Monday, January 30, 2017

Nak Lambat Nampak Tua Nak Pakai Apa?

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum

Kulit wajah kita ni bila dimamah usia, automatik akan nampak garisan halus muncul pada wajah, kulit kering, nampak tak sihat serta tidak bermaya. Walaupon dah minum banyak air untuk keep kulit moist, tapi sebenarnya tu tak cukup and kita memang kena bantuan jugak dari sumber lain. Bila usia makin bertambah aging proses memang kita tak boleh nak elak. Nak taknak kena tempuh jugak tapi sekarang kita semua tak perlu risau lagi sebab semua tu boleh dibantu dengan menggunakan Olay Miracle Duo products iaitu Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream serta Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence selain dari mengamalkan gaya hidup sihat yang I dah share dekat sini. Dua gabungan ni memang boleh membantu wajah untuk melambatkan proses penuaan, melembap, menegangkan serta menghilangkan kedutan serta garis halus pada wajah. Pelembap memang wajib dipakai setiap hari tapi dengan pre-essence kira macam booster la pada wajah untuk memberi impak serta hasil yang lebih baik serta memuaskan. 

Olay Miracle Duo memang boleh membantu kita untuk melambatkan proses penuaan. Hari ni I nak share kebaikan 2 produk dari Olay Miracle Duo iaitu Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream. I dah share intro sikit dalam previous post ni, sekarang I share lebih sikit. Dengan gabungan 2 produk ini, kita boleh transform kulit menjadi lebih cantik serta sihat dan boleh digunakan oleh semua tak kira peringkat usia dari muda sampai lah ketua. Bagusnya Olay Regenerist ni, kesan yang kita nampak serta merta. Kalau kita apply dan pakai pada muka, ianya akan force muka untuk kelihatan lebih cantik bermula dari kali pertama kita menggunakan produk ni. Kulit akan nampak lebih sihat, lembut dan licin. Jom tengok dengan lebih detail tentang ketiga-tiga produk ni.




Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence.

Friday, January 27, 2017

Brownies Sedaaaaapppppppppppppp

Assalamualaikum..

Haritu masa Makeup Workshop Class si Haizan ni datang la as peserta lepas tu bagi 2 bijik brownies. Satu yang no-nut untuk I and satu lagi yang ada walnuts. I kalau Brownies memang suka yang kosong je. Takyah la beria nak kacang ke apa. Tak kisah la kacang rangup ke, masuk angin ke memang gua tak suka sebab malas nak kunyah kacang. Dah brownies sedap dah la. Takyah nak bodek I letak kacang mahal ke apa. Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kalau Kaklong, lagi banyak kacang lagi dia suka. Bab tu I dengan Kaklong tak sama. Bab yang sama ialah sama-sama anak Sulatin and suka makan dessert. Dah yang Kaklong tetiba masuk dalam ini cerita kenapa? Haha. Dulu Haizan pernah bagi I rasa Brownies dia masa memula dia start buat Brownies. I dah pernah rasa. Sedap jugak tapi sedap-sedap Ayam je la. Tak sampai lagi level WOW bagi I time tu tapi sekarang ni dia punya Brownies kemaaaaaaaaaaaaaaaaain sedap dah!! I tanya Haizan, macam mana yang dari 70% markah now dah jadik 95/100%? Kata Haizan memang dia admit, penggunaan premium ingredient dari butter sampai ke chocolate buat Brownies rasa lebih sedap. Oooooo, Kesahnyaaaaaa. Patut la pon. Now, memang Brownies Haizan dah level Huda punya dah. Sedap nak mampos ok? Haritu masa orang dalam kelas sebok belajar, I sekejap selak kotak ngap. Tetiba tak sedar dah sebaris makan. Lepas tu komplen gemok. Jadik layan la makan sebab Brownies Haizan ni takde la manis level potong kaki. Sedap! Ni tengah taip tetiba macam tingin pulak. Pakkal la dekat Shah Alam tempat pick up, kalau tak memang esok jugak I order lagi 3 kotak terus.


Atas tu drizzle pulak dengan Nutella. Alahai la Brownies Haizan ni betul carik pasal. Nama dalam IC : Hershey Brownies. Ok?

Thursday, January 26, 2017

RM81.00 1 SET FOR ANNESURAYA SKINCARE UNTIL 31/1/2017

 Assalamualaikum..

Dah masuk 3 bulan ANNESURAYA SKINCARE dalam pasaran. Rasa macam dah 3 tahun pulak. Kah kah kah. Padahal baaaaaru je. Masih lagi bertatih kekdahnya kalau ikut usia baby baru lahir. Bertatih menda? 3 bulan baru nak angkat kepala kot? Kalau umur 3 bulan lepas tu dah bertatih berjalan kang masuk TV pulak sebab pelik. Haha. Nak sustain dalam market bukan senang tau? But makin lama, bila makin banyak kita dapat positive feedback dari pengguna membuatkan hati I berbunga kembang dan lebih bersemangat. Rasa macam terbayar la segala penat lelah nak memperkenalkan ANNESURAYA SKINCARE di pasaran dengan lambakan skincare yang dah sedia ada dekat Malaysia tersayang bawah pimpinan Najib ni (tetiba). Pulak tu sekarang ni dekat FB Feeds melampak offer ‘BUAT COSMETIC/SKINCARE JENAMA SENDIRI DAN KAMI JANJIKAN PULANGAN LUMAYAN KEPADA ANDA DALAM TEMPOH SATU BULAN’. Opah kau? Ingat senang nak buat own brand lepas tu janji pulak dapat untung dalam masa sebulan? Menyirap pulak aku tengok Syarikat yang offer macam ni pada orang. 



Before pakai takde pon masalah sangat kulit, tapi selepas pakai lebih flawless. Jerawat pasir all gone.

Tony Roma's With MokTan

Assalamualaikum..

Semalam dating berdua je dengan Moktan Intan Dayana. Si Dyba puasa, Kaklong ada kelas mengaji dengan Kak Darna. So I dengan Intan je la. Dah taktau nak makan apa dekat KLCC tu. Lagipon dekat Menara Felda ni mana lagi nak makan tempat yang ada aircond kalau bukan KLCC and Pavilion. Biasa kitorang pergi KLCC je la sebab dekat. If Pavilion ni, take time sikit la kalau nak balik sebab nak kena pusing one round lepas tu biasa dekat Jalan Tun Razak jem. Nanti masuk office lambat kena jeling dengan Rosli, takot aku. Hahaha. Tapi semalam sebab nak bagi Intan happy, I cakap dekat dia jom la makan apa yang Intan nak. Bayar je berapa Intan nak bagi, balance Kaksu belanja. Terus la happy Si Intan. Kata dia nak makan ribs yang macam Kaksu letak dalam Instagram. Ribs biasa makan dekat Tony Roma’s je la. Eee phobia teringat cendawan dia. Dekat Tony Roma’s ni yang best is dapat FREE roti cicah dengan olive oil + balsamic vinegar. Tu favorite si Dyba tu. I dah makan dekat Makcik Sombong dengan Anny pagi tu so dah kenyang. Bagi chance la Intan enjoy dia punya ribs. Setakat ni I takde lagi jumpa ribs yang macam I suka. Dekat Tony Romas ni pon so-so je. Ada makan, takde takpe. Tapi yang tingin steak tu, sampai sekarang tak dapat. Hidup ini penuh dengan kesedihan. Itu je la I nak cakap (perempuan ni bab makan memang beremosi sikit. Maafkanlah dia)



Lamb Roma. Ambik half portion je. RM59.90. Intan makan sorang. Habes licin. Broccoli I habeskan.

Wednesday, January 25, 2017

Liquid Matte Lipstick Yang Best!

Assalamualaikum..

