Friday, October 30, 2015

How To Eat Beef Sukiyaki

Assalamualaikum..

Tadi I dengan bebudak ni (Dyba, Intan and Izzah) makan dekat Sushi Zanmai. Si Sarabanon merempit pergi PWTC entah ada menda entah dekat sana dengan Fiza. I suruh dia left group. Hahahaha. Kitorang pergi yang dekat Avenue K tapi parking dekat KLCC. So kena menapak jauh la skek kan? Blakang Si Intan beria pakai kasut tinggi. Dah tau nak jalan jauh mengada pakai kasut tinggi kenapa lepas tu dia jerit  sampai keluar suara jantan, ‘Intan kan nak cantikkkkkkkkkkkkk’. Baru jalan sikit dah sakit kaki la, sakit pinggang la. Kata dia, ‘Intan ni kan orang tua yang terperangkap dalam badan orang muda’. Haaaa tau pon. Gitu nak masuk Spartan la apa la. Taik kentut la.

Kitorang jalan laju kan? Lepas tu dia kedek-kedek jalan kat belakang. Kata Intan, ‘Korang jalan dulu la, nanti Intan jumpa korang dekat sana ok? Salmon Banzai tu dekat tingkat berapa?’ Hahahahaha Ko tengok Si Intan ni dia memang sesuka-suki je nak ubah nama kedai orang. Bebudak ni memang memasing perangai menyirap ok? Dengan nak memujuk Izzah makan Japanese satu hal. Dengan dia mintak sugar nak letak dalam green tea satu hal.Hahahahaha.

Anyway, Harini I nak Tunjuk korang cara nak makan Beef Sukiyaki. Ke korang dah tau sebenarnya nak makan macam mana? Ke ke ke? Ah lantak la. Nak jugak Tunjuk. Sebab P to the O to the Y to the O, POYO.


Ni la Beef Sukiyaki. Harga dia RM22.80 and rasa dia seeedap! I suka ni. Si Aliah yang ajar makan beef sukiyaki ni. Tapi masa tu kiter makan dekat Sakae Sushi. Now Sakae Sushi dah tadek dekat KLCC, dekat Pavilion pon takde dah. Nyampah. Korang boleh nampak ada sup dalam pot, ada daging dengan ada telur.

THE RED JUICE IN RAW RED MEAT IS NOT BLOOD - Dinner at Menate

Assalamualaikum..

Dah nak waktu lunch ni, sedang elok la kalau update gambar makanan terbaru. Jangan kata korang, I yang taip ni also merembes ailio sebab teringat keenakan steak yang I makan dekat Menate dengan Sazli and Shein the other day. Kisahnya a day before, kitorang tengok tv  ‘Jamie at Home’. Dia masak lamb. Skali dia suap masuk mulut and makan je, lepas tu dia cakap sedap, Sazli pandang I and I pandang Sazli. Terus Sazli cakap ‘Esok kiter pergi Menate Bubu’. Settt. Ingat dia pandang ajak masuk bilik. Saspen jugak. Hahahahah. Kitorang memang suka makan kambeng. Sazli la terpaling suka, I number 2 je. Tapi kalau ada depan mata memang tak elak la. Lagi-lagi kalau gravy dia sedap. I suka BBQ sauce kalau makan kambeng. Ada orang suka mint sauce.

Dalam banyak-banyak tempat kitorang makan, lamb ribs and lamb dekat Menate la yang terpaaaaaaaaaaaaaaling sedap. If steak, I suka lagi dekat VS sebenarnya. Sebab dia macam berperisa sikit. Dekat Menate ni dia serve memang original daging macam tu. I agak dia only put salt and pepper je sebab taknak kacau rasa meat. So memang sesuai untuk pencinta rasa daging sebenar You got what I mean? But sesekali I also suka daging yang macam ni. I suka my steak medium rare. Always. If welldone or medium memang makan la tapi sambil tendang-tendang kerusi sebab tak puas hati. If Sazli, steak dia suka Medium Well. Kalau medum rare or medium dia tak boleh nak telan. Tapi bagus jugak la dia tak suka sebab selamat la steak I. HAHAHAHAHA.

I pernah la sekali order Medium. Bukan Medium Well tau? Bila makan rasa macam haih la. What a stupid decision. Rasa macam dah rugi RM80.00 sebab order this kinda steak. Time tu I dekat VS. Dah la amek premium cut Sirloin. Menyesaaaal. So that was the last time la I order Medium Well. No more after that. Korang tengok la, if daging tebal order la medium, if nipis mintak medium rare ok? So that tengah-tengah dia tu tak la banyak sangat merah. I perasan dekat Menate ni if mintak Medium Rare mesti tanya 2 kali sambil buat muka pelik. Orang tau la apa yang orang nak makan. Suka hati la nak order apa. Dulu sekali dekat VS waiter siap tanya balik kiter tau ke Medium Rare tu macam mana, ni dekat Menate pulak. Memang cari pasal la. Bagi I tu macam insulting. Macam la kiter ni bodoh sangat taktau apa yang kiter order. **rolling eyes.


I order this steak. Nama dia Grain - Fed Strip. Harga dia RM53.90
Masak medium rare. Sedaaaapnyaaaaaaa. Nampak juicy sangat kan? **Telan ailio

Thursday, October 29, 2015

Memilih Untuk Bersalin Secara Pembedahan. SO??

Assalamualaikum..

Bebaru ni dalam newspaper kan ada citer pasal seorang Ibu yang terjun bangunan kerana kecewa  sebab failed nak susukan anak dia. Sian kan? Dah la waktu dalam pantang jiwa rapuh, if takde pengisian Makanan Rohani lepas tu akan jadi cepat stressed. Kalau tak kena gaya boleh jadi macam kes ni la. Probably dia maybe stressed out sebab mulut-mulut yang jenis kalau bagi nasihat tadek belas kasihan and buat morale dia down sampai dia ambik keputusan bunuh diri je. Kesian sangat-sangat. Imagine eh if korang silap bagi nasihat sampai boleh buat orang meroyan or worst hilang nyawa, apa korang rasa? Puas hati kan??

Jangan terlalu extreme la buat Ibu yang 100% breastfeed anak memasing. Jangan fikir korang je yang betul and kondem Ibu-Ibu yang tadek rezeki nak menyusukan anak mereka secara exclusive ni as a bad mother. You really have to know where to stop. Jangan taksub sangat. OK? If anything happen to that particular person sampai dia giler meroyan, ko nak tanggungjawab ke jaga anak dia and masa depan dia? Tak kan? So jangan nak beria sangat la. Kite ni Ibu, mestilah masing-masing nak yang terbaik buat anak masing-masing. Yang korang ni beria poyo bukan main nak kondem cara orang jaga anak dah kenapa???? Eeee hangen pulak bila baca perangai emak-emak yang extreme dengan breastfeed ni. Tapi tak semua la macam tu. Ada yang jenis ok and baik. Macam Hana and Yashie. Dorang pon memang exclusive bf anak memasing tapi supportive je pada emak-emak yang tadek rezeki nak follow cara dorang.

I taknak la cakap pasal tu banyak-banyak. Malas. Kang ada je yang komen cakap I ni mediocre mind la apa. Ego tak tentu hala jenis yang tak makan nasihat. Malas aku nak layan. But today I nak cakap pasal Ibu-Ibu yang terpaksa bersalin cara caesarean. Ni lagi satu hal.

I came across FB and nampak gambar ni. Pasal Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan sebenarnya bukan la sebab dia taknak sakit atau dia fikir cara mudah untuk melahirkan ataupon nak senang atau whatever la bad thing or perception by someone yang menentang habes-habesan bersalin secara pembedahan ni. They have their own reason of coz. IF dia nak bersalin secara pembedahan sebab dia nak cara tu, SOOOO?? Suka hati dia la kan? Dia ada duit, lantak dia la. Bukan dia mintak duit korang pon. Try la to learn accept cara memasing untuk bersalin, berpantang or cara memasing membesarkan anak. Try to berjiwa tenang and hormat keputusan masing-masing selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama and tak membahayakan diri. Kan?


