Wednesday, May 31, 2017

WONDER CHEESE SEDAP!

Assalamualaikum

I dulu masa zaman kanak-kanak suka gileeeeeeeeeeeeeeeeer makan Super Ring. Super Ring ni dia memang legend jajan la.  Semua orang tau. Masa kekecik makan la sebungkus doposen tu. Nak beli 2 3 bungkus tak mampu. Nanti I masukkan ring tu dekat jari lepas tu penuh 10 jari. Bila dah habes makan semua nanti dia punya cheese melekat-lekat dekat jari best je tengok. Saiko giler suka tengok jari comot. Hahaha. Last sekali jilat sampai bersih. Beli 1 memang tak pernah puas makan. I suka Super Ring ni sampai la sekarang ok? Kalau pergi Petronas mesti beli yang pack besar punya cuma bila dah ada Shein ni, I takde beli la dah. Sebab kang kalau makan depan dia, dia terliur pulak. Jajan-jajan ni tak berapa bagus untuk bebudak macam Shein. I suka makan Super Ring ni sampailah I diperkenalkan dengan Wonder Cheese. Rasa dia bagi I macam Super Ring tapi yang ni lagi sedap! Sebab rangup and packing dia besar so puas makan. Ever Since kenal Wonder Cheese, I telah mengucapkan selamat tinggal pada Super Ring. I biasa makan dekat office sebab makan rebut-rebut la best. Selagi tak bukak dia punya seal, selagi tu menempel je Intan dekat meja I tanya bila nak bukak. Kekadang dia ambik dekat tempat I. Biasalah makan orang punya memang lagi best. Ada sekali dia cuba nasib tanya I ‘Kaksu nak ker lagi?’ Ewaaaaaaah. Dah kita bagi, dia tanya pulak kita nak ker taknak. I jawab dengan jelingan maut je. Nak beli laaaaaaaaaaaaaaaaa!! Eeeeeee. I ingat I je sorang suka Wonder Cheese tapi rupanya Kaklong pon suka weh! Haritu dia balik kampung letak dalam kereta lepas tu kata Mak, dia suka. Mak cakap kerepek sedap warna oren. Lepas siasat baru la I tau kerepek sedap tersebut ialah Wonder Cheese.


Punya sedap, ko lempar atas lantai je Wonder Cheese ni Najib? Hahahaha.

Resepi Nasi Goreng Tomyam dan Bihun Goreng Kangkung By Siti Nohaliza

Assalamualaikum..

Kemain Siti Nohaliza hari-hari up post masak dalam IG dia. Baru 5 hari puasa boleh laaaaaa. Kita tengok sampai bila bertahan nak masak. Hahahaha. Harini dah blur tak tau nak makan apa. Tapi I kalau bulan puasa suka makan ikan bilis. Nampak tak Allah tu atur macam mana? Time bulan puasa nak makan ikan bilis je. Kalau tak, poyo la asyik nak Salmon Sashimi. Pui! Kata MIL I. Bila bulan puasa, dia kena beli Ikan Bilis siap kopek 2 kilo untuk I makan sorang. Hahaha. Dah tu demand pulak, ‘Mak, Su nak ikan bilis yang mahal ajer tau?’ Gigih la Mak and Bapak mencari Ikan Bilis yang macam I nak. Tapi harini macam ada teringin nak buat Sambal Tumis Sotong. Teringin tu pulak baru 55% je takde teringin mana. Tapi sedapnyaaaaaaa kalau dapat makan. Haritu ada lagi balance cili blend yang masak Bihun Goreng. Tengok petang ni macam mana. Kalau ada Sotong Segar dekat Kedai Usop boleh la buat Sambal Tumis Sotong. Kalau takde, bukak puasa makan Cucur Sayur favorite Si Sazli je la. Dia hari-hari mesti nak makan Murtabak and Cucur Sayur. Cicah dengan Plum Sauce + Sambal Kicap Botol. Sedap! Macam I, biasanya nak makan yang simple je and yang nak ikut citarasa tekak sendiri. Dah kalau nak ikut citarasa tekak sendiri maknanya kena la masak sendiri, ye dak? Cuma sekarang ni macam takde selera sangatlah nak makan apapa. Ni ada beli Sambal Ikan Bilis dekat kawan Intan. Tengok sedap ke tak. Tapi hari-hari makan sambal pon tak berapa ok sebenarnya. Pagi pon now nak bersahur kunyah 20 kali pon rasa tak boleh telan. Sudahnya makan bersulam dengan air. Ishk, tak lalu nak makan ni macam fenomena luar biasa I je. Ikutkan makan ajer lah apapa pun janji kenyang kan? Tapi konsep I, if ada yang teringin nak makan baru la I berselera. Ok, meanwhile I merana nak fikir masak apa petang ni kita layan dulu Gambar and Video Tutorial Masakan I yang good-good ni.


Semalam masak Nasi Goreng Tomyam Bodoh

Tuesday, May 30, 2017

RM120 sehelai FREE POSTAGE for HOC (Sampai esok midnight sahaja)

Assalamualaikum..

Masa puasa tahun lepas tu ialah tempoh percubaan I pakai HOC. Lepas dah berjaya lose weight then only I start promote and jual. Kena la tau keberkesanan dia. Mana boleh bagi fake testimonial. Actually dalam bulan puasa la yang I lose lebih sikit. Sebabnya puasa dah memang sedia kurang makan sebab I sejenis bukak puasa memang makan sikit je and tak jenis mengulang makan lepas tu sahur pulak seminggu je lalu makan heavy and lepas tu sahur I buat milo or bancuh oats and makan kurma je. So dapat hilang time puasa je almost 4kg (siang pakai HOC). Lepas tu Raya banyak open house and sampai la dekat hujung tahun tu and sampai sekarang ada beria sikit makan, so ada la naik turun berat tapi dia macam berpada-pada la and I pon letak limit I. I boleh naik and makan takat mana. If dah reach berat tu, kena disiplin balik. Disiplin tu termasuklah pakai HOC hari-hari tapi aaaaaaaaaaada jugak yang I culas sebab dah berjanji nak makan sedap dengan otomen-otomen dekat office ni cuma yang I buat untuk control my weight is, if I reach certain KG lepas tu I akan disiplin balik. Pakai HOC ni kalau korang bedal makan macam biasa dengan takde exercise semua memang la tak boleh nak turun. Ni ko berat 120kg, lepas pakai seminggu claim I penipu sebab berat tak turun-turun. Bila tanya macam mana lifestyle, dia kata macam biasa. Siang makan, malam makan. Dah tu berat pulak 120kg and expect turun berapa KG dalam seminggu dengan pakai corset je? Mana la nak boleh… Corset ni sebagai medium untuk membantu mengurangkan berat badan tapi kenalah disiplin and ikut saranan I. OK? Untuk bulan puasa, pakai la time siang. Bila dah nak berbuka tu bukak ler. Nak pulak jenis makan jenis ngulang-ngulang. Kang pakai corset malam takot semput pulak sebab perut tetiba penuh isi.


Ikut ni. Ok? Sebelum pakai corset sapu la any krim panas. Krim Mustajab ke. Lap badan dulu kering-kering sebelum sapu krim panas kang menggelupur dia punya pijar.

Hershey's Brownies Haizan Yang Sedap

Assalamualaikum..

Mintak maaf la sebab terpaksa share gambar Brownies dan rakan-rakan beliau yang menggugat iman dari Haizan ni. Waktu nak taip ni ada la jugak dalam hati bertanya ‘why why why’ tapi takper la, memasing dah besooooo. Tahan la sikit iman sampai berbuka eh? Nanti berbuka kang boleh makan sampai lepak. Semalam I terbaca article pasal seorang lelaki dekat Terengganu pergi Azan Maghrib sendiri pukul 4.30pm sebab tak tahan lapar. Dia ingat lepas dia Azan boleh la eh berbuka? Yang tak tahan tu dah dia sorang lapar habis dia Azankan semua orang suruh berbuka sekali. Comel nau perangai. Tengok badan macam debab je tak sangka jenis manja tak boleh lapar. Tak pepasal kena bicara dekat Mahkamah dituduh atas Akta Hasutan 1948. Kekadang lelaki ni nampak je kental tapi kena sakat sikit dah koyak mental. Macam Sazli, dia kalau Shein lepas minum air cakap ‘aaaaaahhhh’ pon dia menyirap. Hahaha. Shein pulak sama naik nak menyakat Abah dia. Kekecik dah nampak perangai suka sakat orang. Mana belajar entah. Berbalik pada cerita Hershey’s Brownies Haizan ni, I ada a few time dah cuba and approved S E D A P. Atas crunchy, dalam moist, manis dia ngam-ngam and tak level potong kaki. Ada orang kalau buat Brownies dia punya crunchy dari luar membawak ke dalam. Yang tu tak sedap. Ada orang tak sabar nak suruh Brownies cepat masak dia pergi bake pakai api atas sekali. Dia ingat brownies tu Bahulu? Sesuka suki je guna api atas bawah? Orang tu sebenarnya ialah I. Kah kah kah. Anyway, kawan-kawan I pon ramai dah rasa and terjebak jugak beli Hershey’s Brownies Haizan ni. So maksudnya apa? Haaaaaa.


