Tuesday, August 30, 2016

10 Years of Living Social with Netccentric

Assalamualaikum..

Tenkiu Linda sebab always mencantikkan Kaksu each time ada event. I pon boleh tahan mengada. I ingat I Rozita Che Wan ke yang asyik nak bercantik-cantik setiap kali keluar? Hahaha. Tapi lantak laaaaaa. Lagipon Linda mekap tak lama. I pon memang akan pesan banyak kali, ‘Linda, jangan cantik-cantik sangat. Biasa-biasa je’. Tapi dalam pada dia mekap sekejap and jangan cantik-cantik sangat tu, turn out selalu jadik pwincess jugak pon. I suka make up Linda ni and dia pon tau apa yang ok dekat muka I and dia accept apa yang I nak. Contoh macam I taknak blusher terang sangat, nanti dia pudarkan. Lipstick I nak dark sikit pon dia ikut jugak. Bulus mata I taknak yang beria pon dia ikutkan ajer. Tabah je dengan apa yang I nak and tak melawan, tu I suuuuuka. Hahahah. Dia boleh terima pendapat I and takde la nak ikut je apa yang dia suka sebab kekadang MUA ni kalau kita request macam apa yang kita nak, dia betahkan aje. Geram nak tunjal. Walaupon I bila kerja and keluar mekap jugak, tapi Linda still boleh bagi nampak muka I lain dari hari biasa. Tu I suka. One day, I nak mintak Linda mekapkan I and change muka I jadik Siti Nurhaliza, tengok berjaya ke idok. Haha. Untuk yang latest ni, Linda mekapkan I for Netccentric 10 years of Living Social. Talent kena pakai baju putih, so terus I mintak dekat Linda, nak jadik pwincess. 


Ni la result dia. Berjaya la jadik pwincess. Kah kah kah. Tapi Pwincess tuweeee la. Takpe, kita kena kasik chance ok?

Monday, August 29, 2016

Cerita Pasal Shein (Kalau Ada Yang Rindu Dia)

Assalamualaikum..

Lama dah kan tak cerita pasal Shein? Ada ke yang rindu? Kemain now kalau dah lama tak cerita pasal Shein, tak cukup dalam IG and FB, dah ada yang comment entry yang takde kena mengena dengan Shein. ‘Kaksu, dah lama tak dengar cerita Shein. Rindu’. Haritu I tanya Shein, ‘Shein, do you want me to put your photo at blog?’ Lepas tu dia jawab. ‘No’. HAHAHAHAH. Shein ni memang, semua soalan pon jawapan dia No. Tapi No tu ada banyak version. Ada yang bunyi No?? ada yang No mendatar or kalau dah tanya banyak-banyak kali No!!! Yang menjerit terus. Hahaha. Nanti I try record and lepas tu boleh la share dalam Instagram I. So far takde la percubaan untuk rakam lagi. But kalau I Facetime dengan Shein, I suka la tanya dia soalan. Saja nak dengar dia jawab No banyak-banyak kali. Lama-lama dia pon tau agaknya I suka dengar dia jawab, nanti baru ‘Shein….’ Dah dijawabnya No. Hahahahahha. Ngek la Shein! Dia berat ok? Dah 22kg. Imagine masa last time ada event dekat Aquaria KLCC, kitorang park dekat KL Convec, lepas tu Sazli ajak makan kat Madam Kwan KLCC. Blakang, masa makan Shein dah tertido. Ha, jenuh la nak mendukung Shein dari KLCC ke KL Convec. Bapak la berat. Tapi Sazli la lebih banyak dukong dari I. Sebab I kan wanita yang lemah, mana la daya nak mendukong Shein. Dia best la, dengan blanket, hisap jari. Mana nak sedar apa.

Time ni Sazli babysit Shein sampai tengahari. Dia cuti sem now, so tak pergi sekolah. Maktok and Baba pulak busy pagi tu, so Sazli jaga half day – dekat rumah Maktok and Baba half day.

How Do I Lose 14 kg In 4 Months

Assalamualaikum..

Korang pernah minum Power Juice tak? Power Juice ni yang expert si Sarah je sebab dia sejenis kambeng yang suka makan sayur-sayuran. Read : Tumbuh-tumbuhan. Segala mala salad selagi tak jadik kebun sayur, dia tak consider sedap. Ada dulu salad jenis apa entah yang dia makan dekat Delicious, rasa sebjik makan pokok sebab less dressing, dengan segala rocket salad and salad yang semua tak sedap ada dalam tu. Si Sarah ni memang. Tapi I tengok, kulit dia cantik and dia always energetic sebab tu I saspek dia ni lelaki yang terperangkap dalam badan pempuan. Haha. Kalau masak sayur tu, bukan la sayur macam biasa-biasa kita makan. Salad dressing ada sekali dia guna grapefruit. Naik kembang tekak I nak makan. Dulu ada satu time, kitorang suka minum dekat Boost. I mesti la ambik yang sedap-sedap je. Mango + Passion fruit smoothies. Konon nak sihat la minum fresh juice, tapi mana yang sihat pon aku taktau sebab nak yang sedap je. Kalau sarah, dia akan mix buah and sayur macam celery + carrot + orange lepas tu letak chia seed. Juice. No sugar. Kembang tekak I bila rasa. Tapi kata Sarah, rasa fresh. I kenot la minum juice ada sayur. Tak suuukaaaaaa.


