Wednesday, August 30, 2017

Punca Kekalahan Team Malaysia?

Assalamualaikum...

Tahniah team Malaysia dapat Perak untuk Sea Games KL 2017. Tak rezeki, nak buat macam mana. Dah la main dekat Malaysia lepas tu kalah pulak time I datang tengok live, lagi la sedih. Time aku tak datang boleh pulak dia menang. Mana la keadilan dalam dunia ni. Hahahah. Sedih sangat semalam masa Thailand goal. Terus I nanges tau? Time tu dah takde mood, tapi naseb baik budak remaja dekat belakang ni sokong bersemangat jerit-jerit sampai I terpaksa tenangkan dia . Dah la beli tiket mahal dekat ulat, hujan pulak tu and kalah lagi. Package malang bertimpa-timpa hahahahha. Itu Wana, Apai dengan Zack Galak melancarkan gerakan menghalang I dari datang Stadium tengok bola sebab asal I tengok la bola dekat mana-mana confirm kalah. Sebelum ni team sayur Wakdan, now Malaysia team pon dah berjangkit. Maknanya I kena duduk tengok bola dekat rumah baru Malaysia boleh menang. Apai suruh I tengok Netball ke, Snooker ke. Yang tu takpe.. Asal jangan 'kacau' team bola Malaysia. Bongok la Apai! Ni kepala berat, rasa macam nak demam. Sian I sangat tau? Dalam sedih-sedih semalam naseb la bebudak WakDan menceriakan I dekat FB. Terhibur jugak rasa dirihku inih. Untuk Team Malaysia jangan patah semangat, cuba lagi next time Ok? Tapi Sea Game Malaysia entahkan bila. Patut nak cuba kasik menang time malam tadi. E!

Nah I belanja sekeping gambar dengan Intan. Semangat tu pasang sticker dekat Malaysia. Abang mana entah belanja. Kata Intan, entah tu je duit RM50.00 dia ada, kena pulak bayarkan kita. Kepada Abang tersebut tak kira dimana awak berada, Intan doakan awak murah rezeki. Intan tau? Bukan I. Haha.

Tuesday, August 29, 2017

Salted Egg Series at Le Petite Dotty's

Assalamualaikum..

Sapa peminat Salted Egg Dessert series macam my beautiful Manager Ms Nina, boleh la datang makan dekat Le Petite Dotty’s ni. Ada Doughnut, Cronut segala macam jenis dekat sini. Eclairs pon ada. Satu masa dulu I memang peminat tegar Salted Egg Doughnut dekat sini. Hari-hari makan pon takpe sampai muka I pon dah jadik macam telur masin but now I dah melepasi fasa meroyan dessert salted egg ni except for yang dekat Dolly Dimsum. Yang tu ada depan mata, 6 ketol pon I tibai tapi bila dah tetua ni, makan kena jaga. Duluuuuu every meal hatta breakfast pon mesti mau dessert. I choose dessert instead of steak and dinner. Gitu punya becinta dengan dessert. Tak cukup makan manis, air mesti mau ice blended ok? Kekadang tengah malam boleh bangun bukak peti ais carik dessert. I ingat balik regime makan manis I jadik insof sekejap. Now naseb baik la dah boleh control + bila tengok Kaklong tak berapa sihat lately and doctor cakap kita ni memang dapat sakit by kita punya lifestyle and apa yang kita makan so buat I terfikir macam mana la anggota dalam badan I macam perut, kidney semua bekerja keras just to make sure I sihat. Sian dorang semua kat dalam tu kena kerja OT. Now I makan jugak dessert tapi beragak la. Minum air kosong memang I cuba sehabes banyak yang I mampu. Segan dekat Shein, sebab dia budak air kosong. Mak dia sebok nak minum manis-manis + makan manis ni la buat berat badan naik tau? Takde yang bagus pon kuat makan manis ni. Lagipon kita semua dah cukup manis, why need extra sugar? Cia cia cia. Eh, padahal nak share makan dessert dengan Nina dekat sini tapi terbebel pulak pasal makan. Nina ni sama dengan I, pencinta makan. I tengok cara dia makan I tau dia sama league dengan I. Kalau pandang makanan tu macam Doraemon pandang Nobita gayanya. Bercinta habes. Hahahahaha. Tapi Nina muda remaja lagi. Takde masalah kalau lepas makan dia exercise. Macam I dah tetua ni metabolism dah low. Tak jaga nanti takot tak dapat beza mana satu I, mana satu Tong Drum.


Amacam, terliur tak? Ikut putaran jam : Croissant, Charcoal Cronut, Cronut and Doughnut. Semua salted egg and semua pon sedap sebenarnya tapi yang bebel-bebel dekat atas ni in-denial and lebih pada nak jaga hati sendiri sebenanrnya HAHAHAHAHHA. Menangis hati ini… Ku juga bersimpati… Hancurnya harapanku.. Maafkan sayanggggggggggggggggg. *insert lagi memori berkasih kah kah kah.

Kisah Final Bola KL 2017 dan Ulat Tiket

Assalamualaikum.
(Ni entry tertunda. Ditulis dengan semangat berkobar oh Siti Nohaliza petang semalam)

SAPA TENGOK FINAL BOLA KL 2017 MALAYSIA VS THAILAND ESOK DEKAT SHAH ALAM! Jumpa sana ok? Woo hooo!!! I pon baru je dapat tiket ni. Beli dari Ulat Tiket. Pundek betul mark-up sampai RM100 sekeping. Harga asal RM21.20 jer padahal. Katanya upah letih tido dekat Stadium malam tadi. Ni pon Aizat yang tolong I dapatkan tiket ni. I order dari contact dia. I suruh dia usaha tolong I dapatkan tiket sampai berjaya. Kalau dia dapat tiket, nanti I sayang dia lebih la – tu je upah dia. Hahaha. Selang 5 minutes I follow up dengan dia. Masa I sampai tempat dia I tanya dia ‘Ni je ke usaha ko Aizat? Macam ni nko nak tolong Kaksu?’ Lepas tu member dengan lemah longlai pon pegang phone balik check dekat Mudah/FB hahahaha. Akhirnya dapat jugak. Patut I pergi dengan Intan and sebok-sebok dengan Aizat and kawan-kawan dia, belakang Sazli dah goyang and dia cakap dia pon nak pergi jugak sekali. I bola memang lain macam dia punya spirit. Ni kalau kalah ni, mau I nanges 2 3 hari. Kalau menang nanges seminggu. Hahahahah. Sazli tu selalu pesan, ‘Mama kalau Malaysia kalah jangan la nanges pulak nanti’. Ehhhh biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaah I kan semangat kesukanan. Hahahaha.


Ini la rupa tiket RM100.00 T___T

Monday, August 28, 2017

Ain Share Movie Best #1

Hi Assalamualaikum..

Petang ni Siti Nohaliza busy sikit sebab dia ada hal-hal dunia nak kena setel. Dekat pukul 4pm dia bagitau mintak tolong update blog and macam takde rasa bersalah. PUKUL 4pm suruh update entry petang macamkan sekarang 4am. Sabar jelah. Bila tanya nak update pasal apa dia reply 'tajuk bebas'. Urut dada jap sebab geram. Haha. Tapi malas nak melawan sebab member tengah betul-betul busy working on something. Pasal apa tu rahsia. Didoakan berjaya lah, sebab kalau tak dah satu hal nak melayan dia punya frust. Nama je Siti Nohaliza, tapi kalau frust/down dia punya level boleh buat episod drama melayu dekat TV3 yang sampai 80 ribu episod tu. Hahaha gurau boss! So disebabkan Ain pon takde idea sebab takde early notice ke hape, so terfikir yang nak share movie yang best tak kisah la cerita lama ke baru. Mana tau ada yang kaki movie/dvd rajin download movie ke. So lepas ni if kaksu suruh update blog senang, sekali share ain share jela few movie. If korang dah tengok pon takpe, jangan komplen sebab mana yang terlintas dalam kepala je ni. Eee Suraya Sulatin ni (tak puas hati lagi tu). Hahahaha. 

Children From Heaven (Iran) - Tahun 1999
 Mengisahkan tentang dua beradik Ali dan Zahra. Hidup miskin and ayah dia kerja kemas masjid and ambik upah bersihkan rumah orang. Ringkasnya kasut Zahra yang Ali bawak pergi jahit sebab dah koyak + lusuh tak dapat semula. So dari situ Ali dan Zahra share kasut sekolah. Sebab itu sahaja kasut yang ada. Sorang sekolah sesi pagi, sorang sesi petang. So bergilir macamtu. Cerita ni bagus ajak anak-anak supaya belajar bersyukur. Maksudnya anak-anak yang dah boleh berfikir la. Bukan ajak anak yang baby lagi suruh belajar bersyukur. Paham? Ok next!

