Wednesday, November 30, 2016

GOODBYE VILLAKU RESIDENCE, WELCOME BACK KL! (AND KAIN SEGUNUNG)

Assalamualaikum...

I otw balik KL ni. Dah 3 hari cuti rasa becinta sangat nak masuk kerja. Bercuti memang best, tapi ni ha kain sebukit nak cuci ni apa kes? Huwaaaa. Imagine kain baju kitorang anak beranak dari Sabtu sampai harini melambak-lambak. Muntah la mengadap kain sampai KL nanti. I ingat nak try guna self-service Dobi tu tapi takot baju rosak. Experience I dengan Dobi ni tak berapa nak best. Ada baju jadik kecut, ada yang jadik kembang. Baju putih jadik hitam sebab warna baju lain luntur or chemical terlalu kuat I tak berapa sure. Now pulak musim hujan, kekadang basuh baju dah 3 hari pon kain sejuk je. Was thinking nak guna dryer tapi 1) Takot baju rosak 2) Takde tempat nak letak. Dekat yard belakang ni memang dah takde ruang. Rumah pun tak berapa nak besar kan? Sedih sangat. (Start la buat cerita sedih pasal kain baju kah kah kah). InsyaAllah boleh settle ni, tapi Slowly la. Bagi I 3 hari je, lepas tu kain akan back to normal. Now I dah boleh tahan dah rajin lipat kain, taktau la kenapa, tebiat nak mampos kot? Haha. Cuma tak boleh blah dah tengok 2 bilik dekat rumah ni dah jadik macam wardrobe dah. Dengan baju Shein, Sazli and I sama naik banyak. Habes buai electric Shein pon jadik tempat sangkut baju.  patut mana yang tak pakai tu asingkan. Ni tak, simpan jugak. Nak bagi orang sayang sebab kononnya each baju ada sentimental value. Tu pon mana baju yang Sazli pakai untuk tido yang ala-ala roti kirai habes dah I buang. Sazli tu selagi ada dia akan pakai. Buat la miskin dia tu pakai baju koyak dekat collar and ketiak. Menyirap je I tengok. Dah pesan banyak kali, jangan pakai baju koyak sebab memarisi kepapaan tapi kesah pulak dia? 

Haaaaaa. Skali dapat chance membebel berjala engkau! Tadi ni padahal nak cakap vacation dah habes. Habes semua kisah baju  I tapau bebel sekali. Hahahha.


Goodbye Villaku Residence. Till we meet again, InsyaAllah. Ni bergambar dengan family Abang Zai, family Abang Syahrul, Family Kak Fiza and family Sheindong

Tuesday, November 29, 2016

Kenapa ANNESURAYA Best Selain Dari Sale RM90 Sekotak.

Assalamualaikum..

Semenjak kitorang release loose item untuk ANNESURAYA ni ramai yang happy especially peminat tegar sabun yang kitorang bagi masa trial pack jenis bar tu. Yang peminat facial wash jenis liquid pon sama naik gelabah mintak jangan tukar sebab suka bau macam bubble gum. Korang memang macam-macam kan? Ni ada pulak yang mintak buat cosmetic ewah memasing suka je buat permintaan dekat kitorang macam nak tuju lagu dia punya senang. Haha. So far takde plan lagi untuk buat apapa selain dari yang ada ni. Soon InsyaAllah kalau nak buat pon takde la cosmetic tapi menda lain la pulak. Apa dia tak boleh kasik tau sebab rahsiaaaaaa nenenene. Haha. Lagipon ANNESURAYA ni pon baru nak masuk dua bulan kan? Harap bersabar. Untuk yang baaaru nak cuba, dipersilakan and mana yang dah cuba and nak continue Al-hamdulillah terima kasih. Now ANNESURAYA Set 5 in 1 is RM90.00 sekotak if beli direct dengan HQ. Soon ANNESURAYA akan berada di kedai-kedai jamu dekat Kelantan. Nanti orang Kelantan boleh direct je beli dekat kedai. Tak payah dah tanggung charge postage. I tengok now ramai pulak lelaki yang cuba pakai walaupon warna kotak pink and langsung tak macho. Hahaha. Sazli pon guna. Dia lagi la disiplin. Jenis dah tetido pon boleh bangun and sapu treatment krim. Masa kat Pahang ramai tegur cakap kulit dia bersih, member kembang je. Apa salahnya lelaki jaga kulit muka kan? Rock star ke apa belakang kira. Takkan la set-set Justin Bieber je nak pakai skincare. Ye dak?


Now ANNESURAYA only RM90.00 sahaja! Promo sampai bila I pon tak sure tapi sementara ada sale ni baik la grab. NP is RM120.00 so jimat RM30.00

#ayangeddyassemoga - Part III (Kenduri Belah Lelaki)

Assalamualaikum..

Macam yang Ain cakap dalam previous entry, I sekarang ada dekat Villaku Residence Balok untuk staycation dengan kawan-kawan apartment pulak. Bengkak je hati Boss I sebab I belasah cuti 3 hari berturut. Ni dia taktau I nak pergi Langkawi pulak ni, kalau dia tau ada dia suruh resign terus. Kah kah kah. Ok back to Villaku, Last time on April I pergi sini dengan BBI buddy. Rasa macam baru je pergi sini, ni dah datang balik.  Kitorang gerak dari Pahang rumah Mak sebab kebetulan wedding belah Eddy dekat Sg Tekam Getah Sabtu haritu so senang sekali harung la terus ke Kuantan. Anyway entry ni is unofficial untuk #ayangeddyassemoga tau? Gambar ambik dari handphone je ha. Konsep dia, kena redha dengan apa yang ada je. Yang lawo-lawo tunggu dapat dari Kakyang yang entah zaman bila la nak dapat tu. Ni pon pinjam hotspot iPhone untuk guna dekat Samsung sebab nak update blog dari iPhone agak menyirap oren jugak. Sejenis gigih jugak I. Nak harap internet Villaku ni boleh tahan lembap la jugak. Lembap macam kekura. Ni Shein tengah membutaaaaa. Kemain tadi dia swimming dah dekat dua jam. Lepas mandi, lepak dekat katil tetau dah sampai Hong Kong.. Orang ajak naik dia cakap. 'Mama? Go!' Ewah engkau. Sesuka hati je halau Mama. Time lapar mintak makan dari dalam kolam. I suap dia makan dah macam bagi ikan dalam kolam makan lepas tu panggil krrrr krrrrr macam panggil ayam. Hahaha. Meanwhile, jom tengok gambar dari handphone I untuk wedding sebelah Eddy. Ok?


Make up I by Kak Hanusa. RM80.00 je. Murah kan? Sapa nak pergi la Jengka Satu. Cari Kak Sa. Thank you for dolling me up Kak Sa.

Monday, November 28, 2016

Trip Ke langkawi Untuk Girlfriend.

Assalamualaikum..

This is short entry sebab ain dapat arahan untuk update few things, since kaksu now ada kat Villaku. Nanti dia akan update blog jugak, so korang jangan risau. PA dia take over sekejap je. Ini pon dia ingatkan suruh update blog macamkan nak pergi berperang. Sayang sangat kat readers dia sebab nanti takut korang komplen blog tak update. Harap semua peminat dan readers dia bersabar ok? Korang pon kena la sayang dia lebih. Sebagai contoh tanda sayang, beli la korset dia sorang lapan (ada promo beli 1-RM130, beli 2-RM240, beli 3-RM300). Lepas tu beli pulak AnneSuraya Skincare sorang enam belas (ada promo price jugak RM90 free postage). Hahaha ni berguru dengan kaksu la ni sesambil promote. Kah kah kah.


First sekali kita letak gambar bos dengan girlfriend. Cantiknya bos.. Dahla cantik, baik, pemurah. Terus tenggelam yang lain macam kuat membebel, cakap laju macam keretapi express dan sedikit garang. hahaha. I love you bos!

Friday, November 25, 2016

Birthday Dinner Fruz and Hani. Special Guest : Fattah Amin.


Assalamualaikum..

