Friday, June 23, 2017

Cerita Pasal Maggi Dan Marketing

Hi Assalamualaikum..

Rasanya harini masih ramai lagi yang kerja (macam Ain). Jalan pagi tadi pon jam je macam biasa. Ingatkan lengang dah kot orang dah balik kampung semua, sekali sama je nak lepas satu traffic light sampai tiga kali lampu merah baru jumpa hijau. Tadi pagi masa topup Touch Ngo kat Shell akak tu pesan nanti nak jalan raya jangan lupa topup siap-siap ye, sebab kaunter plus untuk tambah nilai tutup. Ain balas dengan senyuman je, sebab pagi-pagi takde mood nak beramah mesra. Sepatutnya jawab ok terima kasih. Tapi dah lepas takpelah, lain kali je ucap terima kasih. Akak tu pon elok je bekerja sambil makan chewing gum -_____- . So korang yang banyak guna highway time raya nanti tolonglah jangan lupa topup siap-siap ok? Jangan jadik pengguna yang susahkan orang lain and tambah jam bila raya sebab masa nak touch tetiba baki tak mencukupi. Tak kelakar pon. Mengundang maki lagi ada. Sekandang hon korang dapat nanti. 

Tetiba gambar samyang. Hahaha. Ni lighting terlebih kot. Actual kaler dia lagi merah. Kalau ain makan samyang suka macam ni. Telur mata kena ada untuk bagi balance rasa pedas dia tu. Kalau makan kosong je rasa macam sambil makan sambil nak terajang orang. 

Thursday, June 22, 2017

Dyba, Intan, Anny, Raya and Friendship

Assalamualaikum..

Dah ada yang start cuti raya kan? (Jawapan : Kaklong). Dalam radio pon dah cakap yang traffic dah start heavy. Untuk yang balik kampung lalu tol jangan lupa top up TNG sesiap RM200.00 sebab untuk musim perayaan ni lane tambah nilai takde. Katanya untuk mengurangkan kesesakan. I wonder macam mana lah kalau tetiba 3 4 lane stuck sebab ada yang TNG Card tak boleh read atau ada yang lupa habes nak topup or tak cukup baki. Acane? Bukan makin sesak ke? Dalam seribu orang mesti ada sorang yang makngot lupa nak topap la apa la jenis selenga hahaha. Tu yang makin bertambah sesak nanti jalan. Kepada yang nak balik kampung harini (Kaklong) diucapkan semoga selamat sampai ke kampung halaman dan selamat berperang di dapur. Untunglaaaaa balik awal. I macam biasa raya KL dulu. Nanti Ahad tengahari (Raya Pertama) zaaaappp balik Jengka duduk la sampai raya Ke-6. Naseb baik dekat KL-Jengka so hari raya pertama tu dedua rumah dah boleh beraya. AL-hamdulillah. Bab Hari Raya ni kena la tolerate baru rumahtangga harmoni. Kepada para isteri yang sentiasa mahu beraya di rumah sendiri takde system giliran sebab suami jenis mengikut, kena ingat suami pon ada emak dan keluarga. Cuba bayangkan nanti kalau kita dah tetua anak lelaki semua ikut telunjuk isteri, raya takde gilir manjang dirumah isteri. Kita sebagai emak, sedih tak? Tipu la kalau kata tak sedih. Kena ingat ‘What you give you get back’. Trust me. Untuk suami pulak yang menggunakan kuasa mutlak ‘Tempat isteri disisi suami. Jangan jadik isteri derhaka’ so hari raya pertama tak pernah di rumah isteri, fikirlah perasaan isteri jugak. Bahagiakanlah Isteri yang lahirkan anak-anak untuk awak. Banyak dia sacrifice apa salahnya buat dia happy. Kan? Kena tolak ansur supaya semua orang happy. Ok? Okbye. Jom layan gambar pulak.



Melayankan si Dyba and Intan. Katanya sempena dapat ‘Duit Raya’ dari office, nak pakai baju putih and tudung Arzu. Ok boleeeeeeeh.

Wednesday, June 21, 2017

Rock to Run Trip - Hard Rock Hotel

Assalamualaikum…

Jom throwback balik Trip Penang. Dari berhabuk dalam draf baik share harini. Mana laaaaaaaaaaaa tau ada yang nak holiday raya dekat Hard Rock ke kan? Jap I tengok dalam Agoda berapa rate dia sekarang. Untuk Deluxe Room rate exclude tax for 1 night is RM524.00 dapat breakfast. Hill view la tapinya. Agoda cakap less 41%. If book dekat hotel tak dapat la harga ni. Tu banyak less tu apa lagi? Pergi la weh. Hard Rock bagi I best. Hotel dia best, bilik dia best. Swimming pool besar and ada private beach. Breakfast dekat hotel pon best lepas tu boleh buat beach activity. Maksudnya kalau korang lepak sini and taknak jalan town pon ok. Kat hotel pon dah best. Malam boleh tengok live band. Malas makan kat luar boleh room service. Untuk Kids pulak ada Kids Club. Untuk emak-emak ada Salon and Spa, untuk Bapak-bapak ada Lounge boleh sapkok minum kopi. Teens Club pon ada. Nak makan ada 6 different café. Pilih je nak apa. Ada Hard Rock Café, ada Starz Diner, Pizzeria, Lounge, Sand bar dengan The Shack. InsyaAllah takkan jemu dengan makan. Bilik dia I sukaaaaaaaaaaaaa sebab katil besar. Yang I duduk haritu ada bathtub, tapi bilik John takde bathtub pulak. Maybe different type of room kot? Ada 9 jenis bilik. Dari Deluxe sampai la King Suite. Untuk detail pasal Hard Rock Hotel korang boleh tengok dekat sini ok? Kat sana ada banyak info macam accommodation, amenities, entertainment and more. Meanwhile jom tengok gambar yang I sempat snap ni. Takde banyak, tapi boleh laaaaaa. Aku bab makan je yang beria ambik gambar. Kah kah kah.


Ni before balik. Kitorang beli T-Shirt Hard Rock sorang satu. Yang sorang 1 tu Mama and Shein. Abah sorang 3. Eh ke 4? Hahahaha.

Happy 65th Birthday Bapak

Assalamualaikum..