Timun + beetroots + celery + orange + green apple.

Thursday, August 25, 2016

Dinner at Alexis BSC with Nadia xoxo

Assalamualaikum..

Last week Nadia ada balik Malaysia sekejap and dia ajak dinner. Now dia dah pindah ke Sydney ikut husband dia. Kata dia dinner will be at Alexis BSC dengan Faheem and kawan-kawan dia yang lain. I tau Fyt je. Yang lain tak kenal pun. Tapi I tak segan... Sebab I know I pandai bawak diri dengan orang yang I tak pernah jumpa. Sekarang la yang pandai bawak diri semenjak dah dewasa ni. Dulu I penyegan jugak. I rasa, Sazli beruntung dapat isteri I ni. Pandai bawak diri. So nanti takde la dia asyik nak jaga I je. I pernah jumpa isteri-isteri pemalu yang suami dia jadik spoke person untuk dia. Contoh I tanya dia, ‘Awak kerja kat mana? *dengan muka excited. Lepas tu dia senggol-senggol bahu suami dia. Cakap macam ni, ‘Abang, cakap la saya kerja mana’. Padahal aku ni ha ada depan mata. HAHAHAHAHA. Macam budak sekolah darjah 1 perangai. Comel je. Anyway tadi aci ke puji diri sendiri macam ni? Ah lantak la. So, I pon pergi la ke BSC pakai waze. Bedebar-debar takot tak sampai. Sebab biasa kita main area Ampang je, ni sampai Bangsar memalam pulak tu ada la rasa bangga dalam diri. Siap masa dekat traffic light, kereta sebelah pandang I lepas tu I angguk dekat dia macam I ni YB mana-mana. Pastu I cakap, ‘I’m from Ampang’. Beria peramah boleh tahan. Hahahahaha. Ngek.


Ni je sempat ambik gambar. I segan. Padahal order yang lain banyak je. Ada Nasik Kerabu, Peeeetzah, Laksa Sarawak, Spaghetti Vongole menda entah and many more. This one my favorite. Seafood Spaghetti.

Wednesday, August 24, 2016

Intan Celebration Vol 3

Assalamualaikum…

Sebelum Intan pressure I bila nak letak entry #IntanCelebration Vol 3 (Sempena dia lulus exam) ni baik I update now. Dia tu bukan boleh kira. Hari Jumaat tu I peratikan ajer perangai dia masa dari office sampai la ke Tony Roma’s, asyik la amek gambar dengan Kaklong semua dekat seat belakang kemain begembira bergelak ketawa like a bausssss. I pon cakap, ‘Ambik gambar beria buat apa? Kalau Intan cantik tapi Kaksu nampak gemok, Kaksu tak masukkan jugak dalam IG or Blog Kaksu’. Lepas tu Intan ketar-ketar suara tanya, ‘Tapi kenapa???’ I kata ada IG dengan blog sendiri kan? Buat apa nak sebok dekat Kaksu? Hahaha. Down terus member. Masa sampai dekat Tony Roma’s kan, kitorang duduk dekat seat 6 orang. Tapi hujung both side ada kerusi so table for 8 la. Si Intan boleh duduk dekat kerusi chairman. I tanya dia, ‘Intan macam mana eh boleh fikir nak duduk kerusi tu sorang-sorang jadik Chairman, kan kita 6 orang ni?’ Lepas tu dia menjawab. ‘Ni kan Intan Celebration? Biar la Intan jadik Chairman’. Lepas tu I jeling dia sampai pening kepala sebab beria sangat lantas Intan pon bangun hentak kaki duduk dekat kerusi belah sana. Hahahaha. This time kitorang order je makanan and share ramai-ramai. Senang nak kira nanti bill divide je by 6.00pm. Tapi Intan punya majlis tapi go dutch. Aku pon tak paham kenapa.


Kick Shrimp ni memang sedap. RM28.90 harga dia.

Tuesday, August 23, 2016

Shein and DHA

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

I memang sangat mementingkan diet Shein semenjak dari dia lahir sampai la sekarang. I akan pastikan dia makan makanan yang berkhasiat dan yang baik-baik sahaja untuk memastikan dia membesar dengan sihat, bijak, cergas dan cerdas. Nak pulak bebudak zaman sekarang ni semua bijak-bijak so kena la Shein on-track sentiasa supaya tak ketinggalan kan? Tapi biasa la, bebudak ni kekadang makan nak memilih ikut selera tekak dorang. Geram je. Kekadang nak menyuap dia makan rasa macam battle berperang pon ada. Macam Shein ni ha, dia memang very picky dengan apa yang dia nak makan. Puas la jugak nak memujuk untuk bagi dia makan. Kekadang kemain seksa ok? Bila nak suap, dia tengok dulu apa dalam pinggan. Lepas tu takde der dia nak makan terus, rasa dulu hujung lidah and bukak mulut sikit punya kecik daaaa. If dia rasa kena dengan tekak dia, then only dia makan kalau tak, ‘Nooooooooo!’. Suara dah macam petir dah kalau menjerit cakap NO tu siap package geleng kepala kekadang dah macam head banging dah I tengok. Haha. He will eat only apa yang dia suka nak makan and bukan yang dia perlu makan atau apa yang kita rasa bagus untuk dia makan. Paham kan perasaan bengang I macam mana sekarang ni bila cakap pasal makanan berkhasiat untuk Shein???? Grrrrrr. I sehabis boleh make sure dia mendapat secukupnya khasiat dalam makanan dia tapi ada dia kesah pulak dia kan? Janji sedap dek tekak dia cukup. Sabar ajer la.