Hershey’s Brownies Haizan. Atas crunchy, dalam moist and drizzle dengan chocolate on top. Diz iz crazy. SEDAP GILER

Monday, May 29, 2017

Kisah Awal Puasa

Assalamualaikum..

Korang, harini nak berbuka apa? I tadi tengok gambar meehun macam teringin. Lepas tu nak yang macam tekak I suka. Kang beli kang ada je yang tak berkenan dihati. Mihun I tak suka yang kaler putih, yang kaler hitam and yang lembap. Dia mesti mau merah gelap. Lagi best kalau masak guna kayu api sebab ada rasa smokey and tumbuh-tumbuhan letak dalam tu I suka kangkung dari sawi. Banyak-banyak mihun dalam dunia ni, ada satu yang I berkenan dihati. Mihun yang jual dekat tepi padang bola Setiawangsa. Gerai yang sama jual Burger Malaysia tu. Situ sedap woooo. Dia takde letak pon ayam. Ikan bilis je buat perencah taaaapi sedap. Rasa smokey. Dia bungkus dalam plastic lepas tu harga singget je satu. I sukaaa giler mihun dia. Tengok la jap lagi kalau merajin boleh la masak. Kalau tak merajin menung je la mengenang nasib sebab 2 hari berbuka ni tekak tak berapa nak lalu. I bukak puasa dekat rumah Bapak. Memang hari-hari bukak puasa dekat sana. Senang and jimat kos. Hahahaha. Tapi hari-hari mesti nak ada Air Cincau Pasar Ramadhan Ampang jaya. Sedap la air cincau dia. Ada rasa macam wangi-wangi. Taktau la apa dia letak. Takkan Softlan kot? I kalau bukak puasa air tu either nak cincau atau tebu je. Yang lain tak suka. Lagi la air warna warni banyak sampah sarap macam Katira and Laicikang atau ABC atau yang berunsur susu/santan I tak suka. Macam Katira tu if I minum I stressed sebab otak I tak boleh nak trace tu rasa apa. Nak kata susu tak, nak kata nila tak. Lepas tu kang kejap kaler hijau, kejap biru. I confuse and otak I malas nak fikir sama naik macam I la time bulan puasa ni. Semua malas. Kekadang sanggup eh tahan kencing punya malas nak pergi toilet? Kah-kah-kah. Tapi dalam pada malas 2 hari ni dapat jugak la masakkan suami Mee Goreng and Sambal Petai. Nah terimahlah gambar semua dalam kuali je. Hahahaha.


Mee Goreng Udang Geragau

Buffet Ramadhan Sedap Lagi Murah di 9Kedondong

Assalamualaikum..

SELAMAT BERPUASA SEMUA!! Carik pasal betul la tengok balik gambar-gambar makanan dekat 9Kedondong Ramadhan Buffet ni. Menyesal pulak tengok waktu macam ni sebab rasa macam mengundang sangat especially Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Kaw giler! Cukup pedas, cukup lemak semua.I memang kasik 5 star. Kuah pekat, siput fresh. Perrrrghhh!! Sebijik rasa macam dekat rumah. Rasa macam nak makan jam ni jugak. Padahal ni tengahari pon belum lagi. Hesh! Haritu I berkesempatan pergi ke Pre-Ramadhan Buffet dekat 9Kedondong. So I dulu la dapat rasa makanan sedap-sedap ‘Citarasa Kampung’ dekat 9Kedondong awal dari korang. Jangan jeles haaaaaa. Hehe. Haritu memang I makan light-light je sebab nak makan puas-puas dekat sana. Macam dijangka, memang PUAS HATI sangat. Dari last year, ramai readers yang puas hati dekat menu dekat 9Kedondong. Dorang suka sebab ‘feel’ suasana kampung tu and of coz jatuh hati dengan Siput Sedut masak Lemak Cili Api dekat sini. Ada meja buffet utama, ada gerai-gerai yang menyediakan pelbagai jenis nasi, mee and masakan panas, ada hiasan ala kampung siap ada congkak and astaka berdaun nipah. Susah la nak dapat tempat bukak puasa yang luas, selesa, offer lebih dari 40 jenis masakan kampung and tempat solat yang selesa siap ada Imam macam dekat 9Kedondong ni. Parking pon senang. Kanak-kanak nak berlari main-main pon selamat sebab gated area. Pendek kata sangat convenient untuk family yang ada anak kecik and most important MURAH you’olls. RM55.00 sahaja untuk Dewasa, RM28 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dan Senior Citizent serta PERCUMA untuk kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah. Jom check out gambar makanan yang I sempat snap.


Hero 9Kedondong. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. OMG drolling gileeeeeer wei! tengok gambar pon dah tau sedap kan?

Friday, May 26, 2017

Jangan Tertipu Dengan Longchamp Fake Mengaku Original

Assalamualaikum..

I pernah tau ada experience nyarissssssssss terbeli Long Champ imitation. Kah kah kah. I tak sangka I hampir memasuki senarai terbeli handbag fake sebab gelabah tetek tetiba Longchamp Neo Small RM300.00 ko aperhal murah sangat? Dah la cantik! Memang nak beli 2-3 terus la. Time tu saja la nak kasik agent-agent HOC yang sale bagus. Nak kasik reward la kononnya dengan bagi Neo LC. Naseb I tanya pada Marsha (otai online shopping) ternyata LC yang di dakwa original ialah Premium Grade or AAA dari China. Naseb la masa I mintak refund dapat. Tu pon nasib-nasib je sebab barang tak delivery lagi. Kalau dah ada dekat tangan and nak mintak refund memang tak dapat dah as stated dalam IG seller tu ‘No fussy Buyer’. Lepas je dia refund duit, zaaaaaap IG, FB, WhatsApp aku semua kena block. Sebelum tu I ada cakap la. ‘Awak if jual Premium Grade kena cakap la. Jangan jual FAKE mengaku original. Meniaga kena jujur’. Lepas tu kena la bahasa ‘Dah tau takde duit, nak beli LC jugak lepas tu nak fussy’ T____T Hahahaha. Yerlah. Malas nak gaduh. Kita memang ongmiskin pon tak mampu nak beli LC. Ko nak defensive sangat lantak dekat situ tapi meniaga kena jujur. Premium Grade, 1:1, AAA semua kena dedahkan and jujur jangan mengaku Ori ye penjual handbag imitation sekalian? Ada je penjual Premium Grade handbag I kenal among family and friends yang berjaya peroleh income 5 angka sebulan tapi jujur. J U J U R dalam meniaga pon boleh dapat tambah income. Jangan menipu.  Eh, panjang pulak intro. Padahal nak tolong Ongkaya Lia owner @ibaggyou yang nak berangkat ke Europe tak lama lagi untuk promote LC. If korang nak beli LC ORIGINAL dengan Lia ni la. Sebab dia memang trusted seller, SSM registered dan jujur. Beli barang dengan dia CONFIRM ORIGINAL. Tips Lia senang je : If nak beli LC kena beli dengan orang yang pergi sana and straight bawak balik. Kalau takat beli dari IG entah taktau mana source jangan la beli sebab LC Neo Medium jual dengan harga RM350 tersangatlah ridiculous. 

Longchamp NEO Small RM400.00, Medium RM450.00 (Outlet item. Colors depends on availability during the trip). Yang ni LC original PALING MURAH I pernah tengok. Haritu I beli pon RM550.00. Cuma warna dekat Outlet ni tak boleh nak pilih. Ikut mana yang available la.

Boat Noodle. Sedapnya!!

Assalamualaikum..