Kasik baca elok-elok

Wednesday, October 28, 2015

Kisah Hot Dog and Susu Pisang Binggrae (Korea)

Assalamualaikum..

Kisah Pertama - Hotdog

Kat opis kitorang ni, I dah taktau dah nak makan apa. Seriously… Haritu kitorang selalu order goreng-goreng macam Nasik Goreng, Mee Goreng semua tapi portion dia terlalu besar so kenyang sangat. Kalau kenyang sangat kuatir menjadik gemok pula. (Portion sikit pon salah, portion besar pon salah). Kekadang kitorang makan nasik berlauk. Lauk pon amek telur dadar, sayur taugeh dengan kuah apapa jer la. Dah taktau dah nak makan apaaaaaaa. Kesian sangat. Ayam penyet pon tak sedap. I ingat nak suruh Huda bukak la Fikcles dekat office ni, senang hidup I. Hari-hari makan Lontong Goreng pon tadek hal. Ada la kedai kecik-kecik jual macam waffle, jagung dengan hotdog. Tapi kalau makan tu je, mana nak kenyang kan? (Pulak dah).

Ada one day I dengan Intan nak makan hotdog. Kiter lawan sapa punya lagi cantik. Intan beria la nak rahsia tak bagi tengok dia punya (Ingatkan lawa la sangat). Kata dia tunggu sampai dekat meja. Time tu dia dah siap sebab dia amek hotdog cheese, I amek black pepper. Black pepper kena tunggu lama skek sebab baru nak masak. Dah la budak yang jual tu garang. Tapi kelakar la. Dia jenis melawan ok? I kan suka minuman yogurt. I tengok dekat sebulan, peti ais tu tak jugak refill dengan yogurt drinks. So I tanya la dia, ‘Dik, ni bila yogurt ni nak ada balik?’ Dia jawab, ‘Eh, suka hati la bila nak letak…’ OMG Melawan! Hahahaha. Tapi I tak kecik hati pon. Sebab tau dia gurau. Kitorang pon kekadang suka hingaq-hingaq dekat situ.




Yours truly punya

Promo Chiffon Shawl Only RM20.00/sehelai (Harga asal RM25.00/sehelai) dari Be_Anggun

Assalamualaikum..

Kepada semua yang selalu tanya I, mana I dapat chiffon shawl yang elok terbentuk dekat depan semacam pakai awning tu, jawapnnya ialah I beli dari be_anggun (Anggun In Your Own Way) gitteww. I suka la shawl-shawl dari be_anggun sebab dia punya founder sangat selective if nak pilih kain. Dia makesure kain tak nipis, tak lembik sangat sebab kalau macam tu nanti susah nak bentuk. Lagipon sekarang shawl keluaran be_anggun semua jahit baby seam and bukan jahit tepi. If jahitan baby seam ni, dia mudah sangat-sangat untuk bentuk.

One more thing, founder be_anggun sangat la pantas buat kerja. Let say korang ada special event macam nasyid ke (yang kalah haritu) or jadi pemegang dulang and nak kain tudung semua seragam or any special event yang memerlukan semua pakai tudung sama kaler, go request pada Atin. Dia boleh buat semua. Immediately dia akan cari kain and jahit terus. If korang nak urgent macam kena siap dalam 3 hari pon boleh. Tadek hal. If nak bagi gift pon boleh jugak. Nanti Atin akan pack elok-elok siap letak dalam kotak beserta kad. Tadek hal jugak. Budak ni dia buat kerja memang bersungguh.


If shawl guna jahitan baby seam, dia akan jadik macam kitorang pakai ni. Elok jer terletak. Best kan?

Tuesday, October 27, 2015

Assemoga Intan!

Assalamualaikum…

Harini 27 October 2015 ialah birthday Intan yang ke 25 (+6) hahahahah. Untuk Intan, semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya didunia dan diakhirat serta dipercepatkan jodoh. Korang kena aminkan doa I ni. Sebab kalau 44 orang yang amin, InsyaAllah doa Intan akan makbul. Mana tau kan? Takper Intan, jangan sedih. Bak kata Abang Isman Hijjaz, Ziana Zain kawen pon umur 34 tahun. So Intan ada banyak masa lagi ni. Nanti kawen-kawen jer zaaaappp terus mengandung kembar 3. Potong terus Dyba dengan Sarabanon. Hahahaha.

Birthday girl pagi-pagi dah bagi dalam group. ‘Intan nak makan pitzzzzaaaaaa’. Maka Izzah pon sentap. Bosan dah dia denga pitza so birthday girl dengan hati yang sedih offer nak belanja pitza dengan syarat tak lebih RM100.00, konsep dia memang sapa punya birthday dia kena belanja. Gitu. Hahaha. Tapi I ada jugak la contribute 30% sebab teroder melampau. Order dengan nafsu biasa la, semua menda nak. Semua menda sedap. Dah la harini ada Hari Puspanita dekat office ni, so kitorang pon turun tadi dekat dewan. Janji taknak beli, nak window shopping tapi sekian harap maklum. Segala Kicap, Wonder Cheese, Air Limau Kasturi siap Ayam Penyet dengan Keropok Lekor Cheese pon kitorang beli. Kah kah kah. (Kitorang tu sebenarnya I sorang jer kbye).

Anyway, harini kitorang order Domino’s Pizza. Kitorang ambik Cheese Burst Pizza Deal. So nanti akan dapat 2 large pizza. Crust boleh pilih yang ada extra cheese. Mesti ambik yang thin crust. If not rasa macam makan tepung je. Intan pilih Meat Mania and I pilih my all-time favorite, Spicy Bilis. Lepas tu ambik lagi Dynamic Duo dengan Cheesy Breadstick serta Banana Kaya Dessert yang kesudahannya I sorang je cakap sedap. Buta rasa dorang ni.


Meat Mania. Extra cheese. Semua orang suka yang ni. 

Shein and Taekwondo

Assalamualaikum..

Shein dah dapat dia punya taekwondo suit. Haritu dapat je, Sazli dah rendam dalam sabun sampai pudar tulisan. Hahaha. Punya taknak Shein gatal bila pakai. Baju tu size dia besar dari Shein punya umur sebab size paling kecik ialah 5-6 tahun tapi bila Shein pakai, molek je. Cuma labuh sikit dekat lengan and seluar tapi apa ada hal? Pakai seluar lipat la baru imej Abang Kawasan. Kan? Shein pakai jer baju tu, terus la dia hiyaaaarhhhhhhk lawan I. Hahaha. I rasa Shein sorang je kot yang tak dengar arahan coach. Dia kira macam berlatih syok  sendiri la. Baju taknak kalah. Siap ada nama. Mama dulu masa sekolah belajar kompang je. Takde der nak kelas taekwondo ke apa.


Ececece. Macam paham je ko kan Shein? Pakai je baju ni samadengan lawaaaaaan

Monday, October 26, 2015

Assemoga Kaksu and Intan (Part II)

Assalamualaikum

Kesinambungan dari entry ini pasal birthday I and Intan (Tetiba Intan sekali. Sebok je) yang kitorang makan sama-sama on Friday last week dekat TGi Fridays. Nak mendapat persetujuan makan dekat sini pon sangat la hazabedah maimunah ok? Si Intan tak habes-habes peeetzaaaaah. Of coz mendapat bangkangan sebulan suara dari Ahli Bersekutu. Dyba nak ajak makan dekat Chili’s tapi biasala Chili’s lunch hour Jumaat memang beratur la kan? Tak kena gaya sejam baru dapat turn. I nak makan Dolly Dimsum tapi Izzah tekak ongkampong segala Chinese, Japanese Food dia mana nak makan. E! Lepas tu sipi-sipi I dengar ada orang cakap Mc Donald jer laaaa.