Peluk apa tu Shein? Kita bagi teaser sikit. Jeng jeng jeng!


Monday, August 22, 2016

Girlfriend and Shell Out Home-made

Assalamualaikum..

Hari semalam I letak gambar Mak/GF dalam FB lepas tu ada yang komen cakap rindu sebab dah lama I tak cerita pasal dia. Well biasa la, I dengan Mak ni macam becinta. Ada masa kalau merajuk manja tu geram je rasa sebab dia sejenis drama kalau merajuk, lepas tu macam malas nak cerita pasal dia. Biasa la sesekali mesti ada tegang dalam percintaan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi Al-hamdulillah now kita manage to get back our rhythm and dah get back together. Macam becinta la pulak. Hahaha. Mak masih lagi solo sampai sekarang. I pesan dia takpayah la nak tido berteman ke apa. Rumah tu dah pagar keliling siap gate baru, tak payah nak takot dah. Lagipon dah tetuwe ni focus on beribadah je. I cakap pada Mak, kalau dia kawen nanti walaupon tido malam ada teman, nanti pagi nak kena siapkan sarapan, nak kena layan suami masak la apa la semua. Jenis pulak yang jenis kuat bersembang nanti dah bila masa nak nap between Zohor dengan Asar pulak kan? Tido tu penting Mak. Lepas I cakap macam tu, dia ketawa je. Haha. Alhamdulillah Mak sihat je..


I love you GF

Friday, August 19, 2016

Rawatan Alternative Asthma Yang Terbukti Berkesan di One Osteo KL

Assalamualaikum..

Hari semalam I baca dalam IG Yash and Apai yang Farrel punya asthma dah hilang lepas buat rawatan dekat One Osteo. I tau yang Farrel ni mengidap asthma dah lama. Selalu la tengok Yashie masuk keluar hospital and dengan Farrel memang depa extra care. Tak bagi makan tak tentu hala, tak bagi renyah sangat. Sian kat Farrel, but dengan treatment dekat One Osteo, Farrel dah ok and I mintak Yash (Sebenarnya lebih kepada paksa) untuk share pasal Farrel punya Asthma background and experience mereka dekat One Osteo ni. Semoga bermanfaat kepada semua yang ada masalah berkenaan Asthma, Eczema and Sinus. Treatment dekat sini dari baby sampai la orang dewasa. Sila share ye dengan kawan-kawan lain yang ada masalah macam ni especially asthma. Semoga bermanfaat kepada semua and terima kasih Yash sebab berkongsi dengan readers Maksu pasal ni. Mana tau dapat tolong ramai orang yang ada masalah ni. InsyaAllah. Jom baca kisah Yash, Farrel di One Osteo.

xxxxxxxxx

Ok. Yash tak pandai sangat menulis. Kalau tak paham, boleh tanya ok? At the end of this entry, Yash provide email address yash. Ceritanya macam ni. Basically Farrel diagnosed as Asthma masa Yash dalam pantang Balqis, Farrel umur 2tahun 4bulan. Itu 1st time dia kena Asthma attack kat Kedah. Jadi bulan-bulan selepas itu, purata nya dalam setahun tiap-tiap bulan Farrel admitted sebab semput. Dan hari-hari kena pakai Flexotide 2puff a day & Ventolin bila perlu sampai umur 5tahun. EL dan unpaid leave takyah cerita la. Mmg wanted dalam office tu. Farrel banyak food allergy jugak. Sian dia.

Diperkenalan dengan One Osteo

Nicolas KL Osteopath. Click read more to continue reading.

Thursday, August 18, 2016

Makan Sedap Tak Habes-Habes. Gemok Baru Kau Tahu

Assalamualaikum..

Ada yang tanya, I ni Green House ambassador ke? Sebab asyik share makan dekat situ je. Hahaha. Ngek betul. Takder laaaaaaa. I dulu memang dah suka makan dekat sini, but lama-lama rasa boring taktau nak makan apa until Shariffah bagitau I apa yang sedap and what should I order bila datang tu yang jadik manjang nak kesini. Ada jugak rasa macam nak tuduh depa bubuh sependa dalam sukiyaki soup sebab sedap sangat. Hahaha. Astaghfirullah hal azzzimmmmmmm. Sebenarnya I suka la share apa yang I rasa sedap makan and value for money. Untuk kesenangan nkorang jugak. I ni selalu ada rasa terbangang-bangang if datang restaurant and taktau nak makan apa. Walaupon mekap lawa tapi masa order tak confident pon tak ok jugak. Especially pergi tempat makan baru yang bukan by recommendation dari sesiapa tapi jenis terbaca dalam internet lepas tu nak try jer la. Nanti rasa lost masa nak order. So, bila I share macam ni korang tau la apa nak makan, berapa harga, mana yang sedap etc. Boleh budget awal-awal sebelum datang especially yang nak bawak prospect GF/BF kan? Hahahaha. Nanti dia nampak kita confident masa order terus dia tick dalam notebook ‘Consider to second date’. Gitteewwwww. Kan? Tapi kalau nampak confident sebut salah pon tak berapa nak ok. Miso soup jadik Mitosomo, Kakiage jadik Kamiage. Siapa lagi kalau bukan Si Intan. Hahaha. Memang geram dengan Intan ni. Selenga.