Sebelum Rish remind dalam FB tiap-tiap hari untuk masukkan dalam blog pasal Birthday Fruz and Hani and I makin stressed baik I masukkan harini jugak. Haha. Ni pon dah kira lama ni sebab birthday dinner dekat Brolly ni kitorang buat on malam 11 November lepas. Lagipon I kena jaga hati Rish, dia memang banyak menyumbang duit untuk ANS. Loyal customer ni. Corset, Skincare, Bella semua dia beli. Ni masukkan entry ni I letak muka dia paling atas ni, harap gaji ni dia beli lagi la barang-barang lain pulak. Kalau tak habes makan Transbella pon takpe beli je jugak buat stock, I kena follow up dengan dia suruh beli jugak lagi. Hahaha. Rish ni shopaholic tahap 8 la I agak. Now kitorang ada group 'Gila Bawal' lagi la I tengok menggila masing-masing. Ketua dia Marsha. Habes semua jenis tudung dari Owl, Neelofa, Aleeya Miranda, iBawal and segala mala tok nenek dia tau. Rish pulak pantang nampak offer mesti beli. Harini Iza and Mira dah beratur pulak dekat Bangi sebab Owl ada sale. Eh, tetiba cerita pasal group shopping overshadow pasal Birthday Dinner Fruz and Hani. Hahaha. Pasal shopping mudah betul distracted. Sabar ajer la. 


Tak dapat Fattah Amin betul, dapat muka ala-ala Fattah Amin pon jadik la eh Rish? Ni Zareef, budak WakDan jugak. Macam Fattah Amin kan muka dia? Suara, gaya cakap semua sama and most important is dia Pilot sebenar! Fattah Amin tu pilot tipu-tipu buat apa. Lagipon dia Pilot macam kerja office je I tengok dalam Suri Hati Mr Pilot. Masuk kerja pagi, balik kerja petang. Hahaha.

Thursday, November 24, 2016

Ah Cheng Laksa Ampang Point

Assalamualaikum..

Semalam tengah cerita bab Kakyang punya wedding, tetiba tingat Ah Cheng Laksa lepas tu menggelupur nak makan jam-jam tu jugak. Naseb la dekat Ampang Point sekarang dah ada Ah Cheng Laksa ni. Ampang Point hebat ok sekarang? Ada Boat Noodle, Ada Ah Cheng Laksa, ada Sangkaya, ada Paddington House of Pancakes. Kemain kan? Tapi bagus jugak. Senang nak singgah sini kalau tingin apapa sebab dia dalam Ampang. Anyway sebelum bercerita lebih lanjut pasal Laksa ni, I nak cakap sikit pasal experience I dekat Hiasni Boutique tu. Dalam FB tengok banyak komen cakap terkena jugak dengan Boutique ni. Almost same experience and ada komen make sense jugak. Probably boutique ni sub kan job dekat tailor lain sebab tu charge dia mahal. Ada yang sama naik marah and ada yang cakap jangan disekat rezeki boutique ni. Kena muhasabah diri balik and redha andai rezeki tertulis kena ketuk. Redha tu memang la redha tapi tujuan sharing tu supaya bagi peringatan pada boutique owner supaya jaga service. Makesure pekerja jaga bahasa. Layan customer elok-elok, buat ikut apa yang customer nak and charge jangan nak melampau-lampau. Bukan seorang 2 yang terkena macam ni. Ramai. Ramai yang tak puas hati tapi ramai yang end up diam and tak buat apapa sebab tak kuasa. So, take it as a challenge and baiki balik service. Customer complain kena la accept. I memang tak boleh let go now. But kata la Allah dah janji rezeki akan berjaya, bagi la 20k sharing dalam FB pon takkan terjejas perniagaan dia pon.


Niat asal nak makan Laksa je. Tetiba ada pulak Combo Laksa + Drink + Snack. Snack pulak ada keropok lekor dah tu takkan nak tengok je? RM16.00 harga combo ni.

Sehelai HOC RM100.00 jer??? Biar betul !

Assalamualaikum…

Best je dapat feedback dari customer yang sekarang dah jadik pengguna tegar HOC. Ada yang beli sehelai lepas tu repeat order terus 3 helai. Ada yang beli siap-siap size besar and kecik, katanya untuk pendorong semangat. Ada sorang ni beli 3 helai terus. I tanya dia kenapa beli banyak and sama size? Dia cakap dia pakai masa run. Dia runner. So each time run, dia akan pakai. Kata dia kalau pakai time run, rasa perut, vontot, peha semua firm and bila lari rasa la selesa sebab ada yang ‘hold’ muscle. Ada yang cakap bila pakai time period pain, rasa lega. Sapu dengan Krim Mustajab or Hot Cream so period pain kurang. I pon try la jugak pakai time malam masa period pain. Memang betul! Rasa selesa sangat. Ada yang beli untuk pakai dalam pantang. Yang bersalin bedah pon ada yang pakai after 15 days. Luka kering je dah boleh pakai. Tak sangka pulak HOC ni banyak kegunaan dia selain dari untuk menurunkan berat badan. Bila I cakap pada Anny pasal orang exercise pakai HOC, kata Anny. ‘Laaaa memang la wei! Aku pon pakai time futsal. Memang best la sebab otot kau grib’. Laaaaaaa kisahnya! I je la sorang yang lambat tau.

Sehelai RM130.00, 2 helai RM240.00, 3 helai RM300.00 Sampai 30hb Nov sahaja ye?

Mimy Hamid berat before is 123kg pakai size 5XL. Latest 86kg pakai size 4XL

Wednesday, November 23, 2016

#ayangeddyassemoga - Part II (Kawan-kawan Makcik Dia)

Asslamualaikum..

Tenkiuuuuu pada tetamu-tetamu Kaklong and Abang Long yang hadir masa Majlis Perkahwinan Ayang and Eddy dekat Dewan Merak Kayangan Sabtu lepas. Al-hamdulillah majlis berjalan dengan lancar and tetamu pon ramai yang datang. Happpy sangat-sangat Mak Bapak Pengantin. Bukan takat Mak Bapak Pengantin, Makcik Pengantin yang sama naik bizi pon tak pepasal happy jugak. Kemain dia tu. Sampai sekarang macam tak boleh nak get over pulak sebab tak sangka Bersih yang $%$#@$%!! tak bagi effect pada majlis Kakyang. Tetamu ramai! Start dari 12.30 ke atas, tetamu makin ramai makin ramai. Sebelum tu  dewan kosong macam Birthday Party je. I tengok Kaklong and Abang long muka dah cemas tapi Alhamdulillah lepas tu tetamu bersilih ganti datang and ada yang datang in between nak topap lauk, maka makan nasik dengan lauk apa yang ada je.

Dengar cerita ada yang sampai 4 kali beralih tempat and bertambah-tambah makan. Alhamdulillah. So dekat sini, I mewakili Kaklong, Abang Long dan keluarga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga kedua belah pihak dan semuaaaaa yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih banyak-banyak and from the bottom of our heart, kami rasa sangat berbesar hati menerima kehadiran anda semua. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik anda sudi memberi kebahagian kepada kami pada hari tersebut. Tsssk tsssk. Sebak pulak. Anugerah ini juga, saya tujukan untuk Mak dan Ayah eh Ayah dah meninggal. Mak di kampung dan semua peminat-peminat Suraya Fan Club. Ketua dia Ain, Penolong Ketua Aisyah. (Tetiba ucapan macam menang anugerah) Haha.


Gambar dengan Cikgu Viral Hengseng letak paling atas la. Harap Rish tabah gambar dia bawah-bawah. Haha. Dari Kiri : Anny, Ellis, Cikgu vnkery, Kaklong and Siti Nurhaliza

Tuesday, November 22, 2016

Rojak Ayam Terpaling Sedap Dalam Dunia. I Promise!

Assalamualaikum..

Dulu masa kerja dekat Balai Felda kitorang selalu la makan dekat kedai ‘Makcik Sombong’ ni. Gerai ni dekat dengan Kolej TM yang kedai tepi jalan area Semarak tu. Gerai bodoh-bodoh je tapi OMG sedap giler ok makanan dekat situ. Ada Bakso, Mee/Mee hoon soup kuah pekat makan dengan Ayam Goreng celop tepung and celop kicap special, sambal kicap perrrrrghhhhhhhh!! Yang paling I suka is dia punya Rojak Ayam. Ayam goreng, tempe, tauhu, paru goreng campur kuah kacang letak taugeh, timun and kuah kicap special OMG sedap nak mampos ok? Ni bukan macam masakan dekat kedai lain. Korang takkan dapat dekat mana-mana. Lepas tu ada Nasik Lemak, Lontong and many more makanan. Semua pon sedap. Lauk Nasik Lemak ada sambal kerang, ada sambal sotong, sambal paru and sambal biasa dia pon killer. I cerita ni pon telan ailio. Kalau makan Bakso, I suka makan dengan soo hoon. Baru layan. Tapi biasa akan makan 2 dish. Bakso semangkok letak meatball lepas tu Rojak Ayam satu. Kah kah kah. Because I cannot decide what to eat so I will order both. Untuk yang sangat particular bab kebersihan persekitaran well this is not your place. Sebab kedai area TM Kolej ni semua kodok giler. Tapi bersih la. TIdak la karim beterbangan and tikus lari atas kaki cuma gerai tepi jalan, tau kan keadaan dia macam mana?