I Love Weekend

Assalamualaikum..

Tahniah Malaysia dapat masuk final Bola Sepak untuk KL 2017 ni. I baru je bercita-cita nak pergi tengok final tetiba buat dekat Shah Alam pulak, so jadik la susah sikit. Kalau buat dekat Bukit Jalil memang I pergi dah naik train (cerita macam gempak nak naik train, pandainya idak). Huwaaaaaaaa. Sedihnya… Dah lama tak tengok bola dekat Stadium. Last rasanya 2010 waktu Suzuki AFF yang zaman Apek Khairul tu tengah popular. Lepas tu takde dah. Masa semi final Sabtu haritu, I dah promise dengan Sazli, Semi Final dia pergi tapi kalau Malaysia masuk final I pulak nak pergi. Sekali menang la pulak Malaysia. Terus I text Sazli. Dia cakap Ok, dia dengan Shein dekat rumah. Dah kalau buat dekat Stadium Shah Alam jawabnya selamat tinggal la. Tapi I nak tengok sangat. KJ la ni. Dah elok dah buat dekat Bukit Jalil pergi tukar venue kenapa? Naseb baik kau tall, dark and handsome tak jadik I nak marah. Hahahaha. Anyway, Ahad tu kami tiga beranak keluar pergi lunch dekat Sushi Zanmai (Last week 3 kali makan dekat sini). This time pergi MyTown pulak sebab nak carik barang sikit dekat IKEA sebelah tu. Kitorang keluar dari tengahari jejak ke petang naik sakit kaki berjalan tapi al-hamdulillah mission accomplish. Dapat lunch, dapat belikan Shein toys, dapat beli bekas besar nak letak mainan Shein tu and dapat trim rambut Shein. Balik rumah lepak memasing. Shein je yang tak reti-reti penat. Boleh dia bertahan tak tido seharian pelik betul. I sampai rumah, dalam pada penat terpaksa buat laundry and lipat kain. Bibiiiikkkkkkk!! (Berangan ada bibik sian sangat I)


Si Shein makan ramen. Dia suka ramen. I ambik small punya, tapi dia mintak lagi. Lepas ni kena order yang size besar pulak la. Kuat kau makan Shein, patut la 24  kilo.

Friday, August 25, 2017

Fancy Strap by iBaggYou

Assalamualaikum..

Sapa yang tengah carik Fancy Strap yang berkualiti and confirm tak kena tipu dengan Personal Shopper IG Shop yang bersepah dekat IG tu boleh check out Fancy Strap SHW tak lain tak bukan dari @iBaggYou. I kan dah sign mati dengan @iBaggYou? (Tauke dia Aliah Ongkaya) sebab tu I kena share dengan nkorang. Mana yang beli designer handbag murah jangan nak suka hati sangat, skali kena tipu bayar konon original item padahal yang Gred AAA  1:1 tak pasal je. Ada satu IG Shop jual new and prelove designer handbag dekat Bangsar tu pon menipu jual fake punya ok? Dah kena report pon tapi I tengok sampai sekarang elok je berbusiness. Tapi semua barang dari iBaggYou ni Alip Lam Lam Ha tulis dekat dada is 100% Authentic. Boleh pakai tanpa was-was dan jalan berkepak takde hal. Hahahaha. Bongok. Eh I cakap betul tau? Tak caya tanya Dyba. Kakak Ipar dia jual Premium Grade Designer Handbag sama giler babi nak mampos dengan original. Kakak Ipar dia cakap almost impossible nak beza kan sebab memang premium grade. Ramai Mak Datin and Doktor beli dekat dia. Bayar RM10k dah dapat 5 handbag. Chanel, Prada, Gucci, LV semua. Masa Dyba cakap I tak sangka pulak yang berkemampuan Mak Datin/Doktor pon beli Premium grade punya. Why????  Masa tengok tu rasa macam adoooooi ada yang aku beli je ni kang tapi kata Dyba ‘Kaksu, kalau mampu beli original, berdosa beli yang fake’. Gitu Dyba punya tazkirah. Hahahaha. Tapi InsyaAllah I kalau boleh nak yang Authentic sahaja. Macam GF I dia takper, bag balik kampung pon LV. Tapi dia bukan tau pon LV tu apa. Dia beli sebab cantik. Belasaaaaaah. Hahahahaha.


Cantik kan Fancy Strap ni? Ada banyak kaler and design.  Nanti scroll bawah.

Ozeki with Shanom

Assalamualaikum..

Si Shanom ni dah lama cakap nak makan sama Ozeki sebab tak tahan tengok I update dalam IG story la tu. Lagipon dia ni memang kaki terliur pon. Semua menda dia nak terliur. Aku makan Maggie Samyang pon dia terliur acane? Hahahaha. Tak abes-abes diet tapi gitu jugak pon I tengok. Harini update ‘No rice – Day 1’ lepas tu esok Day 1 lagi. Tak gerak-gerak Day one dia. Hahaha. Diet konon? Haritu masa Sazli masukkan makan Burder dekat Burger Stall pooooooooooooon dia terliur jugak. Malam tu jugak ajak Ajan pergi carik. Dah la orang tengah sebok nak buat surprise birthday untuk Kaklong sebok nak call sebab tak jumpa jalan. ‘Shanom, Maksu tengah busy nak Happy Birthday to You ni. Call Saz la eh? Bye!’ Hahahahaha. Dah la Si Shanom ni confident Ozeki ada dekat Pavilion. Sesuka hati je dia letak. So setelah lama punya plan nak bawak Shanom rasa Ozeki, maka haritu berkesempatan la slot in schedule I yang busy menyelamatkan dunia ni untuk jumpa dia sekejap. Sempatla makan 2 jam lepas tu I kena jumpa YB Aurel dekat Kelana Jaya untuk discuss pasal project nak buat Florist. Pagi tu sebelum jumpa Shanom I meeting dengan Marketing Agencies untuk update I punya profile. Waaaaahhhh dia punya sembang. Hahahah. Korang caya ke? HAHAHAHAHA. I ingat I Siti Nohaliza betul ke yang beria sehari 3 4 meeting? Hahahaha. Eh, tapi betul la I memang busy. Malam tadi lepas futsal ingat nak makan Pulut Mangga dekat Suraya Seafood Kampung Baru, tapi tak sempat jugak sebab I busy layan perut I tingin nak makan soup ekor. Acane? Busy jugak la tu kira kan? Kepada Aliah Ali yang tengah terbakar baca ni harap Puan dapat bersabar. Mana aku tau Atiq dah balik dari offshore! Sapa suruh tak cakap? Dia dah ugut nak buat group baru and remove blog Phuket tu. Tu la, kerjanya nak mengugut I je bebudak ni kan? E!


Ye, inilah dia yang membuatkan Shanom terliur. New Style Sashimi. Tengok pon dah tau sedap and I bet, Sushi lover takkan ada yang tak jatuh cinta bila makan ni. Termasuklah Shanom. Masa makan, dia diam je. Lepas tu dia tanya ‘Kenapa eh sedap macam ni? Kena bawak Ajan makan dekat sini secepat mungkin’. Hahahahaha.

Thursday, August 24, 2017

MERDEKA SALE CORSET AND BENGKUNG RAMPING!

Assalamualaikum..

HOUSE OF CORSET buat Merdeka Sale untuk Corset and Bengkung Ramping. Taknak keeeee? Corset ada size M sampai 5XL all color available. Ada Beige, Black and Dark Blue. Selling fast biasanya kaler beige, so sapa nak kena la cepat order eh? Sale start dari harini sampai la 31 Ogos 2017. All size and color harga sehelai RM122 FREE POSTAGE (Normal Price RM150.00 exclude postage) dan untuk Bengkung Ramping pulak for Merdeka Promo sehelai jadik RM66.00 FREE POSTAGE (Normal Price RM82.00 exclude postage). Untuk Corset korang jimat RM36.00 dan untuk Bengkung Ramping korang jimat RM24.00 so apa tunggu lagi. Grab now! Grab tau? Bukan Uber. Hahaha. Lawak ke tak I cakap macam ni? Kalau tak lawak takper. I redha… Hahahaha. Kepada sapa yang nak kawen and serious nak kuruskan badan, of coz la I suggest pakai Corset sebab nanti body akan nampak lebih kemas but yang macam malas sikit boleh pakai Bengkung Ramping. Macam bengkung ramping ada size M – 3XL warna beige and black. If korang nak mintak advice I tentang size, boleh WhatsApp I terus dekat 012-9184042. Tapi I mohon dengar lah cakap I bagi mengelakkan korang melakukan pembaziran sebab cost postage untuk tukar korang kena tanggung. Memang I ada bagi chart tu, tapi I suggest base on I punya experience. Berat 57kg kena pakai XL and tak boleh pakai M. If mampu tahan perut kena cekak dengan corset pon abes size boleh pergi is L. Kalau M nak masuk kaki pon tak muat. Tapi ada jugak yang tak dengar cakap I. Bila tanya berat taknak kasik tau… Rahsia sangat. Lepas tu tukar size sampai 3 kali pon tak ok jugak. I marah tau kalau korang degil taknak dengar cakap I. Biasa dia tu.