Happy 65th Birthday Bapak! Tahun ni jatuh bulan puasa birthday Bapak so takde la makan-makan dekat luar. Lagipon Bapak cakap kalau nak makan sedap kena tunggu Mak punya mata elok. Dia ada retina problem and dalam 2 bulan lepas buat operation. Now dalam recovering process and dia punya mata tak ok 100% lagi. Nanti nak ajak Bapak makan dekat KL Tower lah. Dah lama tak makan dekat sana. Now dah ada yang rooftop punya tu boleh la cuba tapi harapan la Sazli nak sebab dia jenis gayat. Nanti lepas raya kata Bapak boleh la pergi. Tahun ni kita beli cake je buat Bapak potong. Simbolik je. Saja ambik gambar buat kenangan. Lagipon Bapak tak suka hadiah. Dia eksyen sikit. Baju nak Zegna je amboi. Haha. Masa birthday Bapak tu pon potong cake tak tunggu bukak puasa sebab Shein nampak je cake sssssssssssebok nak potong and nak blow candle macamkan birthday dia. Shein biasa lah, birthday dia = birthday dia. Birthday orang, birthday dia. Gitu la konsepnya. Kemain happy nampak cake. I beli Chocolate Cake je dekat Secret Recipe. Padahal 5 orang je, kek punya besar. Half dari cake tu, Sazli bawak turun dekat surau. Boleh makan masa moreh. Alhamdulillah . Rezeki sikit kita kongsi sama-sama. Yang gaji lebih kena la bagi duit lebih pada yang gaji sikit. Baru la murah rezeki… Lagipon I kan isteri? Kan I manja? Hahahahahaha. **Tetiba. I love you Papa Bubu! Selamat Kawen Yang Ke-8. Nak uweeeeeeett!!



Tengok sapa yang terlebih excited? Tak lain ta bukan si Seeeeeeeeendong!

Tuesday, June 20, 2017

Etoiles.Chocolats

Assalamualaikum..

Sapa penggemar chocolate sini angkat tangan! Yang I nak share harini bukan sembarangan chocolate. It’s a local product and yang ni special sebab hand crafted chocolates. Dibuat dengan kasih sayang oleh No 1 chocolate diehard fan sebab tu dia creative and cipta macam-macam jenis coklat yang exotic serta sedap and seiring dengan citarasa tekak orang Melayu serta Asia. Rare ok? Sebab memang korang takkan dapat coklat jenis macam ni dekat mana-mana. Bebas bahan pengawet tapi InsyaAllah boleh tahan up to 3 bulan. Chocolate dari etoiles.chocolates ni menggunakan Belgian Chocolate campur dengan local exotics flavors macam Chili Padi, Nenas, Lada Hitam Sarawak and many more. Lepas tu founder Etoiles ni tak kedekut guna bahan and I boleh cakap semuanya menggunakan premium ingredient contohnya guna Vanilla Pods instead of guna vanilla essence sebab dia nak jaga kualiti and make it special. So far dorang ada 24 perisa coklat and soon InsyaAllah akan keluar macam-macam jenis flavor chocolate lagi.  Macam sekarang ni diantara flavor yang ada is tamarind in white chocolate, strawberry with balsamic, ginger and lime, coconut with kaffir lime, cinnamon and hazelnuts and many more. Tak larat nak taip. Selain dari tu untuk international punya tekak ada vanilla in dark chocolate, mocha, hazelnut, praline, pistachio and macam-macam lagi lah. I boleh cakap yang chocolate dari Etoiles ni sangat special, rare and bebas bahan pengawet.


Scalp Treatment for Mama and Hair Cutting for Shein

Assalamualaikum..

Hari Sabtu minggu lepas, lepas Shein bangun tido, siap poo-poo semua lepas tu kita shower dengan shark and Ultraman, gaduh semua sampai Abah dia nak tido pon tak senang, lepas tu kita dua dating pergi buat hair treatment dekat Lavina’s. Baru ada time nak buat scalp treatment. Kata Ain, kepala I ada ‘kerak’. Biadap betul hahaha. Dulu masa dekat Langkawi I paksa dia carik uban. Lepas tu dia busuk hati ambik gambar ‘kerak’ I last-last henpon dia kena format ke apa entah. Hilang semua gambar. Padan muka. Hahahahaha. Ni lepas buat scalp treatment rasa la kulit kepala fresh and tak gatal dah. Korang yang mana ada masalah kelemumur and pakai memacam shampoo tak jalan, buat la scalp treatment. Usually yang kelemumur ni sebab kulit kepala berminyak. Jenis tak cuci sehari pon dah merenyam macam ada kutu’s. Lepas tu garu sampai berdarah. Kan? Ke aku sorang je buat perangai garu kepala sampai pedih? Haha. Untuk yang ada masalah kulit kepala berminyak/kelemumur/kerak whatever you call, kena cecepat buat treatment ok? Sebab nanti rambut akan mula gugur and menipis. Macam dekat Lavina’s ni treatment dia less than RM150.00 sangat la murah. Lepas treatment ni I tengok macam mana. If dah ok, I nak buat la every alternate month. Lepas buat scalp treatment rasa lega M E N Y E S A L tak buat dari dulu. Kalau tak kekadang gatal dia subhanallah. Korang nanti carik la mana-mana salon yang ada offer scalp treatment. Dulu Groupon selalu offer discount dekat salon. Now pepandai la korang cari sendiri.


Dah alang-alang tu kata Sazli potong la rambut Shein sekali. Potong depan rata macam ala-ala Kpop lepas tu belakang kenteng macam Awie. So konsep rambut Shein ni Malaysia vs Korea la. Acewah.

Monday, June 19, 2017

Berbuka Puasa di Rumah Siti

Assalamualaikum..

Tak lama dah kan nak raya? Puasa pon tinggal 6 hari je lagi. Sedih pulak Ramadhan dah nak abes. Sazli tu lagi la rasa ‘hilang’ sebab Ramadhan ni ialah his favorite month. Busy je dia dah macam YB. Trawikh Jemaah, Moreh and latest ni untuk 10 Ramadhan terakhir ada Qiamullail pulak. So far Trawikh dia takde tinggal lagi. ‘Guboy Abah’ – bak kata Shein. Bulan Ramadhan ni memang menguji kesabaran sebenarnya. Panas + lapar maka cepat la nak meroyan. Bila rasa nak maki-maki sebab orang potong lane cuba istifar sikit. Ingat, Ramadhan ni bukan selalu. Entah tahun ni jadik yang terakhir sapa la yang tau kan? So kena la fully utilized and lebihkan sabar sebab Allah pon kata orang yang paling dia sayang dalam dunia ni ialah orang yang Saaa? SABAR. Pandai. Macam I, cakap pandai la. Sikit kang cepat je nak tarik muka kah kah kah. Cita-cita nak buat Trawikh tinggi tapi kekadang 9.30pm dah tido sama naik dengan Shein sebab penat la. Pagi sahur, mana ada tido dah. Balik kerja dah sebok untuk bukak puasa. Mana kain lagi, rumah lagi nak kena kemas.. Shein pon kekadang manja dia, boleh mengundang jugak jenis taktau nak apa dalam hidup dia dok Mama Mama Mama pang baru tau hahaha. Pukul 9.30pm letak kepala dekat bantal dah gone ke Hongkong. Untuk tahun ni pecah rekod takde sekali pon kami berbuka bertiga dekat rumah. It’s either dekat rumah Mak/Bapak or dengan kawan-kawan dekat luar. Tapi boleh kira dengan jari la berbuka dekat luar berapa kali je. Macam Ahad lepas, kitorang berbuka dekat rumah Siti and Zairi parents Adriel schoolmate Shein. Bukak puasa dekat rumah ni relax la sikit… 