Haritu tengok dalam IG sapa entah yang roti kukus cicah kaya hijau + susu cair yang popular dekat Boat Noodle tu terus I teringin. Nak kena makan secepat mungkin ni. Boat Noodle dekat area Ampang ni ada 2. 1 dekat Ampang Point, 1 lagi dekat Avenue K. So tak jadik masalah kalau nak pergi. Yang masalahnya macam mana nak pergi time lunch sebab Boat Noodle ni bila yang tak queue panjang? Manjang queue berlapis-lapis ok? Tu pasal la each time nak makan, terpaksa kensel. Hari Selasa lepas, I ajak Dyba and Kaklong makan dekat Boat Noodle. Intan ikut sekejap sebab ada date dengan ‘calon bakal suami’ yang di arrange oleh Mak Pengantin si Anny. Anny dah sampai dekat Boat Noddle awal so dia cop tempat and makan sesiap. Bila kitorang sampai, kitorang replace la tempat Anny dah meninggalkan orang tengah beratur panassss je pandang. Hahaha. Sian ok beratur lama? Kitorang dah siap makan dalam 25 minutes, then only yang beratur tadi dapat tempat. Tu jer la masalah dengan Boat Noodle ni. I tak berapa berkenan nak makan kena beratur sebab dulu masa sekolah dah puas beratur time nak makan dekat kentin siap ada kes I merajuk lagi dengan Makcik kentin lepas tu taknak makan. Bab beratur, lepas tu merajuk ni a few time jugak la jadik. I kenot. Memang boleh nanges especially yang potong queue sebab bajet VIP. Menanges betul.. Bukan menanges main-main. I dengan makanan emosi lain macam yang tu semua orang pon tau. Intan dah paham sangat dah perangai I ni. Tu kekadang dia selamba je muka tanya kalau nak makan involve beratur. ‘Kaksu ni dah beratur panjang jangan nak merajuk pulak. Kang penat je queue Kaksu merajuk. Malu la Intan’. Tengok???? Melawan boleh tahan Intan ni. Hahahahah. Sapa ingat kisah I dengan Apam Balik angkat tangan! Sapa yang taktau boleh baca dekat sini.


Cecece ambik sorang 2 mangkok je konon. Memang jawapan dia tak cukup la.  Lepas tu tambah lagi 2 Beef punya. Yang dalam gambar ni is Chicken Thai Rice Noodle dengan Chicken thai Egg Noodle. Harga semangkok ayun is RM1.90 je mak enon. Kuah ada dua jenis. Yang kacang warna keruh tu Kaklong cakap ambik 2 je sebab tak berapa sedap. I rasa sama je semua.

Thursday, May 25, 2017

Pasal Shein and Dr Farhan, Autism and Asperger

Assalamualaikum…

Harini I nak cerita pasal Shein.  Rindu pulak dekat dia. Malam tadi time Intan call mengadu masalah bakal-bakal suami dia Shein sebok la ‘Mama Mama Mama’ nak tunjuk dia ikut Atom (Real Steel) training boxing dekat TV. Time orang nak bercakap, time tuuuuuulah dia sebok nak bercakap jugak. Geram! Bila nak tido pulak macam-macam alasan. Kekadang now nak tido pon macam nak bergaduh. Dia tak kasik I bergerak dari sofa. Jangan kata bangun, angkat kepala pon tak boleh nanti dia akan cakap ‘Sit Mama, Sit’. Lepas tu suruh kepala pandang straight TV. Kekadang dia drag makan nasi bukak mulut sikit-sikit sebab nak kasik lambat habes start makan dari pukul 8.00pm – 9.45pm sebab tau pukul 10.00pm kena tido. Macam-macam akal. Paling tidak pon dia ajak kita mandi walaupon tadi dah mandi, taknak tido punya pasal T___T Bulan depan umur Shein 4 tahun 6 bulan la. Tak sangka sekejap je masa berlalu tup-tup Shein dah 4 tahun dah. Korang pon tau kan yang I pernah share cakap Shein ada masalah speech delay… Umur 2 tahun, dia tak repeat lagi apa yang I cakap and masih tak boleh nak bina perkataan. Time tu I dah start jumpa doktor untuk check kalau-kalau Shein ada problem berkenaan development dia seperti Autism etc. Al-hamdullillah lepas buat assessment Shein autism FREE cuma ada speech problem and boleh di rawat.


Dah besar dah Shein

Wednesday, May 24, 2017

Kisah Burger Ampang Jaya

Assalamualaikum.



Semalam teringin nak makan burger stall. Burger Truck Amin yang depan Kolej Islam As-Sofa tu tutup pulak semalam. Dia buat sedap! Ada cheese and blackpepper sauce kalau yang special. Time teringin, time tuuuuuuuuuuuuuulah yang dia tutup kan? Dulu masa zaman muda-mudi time duduk dekat Keramat AU, I suka Burger Stall yang dekat tepi flat polis Keramat Permai tu. Ada cheese and blackpepper sauce bapak la sedap. Dulu selalu makan dengan Abang Yut dekat situ. Harga murah je. Yang special tak sampai RM4.00 pon. Now taktau ada lagi ke tak. Semalam tu kepala ligat fikir, mana la nak carik Burger Stall dekat-dekat area rumah I ni. Tetiba teringat ada satu gerai dekat Ampang Jaya. Yesssssss!! So I order la 2 burger double special, taknak bawang. Belikan Sazli punya sekali. Mintak taknak sos meleleh sebab leceh nak makan + belajar dari Sazli. Dia tak suka makan burger banyak sos. Burger Special dia takde cheese la wei. Sos blackpepper pon takdak. 2 ketoi RM10.60 maksudnya seketul jatuh harga RM5.30…. Memula rasa macam mahal for burger like this tapi fikir balik, kalau makan Burger Mc Donald, kena belas-belas pon tak komplen. Makan burger gerai kena RM5.30 pon nak berkira ke, kan? Tapi tu lah… Makanan nowadays makin lama makin mahal. Nak pulak KL ni. I pon kalau makan kussss semangat sebulan dah berapa. Nasik putih pon pernah sekali I beli yang kosong RM3.90 ok? Café biasa yang bukan ada aircond pon. I wonder, masa zaman Shein ada anak bini nanti berapa lah harga seketul burger stall. Mau RM20.00 kot? Sapa tau?


-eNd-

Rock to Run Trip - Mee Udang Kuala Sepetang and Merbau Pulas

Assalamualaikum

Pepagi dah cerita bab makan. Hahaha. Tabah jer la korang eh? Setabah hati I setiap kali ke Utara lepas tu tau dah mesti akan gain weight paling busuk pon sekilo. I sebenarnya wonder macam mana orang Penang boleh menten kurus dah kalau tetiap hari terbantang depan mata makanan yang sedap-sedap? Haritu busuk-busuk pon I makan Jeruk Pak Ali yang Kak Fiza belikan 2 pack (sebab I eksyen cakap nak sikit je) punyalah sedap lahai. Tak pernah makan jeruk sedap macam ni. Kalau bekukan buat eskrem pon sedap jugak ni. Lepas tu masa dekat Padang Brown I makan Pasembor OMG S E D A P sangat. Lain giler dengan Pasembor yang I pernah makan dekat KL ni. Tu nanti la I share kemudian. Untuk harini I nak share Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Haritu dah ada dah teaser tapi biasala harini nak carik pasal lagi. Hahahaha. Kali ni I cakap pada Sazli, I nak makan Udang Salut Tepung yang size besar sekapal (dia letak dalam bekas kapal). Cicah dengan special sos dia aduhai sedapnyaaaaaa. Mee Udang I nak makan kemudian. Maksudnya bungkus la. Kalau makan banyak sekaligus nanti tak nikmat. Nasi Goreng dia duluuuuuuuuuuuu I rasa macam sedap but now tak sedap la. Tak sedap sangat. I tanya Sazli, dia kata ok. Sazli ni semua makanan pon ok je. Masin ke, cili tak masak ke samadengan OK. Dia tak cerewet sebab tu dia tak boleh jadik Food Blogger macam I hahahahha. I kena la share honest review kan? Sedap I cakap sedap, tak sedap pon I cakap tak sedap lah. But, selain dari Nasi Goreng Udang, yang lain dekat Mee Udang Makjah Kuala Sepetang ni sedap. Cuma Mee Kuning dia, dia tak celur. I suka yang celur sekejap. Maybe dorang guna teori kalau letak dalam kuah panas dia akan lembut ke I tak sure. Overall Siti Nohaliza kasik 3.5 bintang sebab service dia pon cepat, harga dia pon berpatutan. Ok mari kita saksikan segala mala makanan tersebut kye terlir padan muhuker.


Tengok pon dah tau kan sedap? Udang dia fresh. Lepas tu tepung dia rangup and sedap rasa macam ayam KFC. Cicah dengan special sos. Memang sedap gileeeeeeeeeeeeeer. Thank you Mee Udang Makjah kasik I rasa udang sedap macam ni dalam hidup. Hi Ain. Eat your heart out. Hahahaha.

Tuesday, May 23, 2017

Rock to Run Trip - Armenian Street/Art Street

Assalamualaikum..

