buat hamper ambik untung sampai almost 100%. So, I suggest if korang nak puas hati boleh buat cara kitorang ni. Customize your hamper, lagi puas hati.

Pung-pang citer pasal hamper ko dah kenapa? Padahal yang I nak share ialah pasal snack. Hahaha. Masa dekat sana, I ternampak ada satu Mexican Salsa yang murah. Less than RM15.00 untuk 475gram punya bottle. Tengok ingredient semua pon past. So I pon beli la. Nak try tengok macam mana. Sedap ke tak sebab I memang suka makan corn chips dengan salsa. Yang buat tak suka sebab usually bottle salsa ni kemain mahal sampai 20-30 hengget (or I yang tak jumpa yang murah, tu I taktau). Kalau makan dekat Chili’s wajib ambik Nachos and Salsa. Dah la boleh refill and makan sampai pengsan. Tingat Kaklong and confident level dia. Dia order macam ni. ‘Nak cachos!’ I punya la gelak. Kata Kaklong, betul la tu sebab budak tukang amek order tu paham. Hahahaha.

I nak try Ruffles this time sebab terpengaruh dengan Neelofa. Dia letak dalam IG dia. Biasa I suka Lays more. I dah rasa haritu sedap jugak. I ambik jenis Sour Cream and Onion. Sedap! Cuma if nak makan dengan Salsa, I prefer original flavor punya corn chips, baru layan. Ruffles banyak flavor lain, sama la macam Mr Potato and corn chips yang lain. Dulu masa I try Perfecto pon sedap jugak. Makan dengan corn, tomato and button mushroom. Kalau rajin, korang boleh letak corn chips dalam tray, letak salsa or whatever atas dia yang korang nak lepas tu tabur cheese. Bake sampai cheese cair. Ponnn sedap. Antara rajin dengan malas jer la. Nak lagi kaw letak chili pickles ada dia. Pedepow!



Ruffles Sour Cream and Onion. Harga dalam RM11.00 macam tu dekat iSetan. Kalau dekat tempat lain I rasa lebih murah kot?

Koleksi Jam Tangan Titan Raga - The Moonlight Collection

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

Pada 15hb Dec 2015 baru-baru ini, I diantara yang bertuah telah dijemput oleh pihak Titan untuk menghadiri majlis ‘Titan Watch Media Launch’ yang telah berlangsung dengan meriahnya di Svago KLCC. Di majlis ini, Titan memperkenalkan koleksi jam tangan terbaru dari mereka, Titan Raga – The Moonlight Collection yang direka khas untuk wanita anggun disamping koleksi jam tangan mereka yang lain yang terdiri daripada jam tangan untuk lelaki juga. I jatuh cinta bila memandang koleksi jam tangan Titan at a first sight. Semua cantik-cantik and nampak exclusive. Rekaan jam tangan dari Titan amat menarik dan berkualiti tinggi serta nampak mewah tetapi mampu dimiliki oleh semua golongan peringkat. Koleksi jam tangan mereka sesuai digayakan dan diguna disemua tempat. Samaada majlis makan malam, untuk acara santai, riadah dan jugak bersukan. Best kan?

Titan bukanlah sebarang jenama kerana Titan ialah pengeluar jam tangan kelima terbesar di dunia! Jam tangan ini boleh didapati di 32 buah negara diseluruh dunia dan tersenarai diantara Top 100 jenama mewah antarabangsa. Hebat kan? Pernah dengar Tata Group? Titan Company Limited ialah sebahagian daripada konglomerat global yang bernilai $108 Billion di bawah Tata Group. Tata Group memiliki jenama global ikonik seperti Jaguar dan Land Rover, NatSteel dan Corus, kenderaan komersial Daewoo, Perhotelan mewah Taj Group dan Tetley Tea. Diasaskan pada tahun 1984, Titan Group Ltd. merupakan syarikat yang bernilai $1.8 billion, mengeluarkan lebih 13 juta jam setiap tahun dengan profil pelanggan melebihi 135 juta di 32 negara merentasi 7,000 titik jualan. Fuh!! Jam tangan Titan juga dibawa masuk dan diedarkan dalam Malaysia dan Singapura melalui syarikat Chronosoft Sdn Bhd.

Bercakap tentang kualiti koleksi jam mereka, ternyata Titan mengeluarkan hanya jam-jam tangan yang berkualiti dan bagus serta dinilai oleh ramai pakar sebagai diantara yang terbaik didunia. Fasiliti pengeluaran mereka meliputi tapak berkeluasan 450,000 kaki persegi dan telah dianugerahkan pensijilan ISO untuk pengeluaran kualiti alam sekitar. Bukan perkara mudah untuk mana-mana syarikat untuk memperolehi sijil ISO alam sekitar ye? Sangat susah kerana mereka akan melalui procedure kawalan kualiti yang amat ketat  merangkumi semua aspek sebelum dianugerahkan sijil ini. 


Terima kasih kepada Titan kerana menjemput I untuk menghadiri majlis ini. Warna tema pada hari tersebut ialah warna merah.

Thursday, January 21, 2016

Makan Simple Tapi Sedap (Part II)

 Assalamualaikum

Weekend bebaru ni balik kampung, I cakap kat Mak nak makan simple je. Ikan Kembong gemok goreng garing, nak makan panas-panas dengan kicap + cilipadi + bawang. Dah, nak makan tu je. Pastu mak tanya, takde kuah ke apa? Tak keseret ke? (Keseret ni cakap Jawa, maksud dia lebih kurang macam tercekik la) I cakap takpe. Sazli memang suka makan kering-kering takde kuah. I pon dah terikut-rikut. I kalau nak makan kuah, kena kuah banjir terus, lepas tu satu lauk je. Contoh nasik + ikan kembong asam pedas. Dah tu je, taknak sayur taknak accessories lain. Sama jugak dengan nasik + ayam masak lemak cili padi. Cuma tambah kicap je. Perrrrghhhhhhhhh memang layan. Tingat Ikan Kembong asam pedas mak, letak daun kesum yang fresh bapak la punya sedap.