This one is Unagi Maki. RM27.56 untuk 6 ketul.

Wednesday, August 17, 2016

Ramen Sedap Di Green House dan Yuka Kinoshita

Assalamualaikum..

Si Intan la ni, tak habes-habes tengok Yuka Kinoshita makan dekat Youtube. Dulu I yang ajar dia tengok, tapi I dah get over lama, tapi Si Intan pulak tak boleh nak melepaskan Yuka Kunoshita ni. Tak boleh nak move on ke Intaaaan? Setia betul dalam berkasih.  Hari-hari dia tengok. Hahaha. Bahaya ok tengok video-video si Yuka ni sebab dia kalau makan nampak macam sedap. First mouth je terus cakap ‘Huuuurrrrmmmm!! Oishiiiii!!’ Macam sedap sangat je gaya. Lepas tu kalau cakap ‘Itadakimasu’ mesti suara dia gigil-gigil. Jenis akak I, Si De. Tak boleh high pitch, nanti suara gigil. Kalau dia marah pon rasa nak gelak sebab jerit suara ketar. Hahahaha. Si Yuka punya video ni, ada orang tengok macam nak muntah sebab dia makan ramen sekali hadap 10 bungkus. Telur 40 biji pon dia pernah makan. Tu kalau kentut tu bukan setakat bau tungkik, bau loji tahik kena bom pon ada. Dah la makan banyak, tapi kurus gila ok? Ada sekali dia letak nasik dalam 4 pot masak dalam rice cooker dengan air coke, lepas tu letak burger dengan fries and nugget sekali. Masak sekali harung macam tu. Habes pulak tu makan. Uweeeek nak muntah! Yang tu je I meloya tengok, yang lain I suka. Paling terpengaruh ialah masa dia makan ramen + seaweed + telur half cook dengan scallion. Sedapnyaaaaaa! Now, I dah jumpa Ramen sedap. Dekat Green House! Woot woot! Rasa macam nak makan every day. Nah I belanja gambar.


Ni nama dia Shoyu Ramen. Harga dalam RM12.00 macam tu

Tuesday, August 16, 2016

Nasi Goreng Tomyam Bodoh

Assalamualaikum..

Dah lama dah tak masak-masak dekat rumah sebab yang pertama, I dengan Sazli memang tak makan malam so no point untuk masak sebab kalau dah masak, kena la makan takkan nak tengok je? Sebab yang kedua dan utama MALAS. Hahaha. Yang paling tahan godaan and very konsisten ialah Sazli ni. Ko paksa la dia macam mana, takde der dia nak makan except kalau dia lapar sangat. Tu pon dia makan before 7 but I tengok, since Raya ni banyak jugak badan dia naik. Hahah. Dah gemok dah sikit. Tu la, sapa suruh banyak sangat makan dekat open house? Ahad lepas, I sempat la buat Nasi Goreng Bodoh version up sebab ada rasa tomyam sikit-sikit. Senang buat sejenis je untuk satu rumah. I pon kena la sacrifice Nasi Goreng Air Mata Berdarah sebab kang nanti Shein tak boleh nak makan. Kali ni I improvise sikit resepi Nasi Goreng Bodoh I. Sazli memang my no. 1 fan of Nasi Goreng, number 2 si Yatie Yahya. Rahsia nasi goreng sedap senang je. Nasi kena guna nasi sejuk and jangan yang jenis lembik. Jangan guna beras wangi sebab nanti lembik and berkanji sangat, nanti masak pon melekat dekat kuali. Geram jer. Masak keras sikit tapi jangan la mentah. I memang major turn off nasi lembik. Memang tak sukaaaa. Kalau kat kampung, Mak akan masak nasik peroi-peroi sebab kalau lembik, muncung I boleh ikat. Kata Orang Jawa, kalau nasi keras nanti terlekat dekat tekak ‘keseret’. ‘Mak ni kalau makan nasik yang macam Dik Chik (I ler tu) suka, keseret!’ Nanti semua orang tak puas hati nasik peroi but well, 1 lawan 8, I tetap menang. OMG banyak dosa dengan keluarga. HAHAHAHA.



Ni la Nasi Goreng Bodoh Tomyam Sipi-sipi. Hahaha. Tomyam sipi-sipi sebab rasa Tomyam tu ada takde jer. Macam eh, ni macam ada rasa tomyam tapi too light. EH, macam mana boleh sedap ni? Kah kah kah. Sendiri masak sendiri puji pon boleh jer.

Monday, August 15, 2016

BLVD House and Truffle - The Diamond of the Kitchen

Assalamualaikum..