Ni la Rojak Ayam YANG TERPALING SEDAP DALAM DUNIA U WILL NEVER EVER GET THIS DEKAT MANA-MANA. I PROMISE!

Monday, November 21, 2016

TRAGEDY TEMPAH BAJU DI HIASNI DESIGN ARKED MARA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Ayang and Eddy dah selamat menjadi suami isteri yang sah pada 19/11 Sabtu lepas. Majlis nikah dia pagi tu dekat Dewan Merak. Lepas tu emcee dia ialah I la. Cayalah Suraya! I sangat berbangga dengan diri I sebab berjaya handle majlis (boleh je kan bangga dengan diri sendiri kahkahkah). Tak sangka I langsung takde anxiety masa tu cuma suara Mak Tiri garang bagi announcement tu tak dapat nak elak. Rasa macam dah Siti Nurhaliza habes sekali orang komplen kata emcee garang. Mana tak I menyirap? Bila cakap Majlis Pernikahan akan berlangsung sebentar lagi tapi macam bercakap dengan diri sendiri sebab tengok orang macam buat taktau je. Tu yang dua kali bagitau, ‘Harap semua dapat masuk ke dalam dewan sekarang kerana majlis pernikahan akan diadakan seeekaaaaraaaaaang’. Hahahaha. But overall ok je. Kalau Dato’ Jalaludin Hasan jadik judge ni mesti dia cakap, ‘Saya bagi awak 5 markah!’. Sesuka hati je 5 markah padahal patut 5 bintang tapi biasalah, ongtueeee mana dia kisah apa janji maksud sampai. Ye dak? (Tu Ain tu nak cakap la tu, sama macam Kaksu la ongtueee)

Actually untuk entry harini, I taknak cerita pasal wedding Ayang and Eddy #AyangEddyAssemoga. Tu tunggu dulu la eh? Kasik dapat gambar dari official Photoghrapher la baru kita borak panjang. 1 thing I regret is tak jamah langsung makanan masa hari tu sebab maklumlah bizi? Kata Mak Pengantin? Dengar cerita ada Nasi Tomato, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Tetel Masak Hitam, Dalca Sayur, Ayam Masak Briyani, Pajeri Nenas, Isi Ikan Masak Sweet Sour, Nenas Masak Lemak Kuning and many more lauk pauk siap buah, ulam and sambal belacan. Ada pulak station Teh Tarik lepas tu ada memacam jenis kuih-muih sesedap macam popia basah, seri muka dengan Apam Balik Rangup segala siap Kambing Golek, Laksa Johor, Mee Sup. Perrghhhhh telan ailio nak cerita. Lepas tu terkilan tak dapat layan sangat tetamu especially yang I jemput and PALING TERKILAN AMONG ALL IS BAJU I. Ramai yang puji cakap cantik kan? Meh I cerita apa cerita disebalik baju ni. Sebelum tu, tarik nafas… hembus nafas… Tarik… Hembus….


Theme Plum. Plum ni dia manja sikit dari purple tapi adik beradik purple la.

Friday, November 18, 2016

Spiral Prego Carbonara Mushroom yang cepat, mudah dan lazat!

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Percaya tak kalau I cakap, hari Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu untuk semua orang. Tak kisah la yang kerja atau yang sekolah sama jeeeeee. Sebab Saturday is a Holiday and boleh la bangun lambat esoknya. Macam I pulak, duluuu masa zaman muda remaja takde anak lagi, usually Friday night I akan tido lambat and do my own activities macam keluar dinner dengan kawan-kawan, tengok mid-night movie, karaoke ke atau apapa je la yang fun for me sebab I know yang esoknya I tak perlu bangun awal for work! Tapi semenjak dah kawen and ada anak ni dah jadik lain la. Fun tu dah ke arah lain. Fun for me now is if I dapat spend time more dengan Shein and Sazli. Macam sekarang for Friday night routine, I akan masak dinner for them. I pon taknak ambik masa yang banyak sangat to prepare the meal sebab I nak spend more time while having dinner with Sazli and Shein. Aku suap engkau, engkau suap aku macam cerita Hindustan. Hahahaha. Usually I akan masak one dish yang simple dan sedap semestinya. Dish tu biar semua orang boleh makan. Senang macam tu. Shein akan makan apa yang I and Sazli makan as well. Lepas tu I malas nak sepahkan dapur.

Persoalannya ada ke masakan yang simple tapi sedap and tak sepahkan dapur lepas tu tak perlu banyak masa? Jawapan : ADA! Untuk kali ni, I nak share dengan nkorang how I cook my Spiral Carbonara Mushroom. Seriously tak sampai 15 minutes masa untuk prepare dah siap. Lepas tu boleh la spend more time dengan family and takde la penat nak mengemas dapur.


My all-time favorite. Prego Carbonara Mushroom! Senangggg sangat nak prepare Dik Non! Dia punya senang sampai budak Darjah 1 pon I agak boleh buat sambil goyang bontot. Hahaha. Tak payah beria nak letak bahan lain dah sedap dah. Less effort tapi result? Macam Chef professional tuuuuuu

#ayangeddyassemoga - Part I

Assalamualaikum.

Today I cuti. Nak tolong Kaklong apapa yang patut untuk Kakyang and Eddy punya Wedding esok. Hashtag #ayangeddyassemoga. Bongok la Kakyang ni. Apa I kasik suggestion dia tiru bulat-bulat. Ni untuk photobooth punya instant photo printing sebenarnya. Assemoga tu memang family kitorang je tau. Tu kira macam secret language la. Birthday pon assemoga, kawen pon assemoga. Lepas ni lambat lagi la nak guna assemoga untuk kawen sebab Aiman ni baru 14 tahun. Assemoga ni dapat sebab dulu masa Sasha kecik, kalau tanya Atok pergi mana and dia time tu tak berapa pandai cakap so dia kata 'Atok assemoga'.  Assemoga tu kan dia ambik dari lagu 'Selamaaaaat Pengantin Baaaaru. Ssssseeeeemogaaaa berpanjangaaaaan'. So pendekkan jadik la 'assemoga' so dari situ la dapat. Haha. Ok sambung citer tadi. Basically tadek tolong apa but more tolong menyebok je la kot I guess. Hahaha. Pagi ni ada talent review Nuffnang siap ada Regional Manager dari Singapore join meeting **matilaaaaaa lepas tu straight pergi rumah Kaklong. Pukul 3.00pm ada rehearsal dekat Dewan Merak. Emcee is Mira and Cikgu Vnkery. Cikgu Kery dia rehearsal sendiri je la sebab dia sampai lambat jap lagi. Mira je la sorang berangan macam Vanida Imran. Yang ni aku dapat agak dah ni. Vanida tu half berat dia kot? (Padahal dengki memang suara Mira macam Vanida). Haha. I tanya Mira, 'Mira nanti Sabtu nak mekap artis ke or nak mekap sendiri?' Kata Mira nak mekap artis la. Naseeeeb baik la. Kalau tak korang pon tau kan? Mira ni masa bila yang muka dia nampak mandi? Takde. Except masa hari dia kawen dulu. HAHAHAHA. Kakyang pon dah bagi text, lepas tu I baca ayat dia memula tulis macam ni. 

"Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

ZULKAFFLI BIN HASHIM  dan ANIS NAZIERA BINTI  RAHIM"

Terus I tak puas hati lepas tu tanya Kakyang, 'Kenapa yang banyak puji diri sendiri ni?' Kata Kakyang 'Ini ikut teks dekat blog laaaaaaa'. HAHAHAHA. Dengki je I. Biasa lah Makcik perasan Diva. Kalau boleh esok crown I kena lagi tinggi dari DSV. Kalah perantin. Kah kah kah


Pre-Wedding Photoshoot kidnap dari DP WhatsApp Kakyang. Amboi kemain gembira pegang bet fwen I.