Korang tau kan dekat Armenian Street/Art Street tu ada banyak mural dekat dinding untuk ambik-ambik gambar? I pernah share dekat sini. Ni memang one of I punya favorite place untuk I pergi dekat Penang. Pakkal la pernah pergi last time, kalau tak mau nanges sebab trip kali ni takde banyak masa sangat spend dekat sini. Pertamanya sebab cuaca panas and keduanya kalau ada bebudak baya-baya Shein ni susah sikit sebab mereka kurang memberi kerjasama + renyah la sikit kan nak naik beca bagai sebab jarak satu sama lain tu sebenarnya agak jauh. Nak jalan kaki mau becak la ketiak.  One more yang sawan camera I sorang, lepas tu nak drag Sazli and Shein macam tak fair so this time dekat area ni kitorang spend time visit Penang Time Tunnel dengan family Abang Zai, Abang Shahrul and Kak Fieza. Sini ada aircond, best! Banyak jugak kitorang ambik gambar dekat sana and Shein pun rupanya kalau instruction dari orang lain, dia ok je boleh dengar. Banyak ambik gambar sebab yang tukang ambikkan tu garang boleh tahan so bagus la untuk Sendong korang tu. Kalau dari Mak Kau Hijau naik nak terkeluar anak tekak cakap ‘Shein peeeeeeeeeeeeeeeeeace’ haram dia nak tengok camera. Tak pon mulut je cakap pis tapi mata melilau tengok Dragon la, tengok eskrem la. Heart attack. Lagipon haritu orang ramai la dekat Armenian Street tu and cuaca panas so kitorang decide untuk terus ke Penang Time Tunnel je. I sempat la ambik gambar sebelah basikal tu je. Nak ambik dekat basikal queue punya la panjang so good bye. See you next time. Gambar berdua tu pon entah sapa-sapa la I approach suruh ambik. Kah kah kah. Time tu Sazli pergi park kereta. Nak park kereta pon boleh tahan susah. Jom layan gambar.


Ni dekat sebelah Basikal tu. Punya ramai orang queue ambik gambar. Tengok kaki Shein kemain lagi bersilang. Sapa entah ajar dia. Tengok tangan tak lepas dengan henpon. Padahal mana ada wifi pon. Sebok nak pegang henpon lepas tu lost focus and jatuh. Bercalar lutut. Padan muke. Hahaha.

Rock to Run Trip - Char Kway Teow Sedap Di Shamrock Beach

Assalamualaikum..

Welcome back KL! 4 hari dekat Penang seronok sangat (dan gemok sangat tssssk tssssk). Rasa macam sekejap je pulak 4 hari sebab pack with activities. I packing untuk diri sendiri baju cukup-cukup je. Nak balik semalam sependa pon tinggal sehelai kah kah kah. Baju untuk Shein pulak cukup untuk duduk lagi seminggu dekat Penang. Aku pon taktau kenapa each time pack baju Shein mesti berlebih tak ingat. Hahaha.  Sazli happy sebab dapat masuk  lari Rock To Run 2017 tu sebab plan dengan Abang Kakak Apartment and dapat jumpa dengan John kawan rapat masa dekat Teknik Kulim dulu. Tapi dia dengan John nak komplen dekat Organizer Rock to Run 2017 sebab depa kata, depa kena tipu. Kata lari 3.8km tapi sebenarnya 4.2km T____T Hahahahaha. Kata John, lari kurang km takpe, jangan lari lebih. Yang tu kena komplen. Bongok la dua orang tu. Hahaha. Kali ni I takde dapat makan Nasi Kandar pon sebab salah timing and salah plan tapi takpe, I tak frust sangat sebab memang kali ni tekak nak Laksa and Char Kway Teow sedap je. Alhamdulillah dapat. Dapat makan dekat unsung place pulak tu. Gerai bodoh je tepi jalan dekat Shamrock Beach, Batu Feringgi. Tak pernah dikecohkan dalam internet tapi ya amat sedap bak ang! Ikutkan hati nak makan 2 pinggan tapi ku tahan Jebat. Lagipon segan kat Muni. Dia mengandung pon makan sikit dah kau kenapa yang takde orang dalam perut makan kussss semangat? Naseb baik la John bawak kami makan dekat situ sebab masa dekat Padang Brown tu, dia punya Char Kway Teow agak masin and tak kena dengan tekak I. Ngada kan? Padahal Penang memang tempat Char Kway Teow laaaaaagi nak komplen bab rasa. Entry pertama Penang I hadiahkan dengan Char Kway Teow sedap ni. Pada yang terliur, I mintak maaf banyak-banyak. Jangan kata  korang, I sendiri pon tengok hatiku tak tahan. Cis!


Char Kway Teow special dekat Shamrock Beach, Batu Feringghi. Kedai tepi jalan je tapi kussss semangat sedap bak ang!

Friday, May 19, 2017

Journey To The North

Assalamualaikum..




I dah otw ke Penang ni. Singgah visit Tok dekat Merbau Pulas lepas tu malam ni check in dekat Maritime Guest House Georgetown satu malam and esok sampai Isnin kitorang dekat Hard Rock pulak. Ni taktau la berapa kg gain weight ni. Tetau la Penang, food paradise kot? Ni tadi ada blog reader pesan suruh makan dekat Deen Maju. Kata dia, situ paling sedap Nasi Kandar yang dia pernah makan. Nak kena try la nampaknya. Selama ni kalau Nasi Kandar biasa Sazli bawak makan dekat Kayu dekat Vistana Hotel tu. Tu pon dah sedap nak mampos. Masak letak sependa ke apa? Hahaha. Ada orang cakap Nasi Kandar Beratur sedap, tapi I tak pernah try sebab  tak berapa minat nak beratur panjang-panjang. Princess kan? Hahahahha. Pang nak? Ni I baaaaaru siap makan dekat Mee Udang MakJah Kuala Sepetang. Sedap sangat dia punya Udang Celop Tepung. Rangup! Udang dia pon fresh. Ada size biasa and size gemok. Of coz I ambik yang gemok supaya seiring dengan size badan Shein *tetiba shein.. Memang sedap hoi! Tak sampai hati pulak nak cakap sedap bebanyak kali sebab takot Ain nanges. Dia hantu udang. Hehe. Oklah! Nak sambung tido sebelum sampai Kuala Ketil. Rasanya by 3.00-3.30 pm sampai la kot, InsyaAllah. Pada semua Selamat Berhujung Minggu. Kalau makan sedap-sedap jangan lupa I pon makan sedap jugak dekat Penang ni kahkahkah.

Sedapnyaaaaaaaa!!

-eNd-

Thursday, May 18, 2017

Intan Yang Mue dan Dotty's

Assalamualaikum..

Semalam Si Intan cakap nak makan light-light je dekat Dotty tapi Intan ada RM10.00 je Kaksu. ‘Intan nak Sandwich dengan Green Tea Latte tapi. Sandwich boleh share dengan kaksu’. T___T Lepas tu I cakap, ‘No Latte, Sandwich je ok? Air minum mineral water’. (Gaya cakap tu macam cakap dekat Shein). Lepas tu dia angguk tak melawan. Bagus. Masuk Dotty nampak dessert dia nak dessert pulak. I nampak dia perati cake dengan mata bercahaya. One slice RM13.00 tak silap I. Tak sempat dia cakap nak yang mana,  lepas tu I cakap ‘Ambik donut je. Baru RM7.00’. Intan melangkah lemah selepas itu. Hahahaha. Intan ni kan dia memaaaaaaaaaaaaang tau? Manja sangat. E! Selalu la ada RM10.00 tapi nak makan aircond. 3 hari ni I sabar je dengan dia so mana dia nak makan, apa dia nak makan lepas tu ada RM10.00 I redha. Ni la Dyba cakap dia mue. Mue tau apa mue? Mue ni manja melampau. Kerjanya nak paw aku je. Tapi takpe la sebab Intan buat Kaksu happy. Apa la sangat belanja lunch RM10.00 lepas tu coffee RM12-15.00 lepas tu pisang + yogurt + chipsmore dekat news.com RM6-7.00 APA LA SANGAT KAN? Janji doakan Kaksu murah rezeki dah *rollingeyes. Intan ni kalau dekat news.com tu DAH PESAN TAKE ONE ONLY tetaaaaaaaaap tak dengar kata. Kang tetiba nampak Chipsmore atas counter dia nak. Dia kata ‘Yang ni Intan bayar sendiri Kaksu, tapi purse Intan dekat atas’. Macam tu la kan selalunya? Sampai hati ke nak mintak singget tu dekat dia? Of coz la tak. Geram je hahaha. Ni Dyba takde ni takper la nak layan dia. Minggu depan Dyba dah masuk office, biar dua orang tu tag team makan dekat kentin bawah yang bau minyak tu. Dorang cakap dah over spend. Gaji nanti baru makan sedap. Baiklah.


Salted Egg Spaghetti. Sedap! Tapi lagi power yang dekat Magnum Café la bagi tekak I. Dekat situ ayam dia sedap + ada cili padi. Memang sedap weh! Ni nak kena pergi la ni before puasa. Sapa la nak teman.

