Assalamualaikum…
Happy Birthday Papa Bubu! Selagi tak habes birthday
celebration dia hahaha. Tuan punya badan cool je time birthday dia. Yang bini
dia kemain excited. No 2 excited Shein. Pantang orang nyanyi birthday song, dia
malu-malu ko dah kenapa Shein? Semoga nanti Shein paham yang birthday hanya
disambut setahun sekali dan bukan setiap kali ada kek maksudnya happy
birthdaaaaaay to you. Ok Shein? On Thursday masa birthday Sazli tu, I dengan
dia dah spend time sama-sama makan, movie and jalan-jalan KLCC yang parking
kena RM30.00 tu (I tak puas hati grrrrrr) baca dekat sini, lepas tu esoknya I
dengan Shariffah arrange simple birthday dinner dekat Bake O’Cake ‘kita-kita
ajer’ untuk Sazli. Asalnya I plan nak invite Mr Lee sekeluarga tapi Mr Lee
pulak takde dekat KL. Lepas tu ajak Kaklong tapi Kaklong pulak balik Jengka.
Yang ada Ayang and Eddy je so jadiklah…. Tak ramai takper yang penting ada
belon and cake lepas tu makan sedap. Haha. I cakap kat Shariffah, ‘Ala sikitnya orang..’ Kata Shariffah
takper, nanti ada Mr Jehad and Mr Omar (owner Bake O’Cake) kita ajak la join
sekali so nampak la ramai. Hahahaha. Saja je mengada cakap macam tu sebab
memang dinner ni kita buat untuk Sazli dengan BBI buddy je. Tu pon cakap pada
Sazli nak makan-makan sebab Mr Omar nak treat sempena I promote Bake O’Cake
last week. Sazli tak suka surprise-surprise ni. Dia segan. Macam I, kalau takde
surprise I merajuk. Beza sungguh perangai laki bini. Hehe. So masa jumaat
Shariffah arrange tempat and I beli balloons and party pack. Balloons beli
dekat Ballons Buzz Party Centre – Pavilion. RM4.50 satu siap masuk helium gas
and treatment untuk kasik balloons tahan 48 jam. Kalau takde treatment satu
RM3.50 je. Memandangkan I datang tengahari and nak belon tahan sampai malam so
letak la treatment tu.
Red Velvet Cake by Bake O'Cake (Thank you), candle beli dekat Balloon Buzz. Happy 35th birthday Papa! Tengok Si Shein, kemain melebar senyum. Dia ingat dia dapat makan cake tu? Hahaha.