Mak kutip cili padi dari luar rumah, I tengok kemain gemok gedempol dia punya lada. Seakan memanggil-manggil untuk dibuat sambal. So I decide nak buat Sambal Ketuk. Ada macam-macam jenis nama sambal ni orang panggil, sambal totok la, sambal gesek la, sambal kaut la, sambal jawa la. Tak kisah la nama apa, janji sambal ni memang sedap. Setakat ni I tadek jumpa lagi orang jual macam Sambal Hitam Pahang tu. Ni sapa yang rajin, boleh buat business ni. Sebab sambal ni memang sedap. Seriously sedap. Nak buat pon simple. Nanti I share macam mana nak buat Sambal Ketuk ni. I dah improvise resepi ni. Bagi tekak I, kalau nak sedap kena guna nampla (sos ikan) instead of garam. Dia punya rasa cenggini *letak thumbs up dekat tepi peha kanan.


Ikan Kembong siram kicap + cili padi + bawang. Memang layan giler woi! Makan ikan tu panas-panas la syarat dia.

Wednesday, January 20, 2016

Makan Ketam Sedap Di Stadium Negara Restaurant

Assalamualaikum

Jumaat baru-baru ni at first I plan nak pergi Fikcles dengan Ellis sebab nak try dorang punya new menu. ‘Kasik Hantam’ Shell Out. Dorang baru je keluarkan menu baru ni. I dah tengok gambar, memang meleleh and terbakar je tapi sebab God-Know-Why traffic dekat KL masa tu sangat terrifying. Dari rumah I nak keluar ke Petronas Ampang tu pon dah 30 minutes. Ellis check guna waze, if nak sampai Fikcles take us more less 40-50 minutes. Dah la tengah lapar ni, dengan jem and hujan so kensel la Fikcles. Tak jadi pergi Fikcles tapi I cakap dekat Ellis, ‘I nak makan keeeeeeeeeeeetam gemok sedap!’ Ellis panic la I dah meroyan jerit-jerit dalam kereta. Hahaha. Sebab I kalau lapar je boleh hilang mood ok? Kata Ellis, kena cari yang dekat-dekat KL je. So end up kiter pergi Restoran Stadium Negara dekat Jalan Yap Kwan Seng. Woo hoooo!!

But tu pon jem ok? Macam-macam jalan Ellis cilok, by 9.30pm baru la kitorang sampai. Orang memang ramai la makan dekat sini. Memang satu Malaysia. Cina, Melayu, India semua ada. Mat Saleh pon ada. Dah la selamba romen cium-cium mulut and leher tengah orang ramai ni. Ko dah kenapa? Dah la baru lepas makan spicy crab. Tak rasa ketam ke masa cium? Hahahahaha. Kat sini service cepat. Kiter sampai je, zaaaappp dia hantar menu. Lepas tu terus letak kacang atas meja so boleh kunyah-kunyah sementara mata dekat jalan tengok muka orang tensen sebab jem. Tak sampai 5 minutes, air dah sampai. Within 30 minutes, complete meal atas meja. I agak Chinese Restaurant memang macam ni la konsep dia. Pantas dan sedap. I cakap kat Ellis I nak makan nasik putih. No nasik goreng this time. Kiter ambik 3 jenis lauk je. Jangan tamak.


This is my favorite. Kam Heong Crab. Rasa pedas kari memang ngam dengan tekak I. I memang jenis makan tak berkuah. So I suka la ketam ni. Let say korang suka jenis berkuah boleh mintak jenis lain. Ada macam-macam masakan. Black-pepper, spicy crab, salted egg crab and many more.

Tuesday, January 19, 2016

Dilwale Double Date and Dimsum!

 Assalamualaikum

Korang tau kan sekarang ni tengah fenomena cerita Dilwale? Si Sazli hari-hari dok dengar lagu Gerua. Dia memang peminat Hindustan pon. Lagi-lagi Shah Rukh Khan memang dia suka la. I dah promise dengan dia nak tengok sama-sama tapi sebab tak tahan Kaklong asyik bakar je, so I pergi dulu seminggu awal dari dia. Kang nak tunggu Sazli lambat sangat pulak. I memang tahan diri dari tengok review or baca synopsis sebab nak element surprise masa tengok cerita ni. Memang puas hati la dapat tengok dekat cinema sebab besar screen. Feel dia lain macam. Sapa yang cakap nak tunggu keluar dekat Astro First better think twice sebab seriously tengok dekat cinema lagi best!

Lepas I tengok je Dilwale, Sazli dah panas bontot. Hahaha. So, last week on Wednesday dia ajak I tengok lagi sekali. I ok je, sebab suka tengok Kajol. Lawa giler ok? This time kitorang double date. Aliah and Atiq pon join. Kata Aliah, berbulu je dia sebab Atiq tu, dia ajak banyak kali, buat derk je. Bila Sazli ajak, selamba dia ambik cuti. Hahahahaha. So kitorang ambik hari Rabu sebab murah. Si  Sazli confident je cakap tiket harga RM8.00, sekali I beli tengok RM14.00 (sebab ambik show before 12.00pm). I tanya la, kenapa bukan RM8.00? Lepas tu adik dekat kaunter cakap, RM8.00 tu 5 tahun dulu. Hahahaha. Nampak sangat dah lama tak tengok movie hari Rabu. (Dah tuweeeee)

I belanja Sazli movie ni sebab dia belikan I handphone baru. Upah jualkan PS3 dia. I cakap main-main je nak iPhone 6 sekali dapat. Bestnyaaaaa. Hehe. I suka gila la deal dengan Sazli, sebab upah dia lumayan. Lepas dapat handphone, I tanya dia kalau ada apapa nak jual lagi, bagitau I terus. Zzzaaaaap I jualkan. Haha. Ni ada ni dia mintak jualkan barang-barang main Paintball. Ada marker, bekas air, baju, mask. Tu nanti I share kemudian. (Kepada Apai, harap jangan nak bahan lebih. Bakar motor tu kang baru tau). Kitorang amek show sebelum 12.00pm so that sempat la nak Zohor and lepas tu nak ambik Shein balik sekolah. Just nice untuk lunch and dessert after. Tapi sebenarnya entry ni tadek gambar Dilwale pon. Korang google la sendiri. Entry ni lebih pada nak share pasal makan je pon. Hahahahaha.