NOT NUMBER KKM FOR ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Kecoh kan bebaru ni pasal ada a few familiar Local Skincare yang ada pengesahan KKM tapi tetiba disenaraikan mengandungi bahan terlarang? Ever since that, ramai dah pengguna yang takot nak pakai local skincare walaupon ada pengesahan KKM. ANNESURAYA yang picisan ni pon terasa ‘bahang’ jugak sebab tak putus-putus dapat argument dari pengguna pasal selamat atau tak guna ANNESURAYA SKINCARE ni, walaupon kitorang dah bagi NOT Number KKM yang ANNESURAYA SKINCARE selamat diguna taaaaapi tetap kena argue sebab ada yang lantang cakap ‘Dah tu, Skincare ‘T’ tu ada pengesahan KKM tapi kenapa ada bahan terlarang?’ Dalam kes ni, I rasa simpati pada Founder-founder yang tak bersalah kena bash sebab issue ni. Kesian sangat. Bertahun nak bina brand sampai mampu berdiri tetiba jatuh terduduk sebab popular dengan cara yang tak berapa manis. Tu kalau jadik pada I mau aku muntah sebesen. Haha. Time ni ramai pengguna/stokist/agent yang desak Founder  untuk buat press conference semua but I tau, nak self-defense dalam keadaan tengah panas pon kekadang akan merumitkan keadaan. Orang takkan mudah terima dan lebih pada nak cari salah so it’s better to remain silent sampai la keadaan reda. Nampak Founder memasing cool tapi susah hati mereka, siapa lah yang tau? Dalam hal ni I percaya bukan la salah Founder 100% tapi kekadang datang dari kesilapan pihak Kilang/Manufacturer jugak. 


Kelima-lima product dalam ANNESURAYA SKINCARE (Facial Cleanser, Toner, Day Cream, Night Cream and Intensive Night Cream) adalah selamat digunakan dan mendapat pengesahan dari KKM

Wednesday, May 17, 2017

KyoChon Lagi – Edisi Intan, Kaklong and Kakyang

Assalamualaikum..

Jumaat lepas for lunch masa I tanya Intan and Kaklong nak makan kat mana memang semua stressed. Soalan paling payah dalam donia 1) Nak makan apa 2) Nak makan dekat mana OMG MEMANG BOLEH GILER. Hahahaha. I kata pada Kaklong and Intan, mana kereta ni gerak, situ la kita pergi. Tetiba Snow White bawak kitorang ke Pavilion. I macam happy-happy ayam la sebab dapat pergi Mall (sebab ada aircond and lepas makan boleh shopping) tapi ada la rasa sedih sikit-sikit sebab taktau nak makan apa. Kita kan kalau ada menda yang teringin nak makan jadik excited lebih? Dia macam ada destinasi dan tujuan hidup. Gitew. Kalau menurut kaki melangkah ni nanti makan pon ala kadar je la asal kenyang. Takde excited. I memang macam ni. Sebab tu bila ada time yang I takde tingin nak makan apapa I rasa sedih sangat hidup ini. Sobs. Sebab tu if makan Buffet I kurang gemar sebab I don’t know what to eat. Paham tak perangai mengada macam ni yang jenis nak makan specific itu la, ini la. Padahal daha da makanan tu, makan je la. Kan? Hahahahha. I kalau teringin nak makan satu-satu menda tu, dari pagi mood berbunga je. happy! Kekadang tingin nak makan simple macam telur ceh. Telur ceh tau apa? Panaskan minyak, masukkan telur kacau terus. Masukkan Sos Cili + Kicap Manis. Makan dengan nasik lepas tu ulam cili padi. Yang tuuuuuuu pon kalau dah nama dia teringin, tetap rasa happy. Back to cerita lunch kitorang. Sikit lagi nak sampai Pavilion, Kaklong cakap. ‘Cep, makan ayam KyoChon jom? Aku ak penah makan. Tapi takot Ayang marah sebab janji nak makan dengan dia’. Hahaha. Lepas Kaklong cakap macam tu terus la Siti Nohaliza happy sebab dia luuuuuuuuuuuupe yang dia tengah giler ayam KyoChon and ayam KyoChon ada dekat Pavilion!


Intan dah a few times makan dekat sini. Favorite dia is Garlic Soy.

Tuesday, May 16, 2017

Amverton Cove : Rooms and Splash Pool

 Assalamualaikum

Haritu ada yang mintak I share gambar bilik dengan pool dekat Amverton Cove. So harini I share la eh? Bak duit sebab korang memacam request. Korang ni kekadang manjaaaaaaaaaa. Semua info nak share depan mata. Padahal boleh Google jer. Grrrrrr. Manja kan? Naseb baik la I jenis kalau masuk hotel beria ambik gambar bilik siap jamban semua. Hahaha. Pempuan memang gelabah macam ni. Ke I sorang je sebenarnya? Ah lantak la. Tak yah jawab. Hahaha.  Masa yang I pergi tu kitorang ambik bilik jenis Deluxe Family Room. Dalam dia ada 1 Queen size bed + 2 single bed. Memang besar la. Queen size bed tu serious 4 orang boleh tido. Single size tu pon boleh 4 orang so kalau satu family Mak Bapak lepas tu anak jenis lahir setiap tahun ada 6 orang, boleh je ambik bilik ni. Muat. Serious memang luaaaaaaaaaaaaaaaaaas. Tapi kalau Deluxe Family Fun Package 2 Days 1 Night yang harga RM488.00 nett (surcharge RM100nett per room per night for weekends stay on Friday, Saturday and Eves of Public Holidays) tu dia punya package 2 Adults + 2 children je la. So yang lain kena la bayar asing untuk join activity dekat sana. Facilities macam splash pool, gymnasium, table tennis, kids’ games room, kids’ fun zone tu semua free. Boleh guna sampai lebam. Bilik I ni best wooooo sebab bukak je sliding door, terus boleh terjun masuk kolam. 5 6 langkah je dah sampai. Pool dia besar, ada slides for kids and for adult boleh swimming.


Ni bilik I. Dari dalam boleh nampak kolam. Nak pergi  breakfast pon dekat dekat Rabbit Room. Tu yang nampak macam khemah putih tu.

Le Petite Dotty's

Assalamualaikum..

Bahagia sangat bila dekat area office ada makanan yang sedap-sedap. Nak pulak bila sekarang ni kemain bercinta-cintun dengan Affogato so senang lah. Jalan kaki tak sempat basah ketiak dah dapat minum. Hehe. Dulu take away Affogato dia letak dalam bekas Taufofa ko aperhal? Naseb sekarang dah upgrade dah. I pon taktau macam mana dorang boleh terfikir nak pack Affogato I dalam bekas Taufofa. Masa cashier hulur, I macam errrrr macam ni ke nak pegang? Hahaha. Dengan sudu nak kacau apa semua takde. Gitu punya packaging sumpah tak carry nama Le Petit Dotty’s ok? OMG. Intan pon suka la kalau I ajak teman sebab dia dapat upah. Kekadang dia mintak Green Tea Latte, kekadang dia mintak Salted Caramel Latte. Mana yang dia nak la. Kekadang dia cakap nak cake slice tapi I tengok harga RM14.00 – RM16.00 memasing so I balas dengan jelingan sahaja dan Intan jua redha. Hahahaha. Kalau ajak Dyba teman beli coffee takyah pon upah pun sebab kata Dyba dia baik. Tu Dyba cakap pada Intan, ‘Akak ni mue kan?’ Mue tau tak apa dia? Tu Ongjohor punya bahasa tu. Mua ni macam melampau-lampau manja. Si Intan tu memang. Eskrem orang, eskrem la dia. Pisang orang, pisang la dia. Yogurt orang, yogurt la dia. Upah kena kasik satu je. Tu pon ada hati masa dekat cashier News.com dia pegang 2 item as upah. I cakap ‘One only Intan’. Dia menjawab eh? Kata dia, ‘Kaksu ingat Intan Shein?’ HAHAHAHA. I memang kental. Upah 1 je bagi kalau dekat Intan ni. Kalau dilayan makin mengada. Geram je.


Gembira la Siti Nohaliza dapat Affogato walaupon tudung ada gelembong macam tu. Stressed. Grilled Chicken Sandwich tu hiasan je. Tu Kaklong punya.