I memang dari dulu suka pakai lipstick jenis matte je. Biasa guna MAC. Tapi semenjak sekarang banyak local brand keluar, I cuba la jugak sebab harga pon lebih murah. Ada yang dapat mintak review, ada yang bagi hadiah, ada yang beli dekat Guardian and latest ni I cuba jenis Fever Glam. To be frank, memula ada la rasa macam a bit skeptical sebab selain dari MAC punya Lipstick yang matte, either bibir I akan menggelupas teruk sampai berdarah, crack level kalau senyum and bibir tegang pon keluar darah atau nama je matte tapi lepas makan cekodok seketul habes hilang dah. Lesap dengan cekodok I telan. Ada yang rasa macam kuda. Tau tak bila letak dekat bibir dapat rasa macam chemical. Haritu ada cuba Dyba punya favorite lipstick, jenis Tarte tapi lebih mahal dari MAC but lepas try Fever Glam Liquid Matte ni best! Bibir tak crack, tak kering, tak rasa kuda and tahan lama. Walaupon dia matte tapi memang best! Ni memang cakap masjid ni (macam Ain selalu cakap kalau dia nak buktikan dia tak tipu). Fever Glam memang superb! I dah suruh Kaklong and Dyba try, dorang dua pon suka and nak order terus. Lepas tu nak order dekat I ewah. Pergi la order sendiri. Hahaha. Barang baik macam ni memang I kena share dengan readers. Memang I suka la wei lipstick neyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Kenapa dari dulu takde orang introduce lipstick tak rasa kuda ni dekat I?


Ni I pakai code Amour. Cantik sangat! Nak sapu pon senang.

Farewell Dato' H

Assalamualaikum..

Isnin bebaru ni during lunch hour kitorang satu office ada farewell lunch untuk Boss Intan merangkap Cluster Head office I ni. Dato’ H nama dia. Tak boleh kasik nama penuh kang nanti buat dia Google jumpa blog ni tak pasal je. Lepas tuuuu sesiapa sini sanak saudara Head yang korang bakal nampak dekat gambar yang I share ni please jangan peramah-peramah bagitau dekat dorang sebab I nak privacy dekat office. I nak mereka tau I ni as a Secretary yang tak suka campur hal orang and berkawan dengan kelompok yang sama ajer padahal rupanya Talent Blogger dengan Founder Product cecece. Dekat office, I nak keep low jer. Gittew. Padahal bersepah silent reader. Ni yang kerja sama building dengan I ni pon ramai. Ada yang sesenyap kirim suami tolong belikan corset. Haha. Padahal boleh je nak order dari I terus. Geram tau? Anyway, Dato’ H dah retired dah. Dia dah takde dekat office and Intan pon dah takde boss la sekarang. Lama Intan bekerja dengan Dato’ H, since 2008 lagi. Maksudnya dah 9 tahun. Kalau ada anak, dah masuk sekolah rendah pon. Now Intan dah masuk HR. Intan cakap dia dah taknak jadik PA. Dia nak cuba buat kerja lain. I je yang nak jadik PA sampai pencen. Kah kah kah.


Ni time baca doa. Izzy yang ambikkan gambar. Dia pesan, ‘buat la doa muka sedih sikit’ = sedih ke nampak dekat sini? Macam happy je terutamanya Dyba.

Tuesday, January 24, 2017

Salt-Bae

Assalamualaikum..

Craving for daging la. Macam teringin nak makan ribs or steak or kambeng yang tender and juicy and taknak ada additional sauce ke apa. Daging tu mestilah tak terlalu tebal, taknak over seasoned and mesti medium rare. Lepas tu taknak any protein side-dish, taknak salad semuaaaaaaaaaaaaaaa taknak. Nak daging je semata-mata. Nak concentrate pada rasa daging tu sahaja. Ni dari Ahad ni cakap tingin nak makan entah siapaaaa la yang sudi melayan dirihku ihni. Kesian sangat I tengok diri I. Ingat nak ajak Sazli petang ni tapi si Sendong kalau dari pagi – petang dekat Sekolah sah-sah dia dalam kereta dah tido. Biasa Baba ambik dalam pukul 3.30pm macam tu so dia dah fresh la petang masa Sazli ambik sebab siap berak, makan, nap semua. So nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Nak ajak Anny and Dyba, beliau berdua tak makan daging. Spesis makan ayam je so macam tak syok pulak sebab dorang sah-sah tak enjoy. Sarah dah jauh ke Melaka. Nak ajak Kaklong and Intan ok je tapi package kena belanja la sekali tu yang malas tu. Nak ajak Ellis dia pulak now busy dengan kerja, life, anak, maid, BBGS friend and the list goes on sampai appointment nak jumpa pon kena set untuk sebulan tu pon last minute cancel. Orang ramai kawan kan? So takper la…. Siapaaaalah kita ni. So nampaknya kunyah kaki je la nampaknya.


Dalam teringin nak makan steak and ribs, selalu pulak keluar pasal Salt-Bae ni dekat FB and Instagram. Attitude sangat Mamat ni time tabur garam dekat ribs. Geram nak tunjal. Dah la muka macam ex bf I (Robert Downer Jr pelakon Ironman)

Off Shein and Abah

Assalamualaikum..

Petang semalam balik dari kerja, I singgah H&M and Mothercare sebab nak beli sependa Shein. Shariffah pesan suruh belikan sebab sekarang Shein tengah belajar ‘Diapers Free’. Ada hari berjaya 100%, ada hari yang 50% berjaya but semalam major failed la. Bagi 3 helai seluar semua gone, balik dari sekolah pakai seluar Taekwondo. Hahahaha. Shein sekarang asal siap mandi je dekat rumah mesti tanya macam ni, ‘Mama, papesh?’ HAHAHA. Dia memang geli semacam kalau tak pakai pampers. Kata Sazli, pagi tadi masa pakaikan dia spender for the first time dia pegang je bontot and dia happy! Kata Sazli, entah-entah dia ingat sependa dia tu pampers apa? Boleh belasah kencing berak dalam tu jer. Hahaha. Haritu masa first day free diapers, Mak Tok and Baba ambik Shein dekat sekolah, lepas tu dia mintak nak pupu. Maktok bawak pergi toilet dia tak berak pon. Lepas pakaikan pampers, duduk menyorok bawah kerusi lepas tu baru berak. Hahaha. Orang suruh berak dekat jamban taknak, naaaaak jugak berak dalam pampers. Tapi takper la Son, we try ok? Mama know you can do it. Shein kan bijak? Cuma bercakap je la lambat sikit. Makan kusss semangat. Kekadang nasik sepinggan gone. Selera sama macam Abah. Suka makan kering-kering. Nasi + Telur Dadar + Ayam Goreng Kunyit memang habes la sepinggan. Now kalau nak tido mesti sebut ‘Good nite Mama, Good nite Abah. I love you Mama, I love Abah’. Kekadang bonus I Love You dekat diri sendiri. ‘I Love You Shayyy’. Hahahah. Comel betul si debab kambeng metayang Mama ni.


Abah kirim gambar ni masa Mama dekat Makeup Workshop Sabtu lepas. Dah ready nak naik Electric Scooter dengan Abah.

Monday, January 23, 2017

Udang, Teh Ais dan Mango Pudding.

Assalamualaikum..
.
Ini short update sebab siti nurhaliza busy ada farewell and jumpa orang petang ni. so dia mintak ain tolong update blog sesi petang. nasib la ada sesi pagi and petang je. bila tanya topik/tajuk dia kata pepandai sendiri. masuk pukul 3pm. dalam hati dah ada emoji yang keluar asap kat hidung tu. kah kah kah. tau tak emoji yang mana? check henpon sendiri. tapi boss punya pasal takde hal lah (counter balik). siaaaaaann dia busy. so harini cakap pasal makan jelah. ni penyakit berjangkit daripada kaksu sendiri. dia ada satu perangai yang kalau makan sedap mesti whatsapp gambar kat orang. tak tau lah semua orang ke dengan ain je dia carik pasal macamtu. kalau benda tu kita tak suka or kita tengah kenyang will be ok. but kalau time tu tengah lapar memang mengundang jugak. 


hi sayang! fresh dari ladang. eh kolam. ke laut? lantak lah, yang penting sedap.