I ajak dorang makan Dimsum. Semua setuju. Yes! Yang ni Aliah ambik paling awal. Dia kata 2 bekas cukup ke? Sebab dia sorang makan 3. Hahahaha. Egg Custard Bun ni memang a must kalau datang sini. Wajib order. Sedap giler! RM7.50 untuk 3 ketul.

Monday, January 18, 2016

Ohbulan, Siakap Keli dan Beautiful Nara PENCURI GAMBAR!

Assalamualaikum..

Masa Jumaat lepas, my number one fan and my housemate send me a screenshot page of OhBulan dekat I yang ada gambar I panjat pokok dekat dusun buah. Hahahaha. Pempuan panjat pokok is soooo Suraya. Sebab I kan unique? Kah kah kah. Dalam gambar tu cerita pasal Kak Na, kakak ipar someone yang ‘biasa-biasa’ sahaja, kulit gelap, suara kuat dan nyaring, bawak kereta laju, suka gelak kuat-kuat lepas tu panjat pokok rambutan and panjat atap rumah sebab nak selamatkan anak kucing dia. Dalam cerita ni, Kak Na ni tak disenangi la oleh adik-beradik adik ipar dia sebab dia tu kan ‘biasa-biasa’ ajer? Sedangkan abang dorang kabarnya hensemmmmmm. Tapi disebalik perangai unique and muka biasa-biasa dia tu, Kak Na ni la yang jaga Mak Mertua dia dekat hospital sampai sembuh masa orang lain tak boleh nak buat. Lepas tu baru la dorang suka Kak Na. Macam cerita drama melayu pon ada jugak I baca.

So kesimpulan cerita ni ialah don’t judge the book by its cover. Muka biasa-biasa belum tentu tak boleh bagi kebahagiaan dalam rumahtangga and belum tentu performance tak mantop. Astaghfirullah. Haha.

I tadek masalah pon dengan cerita tu, tapi I tak suka la if author Oh Bulan, Siakap Keli and BeautifulNara yang sah-sah la bukan calang-calang orang dalam dunia blogging and popular dekat FB (sebab dapat million over like) tapi tak paham apa itu DISCLAIMER. Terang-terang I tulis disclaimer dekat BLOG I yang tak boleh copy article and tak boleh ambik gambar. Kalau nak guna, apa salahnya ask for permission or paling tidak pon bagi la kredit sikit dekat I. Cakap la ilustrasi tiada kena mengena dengan cerita. Kredit photo to Chooyaya Secret Garden. Kan lebih elok macam tu? Kan lebih sopan? Ni sesuka hati nak guna gambar I ko dah kenapa????? Dah la cakap aku ‘biasa-biasa’ je. Wajaq! Hahahaha

So sekarang ni kalau I cakap korang bertiga ni pencuri boleh je kan? Actually I tak marah mana pon. Cuma please mintak izin. Korang sah-sah la ambik gambar tu dari Google and sah-sah la nampak link entry tu kan? Cuba la berbudi bahasa sikit, mintak izin I untuk guna gambar tu. Bukan I nak mintak bayar pon. At least bagi I credit. Ok? Patutnya otai Blogger mesti dah paham sangat-sangat pasal plagiat and disclaimer tapi rupanya tak paham jugak. I dah suruh Samantha (My Manager) untuk email 3 3 orang ni tapi sampai sekarang takde any response from them. I dapat banyak sokongan dari kawan-kawan and readers supaya fight hal gambar panjat pokok ni supaya bagi pengajaran dekat semua orang lain supaya JANGAN MENCURI GAMBAR ORANG LAIN.


Article OhBulan

Friday, January 15, 2016

Teriyaki Salmon Ball - Sushi Box SEDAP!

Assalamualaikum..

Tadi Dyba ajak makan dekat Sushi Box Avenue K. Makan kat sana je la sebab kitorang nak shopping baju kerja so nak makan yang simple-simple tapi sedap. Konsep dia makan telan je. Tak boleh borak-borak nanti lambat. Hahahaha. Kata Dyba dekat sini sedap. I rasa macam doubt sikit sebab I kan belagak sometime. If nak makan Japanese Food, wajib makan Sashimi. I pernah check out makanan dekat sini, tak nampak any sashimi pulak. I biasa lalu je la, tak pernah ada hati nak singgah sebab konsep dia simple sangat. Amek Sushi yang limited choices tu, lepas tu bayar and lepak makan dekat dalam. Ada kerusi dan meja disediakan. Konsep dia layan diri. But since Dyba cakap sedap and cepat so ok la. Kita cuba la harini. Kalau tak sedap, Dyba kena balik jalan kaki. Exercise skek walaupon dia pregnant 4 bulan. Hahahahaha.

Intan macam biasa, always excited kalau datang kedai konsep lain macam. I pulak nak cepat sebab tengok kedai makin lama makin ramai yang beratur. Tadi time kitorang tak datang, tadek pulak orang nak makan kat sini. Bila kitorang pilih-pilih sushi dah melambak pulak orang singgah. I agak, I ni muka rezeki kedai makan la. Hahahaha. I ambik 1 Teriyaki Salmon Ball, assorted Salmon Sushi yang kecik, Miso Sup and Ice Peach Tea. Total kena RM18.00 semuanya. Nampak je kedai ni simple, tapi bila ambik makanan tetiba harga jadik mahal jugak. Intan la pemenang, dia makan kena dalam RM20.00 padahal tadi dengar macam dia taknak makan sangat. Intan biasa macam tu la, kalau dia taknak, nanti dia jadik makanan dia yang paling mahal. Sama macam kat Boost last time. Dalam dia berkira-kira taknak beli, nak yang murah la apa la, last-last dia punya paling mahal. Hahahaha. Selenga.