BLVD House ni, makin selalu datang, makan sedap pulak kau eh? Tu pon most of the time, I makan menda yang sama jer. Macam Truffle Fries. Wajib makan. Fries tu, dia tabur dengan Truffle and dip dengan dia punya Truffle Dip (Probably Mayonnaise + Shredded Truffle) perrrrrrghhhhh syaiton punya sedap. Ni kalau gemok balik pon konsep dia redha sebab sedap sangat. First time makan masa dengan Nadia dulu. Lepas tu second time makan, I pergi order half size. Memang tak habes la. Dah la RM50++ sebekas. Palotak dia la fries RM50.00? Dah masuk 3 4 5 kali pergi ni I pon dah pandai. Ambik yang side dish punya size baru RM15.00. I memang eager to try Truffle ni semenjak tengok dalam AFC pasal macam mana nak dapatkan Truffle ni. Tengok kemain payah siap guna special train dog untuk hidu dalam tanah then only orang kena korek tanah dalam-dalam untuk dapatkan Truffle ni. (Tapi the dog didn’t touch the Truffle of coz for hygienic purpose and handle with care). Kena asingkan ikut grade, melalui proses kawalan kualiti yang tinggi then only baru boleh jual. 

Truffle ni tersenarai diantara makanan termahal di donia (ini semua laghooo). French Gourmet, Jean Anthelme Brillant-Savarin menggelar Truffle sebagai ‘The Diamond of the Kitchen’ dan hanya boleh di dapati di Croatian, French, Georgian, Middle Eastern dan dikategorikan sebagai makanan international  haute cuisine. Dah tetiba rasa macam pengacara dalam AFC pulak dah. Kah kah kah. Memang I teringin sangat-sangat nak makan Truffle and since BLVD House memang ada variety of Truffle menu, so I try yang paling murah la. Fries dia laaaa. Tu pon ada la 2 3 renjis Truffle dia letak. Kah kah kah. Yang lain dah hundred over harga. Jadiklaaaaa. Janji dapat merasa. Baca dekat sini untuk info pasal Truffle. Anyway, Truffle ialah sejenis fungus (kulat).


Pung pang cerita pasal Truffle tapi gambar paling atas is this insanely delicious Roasted Bone Marrow and Oxtail Marmalade. RM35.00 sahaja.

Wedding Package Terhebat di 9 Kedondong

Assalamualaikum..

Masa bulan puasa haritu I ada bukak puasa dekat 9 Kedondong. Ingat tak? Yang buffet murah lagi sedap tu. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Bila tengok rumah tu, rasa macam jatuh hati pulak. Terus la I tanya dengan contact person 9 Kedondong untuk buat Majlis Aqiqah sebab tempat ni sangat convenience. Sejenis bungalow lot dekat elit area near Jalan Ampang. Situ semua bungalow lot, so nampak dia punya exclusive. I pon sempat la tinjau sekeliling rumah. Ada bilik, toilet, a big hall, laman luas and khemah yang dekat belakang tu pon cantik. Walkway cantik, bersih sangat. I jatuh cinta! Yang tanya pasal Majlis Aqiqah tu pon boleh tahan ngek. Shein tu sikit lagi nak berbulu Aqiqah celah mana. Hahaha. I ingat nanti second baby memang nak buat dekat sini la. Senang takyah kemas rumah semua. Sini pon ada je bilik tempat nak tido, selesa and feel just like home. Ni kalau tak kawen lagi, memang I buat dekat sini je ni. 

Disebabkan I dah kawen, so I pon survey la untuk Kakyang punya wedding. I dah tengok package dia, memang semua bessssssst! Memang complete package siap SEMUA. Bukan makan je tapi semua la termasuk rumah, pelamin, hiasan, fotografi, Penyelaras Majlis, RELA, selawat, kompang, DJ, karaoke dan macam-macam lagi. Make up dah la lawa-lawa, pelamin pun alahaaaai meleleh air liur I tengok. Memang senang kerja kalau buat dekat sini. Bayar je ikut package mana nak, lepas tu goyang tetek je sebab yang lain semua orang buat. Best giler! Tapi tarikh yang kitorang nak tu pulak dah ada booking. Frust sangat-sangat! Seriously. I menung je bila En. Haziq cakap date tu dah fully book. So since 9 Kedondong ni sangat best and memang something yang worth to share, I nak share dengan korang semua apa yang 9 Kedondong offer untuk Wedding. Gambar dah la semua cantik-cantik. Jenuh I stalk dalam Facebook dorang. I punya study macamkan I pulak yang nak kawen. Haha. I bet, if korang tengok ni, korang pon akan jatuh hati. Tak kena gaya rasa macam nak besanding lagi sekali. Kepada readers lelaki yang dah kawen, jangan carik pasal ok? Haha.


Khemah ni dekat belakang rumah. Untuk satu rumah boleh letak khemah depan and belakang and muat up to 1,000 pax. Korang tengok la dia punya konsep putih bersih, siap ada kain kat atap tu, lawanya la...  Macam Garden/English wedding kan?

Thursday, August 11, 2016

Durian Crepe Huda Kembali. Woot Woot!

Assalamualaikum..