Carik pasal kan? Memang nak terkeluar biji mata I jeling. Hahahahaha.

Oooo time korang punya birthday photo shot nak kat studio je, lepas tu siap amek gambar dekat KLCC Park, minum dekat Coffee House hutel, makan dekat Pavilion. Time birthday Kaksu nak makan Mc Donald je??? Banyak punya cantik? Dah tadek. Jom la makan dekat TGi Fridays Pavilion. Kata Izzah dia ada RM20.00 je, ok takper. Order paling murah lepas tu air share. Tak payah order. Hahahahha. Tapi biasa la memasing sembang nak kencang jer, skali bila order memasing mana entah yang bajet RM20.00 aku pon taktau. Memasing dah bersandar makan siap tapau bawak balik sebab kekenyangan. Memula taknak habeskan, lepas tu I bisik dekat telinga memasing.

‘Ingat tak Abang Isman Hijjaz pesan? Nak tengok orang tu jenis bersyukur atau tak, tengok pada makanan dia. Kalau dia jenis makan tak habes, maknanya dia jenis tak bersyukur. Kalau dia jenis tak bersyukur, Allah pon berat dah nak tolong apapa’. Tu yang memasing gigih habeskan makanan sampai berair la air mata kekenyangan. Haaaaaa. Tau takot. Bebudak ni semua memang ada perangai naïve kekadang. Padahal memasing bulu dah boleh buat tocang. Hahahaha.


Yang ni I punya. Cajun Pasta. Set dia dapat 1 appetizer and kalo nak tambah air, kena RM5.90 kot? 

Friday, October 23, 2015

Assemoga Kaksu and Intan - Part I

Assalamualaikum…

Tahun ni tadek pon entry pasal birthday #assemoga untuk I. Biasa kan ada photo-shot semua dengan bebudak ni? Tapi time birthday I, I dekat Korea. So kiter buat harini jer la. Dah basi dah pon sebab dah almost 2 minggu pon birthday I. Last week sebok latihan nasyid (yang kalah tu hahahaha) So harini la kitorang pakai baju sama-sama kaler hijau lepas tu makan-makan dekat TGI Friday Pavilion. Jaaadiklaaaaa.


Time korang punya birthday amek gambar dekat KLCC Park siap ada prop segala. Time kiter Intan????? Kat opis je belakang cupboard. Mana keadilan dalam dunia ni?

Susa Detox Body Scrub and Foot Soak by Safiyyah Osman

Assalamualaikum…

Bebaru ni Safiyyah Osman bagi I cuba dia punya Susa Detox Body Scrub and Foot Soak yang dia buat sendiri (purebysaffiyahosman). Masa dapat parcel tu pon I dah excited sebab packaging comel, bau pon sangat wangi. If korang perasan, now memang banyak orang yang jual homemade scrub macam ni tapi yang Safiyyah Osman punya ni special sebab dia bukan sahaja untuk buang sel kulit mati tapi untuk detox jugak. So korang guna bukan sahaja baik untuk kecantikan tetapi kesihatan as well. Sebab tu lepas scrub kena minum banyak air sebab nanti kita akan rasa dahaga sikit.

Untuk Susa Detox Scrub so far dorang ada Chamomile/Citrus Honey/Choco Honey and untuk Foot Soak pulak is Lavender & Chamomile. Semua product ni ialah 100% handcrafted, Natural & Organic. Free from additives, chemical preservatives, sulfates, paraben and artificial fragrances. Maksudnya 100% organic. Best giler! Product ni sangat selamat digunakan. Nanti lepas buat scrub, korang akan rasa kulit lembut je... Lepas tu kalau rajin and selalu scrub, nanti sel kulit mati akan hilang and automatically kulit akan jadik lebih cerah sebab tu artis-artis rajin buat scrub dekat spa.

Buat apa nak spend more kalau kiter boleh buat scrub sendiri dekat rumah kan? Sama jugak hasilnya plus kiter tau kebaikan product yang kiter guna tu macam mana. Kite sorang-sorang guna so lebih exclusive and hygiene. Kan?


Pure By Safiyyah Osman

Thursday, October 22, 2015

Why Kena Pakai Guide Dari Malaysia if Nak ke Korea

Assalamualaikum..

Harini I nak share dengan korang 2 orang guide yang tolong I masa dekat Seoul last time. I nak korang tau yang betapa pentingnya to have guide dengan korang dekat Korea ni sebab OMG seriously dorang punya English teruk giler! Nak baca tulisan rumi pon tak tau. Simple words macam ‘baby’ or ‘toilet’ poooonnn tak tau. Dorang ni, walaupon pakaian macam executive siap tie briefcase segala, educated look pon mana boleh harap. Tak boleh cakap English ok? Nampak je kiter datang kat dorang macam nak tanya, dorang lari. Terus taknak tolong. Not to say dorang tak helpful tapi sebab communication barrier ni la akan bagi kite susah sikit.

Unless 
  • Korang paham boleh bercakap and paham cakap Korea
  • Korang study betul-betul satu-satu tempat yang korang nak pergi. Study station mana nak masuk, subway mana nak naik, bas number berapa etc so korang takkan sesat and buang masa kehulu-kehilir atas jalan or ask people around sebab bear in your mind, sini signboard mostly dalam Bahasa Korea.

Seoul ni besar. Sungguh. Bukan macam KL dan system pengangkutan dia macam subway pon dah bertingkat-tingkat. Masuk je subway, nak keluar ada 20 pintu. Ha mampos ko kat situ. Signboard bahasa Korea ok? Korang akan easily lost. Just like that. Makan pon kena hati-hati, kang nampak je gambar ikan macam fish ball, tapi tetiba ada bahbee jugak. Sup yang dia rendam ikan tu, sama guna dengan bahbee. Bak kata Kaklong, ‘Memintak la tadek bahbee masuk dalam perut aku masa kat Korea’. Hahahaha.

So ni 2 orang guide yang I nak rekemen pada korang. 2 2 ni student Malaysia yang study dekat Korea. Boleh cakap and baca dalam bahasa Korea yang definitely akan membuatkan trip korang lebih teratur and smooth. Dorang pon boleh plan korang punya schedule. Jenis tak rushing and paham apa yang kite nak. Helpful and sangat-sangat baik.


Wan Munirah
Email : wanmuni0304@gmail.com
Mobile : +8210-5301-9238

Pandan Cake with Swiss Merengue Buttercream and Gula Melaka by Huda

Assalamualaikum..

Dulu dekat Ampang Point ada Cupcake Chic. One of my favorite cupcake ialah Kek Pandan Dengan Gula Melaka. Tak ingat apa nama specific dia. Tapi I memang suka giler kek pandan tu. Kata Intan, ongtue je suka kek pandan, kek kelapa ni. Senang lenang je dia cakap I ongtue macam umur dia 18 tahun. Makan Kek Pandan takpe lagi, kurang tuwe dia. Kaklong tu makan Coklat Bounty yang ada kelapa tu lagi ongtue. Hahahahaha. Anyway now Cupcake Chic dah tadek dekat Ampang Point jadi susah la I nak makan kek tu dah, so macam biasa I mintak Huda merealisasikan impian Kek Pandan I. I suruh dia buat balik and ubah sikit-sikit macam yang I nak. Selang 3 hari, zaaaaapppppp dah siap dah kek Huda buat and dia bagi I dalam bentuk cupcake 12 ketul. Makan macam nasik la. Apa lagi? Sapa suruh sedap sangat.