Size 5XL boleh pakai up to 125kg ok? Ada officemate I ni dia berat 120kg pakai 3XL. Muat pulak tu. Memula dia cuba 2XL tapi tak dapat masuk kaki. Ada hati kau Robynn. Hahahah. Tapi ok apa, walaupon berat 120kg but nampak kemas and ada shape. Sexy jugak tuuuuuu.

Genting Premium Outlet

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu plannya nak ke Mitsui Brand Outlet sebab I nak beli jogging pants dekat Nike. Nike Outlet murah la sikit dari Nike Boutique. Murah dalam RM100.00 macam tu. Yang I dok pakai ni Sazli punya. Dah buat macam harta sendiri dah. Kah kah kah. Memula dulu dia pesan ‘Mama jangan pakai I punya seluar, nanti kembang’. Dia memang tau? Selalu bajet dia lagi kecik dari I tapi sebenarnya sama size je. If seluar tracksuit I boleh pakai Sazli punya. Tak boleh jugak terima at first place, dah kenapa boleh pakai sama size, bukan ke Sazli lagi besar? Tapi lelaki ni peha dorang kecik dari perempuan. So I kena terima hakikat peha Sazli lagi kecik dari I okbye T_____T Macam seluar track Sazli tu, I dah consider I punya je sebab dah jadik favorite pants. Dedua pulak tu I ambek. Dia pulak time ada run, kena cakap nak pinjam dari I hehe. Haritu masa Sazli pergi Mitsui dia cakap ada jual new design yang cantik and harga dia pon tak sampai RM300.00 so terus la I cakap nak pergi. Kitorang plan nak pergi Ahad tu tapi tiba-tiba sebelum gerak, kitorang tukar plan. I cakap I teringin nak pergi Genting Premium Outlet dengan alasan tak panas. Lagipon baca review semua orang cakap best. Sazli cakap dia lagi suka sebab dia pon tak pernah pergi so terus la kitorang ke GPO. Sazli memang suka Genting Highland semenjak kitorang pergi tengok Otomen. Kata dia, next time boleh pergi Butterfly Farm dengan Strawberry Park tu. Shein sure suka. Lagipon tak jauh dari KL. Sejuk pon sejuk. Walaupon sejuk tak level Europe tapi ok la, sejuk la dari Jengka. Tetiba Jengka. Haha.


TQ Papa bawak I and Shein datang GPO. Kami berdua kaki meladi. Mana boleh duduk rumah nanti pening kepala. Nak pulak Shein now dah pandai mintak jalan and buat muka boring.

Tuesday, August 22, 2017

Shein's and Mama Outing - Part II

Assalamualaikum

Sambung entry Outing Part I so dari KLCC kitorang terus ke GE Mall. Ceh, Ge Mall jugak sudahnya. Ingatkan sampai la ke Bangsar hahahahah. I called Shariffah kot dia ada around tapi dia cakap dia takde. Dia kat Shah Alam but Mr David is there. Ok la, kasik Shein jumpa Mr David. Dah seminggu tak jumpa sebab term break. I pon tingin nak makan Ayam Penyet dekat Kidz Sports and Gym tu, so boleh la bawak Shein main dekat sana sementara Sazli tak bangun tido ni lagi. Makan kat sana sedap. Ada Nasi Ayam Penyet, Mee Kari, Laksa and many more. Semua pon sedap and murah. Memula I offer Shein if dia nak buat Art & Craft dekat sana tapi he said No. Nak main dalam Gym. So ok lah, boleh I makan dulu.. Makanan baru sampai and I baru 3 4 suap makan, Si Shein cakap nak ‘Color Mama’ sambil point finger dekat Art and Craft area. Caaaaaaaisssssssssss! Kau memang pandai manipulate Shein. Gym weekend charge is RM38.00 and Art Craft tu RM55.00 exclude GST. Total dah RM98.58. Ko ni Shein, main order je. Bila tanya ada duit ke tak, dia tunjuk dalam handbag I. Ewah, tu duit Mama. Tu la eh, I tingat Mak I cerita ‘Dengan budak-budak ni, kalau nak berjalan kena ada duit. Budak-budak mana tau kita ni berduit ke tak. Yang dia tau mintak. Tak dapat nanges’. Betul pon. Now I understand. Cuma I takde experience struggle macam Mak nak handle I and De masa kecik dulu sebab kita pon bukan orang senang. Naseb la Mama and Abah rezeki lebih Shein. Bila teringat zaman kecik-kecik dulu, bezanya kehidupan Shein and Mama. Baju baru bukan selalu dapat. Sesekali je bila raya. Mainan pon apa je yang ada. Makan pon tak mewah mana tapi al-hamdulillah rezeki Shein murah la. Ada bicycle, ada scooter, ada iPad, dapat holiday. Kekecik dah pergi Korea, Phuket. Mama dulu umur 23 tahun baru naik kapalterbang. Sobs. Nanti one day, bila Shein dah paham I nak cerita pada dia kenapa I marah bila dia rosakkan toys, membazir makanan and all. I nak bagitau dulu I susah macam mana. Biar dia hargai sikit life dia (especially toys dia yang dia suka rosakkan).


Shein pilih nak buat lorry. Nanti nak masuk sini korang bayar RM55.00 (exclude GST) lepas tu chose la nak buat apa. Nanti yang the kid buat, kita boleh bawak balik. I ikut Shein masuk sini sebab biasalah menyebok. Lagipon ada 3 orang je masa time Shein buat tu. I ada baru la meriah.

Bawak Ani Makan Japanese Foods

Assalamualaikum..

Last week on Friday Si Ani tetiba kasik I RM100.00. Dia cakap terima kasih sebab mekap dia cantik masa Jamuan Raya office haritu (boleh baca dekat sini) and sebab masa Khamis tu I bawak dia dari office ke tempat bowling and hantar dia dekat LRT. Haritu masa lepas mekap, dia ada nak bagi jugak duit suruh I belanja bebudak ni makan tapi I cakap taknak. This time dia insist so kata Dyba kita bawak la Ani makan sushi guna duit tu. Kalau tak cukup, kita topap la sorang sikit. Haritu Ani ada menyebut tingin nak makan Japanese Food. Ani ni memang kan? Orang cakap orang ikhlas mengembirakan dia tapi sebok nak kasik saguhati pulak. Kata Ani, dia happy dapat mekap cantik. Before ni tak pernah pon dia mekap macam ni and dia happy keluar bowling dengan bebudak office haritu and dapat jadik reporter masa game bowling tu. Semua team yang main ngelat, gossip-gossip dalaman semua dia tau hahahaha bongok la Ani. Ani ni I sangat impressed dengan dia sebenarnya. Born and raised in KL but very simple person. Mana ada dia sebok nak pakai cecantik pergi office. Kekadang baju corak, tudung pon corak aci boleh je. Geram tengok. WhatsApp group kawan-kawan sekolah, FB pon takde and life dia memang 100% family. Mana husband dia bawak keluar dengan anak-anak itu ajer lah. Keluar me time, coffee dengan kawan-kawan, tengok movie ke apa semua takde. Dia memang takde sosial life kecuali dengan officemate, tu pon setakat dekat office je. Sukan Company mana yang overnight mana pernah dia join. Itu I kagum tengok Ani ni. Very rare to find people like this nowadays. I love you Papa *tetiba. Hahahaha. Dah jom tengok apa yang kitorang bagi ani makan haritu. Kitorang bagi dia semua yang fully cook. Sushi kasik sejenis je tu pon muka dia dah biru masa makan. Takpe Ani, cuba lagi lain masa.


I order ni, Teriyaki Steak – Medium Rare. RM18.80 je harga beliau. Ni first time makan dengan Ongkaya Aliah. Sedap pulak. So this time order lagi and lepas pergi Sushi Zanmai pon order lagi. Sedap hoi!

Monday, August 21, 2017

Shein's and Mama Outing - Part I

Assalamualaikum..