Geram je tau Huda ni? Dia tetiba keluar dalam Facebook tanya sapa nak ada 4 pack balance Durian Crepe. Apa lagi? Meroyan la I dekat comment. Haha. Siap M E R A J U K terus. Huda dah gelak-gelak masa call. Cakap ‘Hello’ dah ketawa terus. Kata Huda, ‘Baby, I dah agak dah U mesti merajuk. I tak sengajaaaaa’. Lepas tu umpan nak bagi Swiss Meringue. Macam tu la Huda ni kan? Umpan je dengan makanan, tau je kelemahan I. I ni baru la nak fe-feeling kurus. Kang makan banyak, Makcik Anny bising membebel rimas jugak kadang-kadang. Tapi ikut jer la. Kata dia Co-founder Zenia Beauty kena la cantik. Baiklah. Kata Huda, dia buat ni pon sebab Puspa la nak sangat. So terpaksa buat sebab taknak mengecewakan orang yang order. Daaaaaah takder. Dah letak dalam FB kira declare war la. Mana boleh kan? So I paksa Huda untuk bukak order and korang semua boleh start order dekat Huda mulai SEKARANG but only akan dapat on Tuesday minggu depan. Order jangan nak peningkan kepala Huda. Kalau office tu, kumpul 1 order je. Biar sorang je ambik order. Sapa asing-asing sebab tak kawan yang tukang amek order (ehem-ehem) collect sendiri dekat rumah Huda TTDI sana tu. (Mohon Terasa) Kah kah kah. Ingat Huda, Felda ni order melalui I sahaja. Sapa taknak, U jangan layan. Paham? *flip hair.


Hi Durian Crepe Huda yang debab. Welcome back!

Nasi Impit Goreng Cili Padi Pedepow by Anis Fatiha

Assalamualaikum..

Haritu ada buat makan-makan dekat office. Katanya sempena raya tapi raya pon dah habes. Ni semua untuk si Dyba sebenarnya. Dia baru masuk kerja lepas 2 months maternity leave. Tapi I lupa nak ambik gambar. Sebenarnya bukan lupa. Tapi malas. Hahahahaha. Banyak la jugak foods. Ada laksa, nasik putih dengan lauk-pauk macam sambal ikan bilis, sambal ikan bilis petai, gulai ayam, sayur campur, rendang daging and rendang ayam pencen, udang masak lemak kuning, ada pecal, sandwich, cakese, buah-buahan and many more. Lepas tu ada Sengkuang Calit yo! I dah dapat dah jumpa Sengkuang Calit sos yang terpaling sedap dalam dunia. I order dari Abang dekat rumah ni. Nanti I share ok? Yang tu memang sedap gileeeeers! I boleh makan sebiji sengkuang tu alone. Makan sejuk-sejuk yang rendam dalam ais tu perrrghhhhh. Lepas tu I buat Kek Batik and lepas tu order Nasi Impit goreng dari Anis kawan office I ni. Pon sedap jugak. Nasi Impit goreng pedas and atas dia ada ikan bilis goreng rangup. Ohmai sedaaaapnyaaa. Lepas tu Anis also boleh la masak-masak for small party as well. I tengok dalam IG ada ada dia buat spaghetti basil ke apa entah, nampak sedap je. I dah tau dah, lepas ni if ada jamuan dekat office, mintak Anis je masak. Nak nasik goreng ke, nak meehun ke, so lepas ni orang Felda kalau bosan makan makanan D’Saji boleh tempah dengan Anis ok? Meh I belanja gambar.



Ni nama dia Nasi Impit Goreng Cili Padi. Bukan Lontong Goreng tau? Lain. Kalau besar sebesen macam ni Anis charge RM120.00 boleh makan satu office. Kenyang!

Wednesday, August 10, 2016

Sapa Nak Handbag Burberry?

Assalamualaikum.


Sebelum Rish mengamuk dengan I sebab tak keluarkan iklan dia ni, baik I buat sekarang. Dia tu kalau marah takut jugak I. Sebab dulu I pernah gaduh dengan Rish dekat Suzi Corner tahun 2012 dulu. HAHAHHAHAHA. Bongok Rish. Anyway, Rish nak jual dia punya Burberry Nova Check Hobo handbag in Red. RM1,800.00. Gambar tengok dekat bawah ni I letak. Tapi sekeping je I letak. Rish bagi I 20 keping malas aku nak letak banyak-banyak. Anyway, sapa yang berminat boleh WhatsApp dia dekat 012-2916532 NOW.  Kata Rish, Handbag ni come with dust bag and authentic card. Kira 100% original and bukan Gred AAA ke apa ke, paham??? Original maaaaaaa. Harga asal RM3,500.00 and dia beli dekat Pavilion (Dia ni jenis beli Boutique je, takde der PS PS ni). Tahun berapa dia tak ingat sebab semenjak ada 2 anak ni, kata Rish dia takde masa nak fikir tahun bila handbag ni dia beli. Dia bizi all the time. Reason to sale : Jarang pakai so taknak pakai dah. Yang ni I rasa macam tak berapa nak percaya. Kang nanti tetiba je pakai Chanel. Bukan boleh percaya budak ni. Condition Mint. Tau ke mint condition tu apa dia? Kalau tak tau pergi Google. 8/10 kata Rish. Negotiable. Maksudnya boleh je bagi lagi murah tapi jangan la mintak sampai RM800.00 sebab nanti dia boleh bertukar menjadik Incredible Hulk. Ok tu la nak cakap. Bye.


Burberry Nova Check Hobo handbag in Red. RM1,800.00

P/s : Mintak maaf sebab tajuk nak gempak je. Kah kah kah.

-eNd-


Monday, August 8, 2016

Atin, Yatie dan Buaya

Assalamualaikum..