Gambar Ketam nombol satu la. Kasik bakar line sikit. Haha. Puas hati makan dekat rumah Siti. Semua sedap-sedap dia kasik makan. I ni pakkal la beringat baju raya semua tempah ngam-ngam je ukuran badan. Kaaaaaalau tak, kau tau la naseb kau ketam!

Friday, June 16, 2017

IFTAR at Dewan Perdana With Family

Assalamualaikum..

Dah lamanya tak bukak puasa dekat Dewan Perdana Felda. Kalau tak dulu tetiap tahun pergi. I paling suka Apam Balik Nipis dengan Laksa Penang kalau makan dekat sana out of sekampung makanan yang dorang offer. Memacam ada weh. Serious banyaaaaaaaaaaaaaaak giler makanan, mak bapak je takde. Dulu ada Sushi, now macam dah takde pulak. Sapa ingat tragedy I dengan Apam Balik angkat tangan! Hahahaha. Setiap kali tengok Apam Balik Nipis sure I tergelak sorang-sorang memikirkan perangai merajuk yang boleh tahan mengundang and Intan yang dah pandai melawan tu. Boleh baca dekat sini. Alhamdulillah tahun ni merasa jugak sebab Abang Long and Kaklong invite. Kite kan memang anak beranak semua kerja Felda? Kah kah kah. So cukup lah 10 seat. Auliyya duduk baby chair and Aiydeen duduk dalam stroller membuta. Mak dengan De takde dekat KL, kalau tak complete dah family kitorang. TQ Abang Long and Kaklong for inviting. Puas Si Sazli dapat makan kambeng. Kambeng golek sini memang one of dia punya favorite. No 1 is Menate la. Sanggup tu dia beratur 2 3 kali sebab nak puas makan. Orang dah bersandar, dia comel je beratur lagi dekat kambing. Abang Long dari dah nak gerak balik cakap takpe la tunggu Sali. Dorang panggil Sazli tu Sali sebab dulu Amsyar tak pandai sebut Sazli. Maka among family I lekatlah nama ‘Sali’. Hahaha. Sali la, assemoga la, baaaaa (bye) la, memacam hal. Yang Sheindong tu pon asalnya Kakyang dia la bagi nama. Lekat la sampai sekarang dalam Sosial Media. Kitorang sampai Dewan Perdana time tu dah berbuka. Si Shein la buat perangai taknak mandi. Geraaaaaaam je. Padahal Bapak beliau, kambeng dah kat tekak. Nasib kambeng ada banyak lagi Shein. Kalau tak Abah kau hijau la jawabnya.


Kambing Golek pujaan hati Sazli. Tapi tahun ni I tengok dia punya queue takde la teruk sangat macam dulu.

Thursday, June 15, 2017

Buka Puasa Di Kampung - Part I

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat la bukak puasa dengan Mak 3 hari untuk Puasa tahun ni. Sehari masa sambut Ramadhan 2 minggu lepas and lagi 2 hari masa balik last week. Kebetulan cuti Nuzul Quran so dapat la extend duduk Jengka lagi 2 hari. Kitorang balik Jengka Sabtu tu lewat jugak. Sebab memang plan nak sampai Jengka petang, lepas tu boleh singgah beli Air Mangga, Cucur Udang dengan Laksa Ikan Sekor dekat Bazar Ramadhan Bandar Pusat Jengka dekat gerai senior Sekolah Menengah dulu. Dah lama perati dia masukkan dalam FB menyirap je. De pulak cakap Laksa dia sedap sedap sedap sampai tetelan ailio I but akhirnyaaaaaa haritu dapat makan jugak. Norwiyana nama dia. Dulu masa sekolah I ingat dia pendiam, sekarang kemain peramah. Tapi peramah dalam FB la. Hahahaha. Sedap weh Laksa dia. Sedap gileeeeer! Jus Mangga pon sedap. Dapat rasa Mangga chunk ada dalam tu. I rasa sangat puas hati sangat dapat rasa. Masa sampai dekat Bazaar tu, Sazli and Shein tunggu dalam kereta je. I pon tak sanggup nak bawak Shein, kang dia carik pasal kang malas nak berdrama. Lagipon Jengka boleh tahan panas lepas tu lapar lagi kang ada yang dengan I sekali nanges baring atas jalan. Hahaha. Sazli mintak cari Gulai Ayam nak buat cicah dengan Murtabak Frozen kawan Bapak punya tapi boleh eh dari hujung sinun, sampai hujung sini takde? I pulak sebok mengekor Maksu kawan sekolah I nak shopping makanan dengan husband dia. Kebetulan dia sergah I time baru siap beli Air Mangga. I pegang lengan dia tak lepas sebab segan jalan sorang-sorang dengan suar senteng. Hahahaha. Sampai dekat Jengka, just nice je tak lama dah nak berbuka. Jengka ni panas jugak la wei. Tu ingat nanti nak paksa Mak pasang aircond. Kata Sazli probably sebab bumbung rumah Mak. Dia risau la Mak pergi Trawikh takot dehydrate. Mak cakap, masa dua hari lepas laaaaagi panas sampai dia baring dekat simen. Kata dia, kalau time tu I ada dekat rumah mesti jam tu jugak suruh Mak roboh rumah and buat rumah lain. Hahahahaha. Tingat dulu masa I berpantang dekat Jengka, panas dia sampai lap la peluh dekat leher. Menitis-nitis peluh… Tapi I survive.


Beli 2 mangga dapat FREE 1 air lemonade. TQ Wina!

Kisah PETAI

Assalamualaikum..