Si Shein dah pandai dah suruh Mama janji. Suruh mandi, dia cakap ‘Ok…. But…’ after shower nak Ultraman, Ice-Cream, Amsyar, Ibu, Monster semua and the list goes on. Hahaha. Manja bukan main. Tinggi suara sikit merajuk. Bila kita buat lawak and gurau-gurau dia cakap ‘Not Funny’ amboi dia tu... Bila tanya banyak-banyak kali, dia cakap ‘Enough’, bila kita ajak dia joget-joget and nyanyi tapi kadang-kadang Mama dia terover dia cakap ‘Stop it Mama’ T___T Walaupon ada unsur melawan tapi I am more than happy. Shein kan lambat cakap sikit? So bila dia respon pada I tak kisah la macam mana dia punya respon I sangat happy. Hari Sabtu haritu, Sazli ada run. Pukul 5.30am dah keluar rumah sebab flag off pon pukul 7.30am kot, entah. So, I berdua je la dengan Shein dekat rumah. Siap susu, sarap, layan semi-final Netball dekat TV2 terus I ajak dia mandi and promise nak bawak dia jalan-jalan. By the time nak siap, Sazli pon sampai rumah.. I date berdua je la dengan Shein sebab Sazli boleh rehat. Dia pon masuk RUN 5KM badan tak berapa fit. Demam dah 3 hari so biar dia mandi, rehat. Kalau I ada dekat rumah dengan Shein kang mesti bising gaduh la apa la manakan dapat berehat yang solid. So baik kitorang keluar and Sazli dapat la rest aman sikit dekat rumah. Sazli cakap ‘TQ Mama bawak Shein jalan. Nanti by the time Papa bangun, Mama dah ada kat rumah ye? Jangan lama-lama nanti Papa sunyi’. Sudahnya keluar pukul 1.30pm, sampai rumah 7.00pm Hahahaha punya lama. Shein and Mama sama naik, kaki meladi – Ni ayat Sazli lah. Shein tu, dia tau je jalan nak balik rumah. Nampak jalan macam nak balik sebok ajak pergi sana pergi sini pulak. Tu I kena cakap ‘After shower, we can go play outside’. Outside tu bagi Shein is keluar dari rumah. Tak kisah la memana janji outside. 


Memang I takde arah tujuan. Taktau nak pergi mana. Ikut hati macam nak pergi Jungle Gym dekat Bangsar tapi I punya dahi dah cop Ampang sahaja so I ikut naluri

PROMO BENGKUNG RAMPING RM66 FREE POSTAGE

Assalamualaikum..

I ada berita baik kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaa yang ada masalah perut buncit, nak nampak ada potongan badan ramping semua tapi sejenis PEMALAS nak pakai Corset atau yang dah beli Corset, dah pakai Corset pun tapi jenis usaha hangat-hangat taik ayam dan tak konsisten sebab malas nak pakai dengan alasan : Leceh, tak cukup masa, always rushing tapi sebenarnya malas nak berusaha bersungguh-sungguh padahal. Alasan panjang berjela kan? Hahahaha. Awak semua, nak cantik kena la dengan usaha. Mana boleh setakat goyang tetep tak buat apapa lepas tu kuat makan, kuat tido tapi tetiba jer kurus, cannot. Memang takde ye? Ada jugak yang jenis suka body asal, tapi nak pinggang je ramping atau sesiapa yang takde masalah obese, BMI semua ok tapi body straight cut. Takde curve langsung, so boleh pakai Bengkong Ramping keluaran terkini House of Corset by Chooyaya gittew. I pon baru je bersungguh nak promote ni sebab Dyba la. Dia dah kurus 44kg je. Tapi lepas makan terus dia jadik macam mengandung 3 bulan. Comel je merayap macam kekura. Nak pakai corset tak berapa nak relevant sebab dia dah kurus dah pon cuma body tak berapa ada curve and straight cut. So Dyba ialah sebenarnya pemangkin kepada Bengkong Ramping ni. Semua orang kena cakap terima kasih dekat dia. Nanti ada masa, I belanja video Dyba with and without Bengkong Ramping ni ok?


Bengkong Ramping by House of Corset ada 2 colors. Black and Nude. Size available dari M to 3XL.

Friday, August 18, 2017

Nasi Lemak Kukus Sedap

Assalamualaikum

Kata Intan, ‘Kawasan rumah Kaksu ni best la. Senang nak cari makanan’. Tapi memang pon. Keluar je kawasan apartment ada Kantin (Kedai Thai. Ada jual Mee Celop), Pakya Seafood ada, Kedai Mamak ada, Kedai Kebab Arab ada. Ampang Point pon dekat. Ada Naili’s, Ada OLD TOWN, Ada Coffee Beans, Starbuck semua. Mc Donald pon ada, Kedai deret makan goreng pon ada and kalau balik kerja, dekat tepi padang sekolah tu ada jual Laksa, Nasi Lemak Kukus, Green Tea, Jagung Bakar, Popia, Meatball, Uncle Bob, Ayam Penyet, Burger and macam-macam la, memang penuh dengan kedai makan and senang nak carik makan. Laksa Stall yang ada tu pon murah and sedap. Itulah laksa version Melayu yang kena dengan tekak I. Cukup masam, manis dia semualah. Gerai-gerai buah yang berkualiti pon ada and bila I kaji balik, sepanjang jalan dari Petronas Ampang tu PENUH DENGAN MAKANAN. Kona la ikut mana pon, InsyaAllah akan ada kedai makan and kita takkan mati kebuluran lah dekat Ampang ni. Semua ada. Restoran Korea pon dekat, Japanese Restaurant pon ada, café hipster pon ada pendek kata memang I suka Ampang lah. Sebab tu Ampang masuk dalam lagu Altimet ‘Nak tackle awek Ampang, pakai topi KL lagi senang diaorang pandang’. Haaaaaa. Kalau macam Intan duduk dekat Gombak nama kawasan tu Lorong Azizah Prihatin. Susah sikit la nak buat lagu sebab panjang nama tempat tu. Hahahahaha. Eh, ni gurau tau? Kang ada pulak readers duduk dekat Lorong Azizah Prihatin attack I. ‘Eleh takyah nak poyo la dengan Ampang, ko tu asal Jengka kot?’ Hahahahhaha. Eh, biarlaaaaaah. Kata Sazli kalau duduk sini lebih 3 bulan, kita dah kira qariah sini. Nanti kalau meninggal tanam la dekat Ampang jugak. Haaaaa.


Ni Nasi Lemak Kukus dekat tepi Padang Sekolah Menengah area rumah I. I suka nasik dia peroi and tak terlalu lemak. Timun rangup sebab guna timun jepun, Ayam goreng tu peha dia yang sampai thigh tu. Makan panas-panas takyah sambal pon takde. RM6.00 kenyang! Burrrrppp Alhamdulillah…

Thursday, August 17, 2017

Churros dan Intan

Assalamualaikum..

Intan ni ngek la. I punya la nak impressed dia dengan Churros lepas tu masa makan dia pergi cakap ‘Kaksu, memang rasa dia macam ni ke? Memang rangup-rangup macam ni?’ Nak terkeluar biji mata I jeling dia. ‘Dah tu, Intan ingat dia rasa macam mana?’ Dia tak jawab. Dia cakap pelik. I suruh dia celup dalam coklat and buttermilk baru makan. Ni dia pergi makan macam tu je, memang la tak rasa sangat. Kata dia taknak sebab dia tak suka manis. DEGIL. Lepas tu dia cakap taknak makan yang lagi satu. Satu plate ada 6 so sorang 2. I dua, Intan dua, Dyba dua. Dyba cakap, ‘Kalau akak tak makan, akak bayar semua ni sorang’. Maka Intan makan la dengan perasaan tak puas hati. Bila sampai office, I tanya dia. Apa dia expect rasa Churros tu? Dia jawab ‘Intan ingat dia lembut, lepas tu manis. Rasa macam cakoi. Ni bila gigit garing pulak. Intan tak suka’. Kalau expect macam rasa cakoi, pergi la makan cakoi. CIcah sambal. Baru la puas hati. Hahahahaha. Intan now makan banyak hal ok? Masa makan Crab Croquette tu, dia cakap patut letak cheese baru sedap. Lepas tu memacammmmm dia komplen. Gaya cakap tu macamkan pandai sangat masak. Hahaha. Intan kan Orang Keyel. Comel sikit perangai. Dia tak berapa pandai masak. Kata Intan, masa bulan puasa dia masak sardine, lepas tu Papa dia marah takde kuah. Ada sehari dia buat Nasi Goreng, cili dia tak masak lagi dia dah letak nasi so dia buang je. Rasa pelik – kata Intan. Dia cakap kat bakal suami dia ‘I memang tak pandai masak, kalau U nak makan apapa pergi makan kat kedai’. *slapforehead. Yang Si Dyba pulak pandai masak, tapi kalau suami dia cakap sedap, dia taknak percaya. KALAU I CAKAP SEDAP JE DIA PERCAYA. Perangai masing-masing kan?