#TheJourneyPerthian - Day 1 (Flight experience and Sunset)

Assalamualaikum…

Tetiba harini patah balik Day 1 untuk #theJourneyPerthian. Haha. Petang semalam tetiba teringat BBQ Lamb masa kitorang dinner First Day dekat Langkapuri Inn last time. BBQ boleh request or provided I tak sure tapi kena bayar some amount yang pastinya. Yang penting BBQ tu saaaaaaaaaaangat lah sedap! I concentrate makan kambing je. Marinate sedap, sos pon sedap. Memang superb! Petang semalam tingin nak makan kambeng dekat Menate, punya la tunggu sampai petang  sebab Sazli cakap nanti petang kita pergi, sekali Shein ajak Abah dia mandi kolam so goodbye Menate. Batu Belaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Hahahah. Anyway, back to cerita experience naik kapalterbang kipas Malindo Air, sumpah ini memang last la I naik kapalterbang kecik ni. Jap nak Google apa nama kapalterbang ni. Ha, nama dia ATR72-600 (correct me if I’m wrong). Jenis kapalterbang kecik yang ada kipas dekat sayap dia tu. Masa book confident je. Sekali kapalterbang kecik. Haha. Kata Syikin, kalau nak naik Malindo yang jenis Boeing kena naik dari KLIA. If dekat Subang memang kalapterbang kipas la jawabnya. Kitorang pulak memasing naik lain-lain. Ada MAS, Malindo, Air Asia and Firefly. Waktu pon lain-lain. Macam I haritu naik sekali dengan Kidd and Hani pukul 10.30am, Go and Asma naik Firefly dengan Acap sekeluarga tapi waktu lebih kurang 10.00am – 11.00am macam tu.



Si Shein ni dah tak sabar-sabar nak naik plane. Dah meragam dah sebab dekat tempat tunggu tu kan boleh nampak Kapalterbang naik turun. Lepas tu boleh pulak flight delay dalam setengah jam. E! Anak aku dah la meroyan dah ni. 

Friday, January 20, 2017

#TheJourneyPerthian - Mangrove

Assalamualaikum..

Balik semula kepada entry #theJourneyPerthian. Hari ni mintak maaf takde gambar Rish sebab dia tak join Mangrove ni. Beria la aku promote masa makan dekat Dee Thai tu sekali tak dapat sambutan. Siot je. Hahaha. Tapi I berjaya la hasut Farah and family. Naseb baik la anak-anak dia jenis Shein jugak. Adventurous. So memang sesuai la buat dorang. Sebab nanti ada fish feeding dekat Farm Fish and boleh masuk Gua Kelawar. Dee pon tetiba masuk dalam ini cerita. Asalnya dia nak ikut breakfast je dekat Nasi Dagang Pak Malau. tapi lepas I explain yang Mangrove ni tak involve pon basah and mandi pantai then only dia nak ikut. Yang lain taknak sebab takot monyet, taknak basah (orang dah cakap tak basah taknak percaya), ada budak kecik takot susah handle, tak boleh bangun, malas, mabok laut dan sebagainya. Si Kale cita-cita tinggi la nak ikut tapi kalau dah tido pon pukul 4.30am macam mana nak bangun pukul 8.00am? Macam Farah anak-anak dia memang jenis disiplin and morning person. Shein tak berapa morning person tapi boleh lagi la tolerate. Tu pon ngamok dalam van sebab nak bawak pencedok pasir Abah dia tak kasik. Naseb baik la Si Farah handle. Dia sapu guna essential oil jenis apa entah. Nanti I tanya balik pada Farah. Farah ni sekarang tengah further study untuk handle special kids. Dia dengan Mama Apis (Mak Mertua dia) memang boleh bagi treatment dekat Autistic Kids termasuk yang severe, speech delay, dyslexia etc. Murah pulak tu charge. Nanti I share bebila pasal Farah and special kids ni ok? I pon pelik macam mana perempuan giler yang garang ni boleh berjaya handle Shein punya tantrum and boleh suka Kids. Hahaha. Meanwhile kita layan dulu gambar Mangrove ni ok? 


We start late sebab ambik banyak masa dekat Nasi Dagang Pak Malau. Baca entry tu dekat sini.

Thursday, January 19, 2017

Chooyaya Perasan Cantik? So?

Assalamualaikum… 


Tadi pagi Si Imaan masukkan gambar ni dalam IG dia. Dia cakap, ‘Make up look ni kita buat simple je untuk Kak @anneariff (tengah) dan @lindaus for Kak @surayasulatin (kanan), dia simple and tak heavy sangat sebab kite taknak ubah rupa dorang jadik Zizie Ezette ke, Siti Nohaliza ke… Kita enhance je kecantikan yang ada… Gitchewwww’. Lepas tu I komen macam ni, ‘Maksudnya kita memang dah natural beauty ke acane ni?’ Lepas tu Iman tak nak jawab weh! Dia taknak admit kita cantik lepas tu dia kona and cakap, ‘Oi meeting! Meeting!’ PUNDEK! Hahahaha. Korang pon kalau dah baca blog I ni lama, mesti dah paham  sangat perangai I ni. Dah memang I cakap I Siti Nurhaliza je. Lantak la kalau orang nak cakap apa sebab sah-sah la I gurau. Saja bagi rasa close dengan readers and macam kawan-kawan je semua. Ada la duluuuuu sorang ni pernah cakap, ‘Dia tu cakap macam tu, macam perasan cantik pulak’. Tu pon ada orang menyampaikan. Jenis taknak follow kita dekat IG, FB unfriend lepas tu stalk Blog. Lepas tu apa kita gurau perasan cantik dengan readers beria nak ambik pot. Sampai argue ‘Perlu ke nak update setiap kali makan dekat luar dalam blog? Bangga sangat ke makan restoran hebat’ EH KO DAH KENAPA?? Dah la cakap kita perasan cantik lepas tu nak dengki kita makan sedap-sedap. Tak suka takyah la bacaaaaaa. Pergi la baca blog orang lain pon. Hek enen. Jiwa tak bersih macam tu ler. Ada je tak puas hati.

Wednesday, January 18, 2017

#THEJOURNEYPERTHIAN - NASI DAGANG PAK MALAU

Assalamualaikum..

Masa 3rd Day dekat Langkawi baru la dapat makan dekat Nasi Dagang Pak Malau. I naaaaak jugak datang sini and drag Sazli, Farah sekeluarga and Dee to join sebelum gerak buat Mangrove. Actually baru 3 minggu lepas makan dekat sini dengan Mak, De and Ain now dah rindu nak ke sana lagi. Kata Kaklong, dia pon selalu rindu nak makan dekat Nasi Dagang Pak Malau. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Masa kitorang pergi last time tu padi memamg tengah tunggu masa je nak harvest. Ingatkan sempat la datang sini sebelum harvest, boleh bagi Shein and Sazli tengok padi tapi tak sempat (walaupon Sazli takde la kisah sangat sebab kampung Tok dekat Kedah pon ada sawah padi tapi biarlaaaaa haha). Kata Pak Malau, padi dah harvest 4 days ago (hari Rabu) tapi still cantik jugak dekat sini walaupon takde padi dah. Sebab ada gunung ganang…. Ada arnab, ada angsa, ada rumah kampung and boleh makan tepi bendang. Best la. Mana nak dapat macam ni dekat KL? I suka. Tenang je rasa. Kat sini sebenarnya makan jadik lebih sedap sebab suasana yang segar. Tapi if nak datang makan tepi bendang, datang la before 9am sebab kalau tak nanti panas pulak. Actually tak panas sangat tapi silau sikit la. Datang this time tak dapat nak borak-borak dengan Pak Malau sebab dia busy la layan peminat dia sambil ambik order. Dia kan dah dikira as a celebrity dekat sini?



