Assalamualaikum..
After 2 weeks baru ada masa nak share gambar-gambar
sekitar Majlis Pertunangan Ayang and Eddy yang lepas. Tapi entry ni gambar
hantaran, dewan and family jer la eh? Gambar tetamu nanti I share bila rajin.
Hahaha. Kang kalau letak banyak-banyak sekaligus korang tu bukan boleh percaya.
Pepenat I membebel, nanti scroll-scroll lepas tu dah. Nyampah. Terutamanya
Yatie. I know you read this. Buat kerja Yatie. Jangan fikir pasal bonus je. Dah
la bonus tahun ni paling sikit dalam sejarah I pernah dapat. Naseb baik
Transgluta dengan AnnySuraya RTW punya sale boleh tahan. Boleh la beli handbag
LV 2 bijik terus. Hahahahaha.
Preparation Kaklong buat slowly dengan bantuan padu
dan tidak berbelah bahagi dari Abang Long (Ketua Pengawas hahaha), Ayang,
I tolong sikit-sikit and Atin serta ahli keluarga lain. Meriah la group Anak
Cucu Sulatin dengan kitorang punya preparation dari hantaran, pelamin, dewan,
menu makan, mekap, baju etc. Asalnya taknak buat Majlis Pertunangan sebab ini
semua cost! Haha. Tapi Abang Long seronok sangat, dia mintak buat jugak. Plan
asal dari nak merisik hantar cincin dan sepersalinan dekat rumah Mak di Jengka
terdiri dari ahli keluarga rapat sahaja, tetiba berubah jadik ‘Majlis Pertunangan’ dekat Jengka jugak
lepas tu terus upgrade buat Majlis Pertunangan dekat Bilik Perdana 2 & 3 di
Dewan Perdana Felda siap pelamin, mekap cantik, makan sedap, door gift, deco
semua. Lepas tu family member ada warna tema. Ko ghaser ni semua sapa punya
kerja? Tak lain tak bukan ialah Abang Long.
Takper la, dia happy nak dapat menantu handsome and
baik so kita bagi chance dekat dia. Most of this hard work and decision maker
and penyumbang pada kejayaan Majlis Pertunangan ni ialah Abang Long la. Tak
pernah tengok dia bersemangat macam ni. Kitorang ada lebih kurang dalam sebulan
lebih je nak buat preparation. Semua smooth je. Ayang and Eddy sediakan barang
hantaran lepas tu gubahan kitorang upah kedai buat. Check out below penyumbang
kepada Majlis Pertunangan Eddy and Ayang yang berlangsung pada 19 Mac lepas.
Menu/Pelamin/Deco : Package Pertunangan D’Saji
Pelamin : Onn Aziz
Gubahan Hantaran : Juwita Weddings
Photographer : Norlida Rathi
Door Gift : Ain - 017-3077375
Kek & Macaroons : Huda Glory
Baju Ayang : Butik Nonie's
Hand Bouquet : Khaterine Florist
Make up Ayang, Kaklong and De : LinDa
Make up Makcik over : Shae Taib
Baju Makcik : AnnySurayaRTW
Simple Pelamin Bertunang dari Onn Aziz