Puas hati dapat makan petai. Haritu Jana Whatsapp tanya nak tak petai. Tengok mata dia debab-debab sebesar duit shilling limaposen. Kata Jana fresh dari pokok di Perak. Kalau nak, Sabtu nanti dia hantar. Semua ada 96.00 papan and harga dia kasik RM150.00 sahaja untuk semuaaaaaa tu. Bapak la murah weh! Mana nak carik dekat KL dengan harga ni. Kekadang seikat ada 3 papan harga dah RM8-RM10.00 so terus la I cakap nak. Kitorang bahagi-bahagi dengan parents sekolah Shein. Semua pon hantu petai termasuk lah Reham and family. Dia sahaja ambik 40 papan. Reham ni orang Jordan tapi dia punya cinta pada petai melebihkan orang Melayu ok? Anak dia si Selma tu makan petai bukan buat ulam dah, tapi buat snack. Makan macam makan jajan. Kata Reham now everyday dia letak petai dalam salad dia. Sazli pon happy la dapat petai. Haritu dia belasah makan sahur buat macam lunch. Kemain ulam petai, pegaga, daun selom makan dengan nasik and cili + bawang + kicap. I tengok geleng kepala je. Haritu serik dah makan Sambal Petai waktu sahur. Makan memang sedap tapi lepas tu mulut rasa kuda. Rasa kuda tu ialah rasa tak sedap. Payau and bila bernafas pulak bau syurga. Hahahahaha. Yatie la ni ajar I cakap mulut rasa kuda. Dah I terikut. Ada readers tanya, ‘Kaksu, mulut rasa Kuda tu macam mana? Kaksu pernah makan Kuda ke?’ T___T


PETAI. Heaven! Ni macam –macam boleh masak. My favorite sambal petai cili padi la. Boleh masak sambal tumis udang + petai, boleh letak dalam nasi goreng and buat nasi goreng meletop and manu more. Kalau Eina Azman, dia buat spaghetti pon letak petai. Tu hardcore level dah tu.

Wednesday, June 14, 2017

Jom order NOW sebelum terlambat

Assalamualaikum.


Klik sini untuk gambar lebih meriah

Dah order dah Mak Andak Chop Chip Cookies termurah abad ini dengan Haizan? RM18.00 je sebalang harga beliau. Susah nak carik harga macam murah macam ni. Biasa memang puluh-puluh RM and now I tengok yang jual RM40.00 sebalang pon ada. Mak Andak Cookies ni memang I order tetiap tahun and confirm sedap. Murah pulak tu. Tahun ni ada pulak Bangkit Cheese yang cair dimulut tidak ditangan gittew. Harga RM20.00 sebalang. Pon sedap jugak. Kalau tak order lagi, boleh cecepat sebab minggu ni last untuk order for Hari Raya 2017. Friday 16/6/2017 ni last order tau? JANGAN LUPA! Pick up point dekat Menara TM/Seksyen 19 Shah Alam. Boleh Call/WhatsApp Haizan terus dekat 019-3920057. Dah alang-alang tu taknak ke cuba rasa Hershey’s Brownies Haizan yang sedap tu? RM50.00 sahaja untuk size 9inch. Potong bite size dapat 49pcs. Macam I punya favorite is no nut. So Haizan letak Cranberries and raisin dalam dia. Confirm sedap. Kalau tak, takde la I order tetiap bulan. Ni pon ada rasa macam nak. Nak mintak dekat Haizan takot. HAHAHAHAHA.

-eNd-

Ozeki With Ellis

Assalamualaikum…

Asalnya plan nak bukak puasa dengan Anny and Ellis. Tetiba last minute Si Anny tak boleh nak join sebab car seat Ayden ada dalam kereta Alan. Dah tu takkan Ayden nak dibiarkan bermaharajalela dalam kereta? Mau kang nanti dia pulak tetiba nak drive and Anny duduk tepi jadik penumpang. Alan punya flight pulak delay, 6.30pm baru touch down Subang so Good-bye, kitorang je lah makan sedap dulu eh? Masa Si Anny cancel hati ini dah berbunga riang sebab tekak I dah lama tingin nak makan steak dekat VS tapi Si Anny bukan makan steak, Ellis pon kurang. Tetiba Ellis cakap dia tingin nak makan dekat Ozeki, terus I setuju. Hahaha. Padahal tadi beria nak makan steak, cepat betul hati berubah. Macam haritu suka dekat Zul Ariffin, ni tetiba suka dekat Fattah Amin pulak lepas tengok Cinderella tu. Memula biasa je lepas tu De la influence cakap romentik la apa la dah aku pon suka. Sekelip mata hatiku berubah. Hahahaha. I dah lama giler tak makan dekat Ozeki sampai dah tak teringat lansung. Bila Ellis cakap Ozeki punyalah I happy… Macam mana la boleh lupa. I cakap pada Ellis, I nak makan banyak and nak order menda lain pulak. Tapi sudahnya tetap order yang sama tapi ada la sejenis menu baru kitorang order. Pooooon sedap weh! Sedap giler! Kena masuk dalam list wajib order. Taip ni pon telan ailio.


Inilah dia Eringi Gyoza Hasami Age – RM19.00 harga beliau. S E D A P.

Tuesday, June 13, 2017

Kisah Shein dan Nasi Goreng

Assalamualaikum..

Weekend bebaru kitorang balik Jengka 3 hari. Best la dapat bukak puasa dengan Mak 2 hari. Lagi best time sahur dapat la sehari tu tinggal bangun, cuci muka terus bersila makan. Heavennyaaaaaaa. Biasa I yang bangun kejut Sazli 3 kali. 3 kali ok baru bangun? Geram je. Kata Sazli dekat Mak, ‘Takper Mak. Masa Su kejut kali pertama tu takyah bangun sebab lepas tu dia mesti datang balik hahahahha’. Eeeee jahatnya. Kekadang I cakap ‘U, dah pukul 5 suku ni. Bangunlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Kekadang saja je buat gempak. Padahal tak 5 suku pon lagi. Kena cakap macam tu, kalau tak punya liat nak bangun. Kekadang geram jugak. I nanti sehari nak buat macam ni. Kejut sekali tak bangun, kejut dua kali tak bangun, kejut 3 kali tak bangun I lantakkan ajer. Biar dia tak sahur. P A D A N  M U K E. Dulu I ingat masa kekecik, I punya perangai macam Sazli la. Kejut sekali mana maunya I bangun. Padahal yang tukang kejut tu boleh tahan dia goyang sampai terkejut roh I masuk dalam badan. Goyang tak ingat punya sampai bergegar satu badan. Pundek betul. Sampai hati ko De kejut aku macam tu. I takde pon rasa nak kejut Sazli ganas-ganas. Penuh kelembutan je. Tapi masuk kali ketiga tak bangun-bangun jugak memang high pitch naik. Sazli ni kalau Bapak kejut, sekali je bangun. Takot lettew. Dengan I dia tak heran. Siap dia lepas ni memang I lantakkan ajer biar dia lapar. Hahahahah. Tapi sian jugak. Takot nanti dia bukak puasa lepak pulak. Sazli jenis bulan puasa memang bizi. Isyak and Trawikh sebolehnya dia buat dekat surau. Sebab tu dia kurang kalau ajak bukak puasa dekat luar. Kata dia sayang dengan nikmat bulan Ramadhan. Love you. **tetiba