So this is the cake. Pandan Cake with Swiss Merengue Buttercream and Gula Melaka.

Wednesday, October 21, 2015

Dadih Hirup, Coconut Jelly, Baby Macaroons and Makanan Sunnah

Assalamualaikum..

Dekat Hall B2 opis I sekarang ada Majlis Sambutan Maal Hijrah. Macam-macam program dorang buat termasuk la pertandingan Nasyid yang I masuk semalam, ceramah and many more. Sepanjang-panjang 3 hari ni, ada banyak la booth yang jual memacam menda dari Buah Rock Melon 3 biji RM10.00 (kalau dekat MBG 3 slice nipis RM2.50), Nenas Madu manis giler RM2.50 sekilo, ada Dadih Hirup, Pavlova, Makanan macam-macam ada termasuklah Package Umrah, Wakaf Tunai Booth and many more.


Dadih Hirup and Coconut Jelly terbaik dari  IG @Cravea Kitchen
Dadih Hirup RM5.00 sebotol, Coconut Jelly RM3.50 sebotol. I dah rasa and memang superbly delicious especially Coconut Jelly.

Tuesday, October 20, 2015

Yay, Semua Dah Selesai!

Assalamualaikum..

Azab kitorang dah selesai. Ada la terkucil sikit here and there. Tapi we did it! Juara InsyaAllah tak, tapi Top 5 dalam tangan. Gitu. Hahahahaha. Confident kena tinggi. Sebab kiter semua dah bagi 100% cuma biasa la ada gugup sikit sampai tone kelaut masa first verse. Tapi bukan kitorang jer, team lain pon sama. Sebab kiter bukan professional singer pon. Ni semua stock masuk audition AF, ‘Ok dik, terima kasih. Cuba lagi tahun depan yer?’ Tapi yang terpaling puas hati ialah suara kitorang memang kuat. InsyaAllah semua orang boleh dengar kecuali kalau ada penyakit pekak. Haha.

Compare dengan masa full rehearsal, yang ni kira 80% bagus dari waktu tu.


Sebelum naik stage.

Good Luck!

Assalamualaikum..

The moment of truth (macam nak masuk Final Juara Lagu je) Hahaha


Good luck team!

-eNd-

Monday, October 19, 2015

A Day With Sham Kamikaze

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry lepas.

Thank you Abang Sham Kamikaze sebab tolong kitorang last minute hari semalam. Thank you jugak pada Abang Taufik and Huda as a person behind everything. Kalau tak dengan bantuan Abang Taufik and Huda, semua ni takkan jadik kenyataan. Gitu. Macam nak masuk ujibakat AF pulak. Kahkahkah. Tapi memang best giler la experience dapat nyanyi sambil Abang Sham petik gitar, lepas tu pergi pulak studio dekat rumah dia untuk dia buat balik lagu minus one, Dia Kekasih Allah by Hijjaz yang sesuai dengan tone suara kitorang. Seriously it’s a great experience yang tak mungkin kitorang dapat sampai bila-bila sebab well, suara kitorang bukan sedap pon kan? Skali Sham Kamikaze tolong ajar. Perrrrgggghhh!! (Lagipon dia handsome kbye). LOL


Dyba, Fiza, Abang Sham Kamikaze, Siti Nurhaliza and Izzah lepas settle semua kerja. Sebelum balik ambik gambar dulu. Kemain Abang Sham tangan macam bersanding. Tu sebelah ada 4 orang, cukup quorum. Haha.

Cerita Lawak Pasal Nasyid

Assalamualaikum..

Korang tau tak rehersal pertandingan nasyid yang I, Intan, Dyba and Izzah masuk masa Jumaat haritu was suck and bapak la kelakar. Memasing keras je tak keluar suara siap ada yang tanya 'Korang tak practice ke?' Hahahha. Imagine macam mana punya teruk? I pulak baru first day join dengan lagu apa semua taktau memang kelaut la. Semalam clearly kitorang memang dapat number last. Maaaalu sangat-sangat. Dah la masa nak naik stage ada kakak ni tanya I, 'Eh Sue, you masuk nasyid ke? Macam tak kena je'. Ko tengok? Masuk nasyid pon orang pelik. Hahaha. Please. I dulu masa sekolah rendah solo berzanji dengan Lily Taib ok?

I kena lakukan sesuatu ni. Tetiba I dapat idea. I call Abang Isman Hijjaz (Yang I kenal since umur I 16 tahun) and mintak tolong dia betulkan apa yang patut. I bagi dia suara yang kitorang rakam nyanyi lagu Dia Kekasih Allah by Hijjaz. Siap mintak penyanyi lagu ni tolong yang tak tahan tu. Bahahahha. Kata Abang Isman, 'Su nyanyi ni ibarat macam ni la. Muka je cantik tapi jalan main redah je langgar taik'. Wajaq ok? Hahaha. Kata Abang Isman music arrangement ni sesuai untuk lelaki je. Too high. Kalau nak dia tolong, suruh sesiapa ubah and tukar music arrangement minus one guna pempuan punya.

Kata dia nanti dia mintak kawan dia buatkan tapi at the same time I kena la ada back up plan. Kena carik orang lain jugak incase kawan dia tak free. I terus teringat Abang Taufik (husband Huda) kawan baik dengan Sham Kamikaze. So malam tu terus I whatsapp Abang Taufik mintak dia tanyakan Abang Sham Kamikaze boleh ke tak buatkan untuk I. Kalau Sham Kamikaze charge, Abang Taufik kena bayar if not no friend with him and Fikcles for 2 years. Haha.


I mintak Abang Isman datang tengok kitorang practice Isnin ni. Kepada Ida Palm yang jadik solo, harap jangan gentar. HAHAHHAHAHAHA.

Friday, October 16, 2015

Shein, Korea and Aldo Compatto

Assalamualaikum…

I dah selamat sampai balik Malaysia semalam. Masa balik, cuaca tak berapa elok. Asyik turbulence jer. Gegar-gear seat. I dah seram sejuk kecut segala mala apa ada dalam baju. Dalam hati rasa macam hoih, selamat ke sampai Malaysia ni? Mata tengok dekat screen drama Philippine, tapi dalam kepala teringat MH17, MH370 segala mala segala article pasal crash plane. Saiko sangat. Nak berjalan visit negara orang tu I memang suka, duit tadek hal boleh carik. Tapi bab nak naik kapalterbang memang I paling seram. Korea – KL pulak 6 jam atas kapalterbang. Tido sekejap dah jaga. Huwaaaaaaaa. Semalam masa nak naik flight, Kaklong cakap macam ni dekat I.

Kaklong : Kochip, ko tengok tu kapalterbang tu bapak besar. Ada 4 dia punya engine
I : Ha a. Besar. Bagus la ada 4 engine, kalau satu jatuh lagi 3 boleh back up
Kaklong : BABI (and terus walk-away)

Hahahahaha. Kaklong memang menyirap je kalau I menyakat dia pasal kapalterbang. Dia cakap masa pergi Bandung naik 2 jam flight pon dia asyik mengaji je. Dia seram. Sazli pon sama takot jugak. Tapi kata Sazli sebelum naik kapalterbang dia berdoa macam ni pada Allah. ‘Ya Allah, andai ini perjalanan aku yang terakhir, aku redha’. Kena pulak Shein semalam asyik nak main atas riba I. Nak korek mata, korek hidung and manja bukan main. Dia kisah apa turbulence ke apa. Lagi goyang lagi dia suka. Siap baring atas lantai, kaki silang panggung layan Upin Ipin dekat iPad. Boleh?