Padi dah takde! Tapi still cantik kan? Farah and Dee happy sangat dapat makan dekat sini. Sanggup je memasing berpanas ambik gambar. Takper la, buat kenangan kan? Bukan senang nak sampai ke Langkawi. Ni pon lepas ni entah bila la lagi dapat datang L

Nasik + Sambal Berapi Mak Leha

Assalamualaikum..

Hari Jumaat haritu kata Dyba I punya Sambal Berapi Mak Leha sampai office. Menggelupur la Isnin masuk kerja nak rasa sambal tu. Sampai je office, I terus sudu kan ajer, makan buat as snack. Tak tahan dah nak tunggu balik karang makan dengan nasik. Korang pon tau kan I ni memang big fan of sambal? Kalau bulan puasa takyah la bagi lauk-lauk memang I tak pandang. Ko bagi je Sambal apa jenis pon I bedal, lepas tu makan dengan nasik panas and kicap + telur goyang kuning cair tu daaaaah. Memang bersila la makan. Hahaha. Sambal Berapi Mak Leha ni Ira punya business. Ira dulu kerja satu office dengan I lepas tu resign sebab nak jaga Arwah Mak dia time tu. Now dia dah jadik Tauke Sambal. Kata Ira, dia guna resepi Sambal Air Mata I. Cecece patut sedap! Haha. Tapi version dry and tak berminyak la sebab senang nak bawak travel semua. Packing pon tak la sememeh berminyak. Kita ni kekadang nampak bekas dah berlinang dengan minyak mula la malas nak bukak. Lagipon dry version ni lebih praktikal sebab beliau tahan lama. Tapi kalau I, macam biasa la I adjust. Sebab makan dekat rumah kan? I panaskan minyak and masukkan bawang besar lepas tu sudukan ajer sambal ni. So dia berminyak la. Hehe. Nak jugak unhealthy version. Buat perencah Nasik Goreng pon boleh. Sama jugak cara dia. Panaskan minyak, masukkan sambal. Lepas tu masukkan nasik and pecahkan telur and gaul gaul. Dah jadik Nasik Goreng Kampung.


Kata la malas dah nak buat unhealthy version, I makan macam ni je. Pon sedap wei! Ira punya Sambal ni ada rasa macam serunding ada, sardine pon ada. Sebab dia masak lama ikan bilis tu. Sampai la kering. Tu sebab sedap!

Tuesday, January 17, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Lunch di Dee Thai Restaurant

Assalamualaikum

Semalam update pasal activities untuk #theJourneyPerthian2017  but harini tak menyempat-nyempat dah update bab makan pulak. Selain dari berjalan, bebudak ni bab makan pon memasing bukan main. 4 hari ni kalau boleh semua nak pergi. I puas hati sebab dapat makan lagi sekali dekat Mak Ngah Gulai Panas, Kisap dengan Nasi Dagang Pak Malau. Cuma tak sempat je nak borak-borak dengan Pak Malau. Dia kan most wanted person dekat situ? Semua orang nak jumpa dia. Kalah popularity Siti Nurhaliza. Berani dia kan??? BTW I nak menyampaikan ketidak puasan hati Rish dalam entry ni terhadap Kale. Kata dia, I up pasal Kale macam dia hot stuff tapi Kale sebenarnya penjahat. Dia gegar cable car lepas tu kalau suruh ambik gambar dia mintak duit. Hahaha. Kale dengan Azrul ngek la. Masa dekat Pantai Cenang I tengah ambik video Amin buat back flip dah dua orang tu nak jugak. Gigih la I rakam, belakang dia punya back flip jenis berguling atas lantai je. Disini menyesal! Hahahahha. Ok jom kita tengok makanan apa yang kitorang order masa harini dekat Dee Thai Restaurant dengan bantuan En. Kahar, apartment buddy kitorang. Dia la tolong arrangekan by contact. Orang Langkawi pulak semua very helpful la. Jenis support each other. 


Ni I tak tau apa dia. Nampak macam Nangka Pulut. Ambik dari FB Dee Thai Restaurant. Haha. Saiko giler pergi Google masakan dekat sini lepas tu tengok dengan juraian air mata. Sebab semua look sedap.

Kuasa Media Sosial

Assalamualaikum..

Bebaru ni kecoh dalam FB pasal satu penggunan cosmetic T*** ni mendakwa kulit dia rosak selepas seminggu guna. Banyak la dapat memacam feedback dari netizen siap komen cakap founder Skincare ni makan duit haram semua. Lepas tu dapat beratus share. Siap ada yang menganjing kata ‘NOW FOUNDER SKINCARE SUDAH PANAS BONTOT NI. WAHAHAHAHA’. Seronok sangat nampaknya buat orang lain susah hati. Mungkin pengguna dan mungkin jugak founder/manufacturer. Dalam banyak-banyak yang share, I ada terjumpa satu share ni dia cakap lebih kurang macam ni la. ‘Kenapa nak kill business orang sampai tahap macam ni? Rasa seronok ke dapat jatuhkan business orang lain? Kita taktau macam mana dia struggle nak naikkan business. Saya sendiri dah cuba banyak jenis skincare. Bila ada yang tak sesuai dengan kulit, saya move on. Tak perlu nak viralkan’. Kuasa media sosial ni besar. Orang nak naik, nak jatuh banyak melalui media sosial la. King Coco yang entah sapa-sapa tu tetiba popular. Dia siapa? Apa sumbangan dia pada Malaysia? Takde apa pon. Takat cakap pelat Mat Saleh lepas tu dapat highlight melebihkan celebrity. Ko dah kenapa?


Excuse, who are you?

Monday, January 16, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Part I

Assalamualikum..

Habes dah trip 4D3N dekat Langkawi. Kitorang namakan trip tu sebagai #theJourneyPerthian2017. Thanks dekat Miera and Eddie sebab dorang la yang banyak sumbang tenaga arrange trip ni. Semua pon selamat, balik in one piece. Takde any casualties and semua sihat walafiat. Kapalterbang pon ok je la walaupon masa nak pergi 2 kali dia boleh buat hal macam nak tejatuh tu. Luruh jantung I. Sumpah lepas ni memang tak la aku nak naik kapalterbang kipas dah hahaha. Boleh dikatakan trip ni berjaya la. Lepas ni dah boleh plan untuk #theJourneyPerthian2017vol2 la. Untuk any bebudak Perth yang happen to read this blog tapi tak join this time, next time kita buat yang lagi meriah and sewa la kapalterbang terus. Azrul bayar. Dia kan kaya raya? Hahaha. Trip ni asalnya untuk Si Azrul. Konon-konon dia punya bachelorette gateway. Kononnya la. Sebab dia bukan nak kawen pon. GF pon takde. Tapi kalau Azrul tipu tu lain cerita la. Menurut beliau, beliau single and available. Tapi trip ni untuk meraikan dia sempena dia dah nak kawen tapi taktau lagi bila and dengan sapa. Kira buat in-advance la. Aku pon tak faham concept bachelorette gateway yang macam ni. Hahaha.  I tak update ikut day tau? I update ikut suka hati I la yang mana nak up dulu entry. Ni buat terus pon sebab memang kalau boleh nak setel cepat sebelum memasing tanya dekat group. Terutamanya Rish. Bukan boleh caya. Nanti dia tanya I, ‘Su, entry Langkawi bila nak masukkan? I hari-hari bukak check’. 



Rish, I masukkan gambar you paling atas. You suka tak? Hahaha.  Ni kitorang queue masa nak beli tiket naik Cable Car. Dari kanan : Rish dukung Rizqi, Hani Sufia, Intan Diana, Miera and tak lain tak bukan, Siti Nurhaliza. Haha.

Friday, January 13, 2017

Gambar Dari Langkawi : Perthian Trip.

Assalamualaikum..