Monday, May 15, 2017

Weekend at KLCC with Shein and Abah

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah Shein sekarang banyak dah dia boleh sebut and dah boleh la borak dengan dia. Shein kan dia ada speech delay tapi now memang lots of improvement. Macam tetiba je dia bercakap non-stop. Walaupon takde la banyak macam budak sebaya dia tapi I sangat la happy sebab ada two way communication. Banyak dah menda dia boleh bercerita and mengadu. Tapi tu la. Kejap kang Mama kejap kang Mama. Latest ni dia belajar dekat sekolah, kalau buat salah kena la denda pukul dekat tapak tangan. So biasa kalau I buat something yang tak berkenan dekat mata dia nanti dia cakap ‘Mama, fingers’. Maksudnya dia mintak tangan I la. Nanti dia tepuk tangan I and I wajib nanges. So dia akan cakap, ‘Go cry now’. Kena la nanges fake. Hahaha. Pemalas masih boleh tahan tapi kalau I pura-pura sakit, dia akan bagi air. ‘Mama gets up, drink water’. Lepas tu kalau I minum nanti dia tunjuk thumbs up cakap ‘Guboy = goodboy’. Hahaha. Semalam masa nak mandi tetiba jalan melekat dekat dinding. Kata dia ‘Mama, crab’. Ooooo jalan macam crab. Hahaha. I nak pesan lagi sekali untuk emak-emak yang nampak ada something wrong with anak-anak nkorang punya development seawal 2 tahun, lekas seek for help. Bawak jumpa Development Disorder Child Specialist (Shein jumpa Dr Feisal dekat Prince Court) and kena dah start buat treatment and jangan hidup in denial forever and kena kuat to face the facts that your child ada masalah. If dapat trace awal, boleh buat treatment awal and kita dapat tolong anak kita untuk hidup normal macam orang lain. Penting sebab nanti if dia nak masuk sekolah, dia kena paham arahan. If dia tak paham arahan, macam mana dia nak belajar sama dengan peer dia kan? Sian dia… 


Ahad lepas, Sazli ajak keluar makan and jalan-jalan dekat KLCC. Takde apa plan pon, saja la kasik Shein happy. I rasa keluar 4 jam pon dah cukup. Makan, jalan sikit beli toys ke, lepas tu pergi park sekejap and balik. Cukup dah bagi Shein and Mama happy. TQ Papa!

Brownies Haizan Yang Sedap

Assalamualaikum..

Tak boleh la nak move on dengan Hershey’s Brownies Si Haizan ni. Teringat-ringat pulak sampai pagi ni. Sazli pon semalam cakap, ‘Rugi pulak tak makan banyak-banyak Brownies semalam dekat rumah Miera. Ni dah teringat’. HAHAHAHA. Tu laaaaa masa Sabtu tak nak makan banyak-banyak. Ahad dah tes tes tes ailio sebab teringat. I pon sebenarnya teringat jugak tapi buat-buat kental je sekental hati Anny main futsal seminggu dua kali hahahahah. Brownies Si Haizan buat I suka sebab rasa pure chocolate and tak manis level potong kaki. Tak semua eh orang boleh buat brownies yang luar rangup, dalam kenyal-kenyal lembut moist tapi manis just nice? Kebanyakkan yang I makan untuk tekak I too sweet. I tak boleh. Tapi Kaklong I ok. Manis macam mana pon dia ok. I kenot sebab semenjak kawen dengan Sazli, dia memang jenis kurang manis so I pon terikut which is bagus la kan? Ada jugak brownies yang I makan tak sedap langsung. Indah kabar dari rupa. Dalam penuh la nuts tapi rasa dia sedih. Mahal pulak tu. Yang tu I beli and tak promote pon sebab I kalau bab makan, nak bagi review macam sedap tapi sebenarnyanya tak sedap rasa tak sampai hati.  Macam Haizan punya Brownies ni duluuuuuuuuuu takde la sesedap ni. Sekarang ewah dia? Kemain lain bermaharajalela kesedapan beliau. Untuk Sabtu haritu, I mintak dengan Haizan I taknak nuts. Dia pon tau I tak suka brownies ada kacang-kacang ni. Tak sukaaaa. So dia letak cranberries and raisin. Sedaaaaaap! Ha kalau macam ni I suka.


Nampak pon dah tau sedap. Yang ni Ukuran 9 inch. I mintak potong bite size. RM50.00 untuk size ni. Atas dia memang rangup, dalam dia kenyal-kenyal. Rasa tak manis. Chocolate topping pon sedap. Eh semua la sedap!

Friday, May 12, 2017

Dolly Dimsum With Mimy

Assalamualaikum.

 Ni sah-sah menyirap Suri Mall Shanom sebab I bawak up pulak entry makanan favorite beliau iaitu Dolly Dimsum. Malam tadi dia dah menyirap dengan Salted Egg Crab Hokkaido. Sian dia (padan muka). Sian Kidd jugak sebab masa dia kasik dalam group ajak makan Hokkaido semua krik krik krik. Hahahaha. Takper la Kidd. Nanti one day kita makan la dekat Hokkaido eh? U bersuka-ria la dulu roadtrip dengan  Hani ok? Meanwhile layan dulu gambar makan I dekat Dolly Dimsum dengan Mimy ni. Semalam pulak first time I try Szechaun Dumpling hooooooi bapak la sedap rasa manis + masam + masin. Tak pernah pulak order sebelum ni, tak sangka pulak sedap. Semalam Mimy makan Egg Custard Bun tu and kata dia ‘Su, ni kalau jual dekat Felda ni mesti laku kan Su?’ Hahaha. Comel sangat Mimy ni. Dah la bukan jenis hi-tech. Blog aku pon dia tak tau macam mana nak baca. Tak tau pon I selama ni tulis blog T___T haha. I belanja Mimy makan sempena dengan 14 tahun kitorang masuk kerja dekat sini. Kitorang masuk kerja same date. Satu masa dulu pernah close dengan Mimy. Dia kawen pon I jadik pengapit. Lamanyaaaaaaaaaaaaaa dah kerja dekat sini.

Macam kata Abang Fadhil dekat lift tadi time introduce kawan dia yang kerja MSM, ‘Ni Suraya. Satu masa dulu dia la paling hot dekat sini. Sekarang tak dah la. Sebab dah senior’. Wajaq Abang Fadil. Suka nak remind I dah tuweeee. Hahahaha. Kata Abang Fadil, kena terima hakikat sebab now lagi ramai muka baru yang cantik jelita. Yerlaaaaaaaaaaaa. Hahaha. I memang macam ni. Manja sikit. Sapa kawan rapat I, dia mana boleh puji ada orang lain cantik depan I. Nanti I merajuk mengada. Now perangai tu dah berjangkit dekat Dyba Si Kecik tu pulak. I dah ada legacy nampaknya. Btw I nak mintak korang sedekahkan Al-fatihah kepada Arwah Ayah Dyba – Pakcik Mohamad Rodzlan yang meninggal petang semalam. Innalilla…. Tak sangka sangat Pakcik meninggal tiba-tiba. Baru je pagi semalam dengar Dyba call Abah dia, tup-tup petang dah meninggal. Kata Dyba, perkara yang dia paling takot dalam hidup dia akhirnya terjadik jugak. How I wish to hug Dyba right now. Al-Fatihah….





Gambar save dari Insta Story. Tu ada nama Suri Shanom. Hahaha. Naseb tak kena Bab* dengan Shanom. If korang datang Dolly Dimsum WAJIB ambik Egg Custard Bun ni ok? RM7.80 untuk 3 ketul tapi kena makan panas-panas. Kalau dah sejuk tak sedap la. 

Thursday, May 11, 2017

Rasa Bukan Sekadar Rupa - Edisi Semperit

Assalamualaikum..

Lepas ni kalau I promote kuih raya je mohon korang bertabah la eh? Sebab I punya konsep, mana yang sedap WAJIB dikongsi sebab ai tak rela gemok sorang-sorang. Macam I, kuih raya yang I suka mestilah berasaskan susu dan cornflakes dan jugak I suka makan tart nenas as well. Tak nenas pulak bukan sembarangan I bedal. Inti yang keras-keras I tak suka. Lepas tu kulit dia mesti mau rapuh. Mengada kan? Takat ni yang lulus 2 jenis je. Tart NenasTerpaling Sedap dengan Tart Nenas Huda. Yang lain I takde yang berkenan. Kuih-kuih lain I tak berapa suka. Sukaaaa la tapi dia bukan favorite. Macam Intan dia tau dah I sukaaaaaaaaaaaaaa kuih semperit and kuih yang rasa susu-susu ni. Pepagi lagi dah terkedek-kedek bagi datang dekat I hulur tester Kuih Semperit yang Izzy buat. Memang silap la hantar dekat I sebab if Kuih Semperit I punya ‘test’ 8 ketul. Sedapnyaaaaaaaaaaaa rapuh je masuk mulut. I tanya Izzy dia guna Margarine ke Butter, dia cakap guna buttercup. No wonder la sedap! Buttercup ni buat apa pon sedap sebab dia rasa susu. Kuih Semperit Izzy ada 2 jenis perisa. Original (Chips) and Chocolate. Dedua pon sedap tapi I suka yang original flavor more. Kuih Semperit Izzy ni is homemade dibuat dengan kasih sayang. Tapi kasih sayang dia jenis ada komplen la sebab kata Izzy, penat tangan dia tekan acuan kuih ni so semua orang kena la beli. Rupa tak berapa ada (hahahahha) tapi rasa InsyaAllah sedap. Macam I selalu cakap, kalau I kata sedap tu MEMANG SEDAPLAH. So jangan risau I kasik review tipu pasal kuih raya ok?