Korang kena try this one. Sedap and kenyang. Nama dia Teriyaki Salmon Ball. RM7.00 harga seketul macam ni.

Thursday, January 14, 2016

Haagen Dazs with Aliah and Atiq

Assalamualaikum..

Masih teringat-ingat lagi kesedapan Haagen Dazs Ice Cream yang I makan semalam dengan Aliah, Atiq and Sazli dekat KLCC. Kiter pergi double date. Dah cakap awal-awal pada dorang, ‘I tak bawak Shein. Dia sekolah’. Hahaha. Maksudnya apa? Maksudnya ni date mak bapak je. Anak-anak jangan bawak. Kekadang kiter nak our own sweet time jugak. Sebab kalau ada budak-budak ni, lebih banyak mentarzan and urut dada dari enjoy tengok wayang/makan and dessert. Tapi topik utama kitorang still berkisar pasal Shein and Altaav jugak pon. Sazli la paling rindu Shein. Masa makan eskrem ni semalam dia cakap, ‘Shein mesti suka ni’. Memang la sukaaaaaaaaaaaaaaa. Mau dia celup semua ice-cream dalam coklat lepas tu buat masak-masak lepas tu coklat tumpah lap pulak dekat baju. I dah boleh imagine. *hatetek

I cakap pada dorang, ‘Shein kekadang dia taktau dia apa dia akan jatuhkan fork and spoon repeatedly. Saja carik pasal waktu nak makan’. Lepas tu Atiq cakap, ‘Ok la tu Maksu, Altaav pulak dia ambik nasik, tuang atas kepala’ . I cakap, ‘Altaav kan dah lancar bercakap? Mesti dia dah paham arahan’. Kata Atiq, dia paham 20%, 80% buat-buat tak paham. HAHAHAHHAHAHAHAHA

Sebelum tu kitorang lunch dulu dekat Dolly Dimsum lepas tengok movie cerita Dilwale. I dengan Aliah tengok second time dah. Sazli and Atiq first time. Ni plan suami-suami la ni. 2 orang tu memang GF/BF sangat. Janji nak tengok wayang sama. Kata Aliah, masa dia ajak Atiq cuti nak tengok Dilwale ni, Atiq buat dek je. Bila Sazli ajak, terus member amek cuti. Hahaha. Lepas tu Saz masa dalam cinema mintak nak duduk sebelah Atiq. Sebab dia cakap nanti dia tak paham citer ni, dia nak tanya Atiq T____T Haha. Memang close si Atiq dengan Sazli tu. Lelaki punya friendship ni memang best. Takde sentap-sentap and boleh lebih kurang. Kalau pempuan biasa ada je drama. 

I ketawa je masa Sazli citer dia dengan Apis sesusah ambik Apai, Atiq dengan Acap dekat office masing-masing lepas tu makan blakang opis Acap je (Dekat parking KLCC). Nak menjemput 45 minutes, skali makan blakang opis Acap  tak sampai sejam SEBAB Acap cakap boss dia ada. So pukul 2.00pm dah kena ada dekat office. Hahahahaha. Tapi dorang citer gelak-gelak je. Takde pulak bengang ke apa. Boleh lebih kurang. Cuba kalau pempuan, dah boleh muncung dah kalau macam tu. Hahaha. Tak kira Apai lagi tak makan sushi masa dorang lunch sama-sama. Makan dekat Sushi Zanmai ok? Dediam je. Kata Sazli, Apai nak makan Nasi Goreng Pattaya dekat Sushi Zanmai. Buat perangai sangat Apai ni. Dah la tak makan pedas, tak makan sos cili. Tapi bawak motor besar.

I hope, walaupon kiter semua jarang jumpa but semoga friendship kami para-para isteri dan para-para suami ni akan kekal sampai la akhir nyawa. InsyaAllah. We grow old together and kawan sampai la ke anak cucu. Amin..


Haagen Dazs Fondue. Sedaaaapnyaaaaa. Harga dalam RM70++ kot? Tak ingat sebab Aliah and Atiq belanja. P/s : Rasa macam nak lap ada coklat setitik dekat tepi mangkok tu. OCD Problem. Haha.

Scarves By Hani

#reviewbychooyaya

ASSALAMUALAIKUM

Target Scarvesbyhani, nak jual shawl yang berkualiti dengan harga yang mampu milik. Selama ni, kalau kita tengok online seller, harga mesti ada number 9. 29, 39, 49, 59. Tapi, Scarvesbyhani nak jual shawl yang kualiti tinggi, menggunakan kain heavy chiffon yang tahan lasak. Sekarang ni ada 2 jenis shawl, 1 basic wide chiffon shawl, RM15 sehelai, ya RM15. Saiz lebih kurang 2m x .07m. Dah banyak kali restock, sampai ada warna yang berlalu pergi tanpa khabar berita. Kenapa jadi macam ni? Sebab warna kain ni sekali datang je tau? Pastu bila habis, memang susah nak dapat dah.



Wednesday, January 13, 2016

Apa Yang Perlu dibuat Sekiranya Anak Anda Ada Speech Delay Problem

Assalamualaikum…

Haritu masa I up status dekat FB macam ni,

When you're tired of being asked when your child is going to talk, remember that these successful people didn't begin talking until they were at least 2—and, in some cases, 4!

Gary Becker, Nobel Prize-winning economist
Albert Einstein, theoretical physicist
Julia Robinson, the first woman president of the American Mathematical Society
Arthur Rubinstein, piano virtuoso
Edward Teller, physicist and nuclear power pioneer

Lepas tu Asma komen macam ni pulak.