Ni budak tak puasa ni, sebab dia tak puasa kena la masak sendiri. Hahaha.

Monday, June 12, 2017

Offer HOC & ANS. Teh Ais. Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Pari Bakar.

Hi Assalamualaikum..

Salam Nuzul Quran pada semua. For those yang cuti sempena Nuzul Quran macam Siti Nohaliza korang tu diucapkan selamat bercuti. Yang kena kerja macam Ain diucapkan semoga bertabah. Ala rilek la, kerja time orang ramai cuti ni la bagus. Jalan pon takde la jam sangat (padahal dengki). Tapi sakit hati jugak ada yang cuti. Kat johor ni budak sekolah je macam biasa. Ke dah ambik cuti ni ganti pada hari lain? Patutnya public holiday semua jela cuti. Ni Felda je cuti apahal? Hahaha. So macam biasa since kaksu cuti Ain akan update few things. Tengok tajuk pon dah tau ni entry rojak. Nak cerita pasal makan, offer house of corset, and offer annesuraya skincare. Bila kaksu kata buat dalam satu entry baiklah kita terus buat ye tuan-tuan dan puan-puan, sebelum dia berubah fikiran suruh separate entry makan and entry business. Tak pasal aku stress mengadap blog ni kang. kah kah kah. 

Sebelum tu kita up gambar menyirap. Teringin pulak Teh Ais Madu ni. Takkan nak bagi ain telan ailio sorang-sorang. Lepas tengok ni jangan pulak korang amek air semayang nak solat tapi kumur terus telan ok? bawak bersabar. (gambar google).

Friday, June 9, 2017

Buka Puasa Makan Sedap Di 9Kedondong Harini for RM45/nett. Less RM10.00!

Assalamualaikum..

Korang harini plan nak berbuka puasa dekat mana? Kalau takde plan lagi, boleh la bukak puasa dekat 9Kedondong sebab untuk hari ini sahaja, 9KEDONDONG BAGI LESS RM10.00 UNTUK RAMADHAN BUFFET MEREKA. NORMAL PRICE IS RM55.00 NETT/PERSON TAPI HARINI HARGA CUMA RM45.00 SAHAJA. If korang nak, boleh call mereka untuk buat tempahan ASAP. Untuk booking call terus ke 016-8868311 ok? Jangan lambat sebab tak banyak slot yang tinggal. Makanan dekat sini memang semua pon sedap-sedap and sesuai la untuk yang suka makan masakan melayu sebab dekat sini dihidangkan dengan CITARASA KAMPUNG. Yang paling popular and ada hari-hari semestilah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. I suka jugak dia punya Sambal Udang, Kambing Bakar. Perrrrghhhhh!! Semua lauk pauk citarasa kampung ni kena la dengan tekak I and memang semuanya sedap. Rugi kalau korang tak pergi lagipon harini ada discount. Dia punya Nasi Kerabu pon sedap. Goreng pisang, cucur ikan bilis and cekodok pisang made before your eyes ok? Makan panas-panas dia punya nikmat, perrrghhh!! Jangan lupa ambik cucur ikan bilis cicah dengan mana-mana gulai. Nak cicah dengan Sambal Udang pon layan jugak bro. Eh, aku taip aku pulak yang menyirap rasa dihati. Apehal???? Gerai pon ada banyak selain dari makanan utama. Pilih la mana nak. Air panas, air sejuk, pelbagai dessert yang semua pon sedap alahai, rugi rugi rugi kalau tak pergi. I kalau review makan memang ikhlas dihati. If I cakap sedap and berbaloi korang kena try. Tak caya boleh tulis dekat dada. Alip lam lam ha. Haaaaaa. Jom tengok diantara makanan yang ada dekat 9Kedondong. Harap jangan la yang ada menjilat screen. Hehe.


 Sambal Udang. Kekadang ada petai, kekadang takde. Tapi ada atau takde memang dedua sedap. Jangan lupa makan dengan cucur bilis panas-panas ok? **menyirap je….

Thursday, June 8, 2017

Seri Pajam Development Sdn Bhd

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum.

I terfikir nak carik apartment baru yang selesa luar dari KL untuk buat investment. Kalau boleh nak dekat area Nilai sebab Nilai pon tak jauh sangat dari KL. Tak sampai 50km pon. Sekarang pulak Nilai memang tengah membangun. Tak lama lagi dekat Nilai nak bukak AEON. Kalau ada AEON ni bagi I memang gempak la sebab situ ada tempat makan, tempat shopping, movie semua ada lah! Kalau beli property dekat sana ni mesti lama-lama harga akan naik lebih tinggi. Dekat Nilai pon ada Kolej-kolej, Kawasan Perindustrian semua. KTM pon ada. So bagi I Nilai memang diantara tempat yang strategic la untuk beli rumah samaada nak buat investment ataupon nak tinggal bagi yang kerja dekat KL area. Paham-paham ajer la harga rumah dekat KL sekarang macam mana kan? Seram! Carik punya cari, I terjumpa satu projek apartment baru dekat Nilai bernama Citra Embun by Seri Pajam Development. Nak carik rumah kena tengok developer jugak. Macam Seri Pajam Development ni sapa yang duduk area Pajam, Sepang, Seremban, Nilai, Senawang and Bahau memang la tau sebab dorang banyak dah buat projek best-best dekat sana dari single storey terrace sampai la bungalow semua ada. So kita tau Seri Pajam Development ni memang Property Developer yang bagus dan dipercayai. If nak beli rumah, better pergi show unit so that kita dapat imagine macam mana bentuk/keluasan rumah tu nanti. I pon ada tengok Citra Embun Show Unit and terus jatuh hati! Untuk Citra Embun ni ada 3 type. Yang I tengok haritu Type B. Keluasan dia ialah 1,038sqft. 3 bedrooms, 2 bathrooms. Jom tengok!