This entry dedicate to Yatie & Atin. Kawan lama masa kami bujang-bujang dulu. Dulu I kawan dengan Atin and Yatie masa zaman kerja dekat Sutrajaya Shipping. Back in 2005-2006 macam tu kalau tak silap I. Zaman takde card credit, naik kereta Wira Aeroback Manual 1.3 and zaman baru 8hb tapi duit dalam bank selamba ada RM50.00, cash ada RM30.00 TANPA ada rasa susah hati tak cukup makan or what not. Zaman pergi kerja boleh pinjam baju kurung Mak and tak pernah kisah make up jenis takde jenama beli dekat Giant. Hahaha. Those days kalau ingat balik, rasa macam senak perut pon ada. Tapi yet, kita survive eh Yatie? Hebat sangat hidup kita dulu. Perrrghhh. Walaupon takde financial freedom tapi happy pulak tu yang peliknya. macam takde masalah. No money = No problem. Tetap berbahagia. Takde duit, nanti lunch time kita balik rumah Yatie, makan nasik and lauk yang Yatie masak. Simple pon takpe. Janji kenyang. Dapat je gaji zzzaaaapppp beli perfume toilet je sampai beratus. Hahahaha. I rasa masa tu I rasa takde masalah and happy je sebab I ada Yatie dengan I. Sebab we have each other. Macam saling melengkapi so takyah risau apapa. Cecece macam gopren boipren pulak. Anyway, kali ni I nak cerita pasal kisah Atuk Yatie and Atuk Atin dengan Buaya.


Terpaling cantik dah masa ni dengan rambut rebonding belaka. HAHAHA

AYAM MASAK KICAP

Assalamualaikum..

Pagi tadi I tengok  stats segmen ‘Penulis Undangan’ dekat dashboard ada 2,500 over clicks so ok la. Anny selamat dan tidak akan digugurkan dari blog I ni. Hahah. Korang pon kemain eh support Anny siap nak tinggalkan I la apa la sebab nak follow Anny sorang. Geram jeeee tau? Tapi I nak korang tau yang apa Anny tulis, itu semua luahan hati dia. Biarlah dia nak berkongsi rasa dengan nkorang pengikut blog I ni yang bak kata Anny, ‘Acah-acah sayang Suraya’. Bongok. Kalau dia nak Mak Jemah kepochi semua tu. tu masalah dalaman dia. Kita maafkan ajer la dia. Businesswoman ni biasa memang biasa emotional. Sebab I mengamalkan konsep ‘No Drama’ dalam kehidupan and taknak ada unnecessary stressed or nak fikir menda remeh temeh.  M A L A S. I come in peace. Gittew konsep dia. So mana-mana komen yang berbentuk provokasi dan boleh menimbulkan keraguaan, tanda tanya I taknak approve la ok? Kang nanti jadik panjang cerita. Malas I. Wahahahahahah. Eh, sebenarnya tujuan entry ni sebab I nak share dengan korang gambar Ayam Masak Kicap yang Kaklong masak masa raya  haritu tetiba cerita pasal Anny dah 14 baris. Tak apa-apa dah nak overshadow I. 


Sedapnyaaaa Kak Long. This time Kaklong buat Ayam Masak Kicap dia letak semua bahagian peha, so takde la sessi sapa makan dulu, dia ambik peha/kepak and sapa last, dia makan part dada je.

Friday, August 5, 2016

Sake San and Shein

Assalamualaikum..


Rindunya nak makan Sakae San dekat Souled Out! I ingat nanti kena buat sendiri la kot baru puas makan. Boleh makan sampai 4 keping besar sorang-sornag terus. Haha. Semua bahan I tengok macam senang dah nak cari except fish roe. Mana nak carik fish roe? Ada ke jual eh dekat mana-mana? Kalau ada, esok jugak boleh buat. Pizza crust dia guna naan bread yang toasted sampai rangup. Lepas tu lapis dengan read leaf lettuce. Letak thinly slice salmon and tabur fish roe. Lepas tu squeeze mayonnaise dengan wasabe and taraaaaaa dah siap Sakae San. Makan dengan Tabasco sos or dengan Chili sos. Senangggggg je. Kan? Janji ada bahan. Ingat nanti kena buat sendiri la. Best sebenarnya main masak-masak macam ni. I selalu berangan NANTI kalau ada dapur yang complete dengan island, ada microwave, oven besar semua I nak masak hari-hari and nak cuba macam-macam resepi. I nak try baking and nak masak macam-macam jenis Western Foods yang I tengok dalam Nigella Bites and yang Jamie Oliver masak. Gittew.. Tapi ni cita-cita la. Kesampaian atau tak, kita tunggu nanti kot dah ada dapur seperti yang sedemikian boleh tak tercapai cita-cita tu.


Hello Sakae San!

Thursday, August 4, 2016

Sometime I Also Stupid (Edisi Kantoi Dengan Boss Main Snow)

Assalamualaikum..