Sometimes it’s not wrong to consider other people's concern so as to compare your child's development with others similar to his age. Some parents esp those with a firstborn child may not be as sensitive regarding their child's developmental milestones. Some kids (esp boys) may have undiagnosed mild learning disorders, that are easily dealt with if detected early. It may not be easy to accept but if no specialist (paeds with special interest (or subspecialty) in children with learning disability) has been consulted then maybe it is time to do so.

I have seen a few cases (boys) 1) 3 years old boy having difficulty in understanding instructions, very temperamental, unable to engage in playing with other kids, unable to talk yet - advised mother to seek professional advice, mother declined, saying she doesn’t think child has learning disability. 2) 7 years old boy, started schooling this week, learned to speak words at 5 years old, currently only able to speak 2 words sentences, unable to understand or communicate beyond basic needs, temperamental at home and in public, Mother started having suspicions since he was 2/3 years of age but teachers, friends and family kept saying "child is normal, give time etc".

Only consulted me yesterday when 2 parents of children in her son's class pointed out that her son is not "normal" and having difficulty coping in school. Upon seeing child noted that he does have autism characteristic - referral to paeds given. Mother is very sorry that she did not act on her suspicion earlier. Conclusion: if you have any doubt on your child's milestones, seek professional help first before wanting to settle on waiting and being very accepting. Hope this helps kak su. Only sharing through working experience....i do agree that some of the great people you mentioned had delayed milestones but during those days, autism or other learning disorders go undetected as there were less awareness in the public.‘. 


Me and my Shein Iskandar

Monday, January 11, 2016

Makan Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum…

Semalam I datang rumah Kaklong. Mak and De semua ada dekat sana. Dorang buat pulut kukus makan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis, Ayam Masak Bali, Asam Pedas Ikan Kembong dengan Ikan Masin. Perrrrgh wei, perrrrghhh! Memang sedap giler kot? Tapi sambal Kaklong pedas giler. Kata Mak, pijau dia punya mulut. Shein pulak dia nak makan sendiri. I letak nasik + kicap lepas tu dia memandai ambik part sambal I, lepas makan terus sssuttt sssssut tahan pedas. Tak sempat mintak dekat I air, dia bangun sendiri lepas tu main minum je entah air siapa atas meja. Hahahahaha. I ambik air, patah balik nak bagi dekat dia tengok dia dah setel satu bekas air. Member tak tahan pedas, kulum la ais lepas tu dia luahkan dalam pinggan yang I tengah makan. Bertuah punya budak! Haha.

Tingat masa balik kampung last time, Mak buat Sambal Tumis Ikan Bilis lepas tu De buat Ikan Patin Tempoyak. I kekadang rasa bosan makan Ikan Patin Tempoyak so suruh Mak goreng je Ikan Patin. Lumur garam kunyit je. Dah. Goreng lepas tu makan panas-panas dengan Sambal Tumis Ikan Bilis and Kicap Manis. Perrrrggggh perrrrrrghhh perrrrrghhhhhhhhhhhhhhhh!! Sazli first time makan Ikan Patin Goreng, kata dia sedap! Baru ko tau. I ingat dulu masa time sekolah, kalau demam mesti mintak mak goreng ikan patin. Sedap! Kalau Shein dia suka Ikan Goreng jugak. Gaulkan dengan kicap, lalu dia makan. Mak Mertua biasa gorengkan Ikan Tenggiri dekat Shein. Mak GF kata kelmarin dia makan Ikan Kembong goreng lepas tu makan panas-panas dengan kicap+bawang+cli padi. Kata dia lalu makan! 


Nasik + Kicap Manis + Sambal Tumis Ikan Bilis + Ikan Patin Goreng. Perrrghhhh!!!

Friday, January 8, 2016

Ellis 40th Birthday Dinner at Ciao Ristorante

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru! (Tetiba. Padahal tahun baru dah lepas seminggu) Haha. Happy Belated Birthday to my best friend, my sister, my minion Ms Ellis Suraya Radzwan yang  ke-40 tahun dengan ucapan semoga panjang umur, murah rezeki, bertambah kaya dan jadi insan yang cemerlang di dunia dah akhirat *dah macam Dato’ Fadzillah Kamsah punya ucapan pon ada. Haha. You jangan eksyen-eksyen sangat dengan I. Tak habes-habes cerita pasan ‘Landan’ naik bernanah dah telinga I ni nak dengar. Actually Ellis punya birthday is on 5th December tapi kita only got chance to celebrate together 2 weeks later sebab Ellis celebrate her birthday dekat Paris. Melampau every year celebrate dekat oversea. Balik dari London dah dekat sebulan, souvenir I sampai sekarang tak dapat apa cer? Haha. Kata haritu nak belikan I handbag. Mana mana?????

Untuk birthday Ellis ni, I ajak dia pergi Japanese Buffet sebab I feel like eating Japanese Food masa tu. Walaupon sebenarnya yang punya birthday is Ellis but kena ikut selera I. Haha. So I ajak dia pergi dekat Hotel Marriot tapi kata Ellis, rugi bayar mahal-mahal sebab dia makan sikit. So dia cakap makan fine dining restoran biasa je la. I cakap ok, tapi tak boleh makan Japanese Restaurant dekat Hotel. Mahal. Hahahaha. Dekat Troika pon tak boleh, Marini tak boleh jugak. Lepas tu KL Tower pon tak boleh. Dah kalau semua tak boleh, mana nak makan? Hehe. Kitorang keluar pusing-pusing takde arah tujuan but end up Ellis cakap jom la malam ni kiter makan Italian Foods. Jom try dekat Ciao Ristorante Jalan Kampung Pandan. I cakap, ‘Eeeuwww elok-elok dah fine dining restaurant tetiba Jalan Kampung Pandan. Hahahaha’. (Gurau).