Macam biasa Siti Nurhaliza kirim salam pada semua reader dia. Dengan ucapan dah beli AnneSuraya Skincare dengan House Of Corset ke belum. Hahaha sesambil. Since kaksu dekat Langkawi lagi so today dia mintak update and share gambar-gambar dia dekat sana now. Tahun lepas pergi, tahun ni pergi. Elok Langkawi tourism ambik je kaksu jadi Duta sana. Haha. Cakap tahun lepas tu macamkan jauh je jarak masa dia, padahal belum sampai sebulan pon lagi. This time dia pergi with Perthian. Now dia ada dekat skycab tapi dia kata letak pisau kat leher pun dia takkan naik dah gondola. Yerla, masa pergi sebelum ni pun dalam gondola banyak mengaji je. Memasing gayat. Kah kah kah. Boleh baca pasal entry skycab kat sini.


Sebelum tu, kita up satu gambar dulu. Family photo. View pon cantik :) 

Thursday, January 12, 2017

Random And Cerita Langkawi (Lagi)

Assalamualaikum..

First sekali yours trully kirim salam. Alhamdulillah dia dah selamat sampai Langkawi. yerla member tu cerita pasal dia power ranger bukan main lagi, tapi sekali takut naik kapal terbang. Tadi dia send gambar shein excited nak naik plane, belakang mama shein yang cuak. Haha. Dia kata landing pun tak berapa smooth. But apa pun dah selamat sampai tu ok la. Cuma nak ucapkan good luck untuk balik nanti sebab dengar kata naik Malindo jugak. Kah kah kah.

Sebelum tu kita belanja gambar siti nurhaliza dengan boss kecik kat Langkawi. Incase ada yang rindu. Alhamdulillah selamat sampai. Cantiknya awan :)

Wednesday, January 11, 2017

10 Barang Yang WAJIB Di Bawa Kalau Nak Ke Pantai

Assalamualaikum..

Esok I nak pergi Langkawi sampai Ahad. Pergi laaaagi macamkan Langkawi tu dekat belakang rumah boleh pergi selang 3 minggu. Hahaha. Panas woh Langkawi! Nak pulak kali ni kitorang duduk dekat area Pantai. Bebetul dekat Pantai Cenang. Nama tempat tu is Langkapuri. Takde swimming pool pon. Chalet Kodok je tapi takper sebab mesti fun ni nanti. Now pon dalam group semua dah tak sabar-sabar. Rish dah siap pack semua, Syikin pon. I je relax takde pack apa lagi. Hahaha. Tapi semua menda dah ada la standby dekat rumah tinggal nak pack je. Bag ingat nak bawak 1 je yang besar and cita-cita I kalini ialah memang nak bawak baju cukup-cukup je. Taknak dah bawak lebih macam biasa sebab I punya baju extra usually lebih macamkan nak duduk 7-8 hari. Bak kata Syikin, kalau boleh nak bawak almari terus. Kitorang nanti dekat sana ada sehari je Compulsory Activity iaitu dekat SkyCab. Kat sana nanti kononnya nak naik Cable Car. Memang tak la aku nak naik. Haha. Yang lain is free and easy. On Saturday tu  I plan nak ajak Sazli breakfast dekat Dagang Pak Malau lepas tu dalam pukul 10.00am terus ambik Mangrove Private sebab nak bagi Shein chance rasa naik boat. Dia suka la tu adventurous activity. Masuk Gua Kelawar and pegang-pegang ikan. Hopefully cuaca best and baik la.


Nah belanja gambar bontot tepi pantai. Gambar diambik oleh GF

LANGKAWI GIRLS TRIP : MANGROVE

Assalamualaikum..

Harini sambung entry pasal Langkawi Girls Trip. Esok padahal nak pergi Langkawi semula dengan bebudak Perth, blakang entry Langkawi 2 minggu lepas tak habes pon share lagi. Hahaha. Esok dah satu hal pulak nak kena naik flight lagi. This time pergi balik kita naik Malindo Air. Woo hoooo!! Kapalterbang kipas kecik woi! Ni mesti jenis langgar awan takde belas kasihan dia punya gegar. Kata Marsha, 'Takde lah seram mana Maksu. Macam naik Roller Coaster je'. Matila. I hate travel by plane. Kaaalau la ada option lain memang tobat la I taknak naik kapatebang. Ok berbalik pada cerita asal pasal Mangrove dekat Langkawi ni, actually korang ada 2 option. Boleh ambik Group Package and boleh ambik yang Private. Beza dia ialah time and harga je la. If package tu harga lebih kurang sama je dalam RM88-RM120.00/person depends pada company mana yang offer. Sama je macam Private Mangrove semua activity dia accept for Private takde provide lunch and takde mandi dekat laut. Yang lain sama. Untuk Private kita guna 1 boat untuk kita sahaja tak payah campur orang lain. RM280.00 untuk satu boat boleh muat dalam 8 orang. Kitorang ambik Private sebab kalau group terlalu lama. Pick up time 9.00am and habes tour dalam 3.00pm approx dalam 4.-5 hours. Dia ambik and hantar dekat mana kita stay but untuk Private, activity start at 10.00am and habes pukul 12.00pm tapi kena pergi Jetty sendiri. So ikut suka la korang nak yang mana, ok?


Kemain Siti Nurhaliza siap pakai topi macam nak lawan Rozita Che Wan. Haha. I pakai topi ni sebab hujan renyai pagi ni. Mana boleh kena hujan nanti I pening kepala. Kitorang start dari Tanjung Rhu Jetty. Ada banyak point untuk start Mangrove ni. Korang boleh check dekat Travel Company which package yang nkorang nak and which Jetty korang nak start.

Tuesday, January 10, 2017

Mama, Shein and Abah

Assalamualaikum…

Entry ni bertujuan untuk share gambar yang Abang Madee ambik masa Shein punya birthday dekat school last time. Ada banyak lagi gambar lain yang best tapi kali ni gambar Shein dengan Mama and Abah la dulu eh? Besar dah anak Mama. Dah 4 years old. Lagi 20 tahun dah nak kena kawen ke acane ni Shein? But now baru 4 years old tak payah nak fikir pasal kawen lagi eh? Haha. Sapa suruh lahir hujung tahun? Lepas sebulan tetiba 5 years old dah. Kata Shariffah Shein dah kena start potty train masuk term ni. Memang I tak pernah pon I start at home. Seram jugak sebab Shein jenis dah kencing and berak baru bagitau. Kalau berak tu kekadang angin meroyan sampai, basuh pon tak nak. Yang I perasan Shein kalau berak memerlukan ruang yang sempit dan ketenangan. Tengah main tau-tau kang hilang je dia celah ampai. Mencangkung and muka meneran. Bila pandang dia marah. Tak pon dia lari carik port lain pulak. Kalau ada mood, terus tarik tangan Mama ajak shower terus. Hahahaha. But most of the time, lepas berak mood tak berapa happy sangat. Hahaha. Shein memang lawak. Takper la, dah 4 years Old memang kena start potty train dah. I tau ada budak yang lebih awal Free Diapers. Macam Amsyar anak buah I, 3 tahun lebih sikit dah tak pakai diapers dah. Malam pon takde kencing atas tilam. Senang nak handle. Tapi ni dengar cerita dah 2 hari dekat sekolah kencing dalam seluar sebab takot nak bagitau cikgu dia tak tahan nak kencing. Hahaha.


Shein, look at the camera!

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral Confirm Jadik by De

Assalamualaikum..