Si Intan bongek ni memang kurang kerja. Lately dia suka main apps ‘Snow’ dekat handphone. Semua bermula masa dia sewel nak exam last month, konon nak release tension so dia main la Snow ni. Lepas tu nak drag I sekali. Snow ni lebih kurang macam Snapchat and MSQRD la. Boleh swap face, boleh jadik binatang. Eh apa kasar nau bunyik cakap binatang. Boleh jadik cute animal, jadi tok bomoh (witch) and many more. Ada satu hari ni, Intan ajak I datang meja dia dekat office. Nak main snow dia kata. Kata dia, Dato’ H takde sebab ada outside meeting so begembira la kitorang dua orang amek gambar macam-macam. Memula rasa macam office bising tapi tetiba diam je. Eh, apesal pulak ni? Tapi lantakkan ajer la sebab tengah naik syeh kan? Kitorang siap amek video jadik anjing la. Siap keluar lidah jilat-jilat tu. Ada la dalam 10 minutes, masa Intan adjust handphone jauh sikit tetiba ada entity ketiga dalam gambar and guess who? Hahahahahhaha. Dato’ H! Hahahahahha bongooooook! I menjerit kuat giler sebab terkejut. Masa tu muka Dato’ H serious je lepas tu dia cakap ‘Ni kerja korang eh? Takde kerja ke?’ OMGGGGGG I menggigil badan sebab terkejut. Intan pulak dah duduk dekat kerusi dia muka pucat lesi. Hahhahahahahahah. I tengok muka Dato’ sebenarnya nak tahan gelak jugak. Dia cakap dia dah dekat 10 minutes dekat belakang kitorang. HAHAHAHAHAHA


Meeowwwwww 

Wednesday, August 3, 2016

Sengkuang Calit and Tragedy Best Dress

Assalamualaikum..

Haritu masa ada Open House Raya Felda yang I menang best dress tu (ehem ehem) ada baaaanyak sangat stall. This time dorang guna konsep by negeri. Macam Office I, kitorang dapat negeri Perlis. So dekat stall kitorang ada Laksa Perlis, Ketupat Pulut makan dengan Gulai Daging also Pulut Panggang. Macam stall Pahang ada Ketupat Periuk Kera and many more. Stall tercantik Negeri Sembilan menang. Other than stall dari seluruh negeri di Malaysia also ada makanan lain macam ice cream Sangkaya, Laksa Sarawak, Air Chocolate and Air Bandung Felda, pelbagai jenis air and many more foods. Tapi yang paaaaaaaaaaaling I suka and asyik mengulang makan is Sengkuang Calit. Tu la yang I asyik mengulang. Lepas muka I, muka I lagi beratur. Sebenarnya sorang dapat separuh je sengkuang yang sekeping tu tapi I agak sebab I je namploh juta kali beratur, kakak tu bagi I sekeping full. Hahahaha. Sapa suruh sedap sangat? Padan la muka. Ni la Sengkuang Calit paling sedap I pernah makan dalam entire life I. Lapis pertama yang kuah merah biasa tu, lapisan kedua dia letak yang sos macam manis sikit tu and top ada kacang + gula. Sengkuang dia seeeeejuk sangat and dia potong macam finger size. SEDAP GILER.


Sengkuang Calit. Kenapa kau sangat sedap?

Tuesday, August 2, 2016

Netccentric Raya Open House 2016

Assalamualaikum..

Jumaat malam lepas I dapat invitation dari Nuffnang untuk Netccentric Raya Open House dekat Glass House at Seputeh. Semua talent untuk Nuffnang Bloggerati dan Churpchurp Alpha dijemput untuk hadir. Ni first time I join dorang punya open house for talent, so excited la skek. Bloggerati Nuffnang ni semua cantik-cantik belaka ok? Kang I sorang je macam maid, tak ok jugak. Yang Chinese talent pon semua macam doll. Kaki kurus giler memasing ok? Kekadang I wonder, dorang ni blogger ke artis? Yang talent Melayu muda-muda macam Yuyu, Namee, Cik Epal, Syahira Zakaria, Atisha Khan kan semua cantik muda remaja belaka. Masing-masing muka dah macam level artis dah. Korang tengok la Profile Bloggerati ni, semuaaaa cantik-cantik. I menggunakan konsep walaupon kertu tapi kena melawan. Jangan kalah sebelum bertanding. Haha. Bodoh ni!



Dari kiri : Luca the handsome Italian guy, Namee Roslan, Cik Epal (pinjam handbag please), Syahira Zakaria, Siti Nurhaliza, Yaronayunu (Youtuber Hijabista) and Ellis Suraya my shadow. Haha.

Monday, August 1, 2016

Ce ce ce

Assalamualaikum..

Percaya tak kalau I cakap untuk turunkan berat badan, kita kena ada someone behind us yang menjadi pemangkin diri kita untuk jadik lebih bersemangat and TIDAK BOLEH TIDAK KENA KURUS JUGAK JUGAK JUGAK and jadik penyebab utama kenapa kita kena lose weight. It could be your husband, your best friend, your crush and sebab dendam over something. Or paling tidak pon bila ada kesedaran sebab ada health issue. Kalau kesedaran sebab health issue ni, determination memang kena kuat sebab I kenal raaaamai yang Doktor dah pesan suruh lose weight, jaga badan and jaga makan sebab akan menyebabkan jantung bermasalah, obese or kencing manis tapi makan TETAP makan. Ni jenis yang berani mati ni. Pedulik tahik dia dengan momokan doktor pasal jantung ke, gout ke janji makan kena sedap. Makan tak jaga langsung. Around I pon ada, tapi malas nak cakap la kan? Takot kena maki je neh  sebab dia baca blog ni mangkali. Hahaha.


Ke?