Kuih Semperit Chips (Original) and Semperit Chocolate

Resepi Petai Bercili

Assalamualaikum…


Perghhhh susah giler nak move on dengan Petai Bercili yang I masak semalam. Sebab sedap giler! Ni kalau Ain dengar ni berbulu je dia. Kata Ain, ‘Kaksu mana ada orang masak lepas tu dia cakap dia masak sedap’. Well, I have to prove to you that you are wrong. Sebab semalam masa tengok Nigella Bites dia asyikkk la cakap dia masak sedap. Dah le debab. Suka bukak peti ais memalam buta carik leftover foods yang boleh dimakan. Sebijik perangai Yatie. Si Nigella tu sama la macam Yatie. Masak cincai je. Potong cili, potong bawang semua tak sama besar. Menyirap je tengok. Lepas tu tangan basah-basah perah limau tadi, dia tak lap terus bukak jar gula/garam. Tu kalau GF I nampak memang kena petir la. Tapi dia masak semua nampak sedap walaupon simple. Cuma I sakit mata dia punya tangan berlemuih. Hesh! Ok, back to cerita petai. Sapa tak suka makan petai pergi main jauh-jauh. Hahaha. Sazli semalam request nak makan Sambal Petai tapi kering-kering je. Taknak kuah. Naseb baik la dekat kedai Usop (Area rumah Mak Azizah) ada jual. 3 papan RM9.00 ok? Bapak la mahal hoi petai dekat Keyel ni. Dah la kecik-kecik je mata dia. Semalam pulak lepas beli terus masak so tak sempat nak rendam. Petai kalau nak jadik gemok, rendam semalaman nanti dia akan membesar. Semangat la sikit nak masak. Bau dia pon time tu dah kurang la. Kira kalau kencing takde la haaaaaaaaaaaau sangat. Hahaha. I follow Eina Azman dekat Instagram. Tengok dia ni kalau makan petai kusss semangat. Semua letak petai masak hatta meehoon, spaghetti pon dia belasah letak petai. Tu jamban mau kena sembur perfume baru tak haring bau dia. Haha. Dah jom tengok Petai Bercili I semalam yang taaaaak habes-habes keluar dekat FB Feeds. Kah kah kah. 


Petai Bercili. Nest time I nak masukkan petai last sekali dengan bawang besar and ikan bilis. Taknak garing-garing sangat. Nampak tak fresh petai dia.

Tuesday, May 9, 2017

Makan Korean Foods With The Badut

Assalamualaikum..

Kaklong dengan Intan ni kalau berjumpa memang menjadik-jadi perangai. Now dorang suka borak main guna bahasa isyarat. Dah la kekadang takde kena mengena pon dengan ayat. Asyik-asyik kang naik middle finger lepas tu zapin. Bongok la. I sampai meleleh air mata tahan gelak. Dulu GF pon kalau tengok berita, dia jadik tukang bahasa isyarat. Yang tu lagi sorang perangai. Kalau kapal terbang dia buat macam burung kibar sayap lepas tu  jadi gerak-gerak lalu atas dahi. I agak dah penyakit sewel kelakar ni memang keturunan. Sebab dia turun menurun dari Mak jatuh ke Kaklong. Dulu Ain masa ikut pergi Langkawi sampai ketawa tak keluar suara la. Badan je gerak. Baru dia tau macam mana berkumpul dengan Bini and anak-anak Sulatin. Hahahaha. Anyway harini nak cerita beberapa minggu lepas I, Kaklong and Intan makan dekat B.bap Korean Bistro dekat Avenue K. Kaklong la rindu nak makan Korean Foods. I tak berapa rindu sebab time tu kerap jugak makan dekat Kyochon. Lagipon sebenarnya yang dekat Korea lagi sedap la compare dekat Malaysia tapi tu la kalau nak pergi kena naik kapalterbang. I masalah sikit naik flight ni. Takot giler. Haih. Kalau macam ni punya masalah berlarutan I agak memang forever duduk Malaysia je la. Takyah gi mana-mana. London Paris apatah lagi. Direct flight pon lama, transit pon lama. Aje mampos. Time beli tiket kapalterbang pon tangan I dah sejuk. Macam mana la eh orang yang selalu travel ni? Apa dia rasa eh naik kapalterbang selalu? Pening kepala I fikir.



Cecece sekarang dah pandai buat Flatlay. Jarang menjadi tapi yang ni I kasik markah I 95% la. Sendiri kasik markah pon boleh. Haha. Yang Nasik tu Kaklong order. Kimchi Seafood Bokem Bap. RM21.00

Makanan Yang Terdedah Kepada Suhu Melampau Boleh Mengakibatkan Sembelit, Betul Ke?

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*



Assalamualaikum


Harini kita cerita pasal entry Emak-Emak la pulak eh? Rasa terpanggil pulak nak share satu info yang I baru I dapat ni. Sebelum ni I dah tau, tapi tak sedalam ni. Kira macam tau sipi-sipi jer la. Now bila I korek dan gali lagi dalam terus jadik lebih bersemangat dan excited to share. I nak, biar kita Emak-Emak Sedunia bersatu hati untuk bagi hanya yang teeeeerbaik untuk anak-anak kita. Sebab apa? Sebab hanya dengan membekalkan nutrient yang terpelihara, kita membantu anak-anak agar mudah menghadam makanan yang dimakan serta jadik kuat dari dalam. Kalau kuat dari dalam, anak-anak akan cergas dan cerdas lepas tu nanti boleh la explore more and gain more knowledge lepas tu membesar jadik anak yang bijak. By what? By supply to them nutrient yang baik.  Sebab selalu rasa, child will always be a child. Let them try any foods they like. Takkan la makan process foods sikit pon boleh jadik lembap? But lepas I tau semua info ni sendiri, now only I know how important nutrient is untuk anak-anak. I taknak dah ambik mudah bab ni. So now, I nak share dengan Emak-Emak semua macam mana nak dapatkan kebaikan setiap nutrient dalam diet seharian anak-anak kita. Let’s go!




Peluk apa tu Shein? (^_^)

Monday, May 8, 2017

Kisah Lawak Pengantin dan House of Corset

Assalamualaikum..

Haritu ada la sorang pengantin ni. Dia nak order corset. Kata dia berat 75kg so I suggest dia size 3xl. Sebab kata dia, rangka dia besar. Boleh ke tak kalau I post pada dia 2 size terus incase kalau dia tak muat?  Time tu dalam Rabu and dia nak kawen hari Sabtu. Eeee menyirap je kalau pengantin cari korset last minute ni. Of coz la I boleh kasik 2 size asalkan cost postage yang pos balik pada kitorang dia tanggung.I  pon saspen takot tak sempat sampai dari Store kitorang dekat Johor. Pos Rabu, alhamdulillah esoknya sampai la pada dia di Bangi. Rabu malam tu dia wasap cakap Korset tak muat. I pon pelik sangat-sangat takkan la berat 75kg tapi 4xl pon tak muat? Betul ke berat badan tu? Sebab ada jugak sesetengah customer yang tak boleh terima hakikat berat 65kg kena pakai 2xl (padahal cutting HOC kecik and Size bermula dari M). Lepas tu I tanya dia macam mana dia pakai semua and dia cakap kancing tu dia letak dekat belakang. Time tu I tengah minum air maka bersembur la air I. Hahahah. Dah banyak kali sangat dapat case tak muat sebab kancing ke belakang. I wonder macam mana boleh kancing ke belakang. Kan ke susah tu? Unless kalau zip yang tu lain cerita.  Ever since that, sapa yang tak muat memang I tanya kancing pakai depan or ke belakang. Hahahaha. Patut la ada sorang ni cakap kakak dia tolong kancingkan. I pelik, amenda yang susah sangat sampai orang tolong kancingkan rupaaaaaaaaaaaaaaaaaanya dia pergi pakai kancing tu kebelakang. So I mintak Ain buat gambar cara-cara pakai HOC dari mula pakai bra sampai la siap. Sesapa yang dah beli HOC cepat mengaku sapa yang selama ni pakai kancing kebelakang. Mesti ada kan?


Macam ni cara pakai. Memula pakai Bra, lepas tu Pakai Korset, lepas tu pastikan cangkuk kedepan and last sekali baru pakai panties. Konsep dia macam Superman la. Sependa pakai luar supaya senang nak buang air. Takyah la nak bukak semua lepas tu tak sempat bukak dah kencing dalam seluar. Hahahaha.

Our Weekend and Sambal Tahun

Assalamualaikum..