Tadi I up gambar Kuih Keria Gula Melaka yang De buat untuk kali ke 18 baru menjadik tu. Lepas tu tanya sapa nak resepi, nampaknya ramai yang nak. Siap ada yang highlight ‘Nak resepi Kuih Keria yang DE buat tu’. Ewaaaah hahahahha. Sesambil je kan nak mengata aku tu? Tu hari semangat waja la I dengan De buat Kuih Keria ni. Guna resepi FB yang cakap ‘Confirm Jadi’. Katanya kalau guna Keledek Oren lagi lembut so happy la bila dapat Keledek Oren. Orang tu cakap takyah dah letak Baking Powder, tetap confirm gebu. Guna je Tepung Kek. So I ikut sebijik-sebijik macam resepi. Dia cakap letak secawan keledek = Secawan Tepung Kek. Masa adun tu rasa la lembut adunan tapi bila siap goreng sira semua Amsyar cakap ‘Macam Tanah Liat la Ibu Kuih Ni’. Maka berjujuran lah air mata I dari dalam kah kah kah.

I taktau la mana silap sebab memang ikut sebijik sejiban resepi. Maybe sebab over adun ke atau beria salut tepung ke apa entah. Cuma yang win is coating dia tu la sebab nampak berkilat pasal bubuh gula batu 2 3 ketul. Kecewa memang la ada. Nak pulak bersungguh buat and memang teringin nak makan yang panas-panas. Kata Sazli ‘Sedap ni Mama’. Dia tu memang. Semua I masak sedap siap ‘Subhanallah sedapnyaaaaaa’. Hahahaha. Dalam pada Amsyar cakap macam Tanah Liat tapi Sazli kata sedap. Ko ghaser? Anyway budak kecik mana la pandai menipu kan? Tapi takper la, bila De buat kali ke 18 ni menjadik, I pon tumpang bangga. Jaaaaadikla. So jom tengok resepi ni. Kata De, kalini barulah menjadik! Memacang version dia buat semua kelaut. But kali ni gebu gebas dia punya Kuih Keria. Masa last time buat dengan jadik Kuih Telinga Keling semua siap. Kah kah kah.



Ni la Kuih Keria Gula Melaka by De. De yang buat and share resepi. I tukang sampaikan aje. Harap bermanfaat – Ayat tak puas hati sebab I buat tak jadik. Hahaha.

Monday, January 9, 2017

Taknak Kurus Macam Mimy Hamid Ke?

Assalamualaikum..

Dengan berbekalkan iklan 2 kali sebulan dalam blog ni, House of Corset dah terjual lebih dari 350 unit sehingga 31/12/2016. Banyak dapat positive feedback dari customer yang dah guna and cuba sendiri. Takde la nak cakap kita punya Corset paling best dalam donia tapi dengan harga RM130.00 sehelai ni setanding la dengan kualiti dia. Ada yang beli lagi murah, konon sebab design and warna nampak sama lepas tu bila pakai sekejap cepat dah longgar sebab getah dia tak mencengkam lepas tu dekat peha bergulung. Haaaa kan dah mendapat? Jangan la cepat terpengaruh tengok asal design and color sama lepas tu lebih murah terus ambik. Sekali quality poor dah terpaksa invest lagi dengan Siti Nurhaliza korang ni untuk beli Corset dia pulak. Jangan cakap I tak pesan eh? Banyak dah la yang repeat order semua siap kejam lagi. 2 bulan lepas dah beli dah Corset, lepas tu bulan ni beli lagi. Boleh ke dapat harga Promo RM240.00 untuk 2 helai tu? Kemain kan korang? Menyirap je I dengar permintaan yang macam tu. Haha. Ada yang tanya I tips macam mana nak nampak kesan lebih mantop. Senang je. Pakai House of Corset 8 jam sehari, minum 8 gelas air, jangan ambik nasik, jangan makan malam, cut sugar. Lepas tu kena ada semangat yang tinggi and DISIPLIN. Kalau boleh buat macam semua yang I cakap tu, InsyaAllah korang boleh dapatkan berat badan yang korang idamkan dengan House of Corset.

 Ni la Mimy Hamid. Antara pengguna awal yang I PAKSA pakai HOC. Bagi je dia size 5XL (Time tu berat Mimy 120kg) tapi dia pandang sebelah mata je sebab tak confidence boleh muat. But now dah jadik pengguna tegar and dah tukar size dah pon. Dari 5xl ke 4xl. Mimy pon sangat disiplin orangnya tentang makan and pakai HOC untuk support badan dia bagi tak flabby.

Sedapnya Dinner Dengan Masakan Mak!

Assalamualaikum…

Weekend haritu balik kampung. Dah lama tak balik. Sebulan ada kot? Sebab Mak pon kerap turun KL now. Last 2 weeks pon kitorang spend time sama-sama dekat Langkawi. Ni Mak ada dekat KL lagi. Yayyyy! Happy sangat rasa bila Mak dekat ni. Semalam pon lambat baru dia decide bila nak ikut balik KL. Si Amsyar ugut. ‘Kalau Atok tak datang KL, Adik taknak pergi sekolah’. Boleh? Blakang Atok dia dah risau. Nak pergi ke tak. Tak pergi sian dekat Cucu, tapi kalau pergi kata dia badan tak habes relax lagi. Dah 3 minggu tak lekat rumah. Pergi Johor, turun KL, jalan Langkawi and baru je lekat dekat Jengka sekejap ni dah nak turun KL lagi. I cakap pada Mak, ikut suka dia. Mana yang dia selesa. Kedepan kebelakang Mak memikir nak turun KL ke tak. Kat rumah ni banyak sangat mulut nak suap kasik makan. Dengan burung, dengan ikan. Hahaha. Dulu ada kucing, now I tak kasik dah dia bela kucing. Tiap kali kucing mati/hilang dengan aku sekali nanges aperhal??? So dah tak payah bela kucing. Ni tetiba ada pulak burung Tok Ayoh dia bagi haritu, Mak jugak yang tak over jaga. Ni Mak mintak suruh Abang Halim carik lagi sekor sebab nak bagi burung tu ada pair. I pon kesian tengok dia sorang-sorang macam tu. Kalau ada kawan, tak la sunyi sangat burung tu.

Ok, citer lain pulak. Each time balik Jengka kalau ada chance I akan pergi Pasar Malam. Saja jalan-jalan beli makanan. Lepas tu carik jugak ulam-ulam kampung yang organic untuk Mr David. Mr David memang suka makan ulam kampung. Last time masa kitorang pergi Villaku, happy Mr David dapat makan ulam kampung fresh. Ni dia kirim, so I pon carikkan untuk Mr David. Alang-alang tu, mintak Mak tapaukan sekali la lauk yang dia masak so boleh makan sama-sama dengan Mr David, Shariffah and Rayyan. I suka makan Ikan Patin Goreng fresh yang panas-panas so beli la sekor. RM13.00 je harga dia. Ikan Patin tu kita pilih dari bekas and timbang, then baru siang. Mak masak Ikan Patin Masak Tempoyak bahagian kepala and the rest, Mak goreng. Sedapnyaaaa!! Lepas tu I mintak Mak buat Sambal Tumis Ikan Bilis and Ikan Kembong Rebus makan dengan cili bawang kicap tu. Perrrrrrghhhhh!! 


Ikan Patin Goreng. Makan panas-panas dengan nasik putih. 2 pinggan Shein makan masa lunch tu. Manis isi ikan ni sebab beliau fresh kan? Nak makan tu kena time panas—panas. Kalau tak, tak sedap. Harap jangan la ada yang meleleh ailio tengok gambar ni.