Thursday, November 17, 2016

Annesuraya Glutatione Bar Facial Wash and Loose Item

Assalamualaikummmm…

Ingat tak masa ANNESURAYA Trial pack kitorang bagi facial wash dalam bentuk bar? Lepas tu set sekarang kita bagi dalam bentuk liquid pulak kan? Sebab kita buat liquid ni, survey percentage permintaan on liquid lagi tinggi dari bar. Maka 30% yang nak bar pon berdukacita la mengelap air mata dihujung baju ala Neng Yatimah. Ada cakap suka liquid, ada cakap suka bar. Ada yang mintak tukar packaging letak bar instead of liquid kemain kan macam kita jual Skincare ni ala-ala main pondok-pondok pulak. Boleh tukar packaging suka suki. Hahaha. Korang memang mintak sembarangan ajeeeeer. Tapi takperlah, kerana sayang daku turutkan. So now, mana yang mintak nak beli loose item + facial cleanser jenis bar now kita dah ada. Ready stock and dah boleh order sekarang lepas tu zaaaapppppp kita pos terus. Tak order siap. Terutama Pau. Ko tak order siap ko Pau. Haritu cakap kalau ada nak beli 12 terus kan? Haaaa ni dah ada dah ni. Boleh beli 120 pon jugak buat stock rendam dalam kolah. Hahahaha. Glutathione Bar Facial Wash ni seberat 40 gram and kalau pandai guna dan berjimat cermat boleh tahan sampai 3 bulan. Korang belah 4 la. Tahan lama. Kalau kaya raya boleh pakai seketul terus. Takde hal. No doubt, Bar ni dia punya feel lain. Lebih deep cleanse. Yang liquid pon ok cuma manja-manja la. I suggest untuk yang kulit kering, stick to liquid and yang kulit berminyak memang highly recommended untuk guna jenis bar. Sapa yang pernah guna bar ni dia tau la acane puas hati lepas cuci muka. Rasa macam bersih tu, macam pinggan baru lepas cuci dengan Axion. Bersih menciutkan!



ANNESURAYA Glutathione Bar Facial Wash. Berat 40 gram. RM30.00 exclude postage.

BERSIH 5.0 YANG MENYUSAHKAN! ORANG NAK BUAT KENDURI PON SUSAH HATI.

Assalamualaikum..

Bersih 5 ni memang menyusahkan la. Kuning la Merah la memang 8AnG$4t! Yang Merah pulak dah beria over ko dah kenapa? Drama kena tumbuk la apa la busuk ok, busuk?? Penjilat semua tu! SERIOUSLY I don't get it. Before ni, I tak terkesan pon. I just couldn't careless. Lantak la ko nak Hijau Kuning Biru ke.. Fakop la. Habes-habes pon I elak keluar rumah and elak dari pergi tempat perhimpunan untuk elak dari trap dalam jem. But this time, I risau. Risau sebab Ayang and Eddy punya wedding 19/11 ni and ramai yang dah forward pasal jalan tutup. Kaklong pulak dari semalam tak henti-henti menanges. Risau dia orang tak dapat datang wedding sebab jalan tutup. Subhanallah team Merah/Kuning korang tau tak indirectly korang dah menyusahkan orang lain.???? Boleh tak fikir macam mana perasaan orang yang nak buat kenduri SIANG AND RAMAI JEMPUTAN BAGI ALASAN TAK BOLEH DATANG SEBAB JALAN TUTUP MACAMKAN KL NI JALAN NAK PERGI KE DEWAN MERAK KAYANGAN ADA SATU JE. Tolong la fikir perasaan Tuan Rumah and carik la jalan alternative. Dekat Waze tu melambak jalan alternative and sebenarnya SEHINGGA KE HARI INI MASIH TIADA LAPORAN RASMI YANG JALAN AKAN DITUTUP. Rujuk sini untuk laporan penuh. But Plan B, Let say ada jalan kena tutup, korang boleh guna jalan lain kan? Kalau masuk DUKE tu, turun la dekat Pusat Bandaraya/Semarak terus je boleh sampai dah ke Dewan Merak. Takde kena mengena pon dengan jalan yang ditutup. Bagi I simple, nak seribu daya. Taknak seribu dalih.


M E N Y I R A P

Wednesday, November 16, 2016

FREE Bawal Bidang 45 untuk sebarang pembelian di Sofeas_Wardrobe and Cerita Makan Dengan Dyba

Assalamualaikum..

Semalam hari makan banyak sedunia. Pagi makan mee goreng singget, lepas tu Dyba datang bawak Nasik Lemak Daun Pisang sambal pedas nak mampos (my favorite) tala depan muka. Kata dia makan share la Kaksu. Ok set. Dalam pukul 12.30pm Intan and Dyba call cakap ada Nasik Goreng Kampung balance meeting, kalau nak makan datang HR. Unfortunately Nasik Goreng tu lembik so I tak makan la and I memang sejenis kepantangan nasik goreng, nasik lemak, nasik putih biasa atau sebarang jenis nasik lembik. Tak suka! Bila makan and suap tu dia punya sebak sampai ke dada Subhanallah drama nak mampos! Haha. Dah menyentan sebab nasik goreng lembik, Intan bagi pulak Nasik Lemak Daun Pisang yang Dyba makan pagi tadi, lepas tu setel. Pukul 1.00pm, turun pulak Doppio dengan Dyba sebab I nak makan Flat Bread Pizza. Kena makan jugak ni sebab Brolly dah nak tutup soon. Last sampai December je. Sedihnya... Lepas ni tak dapat dah makan Pizza sedap macam ni. Tak cukup sampai disitu, petang balik kerja tapau pulak Nasi Goreng dekat cafe bawah rumah. Asal nak beli untuk Shein, tapi bila rasa sesudu sedap pulak. Setel jugak. Malam Sazli ajak mengeteh belasah pulak fries sebakul. OMGGGGGG dah kenapa macam onggiler makan ni? Mementang la semalan HOC FREE Day. Habes segala menda sumbat masuk dalam perut. Hahahaha. Tapi harini insaf dah la. Control balik. Ni semalam kira cheat day la. Semoga tak jadik cheat week. Amin,.....


Mixed Mushroom Flat Bread Pizza. RM26.00 je. Makan dengan Dyba share, balance 2 keping tapau dekat Intan. Intan tak turun sebab dia bizi buat kerja sekolah.

Dolly Dimsum!

Assalamualaikum..

Lepas balik dari hunting Harley Electric Scooter I ajak Sazli makan dekat Dolly Dimsum sebab memang teringin nak makan Salted Fish Fried Rice dari Jumaat lagi. Masa Jumaat tu I nak ajak Intan, Izzy and Kaklong makan kat situ tapi queue punya la panjang. so kitorang end up makan dekat Johny Rockets. Masa telan burger tu rasa macam nak muntah pon ada sebab dalam kepala dah set Nasi Goreng ada rasa masin and dah sampai ke tekak dah rasa nasi goreng tu but bila telan rasa daging. Hahahah. Tapi bila makan buat muka 'sedap' je, Padahal rasa macam nak terkeluar dari tekak. It's not Johny Rockets burger tu tak sedap taaaaaapi I ni, kalau teringin nak makan yang satu tu, tala la depan muka makanan lain yang sedap, takde der I nak. Masa nak makan dekat Dolly Dimsum ni, Sazli offer Menate tapi I cakap I taknak. Dia pandang I buat muka pelik. I cakap, I teringin Dolly Dimsum dari semalam lagi. Dia punya teringin bab makan dah macam tak boleh nak compromise ok? Kekadang bawak nanges. 

Ni ha I teringin nak makan mee hoon sup. Tapi yang jiran I dekat kampung buat. Dulu masa sekolah agama petang, kitorang selalu la beli laksa and mee hoon sup dekat rumah Maklong. Ataupon balik sekolah ramai-ramai naik basikal singgah kedai Arwah Pakcik Zainal Tebu. Mak Timah (wife dia) buat Laksa terpaling sedap dalam dunia. Letak dalam plastik ABC lepas tu letak straw. Hirup kuah guna straw and bila kuah dah habes, bocorkan bawah plastik, makan laksa tu pulak. Ni ongkampung je tau makan macam ni. Bebudak bandar taktau. Yang mihun sup tu pulak dalam dia letak sos cili dengan sambal kicap. Sedapnyaaaaaa. **dan air mata bercucuran.


Budak Shein ni sebok la nak paper and pencil lepas tu bila lambat dapat nak jeling-jeling Mama. Buat la perangai Sultan Melaka dia tu. Orang meja sebelah tengok je Shein campak-campak pensil. Memang biasa dia buat perangai time Sazli takde. Time ni Sazli solat.