Nanti minggu depan bebila I free I share pasal Korea ok? Now layan gambar Shein je la dulu. Ni pon I terus masuk kerja harini sebab ada Latihan Nasyid. Tadi full rehearsal. Habes mampos segala suara tak keluar. Hahaha. I lagi la kan? Orang dah seminggu practice, I baru datang harini terus full rehearsal memang kejung macam tu je la sebab lagu mana hafal. Tak tau apapa. Terus jadik macam Ramli dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Si Ajis baca bunyi syair, Si Sudin baca bunyi Arab, Si Ramli baca tak bunyi apa-apa. Hahahhaha bangang.


Shein memang Sazli balut dia kasik warm sebab weather kat Seoul kekadang boleh jadik sejuk sampai 5-10 macam tu. Lagi angin, lewat petang and hujan renyai-renyai. Lagilah sejuk! Dalam pakai t-shirt biasa, lepas tu pakai baju lengan panjang and luar pakai jacket lagi pulak.  Macam dah bagitau je last time kan? Takper la. I kan peramah. Haha. Kasut Shein tu berbaloi la belikan dekat Doc Martin sebab tahan lasak. I ikat sampai ke belakang so tadek la tercabut.

Thursday, October 15, 2015

Birthday at Namsan Tower

Assalamualaikum..

Tahun ni I sambut birthday (12/10) dekat Namsan Tower Seoul. Kemain kan? Siap berangan konon nanti ada Lee Min Ho datang tunggu I macam dia tunggu Geum Jan Di dalam Boy's Over Flower sambil menggigil kesejukan duduk bawah pokok sama macam dalam cerita tu. Haha. Tapi cerita tu tipuuuu. Dia tak kata pon masa nak naik sampai keatas kena jalan kaki. Punya tegak mencanak jalan dia sampai I dengan Kaklong punya bontot jauh kebelakang ketinggalan. Haha. Kalau tau la nak kena climbing and lama nak tunggu bas dari bawah ke atas, baik kitorang naik cable car je. Nyampah. Tapi takpe la, experience kan?


Sapa datang sini kena la lock mangga sama-sama simbolik takkan berpisah selamanya. Gittewww. Tak kuasa la I nak join sebab mangga dekat sini maaaahal. Ambik gambar je la buat kenangan.

Wednesday, October 14, 2015

Makan sedap dekat Gosame, Sinchon

Assalamualaikum..

Semalam kitorang makan paling sedaaaap  sekali diantara yang paling sedap yang kitorang pernah makan. Sotong bakar dia terasa smoke dia and ikan dia pon lebih sedap! Kalau Munirah tak bawak kitorang makan dekat sini semalam maka tak dapat la rasa makan sesedap macam ni. So if korang pergi Korea, wajib makan dekat sini ok? Nama restoran tu ialah Gosame Restaurant dekat area Sinchon. Tak berapa jauh dari Nandaemun. Actually kawasan dekat sini semua dalam satu kawasan je. 5 hari dekat sini I rasa pusing-pusing dekat area sini jugak. Duduk lagi sebulan, I agak I dah terror la naik bas. Cecece. Padahal masa haritu Rachael (guide kitorang) hantar dekat train tinggal nak keluar gate pon dah sesat barat. Hahaha. Sebab sini gate dia ada namploh juta. And dorang memang hidup bawah tanah (subway) je. Atas bawah orang boleh duduk.


Satu set yang kitorang makan ni harga lebih kurang dalam 40,000 won. Lebih kurang duit Malaysia dalam RM160.00

Tuesday, October 13, 2015

Grape's Candy at Ehwa Woman University

Assalamualaikum..

Harini I jalan-jalan dekat Ehwa Womans University and shopping dekat area sini. Now kitorang tengah makan dekat Sinchon makan Ikan Bakar and kejap lagi pergi Nandaemun dengan Dongdamun untuk cari sikit souvenir untuk kawan-kawan and family. Bagi mask sorang sekeping cukup. Hahaha. Ini semua kos!

Harini Munirah teman kitorang lagi. Patut harini tak ambik Guide tapi dia willing to come with us. Kata dia girls day out. Thank you Munirah. Murah rezeki awak. Nanti korang kalau datang sini kena ambik Munirah jadik guide tau sebab dia sangatlah helpful and baik. Anyway, jom tengok apa yang kitorang makan just now. Its a grape candy. Dekat Malaysia takde. Wahahahahah.


1,000 won untuk sebatang. Ada 6 biji anggur. Rasa gula dia pon macam anggur as well. Sedap!

Monday, October 12, 2015

Live update from Seoul

Assalamualaikum..

I dalam bas ni. Lama pulak nak sampai ke Namsan Tower. So boleh la update entry sikit. Kot ada yang rindu ke? Kan? Ke takde sebenarnya? Ok tak payah jawab. Haha. Ni I guna pocket wifi yang tuan rumah apartment kitorang sewa ni bagi pinjam. Takyah bayar pon. Tapi pocket wifi ni kekadang mereng. Sekejap pakai bateri dah kong. Kalau nak sewa pocket wifi ni harga dia duit Malaysia dalam RM28.00 sehari. Boleh kongsi sampai 4 5 orang. Boleh tahan laju cuma macam I cakap bateri dia cepat kong. 

Nah I belanja korang sekeping gambar Shein besuka ria main daun and lari-lari macam dalam cerita Hindustan. Memang enjoy giler la Shein dekat sini sebab kawasan luas siap ada yang main bola dalam park. Seronok tengok Shein kejar tupai masa tupai tengah makan chestnut. Bila tupai tu panjat pokok dia sama nak panjat jugak. Dah tu acane? Tak pasal I kena kejar tupai lain pulak. Naseb baik la banyak.


Tengok la dedaun maple, dah naik kaler merah dia. Cantik-cantik sangat. Tu yang Shein sampai baring atas rumput. Dah la sejuk. 

Street Food dekat Korea

Assalamualaikum..

Masuk harini dah 4 hari kitorang dekat Korea. Cuaca dekat sini waktu pagi dalam 5-10 macam tu. Naik tengahari tak sejuk sangat dah dalam 15-20 and malam akan sejuk balik. Windy and kekadang ada hujan sikit-sikit. Sejuk dia sampai dalam kasut pon rasa sejuk beku. Kecut segala mala menda dalam baju hahaha. Tapi ongkampung kan? Biasa la gelabah. Jakun la kan time sesejuk macam ni sebab dekat Malaysia takde. Tsssk tasssk T_____T

Dekat sini I tengok sistem pengangkutan dia macam train, subway, bas semuaaaa bersistematik and waktu sangat sharp! Tadek delay-delay ok? Naik bas semua beratur and tadek rebut-rebut. Harga pon tak mahal mana and boleh pergi semua tempat. Taxi pulak korang boleh check online berapa harga dia contoh dari Ampang ke Subang Jaya berapa charge kena and pengiraan bayaran I boleh cakap 80% accurate. Memang best la sebab dorang maju and lebih efisyen dari Malaysia. Yang tu kite memang kena accept.

Orang dekat sini pembersih. Toilet walaupon takde pili air tapi dia punya shot aim baek je so tadek la sepah-sepah dekat lantai. Jadinya takde la bau hancing petai. Hahaha. Sampah sarap memang susah nak jumpa. Dengan tong sampah skali susah nak jumpa. Sabau aje la. Bab makan jangan risau. Banyak kedai ikan bakar and halal for muslim tapi tadek la pulak cop halal depan kedai. Kalau korang jenis nak confirm halal by Jakim baru nak ngap, makanya korang akan lapar and dapat kunyah kaki sendiri je la.

Keburukan/kekurangan? Mestilah ada. Paaaaaaling ketara sekali ialah they cannot speaks English. Tak payah la yang susah and advance sangat. Yang simple macam 'Where is Baby Department' pon dorang dah menggelabah nak jawab. Dah la Korean ni senang stress over. Salah jalan masa dalam taxi pon dah ketuk-ketuk kepala. Sebab tu dekat Korea ni every year banyak kes bunuh diri. 