So, kitorang pon pergi la kesana. Gamble. Takde buat reservation apa main redah je. Nasib baik ada table. I suka ambience dekat sini. Romantic and privacy. Dia punya interior pon cantik and yang penting dekat sini tak hingaq. Senyap je. Paling sesuai kalau korang nak candle light dinner. The foods also awesome and the price is ok, tadek la mahal sangat. It just, I tak rasa macam nak makan Italian Foods so I enjoy makan gitu-gitu je la. I memang macam ni, kalau dah I cakap ‘I don’t feel like ating’. So takyah ajak makan. Memang makan apa pon, dekat manaaaa pon akanm ala kadar je. Kalau I cakap ‘I’m craving for ________’ Maka time tuuuuuu la I akan enjoy makan. Kekadang craving telur kicap je pon. Tapi bila makan, puas hati.


Birthday Girl order this one.

Thursday, January 7, 2016

What is your Shell story?

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

I still remember, 28 years ago, kalau Ayah nak isi minyak motor mesti dia akan cakap, 'Ayah nak pergi Shell isi minyak'. Padahal Shell yang Ayah cakap tu cuma petrol pam takde jenama yang biasa je. Bukan Shell pon sebab kawasan kampung kan? Mana la ada stesyen minyak Shell time tu. If ada pon, dekat pekan yang berpuluh batu jauhnya dari kampung I. Tapi memang dari I kecik lagi, I tau if cakap nak isi minyak or stesyen minyak, mesti sebut Shell. Shell ialah perkara pertama yang terlintas dalam kepala I. Stesyen Minyak and Shell sangat sinonim dengan I, dari I kecik sampai la sekarang. Now, kalau nak isi minyak MESTI pergi Shell. So Shell memang dekat dihati I dari kecik sampai la sekarang.

Korang tau tak yang Shell ialah Oil and Gas Company yang pertama di Malaysia? Stesyen minyak pertama Shell dibuka pada tahun 1962, maksudnya Stesyen Minyak Shell dah ada dekat Malaysia sejak 53 tahun dahulu. No wonder la kan, dari dulu lagi, Shell sangat terkenal di Malaysia and always jadi pilihan pertama rakyat Malaysia. Shell ialah sebuah Syarikat berasaskan petroleum yang beroperasi diseluruh dunia yang berasal dari Belanda. Syarikat ini bermula pada tahun 1907 hasil gabungan dua syarikat kecil iaitu Royal Dutch Petroleum Company dan The "Shell" Transport and Trading Company.


Shell Malaysia

Resepi Mudah Kuih Koci

Assalamualaikum

Resepi Kuih Koci ni I ditujukan khas untuk Rish and Kaklong Kecik (Kaklong Ellis) dengan kata-kata, ‘Ni resepi dah ada ni, jangan lupa cuba. Lepas tu kalau dah siap harap dapat hantar ke rumah I’. Haritu masa masukkan dalam IG and FB ramai yang tanya Kaklong ambik order ker tak. Jawapan : TAK AMBIK ORDER. Hahaha. I masa potong daun pisang pon dah ada rasa menyesal. I cakap pada Kaklong, ‘Woi, bila nak siap ni? Lain kali kalau tingin nak makan beli je la. Renyah la nak buat!’ Kata Kaklong ‘Ko tu tukang potong daun pisang jer, bukan suruh buat pon’. Hahaha. Sebenarnya nak buat ni tadek la susah mana tapi dengan Shein lagi mengacau, sebok orang nak buat adunan, sebok tu la dia nak main. Tu yang I buatkan dia Playdoh Homemade tu, aman la sikit.

Dah la tengah potong daun pisang, Si Kakyang and Shein ambik batang daun pisang lepas tu jolok-jolok hidung I dengan telinga. Geli la! Dengan time tu la Shein dengan Kakyang main lawan-lawan dekat dapur, semak ok semak? Tengah potong daun, Kaklong suruh pulak amek video dia joget kaki dengan De. Lepas tuuuuuuu Sazli pulak datang asyik tanya bila nak siap, lepas tu suruh pasang kipas sebab takot kitorang panas lepas tu Mak lagi sebok jadik Supervisor la apa la. Hahahaha. Memang huru-hara. Tepung bersepah dekat lantai. Lepas buah Playdoh tu Mak pulak datang join Shein. Shein pulak dengan Atok dia semacam ‘panas’. Orang tu buat orang, Shein penyet. Last-last Mak give up blah pergi tempat lain. Dengan Shein pon kalah ke? Kata garang sangat? Hahahahahaha.

So, here we go the recipe. Korang ikut sebijik-sebijik macam Kaklong I bagi ni, InsyaAllah jadik. Masak kena sabar. Nak buat inti dia dengan kuah santan api kena slow. Tak boleh besar nanti hanget. Daun pisang tu kalau ada masa, jemur sekejap atau nak lagi senang layur je pada api je. Jangan sampai terbakar cukup sekadar layu and daun tak terkoyak masa nak lipat. OK? Daun pisang tu potong bulat. Ikut la acuan penutup Tupperware kea pa, janji bulat. Pepandai la agak sendiri nak besar mana.

Adunan Tepung
Beras pulut hitam – secawan (blender sampai jadik tepung)
Tepung Pulut – 3 cawan
Secubit garam
Sedikit air

Campur kesemua bahan ni, masukkan air sikit-sikit and sampai la boleh bentuk bulat and jadik doh. Paham? Air tu tadek specific measurement. Korang pandai-pandai la sukat. Senang je. Shein pon boleh buat.

Inti Biasa & Inti Durian
Gula Merah – Secawan
Gula Pasir – Secawan
Kelapa Muda Parut – Sebiji (tapi ambik ¾ bahagian sahaja)
Daun Pandan

Sampur kesemua ni dalam periuk, lepas tu masak sampai la kering. Jangan masuk air dah kalau tak nanti berjanggut la nak tunggu kuah kering. If nak inti durian, letakkan 2 ulas isi durian dalam tu. Jangan banyak-banyak sangat durian nanti over power dah tak sedap. Paham?

Kuah Santan
Sesudu tepung beras
Secawan santan
Secubit garam

Campur kesemua ni, masak dalam periuk guna api perlahan sampai la kuah pekat.