Hari Sabtu pagi tu, I spend time berdua dengan Shein. Memula beli sarap Nasi Berlauk Air Dingin dekat depan Petronas Ampang. Kata Intan, Petronas rumah I tu semua ada. Kuih raya and makanan semua pon sedap-sedap. Memang pon! I suka beli sambal kentang, kuih cornflakes, nasi lemak and sandwich dia. Semua pon sedap-sedap. Dulu-dulu masa zaman Cupcakes tengah nak naik, dekat Petronas rumah I ni pun ada jual. Mc Donald pon ada, orang jual wiper pon ada. Hahaha.  Pendek kata semua ada la. mak Bapak je yang takde. Belakang tu ada Kayu, RotiBoy and Starbucks. Best kan? Dulu ada Max Value, now dah tutup sebab dekat situ nanti ada highway nak buat so maybe kena roboh ke apa entah. I tak sure. Tapi dulu situ best la sebab nak beli bahan basah or barang dapur sikit-sikit pon boleh. Sebab tu I suka Ampang area rumah I ni. Bagi I area Ampang ni convenient. Lepas beli sarap, sementara nak kill time beli charger handphone and bahan nak buat Sambal Tahun dekat Ampang Point, I pergi cuci kereta dulu dekat Caltex depan tu. Situ memang tempat favorite I nak cuci kereta. RM13.00 dah harga dia. Dulu RM10.00 jer. Maybe sabun and air dah naik harga kah kah kah. Lepas siap cuci kereta baru la I masuk Ampang Point. I cakap pada Shein, ‘Let’s go to Giant. Mama want to buy groceries. You help Mama ok?’ Lepas tu Shein cakap, ‘Ok Mama. Blue Car’. Hahahaha dia memang ingat dekat Ampang Point ni ada booth jual toys. Ni sah jap lagi Mama kena paw ni. Ye sungguh! Siap beli barang semua masa nak turun parking dia tetiba berenti and cakap kuat-kuat sambil jari naik macam warning tu. ‘Mama? Blue Car!’ Lepas tu I cakap ‘Yes Boss!’ terus la Si Sendong gembira. Eeeee mahal la I punya assistant ni. Beli barang RM70.00, upah dia RM45.00 tawwww???


Best la buat marketing dengan Si Shein sebab nanti dia sebok la tunjuk apa yang dia tau. Fish, Carrots, Tomato, Banana semua. Mana yang dia taktau or tak sure dia akan tanya ‘What is this Mama?’ 

Friday, May 5, 2017

Happy Birthday Sazli - Part III

Assalamualaikum..

Ok. Final entry untuk birthday Sazli. Yang ni special sikit sebab involve kawan-kawan Perth and Wakdan FC. Actually I blur taktau nak bagi hadiah apa untuk Sazli selain dari Motor Harley Davidson dengan BMW 4 Series Sport 2 door sebab takde duit pon (Kah kah kah). Fikir apa menda yang dia suka eh? PS4 dah bagi last year. PS5 dah keluar ke belum? Kalau dah keluar boleh belikan PS5 hahaha. Sazli suka Lego tapi I sakit hati pulak kalau beli Lego sebab yang dia suka harga beribu ko aperhal nak beli Lego mahal-mahal macam takde faedah kot? So tak payah. I tanya Apai, nak bagi apa untuk Sazli lepas tu Apai cakap takyah pening kepala la Maksu. Beli je motor scooter Apai. Kebetuan memang Apai nak jual. E! Menyirap je la Apai ni. Langsung tak membantu hahahaha. Lepas tu I text Eddie Yusoff tanya dia nak bagi apa untuk Saz. Eddie cakap Selain PS4 game Fifa17 (Saz dah ada) maybe boleh bagi Lego (Legooooo jugak), Boot bola Nike Tiempo or Helmet Motor (walaupon motor dia Harley Electric Scooter je hahahah). I mintak dekat Eddie specific model dengan size. Kata Eddie Saz pakai size 9.5UK and dia kata En. Ahmad Z is the right person to ask. So I terus la call En Ahmad Z mintak tolong dia mana nak carik kasut Nike Tiempo dekat KL ni. Time tu I dekat Pavilion. Kata Nike punya budak, yang ada kasut bola now dekat Lot 10 je. Nike store dah takde bawah masuk kasut bola. Daaaaah nak kena menapak pergi ke Lot10 dengan high heels and duit dalam purse ada RM10 mujur cukup buat beli payung sebab time tu hujan. Walau pon hujan, ku tahan Jebat. Haha.



Mission mendapatkan Nike Tiempo berjaya dengan bantuan En Ahmad Z dan surprise dalam changing room pon berjaya dengan bantuan Zack Galak and Wakdanian team. My blood is green, my soul is Wakdan. Gitteww. Jom continue baca kisah disebalik kasut Nike Tiempo Sazli ni. 

Thursday, May 4, 2017

Asal Usul 'Nak Uwet'

Assalamualaikum..

Nak tau tak asal usul yang I selalu cakap Naaak Uweeet tu? Asalnya dari cousin I nama Long. Dia masa kecik-kecik dia agak outspoken la. Garang sikit and ada dengki dengan Ngah and Kaklong I. Sebab dua orang tu kawan baik, blakang dia lelaki mana boleh nak geng. Selalu la masa dulu dorang main sama-sama. Kekadang Kaklong pergi rumah Mak Itam main dengan Ngah and kekadang Ngah datang rumah kitorang main dengan Kaklong. Masa tu 70-an I dalam syurga lagi. Haha. Kebetulan Mak dengan Mak Itam mohon rancangan Felda and dapat pulak dekat Jengka Satu sama-sama. Kaklong ngan Ngah pulak almost sebaya so boleh la jadik geng. Long (Abang kepada Ngah) maybe la ada dengki ke apa sebab tu dia macam suka gaduh dengan Kaklong and Ngah. Ada sekali tu Ngah datang main dekat rumah Mak sampai 2 3 hari lepas tu tak reti-reti nak balik rumah dia. Jalan kaki eh datang rumah Mak? Ada la dalam 2km macam tu jarak rumah Mak Itam dengan rumah Mak. Zaman 70-an dulu mana la nak ada telefon semua so susah la nak contact. Motor pon tak silap I zaman tu tak ramai sangat orang pakai. Bila Ngah dah 2 3 hari tak balik-balik, Mak Itam pon suruh la Long turut si Ngah balik. Member bengang kena jalan kaki jauh kot? So bila sampai rumah Mak dia cakap kat Ngah, ‘Hei Betik (Nama manja Ngah) ! Ko balik sekarang. Mak engkau tu dah nak mampos!’. HAHAHAHAH. Lepas tu Long kan suka berangan. Kalau dia dah hensem-hensem nanti dia berdiri depan cermin, lepas tu cakap ‘Ekten!’ Ekten = eksyen. Hahahahaha. Long la yang suka sebut ‘Chek, nakwet!’. Memang masa kecik suka mintak duit dekat orang. **Anak buah Mak I panggil Mak as Chek.


Ni Adik Atol. Anak kawan baik Kaklong I. Ni sorang lagi asal nampak muka orang masa kekecik dulu, ‘Nak Uwet’.

Amverton Cove : Kids ATV

Assalamualaikum..

Semenjak balik dari Amverton Cove last time yang Si Shein enjoy ride Kid’s ATV tu, kata Sazli nak belikan Shein satu. Mr Lee pon cakap dia nak belikan Bryton. Nanti boleh la main dalam farm dia. Sure Shein suka. Harga sebijik tak sure berapa. Maybe murah sikit dari Harley Electric Scooter tu kot? Kalau Shein dapat, I pon nak jugak. Aperhal semua orang ada electric ride tapi I takde? Mana aaaaadil. Sesapa yang dah ada ATV for Kids ni, kasik tau la mana boleh beli eh? Or tag I dalam IG ke. Boleh la kitorang test drive bebila free nanti. Anyway, one of the best thing yang ada dekat Amverton ni selain dari tempat nak rehat-rehat is activity outdoor macam ni la. Macam yang I share dalam previous entry, dekat Amverton ni ada Archery, Adult ATV, Paintball,  Paddle Boat, Kayak, Boat ride , Rock Climbing and many more. Pada yang suka buat outdoor activities I suggest korang datang sini. Tak jauh pon dari KL. Harga pon affordable. Untuk bebudak pon best sebab ada Large Swimming Pool with slide, Animal Island, Kidz Gym and Kids ATV ni. Umur 4 tahun dah boleh try ATV ni. Memula I tak confident, boleh ke Shein control ATV ni, tapi tengok dia dapat handle siap boleh buat peace lagi time ambik gambar. Well done son! Harga untuk Kids ATV ni is RM20.00 per pax for 15 minutes ride. Kalau takde orang queue, dorang bagi je bawak lama-lama. Bab safety jangan risau sebab ATV ni boleh control level kelajuan dia. Langsung tak laju. I jalan lagi laju haha. Track pon selamat. Kena pakai helmet all the time masa dalam track so InsyaAllah semua ok. Bebudak confirm suka!


Hello Shein! Kemain eksyen eh? Orang panggil pon taknak pandang. Balik KL jalan kaki laaaaa. Jangan balik dengan Mama. Haha.