If korang datang sini I suggest korang amek la guide. Macam I, I ambik student Malaysia. So senang la hidup. Mana nak makan, mana nak pergi, mana nak naik train or nak bargain harga barang or nak tanya soalan-soalan simple macam 'dalam kuih ni ada babi tak or what not'. Sebab dekat sini semua dalam bahasa korea. If dekat air tu ada tulisan English pon dorang akan tampal jugak tulisan Korea. Boleh? Sebab tu laaaa sini simple words in English pon dorang tak paham. Hesh! I masa dekat sini cakap melayu je. Kitorang cakap Melayu, dorang cakap Korea. Dah jadi macam ayam dengan itik tapi yang pelik tu, paham pulak. Hahaha.

Harini I nak share 'Street Food' yang I makan. Yang boleh makan ini je la. Yang lain tu tengok punya la sedap tapi mana la nak boleh makan. Blardihel. Semua yang I makan ni InsyaAllah halal and semua tak boleh dapat dekat Malaysia so kepada yang teringin I sangat bersimpati. Hahahaha.


Yang ni nama dia 'Ddong Bbang' or Kuih Tahi. Boleh? Taik pon nak buat makan ke? Memacam perangai orang Korea ni. Harga dia dalam 1,000 won 1 ni sama dengan duit Malaysia dalam RM3.80 macam tu la. Actually waffle biasa je. Dalam tu ada chocolate nutella. Sedap! Shein setel 4 biji. Kuih tahi ni ada dekat Insadong.

Friday, October 9, 2015

From Korea With Love

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kitorang dah selamat sampai di Seoul pukul 6.00am waktu Malaysia. Sini sekarang suhu dalam 14. Boleh tangan sejuk. Now kitorang otw nak pergi apartment yang kitorang duduk dekat area Seoul Station. Flight was smooth but bontot boleh tahan keras la sebab almost 6.5 hours tak bangun dari tempat duduk. (But masa entry ni publish, kitorang dah siap makan dekat Myeon Dong and now tengah berehat dekat apartment). Peeeeenat!!


Thank you Munirah sebab tolong kitorang.

Thursday, October 8, 2015

Lunch di Kaprikokona / Kapiosoro (Restoran Baru)

Assalamualaikum..

Semalam Intan cakap nak makan Pizza. Bengkak je hati Izzah sebab dia nak makan Korean Food. Tu la, haritu orang ajak masa Jumaat eksyen sangat. Sebok nak tido jer. Ni kena makan pizza sebab dia kalah masa undi. Hahaha. Masa dalam kereta kitorang borak-borak. Nanti untuk Awal Muharram kitorang masuk Pertandingan Nasyid. Masuk Nasyid yer? Jangan buat pasal. Izzah la paksa kitorang masuk. I dah cakap, I nak bahagian ‘aaaaaa’ je duduk baris belakang. Dyba kata dia nak bahagian main kompang, and Intan bahagian prop. Dia nanti akan solat tahajud dekat sebelah kitorang dari mula nyanyi sampai habes nyanyi. 

Siap ada prob sembahyang memang menang la company I. Hahahah.

Dorang ni memang macam-macam tau? Pilih lagu pon dah gaduh-gaduh. Semua lagu Ramli Sarip dorang nak nyanyi. Nasyid la hoi! Ko ingat konsert rock ker? Hahahaha. Lepas tu siap ada yang nak main gendang la apa la. Aku tak paham la bebudak ni. I memang duduk blakang jadi back-up singer je. Si Intan memang menyirap je dengan I. Kata dia ‘Kaksu ni memang tak puas hati betul orang ajak dia masuk Nasyid’. Hahahahha. Yerlaaaaaaaaaaaa amenda nak masuk Nasyid? Macam budak sekolah rendah je. Pakkal la ramai-ramai.

Lepas tu dinner bulan 12 ni joget Bollywood pulak. Ha elok la tu. Dah elok masuk Nasyid, tetiba nak joget Bollywood pulak. I ugut Si Izzah, I cakap kalau dia taknak masuk joget, kiter semua jangan masuk nasyid sebab si Izzah ketua nasyid. Tak puas hati la Si Izzah. Mesti dia terbakar je dalam hati. Hahaha. Izzah ni budak baik. Dia jenis pakai baju longgar, tak mekap, pakai stoking. Lagi nak suruh masuk menari Bollywood. Ko ghaser acane? Tak ke macam lari konsep dia?

Dah. Jom tengok apa kitorang makan dekat CAPRICCIOSA. Bebudak ni bagi tempat ni memacam nama ok? Merapu-rapu je. Si Sarah je yang betul. Jom tengok apa bebudak ni reka nama lain untuk Capricciosa ni.

Dyba : Kaprisiona
Izzah : Karkosa dengan Kaprikokona
Intan : Kapriaso dengan Kapiosoro

HAHAHAHAHA. Macam mana si Izzah sampai jadik Kaprikokona? Bapak jauh bunyik. Si Intan lagi la Kapiosoro? Memandai je tetiba ada soro dekat belakang. Bangang! Dah la Dyba tu sampai sekarang tak sebut betul. Tak habis-habis Caprikosia. Capricciosa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Smoke Salmon Pizza. Size Family. RM34.90. Sedddaaaaaap!!

Wednesday, October 7, 2015

Tauhu Anora Yang Sedap Giler

 Assalamualaikum..

3 minggu lepas, I ada dapat call dari someone bagitau yang dia dari Tauhu Anora, nak datang office untuk delivery Tauhu. Katanya ada orang nak buat surprise. Tapi surprise la sangat kat Normala Othman? Hahahah. Sebab nak dijadikan cerita haritu I MC. So, sudahnya I pergi pick-up sendiri Tauhu ni dekat Wangsa Maju. Gewaaaaammmm jer. Tapi bila dapat je tauhu ni I terus makan sebab tak tahan tengok rupa dia yang sangat menggoda. Dah la panas-panas lagi. Masuk jer dalam mulut, first bite, menung I. Kunyah sambil menanges sebab SEDAPNYA NAK MAMPOS! Hahahaha. Mood swing sebab badan rasa tak berapa setel, terus ok bila makan Tauhu Anora ni.

Bila I share dalam IG ramai la yang sama naik meroyan. Termasuk la Peej. Menyumpah la dia sebab I upload dah malam. Dia memang tengah lapar. So terus rasa macam nak tendang laptop. Hahahaha. Ramai yang tau pasal Tauhu Anora ni sebab dorang also ada jual kat Pasar Malam (kat mana tak sure). Ramai yang admit Tauhu Anora ni memang sedap. Sazli pon suka giler makan. Dia tanya amenda yang sedap sangat ni???

Korang tengok la gambar ni woi. Dengan fresh cili padi dia potong macam tu, bila terigigit rasa macam meletop dalam mulut. Inti dia kentang lenyek and ada carrot also bawang goreng, tauhunya rangup lain macam and rasa dia macam tauhu ni dibalut dengan batter ke apa entah. Nak describe pon I tak pandai and yang paling special ialah kuah dia. Masam+manis+pedas cukup sesedap rasa and simply delicious. Sedap sangat sangat sangat sangat! Korang kalau tak rasa memang menyesal la. Padan muke.

Keratan rentas Tauhu Anora. Amacam? Tak terliur memang rosak otak. Haha

Aerobic Dance (Video pon ada)

Assalamualaikum

Sekarang ni every Wednesday, I join kelas Aerobic Dance by Group Woman’s Club company. Actually ada dua jenis kelas. Aerobic Dance and Body Combat. Intan, Dyba, I and Izzah join Aerobic Dance. Sarabanon sorang je yang join Body Combat. Kaklong meleleh je la ailio tengok kitorang dari jauh sebab dia takde dekat Menara so tak boleh la nak join. Kitorang perempuan sejati memang suka la kelas joget-joget Hindustan and Somtam (Samba sebenarnya, tapi Si budak paling kompiden Dyba sebut Somtam). Hahaha. Bangang.