Ni nama dia Churross ye Intan, bukan Churros-cos. Hahaha. Punya sedap Intan boleh compare dengan CAKOI? OMG

Mekap Cantik by Imaan Elulue

Assalamualaikum..

Zaman sekarang memang trend mekap sweet-sweet je eh? Ala-ala ND masa dia kawen haritu and latest ni mekap Tengku Inah by Saidatulnisa also sweet je I tengok. Ramai orang fikir, kalau mekap sweet macam tu charge dia akan jadik murah sebab tak tebal and guna barang mekap sikit. Tapi tak yer? Sebenarnya mekap sweet macam tu la memerlukan skill yang lebih tinggi nak kasik perantin tetap nampak cantik, tanpa bantuan fake eyelashes, contact lense cerah, pipi merah macam kena penampak kokodai and lipstick bold. Muka nampak tak berubah sangat tapi still nampak cantik and sweet jer. Susah tu nak buat. I ingat masa Nadia (kawan I) kawen last year (ke last 2 years tak ingat dah) by AyangKamell pon mekap jenis macam tu. Lama jugak pon mekap. Sama je macam mekap tebal biasa tu. Maksudnya Nadia dulu la yang buat trend makeup sweet sebelum ND and Tengku Inah. Haaaaaa. Tu, korang boleh tengok dekat sini. This time, I nak share MUA yang I biasa collaborate bersama sejak tahun lepas untuk ANNESURAYA punya projeck, Imaan Hatta. Dia ni kawan baik Atita Haris and Atita memang banyak kali la mekap dengan Imaan ni sebab kena dengan taste dia. Atita tak suka mekap tebal sangat, macam yang nkorang tengok dekat IG dia. Sweet je kan? Now pon dah banyak dah artist yang dia mekapkan and makin kencang dia punya bizniz. Sebelum charge dia melambung and beliau lebih popular serta profile dia makin mantap, baik la korang ambik sekarang. Pada I, charge Imaan ni berbaloi and kena la dengan skill dia. Barang-barang mekap dia pon yang 1st grade. Mekap semua jenis orang tak mengenal darjat dia guna mekap yang sama. Kekadang ada MUA yang pilih bulu time mekap. Display je MAC, Estee Lauder semua tapi yang guna cap Giant. Ada jugak yang baru pergi kelas mekap sekali lepas tu terus claim diri MUA, yang tak tahan charge dah jadik RM300 untuk bertunang. Padahal mekap punya hasil, I pon geleng kepala dah tu barang mekap yang dia guna pon fake punya. Acane? Memacam hal.

Atita Haris dalam natural look by Imaan. Cuma dia pakai bulu mata palsu jer. Si Titot memang suka pakai bulu mata palsu.

Wednesday, August 16, 2017

Waze takde GPS? Inii Jalan Penyelesaiannya.

Assalamualaikum..

Masa last day kerja bulan puasa haritu, sebagai seorang Isteri yang tough dan taknak menyusahkan suami dari terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir isteri (shopping) maka I pon bersemangat dari Office menuju ke Jalan Kewajipan Subang sana tu untuk collect baju raya dekat Eisya Syakira. Nak pos takot tak sempat pakai raya (last-last tak pakai pon masa Raya hahahahah). Waze cakap estimated time with traffic dalam 50 minutes. I ok je. Bring it on bebeh! Dah agak dah ni sure jalan jem nanti sebab dah nak dekat pukul 4.00pm tapi takpe, nak jugak cuba. Memula I berjaya la. Takde langsung salah jalan sebab I sejenis walaupon dah guna Waze eeeeeeeeeeeeh tetap nak salah jalan jugak. Kalau Waze jenis boleh bercakap dengan I sah-sah dah gaduh dah. ‘Eh ko ni dah kenapa? Aku cakap turn now, turn la! Ko pergi terus jugak kenapa OMG!’ Macam ni la Waze cakap dekat I agaknya kalau dia boleh bercakap. Usually sebab salah masuk simpang la. Kah kah kah. Tapi haritu nampaknya I sukses langsung takde silap, so bangga sekejap. Dalam lagi 5km nak sampai tetiba Waze I tulis ‘No GPS’ aje mampos. I dah panic. Ni dekat mana pulak ni? Nampak macam area Sungai Besi tapi langsung tak familiar. Padahal lagi 5KM je nak sampai huwaaaaaaaaaaaaaaaaa. I pusing-pusing mana entah, last-last sampai MRR2 yang dekat BTS tu. I berenti dekat Petronas ke Shell entah, lepas tu I remove Waze and Install balik. I ingat berjaya, tapi gagal. On off HP pon tak berjaya jugak. I ingat sebab tak update iOS so dan-dan tu jugak la I update. Kekonon lepas complete nak guna la Waze balik, tapi punya la lama. Naseb I ambik keputusan untuk patah balik ke Ampang. Kalau I tunggu alamatnya bukak puasa atas jalan. Memang I bengang giler time ni sebab rasa macam mission tak berjaya. Lepas dah update iOS eeeeeehhhh tetap la No GPS jugak sampai la kesudah.


Dia jadik macam ni la. Route ada, tapi No GPS. Mana la I pandai nak carik jalan macam mana.

Shein and 'Baikel'

Assalamualaikum..

Haritu masa I balik kerja, nampak Si Shein tengah main basikal yang plastik zaman dia muda remaja dulu dengan Baba depan rumah. Tau kan basikal yang tayar plastik 1 roda depan, 2 roda dekat belakang tu? Kesian je tengok Bapak tolak Shein terbongkok-bongkok. Bapak tu tinggi orangnya, kena membongkok boleh tahan la seksa. Dah la Si Shein 24kg. Hahahaha. I cakap dalam hati, esok lusa ni sure Shein dapat basikal untuk remaja yang baru. Sekali esok, Baba send video dalam WhatsApp Group tengah melayan Shein main beskal DALAM RUMAH. Hahahaha. Si Shein siap suruh Baba 'Open' the wall sebab dia tak boleh bergerak laju kot, ewah engkau kan? Kebetulan haritu hujan masa petang  2 3 hari maka tabah je la main basikal dalam rumah. Semalam petang, I nampak Shein bawak basikal keluar dah. Main depan laman rumah. Happy la dia. Kaki dia pon sampai elok dekat tanah tapi mudah sangat nak distracted by plane la, bird la, tengok kucing bergaduh la. Sudahnya dia carik pasal pergi main dekat kereta Abah dia and nak main dalam Garaj yang sempit tu. Tu kalau terlanggar kereta mau bercalar, meroyan la Abah engkau Shein. Haha. Mama haritu pon calarkan rim beliau, rasa macam nak demam masa nak buat pengakuan. Semalaman tak dapat tido lena. Kah kah kah. Pengajaran untuk semua pemandu wanita. Kita kalau bawak kereta tak boleh terlalu berhati-hati dan tak boleh terlalu confident. Dalam kes I, I terlalu confident lah kononnya. Lupa bawak kereta Sazli. Kalau kereta I, divider semua I dah biasa naik. Nanti kumpul-kumpul calar lepas tu buat la sekali. Yang windscreen tu retak kena kepala Shein, sampai sekarang tak repair padahal insurance cover je. I kan bizi sentiasa. Kata part time Power Rangers Kuning?


Abah tengah bagi tazkirah dekat Shein.  Lepas tu ajar dia guna break tangan tu. Sazli jadik Traffic Light time ni. Kata Shein, 'Green Go. Red Stop. Yellow Ready'. Bagus Shein. Tapi kalau kat jalan sebenar, Shein dia belasah je tengok lampu yang belah lain. Suka kasik Mama confuse. Padahal betul dah lampu depan I merah, dia cakap 'Mama, Green Go!' Sekali traffic light belah sana. Kusss semangat. 

Tuesday, August 15, 2017

3 Things Malaysian Failed To Do

Assalamualaikum..