Tuesday, November 15, 2016

Jangan Tertipu dengan Offer RM999.00 for Harley Electric Scooter

Assalamualaikum...

Kesian Sazli.. Last week dia punya tonsil attack back. Seksa tengok dia menelan makanan. Lepas tu nampak I makan Ayam Goreng Mc Donald pon air mata bertakung. Kata Sazli, lagi dia banyak cakap, lagi sakit tekak dia sebab nak telan air liur pon sakit kan? So dia banyak diam. Badan asal malam je panas. Siang dedar. Macam biasa, first 3 4 days tu memang tak boleh makan at all. Makan french toast pon nampak seksa sangat. Package dengan cough and flu lagi. Memang doktor cakap yang tonsil Sazli akan datang balik selagi tak operate. Now dah ok sikit but flu masih ada. Makin kurus dah member now. Tapi ok la, sebab lose weight ni henseng skek. Hehe. Ok cukup bab tonsil. Sabtu lepas, lepas Zohor kitorang gerak ke area Sungai Buloh and lepas tu ke Setapak sebab Sazli dah suka dengan satu menda ni. Harley Electric Scooter yang dia nampak iklan dekat FB yang finally we found out FB tu scam. Dia jual satu unit memula RM1,499.00 je and tetiba turun jadik RM999.00 include postage pulak tu. Barang dekat Limbang, Sarawak. I pon dah kena block sebab pergi peramah komen bagitau tu scam. Kah kah kah. Kitorang dapat tau pon sebab masa pergi Setapak tu, owner FB Page sebenar Harley Electric Scooter tu cakap, Scammer tu ambik semua gambar dari page dia and jual harga waaaayyyy murah. Police report pon dah banyak orang buat tapi biasa la, penipu ni jenis hati kering maaa. Dia tetap jugak jalankan 'business' dia. I tengok share dekat FB pon 1k. Nanti at the end of this entry I share number scammer tu. 


Harley Electric Scooter ni ada banyak jenis. Ada yang takde absorber, ada yang satu absorber depan sahaja and ada yang depan belakang. This one kitorang tengok dekat gudang di Sungai Buloh. Harga RM2,500.00 ada warranty 6 bulan. Cool kan? Shein pon comel je duduk belakang.

Nutella Fudge Brownies by Ana - Sedap Lagi Murah !

Assalamualaikum..

I rasa ada la 2 bulan kot I tanya Nape, 'Nape, Ana bila nak bagi Kaksu rasa Brownies dia?'. Berzamaaaan ok nak dapat? Menyirap je I tengok each time Ana upload dalam FB. Hahahaha. Only semalam Nape bagi I rasa brownies yang Ana buat ni. Dia bagi mini pack, dalam dia ada 6 ketul. I makan dengan Intan, Dyba and Kaklong. Sedaaaaapnyaaaa!! Tenkiu Ana. Rasa dia tak manis sangat. Just nice. Rasa chocolate dia sedap, lepas tu dalam dia moist, atas dia kedut-kedut rangup and drizzle pulak dengan Nutella. Heaven! Memang kena dengan tekak I sungguh. I ni hantu makan dessert. Walaupon cuba elak sebab takot put on weight but sesekali I makan jugak lepas tu flush out balik dengan minum air kosong 2 liter. Macam tu cara dia kalau nak menten 'kurus' untuk makan dessert. Anyway back to Ana punya Brownies. Bagi I, Brownies yang sedap dia kena chewy, gewwy and moist dekat tengah-tengah. Tak boleh manis sangat sampai potong kaki. Rasa chocolate mesti ada pahit-pahit manja sebab guna premium quality chocolate, atas dia kena ada kedut-kedut and jangan berderai. Lepas tu I suka Brownies yang takde nuts or very sikit nuts. If ada semua ciri-ciri ni, kira berjaya la ngorat I dah. Among all, sebagai customer mestilah I nak yang FREE DELIVERY lepas tu murah. Hikhik. Bahan mintak quality and premium je, lepas tu nak murah. Buat sendiri laaaaaaaaaaaaaaa!! Eh tapi ni I suarakan mewakili pembeli-pembeli. Bukan I yang cakap eh? Sebab I jenis yang tak kisah sangat bayar untuk makan JANJI SEDAP. Now Ana punya Brownies dah masuk dalam list favorite I.


Nutella Fudge Brownies by Ana. Kasik close skek. Teringat lagi semalam masa first bite. Dia punya moist dalam dia. Perrrrghhhh!! 

Monday, November 14, 2016

Apa Yang Sedap Di Food Republic Pavilion KL?

Assalamualaikum..

I dah tau dah mana nak makan Kway Teow yang sedap selain dari dekat Madam Kwan. Haritu la accidentally terjumpa dekat Food Republic Pavilion secara tak sengaja. Beef Kway Teow dalam RM15.00 and Kerang Kway Teow dalam RM10.00 but taste soooooo good. Sama taraf dengan Madan Kwan okey? Biasa dekat Food Republic Pavilion, I makan Yong Tau Foo soup. Bebudak ni memandai bagi nama stall tu Pulau Ketam. Padahal yang nama Pulau Ketam tu dekat Midvalley tak silap I. Kuah boleh mintak 2 jenis, sup biasa atau kuah kari. Tak pernah yang dapat RM15.00 kebawah kalau order. Paling busuk RM18.00. Sebab time ambik masuk bakul rasa macam nak makan semua. Stendet macam tu la. tamak. Dulu masa tak expert, memang banyak bazir dari makan. Now nak makan habes, sayur kena ambik satu and sampah sarap ball lelain tu ambik 3 je. Kuah sup tau? Lepas tu mintak kuah manis and kuah pedas asing. Jangan lupa letak sesame oil + sesame + white pepper baru best! Eh, tadi nak cerita pasal Kway Teow padahal, ni tetiba jadik Yong Tau Foo. Hahahaha. Dekat Food Republic ni sebenarnya banyak je Food Stall yang sedap-sedap tapi biasalah, kita jenis kalau suka satu tu, memang kedai lain tak pergi dah. Jenis setia cenggini la. Cecece. I pulak dulu tak habes-habes dengan Ayam Penyet tak pon Maggie Korea tu. Now ada la variety skek. Korang kalau dekat Food Rupiblic suka makan apa? Share Pleaseeeeeee. 



Oyster Omelets. Harga below RM20.00 rasanya. Tak ingat. Kalau nak makan this alone cukup, jangan makan dengan menda lain kalau tak memang kenyang. This oyster omelets is penipu sebab I rasa telur dia tu bukan telur alone tapi dia campur tepung so dah jadik macam cekedok pon ada. Tapi sedap!

Friday, November 11, 2016

5 Box ANNESURAYA SKINCARE FOR FREE !!

Assalamualaikum…





Perhatiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan semua orang kampung. 

Harini I nak offer 5 kotak ANNESURAYA SKINCARE FREE pada 5 orang LELAKI yang ada masalah kulit muka macam jerawat yang bermaharajalela untuk dipakai and kitorang akan monitor the progress untuk tengok keberkesanan ANNESURAYA SKINCARE ni pada orang tersebut. Kalau korang ada anak, suami, jiran, kenalan atau sesapa la yang ada masalah macam tu boleh email I dekat surayasulatin@gmail.com atau WhatsApp I dekat 0129184042. Takde had umur, tak kira bangsa, agama atau warna kulit. Semua boleh janji lelaki sejati dan pakai skincare ni dengan bersungguh and bukan jenis hangat-hangat taik unta. 

Bukan Maknyah. Ok? Bukan Maknyah ni I serious cakap. Lelaki sejati sahaja ok? Adik-adik I taknak. Ada 5 set ni. Lepas tu nanti boleh la jumpa kita makan sedap-sedap ke. Tengok macam mana. Tak kisah korang ada kat mana sekarang ni janji ANNESURAYA SKINCARE ni boleh sampai. Konsep dia, pat pat siku lipat sapa cepat dia dapat. Sapa lambat dia mendapat. Ok? Okbye. Selamat Bercuti!

-eNd-

Thursday, November 10, 2016

Kenali Kulit Anda dan TIPS Memakai Set Penjagaan Wajah (Sebarang Jenama)

Assalamualaikum..