Hall dia. I suka sebab luas and dekat dengan balkoni.

Wednesday, June 7, 2017

Salted Egg Crab at Hokkaido Seafood Restaurant

Assalamualaikum

Pepetang ni nak belanja la korang dengan gambar Salted Egg Crab yang I makan dekat Hokkaido depan Vistana Hotel masa habes futsal last time. Sebab dah petang sangat, kita belanja satu gambar je la eh? Kang kasik semua gambar ada yang lempar laptop keluar tingkap pulak. Kah kah kah. Nak pulak haritu kata Izzy 'Kaksu order semua jenis seafood' Maka segala ketam, udang, sotong, lala, ikan SEMUAAAAA kitorang order. Babun je tak order hahahah. Tenkiu Boss belanja! Puas hati Intan dapat makan. Kata dia memintak la jangan satu table dengan Aizat sebab Aizat kuat makan. Doa Intan dimakbulkan, Aizat duduk meja sebelah tapi Wakjoi pulak sama meja ngan kitorang. Hahahahaha. Tapi biasa lah, orang tamak sifatnya begitu. Sudahnya makanan tak abes pon. Sampai terpaksa bangun loncat-loncat kasik nasi turun, baru makan pulak. Ishk ishk ishk sampai macam tu sekali. If dekat KL area ni, I suka makan keketam macam ni either dekat Hokkaido or dekat Stadium Jalan Yap Kwan Seng. Service cepat, lepas tu sedap. Selalu order Kam Heong or Salted Egg, next time (yang taktau lagi bila) ingat nak order Sweet Sour Crab pulak. Peeeerggggggghhhhhhhhhh. Harini untuk berbuka, I nak makan nasik. Nak makan baaaaaaaaaaaaaaaanyak. Laaaaapaaaaar! Kbye.


Salted Egg Crab at Hokkaido Seafood Restaurant. 

Just in case korang wondering, restaurant ni bukak at 5.00 pm tutup at 2.00am so kata la tetiba pukul 12.00am teringin nak makan ketam, datang sini ok? Sebab sini tutup lambat. So dah takde alasan lagi. Wooo hooooooo!! (Gembira betul orang puasa ni kan?) Hahahaha.

Hokkaido Seafood Restaurant
68, Jalan Lumut, Titiwangsa Sentral,
50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


-eNd-

Makan-makan for Eddy's Birthday

Assalamualaikum..

Throwback balik ke 13 Mei 2017 untuk Eddy’s Birthday Makan-Makan dekat rumah Miera and Eddy di Damansara. Si Rish remind suruh masukkan entry ni. Bengang la tu dekat sebulan tunggu entry ada muka dia tapi tak keluar-keluar dalam blog. Habes gambar takde kena mengena dia tanya bila nak update entry Birthday Eddy. Haha. Lepas tu harini tengok balik gambar makanan yang Miera buat rasa macam teringin pulak Roasted Chicken. This time Miera buat 2 jenis. 1 yang Mayonnaise and 1 lagi Lemon. Both sedap! Masa nak makan tu, kata Rish ‘Ni ayam ambik sorang satu je. Nanti tak cukup’. Sekali dia ambik dua takper. Kata dia, dia ambik kecik takpe ambik dua. Hahahaha. Petang tu sebelum swimming Miera buat lagi sekali yang Mayonnaise punya. Ya Allah sedapnya makan dengan Sos Chili Lingam. Telan Ailio I sambil taip ni. Tengok Miera masak relax je. Dapur dia takde pon sepah-sepah lepas tu macam senang je dia buat. Sebelum swimming Miera prepare the ciken, masukkan dalam oven lepas tu after swimming dah siap and boleh makan panas-panas. Yang bahagian isi pon sedap. Takde pon I tengok Miera marinate overnight tapi tetap sedap! Miera memang pandai masak. Haritu dia buat Grilled Chicken 2 jenis, Lasagna, Potato Salad, Grilled Lamb and Brownies. Lepas tu si Arie bawak Sotong Goreng tepung and Si Fruz bawak potato gratin 2 bekas. Pon sedap! I tanya Rish, ‘Kenapa tak ambik Potato Gratin’. Dia cakap dah bosan. Muka kerek giler masa jawab tu. Mementang laki dia yang masak. Masa share gambar dalam group Fruz bising I tak ambik close up Potato Gratin dia. Hahahaha. Oh, I ada bawak jugak Brownies dari Haizan. Memula macam nak mintak Miera buat Brownies, tapi kesian pulak takot dia bizi, so I pon order la dekat Haizan. Oklah buat tambah-tambah makan. Semua makanan cukup for us. Ada dalam 13 adults and 8 orang kid’s tak silap I. Adoi. Bengang pulak nampak Grilled Chicken tu. Ni semua ko la punya pasal Rish!


Makan-makan untuk birthday Eddy kali ni ada Aliah and family, Siti Nohaliza and family, Rish and family, Syikin and family, Encik Ahmad Zack, Zareef and Arie. Yash kata nak datang tetiba anak dia demam pulak. Tetap meriah. Sikit-sikit pon takpe la, janji Eddy happy and I puas makan. Hahahaha.

Tuesday, June 6, 2017

Rock to Run Trip - Hard Rock Hotel Part I

Assalamualaikum

Throwback balik yang trip Penang eh? Kang manjang citer makan kang jangan kata nkorang, I pon merana and makan hati. Hahahaha. Kitorang book bilik guna Booking.com. Book awal dalam hujung bulan 1 and nak check in bulan 5 punya jauh jarak. Time tu harga billik dalam RM1,117.08 termasuk tax for 2 nights jenis Deluxe. View hill jer yang tinggal so ambik jer la dari takde. Jangan view kubur dah. Dekat Hard Rock ni ada jugak bilik view pool and ada paling best ada bilik yang direct access to the pool macam dekat Villaku.  Bangun tido terus terjun kolam konsep dia. Time tu ada Rock to Run and rupanya ada 2 company buat family day maka semua bilik habes disapu liceeeeen. Family I dengan John je yang dapat book bilik. Kak Fieza, Abang Shahrul, Abang Zai sekeluarga nak book petang sikit je dari kitorang pon dah fully book.  If korang nak murah, book guna Agoda or Booking.com ok? If book direct dari Hotel harga agak mahal. Price before tax untuk bilik jenis deluxe mengadap bukit is RM500.00/night macam tu. I bagi 4.00 bintang untuk Hard Rock. Kolam bersih, service cepat, bilik hensem and breakfast makan sedap. Salon, spa pon ada. Best! Cuma masa tu orang agak ramai so macam hingaq sikit. Sipi-sipi macam dekat pasar. But semua under control la. Gambar bilik nanti I share kemudian ok? I sukaaaa bilik dia. Sabun muka dia bau serai siap tapau bawak balik. Kah kah kah. Jom tengok gambar Shein mandi kolam dengan Abah dia, John and anak-anak. I duduk tepi je jadik Pom-pom Girl dengan Cikgu Murni. Malas pulak nak beria mandi (sebenarnya segan dekat John and Cikgu Murni) Hehe.