Kuih Koci tinggal nak kukus je... Cantik dan kemas kan Kaklong buat? I lipat, terus jadik macam nasik lemak. Tangan tak berseni. Haha

Wednesday, January 6, 2016

Weekend di KLCC Park

Assalamualaikum…

Sabtu baru-baru ni, Mak ajak I teman dia beli baju dekat KLCC. Kata dia nak beli kemeja. Dia suka Vivid. I tau Vivid ada dekat Pavilion tapi I yakin jer yang kononnya Vivid ada dekat iSetan KLCC. Sekali dah sampai sana, takdeeeee. Hahahaha. Tapi naseb baik dia ada berkenan baju lain. Banyak dekat iSetan tu. Sediakan ajer duit sebab dekat sana semuaaaa ada. Mak Bapak je yang takde. Hahahaha. Mak dia suka baju yang jenis kain guni-guni macam British India tu. Kata Mak, dia kena beli baju sebab nak pergi India nanti dengan Maksu sekeluarga. Nak visit Suraya (cousin Sazli) dia ada study dekat sana, amek medic. Tumpang bangga sebab nama sama lepas tu bakal doktor. Haha. Nama sama pon kira aci ke tumpang bangga?

Konsep wanita memang asal berjalan je, baju kena ada yang baru. Baru semangat. Kan? So, kitorang gerak la lepas Asar. Plan asal petang tu memang Sazli nak bawak Shein pergi park. Tak kisah la kat mana-mana asal park. Dah kebetulan nak pergi KLCC so Sazli cakap boleh la dia bawak Shein pergi KLCC Park sementara I teman Mak shopping. Biasanya dalam beg Shein, I memang letak sepasang baju dan seluar, pampers, wet tissue dengan towel. Tapi Sazli pergi bawak keluar towel dengan seluar lepas tu ganti dengan toys sebab berat. Always jugak jadik, time bawak bekal semua tu memang tak guna terperap dalam beg sampai 2 3 tempat lain di hari lain. Bila bawak keluar jer, jam-jam tu la yang nak gunanya. Kan? Bengangggggg jer.

Masa I dengan Mak shopping, Sazli send gambar dekat group. Tengok Shein dah bersila dalam kolam dengan baju and seluar yang datang tadi half basah. Hahahaha. I gelak jer tengok. Sebab Shein nampak bulat dalam gambar tu. Kata Sazli nampak ‘tebal’. Lepas je dapat beli baju Mak, kami straight terus ke Park. Boleh tahan jauh la dari keluar KLCC depan kolam tu nak ke tempat Shein. Bapak la jauh. Naseb la I tak pakai heels. Dari kejauhan nampak Shein meniarap dalam air cetek siap baju dah basah semua. Dia nampak je I, terus kedek-kedek datang dengan bontot tonggek. Hahahaha. Dah la tebal! Dia takde kawan pon happy je mandi air cetek tu. Kata Sazli, memula Sazli bawak main dekat tempat permainan tapi dia tak tahan nak terjun kolam. Dia yang tarik Sazli pergi sana. Kata Sazli nampak ada baju salin dengan pampers dalam beg. Redah jer la. Kasik Shein happy. Jalan pakai pampers je ke kereta tu lain citer. Hahahaha.

Ko tengok la budak ni. Asal boleh je. Gambar ni la yang Sazli send dekat group WhatsApp kitorang.

PlayStation PS3 Secondhand To Sell

*sold to brother eddy*


Assalamualaikum..

Kalau ada sesapa yang nak hadiahkan suami, boifren atau crush apapa masa birthday dia, I suggest korang hadiahkan la PlayStation untuk dorang. Dorang confirm suka. Tak tipu punya. Lepas tu mereka mesti sayang anda lebih and cakap anda ialah wanita yang paling memahami and paling cantik sekali dalam dunia kalah Kajol. Nak bagi PlayStation jangan lupa kasik sekali CD Football Fifa 5 tahun punya stock so boleh la mereka main sampai lebam. Nanti confirm jaw dorang drop lepas tu melulut terus ajak kawen. Ha, tu salah satu tektik jugak tu. Hahahaha. Anyway, cakap banyak takde. I’m helping my housemate to sell dia punya PlayStation PS3 yang condition tip top memang nampak macam brand new. Takde scratch sebab beliau duduk dalam drawer all the time. InsyaAllah lawa.

Detail
PlayStation PS3 – 120 GB
1 dualshock controller
USB Controller Charge Cable
Power Cable
Free gift – FIFA Football game 2010, 2011, 2011, 2013
Condition 9.5/10.00 – Come with box
Harga beli PS3 sahaja tak termasuk game (RM1200.00)

PS3 - 120 gb with accessories

Tuesday, January 5, 2016

Makan Sedap di Pegaga (Lagi dan Lagi) Hahahaha

Assalamualaikum..

Aisyah bising bila I asyik promo makan dekat Restoran Pegaga. Sebab kata dia ‘Nanti semua orang tau, café jadik sesak la. Biar la kiter dua je yang makan sedap dekat situ’. Boleh? Kedekut  punya budak. I pulak kalau ada tempat makan sedap mestilah share dengan korang semua. Takkan la nak gemok sorang-sorang? Mana aci! Pegaga punya pasaaaaaaaaaaaaaaal la I punya badan naik sekilo ni sebab 2 3 minggu lepas memang wajib ye seminggu 2 kali makan dekat sini. Lepas tu kalau makan macam esok nak mati. Memang tadek la amek 1 2 lauk mesti 3 4 punya. Lepas tu nasik selagi ada dalam bekas, konsep dia HABESKAN ajer semua sampai linchennn. Sebab nak elak pembaziran. Haha. Lauk dekat sini pulak wajaq punya sedap so rasakan la ko gemok dekat situ. Hahahah.