ENTRY KALI NI SARAT DENGAN INFORMASI. So korang kena baca ok? Menda-menda simple yang korang rasa macam takde apapa tapi sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit lebih-lebih lagi yang baya-baya Siti Nurhaliza macam I ni. Sebelum ni Anny dah ada share pasal jenis-jenis kulit muka semua dekat sini kan? Entah baca entah tak. Tu nampak je ala-ala nak promote product, mula la scroll laju-laju taknak baca. Yang ni bukan nak cerita bab ANNESURAYA SKINCARE. Takdeeee pon. Cuma nak share info, bagi tips sikit-sikit macam mana nak guna segala mala krim kalau korang sekarang pakai AS. Penting sangat ni. Untuk yang kulit normal takde masalah takpe. Macam kulit muka I. Memang jerawat tu susah sangat-sangat nak naik. I ni level kalau naik jerawat dia punya bangga taktau nak cakap macam mana. Hahaha. Tapi tak semua orang kulit normal. Ada yang kulit jenis berminyak, kulit kering dan kulit sensitive yang salah sikit nak sentap. Pastu buat drama bagi Tuan Badan susah hati. Yang tu, korang kena baca ni sebab info I dapat ni base on experience dari orang sekeliling and pengalaman yang I cedok dari kawan-kawan yang banyak spend duit dengan Pakar Kulit sebab ada such skin problem. Entry ni FREE je. So baca ok? Tak kisah la pakai ANNESURAYA ke atau apapa product, kena take note supaya korang tak salah cara pakai lepas tu nanti sebab kurang ilmu, muka crack langsung sesen tak guna.

Edisi Makan Bersama Anny Ariffin

Assalamualaikum..

Semalam I ajak Anny makan Shell Out sebab teringin gara-gara tengok balik gambar masa Izzy punya celebration tu, tapi dia cakap dia nak masak dekat rumah malam nanti so tak jadik laaa makan Shell Out. Cecece. Masak nak hebat-hebat jer. Lepas tu I mintak dia Google resepi Home-made Shell Out yang I share dekat sini and ikut sebijik-sebijik macam yang I bagi tu. Orang cakap sotong matikan air pon tak paham. Dia cakap ‘matikan air’ mana ada dalam term masak. Ewah. Melawan pulak dia. Suka nak bagi I tak confident. Kalau I cakap sotong tu korang kena matikan air dulu. Masak asing. Lepas matikan air, baru masukkan dalam perencah/kuah. Korang paham tak? Ke tak paham sama macam Anny? Hahahaha. Sejenis Anny ni dia kalau masak, cost dah jadik macam makan dekat 5 star hotel. 

Haritu dia teringin nak buat kek menda entah, I teman dia beli bahan dekat Cold Storage lepas tu tetiba jadik dekat RM200.00 aku pon tak paham. Hahahaha. Malam tadi pukul 9.15pm maca tu dia tanya I serbuk kari berapa sudu, tapi I tak tengok phone. Bila dah pukul 10.00pm I wasap tanya jadik ke tak, dia cakap jadik tapi kaler tak merah sangat. Tengok pada gambar tu kira hebat dah tu. So sebab tak jadik makan dekat Shell Out, masa Anny ambik I dekat office, I bagi je dia direction nak pergi mana sebab kalau cakap nak pergi VS nanti dia akan cakap panas la apa la sebab dia jenis herbivor. Dia suka makan tumbuh-tumbuhan je and tak makan daging lembu. Tapi dia Herbivor special sikit sebab ayam dengan ikan dia makan. Kalau Herbivor normal dia vegetarian so kira Anny 70% Herbivor la. Eh, sesuka hati buat term sendiri.


Sedapnya lahai Long Fed Sirloin ni. Paling sedap and paling kena dengan tekak I. RM84.80 harga dia.

Wednesday, November 9, 2016

Corset Size 3XL tak bermakna kita debab. OK?

Assalamualaikum..

Sayang sayang semua!! (Dah macam DSV pulak) Hahaha. Ni I nak cakap and bagi TIPS untuk korang pilih size Corset yang sesuai dengan size vontot and berat badan memasing. Sebab untuk batch ni banyak giler la yang salah size SEBAB DEGIL TAKNAK DENGAR CAKAP I. Grrrrrr. Kan ke dah banyak kerja tu? Dah elok sampai patut boleh pakai ni nak kena pos balik pada Warehouse lepas tu kena tunggu parcel korang sampai kat sana, then only boleh pos balik. Makan masa jugak tu. Postage pulak dah kena double charge pulak. Acane? Ni boleh mengundang kemarahan ni (tapi marah-marah sayang la). Sebab tu kena dengar cakap I. I paham masalah sayang-sayang semua tak boleh terima hakikat berat 65kg tapi kena pakai size 2XL kekadang 3XL sebab vontot Jeniper Lopes tapi percayalah size yang I bagi tu untuk kebaikan bersama. Kena terima hakikat sebab I yang berat 56kg ni pon baru je tukar XL dari 2XL (Cecece statement ajet-ajet kurus). So kalau kata tetiba I cakap, ‘Awak, awak size 3XL’, so kena terima hakikat ok? Jangan down, sebab kurus keding Dyba tu pon pakai M size and kita takde S or XS so jangan nak down tak tentu hala. Sebelum to jom tengok Size dulu.



HOC NORMAL PRICE RM150.00, NOW RM130.00 SAHAJA (WHILE STOCK LAST)

IZZY IS OFF THE MARKET - PART II

Assalamualaikum..

Cukup sebulan baru up entry ke dua untuk Izzy is Off The Market. Punya bizi la I kerja part time sebagai Power Rangers Kuning. Part I korang boleh baca dekat sini. Now Izzy pon dah selamat kawen dah pon. Tengah bersukaria dengan hubby dia dekat Lombok sana nu. Intan pantang betul kalau orang baru kawen cakap 'I dengan hubby I'. Dia berapi je menyirap. Hahahahaha. Takper Intan, Intan jangan la sedih. Semalam masa meeting dengan ANNESURAYA SKINCARE team, Kaksu dah follow up dengan Kerol dah pasal Intan. Dia pon dah merah-merah telinga sebab malu. Orang tua cakap, kalau malu tanda mahu. Hihihi. Anyway, dekat entry ni jugak I akan share dengan korang semua macam mana nak buat simple celebration yang nampak meriah, tak ambik banyak masa, fun and semestinya cantik di dalam gambar. Ok? Yang penting semua kena sporting and jangan ada yang jenis semua nak bangkang. Itu taknak, ini tak boleh, situ haram sini haram tak ikut syariat belaka, dah kalau macam tu tak payah nak celebrate apapa. Yer la kan sebab ada orang yang cakap menda-menda celebration macam ni takde dalam ajaran Islam. Dah kalau macam tu, takyah join udah. Takyah spoil mood orang. Bagi I simple je, semua terpulang pada niat. Niat yang baik la. Bukan niat yang tak elok macam, 'Bunuh diri sebab harga rokok naik' atau 'Mencuri untuk beli ubat Mak'. Niat meraikan bakal pengantin ni untuk bagi pengantin happy makan sedap-sedap. Itu jer pooooon mak enon. Bila ada niat nak bagi orang happy, itu pon dah dapat pahala.


Sapa yang pengantin dalam cerita ni? Dah kenapa Intan yang malu lelebih? Haha. Sebenarnya 7 orang total tapi gambar ni Izzah yang tolong ambik, so dia la takde dalam gambar.

Tuesday, November 8, 2016

#teamtakbolehmove on dan Kuih Keria Antarabangsa

Assalamualaikum..

AKHIRNYAAAA I dah move on dengan Kuih Keria Antarabangsa. Lama jugak nak move on. Ada la setahun lebih kot? Was wondering nak pergi Melaka just untuk cari makanan yang sedap-sedap. Nak Try Kuih Keria Antarabangsa yang viral dekat FB and Instagram tu and nak try Coconut Shake yang popular jugak  tu. Melaka – KL pon tak jauh. Dalam 2 jam lebih dah sampai. Lagi best kalau ada orangd rive, kita tido. Kah kah kah. I Ok je kalau nak pergi tapi nak carik geng yang suka travel semata-mata sebab nak makan tu susah la sikit sebab memasing part time Power Rangers macam I, acane? Semua pon bizi menyelamatkan dunia. Sazli pulak memang tak la. Dia tengok kedai makan beratur panjang pon tak berapa berkenan. Ni I baca kata beratur sampai sejam semua memang kirim salam la nak pergi. Tapi dari info yang I dapat, dorang cakap kalau pergi weekdays and datang awal, takde la sesak macam weekend. Ada yang cakap, makan panas-panas tu sedap nak mampos and share pulak gambar dalam FB memang I bergenang air mata. Hahaha. I memang sejenis beremosi dengan makanan. Memang cenggitu. Tu la keistimewaan I yang ada connection dengan foods.