Si Sarah kan dia Alien? So dia suka la yang ganas and extreme peluh lencun macam Body Combat ni. Dia pergi dengan Fiza 2 orang sebab bab exercise dorang geng. Padahal dedua tu kurus keding, tapi gym extreme. Dorang memang jenis exercise yang serious. Siap beli treadmill dekat rumah lepas tu sign up gym siap ada gym instructor lagi. Padahal dah kurus. Aku pon tak paham konsep orang kurus beria nak pergi gym, yang debab-debab macam I and Intan suka kelas joget-joget je. Acane? Hahahaha.



Sebelum masuk kelas, berangan dulu. Kitorang dekat Gym Tingkat 12. Wellness Club ni pernah sponsor AF 2014 tak silap I. Besar Gym ni. Ada tempat exercise and ada tempat lapang untuk joget-joget jugak.

Tuesday, October 6, 2015

Kemelah Bound - Part II

Assalamualaikum..

Sambungan entry lepas. Bila masak ramai-ramai dekat kampung ni, sekejap je dah siap. Dah la semua sedap. Kaklong la masak, sebab tu sedap. Dia jenis masak memang jaga api. Masak slow-slow pon takpe, janji hasil dia superb. Sebelum hidang Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi campur Daging Salai tu, I sempat la makan semangkok yang panas-panas. Bapak la sedap hoi! Masa tengok Kaklong masak ni, baru I tau yang pucuk ubi tu kena rebus dulu baru masuk dalam kuah. Hahaha. Kalau tak pahit la rasa dia. Sedapnya ko masak kak. Tolonglah! Dah la santan tu rasa dia manis and fresh. Haritu Kak Not tanya nak tapau tak, I cakap taknak. Sekarang dah menyesal.


Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Daging Salai. Simply amazing. Perfect! Terasa dia punya serai semua. Sedap lahai. Kbye. Cara membuatnya, Memula tumbuk kunyit hidup, cili padi and bawang merah. Dalam periuk, rebus daging salai sampai lembut hingga air kering. Lepas tu masukkan bahan tumbuk and santan. Masukkan serai yang dititik. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (Optional). Last sekali masukkan pucuk ubi yang dicelur. Siap! 

Kemelah Bound - Part I

Assalamualaikum..

Sabtu bebaru ni kitorang pergi ke Kemelah untuk visit Pakcik Saudara I, Ngah Jue sebab dia tak berapa sihat. I dengan Sazli and Shein 1 kereta, Kakyang and Edi satu kereta (Tetiba Edi masuk dalam ini cerita. Haha). Mak, Kaklong, Abang Long and Kaseh dah pergi awal sehari sebelum sebab nak sleep over dekat sana satu malam. Kitorang tak boleh pergi awal sebab cuti pon ada-ada ayam je. Dah paras hidung so sebab tu balik hari. Ahad pulak Sazli ada Standard Chartered Fun Run (Yang cancelled due to haze). Kitorang gerak dari KL awal pagi selepas Subuh and sampai around 10.30am macam tu dekat Kemelah. Jalan smooth je. Cuma jerebu agak teruk la belah Johor sana. Nak bernapas pon susah. Kiter yang duduk dalam kereta pon pedih mata. Thank you Indonesia.

Sampai sana terus melawat kawasan. Kaklong tengah potong daging salai nak buat Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Campur Daging Salai. Perrrghhhh taip pon dah merembes ailio. Daging Salai tu buat sendiri eh? Everything prepared from scratch. Dekat rumah Ngan Ju and Ngah Yam ada barn. So dorang nak bakar ikan/daging/ayam nanti guna kayu api jer u’olls. Ko ada? Lepas tu ada pulak tempat letak kayu api macam cerita Bawang Putih Bawang Merah dulu-dulu. Very traditional. I sukaaaaaaaaaaaaaa. 

Blakang rumah pulak ada pokok buah kelapa. Si Sazli and Edi la kena panjat pokok yang sama pendek macam Shein tu jer. Kite wanita-wanita jelita buat kerja kat dapur. Menu semua sedap-sedap harini. Menyesal haritu makan sikit jer. Cis! (Yer ker sikit? Haha)


Ni dorang tengah buat kerja sebenarnya. Lepas tu I panggil ambik gambar dekat luar. Terus semua keluar and zaaaaap pose. Siap prop cawan dekat tangan yang sorang tu. Haha. Mak tengah bancuh air kelapa yang Sazli and Edi kait.

Monday, October 5, 2015

Pre-Love Zara Basic Trench Coat

Assalamualaikum..

Korang sapa yang nak pergi oversea hujung tahun ni time winter and nak carik Trench Coat lawo, boleh ler consider amek yang I iklankan ni. Sebab murah gilerssssss. Tuan punya badan ni kata, dia nak beli Trench Coat lain and nak letgo yang dia ada ni. Eksyen betul, tiap kali pergi London, mesti nak beli Trench Coat baru. Both dari Zara and dalam good condition. Beli tahun ni February. Pakai pon masa dekat London jer. Sebab kalau pakai dekat Malaysia nanti orang cakap ko sewel pulak. Yer dak? Ko dah kenapa kalau tingin pakai pon, beragak la. Malaysia is hot you know?


Harga berapa owner dia dah lupa. Dia bizi menyelamatkan dunia. Katanya part time Avengers, tapi pelik pulak I sebab I pon part time Avengers, tadek pulak dapat job sekali dengan dia. Haha. Usually Zara ni harga dia musti RM400.00 – RM500.00 keatas. Satu size S. satu lagi size XS tapi actually lebih kurang je sebab ada reben ikat belakang so boleh la fe-feeling ramping. Dedua ni labuh paras lutut. Jom tengok gambau.



Yang ni jenis zip je. Tadek butang-butang. Labuh paras lutut eh? Harga RM100.00

Sam Sam - Food Republic Pavilion KL

Assalamualaikum

Hari Jumaat kitorang makan dekat Food Republic Pavilion. Memasing nak makan Korean Food demi untuk nak amek mood Korean trip Khamis ni. Gittewwww. Walaupon yang pergi I dengan Kaklong je, tapi konsep dia semua pon kena amek mood sekali. Haha. Lagipon haritu tengok Si Sarah makan sedap je. Tak boleh jadik. Kena makan jugak harini! Dengan Intan and Dyba sekali terjebak makan Mee Magie Korea yang overrated tu. Si Intan memula nak makan Yong Tau Foo, tapi tak jadik. Dia tu asal datang sini nak makan Yong Tau Foo. Padahal dekat sini melambak lagi makanan lain. Sama la dengan Suraya tu, asal datang je sini nak order Ayam Penyet. Macam tadek makanan lain. Eh? Haha.


Korean BBQ Beef Set . Harga dia RM25.00 include tax.

Friday, October 2, 2015

Tips Untuk Buat Passport Baby/Toddler

Assalamualaikum..

Malam tadi I dah ambik Passport Shein. Nampak je gambar dia dalam passport terus I dengan Sazli tergelak. Dengan rambut cendawan, mulut melopong sebab tengah kusyuk tengok 'Surprise Egg's dekat iPad atas camera yang amek gambar dia tu. Kening kerut-kerut siap. Hahaha. Lawak betul. Agak mencabar ye nak ambik passport untuk Shein yang huru-hara ni? Naseb baik la Sazli ikut pagi semalam. Kalau tak, I cakap pada Sazli I nak handle alone. Boleh tahan confident I kan? Actually kalau semua dah ready sebenarnya I confident boleh buat sendiri tapi sebab renyah macam-macam hal, tu yang buat lama dekat UTC.