Kali ni I makan dengan Syira. Syira cakap dia pon dah gemok sebab kuat tido. Ok bagus. Alang-alang ko gemok, jom la makan nasik harini sepuas hati. Syira pon ONNNNN. Hahaha. I cakap pada dia, ‘Ko duduk diam-diam biar aku order SEMUA’. Syira pon menurut perintah. Bagus. Kata Syira I order banyaknya lauk. Ni macam nak makan 3 4 orang. Habes ke Su ni? Syadapyu Syira. Ko makan je. Jangan banyak bunyik. Harini aku nak makan sotong dengan udang. Saja nak order lauk lain. Nanti next visit ambik lauk lain pulak. Muahahahaha. Tapi Ikan Bawal Goreng memang wajib ambik. Syira cakap sedap. Memang la sedap. Ko giler tak sedap??? Sapa yang tak rasa Bawal Goreng dekat sini memang menyesal la. Sedap giler ok? Rendam dengan sependa ke apa? Hahahahaha.

Actually masa datang kali ni I baru perasan actually ada Lunch Set Promotion yang lebih value for money. Ada nasik + lauk + air sirap selasih + ulam available dari pukul 11.30am - 3.00pm. So selama ni I pergi order lauk satu satu lepas tu asing nasik semua. Patut la mahal. Hujung entry I letak balik eh menu untuk Lunch Set. Korang kalau datang sini time lunch, amek Set tu je. Lebih value for money.


I nak makan udang. Last time dengan Bapak dah makan Udang Karipoley. This time kite try Masak Lemak Cili Padi Tempoyak. Harga dia dalam RM33.00 semangkok macam ni. Udang gemok. Tempoyak fresh. Kuah pekat. mampos punya sedap.

Monday, January 4, 2016

HOW RUDE PEOPLE CAN BE?

Assalamualaikum..

HOW RUDE PEOPLE CAN BE. Nak taip pon rasa sakit hati sebab teringat tapi takper la, I share kisah ni untuk berkongsi rasa jer la. Sebelum tu I nak bagitau bukan senang ye nak jadi Ibu? Nak mengandung dah satu hal mabok, nak bersalin sakit, nak membesarkan anak bukannya mudah. Nak mendidik lagi anak supaya anak jadik baik. Semua tu memerlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi lingkungan umur 3-4 tahun yang tengah nak cuba semua perkara tak fikir buruk baik and usia tengah tantrum to the max. Bukan senang nak control budak tantrum and sebelum anda judge ibu-ibu yang mungkin pada pandangan mata korang ‘she is not a good mother’ atau nak melemparkan kata-kata yang tak sedap or menyakitkan hati, you better think twice sebab 1) Menyakitkan hati orang dengan perkataan dan perbuatan ialah berdosa dan Allah tu maha adil. I percaya, perbuatan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik.

So sebelum bercakap, fikirlah kalau korang berada dalam situasi pihak orang yang ko nak mengata tu. Apa rasa dia. OK? Easier said than done. Cakap memang senang. Sebab talk is cheap. Action speaks lauder than words. One more, untuk ibu-ibu pulak sudah-sudahla compare anak sapa paling hensem, anak sapa paling cepat cakap, anak sapa paling pandai semua ni. Please sensitive dengan perasaan orang lain. Buat apa nak compare-compare macam ni. Bukan dapat apa pon. Please be sensitive sebab kadang-kadang ada hati yang akan tersentuh dengan perbandingan. Sebab one of the reason yang buat things complicated dalam motherhood journey is S.O.C.I.E.T.Y. Semua ni berlaku dari saat melahirkan lagi SAMPAI la anak besar.

Anak ko kenapa macam tu, anak aku mcm ni. EH kenapa bagi itu, tak bagus. Anak aku bagi makan ni. Eh ko biar je anak ko makan eskrem no wonder la anak ko lembap. Eh anak kau ni lambat betul ABC. Anak aku dah sampai Z dah. Nyanyi  pon tak layan London Bridge, semua lagu Adele je. Anak aku dah tau kaler siap boleh beza merah dengan maroon. Anak aku hebat hebat hebat. Walaupoooon tak compare tapi situ pon dah ada sound nak compare secara tersembunyi. Senyap sudah la. Takyah beria nak cerita anak ko paling hebat ke apa. Udah-udah la.

Kiter emak-emak masing-masing ada cara tersendiri. Apa yang bagus pada nko, belum tentu bagus pada orang lain. Kalau tengok, and let them be boleh tak? Buat apa sebok hal orang nak jaga anak. Sendiri ada anak, sendiri buat la yang terbaik untuk anak masing-masing sebab soal penjagaan anak ni sangatlah subjektif. Takyah la beria nak berdebat sapa lagi hebat. Tak usah. OK? Kalau orang nak mintak nasihat, beri nasihat dengan betul. Agak-agak macam dah cross the line, back kepada niat asal untuk memberi nasihat. Bukan untuk jatuhkan morale orang ke apa. OK?

Anyway. Panjang pulak mukaddimah. Kisahnya macam ni.

Jumaat lepas I bawak Shein pergi Wangsa Walk dengan Kaklong and De semua. Masing-masing bawak anak sebab kitorang nak bawak bebudak ni main dengan sebelah bowling tu. Kan  ada macam tempat game bebudak. So Si Shein sebok la nak tolak stroller. Dia taknak naik, tapi nak tolak. Habes semua orang dia nak langgar. I dapat la elak dari dia langgar orang tapi puas la jadik traffic controller. Last-last dalam pada hati-hati tu, Shein terlanggar la jugak this one Makcik depan Concierge betul-betul depan Georgetown White Coffee. Lepas dia langgar Makcik tu, I tak kasik dah la dia tolak stroller. I mintak maaf dekat Makcik tu 2 3 4 kali. Dia ada la bebel-bebel. Biasalah Malaysian. Memang susah nak cakap ‘its ok walaupon politely kiter mintak maaf. Orang jenis macam ni, kiter sembah melutut pon takkan cakap baik-baik punya.


Hari Kejadian