Akhirnya minggu lepas dapat makan Kuih Keria Antarabangsa ni. Now I dah move on.

Monday, November 7, 2016

ASSEMOGA INTAN - PART II

Assalamualaikum..

Kemain, ada je peminat Intan yang mintak entry sambungan Assemoga Intan – Part II ni cepat-cepat. Part I baca dekat sini. Memang I pon nak up cepat-cepat supaya tak kena pressure pada diri sendiri. Si Izzy punya entry Hens Lunch and Wedding pon sampai sekarang tak update, ko ghaser? Entry II ni actually takde apa sangat pon, tapi I saja la nak bagi Birthday Girl happy and rasa special skek so petang tu melayan dia ambik gambar dengan hadiah-hadiah dia. Saspen jugak takot kang tetiba Dato’ datang dari belakang lepas tu kena sergah tak pasal je. Heart attack ok? Haritu dah kena dah. Boleh baca dekat sini. I takot dengan Boss Intan tu. Dia tu kang entah dari mana tetiba je keluar macam magic. Kalau dengan Boss I, boleh compromise sikit, dengan Boss Intan ni memang takde. Dia macam Guru Besar sikit. Tapi ni hujung tahun dengar dia dah nak retired and tak sambung contract so lepas ni no more Dato’ and Intan akan masuk HR. Suka la dia banyak osstesen lepas ni. I nak cakap dekat Boss I, lepas ni kalau Intan Stock Take dekat mana-mana kilang, I nak ikut. I kena escort Intan sebab Intan tak boleh dipercayai. Dekat office ni yang paling takde osstesen memang Secretary je. Sian kan? Paling sian Intan la. Dah 8 tahun kerja, 1 kilang pon tak pernah pergi.

Kata Dyba, nanti masa Farewell Dato’, kita kena buat persembahan Bollywood. Kalau takde orang nak masuk, kitorang je la 3 orang joget. Dyba ketua. HAHAHAHAHA.



Ni hadiah Intan dapat dari I, Izzy and Dyba. Macam biasa, dari Event4U la. Coklat tu sampai sekarang taktau apa nasib beliau. Takde pulak Intan offer apapa. Lain kali bagi bunga je. Biar sama-sama tak dapat makan. Hahahaha.

Makanan Sedap, Tapi Tauke/Family Sombong (Restoran Pak Usop Sungai Temerloh)

Assalamualaikum..

Masa weekend bebaru ni balik kampung, I ajak Sazli singgah makan Ikan Patin Tempoyak dekat SZ Rahmah (Tok Penghulu) yang sebelah BHP Temerloh, lepas Hospital Temerloh kalau datang dari KL tu. Kata Boss I, dekat situ sedap tapi sekelar RM30.00 la. Mahal sikit. Masak dengan air mineral ke apa I tak sure kenapa yang jadik mahal macam tu. Tapi kata Boss I, kalau dah makan yang kedai Tok Penghulu tu memang tak pandang dah yang Ikan Patin Pak Usop Sungai Temerloh tu. Kata Boss I, dia dah ban dah Kedai Pak Usop tu sebab tauke and pekerja memang sombong. Itu memang semua orang tau. I pon perasan dah lama Tauke /Family dia macam eksyen sikit tapi takper la… Memang macam tu attitude dorang. I perasan dah lama semenjak dari Arwah Ayah admitted dekat Hospital Temerloh kitorang makan dekat sana sampai la sekarang, tak pernahnya nampak dorang muka manis. All the time muka ketat. Macam masa weekend tu, depan I masa queue tu Nurse. Dia cakap nak kepala bungkus, sekali Tauke dia cakap kuat-kuat, ‘Sini makan je, bungkus belah sana!!’ Nurse tu pon dah malu-malu alah beratur belah sana pulak. I yang Siti Nurhaliza ni pon kena. Memula ambik 1 mangkok untuk makan, lepas tu beratur pulak belah sana mintak nak bungkus 2. Masa tu balance tinggal la ekor. I cakap ok. Lepas pada cakap tu, I beratur pulak ambik nasik. Datang balik kat Abang tu, I tanya. ‘Bang, ambik kat sini ke yang bungkus?’ Maka dia jawab, ‘Makan dulu! Nanti bungkus ambik lepas makan!!’ Lepas dia jawab tu, I cakap je. ‘Terima Kasih bang’. Dia tak pandang tapi angguk je. Amboi budi bahasa dia memang Gred A. Kata Sazli, kata la kalau Allah tiba-tiba bagi Ikan Patin pupus dalam dunia ni, masa tu baru la Kedai Pak Usop ni tak sombong agaknya. 


 No Doubt memang la sedap Ikan Patin Pak Usop ni. Takper la kalau dorang sombong, janji aku makan sedap. Kah kah kah.

Friday, November 4, 2016

Assemoga Intan - Part I

Assalamualaikum..

Happy Birthday Intan! Tahun ni Intan 32 tahun. Single macam biasa. Takpe Intan single sebab the best is yet to come. Sebab usually dalam hidup kita ni, yang indah-indah tu sampai lambat sikit sebab konsep dia, 'save the best for last'. Lagipon Intan nampak muda je dengan mengamalkan makan Zenia Collagen, Transgluta dan Transbella (Sesambil iklan) Hahaha. Intan cakap, tahun ni last la dia single sambut birthday. InsyaAllah tahun depan celebrate dengan suami. Tapi masalahnya tak tau sapa lagi sebab calon pon takdak. Hahaha. Intan pon bizi dengan study dia. Dia kan ambik degree? I naik menyampah tengok dia buat notes semua. Tahun ni Boss dia tak sambung kontrak so Intan dah tak jadik Secretary dah la. Dia nak masuk HR. Lepas tu pesan awal-awal dekat Abang Azza (HR Manager) kalau dia masuk HR jangan bagi kerja susah-susah sebab dia bizi dengan study dia. Boleh? Sesuka hati je. Intan ni memang aci boleh je. Beza dengan I, Intan ada la usaha nak kerja Department lain. macam I, I forever nak jadik Secretary sebab I tak suka kerja banyak-banyak sangat. Haha. Dah, jom kiter tengok gambar Surprise Lunch Intan yang kitorang arrange kan untuk dia masa 27/10 lepas dekat Imperial Chakri Palace, KLCC.


Ni dia dapat surprise ni masa kitorang lunch. Macam biasa package surprise dari Event4U. Takyah bagi bunga, sebab bunga tak boleh makan. Kata Dyba bagi la Chocolate Bouquet, nanti boleh makan sama-sama tapi haram sampai sekarang tak nampak kelibat. Haha. Intan taknak share ok? Kedeks Intan!

Thursday, November 3, 2016

Sambil Cantik. Boleh jugak tambah income dengan ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Tenkiu kepada semuaaaaaaaaaaaa yang dah beli ANNESURAYA Skincare and Alhamdulillah sekarang ni banyak yang bagi positif feedback. Korang tengok dekat ANNESURAYA SKINCARE INSTAGRAM untuk more testimonial updates. Ada yang pakai cepat nampak kesan, ada yang take time sikit. Macam I jenis kulit biawak ni, rasa jeles pulak dekat customer yang cepat nampak beza. Bila risik rupanya Transbella pon dia consume booster punya. Sehari 2 bijik terus. Ni lagi hebat dari I sendiri ni. Tak boleh jadi. I jeles! Terima kasih sebab dalam pada melambak skincare ada dekat luar sana, dari Blogger ke, Artis ke Jutawan Kosmetik, ada yang sudi nak beli jugak. Terharu I. Sampai I dah familiar dengan nama-nama readers yang tetiap bulan spend beratus dengan I. Siap ada yang letak as favorite acc terus. Hahaha. Lepas tu cakap, ‘Kaksu jual apa lagi, lekas saya nak beli semua’. T___T Ingatkan blog ni takde orang baca sebab ‘banyak’ sangat komen each time keluar entry baru tapi ramai yang chose to be a silent reader and tengok dari jauh. Cukup laaaaa. Mana-mana yang best and baik dari I, korang ambik la. Mana ada kekurangan dari diri I, harap korang terimalah I seadaanya ok? Ok give me five!