John and Sazli la yang handle bebudak mandi. I tengok John berenang setempat je. Hahaha.

Godiva Ice-Cream. Yummmmmm!!

Assalamualaikum..

Masuk hari ke 9-10 puasa ni start la dah rasa dahaga. Lagi-lagi kalau nap waktu lunch break. Bangun tu rasa dahaga sangat. Dulu si Broccoli (Yati Yahya) bagi theory bongok. ‘Su, awak kalau taknak dahaga jangan kencing. Nanti air keluar dari badan dahaga la’. HAHAHAHA. Dia ingat I sekolah tadika ke nak percaya? (Tapi padahal memang ada je tahan kencing takot dahaga) Bongok la Yatie. Time ni mula dah taktau nak makan apa time berbuka. If ada yang craving tu rasa la happy nak berbuka. If not rasa macam biasa-biasa je. Macam harini scroll gambar dalam Gallery ternampak Godiva Ice-Cream Huwaaaaaaaaaaaaaaaa I terasa macam dunia ini kejam pada I. Tengok lepas tu telan ailio OMG macam budak darjah satu sangat. I sukaaaaaaaaaa giler ice-cream Godiva ni. My favorite is yang mix chocolate + vanilla. If chocolate sajer nanti too strong rasa chocolate dia but still sedap la. Dia punya cone rangup siap ada chocolate, ice-cream dia rich tapi tak muak, drizzle pulak dengan chocolate syrup OMG sedap weh, sedap paham tak sedap dia macam mana? Ni la ice-cream yang paling sedap dalam dunia bagi I. Serious. Lepas makan Godiva I macam dah tak berapa nak dah dengan ice-cream lain. Dulu Godiva pernah buat Buy 1 and dapat second one for 50% less and pernah buat jugak Buy 1 FREE 1 and also 50% less if beli 1 je. Time tu seminggu 2 3 kali muka I jer la yang beratur dekat Godiva. Sapa suruh sedap sangat? Now no more discount tapi haritu tetap jugak I pergi sebab tak tahan. Godiva ni satu cone tu harga dia is RM22.00 agak mahal berbanding ice-cream cone lain. Dulu Tutty Fruity if harga RM22.00 ni dapat semangkok besar penuh dengan buah-buahan.


Tengok pon dah tau sedap. I love you Godiva Ice-Cream!

Monday, June 5, 2017

Tomyam Seafood Spaghetti – IFTAR PACK SOHO SANDWICH

Assalamualaikum..

Berbuka puasa apa korang harini? I harini berbuka dengan Tomyam Seafood Spaghetti dari @sohosandwich. Tak tahan tengok udang sikit punya debab (macam ain) ada 3 ekor, dengan sotong clam semua siap. Murah pulak tu. RM15.00 jer. Mana nak dapat harga RM15.00 and confirm sedap dengan segala udang gemok macam tu dekat KL ni? I berani kerat jari takkan ada punya lah. Dah alang-alang tu order sekali Salmon Sandwich dengan Heritage Clubsandwich. Aduhai, dah sampai ke tekak dah rasa nak makan ni. Nak nanges rasa. Hahaha. Hari Jumaat lepas I ada beli Sandwich dekat O’Brien lepas tu tetinggal dekat office. Takde rezeki nak makan. Yang misterinya, masuk kerja hari Isnin tengok takde pula katas meja. Dah hantu mana pulak ambik bebulan puasa ni? Tapi takper la, sesapa pon yang ambik I dah halalkan sebab Soho Sandwich beganda-ganda lagi sedap. I pernah review pasal Soho Sandwich dekat sini last time. Tauke Soho Sandwich ni tak buat hari-hari IFTAR PACK. Selected Day je. Masa dia publish dalam FB Sabtu lepas, menggelupur la I order. Si Intan kongang masa kitorang dah dapat ni baru menyesal sebab tak order. Kata dia sebab tak bukak attachment. Bizi buat assignment. So tak dapat la dia rasa and I pon taknak bagi dia rasa. Hahahahaha. Korang kena sentiasa alert la dekat IG dia supaya tak terlepas IFTAR PACK ni sebab tak pernah yang tak sedap I tengok dia buat. Manjang sedap and IFTAR PACK ni kira macam special menu la. DIa takkan available every day. Ok? Jom tengok gambar Tomyam Seafood Spaghetti I. Kalau terliur, I mintak maaf eh? Ni bukan salah I. Salah Luqman (Founder Soho Sandwich)



Tomyam Seafood Spaghetti. RM15.00 sahaja sebekas. Udang gemok ada 3 ekor.

Last Kopek KyoChon Sebelum Puasa

Assalamualaikum..

Hari Jumaat sebelum puasa tu, kitorang makan last kopek dekat KyoChon sebab Dyba tak makan lagi. Sian dia. Semua orang dah makan dekat KyoChon dia je belum. Kali ni penuh satu kereta. Kaklong, Dyba, Intan, I and Izzah. Mendapat sambutan pulak kalini sebab nanti puasa tak boleh dah nak makan secara terang-terangan kecuali a) Tak malu b) Tak kisah nak naik van mayat. Hahahaha. Pastikan perut lapar baru enjoy nak makan nak pulak jenis lambat hadam macam I. If pagi sarap Mee Goreng alamatnya petang karang baru lapar balik. Tu yang nyampah tu. Kitorang keluar dari office 12.30pm tapi dapat makan and turn kitorang 1.30pm memang tak kelakar. KyoChon ni memang always pack and bila je pon yang tak pack. Selama I pergi tak pernah yang tak beratur. Eh tak. I tipu. Ada yang tak beratur. Masa makan dengan Ayang and Kaklong petang lepas visit Atin bersalin tu ari. I agak kalau lunch hour la kot yang pack. Haritu tengok ada yang reserve table. Kalau la I tau boleh reserve table, memang I book dah. Pakkal tak tau. Ni dah tau dah ni, next time nak makan book la dulu table. Lepas tu masa jalan nak menuju meja, tak pakai mata dah untuk melihat tapi pakai hidung sebab belagak orang lain beratur kemain panjang, kita fe-feeling VIP terus dapat table. Hahahaha. Ingat lagi dulu ada kawan I cakap, nama dia Izzu ‘Izzu pelik la kekadang orang perempuan ni kalau bawak kereta dia pakai lubang hidung. Bukan pakai mata’. Hahaha. Korang tau kana da spesis pempuan yang bawak kereta mendongak lepas tu jenis stering punya rapat dekat dada. Bapak la dekat. Konon nak kasik nampak sampai bumper kereta kot? Hahahahaha.