Sapa yang pernah pergi Europe and Japan mesti tau macam mana keadaan negara dorang yang bersih dan society mereka yang berdisiplin. Kan? Sampah punya lah susah nak jumpa. Tong sampah pon elok je, takde pon nampak sampah melimpah ruah, tepi tong sampah pun ada sampah, atas tong sampah pun ada botol air kosong. Lagi satu, toilet dia pon bersih. Bersih walaupon jenis takde pili air macam kita. Aim kencing betul masuk dalam lubang. Takde nampak fenomena taik terapung (sebab tak flush) or taik/air kencing bersepah atas lantai. Lepas tu toilet dia tidak la pulak hancing and takde pulak vandalism macam merosakkan harta benda awam ke, kan? KALAU lah ada, Cuma kes-kes terpencil je. Itu kalau nak compare how society dekat luar negara jaga kebersihan dan disiplin berbanding negara kita. Dalam kes ni, tak aci eh kalau nak compare dengan negara lain yang bawah sikit dari Malaysia. Yang tu macam takde tamadun pon ye. Berak pon terbuka je. Pantai, tepi jalan semua dia taram berak dah macam spesis kucing dah. Lepas berak ada jugak yang pandai kambus. Yang lagi ngek dari kucing pon ada sebab beliau berak tak kambus. Kata Orang Bangla Berak tu Vara. Vara pon boleh kah kah kah. Kita kena compare Malaysia dengan negara yang lebih maju sebab kalau tak, kita akan berada dekat level kita sekarang sampai bila-bila lepas tu taknak improve. Ok? Harini I nak share based on I punya observation. 3 things yang WE MALAYSIAN FAILED TO DO. 1) Nak masuk simpang tak pandai nak bagi signal 2) Lepas berak tak reti nak flush 3) Buang sampah merata-rata walaupon tong sampah dah ada. Paling tidak pon sampah dia letak dekat luar tong tu. Betul tak I cakap ni?

Yang Pertama
Nak masuk simpang tak pandai nak bagi signal

Makan Apa Tu?

Assalamualaikum..

Minggu ni memang minggu makan untuk I la. Naseb la ada House of Corset so takde lah takot nak put on weight sangat. I memang berat dah setahun ni turun naik tak lebih 60kg. Ikutkan takde la ringan mana tapi kira ok la dengan tinggi I. Ikut nafsu makan, susah nak dapat 53kg tapi InsyaAllah boleh cuba. Pada yang tanya macam mana cara nak menten berat badan, senang je. CUT SUGAR, NO RICE AND NO DINNER. Itu sahaja. Sugar la punca berat badan naik. Kata la tingin nak makan dessert kan? Boleeeeeeeeeeeeeh tapi lepas tu kena la ‘bilas’ dengan air kosong yang banyak. Kalau pagi pon minumnya horlic, tengah hari milo dinosaur, malam ice blended and in between nak pekena affogato manjang mana kan mau kurusnya? Sugar tu. Konon rasa tak makan sebab seharian bedal Starbucks Ice Blended and tak makan nasik tapi nape tak kurus? Itu yang salah ye Tuan Puan Saudara Saudari sekalian? Kalau dah ambik high sugar intake memang payah la nak kurus. I ingat dulu, masa memula I nak turunkan berat badan I sangat sangat sangat sangat berdisiplin on sugar intake. Kesannya? Memang senang turun berat badan. So pada yang baru nak start I suggest start with House of Corset, kurangkan portion nasi kepada half, jangan dinner and watch out on sugar intake. Ubah slowly, jangan drastic. Pakai HOC tu sebab nak bagi padan ‘sendat’ so makanan tak boleh masuk banyak-banyak sangat and as a motivation jugak. Bila dah pakai HOC consistent nanti lama-lama body akan ada shape no matter how debab diri kita. So dari situ akan rasa lebih bersungguh nak turunkan berat badan. Meanwhile, harini kita tengok gambar makanan je la eh? HAHAHAHAH.


Beef Stroganoff Pasta from Bake O’Cake. RM25.00 harga beliau. I suka kuah banjir macam ni.

Monday, August 14, 2017

S H E I N D O N G

Assalamualaikum..

Bermula dari hari ni maka bermulalah episode bersuka ria dan merdeka untuk Shiendong sebab beliau tak payah pergi sekolah. Now tengah cuti term. Ada 3 weeks jugak la cuti. Bila dah cuti sekolah ni I takde la nak paksa dia sangat suruh tido awal. Kalau untuk hari sekolah, lain pulak routine dia. Shein ni I tau dah, if dia tido before 11.00pm InsyaAllah boleh bangun pagi and senang nak uruskan. Kalau tak nanti dia akan jadik cranky. If cukup tido, nak bersiap tu akan jadik mudah lebih-lebih lagi kalau Sazli siapkan. Dengan Mama beliau, tido 18 jam pon nanti nak mandi pergi sekolah confirm la drama sebabak. Dia kena salah sorang nanges baru selesai masalah. Hahahahaha. I ni takde masalah pon nak bangun awal untuk biasakan Shein bangun pagi pergi sekolah. Pukul 5.30am bangun pon I ok. Nanti kalau rumah baru siap I berazam nak buatkan breakfast/bekal untuk Sazli and Shein everyday cecece. I akan bersemangat nak masak kalau dapur cantik (alasan engkau kan). Now tak boleh la sebab Shein ni ikut kepala/mood dia je. Yang menjadik masalah ialah diri Shein sendiri and bukan sebab I tak willing nak bangun awal. Kekadang I andau-andau ada 15 minutes untuk siapkan dia sebelum 7.30am (itu paling lewat untuk I gerak dari rumah untuk ke office) tapi time tu jugak la dia nak shark, nak let it go (frozen) and macam-macam lagi. So good bye. Ada sehari tu, ok dah beliau bangun awal tapi taknak keluar dari bilik air maka I tinggalkan ajer dia dalam tong air tu berenang dengan shark doo-doo-doo. Lepas tu Sazli call, ‘Mama, U tinggal Shein tak siap mandi eh? Tu tak siap lagi tu?’ I cakap, ‘Time UP! I dah kena pergi kerja’. Hahahaha.


Semalam suka la dia dapat main bubble dekat Taman Tasik Titiwangsa. Dia bawak scooter dia pergi sana. Sebelum balik, dapat prezen jatuh tersembam. Berdarah la bibir sikit berlaga dengan gigi. Dia punya syarat nak bagi kita tunjuk luka tu memang macam-macam la. Dedecor 2, otomen 2, ajak masauk tunnel etc. Hahaha.

Go’Bang Maju Patin Tempoyak

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas I first time makan dekat Go’Bang Maju Patin Tempoyak dekat area Sri Rampai. Bapak la sedap! Sama sebijik macam dekat Temerloh. Kalau kurang pon maybe dalam 0.5% la kot? Ikut tekak I, dia kena masam lagi sikit baru ngam. I suka sini sebab ada banyak ulam. Ulam pulak semuanya fresh. Ada pucuk kayu, ulam pegaga, daun selom and pucuk ketereh. Tak sangka KL ada ulam-ulaman macam ni. Ni jugak first time rasa dia punya Pais. Pais ada dua jenis. Patin dengan Ikan Tilapia. I chose Patin la. Tak dapat la Ikan Tilapia sebab itu mimpi ngeri I. Mau demam kalau makan. Hahaha. Kita makan bertiga bil kena RM80.00 macam tu. Ikan Patin dia RM12.00 untuk semangkok. Kalau nak kuah jer RM2.00 amboi. Kitorang ambik Ikan Patin 2 mangkok, Ikan Baung Masak Lemak CIli Padi 1, Pais Ikan Patin 2, Ulam-ulam makan and bungkus bawak balik, Air 3 jenis, Nasi 3 pinggan and sambal sikit-sikit 4 bekas sos tu. Ni kira mahal ke murah eh? Kalau bagi I, harga macam ni dengan dia punya rasa kira puas hati la. Biasa la first time makan semua nak merasa. Tu pon I jeling je Ikan Patin Masak Asam Pedas. Go’Bang ni selesa sebab kedai dia besar, corner lot. Ada system yang bagus. Peti Ais Dessert pon ada. Cuma yang tak best sebab time makan, banyak sangat orang mintak sedekah. I kurang sikit kalau tengah makan, orang nak jual ubat la, nak jual pen la, nak mintak derma la. Lepas tu jenis hati kental, cakap suruh datang balik lepas makan pon dia berdiri je. Selagi tak bagi. Hati kau kental Zack!


Pinggan I, Ikan Patin ambik kepala, I suka bahagian lemak-lemak lembik dia tu. Pais Ikan Patin, lepas tu tumbuh-tumbuhan. Ada pucuk ketereh OMG sedap giler. Makan dengan kicap manis. Dekat sini pulak guna Kacap Cap Kipas Udang. Bagus!

Friday, August 11, 2017

Kisah Viral KRT - Hud Ku Sayang

Assalamualaikum..

Semalam I ada share kisah Hud Ku Sayang dalam FB I and harini I compile jadik 1 entry. Senang korang nak baca and pahamkan. Kisah ni I copy dari FB-Page Kisah Rumah Tangga (KRT). I edit sikit la yang bahasa short-form and letak koma, titik elok-elok supaya lebih mudah difahami Ok? Credit to KRT untuk kisah Hud Ku Sayang ni. Punya menarik kisah ni sampai rasa macam Drama TV3 pulak. Ni betul punya Drama ni. I bet, mana yang jenis layan drama, sure baca sambil tersengih-sengih. Hahahahaha. Enjoy!


Peel Fresh So Fresh!

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum.