Sebelum tu belanja Testimonial sato! Tengok Haizan punya muka masa dia pregnant, segala jerawat keluar dengan kulit kusam. Lepas bersalin, pakai terus ANNESURAYA SKINCARE and now dah Siti Nurhaliza. Dia cakap, dia pon tak sangka result macam ni.

Tempat Makan Sedap Area Kulai-Senai-JB

Assalamualaikum..

Mintak maaf sebab now kaksu dah buat rules baru ain kena buat entry dua minggu sekali. sesuka hati je buat rules and tak bagi option. Lagipun today dia busy sikit. Sejak ada AnneSuraya ni memang 24 jam tak cukup untuk dia. Kadang kesian, tapi kadang padan muka jugak sebab bila dia tak berapa busy dia suka carik pasal. Haha. So mintak maaf lah mana yang nak entry daripada kaksu je, but then terpaksa jugak la baca entry yang ain buat. 

Kaksu pesan update pasal 'makan'. Cikgu kat sekolah or lecturer kat universiti pun kalau bagi task tajuk complete panjang siap dengan specific subject, tapi sebab kaksu adalah kaksu, dia bagi arahan macam tu je. lepas tu bagitau nak kena masuk pagi. Ada lagi arahan gambar tak boleh gambar google. Kejam boleh tahan, selalu bebel suruh orang diet, tapi update suruh pasal makan. Lepastu kalau bagi duit suruh makan sedap-sedap jugak. Langsung tak simetri arahan dia. Bebel pasal suruh orang diet kemain pung pang pung pang. Tapi kaksu tetap Siti Nurhaliza. haha i love you boss! (lepas mengumpat counter balik)

So today ain share few tempat makan kat johor yang ain dah banyak kali jugak pergi. Semua price reasonable. So if memana reader kaksu from kulai-johor boleh lah pergi try. Sebab bila nak makan takkan balik-balik nak pergi fast food macam pizza, kfc, subway, mcd, dominos semua, now pon belambak cafe ada. tinggal lagi sedap ke tak je.

1) Ecru Tuckshop Cafe, Kulai.
Sini konsep dia more macam kopitiam pon ada. simple food. Infact meal for breakfast pon kalau nak makan pukul 10 malam takde hal. Makanan pon ok. Tapi yang paling sedap kat sini and ain selalu order adalah hazelnut white coffee cincau. Siapa suka coffee memang kena try. 

Air Hazelnut white coffee cincau terpaling sedap

Wednesday, November 2, 2016

Shein at school and Building Blocks International School

Assalamualaikum..

Last week Shein join school activity. Learning program ke Butterfly Park KL. This is Shein punya second time ikut school activity tanpa I dengan Sazli. Masa first time dulu school bawak pergi Taman Tasik Ampang Hilir je. This time jauh sikit. Masa Shariffah bagi email tu, I dah sebak-sebak rasa. Boleh ke Shein pergi kalau I takde? Ok ke dia? Sapa nak jaga? I risau macam-macam. Boleh ke dia jaga diri? How if Shein nanges? How itu how if ini. Rasa macam nak cakap kat Shariffah I nak ikut sekali. Hahaha. Macam-macam dalam kepala tapi sebab I know Shein akan dijaga dengan baik oleh Shariffah, Mr David and Teachers at BBI so I think, I patut bagi Shein chance to join this learning program. Lagipon Shein dah nak masuk 4 tahun, rasanya dah ok kalau nak join activity macam ni. Shein sangat-sangat happy at school. I know Shein had a great time everyday at school. Happy tengok Shein berdikari dekat sekolah, ada discipline, ada kawan, seronok semua. I really can see that bila sesekali I ada chance hantar/jemput Shein dekat sekolah and Sazli pon cakap Shein memang happy at school + Mr D and Shariffah pon memang close dengan all the kids. Dorang tak garang pon tapi tegas. Happy bila tau ada orang lain yang jaga dan sayang anak kita. Sebab tu I senangggggggggg hati sangat Shein dekat Building Blocks International School ni. Was thinking untuk Shein ambik O level je dekat sini nanti. Tak payah masuk Sekolah Kebangsaan. Biar dia dekat BBI ni sampai berbulu la senang cerita. Haha.


Ni masa otw ke Butterfly Park. Suka eh Kau Shein takde Mama? I selalu fikir, kalau tetiba I mati, Shein ingat I tak? Ke dia tak kisah pon I ada atau takde? Sebab I tengok dia ni happy semacam je. Hahaha.

Tuesday, November 1, 2016

Tak Banyak Pon Turun. 14 KG JER.

Assalamualaikum..

Dah masuk 4 bulan semenjak I first day jual House of Corset, now I agak ada almost 300 helai dah terjual kot? Padahal tak selalu pon up dalam blog. Sebulan 2 kali jer. Ada yang repeat order selang sebulan sebab size turun cepat. Lagi cepat dari I pon ada. Ramai yang puas hati sebab suka kualiti korset ni yang tahan lasak and memang indirectly membantu weight lost journey mereka sesambil ada yang selesa sebab masalah sakit belakang dah berkurangan. I ingat lagi first month I ambik size 2XL. Time tu punya seksa nak pakai tapi tetap tabah. Ada masa, 5 cangkuk keatas tu I bukak sebab rasa perut macam nak meletup tapi now pakai XL pon dah relax and I rasa lebih comfortable, badan lebih kemas. Seronok sebab to date berat dah jadik 55.6 kg dari 69.7kg. Total weight lost dalam +-14kg la macam tu. Ada masa berat dah static takmo turun tapi I study and tukar strategy la sikit. Now makan takde dah la strict macam dulu tapi I control portion. Sugar pon ada dah berani ambik sikit-sikit sebab sesekali nak self-reward cuma bila dah makan bulan and dah jadik routine I makan dengan portion sikit, I dah terbiasa and takde masalah tak cukup makan macam dulu. Kalau tak dulu, if makan and rasa tak cukup I tak puas hati ok? Menyentan-nyentan. Now malam I makan sikit, by that baru la berat turun selepas static dalam sebulan lebih jugak. Maybe metabolism I low kot? So bila makan and ada energy sikit, so dia help to lose weight. Ni I main agak je. Kang kena bash dengan pakar diet tak masal je.


I start pakai House of Corset masa gambar before (dalam April-Mei 2016). Seksa sangat rasa sebab gemok kan? Rasa susah nak bernafas and tercekik pon ada. Lepas 2 months pakai and nampak ada beza, then only share dengan nkorang semua

Mad About Steak

Assalamualaikum..

Last week ialah hari I nak makan steak je. Naseb la dekat office ni ada 2 restaurant yang ada steak. BLVD dengan Brolly. Taaaaapi kan? Sebenarnya lah kalau tekak I, pusing-pusing I suka Victoria Station jugak sebenarnya. Dulu ada satu masa asyik nak makan dekat Menate. Now dah tak berapa suka dah. Lagipon kecik hati masa Waiter tu tanya I masa I mintak medium rare, ‘Awak tau ke medium rare tu macam mana?’  Bila kita jawab tau dia tanya balik, ‘Are you sure?’ Sama kes macam dekat VS jugak la dulu sekali. Sampai hati tanya banyak kali dekat I tau ke tak medium rare tu macam mana. Orang taaau laaaah. Batu belaaaaah. Hahahah. Dekat VS tu ada jugak I bengang dengan waiter sarcastic masa Kaklong buat-buat bodoh pergi tanya ada juice apa, lepas tu Waiter tu muka kerek pergi cakap, ‘Air buah ada tapi buah rambutan tu takde la’ sambil buat muka annoying rolling eyes yang malas layan tu. I pernah cerita dekat meluahkan perasaan pasal double standard dekat restaurant and designer boutique tu dekat sini. Mementang la kita dulu tak Siti Nurhaliza time tu sebab tak pakai ANNESURAYA SKINCARE dengan tak makan Zenia Collagen, Transgluta and Transbella selamba kena hina. Cenggitu lah… Kekadang Waiter yang kerja dekat so called 5 star restaurant ni suka la buat muka bajet kalau dia rasa kita tak up to their standard. Kenapa la nak kena belagak ye dak? Ko pon kerja je kat situ. Bukan owner pon. Tapi kalau owner pon, mana boleh belagak jugak. Tak baik. Berdosaaaaaa.


Kali ni makan dekat BLVD House (lagi).Yang ni ialah Australian Rib Eye Steak. 250 gram berat dia. Harga RM125.00