Friday, January 6, 2017

First Video Siti Nurhaliza dan Anny Ariffin for ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

So inilah dia material ‘Project Rahsia’ yang digembar-genmburkan dalam entry ni. Kemain dua orang tu bercerita pasal dia punya Skincare kan? Bersungguh benar nampaknya. I tengok video ni sekali je sebab rasa macam segan and macam poyo pon ada. Tu pon 5 jari tutup dekat muka, 1 je bukak. Ni pon entah berapa kali take sebab I dengan Anny ni kekadang bila dah naik hantu mula la perangai tak senonoh keluar yang tetiba kan tetiba bila I tanya, ‘Sayang tak?’ Lepas tu Anny boleh jawab ‘Saaaaayanggggg’ Sambil cebik mulut, mata keatas tangan kebahu for real. Bongok kan? Ada sekali ni elok dah semua sekali take je jadik, daaaaaaaaaaaaah tetiba bunyik ambulance. Hahaha. Ko dah kenapa time ni jugak nak keluar? Lepas tu bersembur la ketawa. Ada pulak segmen buat-buat ketawa happy. Jenis 2 orang ni mana boleh nak pura-pura ketawa memang ketawa bersepah la daaaaah tak lulus jugak. Eh, ingat senang ke nak jadik sofan sanfun macam ni? Susah! Tapi kita carry jenama Skincare dengan kotak kaler Pink kena la lemah lembut. Time duduk takde masalah lagi walaupon kekadang kaki kejap kang dah nak huru-hara lepas tu Anny pulak cara jalan macam jenis nak carik gaduh yang, ‘Ha ko apehal????’ dah cut lagi. Kejap cut kejap cut bengang je. Naseb cita-cita nak jadik Pembaca Berita je. Bukan pelakon. Kalau tak, ni ada yang I amukan ablasa terus dekat set sebab lepas cut, cut lagi. Hahahahaha.


Cecece. Kasik chance la dua orang Founder ANNESURAYA SKINCARE nak bercerita asal usul product dia ni.

Cerita Lawak di Langkawi, Masak-masak dan Keria Gula Melaka 'Tanah Liat'

Assalamualaikum..

Dah lama pulak tak share gambar masakan sendiri dalam blog. Sebok dengan trip manjang. Ni entry Langkawi tak habes lagi, kang nanti minggu depan nak pergi Langkawi lagi. Tapi this time relax-relax and more to free and easy sebab kumpul pon memasing dengan anak kecik semua. So takde la nak renyah beria. Lagipon haritu dah puas berjalan dekat Langkawi so this time relax-relax je. Cakap pasal Langkawi, I teringat masa last day paling kelakar nak mampos. Si Ain pergi beli handphone cap ayam sebab iPhone dia I buat macam mana entah lepas tu lock terus. Dia tinggalkan kitorang dekat Coco Valley Cenang tu sementara dia nak repair handphone dia. Lepas lunch tu Ain call cakap dia dah otw nak ambik kitorang. Dia suruh tunggu tepi jalan. Masa Ain sampai, I naik duduk depan. Yang lain duduk belakang. Bila dah dengar pintu tutup, Ain pon gerak je la terus kereta. Mak duduk tengah landing dagu dekat kerusi I anje-anje lepas tu kitorang pon berborak la pasal handphone ain. Kutuk-kutuk handphone dia level baling anjing tu. Dah jauh tu, Mak tetiba cakap. ‘Bebudak dua orang tu tak naik kereta lagi’. Relax je dia cakap macam takde apapa. Lepas tu I pandang belakang tengok Kaklong dengan De takde. Hahahaha. I tanya Mak, ‘Maaaaaak!! Kenapa tak cakap De dengan Kaklong tak sempat naik lagi? Hahahaha. Ain pulak main terus je tinggal takde nak check. Hahahaha’. Lepas tu I dengan Ain ketawa sampai meleleh air mata. I ni suara dah tak keluar. Air mata je keluar.

Mak pon ketawa sampai tekan-tekan perut. Dia boleh je duduk tengah, borak-borak macam takde apapa. Dah jauh pulak tu baru dia relax je dia cakap De dengan Kaklong tak naik lagi. Bila Ain patah balik, nampak Kaklong dengan De dah depan dah jalan kaki. Nampak je kitorang terus semua gelak. Ain pon masa kutip dorang balik dok sorry sorry. Dia pon tak perasan yang Kaklong and De tetinggal. Kata De, masa dia tak sempat naik lagi Ain dah slowly gerak so dia tutup la pintu. Dia ingat Ain nak kedepan sikit ke, kot ada kereta dekat belakang. Tetiba terus je. De pon melopong tanya Kaklong kenapa dorang tinggal kita? Kata Kaklong ‘Ni ada penjahat ni dalam kereta nak culik dorang agaknya’. Hahahaha. Siap fikir nak naik taxi je pergi Airport. HAHAHAHA. Memang kelakar nak mampos la. Keras perut memasing gelak dalam kereta masa menuju ke Airport tu. Sekian cerita lawak di Langkawi. Ni sambung cerita pasal lauk yang I dengan De masak last week dekat rumah De.



Ayam Masak Kicap Pedas Minyak Berlinangan diberi nama. Cara nak masak senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia and cili padi. Tumis dengan minyak. Masukkan sos tiram sesudu, air asam jawa 4 sudu, kicap kipas udang merah sesuka hati. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng awal tadi and kalau nak berkuah tambah la air. Last sekali masukkan hirisan bawang besar. Perasakan dengan gula sikit. Dah. Garam semua takyah sebab dah cukup masin.

Thursday, January 5, 2017

Sapa nak jumpa Siti Nurhaliza boleh join Basic Makeup Workshop with ANS Beauty

Assalamualaikum..

I percaya semua orang dalam dunia ni dilahirkan cantik cuma masalahnya disini macam mana kita nak carry diri kita jadik cantik. Beeeeetul. Sebab tu kekadang kita tengok ada orang lepas make over terus Siti Nurhaliza. Macam I ni kalau kerja kilang pon bahagian Warehouse tolak barang je kot? Maksudnya dekat sini bukan la kerja tolak barang tu tak cantik. Taaaak. Semuaaaa cantik tapi tak pandai nak bagi diri nampak cantik je. Paham? Ha, lepas ni jangan nak bahasakan I cakap I kutuk pekerja kilang pulak. Tampar kang. Ok sambung balik cerita. I ni pon bak kata Anonymous dulu, ‘Muka ala kadar je’. Ye memang betul I muka ala kadar tapi sebab pandai bermekap sikit-sikit tuuuu la dari muka I jenis ala kadar bertukar macam sekarang dengan bantuan Transbella dan ANNESURAYA SKINCARE of coz. Hahaha. Nak jadik cantik and presentable pon ada cara macam mana. Apa nak kena pakai and macam mana nak make up. Make up pon tak perlu ada barang make up complete and mahal-mahal semua tu. Cukup dengan basic thing. Kita pon takde la setiap kali keluar nak make up macam nak buat Show semua tu. Tak. Simple but nice. Tak makan masa yang lama, tak perlu banyak tools tapi bila kita tau cara nak pakai foundation, shading sikit-sikit, macam mana nak draw kening tu, kita dah boleh nampak cantik. Kan?


.Basic Makeup Workshop with ANS Beauty. Make up by Lindaus and Elulue

Wednesday, January 4, 2017

Project RAHSIA katanyaaaa

Assalamualaikum..


Last week Kelab Wanita ANS Beauty (Ni Lin kasik nama sempena dengan tak habes-habes muka yang sama je untuk Photo-shoot so kira sign mati terus la Linda dengan Iman Hatta dengan ANS Beauty) buat project yang bernama ‘Project Rahsia’. Eee poyo je nak project rahsia bagai. Tumbuk nak? Nak rahsia-rahsia dah kenapa? Haha. Project Rahsia ni nanti bakal live tak lama lagi so stay tune ok? Pakkal la video shoot ni ada Director kalau tak keluar la perangai tak senonoh memasing. Si Anny tu kekadang nampak macam pemalu tapi bila dah berada di luar kawalan, joget pon boleh depan camera. Haha. Si Iman pulak garang ok? Tsikit-tsikit nak marah *ni sebut sikit lidah terkeluar tau? Tapi bagus ada Imaan sebab takde la asyik lari tajuk je. Imagine tengah cakap pasal Skincare lepas tu ada cerita Futsal main macam Kuda Kepang. Ko ghaser? Itu je la modal Anny nak membahan I sekarang ni. Asyik la nak cakap kita main Futsal macam tangkap ayam la, kuda kepang la. Mementang la dia power. Kan? **Mata keatas tangan ke bahu. Ajak lawan Netball kecut tetek. Jangan banyak cakap. Hahahaha. Cecece yang bercerita pon macamkan dia pandai sangat main Netball. Padahal Simpanan je kalau main untuk Felda. Tu pon dapat la main 2 menet kalau terlalu menang atau terlalu kalah. Konsep dia, ko ada ke takde ke dalam team tak mendatangkan impak apapa. Haha. Now dah lama tak main netball. Rindu pulak.