My daily routine now sebelum memula kerja is segelas fruit juice MARIGOLD PEEL FRESH sebab kita adalah disyorkan untuk mengambil 2 hidangan buah-buahan setiap hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Minum MARIGOLD PEEL FRESH ni its complement our Daily Fruit Intake and it’s very easy and . Senang pon senang. Tuang je dalam gelas terus minum. Tak payah susah-susah sebab MARIGOLD PEEL FRESH ni is ready-to-drink packaging. Pilihan I ialah jenis no sugar added range (penutup hijau) berperisa Campuran Powerveggies & Fruits. Dalam dia ada campuran 13 sayuran dan buah-buahan. Yang tu my favorite la sebab ada campuran buah dan sayur of coz la feel lebih sihat. Rasa sedap pulak tu. If takde tulis powerveggies dekat kotak sure orang tak sangka sebenarnya dalam ni ada sayur-sayuran. Ikutkan semua flavors pon I suka sebab MARIGOLD PEEL FRESH ni memang bebetul rasa buah asli yang segar. Nak tau sebab apa? Sebaaaaaaaaaaaaaab MARIGOLD PEEL FRESH is a fruit juice tau? Bukan fruits drink. Walaupon semua minuman pada dasarnya akan rasa buah tapi we should know yang fruit juice type mengandungi AT LEAST 35% fruit juice berbanding hanya 5% kandungan fruit juice dalam minuman jenis fruits drink yang berjangka hayat lama tu. So sebagai pengguna, kita kena la bijak memilih. Ye dak? Mesti ambik yang lebih segar semestinya. Di sebabkan kandungan fruit juice yang tinggi lah, jangka hayat MARIGOLD PEEL FRESH ni lebih pendek sebab ianya di pastuer bagi memastikan kesegarannya. Kena pastikan letak MARIGOLD PEEL FRESH dalam peti ais otherwise it will go bad. Ok?


My MARIGOLD PEEL FRESH stock dekat office. Jambu Batu Merah Muda and yang no sugar range my favorite Mix Powerveggies & Fruits.

Thursday, August 10, 2017

Dinosaurs LIVE in KL

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, Kakyang tag I dalam FB pasal Dinosaurs LIVE in KL. Tengok macam best je sebab dinosaur dia besar-besar and boleh gerak-gerak. Shein sure suka ni. Dia ni sejenis pelik. Dia tak suka sangat Superhero tapi lebih suka yang watak jahat. Macam cerita Ultraman, dia lebih suka Monster. Kalau binatang-binatang ni suka semua yang ganas je. Dinosaur’s kat rumah tu ada yang kecik, besau, ada suara, takde suara, plastic, getah semua ada. Dia memang suka. Lagi satu dia suka Sharks. Pet tak main lain. Yang comel-comel dia tak suka sangat. Hahaha. Bagus Shein. Senang hati Mama. Kot kekecik ni suka melawa seram jugak nanti masuk geng kunyit. Geng Kunyit tau ke tak? I pon baru tau semenjak follow FB Page Kisah Rumah Tangga (KRT). Stressed aku baca. Memacam hal. Macam drama pon ada. Lepas tu now popular la gelaran Makcik Bawang la apa la. Kah kah kah. Ok back to cerita Dedecor bak kata Shein ni ha, kitorang 3 beranak pergi la Sabtu lepas ke MATIC Jalan Ampang dalam pukul 3.30pm macam tu. Ampang ok, Ampang. Tu pasal la gua sayang habes dengan Ampang. Hahaha. I Google dulu sebelum datang sebab nak tau tempat ni bukak and tutup pukul berapa lepas tu berapa harga ticket dia. Tengok-tengok bukak 10.00am – 10.00pm Monday to Sunday. Bagus. Tengok harga ticket affordable so joooommmmmmm! Time sampai ni Shein tengah tido, naseb baik dengar suara Dinosaur mengaum senang sikit dia bangun. Tak cranky tak apa. Happy! Tapi nak dukong and memula macam malu-malu kambeng la. Tak lama lepas tu dia dah naik syeh. Jom tengok gambar.


Ni dekat depan kemah Dinosaur tu. Kemah eh orang panggil? Sebab dia memang macam Khemah pon tapi besar la. Pau Mama sekor Dinosaur and satu pedang. Ada la buat perangai sekejap sebab nak lagi sekor, tapi kena tazkirah dengan I. Serious I memang tazkirah je Shein sekarang. Naseb mendengar. Hahahaha.

Wednesday, August 9, 2017

Assemoga Izzy!


Assalamualaikum..

Happy 29th birthday Izzy. Assemoga!! OMG mudanya 29 tahun. I dulu 29 tengah jadik apa eh? Jap nak ingat. Ooo baru setahun kawen. Hahahaha. Now semenjak umur dah 35 tahun ni, asal dengar orang umur 20-an rasa alahai mudanyaaaaa. Aku pon pernah muda macam tu jugak dulu. Sedih giler statement. Now masa berlalu pantas sangat kan? Tapi biasanya kalau orang cakap I tuwe, I akan sambung. ‘Tuwe takpe, janji…….’ Isi tempat kosong. Kah kah kah. Itu ayat penyejuk hati sebab dah tuwe sebenarnya. Korang pernah tak rasa bila tengok orang umur 40 tahun rasa macam OMG tuwenya engkau, tapi bila kita sendiri meningkat usia and dah lalui sendiri rasa macam takde apa pon sebenarnya. Age is just a number gitu. Siti Nurhaliza yang betul-betul pon dah nak masuk 40 kan? Apa ada hal. Tuwe tu semua orang akan merasa kalau dia panjang umur. Berapa umur kita tak kisah pon sebenarnya, janji apa yang kita dah achieve dalam hidup kita tak kisah lah cepat atau lambat asalkan ada perubahan yang lebih baik dari sebelumnya, macam mana kita hargai hidup kita dan orang-orang yang kita sayang sebab mati tu tak kira tua atau muda dan macam mana kita nak berubah jadik yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau umur dah banyak tapi hidup takde kualiti, perangai masih teruk, hati masih busuk dan suka buruk sangka and rasa this world is about you and your problem, lepas tu semua orang jahat itu lain cerita lah. Orang jenis ni, hidup 100 tahun pon tak guna sebab takde kualiti. So tua atau muda bukan ukurannya janji macam mana kita buat hidup kita menjadik lebih baik dari sehari ke sehari. Ok Izzy? I know you pon usaha nak jadik lebih baik dari sekarang. Kaksu doakan semoga at the end of the day, you akan dapat yang indah-indah sahaja dalam hidup you. Happy Birthday!


Birthday Izzy harini tapi yang paling excited ialah yang pakai baju biru. Kata dia, dia Neelofa harini sebab pakai selendang. Haha. Yerlaaaa Intan.

Evening with Apai and Wakdan at Pavilion

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, pagi I ada kerja Nuffnang dekat KLCC dari pukul 10.00am – 12.00pm, lepas tu balik rumah salin baju pergi pulak Office Terbuka Abang Usen di Wangsa Maju. Boleh baca dekat sini. Dari sana terus ke MATIC untuk tengok Dinosaur Live in KL bawak Shein. Tachiu Kakyang suggest datang sini. Shein memang suka giler la. I pon tak pepasal suka jugak. Yang tak suka sebab kena pau toys dengan Shein. Overall best la weh dekat sini. Dinosaur dia gerak-gerak dan memacam jenis serta pelbagai aktiviti, ada tempat makan, ada toilet, aircond pon kuat. Berbaloi la bayar RM50 Dewasa, RM30 kanak-kanak 3 tahun keatas. 2 tahun kebawah FREE. Tu nanti I share dalam next entry ok? Itu pon kalau rajin la okbye. Dah puas Shein berkuntau dengan Dinosaur, lepas tu terus ke Pavilion jumpa dengan Apai, Apis, Zareef, Hj Boss, Yash, Edi and Mira dekat Starbucks Pavilion. Gitu aturcara I pada hari Sabtu, YB sangat. Vote Suraya untuk Dun Jengka! I membawa Parti Bebas la tapi (Harap Mak tak baca ni). Dari Starbucks kitorang beralih ke Grandmama for dinner sebab Starbucks tu terlalu remaja la. Kita semua dah tuwe and tak tahan panas + bingit so kena carik tempat yang aman sentosa. Baru senang nak borak sesambil Yash lampi setelkan untuk buat Insurance Shein yang sampai sekarang tak setel-setel tu hahaha. Dekat sana, YB Gofur join makan and jumpa la sekejap Zack Galak and family dia tapi dia taknak join makan. Tau la sekarang tauke kasut Nike/Adidas mahal. Eksyen! Hahaha.