Sazli dah renew his paspport a day before. I suruh dia buat dekat ICT. Kata Sazli, dekat ICT boleh ke buat passport? I cakap boleh! Sana boleh buat IC, bayar saman, renew lesen memandu. Semua ada. Orang pon sikit. Tak macam dekat Wangsa Maju, orang ramai and very long queue. Kata Sazli, ICT mana ni? (Dia layankan ajer I sebenarnya waktu tu). I cakap ICT Keramat, bebetul depan LRT Damai. Kata Sazli, 'Itu UTC laaaaa'. Hahahaha,. Alaaaaa UTC ke ICT ke, sama jer kaaaaaan???? Kecohhhhh. Janji maksud sampai dah la. Haha.

Sebetulnya I jenis prepare kalau apapa menda nak buat. I Google and cari info tapi kali ni untuk buat passport Shein, I terlebih confident. I boleh jalan melenggang macam tu je bawak Shein. Dah la dengan tertinggal Surat Beranak Shein lagi. Kompiden je I bagtau Sazli takyah surat beranak, MyKid dengan IC I dah cukup. Sesuka-suki buat undang-undang sendiri. Anyway, sebab I baik hati, I bagi la tips kat korang if ada yang nak bawak baby/toddler untuk buat passport. Maybe ada yang taktau, so nanti tadek la jadi macam I renyah tak tentu hala.

Apa yang anda perlu lakukan jika nak buat Passport anak bawah 12 tahun
  1. Sediakan cash. RM100.00 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun untuk tempoh 5 tahun.
  2. Photostat 1 salinan surat beranak anak anda, 1 salinan MyKid dan 1 salinan Ibu/Bapa/Penjaga
  3. Let say if korang tak bawak, dekat UTC Keramat ada JPN. So korang boleh buat salinan baru Surat Beranak and bayar RM5.00 cuma nak beratur agak lama la (Grrrrr)
  4. Dah ada semua tu, sila proceed ke counter and baru ambik number
  5. Sementara nak kena panggil untuk ambik gambar, boleh ukur ketinggian anak anda
  6. Ambik gambar and amek cop jari anak anda selepas dipanggil untuk proceed next step. Maksure semua maklumat betul
  7. Buat payment and boleh collect Passport selepas 1 jam. Makesure masa nak collect, bawak sekali pemohon. Ok? Kalau tak tak boleh ler nak ambik sebab kena cop jari pulak dekat passport.


Nampak senang kan? Actually haritu yang buat lamat sebab memula sampai kaunter, I bagitau nak buat passport Shein, maka Surat Beranak dah tertinggal so Sazli pergi JPN untuk ambik copy. Sekianlah JPN orang ramai pulak time tu. Kena tunggu dalam 40 minutes. Lepas dah dapat salinan Surat Beranak Shein, I beratur balik untuk ambik number and dorang cakap kena pulak copy IC penjaga, MyKid dengan Surat Beranak. Keluar pulak kat depan sana untuk photostat (Naseb baik ada kat kedai nak buat gambar passport tu).

Dah siap semua ready document, beratur lagi kali ke 3 and baru dapat number. Tunggu dorang panggil untuk amek gambar. Dah nak amek gambar  kena ukur ketinggian pulak. Daaaaah pergi pulak ukur tinggi kat tepi kaunter amek number tadi. Dah siap ukur tinggi, datang balik counter. Time ni Shein dah la taknak duduk diam and mengamuk. Tu yang kena bagi iPad and letak atas camera sampai dia nganga mulut besar macam dalam gambar. Untuk yang nak duduk beriba, korang jangan risau. Boleh riba and nanti dorang akan guna satu papan nipis kaler putih untuk letak belakang kepala anak korang, so background putih la. LOL. Lawak giler. I tengok papan nipis tu macam pemukul lalat dah.



Sementara Sazli pergi print out balik salinan Surat Beranak Shein, maka Shein pon buli Mama. Lipstick merah tu Shein, ko jangan nak gomol-gomol Mama sangat la.

Apple Picking at Pyeonggwang-dong Apple Village

Assalamualaikum..

Kata Wan and Fiza, now dekat Seoul sunny and windy je. Tak la sejuk mana. Now musim luruh (Autumn) dekat Korea. Dorang baru je balik dari sana. I ni berangan je la nak pakai ala-ala winter sonata sebab dalam website cakap suhu malam 6. Lol. Tapi memandangkan cuaca siang around 25-29 je poooon so pakai ajer la sweatshirt dah cukup. Takyah nak ber coat-coat bagai. (Kecewa). Gitu la eh orang duduk iklim khatulistiwa. Dapat chance sekali sekala sejuk, menggelupur happy. Original People sangat perangai. Haha. I hope one day, I dapat pergi visit negara 4 musim waktu winter. Mampos la walaupon sebenarnya musim yang sesuai untuk holiday ialah autumn or spring tapi I insist nak jugak pergi time winter.

Kata Sazli, sejuk winter ni I maybe boleh ilang mood dalam masa 30 minutes. Happy 5 minutes je lepas tu dah I LOVE MALAYSIA semula dah. Itu la yang I rasa masa dekat Europe dulu. Padahal masa dekat Pompeii suhu baru la 8 tapi I dah tak sabar nak balik hotel and syukur sebab Malaysia panas sepanjang tahun. So, apa yang I nak sebenarnya dalam hidup I, I also dunno. I kenot decide. Well, perempuan memang biasa complicated macam ni. So deal with it jer la.

My Korea Trip is just around the corner. Kurang seminggu je lagi. Packing = Zero, Itinerary satu hapah tak buat lagi. Lulz. Boleh eh? Cuma tempat tinggal jer la yang dah ada. Senarai tempat yang nak kena pergi dah ada cuma nak susun tu I fening sikit. Kitorang pergi dalam 8 hari je pooooon. So I plan, nak pergi mana yang sesuai and best je. Sehari pergi 2 tempat cukup. Taknak rushing sangat. Since cuaca tak boleh nak predict now, if sejuk benor and memerlukan baju tebal, beli ajer la dekat sana. Tempat kitorang tinggal pon walking distance je dengan Shopping Mall. Carik pasal betul.

Ni antara tempat yang ada dalam list yang kitorang akan pergi.

1. Gyeongbokgung Palace
2. Changdeokgung Palace
3. Bongeunsa Temple
4. Myeongdong
5. Insadong - oh se gae hyang vege rest.
6. Bukchon
7. N Seoul Tower / Building 63
8. Cheonggyecheon Stream
9. Gwangjang Market
10. Ewha Woman University Fashion Street 
11. Seoul Central Masjid
12.Naksan Public Art
13. Choong Ang High School  -Winter Sonata location 
14. Itaewon
15. Murree Muslim Food 
      140-7 Itaewon-Dong, Yongsan-gu
      Seoul 140-858
16. Yang Good BBQ - Yeoksam
      Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15
17. Namiok-Gyeonggi-do (near Nami Island) 786-2 Eupnae-ri,Gapyeong-gun, Gyeonggi-do 15 minute drive from Nami Island


Korang mesti baca skip-skip macam I kan? Lulz. Apa menda Korea ni banyak kejang konjang jang jang macam spesis nama sawan je?? Tapi dalam banyak-banyak tuuuuuuuuuu, I paling nak pergi ialah Pyeonggwang-dong Apple Village untuk Apple Picking. Woo hooo!!! Hope tercapai la impian nak petik Apple or Pear or Orange. Tak kisah la janji buah yang tadek dekat Jengka. Kang cakap tadek kat Malaysia, korang suruh pergi Bakelalan Sabah pulak petik Apple. Hahahaha



(^_^) Bestnyaaaaaaaaaaa