Ni la Tuan Director Ahmad Nisfu. Si Anny panggil Jason Mraz. Pon boleh. Tengok Siti Nurhaliza siap genggam tangan bersemangat. Ni kalau tak Jutawan Kosmetik ni aku taktau laaaaaa. Hahaha. 

Langkawi Girls Trip : Mak Ngah Gulai Panas, Kisap

Assalamualaikum..

Masa dekat Langkawi dapat la kitorang makan Laksa Ikan Sekoq dekat tepi Airport tu. Kan kalau dekat Langkawi ni sebok orang suruh makan Laksa Ikan Sekoq. Bagi I, rasa Laksa tu biasa-biasa je. Macam rasa Laksa la. Takde la extra-ordinary ke. Kot I yang tak tau appreciate tu taktau pulak. Bagi tekak I, sedap lagi Laksa Mak Timah dekat Jengka satu. Hehe. Masa first night sampai, dapat makan ketam and more seafood’s dekat Mahsuri Bamboo Restaurant. Dia punya restaurant menghala ke Pekan Kuah and ada 2 ekor udang besar sebagai pintu gerbang. Kemain. Makan pon sedap! Lepas tu dapat makan Nasi Dagang Pak Malau tepi sawah. Pon best. Korang boleh baca dekat sini.

This entry pulak I nak cerita and share tempat makan sedap dekat Restoran Mak Ngah Gulai Panas, Kisap. Kalau korang nak datang, waze je Masjid Kisap Langkawi. Restaurant ni right in front of Masjid ni. Kitorang makan dekat sini lepas buat Mangrove Tour dari Jetty Tanjung Rhu. Kedai biasa kodok je. Jual Nasi Campur tapi boleh buat gulai made to order. Gittew. Ikan boleh pilih sendiri nak apa dekat dia punya peti ais. Masa Kaklong cakap nak makan Gulai I dah bentak-bentak kaki sebab rasa macam ‘Apeni gulai? I taknaaaaaakkkk!’ sebab I imagine kalau Gulai ni macam Gulai Kawah tu masak banyak-banyak no no I don’t like. Tapi bila rasa yang masak fresh guna rempah gulai giling perrrghhhh kata ko. Ni memang different punya gulai. Bukan macam Gulai Ikan dekat KL yang Mamak tu. I pening kepala kalau makan. Ni lain ok? Gulai Langkawi korang kena try!


Hurm.. Nak makan yang mana satu eh? Kaklong sampai confuse nak makan apa. Lauk kitorang mintak simple je. Ikan Kerapu sekor. Kepala dengan ekor buat Gulai. Badan Goreng. Lepas tu lawan dengan ulam pahit macam pokok puding apa entah cicah dengan Sambal Belacan and Kicap campur bawang and cili tu. Perrrrghhhhh

Tuesday, January 3, 2017

ANNESURAYA SKINCARE - Loose Pack

Assalamualaikum..

Ada jugak lagi yang taktau ANNESURAYA SKINCARE now dah ada jual Loose Pack. Sabau ajer la. Sebab masih ada yang PM tanya, ‘Ada jual loose pack tak?’ Padahal dah bagitau banyak kali dah. T____T Sapa yang komplen cakap Toner cepat habes, Cleanser jenis liquid cepat habes semua tu and ada yang cakap taknak pakai Intensive Night Cream sebab kulit jenis terlalu sensitive takpeeeeeeeeee. Korang still boleh beli Loose Pack dah now ok? Harga pon tak mahal mana. InsyaAllah masih mampu milik. Soon kita akan keluarkan Mini Pack pulak sebab banyak permintaan nak guna yang size Trial Pack sebab niat dihati nak kulit cantik macam Siti Nurhaliza, tapi takde budget beli Set Complete T___T. Otak mereka tune cakap kalau beli yang harga RM50.00 ni jimat la sikit belanja bulanan. Itu InsyaAllah kitorang akan usahakan. Tak janji bila tapi boleh diadakan la. Menda kita buat dia, ye dak? Permintaan customer tersayang mestilah diutamakan. Meanwhile pada sesiapa yang nak beli Complete Set ANNESURAYA SKINCARE, 1 Box berharga RM90.00 sahaja. Tapi kena beli direct dengan HQ la. Kalau beli dekat tempat lain harga tak dapat la macam ni eh? Lepas tu sapa yang tanya ‘Boleh mintak kurang lagi tak Kaksu?’ I suggest korang ambik je la pisau tikam je la dada I ni. Senang citer lepas ni kalau masuk hospital takyah dah layan permintaan macam ni. Hahaha.


Ni harga untuk Loose Pack
Glutathione Bar Facial Wash (75 gram) RM30.00
Facial Cleanser (60 ml) RM30.00
Day Cream (5 gram) RM20.00
Night Cream (5 gram) RM25.00
Intensive Night Cream (5 gram) RM27.00
Semua ni kena add RM8.00 for POSTAGE eh?

SHEIN'S BIRTHDAY TREAT AT GENTING HIGHLAND - PART V

Assalamualaikum.

Sebelum entry ni jadik kepam macam entry Europe dengan Korea baik I buat sekarang. Ni salah satu azam tahun 2017 ni sebenarnya. Nak masukkan semua yang I dah pergi holiday dulu. Cecece. Kite tengok kesampaian ke tak. Manaaaa la tau esok lusa meninggal nanti anak, suami dan kawan-kawan boleh la baca balik lepas tu rindu. Kalau rindu sedekah la al-fatihah. Kan? So ni last entry untuk Genting. Tahun 2017 ni dengarnya Outdoor Theme Park bakal siap, so nanti bila dah siap boleh la kite pergi Genting lagi. Si Sazli rimas sekarang kalau pergi Genting Highland sebab dia rasa macam terpengap je kat dalam bangunan lepas tu rasa tak boleh bernafas. I ok je cuma tak berapa berkenan dengan First World Hotel ni (dah lapan ratus kali bagitau). Next time kena plan la holiday, book bilik awal-awal lepas tu ambik bilik senonoh sikit macam Resort Hotel ke. If bukan peak season I tengok bilik rate dalam RM400++ tu kira ok lagi. Maxims and Genting Grand jadik dalam RM700-RM800 and paling mahal Crocksfords RM2,000 macam tu satu malam. Kentut dia la. Mandi dengan Evian ke apa? Bengang pulak tengok kenapa yang jadik mahal sampai macam tu. Kalau First World pulak if pergi time hari kerja satu malam dalam RM54.00 nett. Kah kah kah. Tapi kitorang tau dah, if nak datang sini cukup la semalaman sebelum Shein meroyan dekat Arcade yang tempat main kereta lumba semua tu. Bukan pandai pon. Kekadang tak guna point pon dia main siap ada sound effect dari mulut sendiri. Yang tu I tak larat la nak tunggu sebab konsep dia selagi tak puas taknak keluar. Kalau paksa keluar = baring tengah jalan. Hahahaha.


Yang jenis macam ni Shein nak main banyak kali Mama ok.  Ni nama dia Circus Ride.Ticket harga dia RM30.00++ kot untuk sehari. Tak sure. Tapi boleh main banyak-banyak kali sampai muntah. Untuk Children Ride ada 2 jenis. Circus Ride (Yang Shein naik ni) satu lagi Busy Bugs.  Untuk dewasa dalam 3 jenis je boleh naik. Semua jenis kapal-kapal tu. Raindeer Cruiser, Mini Train dengan Rio Float.