Kali ni kitorang try ambik whole chicken. Combo Red Pepper + Soy Garlic. Sedapnyaaaa lahai. Menggelegak rasa perut tengok gambar waktu puasa macam ni. Harga untuk whole chicken is RM54.00.

Friday, June 2, 2017

Rock to Run Trip - Padang Brown

Assalamualaikum..

Tengah terfikir apa la nak berbuka for harini. Fikir punya fikir tetiba teringat Char Kway Teow masa dekat Penang haritu. Ada dua tempat I makan Char Kway Teow. Satu dekat Padang Brown and satu lagi dekat Pantai Shamrock. Boleh baca dekat sini. Yang paling sedap is dekat Pantai Shamrock la sebab the one dekat Padang Brown macam masin sikit. Tapi masalahnya almost impossible la kan nak makan Char Kway Teow for berbuka sebab konsep Char Kway Teow ni makannya nak kena panas-panas and jam tu jugak. Kalau tunggu lama nanti dah kembang. Nak masak sendiri kalau takat Kway Teow tu boleh la tapi I nak Char Kway Teow. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Puasa ni cengginilah kan, makannya teringin nak yang specific je. Kalau takde teringin apapa and makan sebab nak bukak puasa dia rasa macam takde feel la. Kan? Ke aku sorang je? Hahahaha. Ok la, alang-alang dah cerita pasal Penang, I share lah sikit gambar masa kitorang makan dekat Padang Brown. Unfortunately, this is the only family group photo yang Group Apartment I ambik sama-sama. Tu pon minus Shein (tengah tido and Danish anak Abang Zai sebab dia tukang ambik gambar). Jaaaaaadik la dari takde. Haritu masa pergi Penang ada Family Kak Fieza, Family Abang Shahrul and Family Abang Zai. First night kitorang stay dekat Maritime Guesthouse and second night dorang stay dekat Bayview Beach Resort and family kitorang stay dekat Hard Rock dengan family John. Actually lokasi hotel sebelah-sebelah je. Dorang tak dapat dah nak book bilik dekat Hard Rock sebab dah penuh time tu. Kitorang je stay sampai Isnin and the rest balik KL Ahad tu jugak sebab memasing tak dapat cuti. Kak Fieza yang susun itinerary masa dekat sana. Sebab Penang tu kampung dia so biar dia setel. Makan tak sedap kalo, siap ko Kak Fieza. Hahaha.


Telan je la ailio. Walaupon sedikit masin Char Kway Teow Padang Brown ni tapi masih lagi jatuh kategori sedap la. Dapat cili jeruk ni peeeerrrrrrghhhhhh

Thursday, June 1, 2017

Discount For Loose Pack Dan Special Offer Fullset AnneSuraya

Hi Assalamualaikum..

This is short update nak bagitau yang AnneSuraya ada nak kasik special offer kat korang ni. Beli mana-mana loose pack 3 item and more then berpeluang untuk dapatkan 30% off discount. So siapa-siapa nak topup boleh grab this chance sebab banyaaaak tu 30%. Untuk sesiapa yang beli fullset (RM90) pulak, korang akan dapat percuma Glutathione Bar wash. Worth for RM30. So tunggu apa lagi? offer macam ni tak datang selalu and boleh stop anytime ikut cakap boss. Sementara ada ni boleh la beli. Macam yang semua tau, AnneSuraya Skincare sesuai untuk semua jenis kulit. Cuma cara pakai tu depends pada jenis kulit korang. Contohnya macam facial cleanser, kalau jenis muka berminyak lagi elok pakai jenis bar. Kalau kulit sensitif prefer pakai yang jenis liquid. So apapa nak order ke, nak tanya ke, nak itu ini semua boleh DM kat Official AnneSuraya Instagram or whatsapp number yang ada pada gambar ok? takpon direct whatsapp Siti Nohaliza kat 012-9184042. Tapi kalau dia reply lambat sikit kena sabar, sebab dia busy nak jaga Ampang. Puasa-puasa ni kena banyak sabar. Nak tengok feedback and testimonial semua boleh pergi IG. Kalau belum follow boleh follow sekarang. Hehe.

Beli Fullset AnneSuraya Skincare (RM90) percuma Glutathione Bar Wash (RM30). Nak tau mana satu Glutathione Bar Wash? Tengok gambar loose se item bawah ni.

Gambar Udang Dan Selamat Puasa Keenam

Hi Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua oraaaaaaang! Ni Ain. Saja peramah bagitahu sebab nanti ada yang confius kenapa update by Ain. Harini Siti Nohaliza busy menyelamatkan dunia. Dia ada task kena settle and macam biasa korang terpaksa la baca entry daripada Ain. Kaksu kirim salam pada semua and dia pesan nanti makan berbuka sedap-sedap jangan lupakan dia. Ni nak masuk tengahari harap semua orang ok lagi. kalau petang maybe ada yang buat kerja dagu atas keyboard. Lepastu carik penyakit pergi tengok gambar/video makanan sedap-sedap. Lepastu telan ailio. Tu memang penyakit orang berpuasa. Kaksu mintak Ain update cerita pasal makan-makan. So ikut jelah sebab nak dilawan kang malas pulak dengar dia membebel. Level-level umur macam Siti Nohaliza tu hobi sampingan dia memang membebel. Tapi walaupun suka bebel dia baik. Dahlah baik, cantik pulak tu. pemurah lagi. Ni puji lebih-lebih ni harap-harap dapat la duit raya banyak. Hahaha. 

Udang goreng kunyit cecah sos untuk berbuka semalam. Kalau Ain, asal namanya udang semua sedap. Memang terbukak selera. Simple macam ni pon dah sedap.