Apai paling hensem sebab dia pakai T-Shirt V-Neck. Bukan senang eh nak jumpa lelaki macho macam Apai ni? Baju oren, kocek biru. Perghhh Apai. Kenapa la tak join kumpulan Forteen dulu. Kalau tak Apai dah artis dah sekarang. Dari Kiri : Eddy, Apis (ko kenapa gemok sekarang?), Sazli and Apai (Artist)

Tuesday, August 8, 2017

Cepat - Mudah - Fresh - Cantik

Assalamualaikum…

Harini I nak share tips macam mana nak bersiap mekap dalam masa less than 5 minutes tapi still look good and fresh with minimal make-up item. Memang nampak cantik ala-ala ‘make-up no make-up style’ macam Korean tu la. Cecece. Tapi yang tu pon kalau ikutkan foundation dia agak tebal and memacam nak tepek tapi if korang ikut yang macam I ni 100% lebih cepat. Lebih nampak glowing and extra flawless especially untuk yang takde masalah jerawat dekat muka. Untuk kulit kusam also boleh guna tips I ni. Untuk yang ada jerawat or parut jerawat maybe kena tambah extra 2-3 minutes sebab nak kena pakai foundation tebal sikit. Macam I, senang. Guna je product sendiri. ANNESURAYA SKINCARE Day Cream tak pernah tinggal and memang I jadikkan routine. Korang pakai je. Nanti lepas 2 3 bulan kang tetiba cantik je kulit. Yang penting kena konsisten dan sabar lah. Macam Day Cream ANNESURAYA ni pon baruuuu RM20.00 so I tetap rasa berbaloi untuk pakai walaupon kesan nak lebih cantik tu makan masa 2 3 bulan. Tak kisahlah kan? Dah kata keluar RM20.00 kena la ambik masa nak kulit cantik. Takkan cream harga RM20.00 hasil nak sama macam buat treatment dekat Aesthetic Clinic. Ye dak? Yang tips yang I share ni, memula dulu I rasa macam tak berapa confident nak keluar especially time ada event dengan muka siap 5 minutes ni, tapi I kasik chance pada diri I. Bila I dah cuba, I rasa happy. Bersiap 5 minutes ni I rasa lebih natural. Untuk yang mata sepet sedunia macam I, jangan risau. Still boleh nampak ok tanpa eye liner. Jom check out apa yang I guna. Murah-murah sahaja and bukan hi-end product pon. InsyaAllah mampu milik.




Dari Kiri : Sephora Colorful Cheek Ink gel, Code 03 orchid, The Body Shop Brow & Liner Kit, Kaay Super Moisture Cushion, ANNESURAYA Skincare Day cream, Sephora Mascara, Dark Brown and Lipice Sheer Color.

Swarovski Baru Tu!

Assalamualaikum..

Last month I ada cakap pada Agent/Dropship HOC sapa yang dapat target sales 30pcs nanti I nak bagi Swarovski punya barang. Usually siapa yang dapat achieve 20 pcs sales sebulan pon memang I dah bagi reward. Ikut mood I la. Kekadang cash, kekadang barang-barang apapa tapi mesti range RM200-RM350 macam tu la. So this month ada sorang Agent dapat jual 34pcs, so I pon melunaskan janji bagi Swarovski. Beli dekat KLCC so senang dapat warranty. Harga lebih sikit la dari kirim personal shopper tapi takpe, puas hati dapat beli and pilih sendiri. So Alhamdulillah, semalam setel dah bagi sendiri Swarovski ni dekat tangan Top Seller Agent HOC bulan July – Izzatul. Kata dia, dia excited sangat sebab jarang beli barang macam ni sendiri. Tapi sejak join Agent HOC dah boleh pakai Swarovski, dapat wallet COACH and dapat some cash extra selain dari yang dia sendiri earn sebab dia punya sales. Macam sales July, Izza dapat lebih kurang dalam RM1,500.00 jugak la komisyen. Total sales Izza semenjak 3 bulan lepas is RM16,000.00 macam tu. Banyak kan? I tengok Izzatul ni memang sangat consistent dia punya iklan/marketing/promo dekat Instagram and Facebook dia. Itu yang sepatutnya kita buat as a seller. Memang kena consistent. Orang beli atau tak, itu lain cerita. Tahniah Izzatul! Untuk bulan ni, I ingat nak bagi duCk Scarf pulak untuk Top Seller yang dapat achieve target. Kita tengok siapa yang kena!


Wuuu cantiknya dah pakai dekat tangan. Korang jangan tertipu Swarovski yang jual dekat internet harga RM40.00 tu eh? Tu semua bukan original. Pakailah yang original baru la rasa puas hati lain macam. Nak pulak kalau dapat sebagai hadiah atas usaha keras. Lagi rasa best. Kan Izza?

Monday, August 7, 2017

Majlis Kesyukuran MHM Associates

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas dapat invitation dari Abang Usen untuk majlis makan-makan sempena dengan pembukaan new branch company dia dekat Wangsa Maju. Now dah ada 3 cawangan dah office dia. Satu dekat Wangsa Maju, 2 dekat Shah Alam and InsyaAllah soon dia bukak dekat Perak pulak. Abang Usen bukak company consulting firm nama MHM Associates. Dah lama dah business Abang Usen ni. More than 15 years rasanya. Dari 4 staff now dah ada puluh-puluh dah. Pakkal I dah kerja best, kalau tak memang I paksa Abang Usen amek I jadik PA dia hahahaha. Tahniah Abang Usen, you deserve this. Sebab dia ialah seorang yang sangatlah baiknya. Sangat rare la nak jumpa orang yang baik macam Abang Usen ni. Dulu masa zaman I muda remaja Abang Usen and Abang Yut la kawan I. Bawak makan, tengok movie, hantar pergi Bus Stand nak balik Jengka dorang berdua la yang tolong. Kemana saja, memang dengan Abang Yut and Abang Usen. Family kitorang pon memang kenal baik sampailah sekarang. 5 tahun jugak kita berkawan 3 orang sebelum masing-masing memberi tumpuan kepada masa depan dan berkahwin. Kalau tak macam tu takot sampai kesudah tak kawen ler memasing sebab dah too comfortable level boleh korek hidung and kentut bersepah sesama kita hahaha. Abang Usen and Abang Yut ni dah macam Abang I sendiri dah. Sayang macam family..


Baju peach tu Kak Niza, wife Abang Usen. Anak dah 3 pon badan menten je. Pon baik jugak orangnya. Last jumpa tahun 2011 rasanya masa Open House Abang Usen dekat rumah lama dia. 

Friday, August 4, 2017

Marriott’s Mai Khao Beach - The Golf Garden

Assalamualaikum..

Selagi tak bosan, kita share je semua info and gambar-gambar masa dekat Phuket ok? Sementara dia tengah semangat ni ha. Minggu depan belum tentu semangat ni kekal. Hahahaha. Today I nak share gambar one of the facilities yang ada dekat Marriott’s Mai Khao Beach ni iaitu The Golf Garden. Patut share gambar bilik dulu tapi konsep update and share info ni ialah ikut suka hati I and takde turutan sebab blog ni I la Boss dia. So suka hati I la nak update mana dulu. Kata Boss? HAHAHAH. Kitorang stay sini 4 hari 3 malam. A night before kitorang duduk Private Villa. Tu nanti later I share. I sukaaaaaaaaaaaaaa giler la Marriott’s ni sebab bilik best, facilities best, warm service, ambience best and semua la best best best belaka. Memang I kasik 5 star. Tengkiu Ongkaya Khatig and Aliah sebab bawak kitorang stay dekat sini dengan harga yang bapak la murah. Memang harga ni, tak dapat la dalam Booking.com, Agoda.com or mana-mana dot com yang ada dalam donia ni unless, kita ada beli ‘unit’ dekat mana-mana Marriott punya cawangan diseluruh dunia baru la boleh dapat. Maksudnya apa? Haaaaaa #angkatkening. Pada yang nak tau berapa harga per night/stay dekat sini boleh search dalam internet and pilih 2 bedroom apartment and korang boleh tau berapa harga beliau. Nak tulis, rasa macam tak sampai hati pulak. I pon masa Khatig tunjuk dekat dalam website mampu telan ailio je. Dah la duduk sampai 4D3N. Ni kalau ikut yang I dengan Sazli spend ni semalaman pon tak dapat ni. Tak pon dapat la, tapi kena tido dekat tepi kolam ikan. Sedih giler hidup kau. Haha.



Ye Ajla Nona… Kenapa tu tengok Auntie macam tu? Ajla ni good girl sangat. Inilah baby girl paling baik I pernah jumpa dalam dunia. Sangat sangat senang nak handle. Takde cranky takde apa. Subhanallah baiknya dia. Kalau anak macam Ajla ni, kembar 5 pon ok. Serious.